Ceramah Vandalisme

3
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha, Puan Maisarah bt Nursan, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perdana, Shah Alam. Yang dihormati, Puan Rosmah binti Mohamad, Penolong Kanan Akademik, Encik Ghafar bin Rosli, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, barisan ketua bidang, guru-guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Syukur kepada Ilahi dengan rahmatNya kita ditemukan pada pagi ini dengan suasana yang penuh ceria. Saya Hamidon bin Hafiz selaku…………….. amat berbesar hati dan berterima kasih kepada pihak sekolah atas undangan ini seterusnya menjemput saya menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Punca-Punca Vendalisme’. Tajuk ini amat bersesuaian untuk diketengahkan kepada para pelajar kerana pada tahun 2010, statistik daripada Kementerian Pendidikan menunjukkan bahawa sebanyak 5212 kes vandalisme terdiri daripada pelajar sekolah waima rendah atau menengah. Hadirin sekalian, Vandalisme itu gangsterisme. Mengapa saya berkata sebegitu? Menurut kamus dewan, vandalisme bermaksud perbuatan memusnah atau merosakkan harta benda awam mahupun milik persendirian. Antara harta benda awam yang popular untuk dikemukakan adalah seperti terlefon awam, tempat perhentian bas, tandas awam, tempat permainan kanak-kanak malah dinding-dinding juga menjadi tempat untuk mereka berkarya. Kajian menunjukkan bahawa pada tahun 2000, Syarikat Telekom Malaysia terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM 722.200 manakala Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengalami kerugian sebanyak RM 109.500. Sekolah menengah serta sekolah rendah juga tidak terlepas mengalami kos kerugian iaitu sebanyak RM 40 446 dan RM 31 384. Dapat dilihat dari mata kasar, sikap tidak bertanggungjawab ini menyebabkan berlakunya banyak kerugian. Apakah yang menyebabkan perkara sedemikian berlaku? Jadi, kehadiran saya disini untuk merungkai lebih mendalam gejala vandalism yang semakin membarah ini.

Transcript of Ceramah Vandalisme

Page 1: Ceramah Vandalisme

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha, Puan Maisarah bt Nursan, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perdana, Shah Alam. Yang dihormati, Puan Rosmah binti Mohamad, Penolong Kanan Akademik, Encik Ghafar bin Rosli, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, barisan ketua bidang, guru-guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Syukur kepada Ilahi dengan rahmatNya kita ditemukan pada pagi ini dengan suasana yang penuh ceria. Saya Hamidon bin Hafiz selaku…………….. amat berbesar hati dan berterima kasih kepada pihak sekolah atas undangan ini seterusnya menjemput saya menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Punca-Punca Vendalisme’. Tajuk ini amat bersesuaian untuk diketengahkan kepada para pelajar kerana pada tahun 2010, statistik daripada Kementerian Pendidikan menunjukkan bahawa sebanyak 5212 kes vandalisme terdiri daripada pelajar sekolah waima rendah atau menengah.

Hadirin sekalian,

Vandalisme itu gangsterisme. Mengapa saya berkata sebegitu? Menurut kamus dewan, vandalisme bermaksud perbuatan memusnah atau merosakkan harta benda awam mahupun milik persendirian. Antara harta benda awam yang popular untuk dikemukakan adalah seperti terlefon awam, tempat perhentian bas, tandas awam, tempat permainan kanak-kanak malah dinding-dinding juga menjadi tempat untuk mereka berkarya.

Kajian menunjukkan bahawa pada tahun 2000, Syarikat Telekom Malaysia terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM 722.200 manakala Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengalami kerugian sebanyak RM 109.500. Sekolah menengah serta sekolah rendah juga tidak terlepas mengalami kos kerugian iaitu sebanyak RM 40 446 dan RM 31 384. Dapat dilihat dari mata kasar, sikap tidak bertanggungjawab ini menyebabkan berlakunya banyak kerugian. Apakah yang menyebabkan perkara sedemikian berlaku? Jadi, kehadiran saya disini untuk merungkai lebih mendalam gejala vandalism yang semakin membarah ini.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Antara sebab utama berlakunya aktiviti vandalisme ini adalah disebabkan rasa kepuasan dan keseronokan yang dicapai oleh si pelaku bersama rakan-rakan. Mutakhir ini, tidak hairan jika anak-anak muda sanggup melakukan perkara-perkara yang mendorong salah laku hanya kerana ingin diterima sebagai sebahagian ahli atau kumpulan di dalam kelompok rakan-rakan. Golongan yang terjebak dalam aktiviti vandalisme ini merasakan diri mereka hebat dan megah dengan melakukan aktiviti salah laku. Jelaslah disini, bahawa memilih rakan yang baik adalah penting dalam pembentukan akhlak diri bak kata cerdik pandai, ‘Sendirian lebih baik daripada berteman dengan orang jahat, dan berteman dengan orang baik adalah lebih baik daripada sendirian’

Selain itu,bahan-bahan yang berkait dengan media massa juga merupakan faktor berlakunya vandalisme. Ini kerana umumnya bahan-bahan yang dipaparkan banyak mengandungi unsur hedonisme. Siaran televisyen juga banyak menayangkan filem yang berunsur ganas serta lucah. Sudah terang lagi bersuluh, drama-drama tersebut banyak buruk dari

Page 2: Ceramah Vandalisme

baiknya kerana bertentangan dengan norma serta budaya ketimuran dalam masyarakat. Sikap remaja yang darah muda dan rasa ingin mencuba yang tinggi seterusnya akan memudahkan mereka terpengaruh dengan gejala ini. Sebaliknya, amalan murni serta adat resam dianggap sebagai sesuatu yang lapuk, kolot dan ketinggalan zaman. Jangan disebabkan ingin hidup bebas, akhirnya kita sendiri yang terbabas.

Hadirin sekalian,

Waima sedar atau tidak sikap ibu bapa juga menyebabkan remaja atau pelajar terjebak dalam kancah vendalisme. Kini, kebanyakan ibubapa lebih mementingkan kerjaya untuk mendapat hasilan yang lebih banyak. Bak kata pepatah, kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Malah, ada sesetengah ibu bapa yang menyerahkan soal penjagaan anak-anak kepada orang gaji masing-masing. Oleh yang demikian, tumpuan serta kasih sayang bersama anak-anak secara tidak langsung semakin berkurangan dan pudar. Hal ini sudah tentu memberi tekanan kepada para remaja terutama yang masih bersekolah lalu mereka meluahkan rasa tidak puas hati mereka dengan melakukan kesalahan-kesalahan dengan cara yang tidak berperaturan. Menurut dari kaca mata mereka, hanya dengan melakukan masalah sahajalah dapat menarik perhatian ibu bapa.

Hadirin yang dikasihi selain,Ingatlah dalam menongkah arus pemodenan meninggalkan lopak-lopak kehidupan yang

lampau, gejala-gejala sosial masih lagi luas bertapak malah mengembalikan kita ke sikap zaman jahiliah. Ada pendapat mengatakan bahawa keadaan di dalam sesebuah megara pada masa hadapan dapat dilihat melalui keadaan generasi muda pada masa ini. Saya tinggalkan anda dengan persoalan, mampukah remaja hari ini dapat membentuk negara yang membangun suatu hari nanti? Saya percaya, hanya pegangan agama merupakan benteng yang paling ampuh. Saya ingin memetik kata bijak pandai, ‘Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya.’ Sekian, yang baik datangnya daripada Tuhan, dan yang kurang baik itu datangnya daripada kelemahan saya sendiri. Terima kasih.