contoh karangan.docx

19
oalan: dalam era globalilsasi ini, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang akan menentukan kejayaan seseorang itu. huraikan kepentingan ilmu dalam era globalisasi ini yang semakin mencabar pada masa ini. dalam era globalisasi ini, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang sangat penting dan perlu diberikan perhatian utama. hal ini demikian kera tuntutan zaman telah membuktikan ilmu atau pengetahuan akan menjamin kejayaan seseorang itu jika digunakan dengan bijaksana. oleh itu semua orang hendaklah berusaha untuk mencari seberapa banyak ilmu yang mungkin untuk kesejahteraan hidup bak kata kata hikmat " ilmu janbatan hidup". jadi semua orang khususnya para remaja hendaklah menggunakan masa muda ini untuk menjari ilmu sebanyak mana yang mungkin . dengan adanya ilmu sudah tentulah seseorang itu akan mendapat manfaat dan kejayaan daripadanya terutamanya dalam era pascaglobalisasi ini dengan adanya ilmu seseorang itu boleh mencipta inovasi baru dalam pelbagai bidang kehidupan manusia. ciptaan baharu yang merupakan inovasi itu bukan sahaja memberikan kemudahan kepada hidup mereka. sebagai buktinya, banyak inovasi baharu yang dicipta pada masa ini contohnya telefon mudah alih, komputer riba dan sebagainya. perubahan yang dilakukan seiring dengan peredaran zaman yang semakin pesat berlalu. hal ini sudah tentu memerlukan ilmu dan kemahiran yang tinggi dalam teknologi. jadi pada masa akan datang, sudah pastinya budaya yang mementingkan ilmu akan menguasai budaya masyarakat seterusnya, dengan ilmu pengetahuan negara dapat melahirkan tenaga pekerja yang mahir dan berkebolehan. perdidikan yang beralaf baru menyediakan skop pengetahuan dan ilmu yang luas serta kemahiran menguasai pelbagai bidang yang semakin kompleks dan bercorak global.ilmu pengetahuan yang tinggi akakn memeberi kelebihan kepada tenaga mahir malaysia dalam menyumbang idea-idea

description

contoh karangan.docx star

Transcript of contoh karangan.docx

Page 1: contoh karangan.docx

oalan: dalam era globalilsasi ini, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang akan menentukan kejayaan seseorang itu. huraikan kepentingan ilmu dalam era globalisasi ini yang semakin mencabar pada masa ini.

dalam era globalisasi ini, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang sangat penting dan

perlu diberikan perhatian utama. hal ini demikian kera tuntutan zaman telah

membuktikan ilmu atau pengetahuan akan menjamin kejayaan seseorang itu jika

digunakan dengan bijaksana. oleh itu semua orang hendaklah berusaha untuk mencari

seberapa banyak ilmu yang mungkin untuk kesejahteraan hidup bak kata kata hikmat "

ilmu janbatan hidup". jadi semua orang khususnya para remaja hendaklah

menggunakan masa muda ini untuk menjari ilmu sebanyak mana yang mungkin .

dengan adanya ilmu sudah tentulah seseorang itu akan mendapat manfaat dan

kejayaan daripadanya terutamanya dalam era pascaglobalisasi ini

dengan adanya ilmu seseorang itu boleh mencipta inovasi baru dalam pelbagai bidang

kehidupan manusia. ciptaan baharu yang merupakan inovasi itu bukan sahaja

memberikan kemudahan kepada hidup mereka. sebagai buktinya, banyak inovasi

baharu yang dicipta pada masa ini contohnya telefon mudah alih, komputer riba dan

sebagainya. perubahan yang dilakukan seiring dengan peredaran zaman yang semakin

pesat berlalu. hal ini sudah tentu memerlukan ilmu dan kemahiran yang tinggi dalam

teknologi. jadi pada masa akan datang, sudah pastinya budaya yang mementingkan

ilmu akan menguasai budaya masyarakat

seterusnya, dengan ilmu pengetahuan negara dapat melahirkan tenaga pekerja yang

mahir dan berkebolehan. perdidikan yang beralaf baru menyediakan skop pengetahuan

dan ilmu yang luas serta kemahiran menguasai pelbagai bidang yang semakin kompleks

dan bercorak global.ilmu pengetahuan yang tinggi akakn memeberi kelebihan kepada

tenaga mahir malaysia dalam menyumbang idea-idea bernas dalam penciptaan mereka.

sebagai contoh penciptaan tembikar daripada tanah liat dengan teknik dan keunikan

yang tersendiri telah menarik banyak syarikat dan pelabur luas untuk bekerjasama

dengan malaysia. tuntasnya, dengan ilmu pengetahuan, negara bukan sahaja dapat

melahirkan pekerja mahir bahkan turut memperkenalkan negara di persada

antarabangsa yang pastinya turut menyumbang kepada peningkatan hasil ekonomi

negara.

Page 2: contoh karangan.docx

jika seseorang itu menguasai ilmu, pasti akan lahir sebuah generasi yang hebat dan

mampu bersaing diperingkat global. generasi ini mampu memajukan diri dan negaranya

sendiri. hal ini kerana, negara kita memerlukan pemimpin yang berilmu pengetahuan

tinggi selaras dengan era globalisasi pada masa ini. seorang pemimpin yang berilmu

akan membawa perubahan yang positif untuk kemajuan rakyat sejagat dan negara. jika

pemimpin tidak hebat menguasai ilmu, sudah pasti negara kita akan jauh ketinggalan di

belakang jika dibandingkan dengan negara-negara maju lain seperti jepun dan amerika

syarikat. 

konklusinya ungkapan orang yang menguasai ilmu akan menguasai dunia haruslah

diberi perhatian oleh semua pihak umumnya. oleh itu, janganlah suka membuang masa

kerana "masa itu adalah emas" dan masa tidak akan menunggu kita. sekiranya kita lalai

dan tidak menggunakan masa dengan sebaik mungkin, sudah tentu kita akan termasuk

dalam golongan yang rugi. tuntutlah ilmu dan amalkan ilmu tersebut untuk kemajuan

negara kerana ketinggian ilmu seseorang tidak dapat diukur dengan pita, melainkan

dipergunakan.

Page 3: contoh karangan.docx

Karangan Penuh

Apabila kita membaca akhbar, kita sering didedahkan dengan berita berkenaan transformasi sistem pendidikan negara pada alaf baharu ini. Secara umumnya, transformasi pendidikan negara dapat dijelaskan sebagai satu perubahan dalam sistem pendidikan negara. Sebelum ini, isu berkenaan transformasi pendidikan negara tidak banyak didedahkan oleh media untuk tatapan umum. Jika ada, ia hanya sekadar perbincangan tidak rasmi di kedai kopi atau warung kecil di pinggir jalan. Walau bagaimanapun, statistis telah menunjukkan berlakunya peningkatan laporan berkenaan kemorosotan keputusan pelajar dalam pendidikan negara seperti yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Perkara ini turut ditegaskan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyddin Yassin dalam majlis yang dihadiri beliau baru-baru ini. Transformasi sistem pendidikan negara alaf baharu ini diperlukan melalui peranan yang diberikan oleh pihak kerajaan.

Salah satu langkah transformasi pendidikan negara ialah memperkenalkan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK). Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan dapat dijelaskan sebagai transformasi pendidikan negara yang tidak lagi berorentasikan terhadap peperiksaan sepenuhnya sebagai langkah tepat bagi melahirkan modal insan holistik. Apabila Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) diperkenalkan, pelajar sudah pasti mendapat peluang yang seimbang terutamanya mereka yang kurang cemerlang dalam akademik untuk menonjolkan diri dalam aspek kepimpinan, sahsiah diri dan komunikasi kerana Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) memasukkan elemen kecerdasan akademik, sahsiah pelajar dan penglibatan dalam kokurikulum sebagai penentu gred peperiksaan awam. Oleh itu, melalui SPPK penilaian kecemerlangan pelajar berasaskan peperiksaan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat dikurangkan. Transformasi melalui Sistem Pentaksiran Kebangsaan (SPPK) telah dapat dipertingkatkan dan terbukti melalui pencapaian akademik pelajar yang semakin menunjukkan peningkatan seperti yang dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini. Hal ini jelas menunjukkan bahawa transformasi pendidikan negara dapat dilakukan dengan cara memperkenalkan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK).

Selain itu, transformasi pendidikan negara juga dapat dilakukan dengan cara memberi penekanan terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Teknologi maklumat dan komunikasi dapat dijelaskan sebagai teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan telekomunikasi. Apabila penekanan terhadap

Page 4: contoh karangan.docx

penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi diberikan, negara akan melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), berkemahiran bagi menghadapi cabaran baru kesan dalam dunia serba maju dan moden ini. Mahu tidak mahu kita tidak boleh menyingkirkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam era globalisasi yang dikenali sebagai Dunia Tanpa Sempadan. Ledakan maklumat yang menjadi pemangkin kemajuan ICT ini memungkinkan kita untuk terus bersaing. Transformasi pendidikan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dapat diberi penekanan dengan menyalurkan maklumat dan membekalkan pengetahuan dan ini terbukti dengan wujudnya dasar dalam menjayakan wawasan 2020 untuk menjadikan rakyat Malaysia berpengetahuan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi. Hal ini jelas menunjukkan bahawa transformasi pendidikan negara dapat dilakukan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dengan lebih meluas. Di samping itu,  transformasi pendidikan juga dapat dibuat dengan cara meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti dan berkemampuan. Pendidikan prasekolah dapat dijelaskan sebagai pendidikan yang tidak formal dan fleksibel. Kaedah pembelajaran dan pengajarannya menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Aktiviti yang dirancang menitik beratkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang. Apabila peningkatan kadar penyertaan kanak-kanak yang berumur 4 dan 5 tahun ditingkatkan daripada 67 peratus kepada 87 peratus pada tahun 2012, kanak-kanak yang berumur 4 dan 5 tahun lebih cepat terdedah dengan pendidikan di alam persekolahan yang lebih meluas serta meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah. Oleh itu, kanak-kanak yang berumur 4 dan 5 akan diberikan pendidikan awal dan ini akan melahirkan generasi kanak-kanak yang cemerlang. Penyertaan kanak-kanak yang berumur 4 dan 5 dapat dibuktikan melalui penyertaan semua kanak-kanak normal melangkah masuk ke sekolah dengan boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira ketika melangkah ke Tahun 4 sewaktu sekolah rendah. Hal ini jelas menunjukkan bahawa penyertaan kanak-kanak berumur 4 dan 5 dapat dipertingkatkan dengan cara memperluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti dan berkemampuan.

Dalam pada itu, transformasi pendidikan juga dapat dilakukan dengan memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik. Pendidikan Vokasional dan Teknik dapat dijelaskan sebagai pendidikan melalui latihan pendidikan bercorak kemahiran pra vokasional dalam usaha untuk menyediakan mereka memenuhi permintaan pasaran pekerjaan pada masa hadapan. Apabila Pendidikan Vokasional dan Teknik dijadikan teras untuk mempertingkatkan kemahiran pelajar khususnya tenaga kerja dalam negara, mereka akan lebih terdedah dengan pengetahuan asas dan kemahiran bagi memenuhi keperluan sektor industri dan perdagangan dalam dan luar negara. Oleh itu, pelajar akan lebih mudah mendapatkan pekerjaan sebagai tenaga mahir dan separuh mahir dalam sektor perindustrian, perdagangan dan pertanian. Kerajaan telah melakukan pelbagai usaha antaranya melaksanakan program formal pendidikan teknik dan

Page 5: contoh karangan.docx

vokasional melalui agensi-agensinya iaitu Kementerian Pendidikan, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia Dan Sukan, dan MARA dan telah melahirkan tenaga mahir dan separa mahir di bidang teknikal dan vokasional disamping pengetahuan teknologi. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pendidikan Teknik dan Vokasional dapat dipertingkatkan melalui pendedahan awal ketika di usia remaja lagi.

Sehubungan dengan itu, tranformasi pendidikan juga dapat dilakukan dengan memantapkan sistem pendidikan negara berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dapat dijelaskan sebagai satu usaha berterusan kearah perkembangan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Transformasi berkenaan membabitkan perubahan dalam bentuk, kandungan penjadualan waktu dan penekanan kepada pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan dan ianya akan memberi penekanan yang lebih kepada pentaksiran berasaskan sekolah, meningkatkan penglibatan murid dalam kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah. Oleh itu, sifat dan peribadi kental di kalangan murid melalui transformasi sistem pendidikan negara berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang lebih efektif dapat diperkukuhkan. Anugerah "Tokoh Kanak-kanak", "Pingat Hang Tuah", "Olahragawan dan Olahragwati" dan lain-lain anugerah menunjukkan nilai-nilai murni yang disemai dan keberkesanannya dalam penerapan nilai murni melalui Falsafah Pendidikan Negara ini berhasil. Hal ini jelas menunjukkan melalui negara sistem pendidikan negara berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) akan melahirkan seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.

 Kesimpulannya, tranformasi sistem pendidikan telah telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan dan kemajuan dalam sistem pendidikan negara kita selama ini. Antara peranan yang dimainkan oleh kerajaan dalam merealisasikan transformasi pendidikan negara ialah memperkenalkan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK), memberi penekanan terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti dan berkemampuan, memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik, dan memantapkan sistem pendidikan negara berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Oleh sebab pelbagai usaha telah dilakukan dalam merealisasikan tranformasi pendidikan negara, pelbagai kesan positif telah diterima. Antaranya adalah peningkatan mendadak keputusan pelajar dalam Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia serta menaikkan nama negara dalam melahirkan generasi muda yang berilmu dan bekerjaya. Perkara ini pernah ditegaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam ucapan beliau sempena Hari Guru, Guru Penjana Transformas Pendidikan Negara baru-baru ini. Oleh itu, semua pihak, iaitu orang perseorangan, pelajar, masyarakat umum, pihak swasta, kementerian dan kerajaan sendiri hendaklah bekerjasama antara

Page 6: contoh karangan.docx

satu sama lain untuk merealisasikan transformasi pendidikan negara ini. Kerjasama ini amat penting dan bersesuaian pula dengan pelaksanaan konsep 1Malaysia.

CARA MENGGALAKKAN AKTIVITI MEMBACA

Membaca merupakan amalan mulia yang perlu ada di kalangan masyarakat.

Dengan mengamalkan budaya membaca diharapkan rakyat akan dapat menambahkan

ilmu pengetahuan. Budaya membaca ini masih dianggap remeh oleh sebahagian

masyarakat walaupun, isu ini kerap dibincangkan dalam media massa. Oleh itu,

beberapa cara perlu dilaksanakan agar aktiviti membaca menjadi budaya masyarakat.

            Budaya membaca perlu bermula dari rumah kerana ibu bapa merupakan pihak

pertama yang berupaya membentuk budaya membaca seseorang individu. Suasana

keluarga juga amat mempengaruhi anak-anak terutama daripada segi amalan

membaca. Oleh itu, ibu bapa wajar membelikan buku untuk bacaan anak-anak sejak

mereka kecil lagi.. lbu bapa boleh membaca bersama anak-anak kerana aktiviti

sebegini menyeronokkan anak-anak dan ia dapat menggalakkan anak-anak membaca.

            Selain keluarga, masyarakat juga berperanan mempengaruhi generasi muda

agar gemar membaca. Masyarakat mesti menjadikan aktiviti membaca sebagai budaya

hidup seharian. Aktiviti membaca semasa menunggu bas dan ketika dalam kenderaan

seperti yang dilakukan oleh rakyat Jepun patut diamalkan oleh masyarakat di negara

kita kerana aktiviti ini banyak kebaikannya. Dengan melakukan aktiviti pembacaan pada

setia masa, maka akan terbentuklah masyarakat yang berilmu.

Page 7: contoh karangan.docx

            Selain itu, Kementerian Pelajaran juga boleh memainkan peranan. Contohnya,

Kementerian Pelajaran boleh menggalakkan aktiviti membaca di kalangan pelajar

dengan mengadakan pelbagai pertandingan yang berbentuk ilmu pengetahuan seperti

pertandingan kuiz dan pertandingan mengarang. Pihak Kementerian Pelajaran juga

perlu melengkapkan perpustakaan sekolah dengan buku-buku yang menarik dan

berkualiti bagi mendorong pelajar untuk membaca. Pada setiap perhimpunan

mingguan, pengetua sekolah wajar mengingatkan pelajar tentang budaya membaca

dalam kehidupan seharian.

                Di samping itu, pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan. Hal ini kerana

pihak kerajaan mempunyai sumber kewangan bagi melaksanakan program yang dapat

menimbulkan minat membaca di kalangan masyarakat. Contohnya, pihak kerajaan

boleh memperbanyakkan perkhidmatan Perpustakaan Bergerak di kampung-kampung

yang tiada perpustakaan awam. Sesungguhnya, sesebuah negara akan maju jika

masyarakat mempunyai banyak pengetahuan dalam pelbagai bidang.

                Media massa juga boleh memainkan peranan dalam membentuk budaya

membaca. Hal ini kerana media massa dapat mempengaruhi minda penonton atau

audiens. Oleh itu, pihak media massa perlu menyokong usaha kerajaan untuk

membentuk budaya membaca dalam masyarakat seperti menyiarkan rencana tentang

kebaikan membaca. Pada masa yang sama, harga surat khabar dan majalah juga

mestilah berpatutan dan mampu dibeli oleh semua golongan masyarakat.

Page 8: contoh karangan.docx

Unit 2. Pendidikan Alaf Ini (Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5, m.s. 23)

Soalan Contoh

Dalam era globalisasi ini, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang akan menentukan

kejayaan seseorang itu.

Huraikan kepentingan menguasaai ilmu dalam pelbagai bidang pada masa ini.

Rangka Karangan

Pendahuluan

- penguasaan ilmu penting – tuntutan zaman – banyak manfaat

Isi-Isi Penting

i. mencipta inovasi - kemudahan manusia

ii. menguasai bidang perniagaan – k-ekonomi

iii. memajukan negara – pemimpin berilmu

iv. melahirkan masyarakat yang proaktif

Penutup

- orang yang menguasai ilmu akan menguasai dunia

Page 9: contoh karangan.docx

Karangan Contoh

Dalam era globalisasi ini, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang memang penting

dan perlu diberikan perhatian utama. Hal ini demikian kerana, tuntutan zaman telah

membuktikan ilmu atau pengetahuan akan menjamin kejayaan seseorang itu jika

digunakan dengan bijaksana. Oleh itu, semua orang hendaklah berusaha untuk

mencari seberapa banyak ilmu yang mungkin untuk kesejahteraan hidup seperti kata-

kata hikmat, “Ilmu pelita hidup”. Jadi, semua orang khususnya para remaja hendaklah

menggunakan masa ketika muda ini untuk mencari ilmu sebanyak mana yang mungkin.

Dengan adanya ilmu, sudah tentu seseorang itu akan mendapat manfaat yang banyak

terutamanya dalam era globalisasi ini.

Dengan adanya ilmu, seseorang itu boleh mencipta inovasi baru dalam pelbagai bidang

kehidupan manusia hari ini. Ciptaan baharu yang berupa inovasi itu akan memberikan

kemudahan kepada kehidupan seharian manusia. Sebagai buktinya, banyak inovasi

baharu yang dicipta pada masa ini, contohnya telefon bimbit, komputer riba dan

pelbagai alat canggih yang lain. Hal ini sudah tentu memerlukan ilmu dan kemahiran

yang tinggi dalam teknologi. Jadi, pada masa akan datang sudah pasti budaya yang

mementingkan ilmu dalam pelbagai bidang akan menguasai budaya masyarakat.

Ilmu yang dimiliki juga membolehkan kita menguasai bidang perniagaan yang semakin

kompleks dan bercorak global. Perkara ini demikian kerana, dalam era globallisasi, k-

ekonomi merupakan trend baru dalam perniagaan. Jadi, ekonomi yang berasaskan

pengetahuan sudah menguasai dunia perniagaan pada masa ini. Oleh itu, jika

seseorang tidak dapat mengikut arus k-ekonomi ini, sudah pasti orang itu akan

ketinggalan zaman iaitu, seperti katak di bawah tempurung dan pastinya akan gagal

untuk memajukan diri dalam bidang perniagaan pada masa ini.

Jika seseorang itu menguasai ilmu sudah pastilah dia akan dapat memajukan diri dan

negaranya sendiri. Hal ini demikian kerana, negara kita memerlukan pemimpin yang

berilmu pengetahuan tinggi selaras dengan era globalisasi pada masa ini. Seseorang

Page 10: contoh karangan.docx

pemimpin yang berilmu akan membawa perubahan yang positif untuk kemajuan rakyat

dan negara. Jika pemimpin tidak dapat menguasai ilmu, sudah pastilah negara kita

akan tertinggal di belakang negara-negara maju yang lain. Jadi, seperti kata pepatah,

“Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”, para pemimpin juga perlu menguasai

pelbagai ilmu terutamanya ilmu teknologi maklumat dan komunikasi.

Sekiranya rakyat negara ini dapat menguasai ilmu, sudah pasti hal ini akan melahirkan

masyarakat yang proaktif. Perkara ini demikian kerana, masyarakat yang berilmu

sentiasa berfikir secara positif atau optimis tentang sesuatu masalah dan tidak berfikir

secara pesimis dan mudah pula berputus asa. Sebagai contohnya, seseorang yang

berfikir secara positif sudah tentu akan menjadikan masalah itu sebagai cabaran dan

bukannya halangan untuk mencapai objekifnya. Oleh itu, kita hendaklah mengamalkan

budaya yang sentiasa dahaga akan ilmu dan menjadikan budaya pembelajaran

sepanjang hayat atau “life long learning” sebagai amalan dalam kehidupan.

Oleh hal yang demikian, ungkapan orang yang menguasai ilmu akan menguasai dunia

perlulah diberikan perhatian oleh semua orang. Dengan berdasarkan ungkapan itu,

janganlah kita suka membuang masa kerana masa itu emas dan masa tidak akan

menunggu kita. Sekiranya kita lalai dan tidak menggunakan masa dengan bijaksana,

sudah tentu kita akan termasuk dalam golongan yang berada dalam kerugian. Jadi,

gunakanlah masa yang ada untuk menuntut ilmu dalam pelbagai bidang, terutamanya

bidang teknologi maklumat yang sentiasa berubah hampir setiap hari.

Page 11: contoh karangan.docx

Contoh Karangan Ceramah : Isu Teknologi MaklumatMei 15, 2007 — mindabahasa

Soalan : Kerajaan menjalankan pelbagai langkah bagi memajukan negara kita dari segi

teknologi maklumat dan komunikasi. Satu kempen kesedaran tentang implikasi

teknologi maklumat telah diadakan di tempat anda. Selaku seorang pengamal teknologi

maklumat, anda diminta memberikan ceramah dalam majlis pelancaran kempen

tersebut. Tuliskan teks ceramah itu.

Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan

Pengerusi Majlis, pegawai-pegawai persatuan belia, tuan-tuan dan puan-puan yang

dihormati sekalian. Pada era ‘dotcom’ ini, banyak negara di dunia yang berlumba-lumba

untuk memajukan bidang multi media (pelbagai media) mereka. Dalam hal ini Malaysia,

sebagai harimau Asia tidak ketinggalan. Kerajaan sedang berusaha membangunkan

Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multi-media Super Corridor (MSC)

di kawasan seluas 750 kilometer persegi, dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) hingga

ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Projek ini ternyata

meninggalkan pelbagai implikasi atau kesan kepada rakyat Malaysia sama ada

implikasi yang positif atau negatif. Kesan-kesan MSC dapat dilihat dari aspek

pendidikan, ekonomi, industri, sosial dan politik.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Page 12: contoh karangan.docx

Kehadiran teknologi multi media adalah anugerah istimewa kepada dunia pendidikan.

Tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi multi

media. Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan

adanya teknologi ini. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat

telah dapat diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dan

pelajar sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan

lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya alam maya. Contohnya, cara hidup di

Cyberjaya yang disiarkan melalui iklan di suratkhabar baru-baru ini menjelaskan hakikat

ini. Iklan tersebut berbunyi, “Jika anda sakit dan tidak dapat menghadiri sekolah, kami

akan menghantar guru ke rumah anda!” Iklan tersebut memaparkan gambar seorang

budak yang sakit menggunakan komputer untuk meneruskan pelajarannya tanpa perlu

pergi ke sekolah. Inilah kelebihan teknologi multi media dalam bidang pendidikan.

Hadirin yang budiman,

Selain itu, dari segi ekonomi, urusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif dan

efisien dengan adanya kemudahan multi media ini. Dunia hari ini heboh tentang ‘e-

niaga’ atau ‘e-commerce,’ cara perniagaan melalui elektronik. Syarikat-syarikat e-niaga

muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hampir semua perniagaan sekarang

mengiklankan alamat laman web mereka beserta alamat mel elektronik (e-mail atau

sedang diguna dalam bahasa Melayu sebagai emel!). Kini ‘www.sesuatu.com.my’

bukan lagi satu perkara yang baru. Pelbagai barang dan perkhidmatan dijual dan dibeli

melalui internet, bukan sahaja dari dalam negara malah dari seluruh pelosok global ini.

Syarikat-syarikat Malaysia juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Malah tidak beberapa

lama dahulu ada berita di suratkhabar yang mengkhabarkan seorang surirumah

tempatan mengambil pesanan nasi lemak melalui emel! Justeru, jelas bahawa

perkembangan multi media membawa kesan positif dari aspek perniagaan.

Hadirin yang dimuliakan,

Di samping itu, kemajuan multi media juga meningkatkan kualiti dan produktiviti

keluaran industri kita. Perkembangan multi media secara langsung atau tidak

membantu meningkatkan produktiviti manusia. Semua kerja dapat dijalankan dengan

cepat, tepat serta dengan kesilapan yang amat minimum. Umpamanya, dengan adanya

Page 13: contoh karangan.docx

emel, sesuatu maklumat dapat dihantar dengan cepat melewati batas sempadan

negara, masa dan ruang. Tanpa teknologi maklumat kita tidak dapat bersaing di

pasaran antarabangsa. Produk kita akan dicap sebagai ketinggalan zaman. Mujurlah,

kerajaan Malaysia siang-siang lagi telah memberi tumpuan kepada pembangunan multi

media. Malah ketika melawat MSC, Bill Gates (Microsoft Corporation), insan terkaya di

dunia, memuji Malaysia sebagai negara yang paling serius dalam membangunkan

pusat multi medianya. Beliau menambah, di luar Amerika Syarikat pembangunan

seumpama ini (seperti di Malaysia) sukar didapati. Jadi terbukti bahawa pembangunan

multi media membolehkan Malaysia “berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah”

dengan negara-negara maju yang lain.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Dari segi sosialnya pula, pembangunan multi media mengeratkan lagi hubungan antara

rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau yang

berada di luar negara atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubungan

dengan ahli keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa. Mel elektronik boleh

diterima dan dihantar dari mana-mana pelosok dunia. Maklumat, berita, ucapan dan

pandangan dapat disalurkan agar rakyat membuat keputusan yang rasional dalam

kehidupan seharian. Hubungan melalui mel elektronik bukan sahaja mudah malah jauh

lebih murah daripada panggilan telefon dan jauh lebih pantas daripada penghantaran

surat. Selain itu, hubungan antara negara terutamanya pemimpin politik dan tokoh

perniagaan juga berjalan lancar melalui internet. Semangat persefahaman dan

kerjasama dapat dipupuk di kalangan rakyat pelbagai negara dan berbagai-bagai kaum.

Bukankah multi media satu anugerah yang tiada tolok bandingnya?

Hadirin sekalian,

Walau bagaimanapun, pembangunan pesat multi media tidak bebas daripada implikasi

negatifnya. Internet hari ini lebih menjurus kepada aspek-aspek yang negatif. Malah di

Malaysia sendiri, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan

kemudahan internet untuk menyebarkan khabar-khabar angin. Saya yakin kita masih

ingat khabar angin bahawa akan berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei, 1999 di Chow Kit,

Kuala Lumpur yang disebarkan melalui internet. Selain itu, kempen memburuk-

Page 14: contoh karangan.docx

burukkan pemimpin kerajaan dan kerajaan sendiri memang terus-menerus berlaku.

Inilah aspek negatif internet yang sukar dibendung oleh sesiapa.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Internet juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya di kalangan

generasi muda. Gambar dan bahan pornografi yang lain mengisi kebanyakan daripada

ruang maya dalam internet. Remaja yang dahagakan pengetahuan seks dijadikan

sasaran utama peniaga-peniaga bahan porno ini. Pengusaha-pengusaha ini juga

mengaut keuntungan besar dengan memberikan perkhidmatan berunsur seks mereka

itu dengan mengenakan bayaran sehingga RM50.00 sejam. Masalah ini juga merebak

dengan cepat di kalangan pelajar-pelajar sekolah tidak kira lelaki atau perempuan. Ini

turut memeningkan kepala para guru dan ibu bapa. Hampir semua pelajar sekolah hari

ini terdedah kepada ancaman negatif ini. Kewujudan kafe siber di merata-rata tempat

memburukkan lagi keadaan. Kafe-kafe ini merupakan pusat perkembangan dan

perkongsian maklumat negatif di kalangan remaja dan belia. Dari sini juga lah aktiviti-

aktiviti negatif yang lain seperti merokok, menagih dadah, gengsterisme dan

vandalisme mula bertapak di sanubari anak-anak.

Hadirin yang dikasihi,

Selain itu, jika perkembangan multi media tidak dikawal implikasi yang lebih buruk boleh

melanda sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, sebarang isu perkauman dan

agama yang disebarkan dengan niat yang jahat pasti mempengaruhi rakyat untuk

bertindak di luar batasan kemanusiaan. Semua ini boleh membawa kemudaratan

kepada negara kita sendiri. Anasir-anasir yang jahat boleh menyalurkan isu-isu sensitif

tentang hak dan kepercayaan masyarakat pelbagai kaum bagi menwujudkan huru-hara

di dalam negara. Sekiranya kerajaan tidak mengawasi pergerakan golongan yang

berniat jahat ini, keadaan anarki mungkin terpaksa dihadapi oleh negara dan rakyat

kita. Oleh itu, kesan negatif multi media yang boleh mengheret rakyat ke kancah perang

sivil dan kaum wajiblah dielakkan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Jelaslah bahawa teknologi maklumat membawa pelbagai kebaikan, namun pada masa

Page 15: contoh karangan.docx

yang sama memberi laluan kepada aneka keburukan yang mampu melanda negara

kita. Menjadi tugas kitalah bagi mengambil yang jernih dan membuangkan yang keruh.

Sekian, terima kasih.