Cadangan Usaha Meningkatkan Pendapatan Penduduk Pengkalan Hulu

4
Cadangan Usaha Meningkatkan Pendapatan Penduduk Pengkalan Hulu Tiga cadangan atau lebih dengan tepat dan relevan: Menyertai program keusahawanan (Perniagaan) Buat pendapatan sampingan secara Atas Talian (Online) Melabur dalam Amanah aham Berhad (AB) Mempelbagaikan !enis "epelbagaian Tanaman Usaha Meningkatkan Pendapatan Penduduk Di Pengkalan Hulu atau dikenali Keruh. Terdapat beberapa cadangan untuk meningkatkan pendapatan penduduk di sekitar kawasan ka#ian di Pengkalan $ulu%Perak& Antaranya adalah menyarankan penduduk menyertai program keusahawanan atau perniagaan% men#ana pendapatan secara atas talian atau online% melabur dalam Amanah aham Berhad (AB) dan mempelbagaikan #enis tanaman selain penghasilan getah di sekitar kawasan "eruh Penyertaan penduduk dalam program keusahawanan boleh meningkatkan pendapatan keluarga& 'ontohnya dengan membuka gerai atau kedai runcit secara kecil kecilan& ni kerana "edai *uncit adalah lebih relavan untuk dibuka memandangkan penempatan ini berada #auh daripada kawasan bandar& elain itu% penduduk boleh #uga membuka gerai #ualan makanan atau minuman secara kecil kecilan& Bagi masyarakat penduduk Pengkalan $ulu% ada antaranya peker#a bu#ang malas untuk memasak& !adi gerai atau warung makanan dan minuman seperti ini dapat men#adi destinasi pilihan golongan tersebut& elain itu% bagi penduduk y berkemahiran tinggi seperti berkeupayaan membaiki kereta dan motor% membuka bengkel #uga boleh meningkatkan atau men#ana pendapatan sampingan& elain itu% penduduk di kawasan ka#ian #uga boleh men#ana pendapatan sampingan secara atas talian (Online) & eiring dengan kecanggihan teknologi maklumat% l sosial kini men#adi tumpuan semua golongan tanpa mengira muda mahupun yang tua& Boleh dilihat penduduk sekitar Pengkalan $ulu lebih banyak meluangkan mas dengan tele+on pintar untuk mengakses laman sosial& ,ntuk in+o% laman seperti -acebook% nstragram mahupun applikasi .hatsapp boleh di#adikan plat+o untuk penduduk berniaga secara atas talian dan mendapatkan pelanggan& 'ontohnya dengan membuka kedai e hop menerusi blogspot atau di instagram untuk men#ual pelbagai #enis barangan atau perkhidmatan seperti tudung atau ba kurung& /isamping itu% penduduk #uga boleh menggunakan sepenuhnya man+aat applikasi laman sosial .hatsapp sebagai hubungan untuk berkomunikasi secara interakti+ ketika men#alankan perniagaan& Membuat pelaburan dalam Amanah aham Berhad #uga boleh meningkatan pendapatan penduduk& /engan pelaburan #uga% dapat membina aset untuk pendapatan pada #angka masa pan#ang& Penduduk #uga boleh menyimpan duit ke

description

geografi

Transcript of Cadangan Usaha Meningkatkan Pendapatan Penduduk Pengkalan Hulu

Cadangan Usaha Meningkatkan Pendapatan Penduduk Pengkalan Hulu Tiga cadangan atau lebih dengan tepat dan relevan: Menyertai program keusahawanan (Perniagaan) Buat pendapatan sampingan secara Atas Talian (Online) Melabur dalam Amanah Saham Berhad (ASB) Mempelbagaikan Jenis Kepelbagaian TanamanUsaha Meningkatkan Pendapatan Penduduk Di Pengkalan Hulu atau dikenali Keruh.Terdapat beberapa cadangan untuk meningkatkan pendapatan penduduk di sekitar kawasan kajian di Pengkalan Hulu,Perak. Antaranya adalah menyarankan penduduk menyertai program keusahawanan atau perniagaan, menjana pendapatan secara atas talian atau online, melabur dalam Amanah Saham Berhad (ASB) dan mempelbagaikan jenis tanaman selain penghasilan getah di sekitar kawasan Keruh.Penyertaan penduduk dalam program keusahawanan boleh meningkatkan pendapatan keluarga. Contohnya dengan membuka gerai atau kedai runcit secara kecil-kecilan. Ini kerana Kedai Runcit adalah lebih relavan untuk dibuka memandangkan penempatan ini berada jauh daripada kawasan bandar. Selain itu, penduduk boleh juga membuka gerai jualan makanan atau minuman secara kecil-kecilan. Bagi masyarakat penduduk Pengkalan Hulu, ada antaranya pekerja bujang malas untuk memasak. Jadi gerai atau warung makanan dan minuman seperti ini dapat menjadi destinasi pilihan golongan tersebut. Selain itu, bagi penduduk yang berkemahiran tinggi seperti berkeupayaan membaiki kereta dan motor, membuka bengkel juga boleh meningkatkan atau menjana pendapatan sampingan.Selain itu, penduduk di kawasan kajian juga boleh menjana pendapatan sampingan secara atas talian (Online). Seiring dengan kecanggihan teknologi maklumat, laman sosial kini menjadi tumpuan semua golongan tanpa mengira muda mahupun yang tua. Boleh dilihat penduduk sekitar Pengkalan Hulu lebih banyak meluangkan masa dengan telefon pintar untuk mengakses laman sosial. Untuk info, laman sosial seperti Facebook, Instragram mahupun applikasi Whatsapp boleh dijadikan platform untuk penduduk berniaga secara atas talian dan mendapatkan pelanggan. Contohnya dengan membuka kedai e-Shop menerusi blogspot atau di instagram untuk menjual pelbagai jenis barangan atau perkhidmatan seperti tudung atau baju kurung. Disamping itu, penduduk juga boleh menggunakan sepenuhnya manfaat applikasi laman sosial Whatsapp sebagai hubungan untuk berkomunikasi secara interaktif ketika menjalankan perniagaan.Membuat pelaburan dalam Amanah Saham Berhad juga boleh meningkatan pendapatan penduduk. Dengan pelaburan juga, dapat membina aset untuk pendapatan pada jangka masa panjang. Penduduk juga boleh menyimpan duit ke dalam ASB atau membuat pinjaman menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN).Dengan pelaburan tersebut, penduduk juga boleh mendapat pulangan pada setiap tahun dalam bentuk dividen. Selain daripada ASB, terdapat pelbagai bentuk pelaburan yang boleh disertai antaranya adalah saham SEDAR BSN,Public Mutual dan sewaktu dengannya.Mempelbagaikan jenis tanaman juga adalah penting bagi penduduk di sekitar Pengkalan Hulu . Seperti sedia maklum, semua peneroka FELDA diberikan tanah secara percuma oleh kerajaan Malaysia untuk penduduk menanam hasil getah. Selain daripada Getah, penduduk juga boleh mengambil inisiatif atau peluang untuk menanam tanaman selain daripada Getah. Contohnya adalah seperti sayuran, buah-buahan dan sebagainya. Selain daripada menunggu hasil daripada Getah penduduk juga boleh menghasilkan penanaman Kelapa Sawit serta menjual sayuran yang ditanam untuk menjana pendapatan sampingan.

Kegiatan Ekonomi Yang Berpotensi Di Sekitar Kawasan Pengkalan Hulu Sektor Perkhidmatan ( Buka Homestay) Sektor Perindustrian ( Kilang) Sektor Pelancongan (Sungai)Kegiatan Ekonomi Yang Berpotensi DimajukanSektor perkhidmatanseperti pembukaan Homestayadalah antara kegiatan ekonomi yang berpotensi di Pengkalan Hulu. Bagi masyarakat di bandar khususnya, adalah amat jarang untuk menikmati keindahan bercuti ditempat tanah yang terancang (Luar Bandar) serta menikmati cara pemprosesan Bijih Timah di sekitar Klian Intan dimana lebih kurang 15KM dari pekan Pengkalan Hulu serta tidak ketingalan dimana Pengkalan Hulu merupakan sempadan Malaysia dengan Thailand. Dengan suasana yang tenang serta keindahan panorama, Homestay adalah pilihan yang terbaik bagi mereka yang ingin bercuti pada harga yang murah. Selain itu, orang ramai yang tinggal di homestay di kawasan ini juga dapat melihat sendiri pengalaman berada di sektor pertanian kelapa sawit sebagai ekonomi utama di kawasan iniSelain itu, kawasan di Pengkalan Hulu juga sesuai dengan Sektor Pelancongan. Contohnya Pusat Latihan Pertanian Felda Lepang Nenering yang menawarkan pelancongan bertemakan pertanian, kompleks, dan rangkaian gua-gua di Gunung Inas. Berhampiran dengan kawasan Tasik terdapat satu kawasan pelancongan berasaskan air terjun,kawasan ini diberi nama kawasan Pelancongan Gua Gendang. Kedinginan airnya dan kehijauan hutannya telah menarik ratusan pengunjung pada hujung minggu. Kedudukannya hanya 15km dari Bandar Pengkalan Hulu.Pekan Pengkalan Hulu juga dikenali sebagai warisan tertua sejarah dimana setiap satu tinggalan ada sejarah tertentu dengan Maharaja Thailand pada masa itu Maharaja Rehman yang berasal dari Negara Patani.Sebenarnya sebelum kemerdekaan wilayah pengkalan hulu merupakan tanah naungan orang pattani.Sektor perikanan terutamanya pembukaan kolam ikan air tawar juga antara idea yang boleh dikembangkan di kawasan ini. Memandangkan kawasan Felda Lepang Nenering berada di kawasan pertanian, pembukaan satu lagi sektor perikanan adalah bersesuaian dengan kawasan kajian. Contohnya ikan air tawar yang boleh dimajukan antaranya adalah ikan keli, ikan patin, ikan jelawat dan ikan Talapia Merah. Projek akuakultur air tawar sesuai dimajukan dikawasan kajian memandangkan tidak ramai yang menceburi bidang itu. Selain itu, pasaran tempatan ternakan ikan air tawar seperti talapia dan keli mempunyai nilai eksport yang baik serta menjanjikan pulangan lumayan kepada usahawan.Selain itu, sektor perindustianseperti pembukaan kilang membuat sabun atau pemprosesan makanan serta getah juga berpotensi dimajukan dikawasan Pengkalan Hulu. Seperti sedia maklum, kawasan Pengkalan Hulu tidak mempunyai sektor perindustian namun hanya Kilang Pemprosesan Kayu Balak dan Bijih Timah yang ada. Terdapat pelbagai manfaat kelapa sawit antaranya adalah penghasilan produk sabun, lilin serta baja organik. Dengan penghasilan produk tersebut, Pengkalan Hulu boleh menghasikan produk tersendiri sekaligus meningkatkan ekonomi.Pembukaan kilang kilang seperti ini dapat meningkatkan pendapatan penduduk dengan memberi peluang perkerjaan yang sekarang mereka hanya bergantung pada sumber hasil perlombongan bijih timah dari Rahman Hydraulic Sdn.Bhd.