CABARAN DAN KAEDAH MENGHARGAKAN TENDER BAGI KERJA …
Transcript of CABARAN DAN KAEDAH MENGHARGAKAN TENDER BAGI KERJA …
CABARAN DAN KAEDAH MENGHARGAKAN TENDER BAGI
KERJA-KERJA MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL
ILLY AQILAH BINTI HAMID
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
.
CABARAN DAN KAEDAH KONTRAKTOR MENGHARGAKAN TENDER
BAGI KERJA-KERJA MEKANIKAL & ELEKTRIKAL
ILLY AQILAH BINTI HAMID
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Ukur Bahan
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia
JUN 2018
ii
PENGAKUAN
Saya akui tesis yang bertajuk “Cabaran dan Kaedah Kontraktor Menghargakan
Tender Bagi Kerja-kerja Mekanikal & Elektrikal” adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan : …………………………………………………………….
Nama : ILLY AQILAH BINTI HAMID
Tarikh : …………………………………………………………….
iii
DEDIKASI
Alhamdulillah….
Terima kasih ibu & ayah,
Jamilah binti Yusoff & Hamid bin Mohd Amin
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Syukur
Alhamdulillah dengan berkat doa, izin dan kehendakNya dapatlah saya menyiapkan
Projek Sarjana Muda ini seperti yang dirancang dan dikehendaki dengan jayanya.
Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan
kepada Prof. Madya Sr Dr. Razali bin Adul Hamid selaku penyelia Projek Sarjana
Muda ini kerana telah banyak dalam memberikan tunjuk ajar, bimbingan, nasihat serta
pandangan sepanjang tempoh penghasilan kajian ini.
Terima kasih juga kepada semua pihak kontraktor kerana telah memberikan
kebenaran dan meluangkan masa membantu saya untuk membuat kajian dan
mendapatkan data. Mereka juga turut memberikan kerjasama yang baik semasa saya
mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan sepanjang kajian dijalankan.
Akhir kata yang teristimewa, tidak lupa juga kepada rakan-rakan di atas
bantuan dan tunjuk ajar yang diberikan semasa kajian ini dijalankan. Ribuan terima
kasih juga buat mereka yang telah membantu saya secara langsung mahupun tidak
langsung dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.
Terima kasih.
v
ABSTRAK
Kerja-kerja Mekanikal dan Elektrikal (M&E) di klasifikasikan sebagai kerja-
kerja pakar di dalam sesuatu projek dan kos bagi kerja-kerja M&E menyumbang
40% daripada keseluruhan kos bangunan. Pendekatan tradisional bagi pengukuran
kuantiti pada projek pembinaan adalah juruukur bahan menguruskan kerja-kerja yang
berkaitan dengan kos kerja bangunan manakala perunding jurutera mekanikal dan
elektrikal menguruskan kerja-kerja yang berkaitan dengan M&E dan panduan di
dalam SMM2 tidak diamalkan. Senarai kuantiti bagi kerja-kerja M&E di Malaysia
tidak mempunyai keseragaman dan ia menyukarkan kontraktor untuk menghargakan
tender. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti cabaran-cabaran yang
dihadapi oleh kontraktor semasa menghargakan tender bagi kerja-kerja M&E dan
kaedah kontraktor menghargakan tender bagi kerja- kerja M&E. Data dikumpulkan
dengan menggunakan kaedah temu bual semi-struktur dan borang soal selidik yang
dijalankan kepada syarikat kontraktor M&E Gred G4 sehingga G7 di Johor Bahru,
Selangor dan Kuala Lumpur. Data yang diperolehi dianalisis dengan statistik
deskriptif yang merangkumi taburan kekerapan, peratusan serta pengiraan min bagi
objektif pertama manakala analisis kandungan bagi objektif kedua. Hasil kajian
mendapati cabaran tertinggi yang dihadapi oleh kontraktor semasa menghargakan
tender menghargakan tender bagi kerja-kerja M&E adalah penerangan butiran tidak
lengkap dan kontraktor harus menyemak semula item bagi memastikan tiada item
yang tertinggal. Manakala bagi kaedah yang sering digunakan untuk menghargakan
tender bagi kerja-kerja M&E adalah kaedah anggaran sub-kontraktor.
vi
ABSTRACT
Mechanical and Electrical Works (M&E) are classified as an expert works in
a project and the cost of M&E works contributes 40% of the total cost of the
building. Traditional approaches for measurements on construction projects are
quantity surveyors manage cost related to building work while mechanical and
electrical engineers manage cost of M&E work. The guidance in SMM2 are not
practiced by both parties. The bills of quantities (BQ) for M&E work in Malaysia has
no uniformity and it is difficult for contractors to pricing the tender. Thus, this study
was conducted to identify the challenges faced by the contractors in pricing M&E
works during tendering process and the method of pricing for M&E work. The data
were collected using the semi-structured interview and questionnaires form. This
study was conducted to M&E contractors Grade G4 until G7 in Johor Bahru,
Selangor and Kuala Lumpur. The data obtained were analysed by descriptive statistic
which included the frequency distribution, percentage and the mean calculation for
the first objective while content analysis for the second objective. The findings show
that the highest challenge faced by contractors during the tender pricing process for
M & E works is an incomplete description of the details and the contractor need to
review all the items to ensure that there is no items are left. Whereas, the most
frequently used method for tender pricing for M & E works is the sub-contractor
estimation method.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN
PENGESAHAN PENYELIA
TAJUK
PENGAKUAN
ii
DEDIKASI
iii
PENGHARGAAN
iv
ABSTRAK
v
ABSTRACT
vi
ISI KANDUNGAN
vii
SENARAI JADUAL
xi
SENARAI RAJAH
xiii
SENARAI SINGKATAN xvii
SENARAI LAMPIRAN xviii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1
1.2 Penyataan Masalah Dan Isu 3
1.3 Persoalan Kajian 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Skop Kajian
8
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.7 Metodologi Kajian 9
1.8 Organisasi Bab 12
viii
2 KERJA-KERJA MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL
2.1 Pengenalan
14
2.2 Jenis – jenis Kerja-Kerja Mekanikal dan Elektrikal di
dalam bangunan
16
2.2.1 Sistem Perpaipan 16
2.2.2 Sistem Pemanasan, Pengudaraan dan
Penghawa dingin
17
2.2.3 Sistem Elektrikal 17
2.2.4 Sistem Pengangkutan Mekanikal 18
2.2.5 Sistem Pencegah Kebakaran 19
2.2.6 Sistem Keselamatan 22
2.2.7 Sistem Komunikasi 23
2.3 Kerja Pengukuran bagi Kerja-Kerja Mekanikal dan
Elektrikal
23
2.3.1 Seksyen Q – Pemasangan Paip dan
Mekanikal
24
2.3.2 Seksyen R – Pemasangan Eletrikal 25
2.4 Jenis Perolehan bagi Kerja-Kerja Mekanikal dan
Elektrikal
25
2.4.1 Kaedah Tradisional 26
2.4.2 Kaedah Reka Bentuk dan Bina 27
2.4.3 Kontrak Pengurusan 29
2.5 Proses Tender
30
2.6 Dokumen Tender 32
2.7 Jenis dokumen bagi kerja-kerja mekanikal dan
elektrikal di dalam dokumen tender
33
2.7.1 Senarai Kuantiti 33
2.7.2 Harga Pukal 35
2.7.3 Lukisan dan jadual kadar harga 36
2.8 Faktor Perbezaan Dokumen Kerja-kerja Mekanikal dan
Elektrikal
36
2.9 Amalan di Malaysia 38
ix
2.10 Kaedah kontraktor menghargakan tender 39
2.10.1 Elemen Kos 40
2.10.2 Pecahan Kos 42
2.11 Kaedah Yang Digunakan Untuk Menghargakan Kerja-
Kerja Mekanikal Dan Elektrikal
43
2.12 Cabaran Yang Dihadapi Oleh Kontraktor Untuk
Menghargakan Kerja-Kerja Mekanikal dan Elektrikal
46
2.13 Kaedah Penyelesaian Bagi Cabaran-cabaran Yang
Dihadapi
48
2.14 Kepentingan Harga Tender yang Tepat 49
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
51
3.2 Peringkat Pertama : Pemilihan Bidang Penyelidikan 52
3.3 Peringkat Kedua : Kajian Literatur 52
3.4 Peringkat Ketiga : Reka Bentuk Kajian 53
3.4.1 Kaedah Pengumpulan Data 53
3.4.2 Populasi dan Sampel 54
3.4.3 Instrumen Kajian 55
3.5 Peringkat Ketiga : Analisis Data 57
3.6 Peringkat Keempat : Kesimpulan dan Cadangan 59
3.7 Kesimpulan Bab
60
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
61
4.2 Data Analisis Bagi Objektif Pertama 62
4.2.1 Analisis Maklumat Responden 62
4.2.2 Jenis Dokumen yang Sering Dihargakan
Untuk Dokumen Tender Bagi kerja-kerja
M&E
65
x
4.2.3 Jenis bangunan yang sering dihargakan
untuk dokumen tender bagi kerja-kerja
M&E
66
4.2.4 Cabaran-Cabaran Yang Dihadapi Oleh
Kontraktor Semasa Menghargakan Tender
Bagi Kerja-Kerja M&E
67
4.2.5 Cabaran-Cabaran Lain Yang Dihadapi Oleh
Kontraktor Semasa Menghargakan Tender
Bagi Kerja-Kerja M&E
71
4.2.6 Kaedah Penyelesaian Bagi Cabaran-
Cabaran Yang Dihadapi Oleh Kontraktor
Semasa Menghargakan Tender Bagi
Kerja-Kerja M&E
73
4.3 Data Analisis Bagi Objektif Kedua 79
4.3.1 Analisis Maklumat Responden 79
4.3.2 Kaedah Kontraktor Menghargakan Tender
bagi kerja-kerja M&E
81
4.3.3 Kaedah Kontraktor Menghargakan Tender
bagi kerja-kerja M&E Mengikut Sistem
82
4.3.4 Kaedah Unit 88
4.3.5 Kaedah Data Kos 91
4.3.6 Kaedah Anggaran Sub-kontraktor 93
4.4 Kesimpulan Bab
96
5 KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
97
5.2 Rumusan Hasil Kajian 98
5.3 Masalah yang Dihadapi 100
5.4 Cadangan untuk Penyelidikan Lanjutan 101
RUJUKAN
102
LAMPIRAN
xi
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Peratus dari jumlah kos berdasarkan jenis bangunan
1
1.2 Amalan semasa dalam pengukuran kabel dan Garis
Panduan SMM2
5
2.1 Jenis gas dan cecair dalam sistem perpaipan
16
2.2 Senarai Item Dokumen Tender
32
2.3 Cabaran-Cabaran Yang Dihadapi Oleh Kontraktor
Semasa Menghargakan Tender Bagi Kerja-Kerja
Mekanikal Dan Elektrikal
47
3.1 Contoh Jadual Analisis Kandungan
59
4.1 Tahap Persetujuan dan Nilai Min
62
4.2 Cabaran Yang Dihadapi Oleh Kontraktor Semasa
Menghargakan Tender Bagi Kerja-Kerja M&E
67
xii
4.3 Cabaran -Cabaran Lain Yang Dihadapi
Oleh Kontraktor Semasa Menghargakan
Tender Bagi Kerja-Kerja M&E Mengikut
Kedudukan
69
4.4 Cabaran Yang Dihadapi Oleh Kontraktor Semasa
Menghargakan Tender Bagi Kerja-Kerja M&E
71
4.5 Maklumat Responden Bagi Temu Bual
79
4.6 Faktor Pemilihan Kaedah Unit
88
4.7 Masalah yang Dihadapi Menggunakan Kaedah
Unit
90
4.8 Faktor Pemilihan Kaedah Data Kos
91
4.9 Masalah yang Dihadapi Menggunakan Kaedah
Unit
92
4.10 Faktor Pemilihan Kaedah Anggaran Sub-
Kontraktor
93
4.11 Masalah yang Dihadapi Menggunakan Kaedah
Anggaran Sub-Kontraktor
94
xiii
SENARAI RAJAH
RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Jenis Dokumen Mekanikal & Elektrikal yang
Digunakan Dalam Dokumen Tender
2
1.2 Carta Alir Metodologi Kajian
11
2.1 Sistem Kili Hos
21
2.2 Sistem Pemercik Air
22
2.3 Kaedah Tradisional
27
2.4 Kaedah Reka Bentuk dan Bina
28
2.5 Kontrak Pengurusan
29
4.1 Jawatan Responden Bagi Borang Soal Selidik
63
4.2 Gred Syarikat Bagi Borang Soal Selidik
64
4.3 Pengalaman Kerja Responden Bagi Borang Soal
Selidik
64
xiv
4.4 Jenis Dokumen Yang Sering Dihargakan Untuk
Dokumen Tender Bagi Kerja-Kerja M&E
65
4.5 Jenis Bangunan Yang Sering Dihargakan Untuk
Dokumen Tender Bagi Kerja-Kerja M&E
66
4.6 Cabaran-cabaran Yang Dihadapi Oleh Kontraktor
Semasa Menghargakan Tender Bagi Kerja-kerja
M&E
69
4.7 Kaedah Penyelesaian Bagi Penerangan Butiran
Kerja Tidak Lengkap
73
4.8 Kaedah Penyelesaian Bagi Kontraktor Harus
Menyemak Semula Semua Item Bagi Memastikan
Tiada Item Yang Tertinggal
74
4.9 "Kaedah Penyelesaian Bagi Format Senarai
Kuantiti Bagi Kerja-Kerja M&E Tidak Seragam
75
4.10 Kaedah Penyelesaian Bagi Kuantiti Tidak
Dinyatakan Di Dalam Senarai Kuantiti
75
4.11 Kaedah Penyelesaian Bagi Tiada Kos Data Yang
Realistik
76
4.12 Kaedah Penyelesaian Bagi Tiada Penerangan
Tentang Jenis Dan Kualiti Kerja
77
4.13 Kaedah Penyelesaian Bagi Kerja-Kerja M&E
Tidak Dikelaskan Mengikut SMM2
77
xv
4.14 Kaedah Penyelesaian Bagi Lukisan Tidak
Disediakan Di Dalam Dokumen Tender
78
4.15 Gred Syarikat Bagi Temu Bual
80
4.16 Pengalaman Kerja Responden Bagi Temu Bual
81
4.17 Kaedah Yang Digunakan Untuk Menghargakan
Tender Bagi Kerja-Kerja M&E
82
4.18 Kaedah Yang Digunakan Untuk Menghargakan
Tender Bagi Sistem Perpaipan
83
4.19 Kaedah Yang Digunakan Untuk Menghargakan
Tender Bagi Sistem Elektrikal
83
4.20 Kaedah Yang Digunakan Untuk Menghargakan
Tender Bagi Sistem Keselamatan
84
4.21 Kaedah Yang Digunakan Untuk Menghargakan
Tender Bagi Sistem Pemanasan,Pengudaraan dan
Penghawa Dingin
84
4.22 Kaedah Yang Digunakan Untuk Menghargakan
Tender Bagi Sistem Pemanasan,Pengudaraan dan
Penghawa Dingin
85
4.23 Kaedah Yang Digunakan Untuk Menghargakan
Tender Bagi Sistem Pencegah Kebakaran
86
4.24 Kaedah Yang Digunakan Untuk Menghargakan
Tender Bagi Sistem Komunikasi
86
xvi
4.25 Kaedah Yang Digunakan Untuk Menghargakan
Tender Bagi Kerja-kerja Penyelenggaraan
87
xvii
SENARAI SINGKATAN
M&E - Mekanikal dan Elektrikal
CIDB - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia
JKR - Jabatan Kerja Raya
MYSMM2 - Malaysian Standard Method of Measurement 2
SMM - Standard Method of Measurement
xviii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Surat Kebenaran Memohon Maklumat
B Borang Soal Selidik
C Borang Temu Bual
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kos bagi kerja-kerja Mekanikal dan Elektrikal menyumbang 40% daripada
keseluruhan kos bangunan (The Electrical And Electronic Association of Malaysia,
2010). McCaffrey (2011) menyatakan bahawa jumlah kos kerja-kerja Mekanikal dan
Elektrikal adalah dalam lingkungan 10% sehingga 70% daripada jumlah keseluruhan
kos pembinaan seperti jadual 1.1.
Jadual 1.1 Peratus dari jumlah kos berdasarkan jenis bangunan (McCaffrey, 2011)
No. Jenis Bangunan Peratus dari jumlah kos
1 Gudang 10 – 15 %
2 Pangsapuri 15 – 20 %
3 Sekolah 20 – 25 %
4 Pusat membeli-belah 20 – 30 %
5 Hotel 30 – 40 %
6 Pejabat 35 – 45 %
7 Hospital 40 – 55 %
8 Pusat Data 60 – 70 %
2
Kerja-kerja Mekanikal dan Elektrikal dikasifikasikan sebagai kerja-kerja
pakar di dalam sesuatu projek. Bagi kos bangunan, kerja – kerja pakar kebiasaannya
menggunakan kos sementara kerana masih tiada lukisan yang lengkap dan tiada
definisi kerja yang jelas semasa proses penyediaan tender (Murray, 1997).
Ganiyu Amuda & Sarajul Fikri (2014) menyatakan bahawa dokumen bagi
kerja-kerja Mekanikal dan Elektrikal yang disertakan di dalam dokumen tender
terdiri daripada tiga jenis dokumen iaitu senarai kuantiti, harga pukal dan lukisan
dan jadual kadar harga. Peratusan penggunaan ketiga-tiga jenis dokumen ini adalah
seperti berikut :
Rajah 1.1 : Jenis Dokumen Mekanikal & Elektrikal yang Digunakan Dalam
Dokumen Tender (Ganiyu Amuda & Sarajul Fikri, 2014)
21%
66%
13%
Jenis dokumen Mekanikal & Elektrikal yang digunakan dalam dokumen tender
senarai kuantiti
harga 'lump sum'
lukisan dan jadual kadarharga
3
Bagi senarai kuantiti, kerja-kerja pengukuran dijalankan dengan merujuk
kepada SMM2 dan didokumentasikan. Senarai kuantiti yang telah lengkap akan
diberikan kepada kontraktor untuk menghargakan tender tersebut (Hore et al., 1997).
Senarai kuantiti akan dimasukkan di dalam dokumen tender bersama-sama dengan
spesifikasi, senarai kerja-kerja awalan, senarai lukisan dan lain-lain dokumen (Rosli
et al.,2006). Item di dalam senarai kuantiti mempunyai unit fizikal yang tersendiri
seperti meter linear, meter padu, meter persegi dan nombor selaras dengan peraturan
terperinci Kaedah Pengukuran Standard (SMM) yang dirujuk (Ganiyu Amuda &
Sarajul Fikri, 2014).
Selain itu, senarai kuantiti akan membantu kontraktor dalam membuat
keputusan dalam pembidaan yang sangat penting semasa pra-tender bagi kontraktor
untuk membuat anggaran mereka untuk membuat tawaran yang kompetitif (Seeley,
1989). Kodikara (1993) mengatakan bahawa senarai kuantiti juga akan digunakan
semasa peringkat pasca kontrak untuk pembayaran interim dan akaun muktamat.
1.2 Penyataan Masalah Dan Isu
Di Malaysia, Senarai kuantiti bagi kerja-kerja Mekanikal dan Elektrikal
masih disediakan di dalam bentuk harga pukal, senarai kuantiti dan lukisan berserta
jadual kadar harga (Ganiyu Amuda & Sarajul Fikri, 2014). Pendekatan tradisional
bagi pengukuran kuantiti pada projek pembinaan adalah juruukur bahan
menguruskan kerja-kerja yang berkaitan dengan kos kerja bangunan manakala
perunding jurutera mekanikal dan elektrikal menguruskan kerja-kerja yang berkaitan
dengan mekanikal dan elektrikal (McCaffrey, 2011).
4
Namun dalam sesetangah projek, juruukur bahan dikehendaki untuk
menyediakan senarai kuantiti bagi kerja-kerja mekanikal dan elektrikal. Ganiyu
Amuda & Sarajul Fikri (2012) mengatakan bahawa juruukur bahan kurang peka
tentang teknologi perkhidmatan dan kurang pengetahuan teknikal tentang kerja-kerja
mekanikal dan elektrikal membuatkan proses pengukuran kuantiti bagi kerja-kerja
perkhidmatan menjadi sukar.
Berdasarkan analisis senarai kuantiti bagi kerja-kerja Mekanikal dan
Elektrikal yang dilakukan, daripada 10 senarai kuantiti, terdapat 7 senarai kuantiti
yang mempunyai format yang sama dan 3 format yang berbeza. Walaupun
mempunyai format yang sama, penerangan item adalah berlainan dan tidak lengkap.
Unit bagi elemen juga berlainan diantara senarai kuantiti berbanding elemen kerja
bangunan yang mempunyai unit yang tetap bagi setiap elemen. Contohnya, kabel
bawah tanah hanya dihuraikan tanpa penerangan tentang kedalaman tanah yang perlu
digali, jenis tanah yang digali, jenis bahan penahan dan jenis perlindungan kabel
bawah tanah.
Dalam MYSMM2, peraturan untuk mengukur perkhidmatan bangunan
dirujuk di bawah seksyen Q (Pemasangan Paip dan Kejuruteraan Mekanikal) dan
Seksyen R (Pemasangan Elektrik). Bahagian Q meliputi peraturan untuk mengukur
paip dan kejuruteraan pemasangan mekanikal manakala bahagian R menyediakan
peraturan untuk mengukur pemasangan elektrik (Ganiyu Amuda et al., 2013).
Walaupun mempunyai garis panduan untuk pengukuran kerja-kerja Mekanikal dan
Elektrikal, garis panduan ini tidak diamalkan oleh juruukur bahan dan konsultan
mekanikal dan elektrikal.
Senarai kuantiti bagi kerja-kerja mekanikal dan elektrikal di Malaysia
didapati tidak mempunyai keseragaman dan kaedah yang digunakan untuk
menyediakan senarai kuantiti juga berbeza. Jadual 1.1 menunjukkan perbandingan
ringkas diantara garis panduan SMM2 dan amalan semasa yang diamalkan di
Malaysia bagi kerja-kerja kabel (Ganiyu Amuda et al., 2013) :
5
Jadual 1.2 : Amalan semasa dalam pengukuran kabel dan Garis Panduan
SMM2 (Ganiyu Amuda et al., 2013)
Amalan Industri Garis Panduan SMM2
Senarai Kuantiti 1
Membekal dan memasang 70 x 4
kabel pvc / swa / pvc diletakkan
di bawah tanah lengkap dengan
penggalian dan menimbus semula
dan kabel papak dari pencawang
hingga ke papan suis utama dan
apa-apa yang perlu mengikut
spesifikasi
Kabel
R15.2f: 70x4 tembaga pvc / swa / pvc
konduktor; diletakkan di parit (parit dan saluran
diukur secara berasingan)
– unit Meter
Kerja Pembina
R.24.1: Menggali parit untuk kabel bermula dari
paras tanah sedia ada, lebar tidak melebihi
250mm, kedalaman purata 250 - 500mm dan
ditimbus balik dengan pasir sungai yang bersih
dan keluarkan lebihan tanah daripada tapak bina
– unit Meter
R.24.2: 450mm panjang x 150mm tebal x 50mm
lebar campuran konkrit pratuang biasa (1: 2: 4)
jubin perlindungan kabel diletakkan pada kabel
– unit Meter
Senarai Kuantiti 2
Membekal dan memasang 25mm
teras tunggal PVC kabel pada
kabel dulang / „trunking‟ selaras
dengan lukisan dan spesifikasi
Kabel
R.15.2b: 25mm2 teras tunggal
kabel pvc diletakkan ke dalam
„trunking‟.
‘Trunking’ dan kelengkapan
R.10: 200mm lebar x 75mm
„trunking‟ dalam 16SWG
lembaran keluli galvani, dibahagikan
ke dalam 3 bahagian dengan
tali pinggang kabel dan 3 nombor
skru tutup akses mengikut lukisan
No. ......... – unit Meter
R.10.2: Tambahan di penghujung;
Bengkok dll – unit No.
6
Format senarai kuantiti "Senarai kuantiti 1 dan Senarai kuantiti 2" yang
diamalkan seperti di atas tidak komprehensif dan penerangan tidak lengkap. Format
senarai kuantiti bagi kerja-kerja Mekanikal dan Elektrikal yang tidak lengkap
menyebabkan kontraktor sukar untuk menghargakan tender dan harga yang
dimasukkan oleh kontraktor semasa tender tidak seragam (Ganiyu Amuda et al.,
2012).
Di antara cabaran yang dihadapi oleh kontraktor disebabkan oleh senarai
kuantiti yang tidak lengkap adalah kontraktor harus menyemak semula semua item
bagi memastikan tiada item yang tertinggal dan kontraktor menghadapi masalah
dalam menghargakan item kabel kerana panjang kabel yang tidak dinyatakan di
dalam senarai kuantiti. Masalah-masalah yang dihadapi oleh kontraktor akan
meningkatkan masa dan kos yang diperlukan oleh kontraktor untuk mengemukakan
tender. Selain itu, kontraktor juga menyatakan bahawa terdapat banyak perbezaan
dalam jumlah kontrak awal dan angka akhir dalam kontrak perkhidmatan Mekanikal
& Elektrikal disebabkan oleh senarai kuantiti yang tidak lengkap semasa proses
tender (Ganiyu Amuda et al., 2013).
Langdon (2010) mengatakan bahawa masalah yang dihadapi jika tender bagi
kerja-kerja mekanikal dan elektrikal dibuat berdasarkan harga pukal dan jadual kadar
harga adalah terdapat jurang yang besar diantara tender tertinggi dan tender yang
rendah. Jurang harga yang besar adalah disebabkan oleh harga kerja-kerja servis
bangunan terutamanya jika kontraktor yang lebih berpengalaman memanipulasikan
harga (Langdon, 2010). Ini bermaksud, kontraktor yang berpengalaman boleh
mengambil kesempatan dengan meletakkan harga yang tinggi manakala kontraktor
yang kurang berpengalaman akan menghadapi masalah dalam menghargakan tender
yang menggunakan harga pukal dan jadual kadar harga.
7
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti lebih lanjut mengenai cabaran-
cabaran yang dihadapi oleh kontraktor disebabkan oleh tiada format senarai kuantiti
yang tetap dan senarai kuantiti yang tidak mempunyai keseragaman diantara
konsultan-konsultan mekanikal dan elektrikal.
Kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti kaedah yang digunakan oleh
kontraktor untuk menghargakan tender bagi kerja-kerja M&E. Ketiadaan kos data
yang realistik menyukarkan kontraktor untuk menghargakan tender (Ganiyu Amuda
& Sarajul Fikri, 2012). Oleh itu, kajian dilakukan untuk mengenalpasti kaedah yang
digunakan oleh kontraktor untuk menghargakan tender bagi kerja-kerja M&E
disebabkan oleh ketiadaan data kos yang realistik.
1.3 Persoalan Kajian
i) Apakah cabaran yang dihadapi oleh kontraktor semasa menghargakan tender
untuk Kerja-Kerja Mekanikal dan Elektrikal?
ii) Apakah kaedah yang digunakan oleh kontraktor untuk menghargakan tender
bagi Kerja-Kerja Mekanikal dan Elektrikal?
8
1.4 Objektif Kajian
Terdapat dua objektif kajian yang telah dikenalpasti untuk mencapai matlamat
tersebut. Objektif kajian ini adalah:
i) Untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh kontraktor semasa
menghargakan tender untuk Kerja-Kerja Mekanikal dan Elektrikal.
ii) Untuk mengenal pasti kaedah yang digunakan oleh kontraktor untuk
menghargakan tender bagi Kerja-Kerja Mekanikal dan Elektrikal.
1.5 Skop Kajian
Skop bagi penyelidikan ini adalah tertumpu kepada cabaran yang dihadapi
oleh kontraktor Mekanikal dan Elektrikal dan kaedah yang digunakan oleh
kontraktor untuk menghargakan tender bagi Kerja-Kerja Mekanikal dan Elektrikal.
Skop kajian meliputi responden berikut:
1. Kontraktor Mekanikal dan Elektrikal Gred G4-G7 yang berdaftar dengan
CIDB di Johor Bahru, Selangor dan Kuala Lumpur.
9
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini penting bagi juruukur bahan dan kontraktor. Hasil kajian akan
menyenaraikan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh kontraktor semasa
menghargakan tender yang disebabkan oleh senarai kuantiti yang tidak lengkap dan
tidak teratur.
Dapatan Kajian juga boleh digunakan oleh juruukur bahan dan konsultan
untuk memperbaiki format senarai kuantiti bagi Kerja-Kerja Mekanikal dan
Elektrikal berdasarkan cabaran yang dihadapi oleh Kontraktor Mekanikal dan
Elektrikal.
1.7 Metodologi Kajian
Peringkat yang terlibat dalam menyediakan dan menjalankan keperluan
penyelidikan ini terbahagi kepada empat peringkat seperti mana Rajah 1.2 iaitu:-
1) Peringkat Pertama - Kajian Permulaan
Tujuan kajian permulaan adalah untuk mengenalpasti objektif kajian. Isu
kajian diperolehi menerusi artikel, akhbar, majalah, buku, tesis lepas dan kertas
penyelidikan bagi mengukuhkan kajian yang dilakukan. Sebelum mencari maklumat
mengenai isu penyelidikan dengan lebih mendalam, perbincangan telah dilakukan
dengan penyelia untuk mengenal pasti objektif dan mendapatkan gambaran yang
lebih jelas mengenai topik tersebut.
10
2) Peringkat Kedua - Melaksanakan Kajian Literatur
Topik penyelidikan dibincangkan dan dijelaskan pada peringkat ini. Peringkat
ini dijalankan dengan membaca buku, jurnal, artikel dan sumber lain yang berkaitan
dengan topik penyelidikan.
3) Peringkat Ketiga - Metodologi Kajian
Pada peringkat ini, data – data yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan
dikumpulkan. Data ini merupakan data yang diperolehi melalui temu bual. Temu
bual merupakan kaedah utama untuk mengumpul data. Soalan untuk temu bual akan
dibuat berdasarkan kajian literature.
4) Peringkat Keempat - Hasil Kajian dan Analisis Data
Setelah data diperolehi melalui temu bual, proses penganalisaan dibuat
terhadap segala maklumat, pandangan, pendapat, komen dan data–data tersebut dan
dipersembahkan dalam bentuk jadual, carta pai dan carta bar. Pada peringkat ini juga
objektif kajian tercapai dan menjawab persoalan mengenai isu yang ingin dikaji.
5) Peringkat Kelima - Kesimpulan dan cadangan lanjutan
Kesimpulan hasil penyelidikan ditulis berdasarkan objektif kajian.
Kesimpulan merumuskan cabaran yang dihadapi oleh Kontraktor Mekanikal dan
Elektrikal semasa menghargakan tender dan mengenal pasti kaedah yang digunakan
oleh kontraktor untuk menghargakan tender bagi Kerja-Kerja Mekanikal dan
Elektrikal. Seterusnya, cadangan diusulkan melalui penyusunan maklumat yang telah
dikumpul dan dianalisis.
11
PERINGKAT PERTAMA : KAJIAN PERMULAAN
i. Mengenalpasti isu dan masalah
ii. Mengenalpasti objektif kajian
iii. Menentukan skop kajian
PERINGKAT KEDUA : KAJIAN LITERATUR
Rujukan : Buku, artikel, jurnal, kajian lepas, internet
PERINGKAT KETIGA : KAEDAH METODOLOGI
Temu bual
PERINGKAT KEEMPAT : DATA ANALISIS
PERINGKAT KELIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN LANJUTAN
Rajah 1.2 : Carta Alir Metodologi Kajian
12
1.8 Organisasi Bab
Laporan ini disediakan mengikut prosedur projek sarjana muda. Ia
mengandungi lima bab.
1) Bab 1 : Pengenalan
Bab 1 menggambarkan gambaran keseluruhan penyelidikan yang dijalankan.
Ia menjelaskan mengenai isu berkaitan senarai kuantiti kerja-kerja Mekanikal &
Elektrikal, persoalan kajian dan objektif kajian yang hendak dicapai. Skop kajian,
kepentingan kajian, dan metodologi kajian juga diterangkan di dalam bab 1 ini.
2) Bab 2 : Kajian Literatur
Secara umumnya Bab 2 menyediakan kajian literatur yang lengkap untuk
menghasilkan satu rangka kerja terhadap kajian ini. Ia menerangkan definisi, fungsi
dan kepentingan senarai kuantiti dan kerja-kerja Mekanikal & Elektrikal. Kaedah
yang selalu digunakan oleh kontraktor untuk menghargakan senarai kuantiti juga
akan diterangkan dalam bab 2 ini.
3) Bab 3: Metodologi Kajian
Bab 3 akan menjelaskan berkenaan tentang metodologi kajian. Ianya
menjelaskan proses penyelidikan yang bakal dijalankan dan instrumen kajian yang
digunakan.
13
4) Bab 4: Analisis Data
Bab 4 yang membincangkan mengenai analisis semua data yang telah
diperolehi selepas proses temu bual. Analisis data mengandungi cabaran yang
dihadapi oleh kontraktor semasa menghargakan tender dan kaedah kontraktor
menghargakan kerja-kerja Mekanikal & Elektrikal.
5) Bab 5: Kesimpulan dan cadangan lanjutan
Bab 5 membincangkan kesimpulan kajian yang telah dilakukan dan hasil
kajian. Selain itu, cadangan kajian lanjutan juga akan diterangkan dalam bab ini.
14
BAB 2
KERJA-KERJA MEKANIKAL DAN
ELEKTRIKAL
2.1 Pengenalan
Kerja–kerja Mekanikal dan Elektrikal merangkumi semua kerja-kerja
kejuruteraan pada bangunan selain daripada kejuruteraan awam dan struktur (Mash,
2003). Hall & Greeno (2011) menyenaraikan kerja –kerja Mekanikal dan Elektrikal
di dalam bangunan seperti berikut :
Sistem Paip
Sistem Penghawa Dingin, Pemanasan dan Pengudaraan
Sistem Elektrikal
Sistem Penghantaran Mekanikal
Sistem Pencegah Kebakaran
Sistem Keselamatan
Sistem Komunikasi
15
Sistem elektrik direka oleh jurutera elektrik dan terdiri daripada beberapa
kelengkapan seperti suis, soket, saluran kabel, lampu dan kesemua kelengkapan ini
akan bersambung dengan pelbagai saiz kabel elektrik yang sesuai. Terdapat pelbagai
jenis kabel dan sistem perlindungan yang ada pada setiap sistem elektrikal dan ia
perlu diterangkan secara terperinci di dalam senarai kuantiti. Kerja–kerja elektrik di
tapak merangkumi kerja penghantaran, penyimpanan, penetapan dan penyambungan
kelengkapan dengan kabel (Buchan, Fleming, & E.K. Grant, 1993).
Kos bagi kerja-kerja Mekanikal & Elektrikal telah berubah daripada 15 - 30
peratus daripada jumlah kos bangunan untuk jenis bangunan tradisional kepada 15 –
70 peratus bagi bangunan moden bergantung kepada kecanggihan perkhidmatan,
jenis sistem penghawa dingin, sistem pencegah kebakaran, kawalan akses,
keselamatan, CCTV, bangunan sistem pengurusan, lif dan eskalator (Rawlinson &
Dedman, 2010).
Selain daripada kos komponen Mekanikal & Elektrikal, pertimbangan ruang -
ruang komponen di dalam bangunan adalah penting. Ruang diperlukan untuk saluran
menegak yang besar dan sederhana dan bagi saluran mendatar pula, ia memerlukan
ruang bawah tanah di dalam bangunan atau ruang siling . Ruang untuk kerja-kerja
Mekanikal dan Elektrikal ini memberi kesan kepada luas lantai kasar, saiz dan
bentuk tingkat bawah bangunan, ketinggian dari lantai ke lantai, geometri dan
aestetik (Ganiyu Amuda & Sarajul Fikri, 2012).
16
2.2 Jenis – jenis Kerja-Kerja Mekanikal dan Elektrikal di dalam bangunan
Kerja-Kerja Mekanikal dan Elektrikal di dalam bangunan adalah seperti berikut:
2.2.1 Sistem Perpaipan
Sistem paip adalah sistem untuk pengangkutan dan pengedaran cecair dan gas
(Steele, 1981). Penerapan prinsip-prinsip saintifik pada reka bentuk amat penting
kerana ia dapat menghasilkan pemasangan dan pengendalian sistem yang cekap,
ekonomi, ekologi, dan menjimatkan tenaga. Di antara gas dan cecair yang disalirkan
melalui sistem paip adalah seperti berikut :
Jadual 2.1 : Jenis gas dan cecair dalam sistem perpaipan
1. Saliran kebersihan 14. Karbon dioksida
2. Pelupusan kumbahan 15. Nitrogen
3. Saliran air 16. Nitrous oksida
4. Saliran tapak 17. Helium
5. Pelupusan air 18. Air suling
6. Sistem pembuangan 19. Rawatan air
7. Air domestik 20. Sabun
8. Perlindungan kebakaran 21. Pelupusan sisa makanan dan
pengurusan sisa pepejal
9. Sisa asid dan industri 22. Sisa radioaktif
10. Air minuman sejuk 23. Kolam renang dan air pancut hiasan
11. Gas 24. Pemercik rumput dan pengairan
12. Udara termampat 25. Oksigen
13. Vakum
17
Sistem paip telah menjadi semakin rumit dan canggih untuk memenuhi
perubahan dalam pembinaan bangunan serta cabaran-cabaran yang dihadapi
disebabkan oleh sikap pengguna baru, adat, tingkah laku sosial, krisis tenaga, dan
keadaan ekonomi (Steele, 1981).
2.2.2 Sistem Pemanasan, Pengudaraan dan Penghawa dingin
Sistem pemanasan, pengudaraan dan penghawa dingin mengawal suhu,
kelembapan dan kualiti udara dalam bangunan ke satu set keadaan yang dipilih.
Sistem ini berfungsi dengan memindahkan haba dan kelembapan masuk dan keluar
dari udara serta mengawal tahap pencemaran udara, sama ada secara membuangnya
langsung atau dengan mengurangkannya ke tahap yang boleh diterima.
Sistem pemanasan meningkatkan suhu dalam ruang untuk mengimbangi
kehilangan haba antara ruang dalaman dan luar. Sistem pengudaraan membekalkan
udara ke ruang dan mengeluarkan udara tercemar daripadanya. Penyejukan
diperlukan untuk membawa suhu ke dalam ruang di mana kenaikan haba timbul dari
manusia, peralatan atau matahari dan menyebabkan ketidakselesaan (Gilman, 1981).
2.2.3 Sistem Elektrikal
Sistem elektrikal mempunyai peranan yang sangat besar pada operasi
bangunan. Sistem elektrik di bangunan bermula dengan sebuah „transformer „ yang
disediakan oleh pihak berkuasan tempatan yang terletak berdekatan dengan
bangunan. „Transformer‟ berfungsi mengurangkan nilai voltan untuk disalurkan
18
kepada bangunan. Setiap voltan yang berbeza diperlukan untuk lampu pijar dan
peralatan kecil, peralatan besar, pencahayaan bukan pijar yang dipasang pada siling
dan jentera berat. Setiap voltan mempunyai sistem pendawaian yang berasingan yang
membawa dari meter dan suis induk kepada panel pemutus litar, di mana ia dipecah
lagi ke dalam litar yang bersesuaian dengan penggunaan kediaman.
Dari meter, kuasa eklektrik akan dihantar ke dalam bangunan di setiap
pendawaian, panel dan peranti. Wayar memindahkan elektrik dari meter ke papan
panel, yang kebiasaannya terletak di bawah tanah atau garaj rumah. Di bangunan
komersial kecil, panel terletak di bilik utiliti. Papan panel akan mempunyai pemutus
perkhidmatan utama dan satu siri pemutus litar, yang mengawal aliran kuasa ke
pelbagai litar di dalam bangunan (Stein et al., 2006).
2.2.4 Sistem Pengangkutan Mekanikal
Sistem pengangkutan merupakan salah satu perkhidmatan yang penting
digunakan di dalam sesebuah bangunan. Ia berfungsi dari gerakan elektrik serta
menggunakan motor untuk bergerak. Sistem pengangkutan mekanikal untuk orang
dan barangan adalah merupakan servis penggunaan tenaga yang memerlukan
perhatian pada tahap awal reka bentuk bangunan. Sistem pengangkutan mekanikal
diintegrasi dengan sistem pencegah kebakaran. Oleh itu, cara melarikan diri dan
penyelenggaraan yang betul adalah perkara yang perlu diambil kira semasa proses
reka bentuk (Fred Hall & Greeno, 2011). Jenis pengangkutan mekanikal yang sering
digunakan adalah :
19
i. Lif
Sistem lif kebiasaannya dipasang pada bangunan yang mempunyai 4 atau
5 tingkat ke atas. Lif juga mempunyai muatan tertentu bergantung kepada jenis
bangunan. Bagi bangunan yang bersaiz besar, terdapat dua lif iaitu lif penumpang
dan lif untuk membawa barang.
ii. Eskalator
Eskalator merupakan pengangkutan yang digunakan untuk penumpang yang
bertujuan untuk naik dari satu tingkat ke tingkat yang lain dengan lebih mudah
lagi. Fungsi eskalator adalah sama seperti fungsi lif.
2.2.5 Sistem Pencegah Kebakaran
Schmidt (1981) menyatakan bahawa banyak teknologi baru yang dicipta
untuk menyediakan bangunan yang selamat lengkap dengan sistem pencegah
kebakaran kerana ia telah jelas bahawa penyelesaian kepada masalah kebakaran dan
keselamatan bangunan boleh diselesaikan dengan reka bentuk yang baik. Sistem
pencegah kebakaran di dalam bangunan terbahagi kepada tiga elemen utama :
i. Sistem pengesanan, komunikasi, dan penggera
Sistem pengesanan dan komunikasi mesti diintegrasikan sepenuhnya. Setiap
yang dikesan akan terus dilaporkan ke stesen bomba yang terdekat. Komunikasi
tidak harus bergantung kepada manusia kerana teknologi lebih pantas
melaporkan maklumat kebakaran berbanding manusia. Kotak tarik manual boleh
digunakan untuk melaporkan kebakaran, tetapi ia tidak berguna apabila bangunan
20
tersebut tiada penghuni semasa kebakaran berlaku. Sistem laporan ini berfungsi
melalui sistem elektrikal.
ii. Pembinaan tahan api
Setiap pembinaan bangunan harus menggunakan bahan-bahan binaan yang
tahan api untuk 1, 2 jam atau lebih bergantung kepada bilangan penghuni dan tinggi
bangunan tersebut.
iii. Sistem pemadam api
Secara tradisional, setiap bangunan harus dilengkapi dengan pemadam api
mudah alih dan kili hos untuk kebakaran. Kili hos kebiasaannya disediakan di
sepanjang laluan kecemasan ataupun berdekatan dengan pintu keluar. Kedua – kedua
sistem ini bergantung kepada penghuni bangunan untuk bertindak memadam api
pada peringkat awal namun masih ramai penghuni bangunan yang tidak mengetahui
cara-cara pemakaian sistem ini mentebabkan ia tidak berkesan untuk mengawal api
pada peringkat awal (Schmidt, 1981).
21
Rajah 2.1 : Sistem Kili Hos (Hall & Ramli, 1999)
Selain itu, terdapat sistem pemadam api secara automatik yang disediakan di
dalam bangunan bagi mengawal dan memadamkan api dengan lebih berkesan.
Antara contohnya ialah sistem pemercik automatik. Hall & Ramli (1999)
menyatakan bahawa semburan air secara berterusan ke atas permukaan api dan haba
mampu merendahkan suhu proses pembakaran dan menghalang api merebak ke
ruang yang berhampiran. Pemercik air automatik telah menjadi salah satu sistem
yang berkesan dalam mengawal api semasa kebarakan. Sistem ini terdiri daripada
rangkaian paip yang disambungkan dengan sumber bekalan air dan paip dipasang
pada aras siling di seluruh bangunan yang dilindungi dan kepala pemercik
disambungkan ke paip.
22
Rajah 2.2 : Sistem Pemercik Air (Hall & Ramli, 1999)
2.2.6 Sistem Keselamatan
Sistem Keselamatan merupakan sistem keselamatan bangunan melalui
sistem rangkaian alat elektronik. Sistem rangkaian alat elektronik bersepadu bekerja
bersama dengan panel kawalan pusat untuk melindungi bangunan daripada pencuri
dan penceroboh. Sistem keselamatan rumah yang biasa diaplikasi di dalam bangunan
(Gilman, 1981):
Panel kawalan, yang merupakan pengawal utama sistem keselamatan
bangunan
Pengesan pintu dan tingkap
Pengesan gerakan, kedua-dua dalaman dan luaran
Kamera keselamatan berwayar atau tanpa wayar
Siren atau penggera tinggi
Tanda dan pelekat tingkap
23
Sistem keselamatan bangunan berfungsi dengan memasang pengesan di
lokasi di bangunan. Pengesan biasanya ditempatkan di pintu yang mengarah ke
rumah serta tingkap yang mudah diakses terutama yang berada di aras tanah. Sistem
ini berfungsi dengan cara pengesan berkomunikasi dengan panel kawalan dan
menghantar arahan.
2.2.7 Sistem Komunikasi
Sistem komunikasi semakin penting dan kompleks di dalam bangunan
komersial, institusi dan industri. Wayar komunikasi untuk telefon, sistem pembesar
suara dan data komputer mengambil banyak laluan wayar elektrik di dalam
bangunan termasuk dinding dan siling (Chadderton, 2013).
2.3 Kerja Pengukuran bagi Kerja-Kerja Mekanikal dan Elektrikal
Kerja-kerja pengukuran dalam sesuatu projek mestilah merujuk dan mengikut
peraturan pada SMM. Terdapat beberapa kebaikan jika menggunakan SMM iaitu
menggalakkan pasukan reka bentuk dan klien untuk memuktamadkan reka bentuk
sebelum penyediaan bil, kontraktor tidak perlu untuk mengukur kerja-kerja itu
sendiri, boleh digunakan sebagai asas untuk penilaian interim dan penilaian kerja-
kerja tambahan (Davis, Love, & Baccarini, 2009).
24
Dalam MYSMM2, peraturan untuk mengukur kerja-kerja M&E terdapat di
bawah Seksyen Q (Pemasangan Paip dan Kejuruteraan Mekanikal) dan Seksyen R
(Pemasangan Elektrik). Bahagian Q meliputi peraturan untuk mengukur paip dan
kejuruteraan pemasangan mekanikal manakala bahagian R menyediakan peraturan
untuk mengukur pemasangan elektrik (Ganiyu Amuda et al., 2013).
2.3.1 Seksyen Q-Pemasangan Paip dan Kejuruteraan Mekanikal
Seksyen Q merupakan peraturan tentang pemasangan paip dan kejuruteraan
mekanikal di dalam SMM2. Berikut merupakan butiran yang perlu diberikan secara
umum (The Institution of Surveyor, 2000):
i. Jenis dan kualiti bahan.
ii. Ketebalan bahan
iii. Sebarang ujian yang diperlukan
iv. Memasang dan menyatukan bahagian-bahagian komponen unit komposit dan
menyediakan bahan penyambung yang diperlukan hendaklah disifatkan
sebagai termasuk dengan barangan yang berkenaan. Di mana unit komposit
dibekalkan oleh majikan,butir-butir hendaklah diberikan bagi kerja-kerja
pemasangan yang terlibat.
v. Corak, acuan dan sebagainya hendaklah disifatkan sebagai termasuk dengan
barang tersebut.
vi. Cat dan kemasan atau rawatan permukaan yang digunakan sebagai
sebahagian proses hendaklah dinyatakan sama ada digunakan sebelum atau
selepas pemasangan
vii. Kaedah penyambungan hendaklah dinyatakan
viii. Keadaan kerja yang hendak dijalankan hendaklah dinyatakan.
ix. Kerja sementara hendaklah diterangkan dengan jelas termasuk kaedah
mengeluarkan kerja sementara tersebut selepas itu
x. Sambungan kepada perkhidmatan sedia ada hendaklah diterangkan.
25
2.3.2 Seksyen R-Pemasangan Elektrik
Seksyen R merupakan peraturan tentang pemasangan elektrik di dalam
SMM2. Berikut merupakan butiran yang perlu diberikan secara umum (The
Institution of Surveyor, 2000):
i. Jenis dan kualiti bahan.
ii. Ketebalan bahan
iii. Sebarang ujian yang diperlukan
iv. Jenis dan voltan bekalan elektrik utama dan menyatakan lokasi utama
bekalan elektrik diterima.
v. Corak, acuan dan sebagainya hendaklah disifatkan sebagai termasuk dengan
barang tersebut.
vi. Cat dan kemasan atau rawatan permukaan yang digunakan sebagai
sebahagian proses hendaklah dinyatakan sama ada digunakan sebelum atau
selepas pemasangan
vii. Kaedah penyambungan hendaklah dinyatakan
viii. Keadaan kerja yang hendak dijalankan hendaklah dinyatakan.
ix. Kerja sementara hendaklah diterangkan dengan jelas termasuk kaedah
mengeluarkan kerja sementara tersebut selepas itu
x. Sambungan kepada perkhidmatan sedia ada hendaklah diterangkan.
2.4 Jenis Perolehan bagi Kerja-Kerja Mekanikal dan Elektrikal
Diantara individu yang terpenting dalam industri binaan adalah klien. Klien
terbahagi kepada dua iaitu kerajaan dan swasta. Klien akan menjalankan sesuatu
projek menggunakan beberapa jenis sistem perolehan bergantung kepada kesesuaian
projek dan kehendak klien (Bentley, 1990).
26
Perolehan adalah proses untuk mendapatkan sesuatu barangan atau
perkhidmatan. Terdapat banyak kaedah yang berbeza di mana reka bentuk dan
pembinaan bangunan boleh diperolehi. Jenis perolehan yang dipilih harus mengikuti
strategi yang sesuai dengan objektif jangka panjang pelan perniagaan klien. Perkara
yang perlu dipertimbangkan adalah (Jack Ramus, Birchall, & Griffiths, 2006):
Kelajuan
Kos
Kualiti
Risiko
Pemilikan aset
Pembiayaan
Terdapat pelbagai jenis sistem perolehan yang digunakan dalam industri
binaan. Tiga jenis sistem perolehan yang lazim digunakan untuk projek pembinaan
bangunan ialah kaedah tradisional, kaedah reka bentuk dan binaan, dan kaedah
kontrak pengurusan.
2.4.1 Kaedah Tradisional
Ramus, Birchall, & Griffiths (2006) mengatakan bahawa kaedah Traditional
adalah kaedah perolehan dimana kontraktor bersetuju untuk membina bangunan
berdasarkan reka bentuk yang disediakan oleh perunding. Kontraktor hanya
bertanggungjawab untuk pembinaan dan bukan untuk reka bentuk. Reka bentuk perlu
di siapkan sebelum tender dijemput dan kontraktor utama dilantik. Harga kontrak
adalah berdasarkan senarai kuantiti yang telah disediakan oleh juru ukur bahan.
27
Terdapat juga situasi dimana kontraktor perlu menilai kerja menerusi lukisan
dan pelan tanpa senarai kuantiti. Kaedah perolehan ini sering digunakan kerana ia
menawarkan ketepatan harga kerana reka bentuk telah siap sepenuhnya sebelum
pembinaan dan memberi klien lebih banyak kawalan ke atas reka bentuk kerana
klien mengawal pasukan reka bentuk. Namun begitu, kaedah perolehan ini
mengambil masa yang lama kerana reka bentuk perlu siap sepenuhnya sebelum
pembinaan bermula berbanding dengan jenis kontrak reka dan bentuk (Jack Ramus et
al., 2006).
Rajah 2.3 : Kaedah Tradisional (Ramus, Birchall, & Griffiths,2006)
2.4.2 Kaedah Reka Bentuk dan Bina
Reka bentuk dan bina adalah kontrak di mana kontraktor utama dilantik untuk
merekabentuk dan menyiapkan sesuatu bangunan. Kebiasaannya, klien akan
menggunkan kontrak ini bagi projek yang kecil di mana kualiti reka bentuk
bukanlah pertimbangan utama dan untuk projek yang perlu disiapkan dengan cepat.
Kontrak ini menggunakan harga kontrak tetap (Jack Ramus et al., 2006).
28
Kontraktor akan menjalankan semua kerja-kerja reka bentuk bagi sesuatu
projek. Kontraktor boleh menggunakan pereka dalaman mereka sendiri untuk
merekabentuk bangunan, atau mereka boleh melantik pereka perunding untuk
membuat reka bentuk bagi pihak mereka. Namun begitu, jika klien itu mempunyai
konsep reka bentuk dan spesifikasi beliau sendiri, perunding yang dilantik oleh klien
akan mengeluarkan konsep reka bentuk dan garis panduan. Seterusnya, kontraktor
yang dilantik itu harus menjalankan kerja-kerja reka bentuk yang lebih terperinci
berdasarkan konsep reka bentuk yang telah dibuat oleh perunding dan seterusnya
menjalankan pembinaan bangunan tersebut (Ramus, Birchall, & Griffiths, 2006).
Rajah 2.4 : Kaedah Reka Bentuk dan Bina (Jack Ramus et al., 2006)
29
2.4.3 Kontrak Pengurusan
Ramus, Birchall, & Griffiths (2006) menyatakan bahawa kontrak pengurusan
ialah kaedah dimana satu kontraktor pengurusan akan dilantik oleh klien. Kontraktor
pengurusan tidak akan melakukan kerja-kerja pembinaan tetapi tugasnya adalah
sebagai wakil klien untuk menguruskan kontrak tersebut. Kontraktor pengurusan
akan menyelaras, menyelia dan menguruskan projek bersama-sama dengan konsultan
yang telah dilantik oleh klien.
Kontraktor pengurusan akan melantik kontraktor pembinaan untuk
menjalankan kerja. Kontrak adalah diantara kontraktor pengurusan dengan
kontraktor binaan bukannya diantara klien dan kontraktor pembinaan. Dalam kaedah
ini, proses rekabentuk dan pembinaan berjalan seiring dan dapat menjimatkan masa
projek (Ramus, Birchall, & Griffiths, 2006).
Rajah 2.5 : Kontrak Pengurusan (Jack Ramus et al., 2006)
30
2.5 Proses Tender
Proses tender adalah proses yang penting dalam projek pembinaan kerana
keputusan yang dibuat pada peringkat ini akan menentukan kualiti dan parti yang
terlibat dalam projek pembinaan dan bayaran yang perlu dibayar untuk servis
mereka. Proses tender tidak terhad untuk pemilihan kontraktor sahaja. Kebiasaannya,
ahli projek seperti arkitek dan jurukur bahan juga perlu melalui proses tender.
Setelah arkitek dan jurukur bahan telah dilantik, mereka akan membantu klien dalam
pemilihan dan pelantikan kontraktor utama (Ramus, Birchall, & Griffiths, 2006).
Proses tender adalah seperti berikut :
i. Penyediaan spesifikasi
Spesifikasi dibuat berdasarkan kehendak dan permintaan klien.
ii. Penyediaan Dokumen Tender
Dokumen tender akan disediakan oleh jurukur bahan dalam tempoh yang
ditetapkan oleh klien .
iii. Iklan Tender
Tender perlu diiklankan di dalam akhbar dan bagi projek kerajaan, ia perlu
diiklankan sekurang-kurangnya dalam 1 akhbar harian utama berbahasa Melayu dan
minimum 21 hari dari tarikh dokumen tender mula dijual (Kementerian Kewangan
Malaysia, 2013).
Bagi tender terpilih, jurukur bahan akan menghantar surat kepada kontraktor-
kontraktor yang telah disenarai pendek untuk menjemput memasuki tender (Ramus,
Birchall, & Griffiths, 2006).
31
iv. Pembukaan Peti Tender
Waktu terakhir untuk menerima tawaran tender adalah pada jam 12.00 tengah
hari pada hari pelawaan tender ditutup. Peti tender akan dibuka oleh Jawatankuasa
Pembuka Tender yang terdiri sekurang-kurangnya 2 orang. Tugas Jawatankuasa
Pembuka Tender adalah dengan membuka peti tawaran tender selepas tender ditutup
dan nombor kod hendaklah diberi untuk setiap dokumen (Kementerian Kewangan
Malaysia, 2013).
v. Penilaian Tender
Tender akan dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian Tender yang mahir,
berpengalaman dan berkelayakan tentang projek tersebutdan berasaskan kepada
spesifikasi yang ditetapkan dalam dokumen tender. Bagi penilaian harga, ia
hendaklah mengambil kira faktor-faktor seperti syarat pembayaran, kadar
pembayaran, tempoh, diskaun, harga pasaran terbuka, keupayaan petender, harga
lampau dan sebagainya. Perbandingan yang dibuat hendaklah berdasarkan unsur-
unsur yang sama. Penilaian ini dijalankan secara mesyuarat dan Laporan penilaian
akan ditandatangani oleh semua ahli Jawatankuasa (Kementerian Kewangan
Malaysia, 2013).
vi. Pemilihan kontraktor
Selepas jurukur bahan membuat penilaian tender, laporan tender akan
dikeluarkan dan terdapat cadangan tawaran tender yang patut dipilh untuk
pertimbangan oleh klien dan ahli-ahli yang berkaitan. Keputusan akan dibuat dengan
sebulat suara (Kementerian Kewangan Malaysia, 2013).
vii. Pengeluaran Surat Setuju Terima
Surat setuju terima akan dikeluarkan kepada petender yang berjaya.
32
2.6 Dokumen Tender
Cartlidge (2013) mengatakan bahawa diantara objektif penyediaan dokumen
tender adalah untuk memberikan peluang kepada setiap petender untuk menawarkan
tawaran harga kepada klien. Bentley (1990) menyatakan bahawa isi kandungan
setiap dokumen tender adalah berlainan bergantung pada jenis kontrak. Setiap
dokumen tender mempunyai nombor siri tersendiri dan setiap set dokumen tender
hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut (Kementerian Kewangan Malaysia,
2013) :
Jadual 2.2 : Senarai Item Dokumen Tender (Kementerian Kewangan Malaysia,
2013)
No. Perkara Penerangan
i. Syarat-syarat dan
arahan kepada petender
Maklumat-maklumat penting yang wajib dipatuhi
oleh petender
ii. Spesifikasi Spesifikasi umum, khusus, teknikal bagi
perkhidmatan dan kerja yang dikehendaki oleh klien
iii. Borang tender Borang hendaklah diisi dan ditandatangani oleh
petender bagi menyertai tender
iv. Surat Setuju Terima
tender
Surat yang mengesahkan penerimaan sesuatu
tawaran berasaskan kepada syarat yang telah
ditetapkan dalam dokumen tender, syarat yang telah
dipersetujui dalam surat niat atau apa-apa syarat lain
yang telah dipersetujui melalui rundingan
sebelumnya
v. Syarat-syarat kontrak Syarat-syarat kontrak yang akan diguna pakai bagi
petender yang berjaya
vi. Senarai kuantiti Maklumat yang menjelaskan huraian kerja dan
kuantiti yang diperlukan
vii. Jadual kadar harga Jadual kadar harga yang perlu diisi oleh petender
(jika berkenaan)
33
viii. Lukisan teknikal dan
pelan
Pelan, model atau lukisan yang diperlukan (jika
berkenaan)
ix. Tempat penghantaran Tempat serahan terakhir di mana barangan yang
diperolehi akan diserah kepada Agensi;
x. Prestasi dan rekod
pengalaman
Maklumat tentang pengalaman petender dalam
bidang berkaitan
xi. Penyata kewangan Petender perlu menghantar penyata kewangan yang
telah diaudit
xii. Profil dan kedudukan
kewangan petender
Maklumat terperinci tentang latar belakang dan
keupayaan kewangan petender
xiii. Senarai Semak Senarai dokumen/perkara yang perlu dikemukakan
oleh petender
2.7 Jenis dokumen bagi kerja-kerja mekanikal dan elektrikal di dalam
dokumen tender
Ganiyu Amuda & Sarajul Fikri (2014) menyatakan bahawa dokumen bagi
kerja-kerja Mekanikal dan Elektrikal yang disertakan di dalam dokumen tender
terdiri daripada tiga jenis dokumen iaitu senarai kuantiti, harga pukal dan lukisan dan
jadual kadar harga.
2.7.1 Senarai Kuantiti
Miliken (1996) mengatakan bahawa senarai kuantiti telah wujud lebih
daripada 300 tahun. Setiap item di dalam senarai kuantiti lengkap dengan
penerangan bahan, kuantiti dan mutu kerja untuk kerja dan kuantiti (Seeley, 1997).
Dalam proses penghasilan senarai kuantiti, jurukur bahan perlu meneliti rekabentuk
dan spesifikasi. Ini bagi membolehkan jurukur bahan untuk mengenal pasti masalah
34
dan percanggahan dalam lukisan dan spesifikasi sebelum tender, dan seterusnya
dapat mengurangkan masalah pasca-kontrak (Miliken, 1996; AIQS, 2001).
Di Malaysia, dalam SMM2 terdapat bahagian 'Q' (pemasangan Paip dan
Mekanikal) dan 'R' (Pemasangan Elektrik) iaitu peraturan terperinci untuk mengukur
Kerja-kerja Mekanikal dan Elektrikal.Senarai kuantiti hanya boleh disediakan
apabila reka bentuk telah disiapkan sebelum proses tender (Potts, 2008). Brook
(2008) menyatakan bahawa senarai kuantiti mempunyai dua kegunaan utama iaitu
pada peringkat pra-kontrak dan pada peringkat pasca-kontrak. Pada peringkat Pra-
kontrak, senarai kuantiti membantu kontraktor untuk menghargakan tender mereka
kerana senarai kuantiti memecahkan kerja kontrak secara formal, terperinci dan
berstruktur. Pada peringkat pasca-kontrak pula, senarai kuantiti dapat membantu
kontraktor dan jurukur bahan dalam menilai pembayaran kemajuan dan kerja-kerja
tambahan.
Apabila senarai kuantiti disediakan, ia akan mendatangkan penjimatan
sebanyak 12 peratus berbanding menggunakan harga pukal. Senarai Kuantiti yang
terperinci akan memberikan kos yang pasti kepada klien sebelum pembinaan
bermula (Davis, Love, & Baccarini, 2009). Senarai kuantiti menyediakan asas yang
sama untuk perbandingan tender. Format berstruktur akan memudahkan proses
penilaian tender. Jika senarai kuantiti tidak disediakan, setiap penender menyiapkan
kuantiti sendiri dan proses penilaian tender tidak dapat dibandingkan dengan asas
yang sama (AIQS, 2001). Tanpa senarai kuantiti, terdapat juga risiko bahawa
penender yang berjaya telah mengira jumlah lebih rendah daripada yang sepatutnya
dan kemudian tidak dapat menyelesaikan kerja atau tidak mengikut kualiti yang telah
ditetapkan bagi mengelakkan kerugian (J. Ramus & Birchall, 1999).
Senarai kuantiti dapat menyediakan kontraktor dengan maklumat yang
diperlukan untuk melaksanakan pelbagai proses pengurusan projek dengan lebih
berkesan dan cekap. Huraian dan kuantiti kerja yang dibentangkan dalam senarai
kuantiti menyediakan kontraktor dengan maklumat berguna untuk menghargakan
35
tender pada harga yang tepat. Senarai kuantiti juga penting untuk menyediakan
belanjawan projek dan aliran tunai, untuk mengira jumlah bahan diperlukan untuk
projek, untuk menyediakan keperluan buruh dan jadual, tuntutan untuk pembayaran
dan untuk mendapatkan subkontraktor (Rosli et al., 2006).
2.7.2 Harga Pukal
Harga pukal bagi kerja-kerja Mekanikal dan Elektrikal dikenali sebagai wang
kos prima. Bagi kos bangunan, kerja – kerja pakar kebiasaannya menggunakan kos
prima kerana masih tiada lukisan yang lengkap dan tiada definisi kerja yang jelas
semasa proses penyediaan tender (Murray, 1997). Cartlidge (2013) menyatakan
bahawa wang kos prima disediakan di dalam senarai kuantiti untuk dihargakan oleh
petender semasa proses tender.
Holm et al. (2005) menyatakan bahawa bagi harga pukal, kontraktor
bertanggungjawab untuk menetapkan semua bahan, buruh, jentera dan kos-kos yang
berkaitan untuk menjalankan kerja tersebut. Diantara kelemahan menggunakan harga
pukal adalah juruukur bahan sukar untuk membuat penilaian tender, penilaian bagi
kerja-kerja tambahan dan penilaian interim menjadi sukar dan rumit, meningkatkan
kos tender kepada kontraktor dan kontraktor yang akan menanggung risiko
pengukuran (Ganiyu Amuda & Sarajul Fikri, 2015)
36
2.7.3 Lukisan dan jadual kadar harga
Bagi dokumen yang tidak menyediakan senarai kuantiti, jadual kadar harga
dan lukisan akan diberikan kepada kontraktor. Kontraktor perlu mengira sendiri
kuantiti yang diperlukan bagi menjalankan projek tersebut. Kelebihan menggunkan
kaedah ini adalah tempoh penyediaan dokumen tender menjadi lebih singkat kerana
tiada proses pengukuran untuk menyediakan senarai kuantiti. Kaedah ini sesuai
untuk projek yang berskala kecil projek yang perlu disiapkan dengan cepat (Ramus
et al., 2006).
Disebabkan oleh ketiadaan senarai kuantiti dan pecahan kerja, jadual kadar
harga amat penting. Apabila terdapat perubahan kerja, jadual kadar harga akan
dirujuk untuk membuat penilain perubahan kerja. Namun begitu, kelemahan
dokumen ini adalah sukar untuk membuat penilaian di tapak dan pembayaran interim
kerana kos tidak dipecahkan mengikut kerja (Ramus et al., 2006).
2.8 Faktor Perbezaan Dokumen Kerja-kerja Mekanikal dan Elektrikal
Cartlidge (2013) mengatakan bahawa sejak 1970-an, kerja-kerja mekanikal
dan elektrikal menggunakan wang kos prima dan kerja tersebut akan dijalankan oleh
sub-kontraktor dinamakan. Sesetengah klien mula mempersoalkan bayaran yang
diberikan kepada juru ukur bahan sedangkan mereka tidak mengira kerja-kerja
mekanikal dan elektrikal. Mereka berpendapat bahawa juru ukur bahan perlu
mengukur kerja-kerja mekanikal dan elektrikal seperti kerja-kerja bangunan yang
lain dan meyediakan senarai kuantiti. Kesan daripada itu, banyak syarikat yang telah
mula menubuhkan jabatan untuk menyediakan senarai kuantiti bagi kerja-kerja
mekanikal dan elektrikal.
37
Sabaria (2009) menyatakan bahawa disebabkan oleh ketiadaan metodologi
yang seragam untuk memecahkan maklumat kos untuk projek-projek perkhidmatan
bangunan, dokumen kerja-kerja mekanikal dan elektrikal menggunakan harga pukal
dan lukisan serta jadual kadar harga dalam dokumen tender.
Murray (1997) mengesahkan bahawa reka bentuk tidak lengkap sebelum
proses tender sebagai salah satu faktor utama yang menghalang pengukuran Kerja-
kerja Mekanikal dan Elektrikal oleh jurukur bahan. Michie (1981) pula mendapati
bahawa pengetahuan arkitek tentang servis bangunan adalah terhad dan perunding
jurutera sering dilantik lewat semasa proses reka bentuk dan meyebabkan reka
bentuk tidak sempat untuk disiapkan sebelum proses tender.
Antara sebab-sebab dokumen bagi kerja-kerja mekanikal dan elektrikal
disediakan dalam bentuk harga pukal dan lukisan beserta jadual kadar harga yang
dikenalpasti oleh Murray (1997) adalah:
a. Kerja reka bentuk terperinci mengenai pemasangan perkhidmatan
tidak lengkap pada peringkat tender
b. Sesetengah jurutera perkhidmatan tidak mahu juru ukur bahan terlibat
dalam kerja mereka
c. Jurukur bahan tidak cukup mahir dalam teknologi perkhidmatan
bangunan.
38
2.9 Amalan di Malaysia
Di Malaysia, dilaporkan secara meluas bahawa tiada kaedah yang seragam
untuk menyediakan senarai kuantiti bagi kerja perkhidmatan bangunan. Dokumen
tender yang disediakan oleh perunding yang berbeza menggunakan kaedah yang
berbeza untuk membentangkan butiran projek kepada kontraktor tanpa merujuk
kepada piawaian kaedah pengukuran (SMM) (Ganiyu Amuda et al., 2012). Masalah
utama yang telah dikenalpasti ialah jurukur bahan kurang kemahiran teknikal dalam
teknologi perkhidmatan bangunan, manakala perunding perkhidmatan pula tidak
berpengalaman untuk menyediakan dokumen tender yang diperlukan untuk sesuatu
perkhidmatan bangunan (McCaffrey, 2011).
Dalam amalan konvensional, kontraktor perkhidmatan bangunan menerima
maklumat dari kontraktor utama, memproses keperluan klien di peringkat organisasi
masing-masing tanpa input daripada klien dan juga perunding perkhidamatan yang
membuat reka bentuk (McCaffrey, 2011).
Di Malaysia, dalam SMM2 terdapat bahagian 'Q' (pemasangan Paip dan
Mekanikal) dan 'R' (Pemasangan Elektrik) iaitu peraturan terperinci untuk mengukur
kerja-kerja Mekanikal dan Elektrikal.Walau bagaimanapun, peraturan tersebut tidak
digunakan dalam menyediakan senarai kuantiti bagi kerja-kerja Mekanikal dan
Elektrikal dan setiap pihak yang mengamalkan kaedah pengukuran yang berlainan
(Ganiyu Amuda et al., 2013). Tanpa menggunakan peraturan terperinci di dalam
Piawaian Kaedah Pengukuran (SMM) dalam penyediaan senarai kuantiti , ia tidak
akan menghasilkan hasil jangka panjang yang baik.
39
2.10 Kaedah kontraktor menghargakan tender
Untuk memasuki sesuatu tender, kontraktor perlu membuat anngaran kos
yang tepat dan apabila tawaran harga yang dibuat diterima oleh klien, jumlah
tersebut akan menjadi jumlah kontrak dan semua kerja perlu dilaksanakan
berdasarkan jumlah wang tersebut (Collier, 1974).
Park (1979) mengatakan bahawa kebiasaannya, kontraktor pembinaan
beroperasi dengan margin keuntungan 2 peratus, dan hanya memperoleh 10 peratus
daripada modal pelaburannya. Kontraktor sukar untuk mendapatkan
keuntungan semasa pembidaan apabila harga tertinggi yang dihargakan untuk
melaksanakan projek adalah merupakan harga terendah yang dimasukkan oleh
pretender lain.
Walau bagaimanapun, dengan kawalan kewangan yang mencukupi, teknik
pengurusan yang baik, dan strategi pembidaan kompetetif yang berkesan, kontraktor
yang kompeten harus meletakkan minimum empat peratus hingga lima peratus ke
atas jumlah jualannya dan 20 hingga 25 peratus ke atas pelaburan modalnya.
Hakikatnya, hanya satu daripada lima kontraktor yang mencapai keuntungan yang
sederhana ini. Ini memberikan bukti bahawa keuntungan tidak berlaku dengan
sendiri tetapi perlu dirancang dengan baik (Park, 1979).
40
2.10.1 Elemen kos
Dalam membuat anggaran untuk menghargakan kerja-kerja di dalam senarai
kuantiti, setiap item perlu dipecahkan kepada beberapa elemen kos iaitu kos bahan
binaan, kos loji, kos buruh dan untung dan overhed. Kos bagi setiap elemen
hendaklah dikira dengan terperinci dan komponen bagi setiap kos adalah seperti
berikut (Bentley, 1990; Collier, 1974) :
i. Kos Bahan
Kos bahan boleh didapati daripada pembekal bahan binaan. Kebiasaannya,
kos penghantaran telah dimasukkan di dalam sebut harga yang diberikan oleh
pembekal. Kos bahan akan didarabkan dengan kuantiti yang diperlukan bagi
sesuatu kerja. Namun begitu, faktor pembaziran perlu diambil kira semasa
pengiraan kos bahan. Diantara jenis-jenis pembaziran adalah pecah, rosak,
pembaziran semasa pemotongan dan kehilangan.
ii. Kos Buruh
Kos buruh dikira dengan mendarabkan kadar buruh per jam dengan masa
yang diperlukan bagi menyiapkan sesuatu kerja. Kadar harga buruh boleh
didapati daripada Construction Industry Development Board (CIDB) dan Jabatan
Kos Bahan : Kos unit x kuantiti yang diperlukan
Kos Buruh : Kos sejam x masa diperlukan
41
Kerja Raya (JKR). Kadar harga buruh adalah berbeza mengikut kemahiran, jenis
kerja dan tempat kerja tersebut dijalankan.
iii. Kos Peralatan dan Jentera
Kos peralatan dan jentera adalah kos yang penting di dalam sesuatu projek.
Kerja-kerja yang besar di tapak bina memerlukan jentera untuk menyiapkan
kerja tersebut. Jentera boleh disewa ataupun dibeli oleh kontraktor namun ia
memerlukan modal yang besar untuk membeli jentera. Ianya sesuai untuk projek
yang besar dan tempoh pembinaan yang lama kerana ia lebih berbaloi dan murah
berbanding menyewa jentera tersebut. Jika kontraktor menyewa jentera, kaedah
pengiraan kos jentera adalah dengan mendarabkan kadar sewa jentera dengan
jumlah hari yang ingin disewa.
iv. Keuntungan
Keuntungan adalah salah satu motivasi utama bagi semua perniagaan
termasuk syarikat kontraktor. Keuntungan bagi syarikat ditentukan dengan
menolak semua perbelanjaan dari semua pendapatan. Namun bagi syarikat
kontraktor, keuntungan telah diambil kira semasa menghargakan kerja-kerja di
dalam dokumen tender. Nilai peratusan keuntungan yang diletakkan adalah
bergantung kepada kontraktor.
Kos Peralatan dan Jentera : Kadar sewa x masa diperlukan
42
v. Overhed
Overhed adalah apa-apa kos pembinaan yang tidak boleh dikaitkan dengan
kerja- kerja tertentu. Jika sesuatu kos tersebut boleh dikaitkan dengan item kerja,
kos tersebut adalah tergolong di dalam kos bahan, kos buruh dan kos jentera.
Jika kos sesuatu itu tidak tergolong dalam mana-mana golongan kos di atas,
maka itu adalah kos overhed.
2.10.2 Pecahan Kos
Collier (1974) menyatakan bahawa anggaran kontraktor adalah anggaran
dasar dalam proses reka bentuk dan pembinaan, dan anggaran lain yang berkaitan.
Kontraktor menetapkan harga untuk kerja bagi sesuatu projek melalui anggaran kos
yang dibuat, bergantung kepada jenis kontrak dan di mana kerja itu akan dijalankan.
Anggaran kontraktor boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu :
i. Anggaran kos kerja yang akan dilakukan oleh kontraktor dengan pekerjanya
sendiri
ii. Anggaran kos kerja yang akan dilakukan oleh subkontraktor
iii. Anggaran kos keperluan umum untuk semua kerja yang disediakan oleh
kontraktor
iv. Anggaran overhead dan keuntungan yang diperlukan oleh kontraktor untuk
melakukan kerja dengan pasukannya sendiri, untuk menyelia dan mengambil
tanggungjawab untuk kerja subkontraktor, dan untuk menyediakan keperluan
umum.
43
2.11 Kaedah Yang Digunakan Untuk Menghargakan Kerja-Kerja Mekanikal
Dan Elektrikal
Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan oleh kontraktor dalam
membuat pengiraan kos untuk menghargakan tender. Berikut merupakan kaedah
yang digunakan bagi meghargakan tender :
i. Kaedah Unit
Menghargakan setiap item mengikut unit item tersebut. Contohnya, unit
meter dan nombor. Harga bahan akan ditambah peratus untuk pembaziran,
overhead, kos buruh, untung dan jentera jika ada (Cartlidge, 2013). Kaedah
pengiraan ini sesuai digunakan bagi dokumen tender yang menyediakan senarai
kuantiti. Kontraktor hanya perlu membuat pengiraan dan menghargakn berdasarkan
kuantiti dan unit yang telah disediakan di dalam senarai kuantiti. Contoh pengiraan
bagi kerja-kerja Elektrikal adalah seperti berikut (Bunchan, Fleming, & E.K.
Grant, 2003) :
Pengiraan bagi suis utama :
Pengiraan bagi elemen-elemen seperti kabel, soket, pain dan lain-lain :
Harga Bahan + Pembaziran + Kos Buruh + Untung + Overhed
Harga Bahan + Pembaziran + Kos Buruh + Kos Juru Elektrik +
Untung + Overhed
44
Di dalam senarai kuantiti, kerja-kerja kabel sepatutnya diberikan dalam unit
meter. Namun, kebanyakkan projek menyediakan senarai kuantiti kabel dengan
unit nombor. Unit meter memudahkan kontraktor untuk menghargakan tender kerana
pembekal bahan binaan menjual kabel dengan harga per meter. Jika ia menggunakan
unit nombor, kontraktor perlu mengira panjang kabel berdasarkan lukisan dan jika
tiada lukisan yang disediakan, kontraktor perlu membuat anggaran sendiri untuk
menghargakan tender tersebut. (Buchan, Fleming, & E.K. Grant, 2003)
Pengiraan bagi kerja-kerja Builder’s work adalah seperti berikut :
ii. Data kos
Data kos digunakan untuk membuat anggaran bagi projek yang baru yang
tidak mempunyai butiran kerja. Kaedah pengiraan ini kebiasaannya digunakan untuk
dokumen yang disediakan dalam bentuk harga pukal dan tiada butiran kerja yang
terperinci. Data kos kebiasaannya ialah dalam bentuk harga per meter persegi
mengikut jenis-jenis bangunan yang berlainan (J. ferry & Brandon, 1984). Khairani
(2011) menyatakan bahawa firma juruukur bahan juga mempunyai data kos yang
disimpan secara sistematik selain daripada CIDB, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan
Pertubuhan Juruukur Malaysia (ISM). JKR mempunyai kos data yang berkaitan
kerja-kerja bangunan termasuk kerja-kerja M&E.
Khairani (2011) menyatakan kos data didapati daripada projek-projek lepas
dan ia perlu dikemaskini menggunakan indeks kos. Indeks kos merupakan elemen
yang sangat penting dalam data kos untuk mendapatkan harga semasa. Fungsi indeks
kos adalah untuk mengukur kadar perbezaan harga dari satu masa ke satu masa yang
Harga Bahan + Untung + Overhed
45
lain. Indeks kos boleh didapati daripada JKR dan portal rasmi Jabatan Statistik
Negara dan dibahagikan kepada enam kawasan iaitu (Department of Statistic, 2016):
i. A Pulau Pinang, Kedah dan Perlis
ii. B Perak
iii. C Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka, Negeri
Sembilan and Selangor
iv. D Johor
v. E Pahang
vi. F Kelantan and Terengganu
Contoh cara pengiraan menggunakan indeks kos adalah seperti berikut
(Khairani, 2011):
Harga baru (semasa) : Harga asas X Indeks semasa
Indeks asas
Daripada formula di atas, peratus perubahan harga boleh dikira seperti berikut
(Khairani, 2011):
% Perubahan : Indeks semasa – Indeks asas
X 100% Indeks asas
46
iii. Anggaran kos sub – kontraktor
Bagi kontraktor yang bersaiz besar, semasa proses menghargakan tender,
mereka akan meminta sub-kontraktor untuk menghargakan kerja-kerja pakar seperti
Kerja-kerja Mekanikal dan Elektrikal. Kontraktor utama akan menggabungkan
anggaran keseluruhan kontraktor utama dengan anggaran kos daripada sub-
kontraktor. Kemudian, jumlah harga tersebut akan ditambah dengan untung dan
overhed.
2.12 Cabaran yang dihadapi oleh kontraktor untuk menghargakan kerja-
kerja Mekanikal dan Elektrikal
Cartlidge (2013) menyatakan bahawa majoriti projek yang bersaiz sederhana
tidak menyediakan lukisan dan penerangan tentang butir kerja yang perlu dijalankan
oleh kontraktor di dalam dokumen tender tidak terperinci. Oleh itu, kontraktor
menjadi sukar untuk menghargakan tender.Bagi kerja-kerja pengiraan kabel, penjang
meter tidak dinyatakan dan menyukarkan kontraktor untuk menganggarkan panjang
kabel (Buchan, Fleming, & E.K. Grant, 2003) (Ganiyu Amuda et al., 2013).
Senarai kuantiti bagi kerja-kerja Mekanikal dan Elektrikal yang tidak lengkap
dan tidak menerangkan tentang kualiti kerja menyebabkan kontraktor sukar untuk
menghargakan tender dan harga yang dimasukkan oleh kontraktor semasa tender
tidak seragam (Ganiyu Amuda et al., 2012). Senarai kuantiti yang tidak lengkap
Anggaran : (Anggaran kos kontraktor utama + Anggaran kos sub-kontraktor)
+ untung + overhed
47
menyebabkan kontraktor harus menyemak semula semua item bagi memastikan tiada
item yang tertinggal. Masalah-masalah yang dihadapi oleh kontraktor akan
meningkatkan masa dan kos yang diperlukan oleh kontraktor untuk mengemukakan
tender (Ganiyu Amuda et al., 2013).
Senarai kuantiti masih dihasilkan dalam bentuk harga pukal iaitu wang kos
prima dan wang sementara menjadikan sukar untuk mendapatkan data kos yang
realistik daripada projek-projek lepas (Ganiyu Amuda & Sarajul Fikri, 2012). Jadual
di bawah adalah ringkasan bagi cabaran-cabaran yang dihadapi oleh kontraktor
semasa menghargakan tender bagi Kerja-kerja Mekanikal dan Elektrikal :
Jadual 2.3 : Cabaran-Cabaran Yang Dihadapi Oleh Kontraktor Semasa
Menghargakan Tender Bagi Kerja-Kerja Mekanikal Dan Elektrikal
No. Cabaran Rujukan
INFORMASI
1. Lukisan tidak disediakan dalam dokumen
tender
Cartlidge (2013)
2. Penerangan butiran kerja tidak lengkap Cartlidge (2013)
3. Kuantiti tidak dinyatakan di dalam senarai
kuantiti (Contoh : Panjang kabel tidak
dinyatakan )
(Buchan, Fleming, & E.K.
Grant, 2003)
(Ganiyu Amuda et al.,
2013).
4. Tiada kos data yang realistik (Ganiyu Amuda & Sarajul
Fikri, 2012).
5. Tiada penerangan tentang jenis dan kualiti
kerja
(Ganiyu Amuda et al.,
2012).
FORMAT
6. Format senarai kuantiti bagi kerja-kerja
Mekanikal dan Elektrikal tidak seragam
(Ganiyu Amuda et al., 2012)
48
7. Kerja-kerja Mekanikal dan Elektrikal tidak
dikelaskan mengikut SMM2
(Ganiyu Amuda et al.,
2012).
MASA
8. Senarai kuantiti yang tidak lengkap
menyebabkan kontraktor harus menyemak
semula semua item bagi memastikan tiada
item yang tertinggal
(Ganiyu Amuda et al.,
2013).
2.13 Kaedah Penyelesaian Bagi Cabaran-cabaran Yang Dihadapi
McCaffrey (2011) mengatakan bahawa pendekatan tradisional bagi
pengukuran kuantiti pada projek pembinaan adalah juru ukur bahan menguruskan
kerja-kerja yang berkaitan dengan kos kerja bangunan manakala perunding jurutera
mekanikal dan elektrikal menguruskan kerja-kerja M&E. Namun dalam sesetangah
projek, juru ukur bahan dikehendaki untuk menyediakan senarai kuantiti bagi kerja-
kerja M&E. Ganiyu Amuda & Sarajul Fikri (2012) mengatakan bahawa juruukur
bahan kurang peka tentang teknologi perkhidmatan dan kurang pengetahuan teknikal
tentang kerja-kerja mekanikal dan elektrikal membuatkan proses pengukuran kuantiti
bagi kerja-kerja perkhidmatan menjadi sukar. Apabila berlaku masalah dan
kekurangan informasi semasa proses menghargakan tender, kontraktor akan merujuk
semula kepada jurukur bahan ataupun jurutera. Ini adalah kerana jurutera dan jurukur
bahan yang menyediakan dokumen di dalam dokumen tender.
Bagi kaedah menghargakan tender, salah satu kaedah yang digunakan adalah
menggunakan data kos. Namun diantara cabaran yang dihadapi oleh kontraktor
adalah tiada data kos yang realistik (Ganiyu Amuda & Sarajul Fikri, 2012). Ini
adalah kerana untuk kerja-kerja paip, sistem penghawa dingin, sistem pemanasan,
sistem pencahayaan, sistem elektrik, lif, dan sistem pengesan kebakaran
kebiasaannya dihargakan secara pukal di dalam senarai kuantiti (Ganiyu Amuda &
49
Sarajul Fikri, 2014). Swaffield & Pasquire (1996) mengatakan jumlah harga pukal
yang dibenarkan di dalam senarai kuantiti untuk kerja-kerja M&E ditentukan oleh
perunding berdasarkan keluasan lantai kasar dari projek-projek bangunan
sebelumnya. Oleh itu, selain menggunakan kaedah data kos, kontraktor
menghargakan tender dengan menggunakan kaedah unit iaitu dengan mendapatkan
harga daripada pembekal dan ditambah dengan peratusan untuk pembaziran,
overhead, kos buruh, untung dan jentera jika ada (Cartlidge, 2013).
Selain itu, kontraktor juga akan merujuk kepada projek-projek lepas jika
menghadapi kekurangan informasi atau data semasa proses menghargakan tender.
Bagi kontraktor yang berpengalaman, kontraktor tersebut akan membuat andaian
berdasarkan pengalaman-pengalaman dalam menghargakan kerja-kerja M&E
2.14 Kepentingan Harga Tender yang Tepat
Seeley (1997) mengatakan bahawa ketiadaan senarai kuantiti boleh
membawa kepada masalah yang lebih besar, peningkatan risiko dalam kos dan
mengakibatkan lebih banyak pertikaian. Kadar kerja yang dimasukkan oleh
konraktor amat penting untuk dalam penilaian kemajuan kerja dan persetujuan akaun
akhir (Bentley, 1990). Apabila kos tidak diuruskan dengan betul, ia boleh
menyebabkan pertikaian antara kontraktor dan klien (McCaffrey, 2011). Namun,
Bentley (1990) menyatakan bahawa bagi kontrak harga pukal, sebarang kesilapan di
dalam senarai kuantiti tidak akan membawa kepada perubahan harga projek kerana
kerja dan jumlah kontrak dicadangkan oleh kontraktor itu sendiri.
50
Antara kesan yang sering berlaku disebabkan oleh harga tender yang tidak
tepat adalah banyak kerja-kerja perubahan. Kerja – kerja perubahan dalam kontrak
perkhidmatan kejuruteraan telah dikenalpasti telah sebagai faktor peningkatan paling
besar di dalam kos projek seperti kerja semula dan perobohan, kelewatan dan
peningkatan perbelanjaan overhed. Proses penilaian kemajuan dan akaun muktamad
akan menjadi lebih rumit jika terdapat banyak perubahan (Bentley, 1990). Sabaria
(2009) juga mengatakan penilaian kerja-kerja perubahan dan penyediaan pembayaran
interim menjadi rumit dan membawa membawa kepada pertikaian, kelewatan serta
peningkatan masa dan kos.
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan tentang kaedah metodologi yang digunakan untuk
menjalankan kajian ini. Kaedah metodologi amat penting dalam kajian bagi
mencapai objektif kajian. Metodologi penyelidikan adalah salah satu proses dalam
penyelidikan untuk menganalisis pendekatan dan kaedah-kaedah penyelidikan yang
digunakan bagi mencapai objektif kajian. Keupayaan untuk menghasilkan
penyelidikan yang berjaya adalah tentang bagaimana menguruskan proses
penyelidikan (Ruddock, 2008). Ini dapat dibuktikan dalam kepentingan pemilihan
metodologi penyelidikan. Reka bentuk penyelidikan didalam merancang metodologi
kajian menerangkan cara bagaimana data akan dikumpul dan dianalisis untuk
menjawab persoalan kajian yang dinyatakan (Bryman, A., & Bell, 2003).
Bagi kajian ini, persoalan yang timbul adalah mengenai cabaran-cabaran
yang dihadapi oleh kontraktor semasa menghargakan tender bagi kerja-kerja M&E
dan kaedah yang digunakan untuk menghargakan tender bagi kerja-kerja M&E.Maka
suatu metodologi penyelidikan dirangka agar objektif dan matlamat ini dapat dicapai
52
Dalam bab ini, aspek-aspek yang dibincangkan merangkumi aspek-aspek
yang berkaitan dengan rekabentuk kajian, kaedah pengumpulan data, sampel dan
populasi kajian, instrument kajian serta kaedah analisis yang akan digunakan sebagai
kaedah penyelidikan untuk mencapai objektif kajian ini.
3.2 Peringkat Pertama - Pemilihan Bidang Penyelidikan
Peringkat pertama dalam kajian ini adalah pemilihan bidang penyelidikan.
Persoalan kajian didapati daripada pembacaan isu-isu berkaitan Kerja-kerja
Mekanikal dan Elektrikal. Selepas itu, informasi berkaitan dengan persoalan kajian
mula dikumpul melalui jurnal, artikel, buku dan kajian lepas. Setelah persoalan telah
dikenalpasti, objektif dan tajuk kajian dirangka selepas perbincangan dengan
penyelia. Skop kajian juga dikenalpasti pada peringkat ini.
3.3 Peringkat Kedua - Kajian Literatur
Peringkat kedua dalam kajian selepas pemilihan bidang dan tajuk kajian
adalah kajian literatur. Kajian literatur dijalankan untuk mengkaji dan menambahkan
kefahaman tentang tajuk dan objektif kajian. Kajian literatur dijalankan dengan
membaca artikel, buku, kajian lepas, jurnal, internet dan lain-lain.
Pembacaan adalah perkara yang sangat penting dalam menjalankan kajian.
Pembacaan akan memberi individu konteks pengetahuan yang lebih luas memberi
inspirasi, memberikan kefahaman dan menjana idea. Sesuatu kajian itu perlu
disokong oleh kajian literatur yang jelas serta rational dan kajian literatur baik adalah
53
salah satu kriteria penting dalam membina kredibiliti seorang penyelidik (O‟leary,
2010).
3.4 Peringkat Ketiga - Reka Bentuk Kajian
Peringkat ketiga dalam kajian adalah merupakan reka bentuk kajian. Dalam
peringkat ini, responden, proses dan teknik untuk menjalankan kajian dibincangkan.
Kaedah untuk mengumpul dan menganalisis data juga dikenalpasti bagi mencapai
objektif kajian. Terdapat tiga jenis pendekatan reka bentuk kajian iaitu kualitatif,
kuantitatif dan gabungan kedua-duanya (O‟leary, 2010).
3.4.1 Kaedah Pengumpulan Data
Kaedah yang digunakan bagi mencapai kedua-dua objektif kajian ini adalah
seperti berikut :
i. Objektif pertama – Cabaran yang dihadapi oleh kontraktor semasa
menghargakan tender bagi kerja-kerja M & E
Objektif pertama menggunakan kaedah borang soal selidik untuk
mendapatkan data. Kaedah soal selidik digunakan untuk mendapatkan data yang
lebih banyak berbanding kaedah temu bual. Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh
kontraktor disenaraikan berdasarkan kajian-kajian lepas dan kajian ini dilakukan
54
untuk mendapatkan kepastian bahawa adakah kontraktor menghadapi cabaran-
cabaran ini.
ii. Objektif kedua – Kaedah yang digunakan untuk menghargakan tender bagi
kerja-kerja M & E
Terdapat tiga jenis temubual iaitu temu bual tidak berstruktur, temubual
separa struktur dan temubual berstruktur. Temu bual yang digunakan dalam kajian
ini ialah temubual separa struktur. Objektif kedua menggunakan kaedah temu bual
separa struktur adalah kerana data yang diperolehi adalah lebih mendalam dan kaitan
diantara cabaran dan kaedah menghargakan tender bagi kerja-kerja M & E dapat
dikenalpasti.
3.4.2 Populasi dan Sampel
Kajian ini terbahagi kepada dua kaedah iaitu borang soal selidik dan temu
bual separa struktur.
i. Objektif pertama – Cabaran yang dihadapi oleh kontraktor semasa
menghargakan tender bagi kerja-kerja M & E
Untuk penentuan sampel penyelidikan bagi objektif pertama, kaedah yang
digunakan adalah persampelan tujuan. Responden adalah terdiri daripada syarikat
kontraktor Mekanikal dan Elektrikal Gred G4 hingga G7 yang berdaftar dengan
CIDB di Johor Bahru, Selangor dan Kuala Lumpur. Namun bagi kajian ini, syarikat
55
kontraktor yang berdaftar dalam pelbagai bidang M & E dengan CIDB sahaja yang
dipilih sebagai responden.
ii. Objektif kedua – Kaedah yang digunakan untuk menghargakan tender bagi
kerja-kerja M & E
Untuk mendapatkan sampel kajian objektif kedua, teknik yang digunakan
adalah non probability sampling iaitu kaedah pensampelan bertujuan atau lebih
dikenali dengan purposive sampling. Kaedah purposive sampling adalah dengan
memilih kumpulan yang mempunyai ciri-ciri tertentu sahaja untuk dijadikan sebagai
responden kajian. Bagi kajian ini, syarikat-syarikat kontraktor yang dipilih adalah
syarikat kontraktor M & E yang berdaftar dalam pelbagai bidang M & E dengan
CIDB. Menurut Creswell (2003), maklumat yang diperoleh daripada 5 hingga 25
temu bual mencukupi untuk mencapai objektif. Bagi mencapai objektif kedua,
sebanyak 8 syarikat kontraktor M & E telah dipilih untuk menjalankan temu bual.
3.4.3 Instrumen Kajian
Bagi mencapai objektif kajian, dua instrumen digunakan iaitu borang soal
selidik dan temubual :
i. Objektif pertama – Cabaran yang dihadapi oleh kontraktor semasa
menghargakan tender bagi kerja-kerja M & E
56
Borang soal selidik digunakan untuk mencapai objektif yang pertama.
Borang soal selidik yang diedarkan mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A dan
bahagian B seperti di bawah :
Bahagian A : Maklumat Latar Belakang Responden
Bahagian ini adalah berkaitan dengan maklumat latar belakang responden,
nama responden, jawatan responden di dalam syarikat kontraktor tersebut,
pengalaman kerja responden, nama syarikat, email beserta cop syarikat. Tujuan data-
data ini dikumpulkan bagi memastikan bahawa responden yang akan ditemubual ini
merupakan responden yang tepat dalam mencapai objektif kajian.
Bahagian B: Cabaran-cabaran yang dihadapi semasa menghargakan tender bagi
Kerja-kerja Mekanikal dan Elektrikal
Bahagian ini adalah berkaitan jenis dokumen yang sering digunakan untuk
menghargakan tender dan cabaran yang dihadapi semasa menghargakan tender
tersebut mengikut jenis dokumen yang berlainan. Tujuan data-data ini dikumpulkan
adalah bertujuan untuk mengetahui jenis dokumen yang sering digunakan dan
cabaran yang dihadapi untuk menghargakan dokumen tersebut.
ii. Objektif kedua – Kaedah yang digunakan untuk menghargakan tender bagi
kerja-kerja M & E
Kaedah temu bua digunakan untuk mencapai objektif yang kedua. Bagi temu
bual, terdapat tiga jenis temu bual iaitu temu bual tidak berstruktur, temu bual separa
struktur dan temu bual berstruktur. Temu bual yang digunakan dalam kajian ini ialah
temubual separa struktur. Borang temubual separa struktur terbahagi kepada dua
bahagian utama iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Setiap bahagian mengandungi
beberapa soalan yang menyumbang data-data tertentu kepada penyelidikan ini.
57
Semua data yang dikumpul adalah hanya untuk tujuan penyelidikan sahaja. Butiran
bahagian-bahagian tersebut adalah seperti berikut:
Bahagian A : Maklumat Latar Belakang Responden
Bahagian ini adalah berkaitan dengan maklumat latar belakang responden,
nama responden, jawatan responden di dalam syarikat kontraktor tersebut,
pengalaman kerja responden, nama syarikat, email dan tarikh temu bual beserta cop
syarikat. Tujuan data-data ini dikumpulkan bagi memastikan bahawa responden yang
akan ditemubual ini merupakan responden yang tepat dalam mencapai objektif
kajian.
Bahagian B: Kaedah yang digunakan oleh kontraktor untuk menghargakan tender
bagi Kerja-kerja Mekanikal dan Elektrikal
Bahagian B adalah soalan berkaitan kaedah yang digunakan oleh kontraktor
semasa menghargakan tender mengikut jenis dokumen yang disediakan di dalam
dokumen tender.
3.5 Peringkat Ketiga - Analisis Data
Pada peringkat ini, proses menganalisis data dan mentafsir data dilakukan.
Pengumpulan data yang dilakukan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan
dengan kajian melalui borang soal selidik dan temu bual dan data disusun, disemak
dan dianalisis.
i. Objektif pertama – Cabaran yang dihadapi oleh kontraktor semasa
menghargakan tender bagi kerja-kerja M & E
58
Bagi objektif pertama, analisis deskriptif digunakan bagi menganalisis data-
data yang banyak kepada penyusunan data untuk menjadi maklumat yang membawa
maksud dan mudah difahami (Talib, 2013). Data yang diperoleh dianalisis dan
dinilai mengikut teknik statistik dan hasil analisis data yang diperolehi kemudiannya
diinterpretasikan dalam bentuk peratusan dalam carta carta bar dan dalam bentuk
jadual.
Talib (2013) mengatakan min merupakan ukuran terbaik untuk mengukur
markah nilai wakil sampel. Nilai markah didarabkan dengan kekerapan pilihan
jawapan responden untuk mendapatkan jumlah skor. Kemudian, jumlah skor ini
dibahagikan dengan bilangan responden untuk mendapatkan indeks min.
Jumlah Skor = Nilai Markah x Kekerapan Jawapan
ii. Objektif kedua – Kaedah yang digunakan untuk menghargakan tender bagi
kerja-kerja M & E
Kaedah yang digunakan untuk menganalisis data yang diperolehi daripada
hasil temu bual ialah menggunakan kaedah analisis kandungan atau lebih dikenali
dengan kaedah pengekodan. Data yang dikategori akan dikodkan mengikut tema-
tema tertentu berdasarkan kategori yang telah ditentukan (Chua, 2013). Data-data
yang telah direkod dan dikodkan mengikut tema dianalisis dengan menggunakan
jadual analisis. Data-data dianalisis dengan menggunakan jadual analisis. Jadual
analisis seperti ditunjukkan dibawah:
59
Jadual 3.1 : Contoh Jadual Analisis Kandungan
KOD TEMA
BIL
KEKERAPAN
PERATUS
(%)
A Faktor Pemilihan
Kaedah Unit
A.1 Tiada Lukisan 5 50
A.2 Penerangan butiran kerja tidak lengkap
5 50
Bilangan kekerapan diperolehi daripada bilangan responden yang
menyatakan tema tersebut. Manakala peratus pula dikira daripada bilangan
kekerapan dibahagikan dengan jumlah responden yang ditemubual. Nilai peratusan
tersebut akan menunjukkan kekerapan cabaran yang dihadapi oleh kontraktor semasa
menghargakan tender bagi Kerja-kerja Mekanikal dan Elektrikal.
Di dalam kajian ini juga, maklumat yang diperolehi dianalisa menggunakan
perisian Microsoft Excel 2010. Pemilihan perisian ini adalah berdasarkan kepada
kemudahan mengira responden dan kemudahan untuk mengubah penjelasan kepada
bentuk carta bar dan jadual.
3.6 Peringkat Keempat - Kesimpulan dan Cadangan
Pada peringkat ini, kesimpulan dan rumusan keseluruhan terhadap penulisan
kajian dibuat berdasarkan keputusan yang diperolehi daripada data yang telah
dianalisis. Pada peringkat ini juga penyediaan cadangan berkaitan rumusan yang
rasional untuk keseluruhan kajian ini dikenalpasti.
60
3.7 Kesimpulan Bab
Keseluruhan bab ini menerangkan secara terperinci tentang kaedah
penyelidikan yang dijalankan bagi mencapai matlamat dan objektif yang telah
ditetapkan di awal kajian. Bab seterusnya akan membincangkan tentang analisis
data yang diperoleh untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan kajian
melalui kaedah-kaedah analisis yang telah dikenalpasti sesuai dengan reka
bentuk kajian yang dilakukan.
BAB 4
ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
Bab ini menerangkan tentang keputusan yang dirolehi daripada proses
menganalisis data. Kaedah yang digunakan untuk memperoleh data ialah dengan
menggunakan borang soal selidik dan temu bual. Analisis ini dijalankan adalah
untuk mendapatkan keputusan berkenaan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh
kontraktor semasa menghargakan tender bagi kerja-kerja M&E dan kaedah
kontraktor menghargakan tender bagi kerja-kerja M&E. Dalam kajian penyelidikan
ini, kajian telah dijalankan ke atas kontraktor M&E Gred G4 sehingga G7 yang
berdaftar dengan CIDB di Johor Bahru, Selangor dan Kuala Lumpur.
Borang soal selidik diedarkan menggunakan dua cara iaitu dengan
mengedarkan Google Form melalui aplikasi Whatsapp serta melalui e-mel dan
diedarkan secara terus di syarikat kontraktor bagi mencapai objektif yang pertama
iaitu cabaran-cabaran yang dihadapi oleh kontraktor semasa menghargakan tender
bagi kerja-kerja M&E. Bagi temu bual, soalan temu bual telah dihantar kepada
kontraktor melalui e-mel terlebih dahulu untuk memudahkan pihak responden
memahami secara jelas tentang objektif kajian yang kedua iaitu kaedah kontraktor
62
menghargakan tender bagi kerja-kerja M&E sebelum sesi temu bual dijalankan.
Data-data yang telah diperoleh daripada sesi temu bual dan borang soal selidik
dianalisis dan ditafsir dengan menggunakan perisian Microsoft Excel seperti yang
telah diterangkan dalam Bab 3 sebelum ini.
Bagi borang soal selidik, skala likert digunakan untuk mendapatkan
maklumat mengenai cabaran-cabaran yang dihadapi oleh kontraktor semasa
menghargakan tender bagi kerja-kerja M&E. Jadual 4.1 menunjukkan tahap
persetujuan dan nilai min yang digunakan untuk menganalisis data.
Jadual 4.1 : Tahap Persetujuan dan Nilai Min
Nilai Min Tahap Persetujuan
1.00 - 2.33 Rendah
2.34 - 3.66 Sederhana
3.67 - 5.00 Tinggi
4.2 Data Analisis Bagi Objektif Pertama
4.2.1 Analisa Maklumat Responden
Rajah 4.1 menunjukkan jawatan responden dalam syarikat-syarikat
kontraktor yang telah mengisi borang soal selidik. Responden yang paling tinggi
merupakan Eksekutif kontrak iaitu dengan nilai 30%, yang kedua tertinggi iaitu 17%
merupakan Jurutera M&E dan ketiga tertinggi merupakan Jurukur Bahan dengan
nilai 14%. Seterusnya dengan nilai 10% ialah Jurutera M&E di tapak bina dan
Pengarah. Peratusan responden bagi Pembantu Jurukur Bahan adalah 7% manakala
63
3% bagi jawatan Jurutera Rekabentuk, Pengarah Eksekutif, Pembantu Jurutera, dan
Inspektor Kualiti (QA/QC).
Rajah 4.1 : Jawatan Responden Bagi Borang Soal Selidik
Rajah 4.2 menunjukkan gred syarikat-syarikat kontraktor yang ditemu bual
yang terdiri daripada syarikat kontraktor Gred G4 sehingga Gred G7. Peratusan
tertinggi merupakan syarikat kontraktor gred G7 dengan 73% diikuti dengan 13%
iaitu gred G5 dan seterusnya dengan nilai peratusan yang sama iaitu 7% merupakan
syarikat kontraktor G6 dan G4.
64
Rajah 4.2 : Gred Syarikat Bagi Borang Soal Selidik
Rajah 4.3 menunjukkan data pengalaman kerja responden bagi borang soal
selidik. Responden yang tertinggi merupakan responden yang mempunyai
pengalaman bekerja selama 1 hingga 5 tahun dengan nilai 63%. Sebanyak 20%
responden mempunyai pengalaman antara 6 hingga 10 tahun dan 11 sehingga 15
tahun pula sebanyak 10%. Akhir sekali, responden yang mempunyai pengalaman
melebihi 15 tahun adalah sebanyak 7%.
Rajah 4.3 : Pengalaman Kerja Responden Bagi Borang Soal Selidik
73%
7%
13%
7%
G7
G6
G5
G4
Gred Syarikat
63%
20%
10% 7%
Pengalaman Kerja Responden
1-5 Tahun
6-10 Tahun
11-15 Tahun
Lebih 15 Tahun
65
4.2.2 Jenis Dokumen yang Sering Dihargakan Untuk Dokumen Tender Bagi
kerja-kerja M&E
Rajah 4.4 menunjukkan jenis dokumen yang sering dihargakan oleh
kontraktor di dalam dokumen tender. Terdapat tiga jenis dokumen iaitu senarai
kuantiti, harga pukal dan juga lukisan dan jadual kadar harga. Berdasarkan Rajah 4.4,
responden mengatakan bahawa sering menghargakan senarai kuantiti dengan nilai 23
dan diikuti dengan lukisan dan jadual kadar harga sebanyak 19. Akhir sekali,
responden menghargakan tender bagi dokumen harga pukal adalah yang paling
sedikit iaitu 15.
Rajah 4.4: Jenis Dokumen Yang Sering Dihargakan Untuk Dokumen Tender Bagi
Kerja-Kerja M&E
23
15 19
0
5
10
15
20
25
Senarai Kuantiti Harga Pukal Lukisan dan Jadual KadarHarga
Jenis Dokumen di Dalam Dokumen Tender Yang Sering Dihargakan Bagi Kerja-Kerja M & E
66
4.2.3 Jenis bangunan yang sering dihargakan untuk dokumen tender bagi
kerja-kerja M&E
Rajah 4.5 menunjukkan jenis bangunan yang sering dihargakan oleh
kontraktor di dalam dokumen tender. Berdasarkan Rajah 4.5, jenis bangunan yang
sering dihargakan ialah rumah dengan nilai 23 diikuti dengan nilai 22 iaitu komersial
dan ketiga tertinggi merupakan pejabat dengan nilai 16. Seterusnya, sekolah dengan
nilai 12, Hospital dengan nilai 8, Kilang Perindustrian dengan nilai 4 dan 3 bagi
jenis bangunan lain-lain.
Rajah 4.5 : Jenis Bangunan Yang Sering Dihargakan Untuk Dokumen Tender Bagi
Kerja-Kerja M&E
23
8
12
4
22
16
3 0
5
10
15
20
25
Jenis Bangunan yang Sering Dihargakan Bagi Kerja-kerja M&E
67
4.2.4 Cabaran-Cabaran Yang Dihadapi Oleh Kontraktor Semasa
Menghargakan Tender Bagi Kerja-Kerja M&E
Bahagian ini membincangkan tentang cabaran-cabaran yang dihadapi oleh
kontraktor semasa menghargakan tender bagi kerja-kerja M&E. Hasil data yang
diperolehi ditunjukkan dalam jadual dibawah dengan bantuan Mircosoft Excel 2010.
Taburan kekerapan, min, dan tahap persetujuan bagi cabaran- cabaran yang dihadapi
oleh kontraktor ditunjukkan dalam jadual dibawah. Nilai min yang paling tinggi
adalah cabaran utama semasa menghargakan tender bagi kerja-kerja M&E . Jadual
4.2 adalah analisis keseluruhan ke atas cabaran-cabaran yang dihadapi oleh
kontraktor semasa menghargakan tender bagi kerja-kerja M&E.
Jadual 4.2 : Cabaran Yang Dihadapi Oleh Kontraktor Semasa Menghargakan
Tender Bagi Kerja-Kerja M&E
Cabaran-cabaran Kekerapan kadar
Min Tahap
persetujuan 1 2 3 4 5
INFORMASI
Lukisan Tidak Disediakan di
Dalam Tender 5 5 6 12 5 3.21 Sederhana
Penerangan Butiran Kerja Tidak
Lengkap 0 4 6 15 8 3.82 Tinggi
Kuantiti tidak dinyatakan di
dalam senarai kuantiti 0 8 4 15 6 3.58 Sederhana
Tiada kos data yang realistik 0 8 5 16 4 3.48 Sederhana
Tiada penerangan tentang jenis
dan kualiti kerja 3 5 6 16 3 3.33 Sederhana
FORMAT
Format senarai kuantiti bagi
kerja-kerja M&E tidak seragam 1 6 6 11 9 3.64 Sederhana
Kerja-kerja M&E tidak
dikelaskan mengikut SMM2 2 4 12 13 2 3.27 Sederhana
68
MASA
Kontraktor harus menyemak
semula semua item bagi
memastikan tiada item yang
tertinggal
2 4 4 11 12 3.82 Tinggi
Jadual 4.2 menunjukkan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh kontraktor
semasa menghargakan tender bagi kerja-kerja M&E yang telah diklasifikasikan dari
segi informasi, format dan masa. Dari segi informasi, bagi cabaran yang pertama
iaitu lukisan tidak disediakan di dalam dokumen tender menunjukkan nilai min
sebanyak 3.21 iaitu sederhana. Manakala nilai min bagi cabaran kedua iaitu
penerangan butiran kerja tidak lengkap ialah 3.82 iaitu tinggi. Responden bersetuju
bahawa butiran kerja di dalam dokumen tender tidak lengkap.
Seterusnya, kuantiti tidak dinyatakan di dalam senarai kuantiti menunjukkan
nilai min sebanyak 3.58 iaitu sederhana. Berdasarkan temu bual bersama responden,
responden menyatakan bahawa kuantiti yang dinyatakan di dalam senarai kuantiti
sering diletakkan di dalam unit lot yang menyukarkan kontraktor untuk
menghargakan item tersebut. Selain itu, tiada kos data yang realistik dan tiada
penerangan tentang jenis dan kualiti kerja menunjukkan tahap persetujuan sederhana
dengan nilai min 3.48 dan 3.33.
Dari segi format, tahap persetujuan bagi cabaran format senarai kuantiti bagi
kerja-kerja M&E tidak seragam ialah sederhana dengan nilai min 3.64 manakala nilai
min bagi kerja-kerja M&E tidak dikelaskan mengikut SMM2 adalah 3.27 yang
menunjukkan tahap persetujuan yang sederhana. Responden menyatakan bahawa
format bagi setiap projek adalah berbeza dan tidak seragam berbanding senarai
kuantiti bagi kerja-kerja bangunan. Akhir sekali, responden bersetuju dengan tahap
persetujuan tinggi bagi cabaran kontraktor harus menyemak semula semua item bagi
memastikan tiada item yang tertinggal dengan nilai min 3.82.
69
Rajah 4.6 Cabaran-cabaran Yang Dihadapi Oleh Kontraktor Semasa
Menghargakan Tender Bagi Kerja-kerja M&E
Rajah 4.6 menunjukkan cabaran-cabaran yang dihadapi kontraktor semasa
menghargakan tender bagi kerja-kerja M&E mengikut turutan nilai min bagi setiap
cabaran.
Jadual 4.3 : Cabaran Yang Dihadapi Oleh Kontraktor Semasa Menghargakan
Tender Bagi Kerja-Kerja M&E Mengikut Kedudukan
Cabaran-cabaran Kedudukan
Penerangan Butiran Kerja Tidak Lengkap 1
Kontraktor harus menyemak semula semua item bagi
memastikan tiada item yang tertinggal
2
Format senarai kuantiti bagi kerja-kerja M&E tidak seragam 3
3.21
3.27
3.33
3.48
3.58
3.64
3.82
3.82
Lukisan Tidak Disediakan di Dalam Tender
Kerja-kerja M&E tidak dikelaskan mengikutSMM2
Tiada penerangan tentang jenis dan kualitikerja
Tiada kos data yang realistik
Kuantiti tidak dinyatakan di dalam senaraikuantiti
Format senarai kuantiti bagi kerja-kerja M&Etidak seragam
Kontraktor harus menyemak semula semuaitem bagi memastikan tiada item yang
tertinggal
Penerangan Butiran Kerja Tidak Lengkap
Cabaran-cabaran Yang Dihadapi Oleh Kontraktor Semasa Menghargakan Tender Bagi Kerja-kerja M&E
70
Kuantiti tidak dinyatakan di dalam senarai kuantiti 4
Tiada kos data yang realistik 5
Tiada penerangan tentang jenis dan kualiti kerja 6
Kerja-kerja M&E tidak dikelaskan mengikut SMM2 7
Lukisan Tidak Disediakan di Dalam Tender 8
Jadual 4.3 menunjukkan kedudukan cabaran-cabaran yang dihadapi
kontraktor semasa menghargakan tender bagi kerja-kerja M&E. Cabaran utama yang
sering dihadapi oleh kontraktor ialah penerangan butiran kerja tidak lengkap dan
kontraktor harus menyemak semula semua item bagi memastikan tiada item yang
tertinggal. Kedua-dua cabaran ini telah disenaraikan oleh Cartlidge (2013) dan
Ganiyu Amuda et al. (2013), namun kini pada tahun 2018, cabaran-cabaran ini masih
dihadapi oleh kontraktor dan merupakan cabaran utama dalam menghargakan tender
bagi kerja-kerja M&E.
Kedudukan kedua pula ialah format senarai kuantiti bagi kerja-kerja M&E
tidak seragam bagi setiap projek berbanding senarai kuantiti bagi kerja-kerja
bangunan. Seterusnya, tempat ketiga merupakan cabaran kuantiti tidak dinyatakan di
dalam senarai kuantiti dan diikuti dengan tiada kos data yang realistik bagi tempat
keempat.
Bagi kedudukan kelima ialah cabaran yang sering dihadapi ialah tiada
penerangan tentang jenis dan kualiti kerja dan tempat keenam ialah senarai kuantiti
tidak dikelaskan mengikut SMM2. Responden juga ada memberikan cadangan agar
satu piawaian perlu dilakukan bagi kerja-kerja M&E sahaja. Cabaran yang terakhir
dan kurang dihadapi oleh kontraktor ialah lukisan tidak disediakan di dalam tender.
Responden menyatakan bahawa jarang sekali lukisan tidak disediakan tetapi yang
sering berlaku adalah lukisan lewat diterima.
71
4.2.5 Cabaran-Cabaran Lain Yang Dihadapi Oleh Kontraktor Semasa
Menghargakan Tender Bagi Kerja-Kerja M&E
Bahagian ini akan menerangkan tentang cabaran-cabaran lain yang dihadapi
oleh kontraktor semasa menghargakan tender selain daripada cabaran-cabaran yang
telah dikenalpasti dan dibincangkan di kajian literatur. Ruang di dalam borang soal
selidik disediakan bagi responden mengisi cabaran-cabaran yang dihadapi oleh
mereka semasa proses menghargakan tender dan terdapat beberapa responden yang
telah mengisi cabaran-cabaran lain yang dihadapi. Jadual 4.4 dibawah merupakan
cabaran-cabaran lain yang responden hadapi.
Jadual 4.4 : Cabaran- Cabaran Lain Yang Dihadapi Oleh Kontraktor Semasa
Menghargakan Tender Bagi Kerja-Kerja M&E
1 Tempoh tender terlalu suntuk
2 Harga daripada pembekal lewat diterima
3 Kesukaran untuk mencari sub-kontraktor yang
berkebolehan
4 Harga pasaran bagi kerja-kerja M&E tidak menentu
5 Kesukaran untuk mendapatkan harga dari pembekal
luar Malaysia bagi item-item istimewa
6 Lukisan tidak seragam dengan spesifikasi
7
Kesukaran untuk mendapatkan harga daripada
pembekal bagi bahan binaan yang tidak dikeluarkan
lagi oleh pengeluar
8 Lukisan lewat diterima
72
Berdasarkan jadual 4.4, terdapat lapan cabaran-cabaran lain yang dinyatakan
oleh responden. Cabaran pertama ialah tempoh tender terlalu suntuk untuk kontraktor
menghargakan tender. Masalah timbul apabila harga daripada pembekal lewat
diterima yang juga merupakan cabaran yang dihadapi oleh kontraktor. Responden
juga menyenaraikan bahawa sukar untuk mencari sub-kontraktor yang berkebolehan
untuk diberi kepercayaan untuk menjalankan kerja-kerja M&E. Tidak semua
kontraktor yang berdaftar di bawah senarai kontraktor M&E di CIDB mempunyai
kemahiran dalam kerja-kerja M&E.
Selain itu, harga pasaran bagi kerja-kerja M&E tidak menentu dan kontraktor
harus sering mendapatkan harga semasa daripada pembekal dan responden juga
menyatakan bahawa sukar untuk mendapatkan harga dari pembekal luar Malaysia
bagi item-item istimewa. Pertama, sukar untuk mencari pembekal luar negara bagi
item yang istimewa dan yang kedua, sukar untuk berhubung dengan pembekal-
pembekal tersebut. Seterusnya, responden menyatakan bahawa ada situasi di mana
lukisan tidak seragam dengan spesifikasi. Apabila lukisan dan spesifikasi tidak
seragam, ia memberi kesan kepada proses menghargakan tender kerana responden
perlu merujuk semula kepada jurukur bahan ataupun jurutera untuk mendapatkan
kepastian dan ia akan mengambil masa untuk menunggu respon daripada jurukur
bahan dan jurutera.
Responden juga menyatakan cabaran semasa menghargakan tender ialah
untuk mendapatkan harga daripada pembekal bagi bahan binaan yang tidak
dikeluarkan lagi oleh pengeluar. Sukar untuk mencari harga bahan bagi bahan binaan
yang tidak dikeluarkan namun ia merupakan permintaan klien. Akhir sekali, antara
cabaran yang sering dihadapi ialah responden menerima lukisan lewat. Apabila
lukisan lewat diterima, ia menyebabkan responden menghargakan tender lewat. Jika
lukisan lewat diterima dan tempoh tender dipanjangkan, ia tidak memberi masalah
kepada responden namun situasi yang sering berlaku ialah lukisan lewat diterima
namun tempoh tender masih sama dan kontraktor perlu menyiapkan anggaran dalam
tempoh masa yang pendek dan dalam keadaan yang tergesa-gesa.
73
4.2.6 Kaedah Penyelesaian Bagi Cabaran-Cabaran Yang Dihadapi Oleh
Kontraktor Semasa Menghargakan Tender Bagi Kerja-Kerja M&E
Bahagian ini membincangkan tentang cadangan kaedah penyelesaian yang
dilakukan oleh kontraktor bagi cabaran-cabaran yang dihadapi oleh kontraktor
semasa menghargakan tender bagi kerja-kerja M&E. Berikut merupakan cabaran-
cabaran dan kaedah penyelesaian yang dilakukan oleh responden.
Rajah 4.7 : Kaedah Penyelesaian Bagi Penerangan Butiran Kerja
Tidak Lengkap
Rajah 4.7 menunjukkan kaedah penyelesaian bagi penerangan butiran kerja
tidak lengkap. Sebanyak 52% responden menyatakan akan merujuk semula kepada
jurukur bahan ataupun jurutera dan 25% responden akan membuat andaian
berdasarkan pengalaman. Selain itu, sebanyak 19% responden akan merujuk kepada
projek-projek lepas untuk dijadikan sebagai rujukan. Seterusnya, reponden
menyatakan akan merujuk lukisan dan mencadangkan jenis kerja yang baru seramai
2% bagi kedua-dua kaedah penyelesaian.
52%
25%
19%
2% 2%
Penerangan Butiran Kerja Tidak Lengkap
Rujuk semula kepadajurutera/jurukur bahan
Membuat andaianberdasarkan pengalaman
Rujuk projek-projeklepas
Rujuk lukisan
74
Rajah 4.8 : Kaedah Penyelesaian Bagi Kontraktor Harus Menyemak Semula
Semua Item Bagi Memastikan Tiada Item Yang Tertinggal
Rajah 4.8 menunjukkan kaedah penyelesaian bagi kontraktor harus
menyemak semula semua item bagi memastikan tiada item yang tertinggal.
Sebanyak 56% responden menyatakan akan merujuk semula kepada jurukur bahan
ataupun jurutera dan 19% responden akan membuat andaian berdasarkan
pengalaman. Selain itu, sebanyak 21% responden akan merujuk kepada projek-
projek lepas untuk dijadikan sebagai rujukan. Seterusnya, seramai 2% reponden
menyatakan tidak akan menghargakan item yang tertinggal dan lebihan 2% akan
meletakkan harga yang tinggi pada item lain untuk mengelakkan kerugian pada masa
akan datang.
56%
19%
21%
2% 2%
Kontraktor Harus Menyemak Semula Semua Item Bagi Memastikan Tiada Item Yang
Tertinggal
Rujuk semula kepadajurutera/jurukur bahan
Membuat andaianberdasarkan pengalaman
Rujuk projek-projek lepas
Tidak menghargakan itemyang tertinggal
75
Rajah 4.9 : Kaedah Penyelesaian Bagi Format Senarai Kuantiti
Bagi Kerja-Kerja M&E Tidak Seragam
Rajah 4.9 dia atas menunjukkan kaedah penyelesaian bagi format senarai
kuantiti bagi kerja-kerja m&e tidak seragam. Sebanyak 51% responden menyatakan
akan merujuk semula kepada jurukur bahan ataupun jurutera dan 24% responden
akan merujuk kepada projek-projek lepas untuk dijadikan sebagai rujukan . Selain
itu, sebanyak 25% responden akan membuat andaian berdasarkan pengalaman.
Rajah 4.10 : Kaedah Penyelesaian Bagi Kuantiti Tidak Dinyatakan Di Dalam
Senarai Kuantiti
51%
25%
24%
Format Senarai Kuantiti Bagi Kerja-kerja M & E Tidak Seragam
Rujuk semula kepadajurutera/jurukur bahan
Membuat andaianberdasarkan pengalaman
Rujuk projek-projek lepas
56%
19%
19%
6%
Kuantiti Tidak Dinyatakan Di Dalam Senarai Kuantiti
Rujuk semula kepadajurutera/jurukur bahan
Membuat andaianberdasarkan pengalaman
Rujuk projek-projek lepas
Rujuk lukisan
76
Rajah 4.10 menunjukkan kaedah penyelesaian bagi kuantiti tidak dinyatakan
di dalam senarai kuantiti. Kuantiti yang disediakan di dalam dokumen tender dalam
unit lot menyukarkan kontraktor untuk menghargakan tender. Sebanyak 56%
responden menyatakan akan merujuk semula kepada jurukur bahan ataupun jurutera
dan 19% responden akan membuat andaian berdasarkan pengalaman. Selain itu,
sebanyak 19% responden akan merujuk kepada projek-projek lepas dan 6%
responden akan merujuk semula lukisan untuk mendapatkan kuantiti.
Rajah 4.11 : Kaedah Penyelesaian Bagi Tiada Kos Data Yang Realistik
Rajah 4.11 menunjukkan kaedah penyelesaian bagi tiada kos data yang
realistik. Sebanyak 84% responden menyatakan akan mendapatakan sebut harga
daripada pembekal dan lebihan 16% responden akan membuat andaian berdasarkan
pengalaman.
16%
84%
Tiada Kos Data Yang Realistik
Membuat andaianberdasarkan pengalaman
Mendapatkan sebutharga daripada pembekal
77
Rajah 4.12 : Kaedah Penyelesaian Bagi Tiada Penerangan Tentang Jenis
Dan Kualiti Kerja
Rajah 4.12 menunjukkan kaedah penyelesaian bagi tiada penerangan tentang
jenis dan kualiti kerja. Sebanyak 46% responden menyatakan akan merujuk semula
kepada jurukur bahan ataupun jurutera dan 22% responden akan membuat andaian
berdasarkan pengalaman. Selain itu, sebanyak 28% responden akan merujuk kepada
projek-projek lepas untuk dijadikan sebagai rujukan. Seterusnya, seramai 2%
reponden menyatakan akan merujuk lukisan dan lebihan 2% akan merujuk
spesifikasi.
Rajah 4.13 : Kaedah Penyelesaian Bagi Kerja-Kerja M&E Tidak Dikelaskan
Mengikut SMM2
46%
22%
28%
2% 2%
Tiada Penerangan Tentang Jenis Dan Kualiti Kerja
Rujuk semula kepadajurutera/jurukur bahan
Membuat andaianberdasarkan pengalaman
Rujuk projek-projek lepas
Rujuk lukisan tender
Rujuk spesifikasi
49%
29%
20%
2%
Kerja-kerja M&E Tidak Dikelaskan Mengikut SMM2
Rujuk semula kepadajurutera/jurukur bahan
Membuat andaianberdasarkan pengalaman
Rujuk projek-projek lepas
Rujuk lukisan tender
78
Rajah 4.13 menunjukkan kaedah penyelesaian bagi Bagi Kerja-Kerja M&E
Tidak Dikelaskan Mengikut SMM2. Sebanyak 49% responden menyatakan akan
merujuk semula kepada jurukur bahan ataupun jurutera dan 29% responden akan
membuat andaian berdasarkan pengalaman. Selain itu, sebanyak 20% responden
akan merujuk kepada projek-projek lepas untuk dijadikan sebagai rujukan.
Seterusnya, seramai 2% reponden menyatakan akan merujuk lukisan semula.
Rajah 4.14 : Kaedah Penyelesaian Bagi Lukisan Tidak Disediakan Di Dalam
Dokumen Tender
Rajah 4.14 menunjukkan kaedah penyelesaian bagi lukisan tidak disediakan
di dalam dokumen tender. Sebanyak 65% responden menyatakan akan merujuk
semula kepada jurukur bahan ataupun jurutera dan 26% responden akan merujuk
kepada projek-projek lepas. Lebihan 9% responden pula membuat andaian
berdasarkan pengalaman-pengalaman lepas.
65% 9%
26%
Lukisan Tidak Disediakan di Dalam Tender
Rujuk semula kepadajurutera/jurukur bahan
Membuat andaianberdasarkan pengalaman
Rujuk projek-projek lepas
79
4.3 Data Analisis Bagi Objektif Kedua
Berikut merupakan data analisis yang dijalankan berdasarkan maklumat yang
telah diperolehi bagi objektif kedua iaitu kaedah yang digunakan oleh kontraktor
untuk menghargakan tender bagi kerja-kerja M&E.
4.3.1 Analisis Maklumat Responden
Jadual 4.5 menunjukkan jawatan responden dalam syarikat-syarikat
kontraktor di sekitar Johor Bahru yang ditemu bual. Responden yang ditemu bual
terlibat secara langsung dalam proses menghargakan tender bagi kerja –kerja M&E.
Responden yang ditemu bual adalah terdiri daripada Juruukur Bahan, Eksekutif
Pembangunan Bisnes, Pengarah, Pengarah Operasi dan Jurutera M&E. Oleh itu,
boleh disimpulkan bahawa keputusan analisis dapat mencapai mutu keseluruhan
yang tinggi memandangkan majoriti responden adalah berpengalaman dan terlibat
secara langsung dalam proses menghargakan tender.
Jadual 4.5 : Maklumat Responden Bagi Temu Bual
Bil Nama Syarikat Kontraktor Jawatan
1 Isba Bina Sdn. Bhd. Pengarah
2 Alaf Pentawaris Sdn. Bhd. Jurukur Bahan
3 JBB Builders (M) Sdn. Bhd. Jurukur Bahan
4 Anjung Perkasa Sdn. Bhd. Jurutera M & E
5 Gerbang Nusajaya Sdn. Bhd. Pengarah Operasi
6 Al-Qanaah Resources Sdn. Bhd. Eksekutif Pembangunan Bisnes
7 Ener-save Sdn. Bhd. Pengarah
8 Olie Scape Design Sdn. Bhd. Pengarah
80
Rajah 4.15 menunjukkan gred syarikat-syarikat kontraktor yang ditemu bual
yang terdiri daripada syarikat kontraktor M&E Gred G4 sehingga Gred G7.
Peratusan tertinggi merupakan syarikat kontraktor gred G7 dengan 50% diikuti
dengan 25% iaitu gred G5 dan seterusnya dengan nilai peratusan yang sama iaitu
13% merupakan syarikat kontraktor G6 dan G4.
Rajah 4.15 : Gred Syarikat Bagi Temu Bual
Berdasarkan data yang diperolehi, pengalaman responden dalam industri
pembinaan bagi temu bual adalah seperti Rajah 4.16. Sebanyak 25% responden
mempunyai pengalaman antara 11 sehingga 15 tahun dan 6 sehingga 10 tahun pula
sebanyak 37%. Peratusan responden yang paling tinggi merupakan responden yang
mempunyai pengalaman lebih daripada 15 tahun dengan peratusan sebanyak 38%.
Kesimpulannya, keputusan analisis dapat mencapai mutu keseluruhan yang tinggi
memandangkan kebanyakan responden adalah berpengalaman yang telah lama
menceburi dalam industri pembinaan.
13%
25%
13%
50%
G4
G5
G6
G7
Gred Syarikat
81
Rajah 4.16 : Pengalaman Kerja Responden Bagi Temu Bual
4.3.2 Kaedah Kontraktor Menghargakan Tender bagi kerja-kerja M&E
Terdapat tiga jenis kaedah yang sering digunakan oleh kontraktor untuk
menghargakan tender iaitu kaedah unit, kaedah data kos dan kaedah anggaran sub-
kontraktor. Rajah 4.17 menunjukkan kaedah-kaedah yang sering digunakan oleh
kontraktor untuk menghargakan tender bagi kerja-kerja M&E. Kaedah yang paling
banyak digunakan merupakan kaedah anggaran sub-kontraktor dengan 46% diikuti
dengan kaedah unit sebanyak 31% dan seterusnya nilai 23% merupakan kaedah data
kos.
37%
25%
38%
Pengalaman Kerja Responden
1-5 tahun
6-10 tahun
11-15 tahun
Lebih 15 tahun
82
Rajah 4.17 : Kaedah Yang Digunakan Untuk Menghargakan Tender Bagi Kerja-
Kerja M&E
4.3.3 Kaedah Kontraktor Menghargakan Tender bagi kerja-kerja M&E
Mengikut Sistem
Terdapat tiga jenis kaedah yang sering digunakan oleh kontraktor untuk
menghargakan tender iaitu kaedah unit, kaedah data kos dan kaedah anggaran sub-
kontraktor. Terdapat tujuh Sistem M&E yang utama yang iaitu Sistem Perpaipan,
Sistem Elektrikal, Sistem Keselamatan, Sistem Pemanasan,Pengudaraan dan
Penghawa Dingin, Sistem Penghantaran Mekanikal, Sistem Pencegah Kebakaran dan
Sistem Komunikasi. Rajah 4.18 menunjukkan kaedah-kaedah yang digunakan oleh
kontraktor untuk menghargakan tender bagi sistem perpaipan. Kaedah yang paling
banyak digunakan merupakan kaedah anggaran sub-kontraktor dengan 45% diikuti
dengan 27% bagi kaedah data kos dan kaedah unit.
Kaedah Unit
Kaedah Data Kos
Kaedah Anggaran Sub-kontraktor
31%
23%
46%
Kaedah Yang Digunakan Untuk Menghargakan Tender
83
Rajah 4.18 : Kaedah Yang Digunakan Untuk Menghargakan Tender Bagi Sistem
Perpaipan
Rajah 4.19 menunjukkan kaedah-kaedah yang digunakan oleh kontraktor
untuk menghargakan tender bagi sistem elektrikal. Kaedah yang paling banyak
digunakan merupakan kaedah anggaran sub-kontraktor dengan 46% diikuti dengan
31% bagi kaedah unit dan seterusnya kaedah data kos dengan 23%.
Rajah 4.19 : Kaedah Yang Digunakan Untuk Menghargakan Tender Bagi Sistem
Elektrikal
27%
27%
45%
Kaedah Unit
Kaedah Data Kos
Kaedah Anggaran Sub-kontraktor
Sistem Perpaipan
31%
23%
46%
Kaedah Unit
Kaedah Data Kos
Kaedah Anggaran Sub-kontraktor
Sistem Elektrikal
84
Rajah 4.20 : Kaedah Yang Digunakan Untuk Menghargakan Tender Bagi Sistem
Keselamatan
Rajah 4.20 menunjukkan kaedah-kaedah yang digunakan oleh kontraktor
untuk menghargakan tender bagi sistem keselamatan. Kaedah yang paling banyak
digunakan merupakan kaedah anggaran sub-kontraktor dengan 50% diikuti dengan
30% bagi kaedah unit dan seterusnya kaedah data kos dengan 20%.
Rajah 4.21 : Kaedah Yang Digunakan Untuk Menghargakan Tender Bagi Sistem
Pemanasan,Pengudaraan dan Penghawa Dingin
30%
20%
50%
Kaedah Unit
Kaedah Data Kos
Kaedah Anggaran Sub-kontraktor
Sistem Keselamatan
30%
20%
50%
Kaedah Unit
Kaedah Data Kos
Kaedah Anggaran Sub-kontraktor
Sistem Pemanasan,Pengudaraan dan Penghawa Dingin
85
Rajah 4.21 diatas menunjukkan kaedah-kaedah yang digunakan oleh
kontraktor untuk menghargakan tender bagi sistem pemanasan, pengudaraan dan
penghawa dingin. Kaedah yang paling banyak digunakan merupakan kaedah
anggaran sub-kontraktor dengan 50% diikuti dengan 30% bagi kaedah unit dan
seterusnya kaedah data kos dengan 20%.
Berdasarkan Rajah 4.21 dibawah, kaedah yang sering digunakan oleh
kontraktor untuk menghargakan tender bagi sistem pemanasan, pengudaraan dan
penghawa dingin ialah kaedah anggaran sub-kontraktor dengan 57%. Kedua tertinggi
merupakan kaedah unit dengan 29% dan seterusnya 14% bagi kaedah data kos.
Rajah 4.22 : Kaedah Yang Digunakan Untuk Menghargakan Tender Bagi Sistem
Pemanasan,Pengudaraan dan Penghawa Dingin
Rajah 4.23 dibawah menunjukkan kaedah-kaedah yang digunakan oleh
kontraktor untuk menghargakan tender bagi sistem pencegah kebakaran. Kaedah
yang sering digunakan merupakan kaedah anggaran sub-kontraktor dengan 57%
diikuti dengan 29% bagi kaedah unit dan seterusnya kaedah data kos dengan 14%.
29%
14%
57%
Kaedah Unit
Kaedah Data Kos
Kaedah Anggaran Sub-kontraktor
Sistem Penghantaran Mekanikal
86
Rajah 4.23: Kaedah Yang Digunakan Untuk Menghargakan Tender Bagi Sistem
Pencegah Kebakaran
Rajah 4.24 dibawah menunjukkan kaedah-kaedah yang digunakan oleh
kontraktor untuk menghargakan tender bagi sistem komunikasi. Kaedah yang sering
digunakan merupakan kaedah anggaran sub-kontraktor dengan 46% diikuti dengan
31% bagi kaedah unit dan seterusnya kaedah data kos dengan 23%.
Rajah 4.24: Kaedah Yang Digunakan Untuk Menghargakan Tender Bagi Sistem
Komunikasi
29%
14%
57%
Kaedah Unit
Kaedah Data Kos
Kaedah Anggaran Sub-kontraktor
Sistem Pencegah Kebakaran
31%
23%
46%
Kaedah Unit
Kaedah Data Kos
Kaedah Anggaran Sub-kontraktor
Sistem Komunikasi
87
Rajah 4.25 dibawah menunjukkan kaedah-kaedah yang digunakan oleh
kontraktor untuk menghargakan tender bagi sistem-sistem lain selain daripada sistem
yang telah disenaraikan. Responden menyatakan bahawa kerja-kerja
penyelenggaraan bagi kerja-kerja M&E merupakan sistem-sistem lain yang sering
dihargakan. Kaedah yang sering digunakan untuk menghargakan sistem
penyelenggaraan merupakan kaedah data kos dengan 67% diikuti dengan 33% bagi
kaedah unit. Kaedah anggaran sub-kontraktor tidak digunakan untuk menghargakan
tender bagi kerja-kerja penyelenggaraan. Kontraktor mengatakan bahawa kerja-kerja
penyelenggaraan merupakan kerja-kerja yang berulang bagi setiap projek dan oleh
sebab itu kaedah data kos yang sering digunakan.
Rajah 4.25 : Kaedah Yang Digunakan Untuk Menghargakan Tender Bagi Kerja-
kerja Penyelenggaraan
33%
67%
0%
Kaedah Unit
Kaedah Data Kos
Kaedah Anggaran Sub-kontraktor
Kerja-kerja Penyelenggaraan
88
4.3.4 Kaedah Unit
Terdapat tiga jenis kaedah yang sering digunakan oleh kontraktor untuk
menghargakan tender iaitu kaedah unit, kaedah data kos dan kaedah anggaran sub-
kontraktor. Berikut merupakan faktor pemilihan kaedah unit dan masalah yang
dihadapi oleh kontraktor semasa menggunakan kaedah unit. Jadual 4.6 adalah
analisis ke atas faktor pemilihan kaedah unit mengikut kod, kekerapan bilangan dan
jumlah peratus yang terlibat berdasarkan tema kod yang dinyatakan.
Jadual 4.6 : Faktor Pemilihan Kaedah Unit
Kod Tema Kod Kekerapan
Bil Peratus (%)
A1 Faktor Pemilihan Kaedah
Unit
A1.1
Harga lebih tepat kerana ia
merupakan harga semasa
yang didapati dari pembekal
2 25.0%
A1.2 Mempunyai kepakaran dalam
Sistem Mekanikal dan
Elektrikal
2 25.0%
A1.3 Kuantiti disediakan di dalam
dokumen tender 1 12.5%
A1.4 Perubahan harga bagi
sesetengah bahan binaan naik
secara mendadak setiap tahun
1 12.5%
A1.5 Harga data kos sering
dikatakan mahal oleh klien 1 12.5%
A1.6 Digunakan untuk
Menghargakan item yang
baru
1 12.5%
89
Responden menyatakan bahawa kaedah unit merupakan asas utama dalam
membuat anggaran semasa menghargakan tender. Sebelum mula menghargakan
tender, responden akan semak kesemua item terlebih dahulu dan seterusnya mengkaji
kaedah apa yang sesuai digunakan untuk menghargakan tender bagi setiap elemen.
Jika item tersebut sering dihargakan dan harga data kos masih relevan, responden
akan menggunakan data kos kerana ia lebih jimat masa. Namun bagi item yang
mempunyai perubahan harga yang mendadak, responden akan menggunakan kaedah
unit untuk mendapatkan harga yang lebih tepat.
Selain itu, tidak semua syarikat kontraktor mempunyai kepakaran dalam
Sistem M&E. Bagi syarikat yang mempunyai kepakaran dalam Sistem M&E,
syarikat tersebut akan menggunakan kaedah unit dengan mendapatkan harga dari
pembekal bahan binaan dan seterusnya menambah kos pekerja dan keuntungan untuk
mendapatkan harga untuk diisi di dalam dokumen tender.
Kaedah unit juga hanya digunakan apabila senarai kuantiti menyediakan
kuantiti yang jelas bagi sesuatu item. Contohnya, jika kuantiti bagi sistem elektrikal
disediakan dalam unit lot, ia sukar untuk dihargakan mengikut kaedah unit. Bagi
item-item lain yang meyediakan kuantiti dalam unit meter dan unit nombor,
responden akan menggunakan kaedah unit.
Responden juga mengatakan bahawa bagi projek-projek yang telah
dijalankan sebelum ini yang menggunakan data kos, klien mengatakan bahawa harga
yang diisi berdasarkan data kos adalah lebih tinggi berbanding harga yang didapati
menggunakan kaedah unit. Harga data kos lebih tinggi mungkin disebabkan oleh
nilai peratusan yang dinaikkan bagi harga sesuatu item itu terlalu tinggi manakala
harga yang menggunakan kaedah unit adalah merupakan harga semasa dan lebih
tepat.
90
Bagi item-item baru yang belum pernah dihargakan oleh kontraktor sebelum
ini, responden akan menggunakan kaedah unit kerana tidak mempunyai data kos bagi
item dan bahan binaan tersebut. Responden akan mendapatkan kos bahan daripada
pembekal dan seterusnya menambah kos pekerja dan keuntungan bagi mendapatkan
harga bagi kerja tersebut.
Jadual 4.7 Masalah yang Dihadapi Menggunakan Kaedah Unit
Kod Tema Kod Kekerapan
Bil Peratus (%)
B1 Masalah yang Dihadapi
Menggunakan Kaedah Unit
B1.1
Perlu mendapatkan harga dari
banyak pembekal yang
berlainan
1 25.0%
B1.2 Sukar untuk mendapatkan
harga bagi item yang unik 1 25.0%
B1.3
Sukar untuk mendapatkan
harga dengan pembekal
kerana tiada jaminan dari
pihak kontraktor
1 25.0%
B1.4 Tiada masalah 1 25.0%
Jadual 4.7 menunjukkan masalah yang dihadapi oleh kontraktor semasa
menggunakan kaedah unit semasa menghargakan tender. Diantara masalah yang
dihadapi oleh responden semasa menghargakan tender menggunakan kaedah unit
adalah perlu mendapatkan harga dari banyak pembekal yang berlainan. Apabila kos
perlu diminta pada banyak pembeal, ia akan mengambil masa yang lama untuk
mendapatkan respon dari pembekal-pembekal tersebut. Selain itu, bagi item yang
unik, responden menghadapi kesukaran untuk mencari pembekal bahan tersebut
untuk mendapatkan harga.
91
Seterusnya, responden menyatakan bahawa apabila responden meminta harga
bahan dari pembekal, pembekal kadang kala sukar untuk memberikan harga bahan
kepada responden kecuali responden telah berjanji akan membeli barang daripada
pembekal tersebut. Selain daripada tiga masalah yang dihadapi, responden juga
mengatakan tidak menghadapi apa-apa masalah semasa menghargakan tender
menggunakan kaedah unit. Ini adalah kerana responden telah mempunyai pembekal
yang tetap dan tiada masalah untuk mendapatkan sebut harga.
4.3.5 Kaedah Data Kos
Kaedah data kos merupakan salah satu kaedah yang digunakan untuk
menghargakan tender. Berikut merupakan faktor pemilihan kaedah data kos dan
masalah yang dihadapi oleh kontraktor semasa menggunakan kaedah data kos. Jadual
4.8 adalah analisis ke atas faktor pemilihan kaedah data kos mengikut kod,
kekerapan bilangan dan jumlah peratus yang terlibat berdasarkan tema kod yang
dinyatakan.
Jadual 4.8 : Faktor Pemilihan Kaedah Data Kos
Kod Tema Kod Kekerapan
Bil Peratus (%)
A2 Faktor Pemilihan Kaedah
Data Kos
A2.1 Tempoh tender suntuk 2 40.0%
A2.2 Digunakan untuk kerja-
kerja yang berulang 2 40.0%
A2.3 Digunakan bagi item yang
perubahan harganya tidak
tinggi
1 20.0%
92
Terdapat tiga faktor yang dinyatakan oleh responden bagi pemilihan kaedah
data kos semasa menghargakan tender bagi kerja-kerja M&E. Faktor utama bagi
pemilihan kaedah data kos dengan nilai 40% adalah tempoh tender yang suntuk dan
ia digunakan untuk kerja-kerja yang berulang. Selain itu, 20% mengatakan kaedah
data kos digunakan bagi item-item yang perubahan harganya tidak tinggi. Sesetengah
harga bahan binaan tidak menghadapi perubahan harga yang tinggi.
Jadual 4.9 : Masalah yang Dihadapi Menggunakan Kaedah Data Kos
Kod Tema Kod Kekerapan
Bil Peratus (%)
B2
Masalah yang Dihadapi
Menggunakan Kaedah Data
Kos
B2.1
Kajian perlu dilakukan bagi
mengenalpasti nilai peratusan
yang perlu dinaikkan bagi
setiap elemen
1 33.3%
B2.2 Tiada masalah 2 66.7%
Jadual 4.9 menunjukkan masalah yang dihadapi oleh kontraktor semasa
menggunakan kaedah data kos semasa menghargakan tender. Diantara masalah yang
dihadapi oleh responden semasa menghargakan tender menggunakan kaedah data
kos adalah kajian perlu dilakukan bagi mengenalpasti nilai peratusan yang perlu
dinaikkan bagi setiap elemen. Jumlah peratus kenaikan harga adalah berbeza bagi
setiap elemen bergantung kepada harga semasa. Apabila kajian dijalankan untuk
mengenal pasti jumlah kenaikan peratus harga, masa yang diperlukan adalah
panjang.
93
Selain itu, terdapat dua responden yang tidak menghadapi masalah semasa
menggunakan kaedah data kos. Ini adalah kerana syarikat tersebut mempunyai sistem
yang menyimpan semua maklumat data kos dan ia mudah untuk digunakan apabila
proses menghargakan tender.
4.3.6 Kaedah Anggaran Sub-kontraktor
Kaedah anggaran sub-kontraktor merupakan salah satu kaedah yang
digunakan untuk menghargakan tender. Berikut merupakan faktor pemilihan kaedah
anggaran sub-kontraktor dan masalah yang dihadapi oleh kontraktor semasa
menggunakan kaedah anggaran sub-kontraktor. Jadual 4.10 adalah analisis ke atas
faktor pemilihan kaedah anggaran sub-kontraktor mengikut kod, kekerapan bilangan
dan jumlah peratus yang terlibat berdasarkan tema kod yang dinyatakan.
Jadual 4.10 : Faktor Pemilihan Kaedah Anggaran Sub-Kontraktor
Kod Tema Kod Kekerapan
Bil Peratus (%)
A3 Faktor Pemilihan Kaedah
Anggaran Sub-Kontraktor
A3.1
Tiada kepakaran dalam
bidang Mekanikal dan
Elektrikal
5 50.0%
A3.2 Anggaran lebih tepat 1 10.0%
A3.3 Tidak mempunyai tenaga
kerja mahir yang mencukupi 2 20.0%
A3.4 Anggaran disiapkan dengan
lebih cepat 1 10.0%
A3.5 Tiada data kos 1 10.0%
94
Jadual 4.10 menunjukkan faktor pemilihan kaedah anggaran sub-kontraktor
semasa menghargakan tender. Terdapat lima faktor yang dinyatakan oleh kontraktor
dan faktor utama adalah tiada kepakaran dalam bidang M&E iaitu mewakili 50%.
Seterusnya, 20% responden memilih kaedah anggaran sub kerana tidak mempunyai
tenaga kerja mahir yang mencukupi terutama bagi projek yang besar. Oleh sebab itu,
kontraktor utama membuat keputusan untuk memberikan kerja tersebut kepada sub-
kontraktor semasa peringkat tender.
Seterusnya, 10% daripada responden menyatakan bahawa anggaran sub-
kontraktor lebih tepat dan anggaran sub-kontraktor dapat disiapkan dengan cepat. Ini
adalah kerana sub-kontraktor lebih pakar dalam sistem M&E yang tertentu
berbanding kontraktor utama. Tiada data kos juga menjadi faktor pemilihan kaedah
anggaran sub-kontraktor sebanyak 10%.
Jadual 4.11 Masalah yang Dihadapi Menggunakan Kaedah
Anggaran Sub-Kontraktor
Kod Tema Kod Kekerapan
Bil Peratus (%)
B3
Masalah yang Dihadapi
Menggunakan Kaedah
Anggaran Sub-Kontraktor
B3.1
Kontraktor utama perlu
sering membuat tindakan
susulan agar kontraktor
tidak menghantar anggaran
lambat
1 14.3%
B3.2
Sub- kontraktor
menghantar anggaran
lambat
2 28.6%
B3.3
Sub-kontraktor banyak
membahagikan kerja
kepada sub-kontraktor
yang lain
1 14.3%
95
B3.4
Sub-kontraktor tidak
menghargakan item
mengikut spesifikasi
1 14.3%
B3.5
Sukar untuk mencari
kontraktor yang pakar
dalam sesuatu sistem
Mekanikal dan Elektrikal
1 14.3%
B3.6 Tiada masalah 1 14.3%
Jadual 4.11 menunjukkan masalah yang dihadapi oleh kontraktor semasa
menggunakan kaedah anggaran sub-kontraktor semasa menghargakan tender.
Masalah yang sering dihadapi sebanyak 28.6% ialah sub-kontraktor menghantar
anggaran lambat kepada kontraktor utama. Contohnya, responden menyatakan
bahawa sub-kontraktor menghantar anggaran pada pukul 10 pagi dan tender tersebut
tutup pada pukul 12 tengahari pada hari yang sama. Hal ini menyebabkan kontraktor
utama perlu menyiapkan tender dalam tempoh masa yang terhad dan dalam keadaan
yang tergesa-gesa.
Seterusnya, sebanyak 14.3% responden menghadapi masalah perlu sentiasa
membuat tindakan susulan untuk mengingatkan sub-kontraktor supaya tidak
menghantar anggaran lewat. Selain itu, sub-kontraktor menghargakan tender tidak
mengikut spesifikasi juga merupakan salah satu masalah yang dihadapi oleh
kontraktor utama sebanyak 14.3%. Semasa proses tender, kontraktor utama tidak
menyedari hal berkenaan tetapi ia akan memberi kesan semasa proses pembinaan dan
jika berlaku perubahan kerja.
96
Selain itu, 14.3% responden menyatakan bahawa sub-kontraktor yang diberi
kepercayaan oleh responden sering membahagikan kerja tersebut kepada sub-
kontraktor yang lain. Hal ini menjadikan proses anggaran tender menjadi lebih lama
kerana melibatkan banyak pihak. Lebihan 14.3% responden tidak menghadapi
masalah semasa menggunakan kaedah anggaran sub-kontraktor. Responden
menyatakan bahawa syarikat tersebut tidak menghadapi masalah semasa
menggunakan kaedah anggaran sub-kontraktor keran telah mempunyai sub-
kontraktor yang tetap dan pakar bagi setiap sistem.
4.4 Kesimpulan Bab
Secara keseluruhannya, bab ini menganalisis objektif satu iaitu kaedah yang
digunakan oleh kontraktor untuk menghargakan tender bagi kerja-kerja M&E. Data
dikumpulkan melalui sesi temu bual yang dijalankan di syarikat kontraktor. Hasil
analisis menunjukkan bahawa kaedah yang sering digunakan oleh kontraktor adalah
kaedah anggaran sub-kontraktor. Ini adalah kerana kebanyakkan kontraktor tidak
mempunyai kepakaran dalam kerja-kerja M&E walaupun nama syarikat tersebut
tersenarai di dalam senarai kontraktor M&E CIDB.
Bab ini juga menganalisis cabaran-cabaran yang dihadapi oleh kontraktor
semasa menghargakan tender bagi kerja-kerja M&E. Bagi objektif ini, borang soal
selidik telah diedarkan kepada syarikat-syarikat kontraktor. Hasil analisis
menunjukkan bahawa cabaran utama yang sering dihadapi oleh ialah penerangan
butiran kerja tidak lengkap manakala cabaran yang paling sedikit dihadapi ialah
lukisan tidak disediakan di dalam dokumen tender. Selain itu, bab ini juga
menerangkan tentang cadangan kaedah penyelesaian bagi cabaran-cabaran yang
dihadapi oleh kontraktor.
BAB 5
KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Bab ini merupakan ringkasan dan kesimpulan keseluruhan kajian. Keputusan
dan hasil kajian akan dikumpulkan di dalam bab ini melalui ringkasan yang akan
dibuat dengan merujuk kepada objektif utama kajian ini. Seterusnya, beberapa
cadangan penyelidikan akan datang dan lanjutan bagi tajuk penyelidikan yang sama
akan dikemukakan, had kajian serta permasalahan yang dihadapi semasa proses
melaksanakan penyelidikan ini juga akan dibincangkan.
98
5.2 Rumusan Hasil Kajian
Objektif pertama kajian ini ialah untuk mengenalpasti cabaran-cabaran yang
dihadapi oleh kontraktor semasa menghargakan tender bagi kerja-kerja M&E.
Berikut merupakan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh kontraktor mengikut turutan
paling kerap dihadapi :
1) Penerangan Butiran Kerja Tidak Lengkap
2) Kontraktor harus menyemak semula semua item bagi memastikan tiada item
yang tertinggal
3) Format senarai kuantiti bagi kerja-kerja M&E tidak seragam
4) Kuantiti tidak dinyatakan di dalam senarai kuantiti
5) Tiada kos data yang realistik
6) Tiada penerangan tentang jenis dan kualiti kerja
7) Kerja-kerja M&E tidak dikelaskan mengikut SMM2
8) Lukisan Tidak Disediakan di Dalam Tender
99
Selain itu, kontraktor juga menyenaraikan cabaran-cabaran lain yang dihadapi
selain daripada yang disenaraikan iaitu :
1) Tempoh tender terlalu suntuk
2) Harga daripada pembekal lewat diterima
3) Kesukaran untuk mencari sub-kontraktor yang berkebolehan
4) Harga pasaran bagi kerja-kerja M&E tidak menentu
5) Kesukaran untuk mendapatkan harga dari pembekal luar Malaysia
bagi item-item istimewa
6) Lukisan tidak seragam dengan spesifikasi
7) Kesukaran untuk mendapatkan harga daripada pembekal bagi bahan
binaan yang tidak dikeluarkan lagi oleh pengeluar
8) Lukisan lewat diterima
Seterusnya, objektif kedua kajian ini adalah mengenal pasti kaedah
kontraktor menghargakan tender bagi kerja-kerja M&E. Terdapat tiga kaedah yang
digunakan oleh kontraktor iaitu kaedah unit, kaedah data kos dan kaedah sub-
kontraktor. Hasil kajian mendapati kaedah utama yang sering digunakan oleh
kontraktor ialah kaedah anggaran sub-kontraktor diikuti dengan kaedah unit dan
yang paling kurang digunakan adalah kaedah data kos.
100
Majoriti kontraktor yang berdaftar dengan kelas M&E di bawah CIDB tidak
mempunyai kepakaran dalam kerja-kerja M&E dan tidak mempunyai jurutera M&E
di dalam syarikat tersebut. Walaupun berdaftar di bawah kelas M&E, mereka akan
melantik sub-kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja M&E kerana sub-kontraktor
mempunyai kepakaran dalam bidang M&E.
5.3 Masalah yang Dihadapi
Sepanjang proses penyelidikan, terdapat beberapa cabaran dan masalah yang
dihadapi semasa pengumpulan data dan analisis data untuk mencapai matlamat
penyelidikan. Penyelidikan ini menjalankan dua kaedah iaitu borang soal selidik dan
temu bual. Borang soal selidik dihantar melalui e-mel dan secara terus kepada
syarikat kontraktor manakala bagi sesi temu bual, temu janji perlu dilakukan terlebih
dahulu.
Diantara masalah yang dihadapi semasa menjalankan penyelidikan adalah
kebanyakkan senarai kontraktor yang berdaftar dengan CIDB sudah tidak beroperasi
lagi. Sukar untuk mendapatkan senarai syarikat kontraktor yang masih beroperasi
dan ia mengambil masa yang lama untuk mengenalpasti syarikat yang masih
beroperasi.
Selain itu, borang soal selidik yang telah diedarkan mengambil masa yang
lama untuk diisi dan dipulangkan semula. Terdapat banyak syarikat yang tidak
memberikan respon dan tidak memulangkan semula borang soal selidik. Diantara
sebab yang diberikan oleh syarikat kontraktor adalah mereka tidak mempunyai
individu yang menguruskan kerja-kerja M&E untuk menjawab borang soal selidik
tersebut.
101
Bagi kaedah temu bual, syarikat kontraktor tidak mahu memberikan kerjasama
untuk menjalankan sesi temu bual. Diantara sebab yang diberikan adalah syarikat
tersebut sedang sibuk dan tiada masa untuk sesi temu bual.Oleh itu, ini juga memberi
kesan kepada pengambilan masa dalam menyelesaikan penyelidikan ini.
5.4 Cadangan dan Penyelidikan Lanjutan
Setelah melakukan kajian ini, satu kajian lanjutan mengenai tajuk ini boleh
dijalankan dalam skop yang berbeza yang memfokuskan kepada pihak sub-
kontraktor dengan objektif kajiannya iaitu cabaran yang dihadapi sub-kontraktor
semasa menghargakan tender bagi kerja-kerja M&E dan langkah-langkah yang
dilakukan oleh sub-kontraktor bagi mengatasi cabaran yang dihadapi semasa proses
menghargakan tender.
102
Rujukan
AIQS (Australian Institute of Quantity Surveyors). (2001). Guaranteed Bills of
Quantities.
Bentley, J. I. W. (1990). construction tendering and estimating. E. & F. N Spon Ltd.
Brook, M. (2008). Estimating and Tendering for Construction Work (4th ed.).
Oxford: Elsevier Butterworth-Heinemann.
Bryman, A., & Bell, E. (2003). Business Research Methods. Oxford University
Press.
Buchan, R. D., Fleming, F. W. E., & E.K. Grant, F. (1993). Estimating for builders
and quantity surveyors (SECOND edi). Butterworth-Heinemann.
Cartlidge, D. (2013). estimator’s pocket book. routledge.
Chadderton, D. V. (2013). Building Services Engineering (sixth edit). New York:
routledge.
Chua, Y. P. (2013). Mastering research statistics. McGraw-Hill Education.
Collier, K. (1974). fundamentals of construction estimating and cost accounting.
prentice-hall.
Davis, P. R., Love, P. E. D., & Baccarini, D. (2009). Bills of quantities : nemesis or
nirvana. Structural Survey, (27(2)), 99–108.
Davis, P. R., Love, P. E. D., & Baccarini, D. (2009). Bills of Quantities: nemesis or
nirvana? Structural Survey, 27(2), 99–108.
https://doi.org/10.1108/02630800910956434
103
Department of Statistic, M. (2016). Special Release 2 (For Building and Structural
Works) January 2016. Retrieved June 1, 2018, from
https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=142&bu
l_id=TmpEaWdJdVNZZU0ra0x3ejc5dGxBdz09&menu_id=bThzTHQxN1ZqM
VF6a2I4RkZoNDFkQT09
Ganiyu Amuda, Y., & Sarajul Fikri, M. (2012). I Dentification of the P Otentials and
B Arriers of Adopting Standrad Method of Measurement for Mechanical and
Electrical Services in Malaysia. OIDA International Journal of Sustainable
Development, 3(1), 47–56.
Ganiyu Amuda, Y., & Sarajul Fikri, M. (2014). Perceived benefits of adopting
standard - based pricing mechanism for mechanical and electrical services
installations. Australasian Journal of Construction Economics and Building,
14(2), 104–119. https://doi.org/10.5130/ajceb.v14i2.3864
Ganiyu Amuda, Y., & Sarajul Fikri, M. (2015). Essential features of a building
services standard method of measurement in Malaysia. Engineering,
Construction and Architectural Management, 22(6), 749–770.
https://doi.org/10.1108/ECAM-06-2013-0060
Ganiyu Amuda, Y., Sarajul Fikri, M., & Suhaila, R. (2013). Factors inhibiting the
adoption of a uniform pricing mechanism for building services. International
Journal of Engineering Business Management, 5(1), 1–10.
https://doi.org/10.5772/55660
Ganiyu Amuda, Y., Sarajul Fikri, M., Zakaria, M. Y., & Saidin, M. M. (2012).
Framework for Enhancing Cost Management of Building Services. Procedia -
Social and Behavioral Sciences, 65(ICIBSoS), 697–703.
https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2012.11.186
Gilman, S. F. (1981). Large building air conditioning system. In Handbook of
Mechanical and Electrical Systems for Building (pp. 5–1). McGraw-Hill Inc.
104
Hall, F., & Greeno, R. (2011). building services handbook (sixth). Butterworth-
Heinemann.
Hall, F., & Ramli, Y. (1999). Kerja paip : pembekalan air sejuk, saliran dan
pembersihan (second edi). Johor Bahru: Universiti Teknnologi Malaysia.
Holm, L., Schaufelberger, J. E., Griffin, D., & Cole, T. (2005). Construction Cost
Estimating. Washington: Pearson Prentice Hall.
Hore, V., Kehoe, J., Macmullan, R., & Penton, M. (1997). Constuction 1:
Management, Finance, Measurement for Construction and Built Environment
Programmes. Hong Kong: Macmillan.
j. ferry, D., & Brandon, P. S. (1984). cost of planning of buildings (FIFTH EDIT).
GRANADA PUBLISHING.
Khairani, haji ahmad. (2011). Construction economics (2nd edi). Selangor: Pearson
Malaysia.
Kodikara, G. W., Thorpe, A., & McCaffer, R. (1993). The Use of Bill of Quantities
in Building Contractor Organisations. In Construction Management and
Economic (pp. 261–269).
Langdon, D. (2010). Building Services - Company Profile. Retrieved October 25,
2017, from http://www.davislangdon.com/upload/DLA Broc hures/Building
Services ‐ Company Profile 2010.pdf.
Malaysia, K. K. (2013). Kaedah Perolehan Kerajaan. Perbendaharaan Malaysia,
785.
Mash. (2003). Building Services Procurement. London: Spon Press. Retrieved from
http://www.davislangdon.com/upload/DLA Broc hures/Building Services ‐
Company Profile 2010.pdf.
105
McCaffrey, J. (2011). What is and M&E QS. Royal Institution of Chartered Surveyor
Students Construction Journal, 22–23.
Michie, A. (1981). Integration and Co-ordination of Building Services and its
Relationship with Project Management. In Building Services Engineering
Research and Technology (vol. 2, pp. 15–26).
Miliken, J. (1996). Bills of Quantities and Tendering Process. Building Economist,
14–17.
Murray, G. P. (1997). Measurement of Building Services. London: Macmillan Press
Ltd.
O‟leary, Z. (2010). the essential guide to doing your research project. sage
publications.
Park, W. R. (1979). construction bidding for profit. john wiley & sons.
Ramus, J., & Birchall, S. (1999). Contract Practice for Quantity Surveyors (3rd ed.).
Oxford: Laxtons.
Ramus, J., Birchall, S., & Griffiths, P. (2006). contract practice for surveyors.
Butterworth-Heinemann.
Rawlinson, S., & Dedman, A. (2010). Specialist Costs : M&E Services. Retrieved
November 11, 2017, from http://www.davislangdon.com/
Rosli, A. R., Muzani, M., & Siti Nurhuda, A. W. (2006). Bills Of Quantities - Are
They usefull and Relevant Today? International Conference on Construction
Industry, (June), 1–10.
Ruddock, L. R. (2008). Advanced Research Methods in the Built Environment.
Singapore: Fabulous Printers Pte Ltd.
106
Sabaria, D. H. (2009). Roles of Standard Method of Measurement (SMM) in
Construction. In Seminar on in Standard Method of Measurement (SMM) in
Construction Procurement, Kuala Lumpur.
Schmidt, W. A. (1981). Fire and safety life. In Handbook of Mechanical and
Electrical Systems for Building (pp. 19–1). McGraw-Hill Inc.
Seeley, I. H. (1989). Advanced Building Measurement (2nd ed.). London: Macmillan
Published Ltd.
Seeley, I. H. (1997). Quantity Surveying Practice (3rd ed.). London: Macmillan
Published Ltd.
Steele, A. (1981). Plumbing System. In Handbook of Mechanical and Electrical
Systems for Building (pp. 17–1). McGraw-Hill Inc.
Stein, B., Reynolds, john S., Grondzik, walter T., & Kwok, A. G. (2006).
Mechanical and Electrical Equipment for Buildings (Tenth Edit). New Jersey:
john wiley & sons.
Swaffield, L., & Pasquire, C. (1996). A Crtique of Mechanica and Electrical Services
Cost Planning: Existing Methods and Published Information.
Talib, O. (2013). Asas penulisan tesis, penyelidikan & statistik. Universiti Putra
Malaysia.
The Institution of Surveyor, M. (2000). Malaysian Standard Methos of Measurement
of Building Works Second Edition (2nd edi).
107
108
BORANG SOAL SELIDIK
TAJUK KAJIAN: CABARAN DAN KAEDAH KONTRAKTOR MENGHARGAKAN TENDER
BAGI KERJA-KERJA MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL
Kerja-kerja Mekanikal dan Elektrikal di klasifikasikan sebagai kerja-kerja pakar di dalam sesuatu
projek dan kos bagi kerja-kerja Mekanikal dan Elektrikal menyumbang 40% daripada keseluruhan kos
bangunan. Di Malaysia, dokumen bagi kerja-kerja Mekanikal dan Elektrikal yang disertakan di dalam dokumen
tender terdiri daripada tiga jenis dokumen iaitu senarai kuantiti, harga pukal dan lukisan serta jadual kadar
harga.Pendekatan tradisional bagi pengukuran kuantiti pada projek pembinaan adalah juru ukur bahan
menguruskan kerja-kerja yang berkaitan dengan kos kerja bangunan manakala perunding jurutera mekanikal
dan elektrikal menguruskan kerja-kerja yang berkaitan dengan mekanikal dan elektrikal. Walaupun terdapat
garis panduan untuk pengukuran dan penyediaan dokumen bagi kerja-kerja Mekanikal dan Elektrikal di dalam
SMM2, garis panduan ini tidak diamalkan oleh juru ukur bahan dan konsultan mekanikal dan elektrikal. Senarai
kuantiti bagi kerja-kerja mekanikal dan elektrikal di Malaysia tidak mempunyai keseragaman dan kaedah yang
digunakan untuk menyediakan senarai kuantiti juga berbeza. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti
cabaran-cabaran yang dihadapi oleh kontraktor semasa menghargakan tender bagi kerja-kerja mekanikal dan
elektrikal.
Objektif kajian ini adalah:-
1. Mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh kontraktor semasa menghargakan tender bagi Kerja-Kerja
Mekanikal dan Elektrikal.
MAKLUMAN
Borang ini mengandungi Dua (2) Bahagian dan Enam (6) muka surat termasuk muka hadapan seperti berikut:-
Bahagian A : Maklumat Latar Belakang Responden
Bahagian B : Cabaran yang dihadapi oleh kontraktor semasa menghargakan tender bagi Kerja-Kerja
Mekanikal dan Elektrikal
Disediakan Oleh:
Nama Penyelidik : Illy Aqilah binti Hamid
Emel : [email protected]
No. Tel : 011 – 12833715
Jurusan : Sarjana Muda Ukur Bahan, Fakulti Alam Bina
Nama Penyelia : Prof. Madya Sr Dr. Razali bin Adul Hamid
*Segala maklumat adalah sulit dan terhad untuk tujuan penyelidikan Projek Sarjana Muda ini sahaja. Data-
data yang diperolehi tidak akan disiarkan serta dipamerkan kepada awam.
109
BAHAGIAN A – MAKLUMAT LATAR BELAKANG RESPONDEN
NAMA : ………………………………………………………………………….
JAWATAN : ………………………………………………………………………….
NAMA SYARIKAT : ………………………………………………………………………….
G4 G6
G5 G7
EMEL : ………………………………………………………………………….
NO. TEL. : ………………………………………………………………………….
PENGALAMAN KERJA : 1 - 5 TAHUN
6 - 10 TAHUN
11 - 15 TAHUN
LEBIH DARI 15 TAHUN Nyatakan: ……………………..
COP SYARIKAT :
SULIT DAN TERHAD
110
BAHAGIAN B – CABARAN YANG DIHADAPI OLEH KONTRAKTOR SEMASA MENGHARGAKAN
TENDER BAGI KERJA-KERJA MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL
1. Jenis dokumen yang sering dihargakan untuk dokumen tender :
2. Jenis bangunan yang sering dihargakan untuk dokumen tender :
Senarai kuantiti
Harga pukal
Lukisan dan jadual kadar harga
Lain – lain Nyatakan : ......................................
Rumah
Kilang perindustrian
Hospital Komersial
Sekolah
Pejabat
Lain – lain
Nyatakan : ......................................
111
3. Berikut merupakan senarai cabaran yang telah dikenalpasti semasa menghargakan tender bagi kerja-kerja mekanikal
dan elektrikal. Sila bulatkan (O) dan tandakan (X) jawapan anda. Jawapan boleh ditandakan lebih daripada satu jika
perlu.
1 2 3 4 5
Sangat tidak
setuju Tidak setuju
Tidak
Pasti Setuju
Sangat
Setuju
Contoh :
No. Jenis Cabaran Skala Tindakan Penyelesaian
1. Lukisan tidak disediakan
dalam dokumen tender 1 2 3 4 5
X Rujuk semula kepada jurutera/
jurukur bahan
Membuat andaian berdasarkan
pengalaman
X Rujuk projek-projek lepas
Tindakan lain
Nyatakan :
No. Jenis Cabaran Skala Tindakan Penyelesaian
INFORMASI
1. Lukisan tidak disediakan
dalam dokumen tender 1 2 3 4 5
Rujuk semula kepada jurutera/ jurukur bahan
Membuat andaian berdasarkan pengalaman
Rujuk projek-projek lepas
Tindakan lain
Nyatakan :
2. Penerangan butiran kerja
tidak lengkap 1 2 3 4 5
Rujuk semula kepada jurutera/ jurukur bahan
Membuat andaian berdasarkan pengalaman
Rujuk projek-projek lepas
Tindakan lain
Nyatakan :
3.
Kuantiti tidak dinyatakan di
dalam senarai kuantiti.
(contoh : panjang kabel
meter tidak dinyatakan)
1 2 3 4 5
Rujuk semula kepada jurutera/ jurukur bahan
Membuat andaian berdasarkan pengalaman
Rujuk projek-projek lepas
Tindakan lain
Nyatakan :
112
No. Jenis Cabaran Skala Tindakan Penyelesaian
4. Tiada kos data yang
realistik 1 2 3 4 5
Membuat andaian berdasarkan pengalaman
Mendapatkan sebut harga daripada pembekal
Tindakan lain
Nyatakan :
5. Tiada penerangan tentang
jenis dan kualiti kerja. 1 2 3 4 5
Rujuk semula kepada jurutera/ jurukur bahan
Membuat andaian berdasarkan pengalaman
Rujuk projek-projek lepas
Tindakan lain
Nyatakan :
FORMAT
6.
Format senarai kuantiti bagi
kerja-kerja Mekanikal dan
Elektrikal tidak seragam
1 2 3 4 5
Rujuk semula kepada jurutera/ jurukur bahan
Membuat andaian berdasarkan pengalaman
Rujuk projek-projek lepas
Tindakan lain
Nyatakan :
7.
Kerja-kerja Mekanikal dan
Elektrikal tidak dikelaskan
mengikut SMM2
1 2 3 4 5
Rujuk semula kepada jurutera/ jurukur bahan
Membuat andaian berdasarkan pengalaman
Rujuk projek-projek lepas
Tindakan lain
Nyatakan :
MASA
8.
Senarai kuantiti yang tidak
lengkap menyebabkan
kontraktor harus menyemak
semula semua item bagi
memastikan tiada item yang
tertinggal
1 2 3 4 5
Rujuk semula kepada jurutera/ jurukur bahan
Membuat andaian berdasarkan pengalaman
Rujuk projek-projek lepas
Tindakan lain
Nyatakan :
113
“Terima kasih atas kerjasama yang diberikan”
No. Jenis Cabaran Skala Tindakan Penyelesaian
CABARAN – CABARAN LAIN
9. Sila nyatakan :
1 2 3 4 5
Sila nyatakan :
10. Sila nyatakan :
1 2 3 4 5
Sila nyatakan :
11. Sila nyatakan :
1 2 3 4 5
Sila nyatakan :
114
BORANG TEMU BUAL
TAJUK KAJIAN: CABARAN DAN KAEDAH KONTRAKTOR MENGHARGAKAN TENDER
BAGI KERJA-KERJA MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL
Objektif kajian ini adalah:-
2. Mengenalpasti kaedah yang digunakan untuk menghargakan tender bagi Kerja-Kerja
Mekanikal dan Elektrikal.
MAKLUMAN
Borang ini mengandungi dua (2) Bahagian dan enam (6) muka surat termasuk muka hadapan seperti
berikut:-
Bahagian A : Maklumat Latar Belakang Responden
Bahagian B : Kaedah yang digunakan untuk menghargakan tender bagi Kerja-Kerja Mekanikal
dan Elektrikal
Disediakan Oleh:
Nama Penyelidik : ILLY AQILAH BINTI HAMID
Emel : [email protected]
No. Tel : 011 - 12833715
Jurusan : SARJANA MUDA UKUR BAHAN
Fakulti : FAKULTI ALAM BINA
Nama Penyelia : Prof. Madya Dr. Razali bin Adul Hamid
*Segala maklumat adalah sulit dan terhad untuk tujuan penyelidikan Projek Sarjana Muda ini sahaja. Data-
data yang diperolehi tidak akan disiarkan serta dipamerkan kepada awam.
115
CABARAN DAN KAEDAH KONTRAKTOR MENGHARGAKAN TENDER BAGI KERJA-KERJA
MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL
Tujuan borang temubual ini dibuat untuk mendapatkan maklum balas untuk mengenalpasti cabaran yang
dihadapi oleh kontraktor semasa menghargakan tender bagi Kerja-Kerja Mekanikal dan Elektrikal dan
mengenalpasti kaedah yang digunakan untuk menghargakan tender bagi Kerja-Kerja Mekanikal dan Elektrikal.
Segala maklumat yang diberikan adalah dianggap sulit dan terhad serta tidak akan digunakan untuk mana-mana
tujuan selain daripada kajian ini sahaja.
BAHAGIAN A – MAKLUMAT LATAR BELAKANG RESPONDEN
NAMA : ………………………………………………………………………….
JAWATAN : ………………………………………………………………………….
NAMA SYARIKAT : ………………………………………………………………………….
G4 G6
G5 G7
EMEL : ………………………………………………………………………….
NO. TEL. : ………………………………………………………………………….
TARIKH TEMU BUAL : ………………………………………………………………………….
PENGALAMAN KERJA : 1 - 5 TAHUN
6 - 10 TAHUN
11 - 15 TAHUN
LEBIH DARI 15 TAHUN Nyatakan: ……………………..
COP SYARIKAT :
SULIT DAN TERHAD
116
1. Kaedah yang sering digunakan untuk menghargakan tender :
1. Jenis kerja-kerja mekanikal dan elektrikal yang sering dihargakan dengan kaedah unit :
2. Faktor pemilihan kaedah unit :
__________________________________________________________________________________
3. Masalah yang dihadapi semasa menggunakan kaedah unit :
__________________________________________________________________________________
Kaedah Unit
Kaedah data Kos
Kaedah Anggaran sub-kontraktor
Lain – lain Nyatakan : ......................................
Sistem Perpaipan
Sistem Penghantaran Mekanikal
Sistem Elektrikal Sistem Pencegah Kebakaran
Sistem Keselamatan
Sistem Komunikasi
Sistem Pemanasan,
Pengudaraan
dan Penghawa Dingin
Lain – lain
Nyatakan : ......................................
BAHAGIAN C – KAEDAH YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGHARGAKAN TENDER BAGI
KERJA-KERJA MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL
117
1. Jenis kerja-kerja mekanikal dan elektrikal yang sering dihargakan dengan kaedah data kos :
2. Faktor pemilihan kaedah data kos :
__________________________________________________________________________________
3. Masalah yang dihadapi semasa menggunakan kaedah data kos :
__________________________________________________________________________________
Sistem Perpaipan
Sistem Penghantaran Mekanikal
Sistem Elektrikal Sistem Pencegah Kebakaran
Sistem Keselamatan
Sistem Komunikasi
Sistem Pemanasan,
Pengudaraan
dan Penghawa Dingin
Lain – lain
Nyatakan : ......................................
118
1. Jenis kerja-kerja mekanikal dan elektrikal yang sering dihargakan dengan kaedah anggaran sub-
kontraktor :
2. Faktor pemilihan kaedah anggaran sub-kontraktor :
__________________________________________________________________________________
3. Masalah yang dihadapi semasa menggunakan kaedah anggaran sub-kontraktor :
__________________________________________________________________________________
Sistem Perpaipan
Sistem Penghantaran Mekanikal
Sistem Elektrikal Sistem Pencegah Kebakaran
Sistem Keselamatan
Sistem Komunikasi
Sistem Pemanasan,
Pengudaraan
dan Penghawa Dingin
Lain – lain
Nyatakan : ......................................
119
1. Kaedah lain yang digunakan untuk menghargakan tender :
__________________________________________________________________________________
2. Jenis kerja-kerja mekanikal dan elektrikal yang sering dihargakan dengan kaedah ini :
3. Faktor pemilihan kaedah ini :
__________________________________________________________________________________
4. Masalah yang dihadapi semasa menggunakan kaedah ini :
__________________________________________________________________________________
“Terima kasih atas kerjasama yang diberikan”.
Sistem Perpaipan
Sistem Penghantaran Mekanikal
Sistem Elektrikal Sistem Pencegah Kebakaran
Sistem Keselamatan
Sistem Komunikasi
Sistem Pemanasan,
Pengudaraan
dan Penghawa Dingin
Lain – lain
Nyatakan : ......................................
120