Contoh laporan snmrobik.docx

5
LAPORAN AKTIVITI SENAMROBIK SEKOLAH KEBANGSAAN LEDANG Pada 13 Oktober 2015 ( Selasa ), aktiviti senamrobik secara beramai-ramai telah dijalankan di perkarangan dataran perhimpunan sekolah. Aktiviti senamrobik ini adalah salah satu aktiviti yang dirancang untuk dilaksanakan dalam minggu 1M1S pada minggu ke-2 bulan Oktober. Aktiviti ini telah dikendalikan oleh guru pelatih yang menjalankan program internship. Aktiviti ini bermula pada pukul 7.15 dan diakhiri pada pukul 7.45 pagi. Semua guru dan murid diwajibkan memakai pakaian sukan yang lengkap. Seramai 84 orang murid dan 15 orang guru mengambil bahagian dalam aktiviti ini. Tujuan program ini adalah untuk memupuk kemahiran bersenam dalam kalangan murid serta melahirkan warga murid sekolah yang sihat. Sebelum Sebelum melaksanakan aktiviti ini, setiap guru kelas telah diminta memaklumkan mengenai aktiviti ini kepada semua murid di dalam kelas masing-masing. Setiap murid diminta memakai pakaian sukan yang lengkap pada hari Ahad. Guru bertugas bagi aktiviti ini telah membahagikan tugas kepada setiap guru seperti yang berikut : AJK NAMA GURU Pengacara Senamrobik En. M.Karunamurthy Pembantu Tahun 1&2 En. S. Mohan & Pn. K. Vimala

Transcript of Contoh laporan snmrobik.docx

Page 1: Contoh laporan snmrobik.docx

LAPORAN AKTIVITI SENAMROBIK

SEKOLAH KEBANGSAAN LEDANG

Pada 13 Oktober 2015 ( Selasa ), aktiviti senamrobik secara beramai-ramai

telah dijalankan di perkarangan dataran perhimpunan sekolah. Aktiviti senamrobik ini

adalah salah satu aktiviti yang dirancang untuk dilaksanakan dalam minggu 1M1S

pada minggu ke-2 bulan Oktober. Aktiviti ini telah dikendalikan oleh guru pelatih

yang menjalankan program internship. Aktiviti ini bermula pada pukul 7.15 dan

diakhiri pada pukul 7.45 pagi. Semua guru dan murid diwajibkan memakai pakaian

sukan yang lengkap. Seramai 84 orang murid dan 15 orang guru mengambil

bahagian dalam aktiviti ini. Tujuan program ini adalah untuk memupuk kemahiran

bersenam dalam kalangan murid serta melahirkan warga murid sekolah yang sihat.

Sebelum

Sebelum melaksanakan aktiviti ini, setiap guru kelas telah diminta

memaklumkan mengenai aktiviti ini kepada semua murid di dalam kelas masing-

masing. Setiap murid diminta memakai pakaian sukan yang lengkap pada hari Ahad.

Guru bertugas bagi aktiviti ini telah membahagikan tugas kepada setiap guru seperti

yang berikut :

AJK NAMA GURU

Pengacara Senamrobik En. M.Karunamurthy

Pembantu Tahun 1&2 En. S. Mohan & Pn. K. Vimala

Pembantu Tahun 3&4 Pn. C. Vasantha & Pn. P. Puvaneswari

Pembantu Tahun 5&6 Pn. S. Shuba & Pn. N. Valliammal

Pembantu Pra- Sekolah Pn. K. Gayathiri & Pn. M. Susila

Kawalan Murid Pn. P. Sarumathy & Pn. S. Peararasi

Dokumentasi Cik. S. Nithyaa

Laporan Cik. C. Suvithra

Semasa

Page 2: Contoh laporan snmrobik.docx

Pada pukul 7.35 pagi, setiap murid bergerak ke tapak perhimpunan sekolah.

Murid-murid berdiri dalam barisan dengan kelas masing-masing. Aktiviti bermula

pada pukul 7.45 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku. Setelah menyanyi lagu

Negaraku, guru bertugas memberi taklimat ringkas mengenai keselamatan murid.

Murid yang mempunyai masalah kesihatan dinasihatkan agar tidak mengambil

bahagian dalam aktiviti ini demi keselamatan mereka. Selepas itu, Ketua Panitia

PJ/K En. Karunamurthy memaparkan sebuah video senamrobik diiringi dengan

muzik. Murid-murid mula membuat senamrobik dengan menonton tayangan video

tersebut. Klip video tersebut menunjukkan cara bersenamrobik yang sesuai bagi

murid sekolah rendah. Guru bertugas membimbing murid untuk bersenamrobik

dengan cara yang betul. Murid-murid membuat senamrobik dengan penuh

semangat. Mereka berasa sangat seronok dan gembira sepanjang aktiviti ini.

Setelah membuat senamrobik selama 20 minit, guru bertugas memberi tepukan

kepada murid. Murid-murid beredar ke kelas masing-masing pada pukul 8.13 pagi.

Berikut menunjukkan beberapa foto yang diambil sepanjang aktiviti ini :

Guru yang bertugas membantu murid-murid untuk berdiri dalam barisan.

Page 3: Contoh laporan snmrobik.docx

Guru bertugas memberi taklimat ringkas sebelum membuat senamrobik.

Guru bertugas membimbing murid untuk bersenamrobik.

Page 4: Contoh laporan snmrobik.docx

Para murid membuat senamrobik.

Selepas

Setiap guru telah berjaya menjalankan tugasan mereka dengan sempurna.

Para murid juga memberi kerjasama dengan baik. Aktiviti seperti ini perlu diadakan

di setiap sekolah sekurang-kurangnya sebulan sekali. Hal ini kerana, aktiviti seperti

ini mampu membentuk murid yang seimbang dari segi JERIS. Justeru, setiap pihak

di sekolah perlu memainkan peranan yang penting dalam menjayakan aktiviti.

Disediakan oleh, 10 MAC 2013

………………….

( SUVITHRA A/P CHANTHIRA KUMAR )

AJK Laporan.