Contoh Tugasan 1

4
Tugasan 1 Bincangkan kesukaran dan miskonsepsi yang biasa dihadapi oleh murid dalam mempelajari topik-topik berikut. Juga berikan cadangan aktiviti-aktiviti yang boleh membantu murid mengatasi kesukaran dan miskonsepsi yang telah dinyatakan itu. i. Pengumpulan dan Pegurusan Data ii. Perwakilan Data iii. Sukatan Kecenderungan Memusat iv. Sukatan Serakan Jawapan: UNTUK SETIAP TOPIK Nyatakan sekurang-kurangnya DUA (2) kesukaran atau miskonsepsi yang biasa dihadapi. Untuk setiap kesukaran atau miskonsepsi berikan cadangan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh membantu murid mengatasinya. Gunakan kreativiti anda dalam menghasilkan satu tugasan yang menarik bukan sahaja untuk dibaca malah yang paling penting adalah untuk faedah kita semua sebagai PENDIDIK. CONTOH Jadual taburan kekerapan ialah satu kaedah dan tatacara untuk memperihalkan semua data yang terkumpul dan tidak terkumpul. Manakala, miskonsepsi adalah salah satu daripada masalah yang sering dihadapi oleh murid dalam pembelajaran matematik dan sering menjadi penghalang kepada mereka untuk memahami konsep- konsep matematik yang berkaitan dengan konsep yang mereka salah ertikan. Murid-murid sering melakukan kesilapan dalam matematik disebabkan miskonsepsi. Selagi kita tidak peka terhadap kesilapan yang mereka lakukan dan tidak bertanya mengapa mereka membuat kesilapan tersebut, kita tidak dapat membantu murid-murid memperbetulkan kesalahan-kesalahan

Transcript of Contoh Tugasan 1

Page 1: Contoh Tugasan 1

Tugasan 1Bincangkan kesukaran dan miskonsepsi yang biasa dihadapi oleh murid dalam mempelajari topik-topik berikut. Juga berikan cadangan aktiviti-aktiviti yang boleh membantu murid mengatasi kesukaran dan miskonsepsi yang telah dinyatakan itu.

i. Pengumpulan dan Pegurusan Dataii. Perwakilan Data

iii. Sukatan Kecenderungan Memusat iv. Sukatan Serakan

Jawapan:

UNTUK SETIAP TOPIK

Nyatakan sekurang-kurangnya DUA (2) kesukaran atau miskonsepsi yang biasa dihadapi.

Untuk setiap kesukaran atau miskonsepsi berikan cadangan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh membantu murid mengatasinya.

Gunakan kreativiti anda dalam menghasilkan satu tugasan yang menarik bukan sahaja untuk dibaca malah yang paling penting adalah untuk faedah kita semua sebagai PENDIDIK.

CONTOH

Jadual taburan kekerapan ialah satu kaedah dan tatacara untuk

memperihalkan semua data yang terkumpul dan tidak terkumpul.

Manakala, miskonsepsi adalah salah satu daripada masalah yang sering

dihadapi oleh murid dalam pembelajaran matematik dan sering menjadi

penghalang kepada mereka untuk memahami konsep-konsep

matematik yang berkaitan dengan konsep yang mereka salah ertikan.

Murid-murid sering melakukan kesilapan dalam matematik

disebabkan miskonsepsi. Selagi kita tidak peka terhadap kesilapan yang

mereka lakukan dan tidak bertanya mengapa mereka membuat

kesilapan tersebut, kita tidak dapat membantu murid-murid

memperbetulkan kesalahan-kesalahan mereka. Sebagai seorang guru,

apa saja cara kita memperbetulkan miskonsepsi murid-murid harus

dipandu oleh pengetahuan kita mengenai bagaimana murid-murid belajar

matematik.

Pengajaran matematik melibatkan pembinaan konsep di samping

penguasaan kemahiran dan penyelesaian masalah. Berikut adalah

beberapa masalah miskonsepsi yang biasa berlaku dalam kalangan

Page 2: Contoh Tugasan 1

murid-murid hasil daripada kesukaran memahami masalah berkaitan

dengan konsep pembinaan jadual kekerapan relatif :

Masalah keliru dengan maksud perkataan kekerapan dan

kekerapan relatif yang sering dilakukan oleh murid. Contohnya,

peratus sesuatu kelas yang dinyatakan dalam bentuk perpuluhan

adalah dikenali sebagai kekerapan relatif. Di sini, kebanyakan

murid selalu menghadapi masalah mengenalpasti cara kiraan

kekerapan dan kekerapan relatif.

Kurang kefahaman atau mengetahui langkah-langkah

pembinaan taburan kekerapan. Terdapat segelintir murid

masih tidak mengetahui cara untuk menentukan lebar yang

sesuai bagi satu kumpulan kelas dan memilih bilangan

kumpulan kelas bagi jadual.

Satu lagi miskonsepsi yang kita dapat kenalpasti melibatkan

selang kelas.Terdapat murid-murid yang membentuk selang

kelas mengikut saiz kelas yang tidak sama. Pada peringkat sekolah,

murid-murid adalah ditekankan untuk menggunakan saiz kelas yang

sama.

Tajuk ini sering menimbulkan kesukaran di kalangan murid-

murid. Antara kesukaran yang sering dihadapi oleh murid-murid adalah

berpunca daripada kefahaman yang salah tentang sesuatu konsep

matematik atau miskonsepsi. Kesukaran ini sukar dikesan oleh murid-

murid sendiri. Sekiranya kesalahan ini tidak diperbetulkan dengan serta

merta, ia akan terus kekal di dalam peringatan atau memori murid

dan sukar diperbetulkan melain dengan tunjuk ajar yang berterusan.

Oleh itu, peranan guru amat penting untuk mengesan kesukaran yang

murid hadapi dan seterusnya mencuba mencari jalan mengatasinya.

Selain itu,ibu bapa juga perlu memandang berat memastikan anak

mereka menguasai kemahiran dan pengetahuan dalam satu unit

pembelajaran atau tajuk yang sudah ditentukan.

Page 3: Contoh Tugasan 1

Pengajaran konsep perlu diberi penekanan kepada semua murid.

Oleh yang demikian, elakkan daripada murid mempelajari sesuatu

konsep secara menghafal formula semata-mata, tanpa mencuba

memahaminya. Oleh itu, pembelajaran secara bermakna dengan

mengambil kira pengalaman murid sendiri amat digalakkan.

Selain itu, untuk mengatasi masalah miskonsepsi guru boleh

menjadikan konsep dan kaedah penyelesaian yang sedia ada jelas

dalam bilik darjah. Pada permulaan pengajaran, guru boleh cuba

menawarkan satu latihan yang terdapat adanya kemungkinan murid

melakukan kesilapan. Ini bermaksud supaya murid menyedari tentang

interpretasi intuitif dan kaedah penyelesaian mereka dan

mendedahkan kesilapan yang sering dilakukan dan miskonsepsi

mereka jika ada. Murid-murid dikehendaki melakukan latihan tersebut

secara individu tanpa bantuan daripada guru. Tidak ada pengajaran baru

dilakukan dan guru juga tidak menunjukkan kesilapan dan miskonsepsi

murid.

Sebagai kesimpulannya, miskonsepsi lahir dari apa yang telah

diajar. Walaupun pelajaran yang diturunkan oleh mereka tersebut tidak

logik dan salah, tetapi dari segi perspektif kanak-kanak, ia sangat sesuai

dan benar.

ANDA BOLEH HASILKAN YANG LEBIH BAIK DENGAN MEMASUKKAN JADUAL, IMEJ-IMEJ ATAU APA SAHAJA YANG DIFIKIRKAN TERBAIK UNTUK KEFAHAMAN ORANG YANG MEMBACANYA.