Ceramah kewangan islam · MUAMALAT ISLAM Topik 2: ... Dari Kitab Fiqh Manhaji, ... Akad (kontrak)...
Transcript of Ceramah kewangan islam · MUAMALAT ISLAM Topik 2: ... Dari Kitab Fiqh Manhaji, ... Akad (kontrak)...
CERAMAH
MUAMALAT
ISLAM
Topik 2:
Larangan Riba
Ustaz Abdul Aziz Mohd Nor
@ Ustaz Lariba 16 Rejab 1437
23 April 2016
Surau Pinggiran Temerloh
Damai, Temerloh, Pahang
Mahukah Anda? 2
Mahukah anda minum air yang di
dalamnya ada 20% alkohol?
Mahukah anda kek yang dalamnya
ada 20% khinzir?
Mahukah anda makan hasil
pelaburan yang di dalamnya ada 20%
riba?
Definasi Riba
Definasi riba menurut Mazhab
Hanafi ialah “lebihan yang tidak
setara tukarannya mengikut
ukuran yang diakui syarak
dengan syarat-syarat yang
dikenakan oleh salah satu pihak
yang berkontrak dalam kontrak
pertukaran.”
3
Dari segi harfiah atau bahasa – erti riba ialah lebih,
biak, kembang, bertambah atau subur di atas
sesuatu daripada ukuran asal atau jumlah
Dalil Larangan Riba 4
Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan
(larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba),
maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu)
adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah.
Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu)
maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.” (Al-Baqarah:
275)
“Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat
berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk
Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu.
Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa
sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah
telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.
Dalil Larangan Riba 5
Amaran Perang Dari Allah & Rasulullah 6
“Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai
larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya
peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak
menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu
(yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang
demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu
juga tidak dizalimi oleh sesiapa.” (Al-Baqarah: 279)
Dalil Pengharaman Riba
Hadith daripada Jabir r.a. berkata bahawa Rasulullah
melaknat orang yang memakan riba, orang yang
mewakilinya, orang yang membuat catatan
mengenainya dan orang yang menjadi saksinya.
Kemudian beliau bersabda, “Mereka itu semuanya
sama.” (H.R. Muslim no. 2995, kitab Al Masaqqah).
7
Nabi bersabda: “Riba mempunyai 73 pintu, riba
yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki
berzina dengan ibunya…” (Ibn Majah, 2/764 ; Al-
Hakim, 2/37 Al-hakim: Sohih menurut syarat Al-
Bukhari dan Muslim)
Contoh-Contoh Riba
Hampir RM10 billion
pendapatan dari riba !
*Dipetik dari laporan kewangan Kumpulan Maybank untuk tahun 2014
8
Pendapatan Maybank 2014
Amanah Saham Bumiputera (ASB) 9
*Dipetik dari lapuran tahunan ASB 2015
Jumlah pelabur 8,874,948 orang
ASB melabur
23.57% daripada
keseluruhan
dana dalam
perbankan
konvensional
berasaskan riba
Majlis Fatwa Keputusan Asas Tarikh
Trengganu Tidak Haram Maslahah 1 Mar 1998
Kebangsaan Harus Maslahah 1-3 Feb 2008
Pulau Pinang Haram Bank ribawi Tiada^
Pahang Haram Bank ribawi 18 Jun 2008
WP Kuala Lumpur Harus Tiada 27 Mei 2008
Kelantan Harus Maslahah 27 Dec 2009^
Selangor Tidak Halal Bank ribawi &
rujuk MPS SC
12 Apr 2011^
Negeri Sembilan Harus Maslahah* 30 Aug 2012
ASB - Keputusan Majlis Fatwa Negeri 10
*Sebab tambahan – PNB menubuhkan panel Shariah
^Tidak diwartakan
Riba Dalam Pelaburan KWSP 11
Mengikut lapuran tahunan 2014,
KWSP melabur dalam semua
bank konvensional di Malaysia
yang berasaskan riba
KWSP tidak pernah
mengeluarkan lapuran tentang
peratusan pelaburan patuh atau
tidak patuh shariah
KWSP menjanjikan dividen
minima 2.5% setahun
KWSP mengakui sendiri
pelaburan KWSP tidak patuh
shariah
Jenis-Jenis Riba 12
RIBA
Riba Al-Duyun
(Riba Pinjaman)
Riba Al-Buyu’
(Riba Jual-Beli)
Riba Al-
Qardhu
Riba Al-
Jahiliah
Riba Al-
Fadhl
Riba An-
Nasiah
Riba
Al-
Quran
Riba
Al-
Hadis
Riba Al-Duyun
Riba dalam bab pinjaman, ada dua jenis:
Riba Al-Qardhu’ – apa-apa penambahan yang
disyaratkan semasa berkontrak dalam bab
hutang/pinjaman ekoran daripada bayaran
tertangguh iaitu mengambil apa-apa manfaat dari
hutang
13
Riba Jahiliah – denda atau
tambahan yang dikenakan
kepada hutang apabila belaku
kelewatan bayaran
Contoh-Contoh Riba Al-Duyun
• Melabur RM10,000.
dan mendapat janji
hibah 10% sebulan
• Riba Al-Qardhu
• Memberi RM10,000
dan mendapat janji
walaupun hibah
mempunyai sama sifat
seperti pinjaman
berunsurkan riba sebab
pulangan tiada risiko
14
• Ahmad memberi
pinjaman RM1,000
kepada Bakar, dengan
janji memulangkan
RM1,100
• Riba Al-Qardhu
• Lebihan RM100 yang
disyaratkan adalah
riba
• Yusuf mengenakan
denda RM100 kepada
Daud sebab lambat
bayar hutang RM5,000
• Riba Al-Jahiliah
• Mengambil denda atau
manfaat adalah
dilarang orang syarak
ke atas semua jenis
hutang
14
Adakah ini Riba? 15
• Menjual kain dengan harga
RM100 tunai atau harga RM150
bayar 3 bulan
• Ulama Mazhab Maliki mengatakan “Penangguhan kerana
untuk tempoh masa mempunyai nilai kadar nilai di dalam
harga.”
• Diharuskan kerana subjeknya
adalah kain, bukan wang
• Kain bukan barangan ribawi
Jenis-Jenis Riba 16
RIBA
Riba Al-Duyun
(Riba Pinjaman)
Riba Al-Buyu’
(Riba Jual-Beli)
Riba Al-
Qardhu
Riba Al-
Jahiliah
Riba Al-
Fadhl
Riba An-
Nasiah
Riba
Al-
Quran
Riba
Al-
Hadis
Dalil Riba Al-Buyu’ 17
“Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan
gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan
garam, pertukarannya harus sama dengan sama, senilai dengan
senilai, tangan dengan tangan. Maka jika terjadi perbedaan pada
barang-barang ini lakukanlah jual beli semahu kamu selama
dilakukan antara tangan dan tangan.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan
Muslim dari Ubadah bin Shamit r.a., dan lafaz ini milik Muslim)
Barang-Barang Ribawi 18
Barang ribawi – silap bertransaksi dengan barang ini
boleh terdapat unsur riba
Dibahagi mengikut ‘illah – adalah sesuatu alasan
atau sifat yang menyebabkan sesuatu hukum boleh
berlaku
Harga (Thamaniyyah) Makanan Asasi
Emas Perak Barli Kurma Gandum Garam
Adakah wang kertas juga ribawi? 19
Pada mulanya ulama tak sepakat, sebab utama dalam tahun 1971, wang kertas tidak lagi bersandarkan kepada emas
Terdapat dua pendapat:
Wang kertas bukan
barangan ribawi sebab
tiada nilai dalaman
(intrinsik) seperti emas
Pendapat Pertama
(Minoriti)
Wang kertas adalah barangan
ribawi sebab mempunyai ‘illah
seperti emas dan perak
Dari Kitab Fiqh Manhaji, iaitu
fiqah Mazhab Shafie
Dari fatwa Akademi Fiqh Sedunia
(Jeddah) di bawah OIC 1986
Pendapat Kedua
(Majoriti)
Syarat-Syarat Tukar Barang Ribawi 20
*Dari Dr Azman Mohd Noor, UIA
Jenis MATAWANG MAKANAN ASASI
Emas Perak Dollar US RM Gandum Barli Kurma Garam
MATAWANG Emas
Perak
Dollar US
RM
MAKANAN
ASASI
Gandum
Barli
Kurma
Garam
Secara langsung atau tunai, jenis, jumlah atau berat mesti sama
Secara langsung atau tunai sahaja
Bebas dari syarat-syarat di atas
Riba Melibatkan Barangan Ribawi 21
Kegagalan mematuhi hadis tadi boleh menerbitkan
Riba Al-Buyu’ (riba jual-beli) yang terbahagi dua:
Riba Al-Fadhl
Riba dari pertukaran yang
tidak sama yang
melibatkan barangan
ribawi yang sama
Riba An-Nasiah
Riba dari pertukaran
barangan ribawi yang
tidak secara langsung
atau tidak secara tunai
Jual-Beli Emas - Kontrak Bai’ Al-Sarf 22
Para ulama membahaskan tentang jual-beli
emas dalam akad jual-beli Bai’ al-Sarf
Jual beli emas dan
matawang berdasarkan Bai’
al-Sarf adalah satu kontrak
jual-beli yang diiktiraf dan
dibenarkan oleh syarak
berdasarkan dalil daripada
hadis tadi
Syarat-Syarat Jual-Beli Emas 23
1. Berlaku penyerahan (taqabud) kedua-dua item,
emas dan barang tukaran (wang atau lain-lain)
yang dijual-beli. Ada dua jenis penyerahan:
Secara langsung atau
hakiki (actual possession)
dalam majlis akad
Secara jaminan atau hukmi
(constructive possession)
(mesti disahkan Penasihat
Syariah)
Syarat-Syarat Jual-Beli Emas 24
2. Akad (kontrak) jual beli emas mesti berlaku serta-
merta (on the spot basis) dan bebas daripada
pensyaratan penangguhan (hutang atau kredit)
Membayar 40% deposit dahulu atau
secara ansuran bulanan – Riba an-nasiah
Membeli emas secara dalam talian (on-line)
Terdapat riba an-nasiah kerana tidak
mendapat emas secara serta-merta (on-the-
spot)
Syarat-Syarat Jual-Beli Emas 25
3. Akad (kontrak) jual beli mesti bebas daripada syarat
tempoh bertenang (cooling-off period) iaitu tempoh
membatalkan kontrak dan kembalikan emas
Tidak harus ada dalam kontrak di mana emas boleh
dipulangkan selepas 3 atau 7 hari jika tidak puas hati
melainkan terdapat kecacatan atau tidak menetapi
spesifikasi
Sebab itu dilarang jual emas
melalui MLM di Malaysia sebab
barang lebih RM300 ada 10 hari
tempoh bertenang
Syarat-Syarat Jual-Beli Emas 26
4. Persamaan timbangan antara dua item yang
ditukar jika bersamaan jenis
Akaun Simpanan Emas 27
Akaun Simpanan Emas Public Bank Berhad dan
Maybank didapati berikut:
Terletak di bawah produk perbankan konvensional dan
tidak patuh syariah
Tidak menyatakan kewujudan emas yang dibeli sekiranya
pelanggan ingin mengambil emas fizikal tersebut (tiada
taqabud)
Transaksi pelaburan emas pula hanyalah berdasarkan
harga emas semasa dunia (virtual gold)
Kuwait Finance House (KFH) dan Al-Rajhi
Bank menawarkan produk Akaun Pelaburan
Emas yang patuh syariah
Akaun pelaburan emas berdasarkan kontrak
Bay’ al-Sarf yang mana pelanggan boleh
memiliki emas fizikal yang wujud di bank
Contoh-Contoh Riba Al-Buyu’ 28
• Menukar wang syiling
(dalam edaran) RM90
dengan wang kertas
• Diberi balik RM88 sebab
RM2 adalah “upah”
• Riba Al-Fadhli kerana
tukaran sama jenis yang
berkurangan
• Mesti menukar dengan
sama banyak
• Menukar RM1,000
kepada SR900
• SR800 diberi secara
tunai dan baki SR100
dua hari semudian
• Riba An-Nasiah kerana
tukaran barangan ribawi
secara tertangguh
• Menjual voucher Tesco
bernilai RM400 dengan
harga RM350 tunai
• Voucher sama ‘illah
dengan wang, barangan
ribawi
• Riba Al-Fadl sebab
melibatkan barangan
ribawi - tidak boleh
berbeza tukaran
29