Cerita kanak-kanak

5
Pemotong Kayu Yang Jujur Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan anak. Pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit. Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya.... Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti..... Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam. Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki... hendak terjun mencari takut disambar arus... meratap lah ia mengenangkan nasib... Maka...bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut.... lalu turunlah ia bertanya... "wahai orang tua... kenapa bersedih hati"... Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka tahulah dia si pari-pari telah turun kebumi menyapakan....lalu diceritakan apa yang berlaku... "Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam"... lalu dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai.... selang beberapa minit timbul lah kembali si paripari sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada situa.... Dengan sedih jawab situa

Transcript of Cerita kanak-kanak

Page 1: Cerita kanak-kanak

Pemotong Kayu Yang Jujur

Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan anak.

Pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit.

Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya.... Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti.....

Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam. Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki... hendak terjun mencari takut disambar arus... meratap lah ia mengenangkan nasib...

Maka...bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut.... lalu turunlah ia bertanya... "wahai orang tua... kenapa bersedih hati"...

Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka tahulah dia si pari-pari telah turun kebumi menyapakan....lalu diceritakan apa yang berlaku...

"Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam"... lalu dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai....

Page 2: Cerita kanak-kanak

selang beberapa minit timbul lah kembali si paripari sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada situa.... Dengan sedih jawab situa "..bukan..ini bukan kepunyaan hamba...tidak mampu hamba memiliki kapak emas ini"....

Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali bersama kapak perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu menerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang uzur.

Maka apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hatinya kerana itulah kapak miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagai balasan kejujuranya kapak emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan.

Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu diceritakan kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira dengan kejujuran suaminya.

Keesokan harinya isteri si tua itupun sihat...

Page 3: Cerita kanak-kanak

Kisah Seekor Kura-kura

Dalam sebuah hutan, seekor kura-kura berkawan baik dengan dua

ekor itik. Pada suatu ketika, akibat musim kemarau yang panjang ,

semua tanaman mati dan kolam tempat mereka bermain juga kering.

Itik mengajak kura-kura berpindah tetapi kura-kura berasa susah

hati kerana dia tidak boleh terbang.Itik mencadangkan kepada kura-

kura supaya mengigit sebatang kayu dan itik akan membawa kura-kura

dengan kayu tersebut. Itik juga berpesan supaya kura-kura tidak boleh

sama sekali membuka mulutnya.

Kura-kura berjanji akan patuh kepada permintaan itik dan apabila

mereka bersedia, itik pun menerbangkan kura-kura merentasi hutan,

merentasi sungai sehinggalah mereka tiba di sebuah kampung.

Kura-kura merasa megah apabila terdengar suara budak-budak

riuh rendah bersorak kehairanan.

“Kura-kura boleh terbang? Tengok tu…kura-kura boleh

terbang! Kura-kura boleh terbang….!

Page 4: Cerita kanak-kanak

Kerana terlalu gembira, kura-kura terlupa pesanan itik lalu

membuka mulutnya ingin memberitahu sememangnya dia boleh

terbang.

Tiba-tiba kura-kura tersedar dirinya tidak lagi tergantung pada

kayu yang dibawa oleh itik.

Setelah melayang-layang di udara, dia jatuh terhempas di bumi.

Cengkerangnya retak dan kakinya cedera. Sejak peristiwa itulah kulit

kura-kura kelihatan retak di sana sini..

Bawang Merah Bawang Putih

Suatu hari dia masuk ke bilik Bawang Merah.

“Sungguh-sungguhkah kau sayangkan suamimu?” tanya Mak Bawang Putih kepada Bawang Merah.

“Kenapa Mak Cik tanya begitu? Takkan saya tidak sayang kepada suami!” jawab Bawang Merah.

“Begini, sebenarnya engkau ini tidak layak menjadi permaisuri kerana tidak berketurunan raja!”

“Benar kata makcik itu. Habis apa saya harus buat?”

Lalu diberi sebungkus miang buluh. Miang buluh itu disuruh tabur di seluruh tempat tidur baginda.

“Dengan cara ini baginda akan merasa sangat sayang kepada engkau dan baginda akan lupa sama sekali tentang keturunan engkau,” kata Mak Bawang Putih. “Tetapi jangan beritahu yang Mak Cik suruh berbuat begitu,” pesannya lagi.

Malam itu baginda hendak beradu. Oleh kerana terasa hangat, baginda membuka baju lalu merebahkan diri di atas katil.

“Aduh gatalnya! Miang rasanya. Apakah benda ini?”

Page 5: Cerita kanak-kanak

“Kenapa kanda?” tanya Bawang Merah terperanjat.

“Apa yang adinda tabur di tempat tidur kanda ini?”

“Dinda tabur miang buluh untuk mengeratkan lagi ikatan kasih sayang kita berdua.”

“Dinda, dinda! Kenapalah dinda bodoh sangat!” keluh baginda sultan.

Di hari lain pula, Mak Bawang Putih masuk lagi ke bilik Bawang Merah untuk menghasut.

“Bagaimanakah miang buluh yang makcik suruh engkau tabur itu?”

“Saya telah lakukan dan nampaknya baginda murka juga tetapi tidak berpanjagan.”

“Ini menandakan yang petua ini mulai berjaya kerana kalau baginda betul-betul murka, tentu dihalaunya engkau,” kata Mak Bawang Putih. “Ada sejenis lagi ubat kasih sayang yang engkau mesti lakukan terhadap baginda.”

“Saya tidak mahu lagi makcik. Saya takut baginda murka!”

“Jangan jadi bodoh Bawang Merah. Selagi engkau tidak lakukan yang ini, kasih sayang engkau tidak akan berpanjangan.”

Mak Bawang Putih berbisik kepada Bawang Merah. Bawang Merah terperanjat mendengarnya.

“Tidak makcik! Saya tidak mahu melakukannya!”

Mak Bawang Putih terus juga memujuk. Akhirnya Bawang Merah termakan pujuk. Dia pun mula melakukan apa yang diajar oleh Mak Bawang Putih itu.

Dia mengambil sebilah kapak yang tajam. Digantung hulunya di atas palang pintu. Sebaik sahaja baginda membuka pintu, dia akan menghayun mata kapak itu. Sudah tentu akan mengena dahi baginda.

Tidak lama lagi baginda akan masuk bilik. Bawang Merah bersedia dengan kapak yang tergantung itu. Baginda pun masuk. Kapak dihayun.

“Aduh kenapa ini dinda?” baginda berteriak kesakitan.

“Kanda!” Bawang Merah menerkam. Darah keluar dari dahi baginda akibat terkena mata kapak.

“Apakah yang dinda lakukan ini?” tanya baginda kehairanan.

“Untuk mengekalkan hubungan kasih sayang kita berdua!”

“Siapa yang mengajar semua ini?”

“Mm..Mm..Mak Bawang Putih.”

Mak Bawang Putih disuruh menghadap baginda. Oleh kerana niat jahatnya itu masih tidak dihentikan, baginda menghalau Mak Bawang Putih dan anaknya Bawang Putih keluar dari istana.

Page 6: Cerita kanak-kanak

Maka dari itu terpaksalah mereka berdua bekerja semula untuk menyara hidup mereka.

Sekian..