Cerita.docx

16
` Di sebuah kampung, tinggal seorang petani dengan tiga orang anak

Transcript of Cerita.docx

Di sebuah kampung, tinggal seorang petani dengan tiga orang anak lelakinya.

`

Anak-anak petani sentiasa bergaduh dan mereka tidak pernah bekerjasama dalam membuat apajua kerja.

Petani itu sudah tua. Anak-anaknya pula pemalas dan tidak mahu bekerja.

Orang kampung pun sentiasa menghina kelakuan anak-anak petani.

Tetapi tiga orang anak lelaki petani itu tidak peduli dengan penghinaan orang kampung.

Petani sangat bimbang dengan masa depan anak-anaknya.

Pada suatu hari kawan petani berjumpa dengan petani lalu berkata kalau anakmu begini kelakuan maka musnahlah masa depan mereka. Kamu kena buat sesuatu.

Petani itu semakin uzur. Dia sangat bimbang akan masa depan anak-anaknya. Apakah yang akan berlaku setelah ketiadaanku nanti?

Tiba-tiba, dia mendapat idea. Dia lantas memanggil anak-anaknya lalu berkata, Anak-anakku! Di dalam ladang ayah terdapat harta karun. Galilah harta itu setelah ayah tiada nanti.

Tidak lama kemudian, petani itu pun mati. Maka barulah mereka sedar bahawa mereka harus mengubah sikap dan bersatupadu untuk meneruskan kehidupan mereka dengan bahagia.

Oleh itu, mereka mula menggali harta yang diberitahu oleh ayah mereka. Namun, satu pun tidak ditemui.

Namun, usaha gigih mereka berhasil apabila tanaman mereka menjadi dan subur sekali!

Mereka mula menyedari dan memahami tentang harta karun yang dimaksudkan oleh ayah mereka.

Petani Dan Tiga Orang Anaknya

Petani Dan Tiga Orang Anaknya

Diolah oleh Kalai Selvan Periasamy

Perpustakaan Negara MalaysiaData-Peangkalan-dalam-PenerbitanKalai Selvan PeriasamyPETANI DAN TIGA ORANG ANAKNYAISBN 978-979-392-845-8

C SL Books Creation Sdn. Bhd.Dicetak oleh Percetakaan Hemaselvam Sdn. Bhd.

MoralKerjasamausaha yang baik dan membina yang dilakukan secara bersama-sama pada peringkat individu, komuniti, masyarakat atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat; termasuk persaudaraan, tanggungjawab bersama, gotong-royong, toleransi, kebaikan bersama dan perpaduan.

MoralKerajinanusaha secara berterusan yang penuh dengan semangat ketekunan dan dedikasi dalam melakukan sesuatu perkara; terjelma melalui kecekalan, daya usaha, dedikasi, gigih dan tekun.