Corak kehidupan masyarakat chetti

18
CORAK KEHIDUPAN MASYARAKAT CHETTI

Transcript of Corak kehidupan masyarakat chetti

Page 1: Corak kehidupan masyarakat chetti

CORAK KEHIDUPAN MASYARAKAT

CHETTI

Page 2: Corak kehidupan masyarakat chetti

Pengenalan• Kaum Chetti - Hindu Peranakan -

masyarakat minority India yang beragama Hindu yang tinggal di Melaka. • Masyarakat Chetti juga jarang

dikenali - dari segi proses rupanya telah mengalami suatu asimilasi perkahwinan campuran antara berbagai kaum. • Rupanya mirip orang-orang

Melayu campuran India. • Kehidupan mereka tidak berbeza

dengan masyarakat-masyarakat lain. • Masyarakat ini tidak sama

dengan masyarakat chettier - meminjamkan wang.

Page 3: Corak kehidupan masyarakat chetti

• Sejarah masyarakat Chetti ini bermula apabila saudagar India sering berulang-alik ke Melaka untuk tujuan perdagangan kerana pada ketika itu Melaka amat sibuk sekali sebagai pusat perdagangan dan sering menjadi tumpuan para pedagang yang sebahagian besarnya adalah dari India Selatan.

• Oleh kerana terlalu ramai saudagar India tertumpu ke Melaka, pemerintah Melaka ketika itu telah menyediakan suatu penempatan untuk mereka tinggal yang dikenali sebagai 'Kampung Keling' untuk memudahkan saudagar terbabit berurusniaga.

Page 4: Corak kehidupan masyarakat chetti

• Ciri-ciri kebudayaan dan kesenian masyarakat 'India Chetti' ini hampir sama dengan ciri-ciri kebudayaan di negara ini kerana mereka turut mengamalkan perkahwinan campur, adat menyambut tetamu dan pakaian tradisional mereka.

• Sebagai contoh, pakaian tradisional mereka lebih mirip kepada bangsa Melayu iaitu kebaya labuh dan bersanggul tiga bagi wanita manakala yang lelakinya pula berkain pelekat, baju Melayu labuh dan talapa iaitu kain seperti serban bagi menutup kepala.

Page 5: Corak kehidupan masyarakat chetti

Objektif Kajian• Melalui kajian yang kami lakukan

ini, kami berharap dapat mencapai objektif-objektif yang berikut;

• Menyelidik siapakah golongan Chetti di Melaka.

• Mengenalpasti asal kewujudan masyarakt Chetti.

• Menganalpasti adat-istiadat dan perayaan yang di amalkan oleh masyarakat Chetti.

• Mendapatkan pendapat mengenai pantang larang masyarakat Chetti.

Page 6: Corak kehidupan masyarakat chetti

Sorotan Literatur• Pada mulanya, masyarakat asal kaum

itu datang ke Melaka untuk berdagang sejak kurun ke-17 dan berkahwin dengan penduduk tempatan (Nas Norziela Nasbah, 2010).

• Terbentuk sejak zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, malah ada yang mengatakan mereka sudah berada di Melaka sebelum Laksamana Cheng Ho menjejakkan kaki ke bumi bersejarah itu (Azrul Affandi Sobry, 2010).

• Kebanyakan pedagang-pedagang ini berkahwin dengan wanita tempatan tetapi mereka memilih untuk menetap di Melaka kerana isteri-isteri mereka akan ditindas sekiranya mereka dibawa pulang ke India. Hal ini kerana sistem kasta di India yang tidak membenarkan kemasukan orang luar.

Page 7: Corak kehidupan masyarakat chetti

• Kehidupan mereka lebih banyak terarah kepada cara hidup masyrakat Melayu yang hanya dibezakan oleh agama kerana masyarakat Chetti menganuti agama Hindu. Berikutan proses asimilasi yang berlaku akibat perkahwinan campur dengan orang tempatan, kehidupan mereka amat berbeza dengan masyarakat India tempatan. (Azrul Affandi Sobry, 2010)

• Hasil perkahwinan nenek moyang mereka dengan masyarakat tempatan telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda mereka sehingga ke hari ini (Muzium Chetti, 2011). Mereka juga tidak pandai berbahasa Tamil kecuali generasi baru (Azrul Affandi Sobry, 2010).

Page 8: Corak kehidupan masyarakat chetti

•Walau bagaimanpun, mereka mempunyai dialek tersendiri. Sekiranya kaum baba nyonya menggunakan “lu” dan “gua” bagi merujuk kepada “awak” dan “saya”, kaum Chetti menngunakan perkataan “engkau” dan “aku” di mana perkataan “engkau” disebut sebagai “engko” yang cara sebutannya mirip kepada dialek Muar, Johor (Muzium Chetti, 2011).

• Masyarakat Chetti mengamalkan ajaran Hindu dan nama mereka adalah mengikut nama Hindu seperti K. Nadarajan (Muzium Chetti, 2011). Dari aspek agama, masyarakat Chetti sejak dahulu berpegang teguh pada ajaran agama Hindu mazhab Saiva yang menyembah Tuhan dalam bentuk rupa Dewa Shiva.

• Disebabkan masyarakat Chetti tidak berbahasa Tamil, mereka masih amalakan amalan agama Hindu yang asal.

Page 9: Corak kehidupan masyarakat chetti

• Dari segi pakaian dan aksesori, wanita Chetti sangat unik kerana mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu dan Nyonya sehinggakan mereka juga digelar “Baba Nyonya India”.

• Makanan masyarakat Chetti terdiri daripada lauk-pauk seperti ikan parang masak pindang, telur ikan masak belimbing, ikan cencaru masak cili, masak iris, sambal timun santan dan masak kuah lada seperti masakan Baba Nyonya, Portugis dan Melayu.Kebanyakan masakan mereka pedas kerana pengaruh masakan masyarakat tempatan (Muzium Chetti, 2011).

Page 10: Corak kehidupan masyarakat chetti

• Mempunyai perayaan Ponggal dan Sedanggu.• Dari aspek perkahwinan, adat

perkahwinan masyarakat Chetti tidak banyak berbeza dengan masyarakat Melayu.• Bermula dengan adat merisik,

kemudian meminang dan bertunang dengan membawa hantaran antara lima hingga tujuh dulang berupa lima biji kelapa, lima sisir pisang, lima jenis buah-buahan yang lain, sedulang buah kurma dan gula batu, sebekas air mawar dan dua dulang berisi sepasang pakaian pengantin. (Muzium Chetti, 2011)

Page 11: Corak kehidupan masyarakat chetti

Amalan Hindu Yang Di Amalkan…

• Ponggal

• Sadanggu

Page 12: Corak kehidupan masyarakat chetti

Pantang Larang

• Anak gadis dilarang menyanyi ketika memasak atau kelak akan kahwin dengan lelaki tua;

• Anak dara tak boleh duduk di muka pintu atau kelak sukar mendapat jodoh;

• Dilarang mengetuk kuali ketika masak, atau berat rezeki;

• Selepas makan perlu tuang sedikit air dalam pinggan untuk mendapat berkat rezeki

• Tak boleh beri orang pinjam jarum atau garam waktu malam, mengurangkan rezeki.

Page 13: Corak kehidupan masyarakat chetti

Kebudayaan

• Dongdang-Sayang

• Joget Lambak

• Berpantun

Page 14: Corak kehidupan masyarakat chetti

Kaedah Penyelidikan

• Temu Bual

• Pemerhatian

Page 15: Corak kehidupan masyarakat chetti

Penemuan Dan Perbincangan• Didapati bahawa corak kehidupan masyarakat Chetti ada beberapa perbezaan dan persamaan dengan masyarakat Baba dan Nyonya.

Masyarakat Chetti Baba Dan Nyonya / Melayu

Bahasa Bahasa Melayu tetapi ada dialek tersendiri

Bahasa Melayu dan Hokkien

Pakaian Mengikut pakaian traditional Melayu

seperti Baju KebayaSama

Agama Hindu Buddha / Islam

Page 16: Corak kehidupan masyarakat chetti

Masyarakat Chetti Baba Dan Nyonya / Melayu

Cara hidup Cara Hidup Melayu - inai Sama

Pantang - Larang Seperti pantang larang kaum Melayu Sama

Hubungan merentasi agama dan bangsa

Boleh menganut agama lain

Boleh menganut agama lain kecuali

kaum Melayu

Page 17: Corak kehidupan masyarakat chetti

Rumusan• Terdapat banyak persamaan corak kehidupan masyarakat Chetti dengan masyarakat kaun Melayu.

• Mereka tidak menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa ibunda kerana sejak dari kecil lagi ibu bapa mereka bertutur dalam bahasa Melayu.

•Walaubagaimanapun, mereka tetap mengamalkan adat resam dan kebudayaan mereka sehinng ke hari ini.

Page 18: Corak kehidupan masyarakat chetti

Cadangan• Memperluaskan penempatan masyarakat Chetti.Ini kerana jika dilihat sekarang masyarakat Chetti hanya tertumpu di Kampung Tujuh, Gajah Berang sahaja dan sesiapa yang ingin mengetahui tentang masyrakat ini mereka perlu datang ke Kampung Chetti di Melaka ini sahaja.

• Melibatkan masyarakat Chetti dalam karnival yang diadakan di Malaysia terutamanya yang melibatkan makanan.