CITRA BM TAHUN4
Transcript of CITRA BM TAHUN4
CITRA BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 SJK DAERAH JOHOR BAHRU
MODUL 1
TAJUK: ANAK EMAS
BESTARI KAMUS
menyayangi menghormatimenyambut anak tunggalhadir ambil anginmendapat hadiahsombong sentiasa
KARANGAN:
Ramu ialah anak tunggal kepada Encik Raju dan Puan Kumari. Encik Raju dan Puan Kumari sangat menyayangi Ramu.
Pada minggu lepas, Ramu menyambut hari jadinya. Banyak kawannya hadir. Ramu mendapat hadiah daripada rakan-rakannya.
Di sekolah Ramu tidak pernah sombong dengan rakan-rakannya. Dia sentiasa menghormati kawan-kawan dan guru-gurunya.
Setiap minggu, Ramu dan keluarganya pergi ke taman bunga untuk ambil angin.
1
GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MODUL 1
MINGGU 1
Hari Pertama : Baca dan cari makna kosa kata yang diberikan.
Hari kedua : Baca dan latihan ejaan kosa kata.
MINGGU 2
Hari pertama : Baca dan fahami karangan yang diberikan.
Hari kedua : Baca karangan dengan sebutan dan intonasi yang
betul.
MINGGU 3
Hari Pertama : Baca dan cari kata nama am dan kata nama khas.
Hari Kedua : Baca dan salin karangan yang diberi.
CITRA BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 SJK DAERAH JOHOR BAHRU
MODUL 2
TAJUK : BEKAS LETAK PENSELBESTARI KAMUS
bekas ikatbahan sekelilingsaiz tapaktampal memotonglekat mengikut
2
CITRA BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 SJK DAERAH JOHOR BAHRU
KARANGANSaya ingin membuat sebuah bekas pensel. Bahan-bahan yang
saya perlukan: Sebuah botol air plastik Sekeping kad manila Sehelai kertas warna Reben Sebilah gunting Sebotol gam
Mula- mula, saya memotong botol air plastik kepada dua bahagian. Selepas itu, gunting sehelai kertas warna mengikut saiz botol yang dipotong. Sapukan gam pada bahagian tapak botol dan tampalkan kertas warna tersebut.
Kad manila hendaklah dipotong bulat. Sapukan gam di atas kad manila tadi dan lekatkan di sekeliling bahagian botol. Kemudian ikat reben pada bekas pensel.
Setelah siap, saya meletakkan bekas pensel tersebut di atas meja.
3
CITRA BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 SJK DAERAH JOHOR BAHRU
GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MODUL 2
MINGGU 1
Hari Pertama : Baca dan cari makna kosa kata yang diberikan.
Hari kedua : Baca dan latihan ejaan kosa kata yang diberikan.
MINGGU 2
Hari pertama : Baca dan fahami petikan yang diberikan.
Hari kedua : Baca karangan dengan sebutan dan intonasi
yang betul.
MINGGU 3
Hari Pertama : Baca, cari dan tulis penjodoh bilangan yang terdapat
dalam karangan.
Hari Kedua : Baca dan salin perenggan 2 .
MODUL 3
4
CITRA BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 SJK DAERAH JOHOR BAHRU
TAJUK 3 : GOTONG-ROYONG
BESTARI KAMUS
gotong-royong amalanmembersihkan muliamenjimatkan masyarakattenaga berataktiviti ceria
KARANGAN
Aktiviti gotong-royong ialah amalan mulia yang diamalkan dalam masyarakat sejak dahulu lagi.
Pada setiap bulan, kami bergotong –royong membersihkan bilik darjah supaya bersih dan ceria..
Aktiviti gotong-royong dapat menjimatkan masa dan tenaga. Kerja yang berat akan menjadi ringan.
Amalan bergotong-royong mempunyai banyak kebaikan. Oleh itu, amalan ini perlu diamalkan sepanjang masa.
5
GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MODUL 3
MINGGU 1
Hari Pertama : Baca dan tulis makna kosa kata yang diberikan.
Hari kedua : Baca dan latihan ejaan kosa kata yang diberikan.
MINGGU 2
Hari pertama : Baca dan fahami karangan yang diberi.
Hari kedua : Baca karangan dengan sebutan dan intonasi yang
betul.
MINGGU 3
Hari Pertama : Baca, cari dan tulis kata kerja yang terdapat
Dalam karangan.
Hari Kedua : Baca dan salin karangan.
CITRA BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 SJK DAERAH JOHOR BAHRU
MODUL 4
TAJUK 4: KOMPUTERBESTARI KAMUSmesyuarat mengadakanmenubuhkan pandaihadir tamatbersetuju disediakanmelantik setiausaha
Laporan Penubuhan Kelab Komputer
6
CITRA BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 SJK DAERAH JOHOR BAHRU
Pada minggu lepas, murud-murid Tahap Dua telah mengadakan mesyuarat untuk menubuhkan sebuah kelab komputer. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Cikgu Masri, guru kelas Tahun 4 Wawasan. Semua murid Tahap Dua hadir dalam mesyuarat tersebut.
Semua yang hadir bersetuju untuk melantik Mei Ling sebagai pengerusi manakala Tan Han Seng sebagai setiausaha. Bendahari kelab ialah Eng Jia Wan.
Ahli kelab ini juga telah bersetuju untuk mengadakan kelas komputer. Cikgu Masri berharap agar ahli-ahli kelab ini akan pandai menggunakan komputer.
Mesyuarat tamat pada pukul 12.00 tengah hari.
Disediakan oleh, 20 JULAI 2008__________________(TAN HAN SENG )Setiausaha,Kelab Komputer,Sekolah Kebangsaan Ampangan
7
GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MODUL 4
MINGGU 1
Hari Pertama : Baca dan makna kosa kata yang diberikan.
Hari kedua : Baca dan latihan ejaan kosa kata yang diberikan.
MINGGU 2
Hari pertama : Baca dan fahami karangan yang diberikan.
Hari kedua : Baca karangan dengan sebutan dan intonasi yang
betul.
MINGGU 3
Hari Pertama : Baca dan salin perenggan 1 dan 2.
Hari Kedua : Baca dan salin perenggan 3 dan 4.
CITRA BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 SJK DAERAH JOHOR BAHRU
MODUL 5
TEMA 5: OLAHRAGAWAN
BESTARI KAMUS
peserta pingatdipilih acaraolahragawan kejayaansempena usahasokongan gigih
KARANGAN:
KUANTAN, 14 Julai – Peserta dari RumahKuning dipilih menjadi olahragawan sempena Sukan Tahunan SJKC Hai Wah. Olahragawan tersebut ialah Lee Kok Wing. Dia dari kelas 6 Maju.
Lee Kok Wing mendapat lima pingat emas dalam acara sukan yang disertainya. Kejayaan ini kerana usahanya yang gigih dan sokongan jurulatih semasa latihan.
Pada akhir temasya tersebut, Lee Kok Wing menerima sebuah piala dan pingat daripada Guru Besar.
8
CITRA BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 SJK DAERAH JOHOR BAHRU
9
GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MODUL 5
MINGGU 1
Hari Pertama : Baca dan cari makna kosa kata yang diberikan.
Hari kedua : Baca dan latihan ejaan kosa kata yang diberikan.
MINGGU
Hari pertama : Baca dan fahami karangan yang diberikan.
Hari kedua : Baca karangan dengan sebutan dan intonasi yang
betul.
MINGGU 3
Hari Pertama : Baca dan salin ayat majmuk.
Hari Kedua : Baca dan salin karangan.
CITRA BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 SJK DAERAH JOHOR BAHRU
MODUL 6
TAJUK : PASAR MALAM
BESTARI KAMUS:
berhampiran terang-benderang
keperluan dapur sinaransuasana berwarna- warnisibuk riangriuh-rendah berhasrat
Pada malam Sabtu yang lalu, saya pergi ke pasar malam bersama-sama
keluarga.
Pasar malam itu terletak berhampiran dengan rumah saya.
Saya melihat ramai orang di pasar malam.Pelbagai barang dijual di pasar
malam.Antaranya ialah makanan , pakaian , keperluan dapur dan barang
mainan.
Saya dan emak membeli barang makanan dan barang keperluan dapur sahaja.
Suasana di pasar malam itu sungguh sibuk dan riuh- rendah .Keadaan di
pasar malam terang-benderang oleh sinaran lampu yang berwarna-warni.
Kami pulang dengan perasaan riang dan berhasrat akan datang lagi pada
minggu hadapan.
10
GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MODUL 6
MINGGU 1
Hari Pertama : Baca dan cari makna kosa kata yang diberikan.
Hari kedua : Baca dan latihan ejaan kosa kata yang diberikan.
MINGGU 2
Hari pertama : Baca karangan dan fahaminya.
Hari kedua : Cari dan tulis ayat tunggal
MINGGU 3
Hari pertama : Cari dan salin ayat - ayat majmuk.
Hari kedua : Cari dan salin ayat yang mengandungi kata ganda.
CITRA BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 SJK DAERAH JOHOR BAHRU
CADANGAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN MODUL 7
MINGGU 1
Hari Pertama : Baca dan tulis kosa – kata yang diberi
Hari kedua : Cari makna dan baca kosa -kata yang diberi
MINGGU 2
Hari pertama :. Baca ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Hari kedua : Baca dan fahami ayat
MINGGU 3
MODUL 7
TAJUK: PERKHEMAHAN
BESTARI KAMUS
berkelah menyediakanberkhemah 11
CITRA BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 SJK DAERAH JOHOR BAHRU
sabarbertolak bermandi-mandatapak perkhemahan
pengalaman
mendirikan letih
Pada minggu lepas, saya pergi berkelah dan berkhemah di Air Terjun Kota
Tinggi,Johor Darul Takzim bersama – sama keluarga. Kami bertolak dari
rumah kira-kira 11:00 pagi. Kami pergi ke sana dengan menaiki kereta Waja.
Kami sampai di tapak perkhemahan kira-kira pada pukul 2:00 petang.
Saya menolong ayah mendirikan khemah manakala kakak menolong
emak menyediakan makanan tengah hari. Bunyi air membuatkan kami tidak
sabar untuk bermandi-manda.
Selepas itu , kami pun makan bersama-sama makanan yang disediakan
oleh ibu.Sebelum tidur , saya , abang dan kakak mendengar cerita
pengalaman ayah semasa kecil. Saya terus tertidur kerana sangat letih.
Keesokannya, kami pun pulang.
12
GARI PANDUAN PENGGUNAAN MODUL 7
MINGGU 1
Hari Pertama : Baca dan cari makna kosa kata yang diberikan.
Hari kedua : Baca dan latihan ejaan kosa kata.
MINGGU 2
Hari pertama : Baca karangan dan fahaminya.
Hari kedua : Senaraikan perkataan berimbuhan AWALAN dan
baca.
MINGGU 3
Hari pertama : Baca dan mengambil imlak 2 ayat.
Hari kedua : Baca dan mengambil imlak 2 ayat.
CITRA BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 SJK DAERAH JOHOR BAHRU
MODUL 8
TAJUK : SEHARI DALAM HARI PERSEKOLAHAN
MODUL 8
TAJUK: BERKELAH
mengejutkan ulat bukuberkemas ucap selamatbersarapan semulatekun berbual-bualdipanggil rakan
BESTARI KAMUS
13
6:15 pagi
- Bunyi jam mengejutkan aku. Aku bangun daripada tidur lalu berkemas dan bersarapan.Aku pergi ke sekolah dengan menaiki bas. Aku membaca buku dengan tekun di dalam bas. Oleh itu aku dipanggil ulat buku.
7:45 pagi
- Loceng berbunyi. Aku beratur sebelum masuk ke kelas. Ucap selamat diberi sebelum masuk ke kelas. Aku berasa seronok semasa belajar.
10:15 pagi
- Waktu rehat , aku ke kantin.
10:45 pagi
- Aku belajar semula.
12:00 tengah hari
- Apabila loceng dibunyikan , aku pulang menaiki bas. Di dalam bas, aku
berbual-bual dengan rakan-rakan.
CITRA BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 SJK DAERAH JOHOR BAHRU
14
GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MODUL 8
MINGGU 1
Hari Pertama : Baca kosa kata dan cari makna yang diberikan.
Hari kedua : Baca dan latihan ejaan kosa kata.
MINGGU 2
Hari pertama : Baca dan fahami karangan.
Hari kedua : Senaraikan kata kerja dan salin ayat yang
mengandungi kata kerja tersebut.
MINGGU 3
Hari pertama : Baca dan salin karangan.
Hari kedua : Baca 2 ayat dan mengambil imlak ayat tersebut..
CITRA BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 SJK DAERAH JOHOR BAHRU
MODUL 9
TAJUK : TABUNG
BESTARI KAMUS.
gemar bahan-bahanmenabung buluh
wang lebihan sapukanbelanja tampal
menunjukkan digunakan
Saya gemar menabung sejak kecil. Saya menyimpan wang lebihan
belanja
sekolah ke dalam tabung.
Saya hendak menunjukkan cara membuat sebuah tabung. Bahan-
bahan yang
diperlukan ialah buluh, gam, sehelai kertas warna dan sebilah gunting. 15
CITRA BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 SJK DAERAH JOHOR BAHRU
Gunting
kertas warna dan sapukan gam pada kertas warna tersebut. Selepas itu,
tampal
pada buluh dengan cermat.
Sekarang , tabung buluh ini sudah boleh digunakan.Tabung ini
cantik.
16
GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MODUL 9
MINGGU 1
Hari Pertama : Baca kosa kata dan cari makna yang diberikan.
Hari kedua : Baca dan latihan ejaan kosa kata.
MINGGU 2
Hari pertama : Baca karangan dan fahaminya.
Hari kedua : Baca karangan dan mengambil imlak perenggan 1.
MINGGU 3
Hari pertama : Baca karangan dan salin ayat yang mengandungi
imbuhan AKHIRAN ..-KAN.
Hari Kedua : Baca dan salin karangan.
CITRA BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 SJK DAERAH JOHOR BAHRU
MODUL 10
TAJUK : UCAPAN PERPISAHAN
BESTARI KAMUS
diraikan sikapsejahtera jasaterpaksa berharapberpisah bertukarberkhidmat lupakan
17
CITRA BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 SJK DAERAH JOHOR BAHRU
KARANGAN
Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Tuan Guru Besar, guru yang diraikan ,Cikgu Kamal , guru-guru dan rakan-rakan. Selamat sejahtera saya ucapkan.Saya dan rakan-rakan berasa amat sedih kerana terpaksa berpisah dengan Cikgu Kamal yang disayangi.
Rakan-rakan sekalian ,
Cikgu Kamal akan berkhidmat di sekolah yang baharu mulai minggu hadapan.Kami suka akan sikap Cikgu Kamal kerana beliau seorang yang baik hati dan bertanggungjawab. Jasa cikgu sungguh banyak dan mengajar kami sehingga pandai. Kami dapat membaca dan menulis dengan baik.Saya berharap, semoga cikgu akan selamat bertukar ke sekolah baharu dan jangan lupakan kami di sini.
Sekian , terima kasih.
18
GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MODUL 10
MINGGU 1
Hari Pertama : Baca dan cari makna kosa kata yang diberikan.
Hari kedua : Baca dan latihan ejaan kosa kata.
MINGGU 2
Hari pertama : Baca karangan dan salin 2 ayat tunggal.
Hari kedua : Baca karangan dan salin 2 ayat majmuk.
MINGGU 3
Hari pertama : Baca dan salin perenggan 1.
Hari kedua : Baca dan salin perenggan 2.
CITRA BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 SJK DAERAH JOHOR BAHRU
MODUL 11
TAJUK : BERKELAH DI AIR TERJUN
BESTARI KAMUS :
berkunjung nyamanair terjun pemandangantenang bekalanberbunga Bermandi-
mandaudara mengemaskan
KARANGAN
19
CITRA BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 SJK DAERAH JOHOR BAHRU
Pada cuti yang lalu, saya bersama-sama dengan tiga rakan yang lain berkunjung ke sebuah kawasan perkelahan yang mempunyai sebuah air terjun.
Pemandangan di situ amat tenang dengan udara bersih, sejuk dan nyaman. Pemandangan di sekitar kawasan air terjun itu sangat cantik dengan tumbuhan hijau.
Terdapat pelbagai jenis tumbuhan yang mendapat perhatian kami. Paling menarik ialah tumbuhan berbunga yang terdiri dengan pelbagai warnanya.
Kami berehat sebentar setelah menikmati kedamaian di sekitar air terjun itu sebelum makan bekalan yang kami bawa. Kemudian, kami bermandi-manda di air terjun. Airnya sejuk sekali. Selepas mandi, kami berehat sebelum mengemaskan barang-barang dan pulang.
20
GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MODUL 1 1
MINGGU 1
Hari Pertama : Baca dan cari makna kosa kata yang diberikan.
Hari kedua : Baca dan latihan ejaan kosa kata.
MINGGU 2
Hari pertama : Baca dan fahami karangan yang diberikan.
Hari kedua : Cari kata sendi dan salin semula ayat tersebut.
MINGGU 3
Hari Pertama : Baca dan salin perenggan 1 dan 2.
Hari Kedua : Baca dan salin perenggan 3 dan 4.
CITRA BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 SJK DAERAH JOHOR BAHRU
MODUL 12TAJUK : KEJUJURAN
BESTARI KAMUS :
tiba-tiba dompetberjoging mencaritaman pemilikbersiar-siar Rupa-rupanyakepunyaan Kad
pengenalan
KARANGAN :
Pada hujung minggu yang lalu, Ahmad berjoging di sebuah taman. Ramai orang berjoging dan bersiar-siar di situ.
Tiba-tiba Ahmad ternampak sebuah dompet di atas rumput. Dia membuka dompet itu untuk melihat pemiliknya.
Dompet itu kepunyaan Encik Mamat. Di dalam dompet itu terdapat wang sebanyak RM80.00, lesen memandu dan kad pengenalan.
21
CITRA BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 SJK DAERAH JOHOR BAHRU
Ahmad ternampak seorang lelaki sedang mencari sesuatu. Ahmad menghampirinya. Rupa-rupanya dompet itu kepunyaan lelaki tersebut.
Lelaki itu mengucapkan terima kasih kepada Ahmad.
22
GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MODUL 1 2
MINGGU 1
Hari Pertama : Baca dan cari makna kosa kata yang diberikan.
Hari kedua : Baca dan latihan ejaan kosa kata.
MINGGU 2
Hari pertama : Baca dan fahami karangan yang diberikan.
Hari kedua : Cari ayat tunggal dan salin ayat tersebut.
MINGGU 3
Hari Pertama : Baca dan salin perenggan 1 dan 2.
Hari Kedua : Baca dan salin perenggan 3, 4 dan 5.
CITRA BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 SJK DAERAH JOHOR BAHRU
MODUL 13
TAJUK : PERMAINAN YANG PALING SAYA GEMARI
BESTARI KAMUS :
permainan populargelanggang semangatkawan karib membaraperseorangan mewakilibergu antarabangsa
KARANGAN :
Semua orang ada permainan yang digemari. Permainan badminton adalah jenis permainan yang paling saya gemari.
Setiap petang, saya akan turun ke gelanggang untuk bermain badminton dengan beberapa orang kawan karib saya. Kadangkala, kami bermain secara perseorangan dan ada kalanya kami bermain secara bergu.
Permainan badminton adalah amat popular dan dimainkan oleh ramai orang di Malaysia. Sejak pasukan negara berjaya mendapat balik Piala Thomas, semangat untuk bermain badminton mula membara di kalangan pemuda-pemudi kita.
Saya berharap pada suatu hari nanti saya akan dipilih untuk mewakili negara dalam pertandingan badminton antarabangsa.
23
GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MODUL 1 3
MINGGU 1
Hari Pertama : Baca dan cari makna kosa kata yang diberikan.
Hari kedua : Baca dan latihan ejaan kosa kata.
MINGGU 2
Hari pertama : Baca dan fahami karangan.
Hari kedua : Baca dan senaraikan imbuhan TER-.. dan DI-..
MINGGU 3
Hari Pertama : Baca dan salin ayat yang mengandungi imbuhan TER-..
dan DI-...
Hari Kedua : Baca dan mengambil imlak perenggan 4.
CITRA BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 SJK DAERAH JOHOR BAHRU
MODUL 14
TAJUK : KEGUNAAN POKOK PISANG
BESTARI KAMUS :
buah-buahan pembungkusnegara upacaramanusia enakperkahwinan 24
CITRA BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 SJK DAERAH JOHOR BAHRU
kerepekperayaan lumayan
KARANGAN :
Pokok pisang ialah sejenis pokok buah-buahan . Pokok pisang banyak terdapat di negara kita , Malaysia. Pokok pisang berbuah sepanjang tahun. Ada berbagai-bagai jenis pokok pisang seperti pokok pisang tanduk, pokok pisang emas, pokok pisang berangan dan sebagainya.
Pokok pisang banyak kegunaannya. Pokok itu sendiri digunakan dalam upacara-upacara perkahwinan dan perayaan penganut agama Hindu. Daunnya pula digunakan sebagai pembungkus makanan. Isi batang pokok pisang pula boleh dimasak dan dimakan.
Buah pisang sangat enak dimakan. Pokok pisang juga boleh dibuat kerepek, minuman dan kuih-muih. Pokok pisang sangatlah berguna kepada manusia. Pokok pisang memberikan hasil yang lumayan kepada mereka yang menanamnya.
25
GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MODUL 1 4
MINGGU 1
Hari Pertama : Baca dan cari makna kosa kata yang diberikan.
Hari kedua : Baca dan latihan ejaan kosa kata
MINGGU 2
Hari pertama : Baca dan fahami karangan yang diberikan.
Hari kedua : Baca dan salin 4 ayat tunggal.
MINGGU 3
Hari Pertama : Baca dan salin perenggan 1.
Hari Kedua : Baca dan salin perenggan 3.
CITRA BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 SJK DAERAH JOHOR BAHRU
MODUL 15
TAJUK : FAEDAH BERJIMAT CERMAT
BESTARI KAMUS :
berjimat cermat
menyimpan
menguntungkan
melabur
harian kecemasanmembantu meminjambijak kerajaan
KARANGAN :
Sikap berjimat cermat merupakan satu amalan yang baik dan menguntungkan. Berjimat cermat dalam perbelanjaan harian dapat
26
CITRA BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 SJK DAERAH JOHOR BAHRU
membantu kita sekiranya berlaku sesuatu kesusahan yang tidak disangka.
Jika dari dulu lagi kita sentiasa berjimat cermat iaitu menyimpan wang di dalam bank, sudah tentu kita juga sentiasa beringat-ingat apabila berlaku sesuatu kecemasan atau kesusahan. Kita tidak perlu lagi meminjam wang daripada orang lain. Secara tidak langsung kita juga tidak menyusahkan orang lain. Kerajaan juga menggalakkan rakyat supaya melabur di dalam Amanah Saham Nasional sebagai langkah untuk berjimat cermat.
Oleh itu , kita hendaklah mengamalkan sikap berjimat cermat sebagai langkah kita yang bijak bagi menjamin masa hadapan yang lebih selesa.
27
GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MODUL 15
MINGGU 1
Hari Pertama : Baca dan cari makna kosa kata yang diberikan
Hari kedua : Baca dan latihan ejaan kosa kata.
MINGGU 2
Hari pertama : Baca dan fahami karangan yang diberikan.
Hari kedua : Senaraikan perkataan berimbuhan ‘meN… dan bina
3 ayat daripadanya.
MINGGU 3
Hari Pertama : Cari kata sendi dan salin ayat yang mengandungi kata
sendi.
Hari Kedua : Baca dan salin 3 ayat majmuk.