Contoh Laporan Mesyuarat Agung PIBG SK Wangsa Melawati.docx

2
LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK MANJOI DUA 2014. Tarikh : 22 Februari 2014 Masa : 9.00 pagi Tempat : Dataran Ilmu SKMD Kehadiran: Ibu bapa 41 orang Guru 34 orang Jumlah 75 orang Mesyuarat Agung PIBG SK Manjoi Dua Kali Ke-26 iaitu sesi 2014/2016 berjalan dengan lancar mengikut agenda yang telah ditetapkan. Tepat jam 8.00 pagi ibu bapa telah membuat pendaftaran walaupun pada awalnya kehadiran amat kurang pada awal pagi namun ianya bertambah selepas jam 9.00 pagi. Mesyuarat Agung dimulakan bacaan doa oleh Ust. Noor Hisham b. Mokhtar diikuti ucapan alu-aluan oleh YDP PIBG En Mohd Nazri b.Mohd Noor . Diikuti dengan ucapan daripada Puan Guru Besar SK Manjoi Dua Pn Hajah Salmah bt. Osman selaku penasihat PIBG dan kemudiannya ucapan perasmian oleh Encik Najib selaku Timbalan Pegawai Pelajaran Wilayah Keramat. Beliau selepas itu merasmikan Mesyuarat Agung kali ke 18 ini serta melancarkan ‘Laman Sesawang’ SK Wangsa Melawati. Seterusnya majlis berhenti rehat untuk semua tetamu termasuk vip, ibubapa dan guru- guru menjamu selera dengan pelbagai juadah ringkas yang disediakan oleh pihak urusetia majlis. Selesai jamuan ringkas sesi cabutan bertuah telah diadakan dengan jayanya. Mesyuarat Agung dimulakan dengan ucapan ringkas dari YDP PIBG 2012/2013, En Mohd Nazri b Mohd Noor dan seterusnya membentangkan agenda mesyuarat satu persatu. Setelah selesai semua agenda, perbincangan, soal jawab ibubapa dan Ahli jawatan kuasa PIBG 2011/2013 dengan rasminya YDP membubarkan ahli jawatan kuasa sedia ada dan memberikan laluan kepada En Mohd Said @ Mosa untuk menjadi Pengerusi majlis. En Mohd Said@ Mosa b Zakaria telah mengetuai proses perlantikan Ahli jawatan kuasa PIBG bagi sesi 2014/2016 dengan melantik YDP dan NYDP dan seterusnya AJK Ibubapa dan Guru. En Mohd Said 2Mosa b. Zakaria diamanahkan untuk menerajui PIBG SK Manjoi Dua sebagai YDP bagi tahun 2014/2016 yang akan dibantu oleh En Mior Ibrahim b Abd Hamid sebagai NYDP, Pn Puteri Nilam Puri bt Hj Megat Yusoff selaku SETIAUSAHA dan En Mohd Kamal b. Japlawi selaku BENDAHARI. Majlis diteruskan dengan perlantikan AJK dikalangan ibubapa dan juga AJK dari pihak Guru. Gabungan AJK baru dan lama telah dipilih pada kali ini, semoga tanggungjawab yang diamanahkan dapat disempurnakan dengan jayanya. Tahniah! Dengan perlantikan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2014/2016 tersebut maka sempurnalah Majlis Mesyuarat Agung PIBG SK Wangsa Melawati kali ke-18 ini dan semoga mesyuarat Agung PIBG akan datang lebih meriah dan mendapat sambutan dari kalangan ibubapa … insya allah.

Transcript of Contoh Laporan Mesyuarat Agung PIBG SK Wangsa Melawati.docx

Page 1: Contoh Laporan Mesyuarat Agung PIBG SK Wangsa Melawati.docx

LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK MANJOI DUA 2014.

Tarikh : 22 Februari 2014Masa : 9.00 pagiTempat : Dataran Ilmu SKMDKehadiran: Ibu bapa 41 orang

Guru 34 orangJumlah 75 orang

Mesyuarat Agung PIBG SK Manjoi Dua Kali Ke-26 iaitu sesi 2014/2016 berjalan dengan lancar mengikut agenda

yang telah ditetapkan. Tepat jam 8.00 pagi ibu bapa telah membuat pendaftaran walaupun pada awalnya

kehadiran amat kurang pada awal pagi namun ianya bertambah selepas jam 9.00 pagi.

Mesyuarat Agung dimulakan  bacaan doa oleh Ust. Noor Hisham b. Mokhtar diikuti ucapan alu-aluan oleh YDP

PIBG En Mohd Nazri b.Mohd Noor . Diikuti dengan ucapan daripada Puan Guru Besar SK Manjoi Dua Pn Hajah

Salmah bt. Osman selaku penasihat PIBG dan kemudiannya ucapan perasmian oleh Encik Najib selaku

Timbalan Pegawai Pelajaran Wilayah Keramat. Beliau selepas itu merasmikan Mesyuarat Agung kali ke 18 ini

serta melancarkan ‘Laman Sesawang’ SK Wangsa Melawati.

Seterusnya majlis berhenti rehat untuk semua tetamu termasuk vip, ibubapa dan guru-guru menjamu selera

dengan pelbagai juadah ringkas yang disediakan oleh pihak urusetia majlis. Selesai jamuan ringkas sesi cabutan

bertuah telah diadakan dengan jayanya.

Mesyuarat Agung dimulakan dengan ucapan ringkas dari YDP PIBG 2012/2013, En Mohd Nazri b Mohd Noor

dan seterusnya membentangkan agenda mesyuarat satu persatu. Setelah selesai semua agenda, perbincangan,

soal jawab ibubapa dan Ahli jawatan kuasa PIBG 2011/2013 dengan rasminya YDP membubarkan ahli jawatan

kuasa sedia ada dan memberikan laluan kepada En Mohd Said @ Mosa untuk menjadi Pengerusi majlis. En

Mohd Said@ Mosa b Zakaria telah mengetuai proses perlantikan Ahli jawatan kuasa PIBG bagi sesi 2014/2016

dengan melantik YDP dan NYDP dan seterusnya AJK Ibubapa dan Guru.

En Mohd Said 2Mosa b. Zakaria diamanahkan untuk menerajui PIBG SK Manjoi Dua sebagai YDP bagi tahun

2014/2016 yang akan dibantu oleh En Mior Ibrahim b Abd Hamid sebagai NYDP, Pn Puteri Nilam Puri bt Hj

Megat Yusoff selaku SETIAUSAHA dan En Mohd Kamal b. Japlawi selaku BENDAHARI. Majlis diteruskan

dengan perlantikan AJK dikalangan ibubapa dan juga AJK dari pihak Guru. Gabungan AJK baru dan lama telah

dipilih pada kali ini, semoga tanggungjawab yang diamanahkan dapat disempurnakan dengan jayanya. Tahniah!

Dengan perlantikan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2014/2016 tersebut maka sempurnalah Majlis Mesyuarat

Agung PIBG SK Wangsa Melawati kali ke-18 ini dan semoga mesyuarat Agung PIBG akan datang lebih meriah

dan mendapat sambutan dari kalangan ibubapa … insya allah.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

Pn Puteri Nilam Puri bt Megat Yusoff Pn Hajah Salmah bt OsmanSetiausaha PIBG 2014/2016 Guru Besar