CARTA ALIR BAHARU PROSES DAN PROSIDUR · PDF fileRekabentuk kurikulum dan penyampaian iii....
Transcript of CARTA ALIR BAHARU PROSES DAN PROSIDUR · PDF fileRekabentuk kurikulum dan penyampaian iii....
UHEK, BHEA_DIS 2015 1
CARTA ALIR BAHARU PROSES DAN PROSIDUR KELULUSAN PENAWARAN
PROGRAM AKADEMIK BAHARU UiTM
Bil Peringkat Perincian Proses Kelulusan
Mula
1
Kelulusan cadangan pembangunan program akademik
baharu di peringkat Fakulti / UiTM Cawangan. Keputusan
kelulusan berdasarkan kepada perancangan strategik serta
kemampuan Fakulti / UiTM Cawangan mengendalikan
program akademik baharu.
2
Fakulti / UiTM Cawangan perlu majukan cadangan
permohonan pembangunan program baharu kepada
TNCAA sekiranya program baharu yang dicadangkan tidak
tersenarai di dalam 300 program baharu bersifat futuristik
yang telah diluluskan oleh Senat pada tahun 2011. Fakulti /
UiTM Cawangan yang memohon perlu memberikan
justifikasi feasibility penawaran program untuk disemak dan
diluluskan oleh TNCAA untuk dibawa ke peringkat
seterusnya.
3
Permohonan Kelulusan Saringan Awal Peringkat JKPT.
Antara perkara yang di lihat oleh JKPT adalah seperti
berikut:
i. keperluan program baharu selari dengan keperluan
dan kehendak negara,
ii. status semasa keperluan bidang dengan mengkaji
penawaran oleh universiti lain
iii. sumbangan program baharu yang dibangunkan
berdasarkan status semasa
iv. laporan kajian pasaran.
BHEA
JAF / JAN
JKPT
UHEK, BHEA_DIS 2015 2
Bersambung
4
Pihak Fakulti / UiTM Cawangan membangunkan struktur
kurikulum berdasarkan kepada Objektif Pembelajaran
Program (PEO), Hasil Pembelajaran Program (PLO) selari
dengan keperluan standad program atau badan profesional
berkaitan. Kurikulum yang dibangunkan dilengkapi dengan
maklumat penjajaran kursus kepada PEO, PLO dan lapan
domain MQF serta pemetaan kursus kepada aras
taksonomi kognitif, psikomotor dan afektif. Kurikulum
program baharu ini dibentangkan di mesyuarat JAF/JAN
untuk diteliti dan diluluskan sebelum dokumen lengkap
kurikulum ini di bawa ke Unit Hal Ehwal Kurikulum (UHEK),
BHEA untuk disemak sebelum dimajukan ke peringkat
kelulusan seterusnya.
5
Semakan di peringkat UHEK meliputi perkara berikut:
i. Pematuhan kepada standad program atau badan
profesional (jika ada)
ii. Pernyataan PEO dan PLO dan penjajaran kepada
visi, misi dan objektif UiTM serta kepada lapan
domain MQF.
iii. Pernyataan keberhasilan pembelajaran kursus
(CLO), penjajaran kepada PLO dan PEO, Jam
Pembelajaran Pelajar (SLT) dan jumlah kredit,
struktur kurikulum dan nilai kredit per semester,
sinopsis kursus, aktiviti pembelajaran dan penilaian
sejajar dengan CLO, kemahiran yang dijangka
diperolehi melalui kursus, aras taksonomi
pembelajaran dan bahan rujukan.
iv. Dokumen MQA-01 dari Area 1 – 9.
v. Laporan kajian pasaran dan justifikasi penawaran.
vi. Kandungan slaid pembentangan
vii. Kandungan kertas kerja dan ringkasan eksekutif
Fakulti / UiTM Cawangan
UHEK, BHEA
UHEK, BHEA_DIS 2015 3
Bersambung
6
Semakan di peringkat MKU:
i. Pernyataan PEO dan PLO
ii. Justifikasi penawaran program termasuk laporan
kajian pasaran dan keperluan negara
iii. Pemetaan hasil pembelajaran (CLO) kepada PEO,
PLO, dan aras taksonomi pembelajaran
iv. Struktur dan mod pengajian serta jumlah SLT dan
kredit program
v. Implikasi staf (termasuk beban pengajaran,
pelunjuran dan keperluan profesional), fizikal
(keperluan pembelajaran dan pengajaran) dan
kewangan (termasuk cadangan penjanaan
kewangan)
Keputusan di MKU disahkan di Senat melalui minit
mesyuarat MKU yang dimasukkan dalam agenda Senat
7
Semakan di peringkat MQA: semakan ke atas dokumen
MQA-01 berdasarkan 9 Area iaitu:
i. Visi, Misi dan Objektif dan pernyataan hasil
pembelajaran serta penjajaran kepada lapan
domain MQF
ii. Rekabentuk kurikulum dan penyampaian
iii. Penilaian Pelajar
iv. Pemilihan Pelajar dan Perkhidmatan Sokongan
v. Staf Akademik
vi. Kemudahan Pembelajaran
vii. Pemantauan dan Semakan Program
viii. Kepimpinan, Governans dan Pentadbiran
ix. Penambahbaikan Kualiti Berterusan
Pihak MQA akan mengeluarkan surat patuh kualiti (CQC)
sekiranya perkara di atas dipatuhi.
Pemakluman di Senat/MKU berkaitan kelulusan
pematuhan standad oleh MQA.
MKU
MQA
SENAT
UHEK, BHEA_DIS 2015 4
9
Permohonan Kelulusan Penawaran Program Akademik
Baharu di mesyuarat JKPT. Antara ahli mesyuarat JKPT
ialah wakil dari JPM, JPA, Bahagian Perbendaharaan dan
MQA. Perkara yang dilihat diperingkat ini adalah:
i. Nama program yang diluluskan MQA
ii. Justifikasi penawaran (data keperluan negara,
kebolehpasaran graduan, perkembangan teknologi
dan profesion)
iii. Penjajaran PEO dan PLO kepada domain MQF
atau MOHE-LOKI
iv. Pemetaan kursus kepada taksonomi pembelajaran
v. Tempoh dan mod pengajian
vi. Struktur kurikulum dan jumlah kredit per semester
vii. Implikasi staf, fizikal dan kewangan
10
Pembentangan di LPU untuk permohonan kelulusan
penawaran program akademik baharu. Perkara yang
disemak di peringkat ini adalah:
i. Perincian implikasi kewangan yang lengkap
termasuk staf dan fizikal.
11
Penjanaan kod program dan kursus serta fi pengajian ke
dalam sistem UiTM.
Penawaran program baharu berdasarkan sesi pengajian
yang diluluskan di LPU.
Proses tamat
JKPT
LPU
FAKULTI / UiTM CAWANGAN