Cara menurunkan berat badan

5

Click here to load reader

description

"Bagaimana Anda Boleh Menurunkan Berat Badan Anda Tanpa Mengambil sebarang Pill, Produk Dan Ubat Kurus!" Apabila bercakap mengenai menurunkan berat badan, ada beberapa perkara yang perlu anda memahami agar memastikan proses penurunan berat badan anda berjalan dengan lancar. Pertama sekali anda perlu tahu apakah maksud kalori. Kemudian setelah anda faham apa itu kalori, anda kena tentukan berapakah kalori yang anda perlukan. Dan akhir sekali, anda perlu tahu nilai kalori yang terkandung dalam setiap hidangan yang anda ambil. Apakah Maksud Kalori? Kalori adalah unit pengukur bagi tenaga. Ia dikenali sebagai unit “kcal”. Tanpa kalori, diri kita tidak dapat menjalankan fungsi-fungsi asas seperti bernafas, berpeluh, mengekalkan suhu badan dan lain-lain lagi. Dimana sumber kalori (tenaga) yang kita perlukan? Sumber kalori yang kita dapat adalah melalui makanan dan minuman. Secara asasnya 1 gram protein memberikan 4 kcal. 1 gram karbohidrat memberikan 4 kcal. Dan 1 gram lemak memberikan 9kcal. Bagaimanakah nak kira keperluan kalori kita? Sebenarnya ada formula khas untuk mengira keperluan kalori ini namun untuk memudahkan anda saya akan kongsikan satu laman web yang boleh kita gunakan untuk mengira kalori. Pada website berkenaan, anda hanya perlu memasukkan umur, jantina, ketinggian dan kekerapan aktiviti anda. Sebelum saya dedahkan website berkenaan, saya nak jelaskan dahulu kepada anda beberapa istilah penting yang amat berkait dengan keperluan kalori. Pertama sekali adalah BMR iaitu basal metabolic rate. Apakah BMR? BMR adalah nilai keperluan kalori sehari yang diri anda perlukan apabila anda berada dalam keadaan rehat. Maknanya, nilai kalori yang diri anda perlukan supaya aktiviti asas diri anda berjalan normal sebagai contoh anda bernafas, berfikir, menghadam makanan, mengekalkan suhu badan dan sebagainya. Untuk mengira BMR anda boleh rujuk website dibawah ini: http://www.freedieting.com/tools/calorie_calculator.htm Saya buat contoh saya sendiri ya disini. Umur 26 tahun, lelaki, ketinggian 172 cm maka nilai BMR adalah 1670kcal. Ini bermakna dalam sehari saya paling kurang kalori yang perlu saya ambil adalah 1670kcal. Jika saya mengambil kalori kurang dari nilai berkenaan, metabolism diri saya akan jatuh. Penurunan berat badan akan berlaku secara drastik dan ia adalah tidak bagus untuk diri kita. Apakah maksud DCR? BMR adalah nilai asas yang badan kita perlukan supaya sistem badan dapat berfungsi secara normal. Manakala DCR (Daily Calorie Requirement)pula adalah nilai kalori yang diri anda perlukan apabila anda melakukan aktiviti fizikal. Dengan menggunakan contoh saya diatas, saya cuma tambahkan aktiviti fizikal sebanyak 5 kali seminggu. Jadi DCR saya adalah 2442 kcal. Bagaimana pengetahuan mengenai BMR dan DCR dapat mengubah berat badan anda? Senang sahaja, untuk menurunkan berat badan pengambilan kalori mestilah kurang dari DCR. Tetapi tidak boleh kurang dari BMR pula. Sebab apa? Baca di blog bagaimana-dan-cara.blogspo

Transcript of Cara menurunkan berat badan

Page 1: Cara menurunkan berat badan

http://bagaimana-dan-cara.blogspot.com “Setiap Bagaimana Pasti Ada Cara Penyelesaiannya”

"Bagaimana Anda Boleh Menurunkan

Berat Badan Anda Tanpa Mengambil

sebarang Pill, Produk Dan Ubat Kurus!"

Apabila bercakap mengenai menurunkan berat badan, ada beberapa perkara yang perlu anda memahami agar memastikan proses penurunan berat badan anda berjalan dengan lancar. Pertama sekali anda perlu tahu apakah maksud kalori. Kemudian setelah anda faham apa itu kalori, anda kena tentukan berapakah kalori yang anda perlukan. Dan akhir sekali, anda perlu tahu nilai kalori yang terkandung dalam setiap hidangan yang anda ambil.

Apakah Maksud Kalori? Kalori adalah unit pengukur bagi tenaga. Ia dikenali sebagai unit “kcal”. Tanpa kalori, diri kita tidak dapat menjalankan fungsi-fungsi asas seperti bernafas, berpeluh, mengekalkan suhu badan dan lain-lain lagi.

Dimana sumber kalori (tenaga) yang kita perlukan? Sumber kalori yang kita dapat adalah melalui makanan dan minuman. Secara asasnya 1 gram protein memberikan 4 kcal. 1 gram karbohidrat memberikan 4 kcal. Dan 1 gram lemak memberikan 9kcal.

Bagaimanakah nak kira keperluan kalori kita? Sebenarnya ada formula khas untuk mengira keperluan kalori ini namun untuk memudahkan anda saya akan kongsikan satu laman web yang boleh kita gunakan untuk mengira kalori. Pada website berkenaan, anda hanya perlu memasukkan umur, jantina, ketinggian dan kekerapan aktiviti anda. Sebelum saya dedahkan website berkenaan, saya nak jelaskan dahulu kepada anda beberapa istilah penting yang amat berkait dengan keperluan kalori.

Page 2: Cara menurunkan berat badan

http://bagaimana-dan-cara.blogspot.com “Setiap Bagaimana Pasti Ada Cara Penyelesaiannya”

Pertama sekali adalah BMR iaitu basal metabolic rate.

Apakah BMR? BMR adalah nilai keperluan kalori sehari yang diri anda perlukan apabila anda berada dalam keadaan rehat. Maknanya, nilai kalori yang diri anda perlukan supaya aktiviti asas diri anda berjalan normal sebagai contoh anda bernafas, berfikir, menghadam makanan, mengekalkan suhu badan dan sebagainya. Untuk mengira BMR anda boleh rujuk website dibawah ini: http://www.freedieting.com/tools/calorie_calculator.htm Saya buat contoh saya sendiri ya disini. Umur 26 tahun, lelaki, ketinggian 172 cm maka nilai BMR adalah 1670kcal.

Ini bermakna dalam sehari saya paling kurang kalori yang perlu saya ambil adalah 1670kcal. Jika saya mengambil kalori kurang dari nilai berkenaan, metabolism diri saya akan jatuh. Penurunan berat badan akan berlaku secara drastik dan ia adalah tidak bagus untuk diri kita.

Apakah maksud DCR? BMR adalah nilai asas yang badan kita perlukan supaya sistem badan dapat berfungsi secara normal. Manakala DCR (Daily Calorie Requirement)pula adalah nilai kalori yang diri anda perlukan apabila anda melakukan aktiviti fizikal. Dengan menggunakan contoh saya diatas, saya cuma tambahkan aktiviti fizikal sebanyak 5 kali seminggu.

Page 3: Cara menurunkan berat badan

http://bagaimana-dan-cara.blogspot.com “Setiap Bagaimana Pasti Ada Cara Penyelesaiannya”

Jadi DCR saya adalah 2442 kcal.

Bagaimana pengetahuan mengenai BMR dan DCR dapat mengubah berat badan anda? Senang sahaja, untuk menurunkan berat badan pengambilan kalori mestilah kurang dari DCR. Tetapi tidak boleh kurang dari BMR pula. Sebab apa?Sebab jika kurang dari BMR maka metabolisma diri anda akan jatuh. Apabila metabolisma jatuh, anda akan rasa letih, lesu dan tidak bertenaga. Seeloknya, untuk menurunkan berat badan anda mestilah mengambil kalori kurang 500kcal dari nilai DCR. Manakala untuk meningkatkan berat badan, kalori yang diambil mestilah 500kcal melebihi nilai DCR. Kalau kalori yang diambil lebih kurang DCR maka berat badan anda akan kekal seperti biasa.

Bagaimana saya nak tentukan berapakah nilai kalori bagi setiap makanan dan minuman yang diambil? Anda boleh rujuk file yang bertajuk NILAI KALORI MAKANAN. Pada file berkenaan pelbagai jenis makanan dan minuman beserta kalori boleh dijadikan rujukkan anda. Berdasarkan nilai kalori makanan berkenaan anda dapat merangka jadual pemakanan anda supaya ia menepati target kalori yang anda perlukan samada untuk menurunkan berat badan atau menaikkan berat badan.

Page 4: Cara menurunkan berat badan

http://bagaimana-dan-cara.blogspot.com “Setiap Bagaimana Pasti Ada Cara Penyelesaiannya”

Pada gambar rajah diatas kita dapat lihat Mihun Sup memberikan nilai kalori sebanyak 510kcal bagi satu hidangan.

Aktiviti Fizikal- Bagaimana menentukan kalori yang dibakar! Selain kita mengawal kemasukkan kalori daripada diet, kita juga dapat membakar kalori menerusi aktiviti fizikal. Ingat lagi apa yang sayakatakana? Kurang kalori maka berat badan akan berkurang. Sebaliknya jika terlebih kemasukkankalori maka berat badan akan bertambah. Jika anda tiada masalah kesihatan seperti darah tinggi dan penyakit jantung, maka anda perlu dapatkan nasihat terlebih dahulu daripada doctor. Kerana saya risau aktiviti yang bakal saya „share‟ akan memudaratkan lagi penyakit anda.

Ok! Apakah aktiviti fizikal? Aktiviti fizikal adalah aktiviti yang melibatkan peningkatan denyut jantung anda. Ada banyak aktiviti fizikal yang boleh anda lakukan. Ia bergantung kepada keadaan anda dan keseronokkan anda melaksanakannya. Antara aktiviti fizikal yang saya gemar lakukan adalah bermain futsal, tennis dan senaman bebanan. Banyak kelebihan aktiviti fizikal sebenarnya ya. Selain meningkatkan penggunaan kalori, ia juga dapat membakar lemak lebih pantas dan juga dapat melancarkan pengaliran darah dalam badan. Malah ia juga meransang perembesan hormone endorphin. Dimana hormon ini akan melegakan stress yang anda hadapi.

Bagaimana mengira pengunaan kalori? Sekarang saya akan kongsi dengan semua bagaimana menentukan jumlah kalori yang digunakan. Ini adalah sangat penting supaya pengurangan kaloriyang anda buat dapat menampung kemasukkan kalori menerusi diet. Untuk mengira penggunaan kalori, anda boleh mengira menerusi laman web berikut: http://www.prohealth.com/weightloss/tools/exercise/calculator1_2.cfm

Page 5: Cara menurunkan berat badan

http://bagaimana-dan-cara.blogspot.com “Setiap Bagaimana Pasti Ada Cara Penyelesaiannya”

Saya bagi satu contoh. Berat saya 72kg dan bermain tenis selama 45 minit. Jadi saya masukkan data berikut seperti gambar rajah dibawah.

Selepas itu anda perlu menekan button „submit‟. Danvakan keluar paparan baru yang menyatakan jumlah kalori yang dibakar selama tempoh bermain 45 minit.

Oleh itu, aktiviti fizikal yang saya lakukan selama 45 minit dengan bermain tenis telah membakar kalori sebanyak 430.92kcal. Mudah bukan mengira jumlah kalori yang dibakar?

Ini adalah salah satu cara asas untuk menurunkan berat badan kita. Dimana untuk menurunkan berat badan ideal, kita perlu mengamalkan diet yang seimbang dan berterusan. Untuk mengetahui cara-cara diet yang baik dan seimbang tunggu untuk entri yang seterusnya.

Untuk Mengetahui Cara Diet Yang Seimbang Lawati Blog

http://bagaimana-dan-cara.blogspot.com

“Setiap Bagaimana Pasti Ada Cara Penyelesaiannya!”