Contoh-kertas Kerja Seminar Pen Gurus An Kewangan

8
IPGM KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA KERTAS KERJA SEMINAR PENGURUSAN KEWANGAN TARIKH: 30 JULAI 2009 (KHAMIS) ANJURAN: UNIT PENGEMBANGAN & KHIDMAT KAUNSELING JABATAN HAL EHWAL PELAJAR &

Transcript of Contoh-kertas Kerja Seminar Pen Gurus An Kewangan

Page 1: Contoh-kertas Kerja Seminar Pen Gurus An Kewangan

IPGM KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA

KERTAS KERJA

SEMINAR PENGURUSAN KEWANGAN

TARIKH:

30 JULAI 2009(KHAMIS)

ANJURAN:

UNIT PENGEMBANGAN & KHIDMAT KAUNSELING JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

&BIRO PENDIDIKAN

JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJARSESI 2009/10

Page 2: Contoh-kertas Kerja Seminar Pen Gurus An Kewangan

1.0 Pengenalan

Bengkel pengurusan kewangan ini merupakan satu program yang

bertujuan membina satu kesedaran kepada guru pelatih tentang cara

menguruskan kewangan dengan menggunakan teknik yang betul.

Pelbagai cara pengurusan yang berkesan akan dipelajari oleh guru pelatih

dan boleh diaplikasikan apabila mereka mengawal perbelanjaan mereka.

Di samping itu, bengkel ini diharap dapat membantu guru pelatih

membuat keputusan yang baik dalam kehidupan harian dan seterusnya

dapat meningkatkan keyakinan diri dalam pengurusan kewangan. Ini

selaras dengan matlamat Wawasan 2020, iaitu melahirkan rakyat

Malaysia yang mengamalkan daya pemikiran yang kritis dan kreatif agar

dapat bersaing dalam arus globalisasi.

Seterusnya, pendedahan dan pengalaman yang ditimba daripada

bengkel pengurusan kewangan ini akan memberikan satu perspektif baru

dan penghayatan yang lebih mendalam berkenaan cara pengurusan

kewangan yang bijak kepada guru pelatih khususnya.

Dengan kerjasama yang padu daripada semua pihak, kami yakin

program yang diatur oleh Unit Pengembangan & Khidmat Kaunseling

serta Biro Pendidikan ini akan mencapai matlamatnya. Diharapkan agar

program ini akan mendapat sambutan dan kerjasama yang

menggalakkan, bukan sahaja dari ahli-ahli jawatankuasa pihak penganjur,

tetapi juga dari guru pelatih yang peka akan kepentingan program ini.

Page 3: Contoh-kertas Kerja Seminar Pen Gurus An Kewangan

2.0 Matlamat

Bengkel ini diharapkan akan dapat melatih guru pelatih

mengamalkan perbelanjaan berhemah dan seterusnya mampu

menguruskan kewangan mereka dengan cara yang betul. Selain itu,

bengkel ini akan membantu guru pelatih membuat keputusan yang baik

dalam kehidupan harian melalui teknik pengurusan kewangan yang

berkesan. Pada masa yang sama, mereka juga boleh meningkatkan

keyakinan diri dengan cara memantapkan kemahiran pengurusan

kewangan mereka. Pendedahan terhadap kemahiran pengurusan

kewangan ini akan mencetus satu pandangan baru dan lebih positif

terhadap sebarang aktiviti yang berunsurkan kewangan pada masa akan

datang.

3.0 Objektif

3.1 Membimbing guru pelatih mengamalkan perbelanjaan berhemah dan

menguruskan kewangan mereka dengan cara yang betul.

3.2 Membantu guru pelatih membuat keputusan yang baik dalam kehidupan

harian melalui teknik pengurusan kewangan yang berkesan.

3.3 Meningkatkan keyakinan diri guru pelatih dengan cara

memantapkan kemahiran pengurusan kewangan mereka.

4.0 Tarikh :

30 Julai 2009

5.0 Tempat :

Dewan Tun Fatimah, IPGM Kampus Perempuan Melayu.

6.0 Peserta :

Page 4: Contoh-kertas Kerja Seminar Pen Gurus An Kewangan

200 orang-PPISMP Semester 3/2009 & Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

7. 0 Jawatankuasa :

1) Penaung : Pn. Noor Hayatee binti Md. Noor

(Pengarah IPGM KPM)

2) Penasihat : Datin Siti Hanifah binti Madarsa

(Timbalan Pengarah IPGM KPM)

3) Pengerusi : Dr. Hj. Mihat bin Hj. Dolah

(Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar)

4) Pensyarah Penasihat : Puan Noraidah binti Yaakob

: Puan Noryani binti Md.Yusof

5) Pengarah Program : Wan Nor Adila binti Wan Adnan

6) Setiausaha 1 : Nor Amalina binti Abd Aziz

7) Setiausaha 2 : Aisyah Nadzirah binti Zakaria

AJK Kerja

8) Penyelaras Program : Naib Yang Di-Pertua 1 Naib Yang Di-Pertua 2

9) Peralatan : Biro Peralatan dan Teknik Biro Agama dan Dakwah :

10) Kebajikan : Biro Kebajikan dan Sosial Naib Setiausaha Agung Kehormat 1

11) Dokumentasi : Biro Penerangan dan PenerbitanNaib Bendahari Agung Kehormat 2

12) Makanan : Biro Asrama dan Makanan Naib Setiausaha Agung Kehormat 2

13) Buku Program : Biro Kebudayaan dan Kesenian Naib Bendahari Agung Kehormat 1

14) Tugas-tugas Khas : Biro Sukan dan Rekreasi Biro Perhubungan Luar

Page 5: Contoh-kertas Kerja Seminar Pen Gurus An Kewangan

8.0 Anggaran Kewangan :

Bil. Maklumat

Perbelanjaan

Kuantiti / Unit Biaya (RM) Catatan

1 Minum pagi Untuk guru pelatih =

2 biji kuih

Segelas air

Penceramah dan

pensyarah =

2 botol air mineral

3 biji kuih

RM 3.00 x 200 orang =

RM 600.00

RM 3.00 x 10 orang =

RM 30.00

PEK

2 Sijil

Penyertaan

200 keping - Stor

pusat

9.0 Pengisian Program :

1. Slot 1 bersama penceramah bertajuk “ Ceramah Pendidikan Pelaburan “

2. Slot 2 bersama penceramah yang bertajuk “ Perancangan Kewangan “

3. Sesi penyampaian cenderamata kepada penceramah.

4. Sesi penilaian keberkesanan program.

10.0 Tentatif Program :

8.00-8.30 am : Pendaftaran peserta.

8.30-10.30am : Slot pertama bertajuk “ Ceramah Pendidikan Pelaburan“

bersama penceramah.

10.30-11.00am : Kudapan pagi.

11.00-12.30pm : Slot kedua bertajuk “ Perancangan Kewangan “ bersama

penceramah.

: Sesi penyampaian cenderamata kepada para

penceramah.

: Sesi penilaian keberkesanan program.

12.30-1.30pm : Makan tengahari.

Page 6: Contoh-kertas Kerja Seminar Pen Gurus An Kewangan

: Bersurai.

11.0 Penilaian :

Program ini akan dinilai keberkesanannya melalui :- Pemerhatian- Instrumen soal selidik

12.0 Penutup

Seminar Pengurusan Kewangan ini merupakan satu cara bagi

mendidik guru pelatih untuk mengamalkan perbelanjaan berhemah

seterusnya membantu guru pelatih menguruskan kewangan dengan cara

yang betul. Di samping itu, seminar ini dapat membantu guru pelatih untuk

membuat keputusan yang baik dalam kehidupan seharian melalui teknik

pengurusan kewangan yang berkesan. Oleh yang demikian, adalah

diharapkan seminar ini mendapat kelulusan dan sokongan penuh

daripada pihak pengurusan IPGM Kampus Perempuan Melayu. Kejayaan

seminar ini juga adalah diharapkan akan menjadi garis panduan kepada

guru pelatih yang berhasrat menganjurkan seminar seumpama ini

pada masa akan datang demi kepentingan IPGM Kampus Perempuan

Melayu.

Page 7: Contoh-kertas Kerja Seminar Pen Gurus An Kewangan

Disediakan oleh,

______________________________( NOR AMALINA BINTI ABD AZIZ )Setiausaha 1,Seminar Pengurusan Kewangan,Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2009,Institut Pendidikan Guru Malaysia,Kampus Perempuan Melayu.

Disemak oleh,

______________________________( PUAN NORYANI BINTI MD.YUSOF)Pensyarah Penasihat Biro Pendidikan,Seminar Pengurusan Kewangan,Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2009,Institut Pendidikan Guru Malaysia,Kampus Perempuan Melayu.