CREATE · 2020. 11. 11. · Pahang (UMP) menjalankan program khidmat masyarakat, perkongsian...

52
CREATE 3

Transcript of CREATE · 2020. 11. 11. · Pahang (UMP) menjalankan program khidmat masyarakat, perkongsian...

  • CREATE 3

  • 4 CREATE

    Kandungan

    4

    5

    6UMP jalin kerjasama dalam pembangunanbioteknologi

    Tuanku Canselor meriahkan majlis berbuka puasa bersama warga UMP

    Cendekia Bitara iktiraf sumbangan penyelidik dan pensyarah UMP

    UMP sumbang kepakaran bantu Kolej Komuniti dalam Teknologi Hibrid

    100 sertai Seminar TECHSE

    Persidangan Antarabangsa Automotif bincang kenderaan teknologi hijau

    Kualiti dan Inovasi teras budaya kerja cemerlang warga UMP

    UMP anjur Seminar Pengajian Martabatkan Warisan Legasi Negeri Pahang

    Persidangan Statistik kumpul pakar Matematik dan Sains

    UMP terima sumbangan 30 ribu zakat Bank Islam

    UMP giat promosi peluang pendidikan untuk pelajar Uzbekistan

    FTeK lawat USQ bincang program dwi-ijazah Program Pengurusan Infrastruktur

    UMP pupuk budaya kerja yang selamat dalam komuniti

    UMP raih 5 pingat emas dan Anugerah Khas dalam INPEX Amerika Syarikat

    Penyelidik muda menang 9 pingat, 2 anugerah khas dalam IYIC 2014 Seoul

    UMP raih 23 pingat dan anugerah khas dalam ITEX 2014

    UMP anjur Majlis Jasa Dikenang

    Bicara Kemerdekaan hayati semangat perjuangan rakyat Palestin

    Klik-Klik Lensa

    `Ramadan Jangan Pergi, Palestin Dekat di Hati’ bincang konflik kemanusiaan penduduk Palestin

    Kenaikan pangkat staf dan alumni UMP dalam Askar Wataniah

    FSKKP anjur bengkel kesedaran ICT untuk tingkat ekonomi wanita

    Program Singgah Sahur bantu erat hubungan dengan masyarakat

    UMP dan ECERDC anjur program motivasi perdana untuk calon UPSR luar bandar

    Persatuan Matahari rai anak yatim, sumbang kelengkapan raya

    Mahasiswa FTeK pelajari kemahiran baiki telefon bimbit

    Explore Kapit kongsi inovasi pelajar dengan komuniti rumah panjang

    Larian Amal Penyayang UMP jayakan Kempen Gaya Hidup Sihat

    Pementasan mantap Kumpulan Teater WARIS dalam kisah “Pelamin Si Buyung”

    Pelantikan baharu/penyambungan jawatan giliran

    Mohd Ihsan bukti graduan UMP mampu urus projek di luar negara

    Institusi Repositori UMP: Ke Arah Penarafan Universiti

    Terbitan Terkini

    Di Sebalik Penubuhan Eyes of UMP

    Bakat Kepimpinan Bentuk Pasukan Berprestasi Tinggi

    Strategi lautan biru UMP bersama ECERDC dalam membangunkan masyarakat luar bandar

    8

    9

    10

    12

    14

    16

    17

    18

    19

    20

    21

    22

    23

    24

    25

    26

    28

    29

    30

    31

    32

    33

    34

    35

    36

    37

    38

    39

    40

    42

    44

    46

    48

  • CREATE 3

    Sidang Editorial Dari MejaKetua Editor

    PENAUNGProfesor Dato’ Dr. Daing Nasir [email protected]

    KETUA EDITORAbd Rahman Haji [email protected]

    EDITORSafriza [email protected]

    WARTAWAN/PENULISMohd. Raizalhilmy Mohd [email protected]

    Mimi Rabita Abdul [email protected]

    Siti Aishah [email protected]

    Lily Azwati Ab. [email protected]

    Hazlina [email protected]

    Raihana Sulaiman [email protected]

    Nor Salwana Mohammad [email protected]

    PEREKA GRAFIKAzman Md [email protected]

    Noor Azhar Abd [email protected]

    Buletin CREATE diterbitkan tiga kali setahun. Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dikeluar ulang, disimpan dalam sistem dapat kembali, atau disiarkan dalam apa-apa jua perkara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Editor.

    Sidang Editorial berhak melakukan penyuntingan tehadap tulisan yang diterima untuk penyiaran selagi tidak mengubah isinya. Karya yang disiarkan tidak semestinya menggambarkan atau mencerminkan pendapat dan sikap Buletin CREATE. Karya yang disiarkan tidak boleh diterbitkan semula tanpa kebenaran Ketua Editor.

    Sidang Editorial tidak bertanggungjawab juga atas kehilangan tulisan atau karya yang dikirimkan melalui pos.

    Segala sumbangan yang dikirimkan sama ada disiarkan atau tidak, tidak akan dikembalikan. Sumbangan karya boleh dihantar melalui e-Mel atau pos kepada penerbit di:

    EDITORBahagian Komunikasi KorporatPejabat Naib CanselorUniversiti Malaysia PahangLebuhraya Tun Razak26300 Gambang, KuantanPahang Darul MakmurTel.: 09-549 3184Faks: 09-549 3199e-Mel: [email protected]

    JURUFOTOKhairu Aidilnishah Rizan [email protected]

    PEMBANTU PENERBITANHafizatulazlin Abd [email protected]

    PENGEDARAN Ahmad Mahdi [email protected]

    Salam 1 Malaysia dan Salam 1 UMP.

    Dalam setiap keluaran Create tidak pernah ketinggalan menyajikan begitu banyak kecemerlangan dan kemampuan yang telah dibuktikan oleh UMP sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Memasuki pertengah tahun ini, UMP tidak ketinggalan dalam mengukir kegemilangan dan aktivit-aktiviti walaupun dibatasi dengan pelbagai cabaran dalam menjalani tugasan seharian.

    Bermula dengan episod pembudayaan berinovasi dan bersemangat tinggi dalam dunia penyelidikan, UMP sekali lagi telah meraikan para penyelidik di dalam majlis prestij Cendekia Bitara yang mana memberi pengiktirafan pada para penyelidik UMP yang berjaya mengharumkan nama UMP di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Lebih bermakna lagi majlis ini turut dihadiri oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Adnan Haji Yaakob. Sesungguhnya dengan kehadiran beliau amat bermakna sekali buat warga UMP yang turut sama-sama meraikan kejayaan di dalam majlis tersebut.

    UMP juga mencipta sejarah tersendiri apabila menjalinkan kerjasama dengan Biotechnology Corporation Sdn. Bhd. (BioTechCorp) dan Johor Biotechnology & Biodiversity Corporation (J-Biotech) yang telah disaksikan oleh Menteri Besar Johor, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin. Majlis bersejarah ini merupakan pemangkin kepada usaha memajukan teknologi bioteknologi yang dilihat amat penting untuk dunia sejagat dewasa ini. Semoga termetrinya kerjasama ini, para penyelidik UMP berpeluang untuk bergiat lebih aktif dalam bidang ini kelak.

    Seterusnya dalam mengikuti rutin kejayaan yang dipaparkan dalam setiap keluaran Create, maka untuk kali ini juga para penyelidik muda UMP turut membanggakan universiti apabila merangkul tujuh pinggat emas, dua pingat gangsa dan dua anugerah khas dalam Pertandingan International Youth Invention Contest (IYIC) yang berlangsung di Seoul, Korea Selatan. Begitu juga dalam Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa 2014 (ITEX’14) yang mana penyelidik UMP meraih kejayaan besar apabila memenangi sembilan pingat emas, sebelas pingat perak dan tiga pingat gangsa. Semoga para penyelidik UMP terus mencipta nama dan lebih berdaya saing serta berinovasi dalam dunia penyelidikan. Syabas diucapkan!

    Selain mengetengahkan kejayaan dalam bidang penyelidikan yang merupakan nadi utama sesebuah institusi pengajian tinggi, kami di UMP juga amat teruja akan kejayaan di dalam pelbagai bidang dan menghargai sumbangan bakti warga kerja UMP terutamanya kejayaan dalam penarafan 5 bintang bagi Malaysia Government Portals and Websites 2013 oleh Multimedia Development Corporation Malaysia (MDec).

    Dan, yang menarik juga untuk edisi kali ini ialah kami memperkenalkan Eyes of UMP iaitu Galeri UMP yang menyimpan seribu satu memori sepanjang UMP ditubuhkan untuk dikongsi dengan seluruh masyarakat. Penubuhan Galeri ini diharapkan dapat memberi nafas baharu dalam merancakkan lagu dunia pendidikan dan penyelidikan yang sedia ada di UMP. Selain dikenali dengan kehebatan makmal-makmalnya yang bertaraf dunia, sekali lagi tercipta satu episod baharu dalam sejarah penubuhan UMP apabila galeri UMP ini terbina dengan berlandaskan impian dan cita-cita besar UMP untuk menjadikan ia sebagai sebuah khazanah yang cukup bermakna sekali dan sekaligus ia dapat menggambarkan apa UMP sebenarnya.

    Di akhir tinta, semoga segala perancangan dalam merancakkan lagi kegemilangan UMP ini dapat dijalankan dengan jayanya. Diharapkan UMP terus mencipta kejayaan seperti mana yang dilaksanakan saban tahun, malahan lebih hebat lagi agar setiap kejayaan ini dapat disimpan kukuh dan menjadi ingatan serta pemangkin buat semua warga UMP.

    Abd Rahman Haji Safie

    UMP tidak lekang dengan kejayaan

    Abd Rahman Haji Safie

  • 4 CREATE

    UMP jalin kerjasama dalam pembangunanbioteknologi

    Universiti Malaysia Pahang (UMP) menjalinkan kerjasama dengan Biotechnology Corporation Sdn. Bhd. (BioTechCorp) dan Johor Biotechnology & Biodiversity Corporation (J-Biotech) dalam usaha membangunkan modal insan dan teknologi berasaskan bioteknologi.

    Majlis bertukar dokumen berlangsung bersempena penganjuran Majlis Perasmian Persidangan dan pameran Bio Johor 2014 yang dirasmikan Menteri Besar Johor, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin yang berlangsung di Hotel Puteri Pan Pacific Johor Bahru pada 25 Ogos 2014 yang lalu.

    Dalam majlis, Dato’ Seri Mohamed Khaled menyaksikan acara bertukar dokumen antara Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim

    dengan Ketua Pegawai Eksekutif BioTechCorp, Dato’ Dr. Mohd. Nazlee Kamal dan Ketua Pegawai Eksekutif J-Biotech, Wan Amir Jeffery Wan Abdul Majid.

    Dato’ Seri Khaled mengumumkan kerjasama ini membabitkan usaha membangunkan modal insan dalam teknologi berasaskan bio menerusi penubuhan National Biotechnology Talent Development Centre (NBTDC) yang dijangka beroperasi pada Januari 2015.

    NBTDC mengenal pasti keperluan pembangunan modal insan dalam industri bioteknologi serta menyediakan kepakaran dan pengetahuan dalam bidang ini. Selain itu, ianya turut berperanan dalam menguruskan permintaan dan keperluan terhadap industri ini termasuk perkongsian teknologi.

    Naib Canselor UMP yang ditemui berkata, UMP berbangga apabila diberi kepercayaan sebagai peneraju dalam mengembangkan Pusat Kecemerlangan Industri (I-CoE) dalam industri bioteknologi di Malaysia.

    Pada tahun lalu, UMP dan Manipal International University (MIU) merupakan peneraju untuk mengembangkan I-CoE dalam industri bioteknologi melibatkan bidang berkaitan kejuruteraan kimia, perindustrian dan pemakanan di Malaysia.

    “Usaha berterusan ini akan memperkukuhkan tahap kebolehpasaran graduan melalui pendekatan k0laborasi industri dan akademia. Selain itu, jaringan kerjasama institusi pengajian tinggi (IPT) dan industri ini penting dalam memacu pembangunan ekonomi

    negara bagi menjadikan Malaysia sebagai negara yang lebih kompetitif untuk bersaing di persada antarabangsa,” katanya.

    Hadir sama dalam majlis, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Profesor Dr. Mashitah Mohd. Yusoff, Penolong Naib Canselor (Pembangunan Korporat & Pengurusan Kualiti), Profesor Dr. Shamsuddin Baharin dan Pensyarah Fakulti Sains & Teknologi Industri (FSTI), Profesor Madya Dr. Saiful Nizam Tajuddin.

    Dalam program yang sama, Pejabat Penyelidikan dan Inovasi turut berkongsi kepakaran dengan mempamerkan projek penyelidikan penyelidik UMP sepanjang pameran yang berlangsung selama tiga hari itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.

    Usaha berterusan ini akan memperkukuhkan tahap kebolehpasaran graduan melalui pendekatan kolaborasi industri dan akademia. Selain itu, jaringan kerjasama institusi pengajian tinggi (IPT) dan industri ini penting dalam memacu pembangunan ekonomi negara bagi menjadikan Malaysia sebagai negara yang lebih kompetitif untuk bersaing di persada antarabangsa.

    4 CREATE

    Jalinan Kerjasama

  • CREATE 5CREATE 5

    Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang merupakan Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP) berkenan berangkat memeriahkan Majlis Berbuka Puasa bersama lebih 1,000 warga UMP yang berlangsung di Masjid UMP Gambang pada 10 Julai 2014 yang lalu.

    Majlis turut dihadiri, Menteri Besar Pahang, YAB Dato’Seri Diraja Haji Adnan Haji Yaakob, Timbalan Yang di-Pertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Orang Kaya Indera Pahlawan, Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid Haji Wan Hassan.

    Dalam majlis ini, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah turut berkenan menyampaikan sumbangan zakat kepada seramai 100 pelajar UMP yang terdiri daripada anak yatim dan golongan yang memerlukan.

    Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, sumbangan yang diterima ini adalah daripada pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) untuk diagihkan kepada pelajar yang layak bagi menampung perbelanjaan mereka di universiti ini.

    “Bantuan zakat itu bukan sahaja meringankan beban

    untuk membeli keperluan menyambut Ramadan malah dapat membantu mereka meneruskan pengajian. dan sumbangan itu juga merupakan motivasi kepada pelajar miskin untuk berjaya dengan cemerlang dalam pengajian masing-masing.

    “Bagi meringankan bebanan pelajar, pihak UMP juga turut menganjurkan program Ihya’ Ramadan di dalam kampus. Ini termasuklah aktiviti rewang di mana juadah berbuka disediakan secara bergotong-royong oleh staf dari pelbagai pusat tanggungjawab mengikut giliran hari mulai 1 Ramadan hingga 26 Ramadan nanti,” katanya.

    Tambah beliau, dengan kos keseluruhan sebanyak RM 78,000 bagi 26 hari tersebut iaitu RM 3,000 setiap hari, juadah tersebut dapat disajikan untuk jamuan ifthar jama’ie bagi staf dan mahasiswa di UMP Kampus Gambang dan UMP Pekan.

    Menurut Dato’ Dr. Daing, keseluruhan perbelanjaan tersebut dibiayai oleh Tabung Aktiviti Ramadan UMP hasil sumbangan tunai warga universiti ini serta tajaan jamuan ifthar jama’ie oleh para dermawan.

    Selain itu juga, program Ihya’ Ramadan di UMP turut diisi dengan ibadah solat terawih berjemaah, tazkirah Zuhur, tadarus al-Quran dan seminar khas sempena sambutan Nuzul

    Quran. Ujar beliau, dengan

    infrastruktur dan kemudahan yang telah menjalani proses naik taraf di Masjid UMP Kampus Gambang dan UMP Pekan, maka aktiviti-aktiviti tersebut dapat dilaksanakan dengan penuh keselesaan oleh warga universiti ini.

    Agenda pengisian Ramadan ini membuktikan komitmen tinggi warga universiti ini, sama ada staf mahu pun mahasiswa terhadap aktiviti-aktiviti bercorak amal dan kesukarelawan. Malahan, komitmen ini tidak hanya terserlah sepanjang bulan Ramadan, tetapi turut berkesinambungan pada bulan-bulan yang lain.

    Pelbagai inisiatif libat sama (engagement) universiti-komuniti dimanfaatkan UMP agar kewujudannya dirasai dan kepakaran yang dimilikinya turut boleh dikongsi dengan masyarakat akar umbi.

    Selain komitmen berterusan terhadap projek khidmat komuniti di tanah air, kini skop agenda kesukarelawan warga kerja, mahasiswa dan alumni UMP telah turut meliputi komuniti serantau dan antarabangsa.

    Antaranya termasuklah membantu saudara seagama di negara Kemboja dengan Misi “We Serve, We Care“ sejak Ogos 2013 yang mensasarkan 13 projek

    pembangunan infrastruktur dan modal insan untuk warga Madrasah al-Nikmah al-Islamiyyah di Kampung Bait An Long di Wilayah Kompong Cham, Kemboja.

    Begitu juga Misi “Titik Sentuhan“ di Indonesia sejak tahun lalu yang memberi tumpuan kepada pembangunan sosio-ekonomi dan literasi ilmu terhadap masyarakat di Dusun Ngepring yang terletak di pedalaman Daerah Istimewa Yogyakarta.

    Hadir sama dalam majlis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching, YB Dato’ Mohd Zaili Besar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar, YB Dato’Sohaimi Jusoh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis, Khairuddin Mahmud, Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Dato’ Mohd Hilmey Mohd Taib dan ahli-ahli Lembaga Pengarah UMP.

    Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Profesor Dato’ Dr. Mortaza Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Profesor Dr. Mashitah Mohd. Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Profesor Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin dan Pengarah Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN), Dr. Mahyuddin Ismail.

    Tuanku Canselor meriahkan majlis berbuka puasa bersama warga UMP

    Info Sekitar Kampus

  • 6 CREATE

    Penyelidikan & Inovasi

    Sebagai usaha menggalakkan budaya inovasi terhadap aktiviti penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran yang boleh dimanfaatkan sejagat, Universiti Malaysia Pahang (UMP) menganjurkan Malam Anugerah Cendekia Bitara 2013 yang berlangsung di Hotel Zenith Kuantan pada 5 Mei 2014 yang lalu.

    Malam Anugerah Cendekia Bitara (ACB) berjaya menyuntik semangat dalam kalangan warga UMP untuk berkarya dengan kreatif dan inovatif serta menghasilkan kecemerlangan terbilang dengan berpaksikan budaya penyelidikan unggul dan berkualiti tinggi.

    Sebagai sebuah acara tahunan yang berprestij, Malam ACB direka bentuk khusus untuk mengiktiraf sumbangan bermakna dan pencapaian cemerlang warga UMP dalam aktiviti penyelidikan, pengkomersialan, penerbitan, kreativiti dan inovasi serta memperkenalkan Anugerah Akademik Universiti (AAU) dalam kalangan pensyarah yang cemerlang.

    Majlis yang dirasmikan Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Dr. Haji Adnan Haji Yaakob dengan tema “Fire in the Blaze of Glory” pada penganjuran kali keenam ini ternyata mampu menyemarakkan lagi obor kecemerlangan universiti ini.

    Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, pengukuran kedudukan dan penarafan universiti pada hari ini telah meletakkan pemberat (weightage) yang tinggi kepada aspek penyelidikan.

    Justeru, dalam kerangka pelan strategik dan laluan kecemerlangannya, UMP tercabar

    untuk mengangkat agenda penyelidikan ke tahap yang lebih tinggi untuk kekal relevan dan kompetitif dalam sektor pengajian tinggi nasional dan antarabangsa.

    Menurut Dato’ Dr. Daing, dalam kerangka pelaksanaan Pelan Strategik UMP 2011-2015, tumpuan besar terus diberikan untuk memperkasa aras pencapaian universiti ini dalam lapangan penyelidikan, kreativiti dan inovasi sebagai antara kriteria utama kecemerlangan jenamanya dengan dipacu aktiviti-aktiviti seperti mendapatkan geran penyelidik dan penerbitan berimpak tinggi.

    “Menyedari kepentingan bagi melindungi harta intelek, sehingga 2013 terdapat sebanyak 196 permohonan paten telah difailkan di Malaysia dan sepuluh paten difailkan di luar negara.

    “Sebanyak sembilan paten telah mendapat geran atau patent granted dan dua daripadanya dari Amerika Syarikat. UMP juga melindungi harta inteleknya yang lain iaitu 29 hak cipta, 14 cap dagangan dan dua reka bentuk industri,” katanya.

    Beliau berbangga dengan kejayaan para penyelidik yang meraih 36 pingat emas, 25 pingat perak dan 12 pingat gangsa serta tujuh anugerah khas sepanjang tahun lalu di pertandingan sama ada dalam mahupun luar negara.

    Begitu juga dengan penerbitan ilmiah, UMP konsisten memberi tumpuan terhadap kualiti berbanding dengan kuantiti apabila sehingga Disember 2013 sebanyak 340 penerbitan ilmiah telah dihasilkan oleh para pensyarah

    UMP merangkumi karya asli, monograf, artikel jurnal, kertas persidangan, bab di dalam buku (Chapter of book) dan rencana ilmiah.

    Katanya, lebih manis lagi apabila International Journal of Automotive and Mechanical Engineering (IJAME) telah diindeks oleh pangkalan data terkenal dunia iaitu SCOPUS dan Elsevier Bibliographic Database (EBD) dalam tempoh yang singkat, sekaligus membuktikan kemampuan UMP dalam menghasilkan kualiti penerbitan bertaraf dunia.

    Beliau menambah, satu pangkalan data iaitu SCOPUS turut merekodkan dalam bidang kajian dye-sensitized solar cell dan electrospinning, UMP berada pada kedudukan pertama di Malaysia dari aspek jumlah citations yang diperoleh daripada penerbitan artikel-artikel jurnalnya, sekali gus mengatasi universiti-universiti penyelidikan yang lain.

    Malahan, berdasarkan jumlah keseluruhan citations pula, UMP berada di kedudukan tertinggi dalam kalangan Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) yang memberi gambaran sebenar kualiti penerbitan yang telah dihasilkan oleh universiti ini.

    Menurut Dato’ Dr. Daing Nasir, selaras dengan usaha melestarikan kewangan, UMP memperuntukkan satu kawasan yang dinamakan UMP Industrial Technology Engineering Creativity Space (ITECS) yang setakat ini mempunyai keluasan dengan 20 ekar bagi mengkomersialkan produk-produk penyelidikan melalui pembangunan pusat-pusat inkubator yang menawarkan peluang kerjasama dengan industri.

    Cendekia Bitaraiktiraf sumbangan penyelidik dan pensyarah UMP

    6 CREATE

  • CREATE 7

    Bagi Dato’ Dr. Daing Nasir, untuk terus kekal relevan terhadap kawasan sekitarnya terutama industri Petrokimia, UMP membangunkan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Aliran Bendalir Termaju (CARIFF) yang bernilai RM25.28 juta dijangka bakal memberikan impak kepada pertumbuhan ekonomi serta perancangan kerajaan di bawah pelan pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

    UMP juga dilihat terus melangkah ke hadapan lagi dengan menjadikan Pahang sebagai Pusat Bio-Aromatik dengan pembangunan Pahang Bio-aromatic Park di atas tanah berkeluasan 180 ekar di Kampung Serenggam, Mukim Luit, Maran untuk membangunkan Pahang Bio-aromatic Park secara kerjasama dengan ECERDC dan BioTech Corp. Antara inisiatif yang digerakkan ialah membangunkan potensi komersial pati minyak dari tumbuhan herba yang dipanggil Nilam.

    Malahan, penubuhan Pusat Kecemerlangan (CoE) Bio-Aromatik di UMP ini bakal menarik pelaburan daripada tiga syarikat antarabangsa Switzerland dan dua daripadanya akan dimetrai melalui memorandum persefahaman (MoU) bersama UMP tidak lama lagi.

    Dalam majlis, Dato’ Sri Diraja Haji Adnan menyaksikan acara pertukaran dokumen antara Dato’ Dr. Daing Nasir yang mewakili UMP dan AJ Infinite Sdn. Bhd. iaitu syarikat milik alumni UMP ini yang diwakili oleh Syed Mohamad Hamzah al-Junid Syed Abdul Rahman melibatkan kerjasama dengan penyelidik UMP, Dr. Gurumurthy Hedge dalam menghasilkan produk mesra alam sekitar menggunakan beberapa fenomena berkaitan cahaya.

    Antara produk yang akan dihasilkan adalah dalam menghasilkan papan bertulis berasaskan kaca yang tidak membahayakan kesihatan dan menggunakan keamatan UV yang rendah.

    Dato’ Sri Diraja Dr. Haji Adnan juga melahirkan rasa bangga dengan pencapaian UMP terutamanya dalam bidang penyelidikan dan berhasrat untuk membincangkan berkaitan penghasilan produk penyelidikan ini melibatkan usaha sama dengan kerajaan negeri Pahang.

    Beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada seramai 44 staf akademik yang menerima ACB daripada enam kategori anugerah yang diperkenalkan iaitu kategori tokoh, produk penyelidikan, penerbitan, kreativiti, paten dan geran antarabangsa.

    Pensyarah Abdul Syukor Abd. Razak dari Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (FKASA) menang bagi kategori tokoh dan paten. Selain beliau, Profesor Madya Dr. Arun Gupta dari Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA) juga menang bagi kategori paten ini yang baharu diperkenalkan pada tahun ini.

    Satu lagi kategori baharu diperkenalkan ialah geran antarabangsa yang dimenangi oleh Dr. Wan Mohd. Faizal Wan Ishak dari Fakulti Sains & Teknologi Industri (FSTI). Lain-lain kategori ialah produk penyelidikan yang dianugerahkan kepada seramai 14 orang penyelidik serta 23 orang penerima bagi kategori penerbitan jurnal.

    Dalam mengiktiraf pensyarah cemerlang, UMP turut memperkenalkan AAU yang menyaksikan pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE), Dr. Mohd. Rusllim Mohamed dianugerahkan

    Anugerah Pengajaran Cemerlang (Kategori Kejuruteraan) dan bagi kategori Sains Gunaan dianugerahkan kepada pensyarah Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP), Wan Muhammad Syahrir Wan Hussin.

    Lebih 200 dalam kalangan penyelidik dan staf akademik hadir dalam majlis yang turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pengarah UMP (LPU), Dato’ Mohd Hilmey Mohd Taib, dan Pengarah Kumpulan Perkhidmatan & Pendidikan DRB-Hicom Berhad, Dato’ Muhamed Hazlan Muhamed Hussein. Hadir sama ahli LPU, Datuk Aminar Rashid Salleh, Dato’ Haji Ahmad Azmey Haji Abu Talib dan Tuan Haji Ahmad Zakie Haji Ahmad Shariff.

    Malam Anugerah Cendekia Bitara (ACB) berjaya menyuntik semangat dalam kalangan warga UMP untuk berkarya dengan kreatif dan inovatif serta menghasilkan kecemerlangan terbilang dengan berpaksikan budaya penyelidikan unggul dan berkualiti tinggi.

    CREATE 7

  • 8 CREATE

    Dalam berkongsi kepakaran membangunkan teknologi hibrid, Universiti Malaysia Pahang (UMP) menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) sebagai usaha meningkatkan kompetensi tenaga mahir dalam industri automotif dan kenderaan hibrid yang bakal mendominasi pasaran kenderaan masa hadapan.

    Kerjasama dimeterai dalam acara bertukar dokumen antara UMP yang diwakili Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim dan Ketua Pengarah JPKK, Dato’ Amir Mohd. Noor dengan disaksikan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak bersempena Majlis Perasmian Kolej Komuniti Pekan di Pekan pada 17 Mei 2014 yang lalu.

    Selain UMP, lima agensi lain adalah wakil dari industri automotif dan pelancongan termasuk Honda Malaysia, Hicom Automotif Manufacturer Sdn. Bhd., BMW Authorised Dealer-Ingress Auto Sdn. Bhd, Berjaya Group dan Asean Retail Chains Franchise Federation.

    Hadir sama Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri DiRaja Hj Adnan Yaakob, Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris Jusoh, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Dr. Madinah Mohamad

    dan Pengerusi Penasihat Kolej Komuniti Pekan, Dato’ Sh Mohamed Puzi Sh Ali.

    Dengan kerjasama ini, UMP melalui Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) menyumbang kepakaran dalam membangunkan silibus pengajian, melatih tenaga pengajar dalam latihan (TOT) dan sistem pembelajaran e-Learning agar dapat diakses dengan lebih mudah.

    “UMP telahpun menjalankan program kebolehpasaran kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi program kerjasama pintar dengan Kolej Komuniti (KK) dan industri di Malaysia bagi melebarkan akses terhadap peluang kerjaya melalui pendidikan dan latihan teknikal.

    “Ianya dilaksanakan melalui dua bentuk program iaitu Latihan Semula (Re-skilling) dan Peningkatan Kompentensi (Up-skilling) yang diukur dengan pengiktirafan Sijil Modular Kebangsaan (SMK) melalui kerjasama berterusan antara UMP, JPKK dan pihak industri,” katanya.

    Katanya, pelajar dilatih mengikut keperluan industri dan akan terus ditempatkan dalam industri yang terpilih sebagai pekerja mahir dan berpengetahuan (k-Worker).

    Menurut beliau, jalinan strategik ini

    berjaya memberi manfaat kepada lebih 500 orang penuntut Kolej Komuniti yang mengikuti Program Kebolehpasaran Graduan Kolej Komuniti (Terus ke Pekerjaan) sejak tahun diperkenalkan dua tahun lalu di 13 kolej komuniti seluruh negara termasuklah KK Sungai Petani, KK Kepala Batas, KK Rompin, KK Pekan, KK Gerik, KK Pasir Salak, KK Bukit Beruang dan KK Kuala Terengganu.

    UMP juga membantu JPKK untuk mengenal pasti elemen-elemen tambahan dan sokongan yang berupaya menambah nilai (value-add) kepada kandungan program-program yang dijalankan di kolej-kolej komuniti.

    Penyelaras program, Dr. Gan Leong Ming yang juga merupakan pensyarah FKM berkata, pada masa ini program melibatkan usaha sama dengan Pengusaha Bengkel Automotif Kebangsaan dan industri yang dilaksanakan di Pusat Teknologi Kenderaan Hibrid dan Elektrik di Kolej Komuniti Kepala Batas.

    Dalam melahirkan mekanik yang mahir dalam bidang pengendalian enjin berteknologi hibrid, pihaknya mensasarkan seramai 1200 pelatih bakal mengikuti program berteknologi tinggi dan diiktiraf menerusi empat tahap kursus jangka pendek yang ditawarkan selama 10 hari di kolej komuniti yang bakal diperluas di beberapa kolej komuniti lain di Malaysia.

    Dr. Gan berkata, pada masa ini, kandungan kursus adalah berdasarkan Tahap 1 bagi Kursus Asas (Awareness) terbuka untuk pelajar sekolah dan penuntut pengajian universiti yang berminat dalam teknologi hibrid. Ianya sebagai nilai tambah pelajar dalam kemahiran tinggi ini.

    Manakala tahap kedua, tiga dan keempat adalah kursus berkaitan pertukaran enjin, penyelenggaraan komponen hibrid dan kerja-kerja pemeriksaan enjin hibrid.

    Sinergi UMP bersama JPKK ini mampu mentransformasi tenaga kurang mahir ini menjadi tenaga separuh mahir atau mahir bagi memenuhi keperluan guna tenaga negara secara kompetitif.

    Jalinan Kerjasama

    UMP sumbang kepakaran bantu Kolej Komuniti dalam Teknologi Hibrid

  • CREATE 9

    Akademik & Antarabangsa

    Lebih 100 orang peserta menyertai Teaching Excellence in Higher Education Seminar 2014 (TECHSE) yang berlangsung di Sri Manja Hotel, Kuantan selama dua hari mulai 25 Ogos 2014 yang lalu.

    Seminar yang mendapat kerjasama daripada Bahagian Perhubungan Perusahaan, Kementerian Pendidikan Malaysia bertujuan menangani cabaran pengajaran dan pembelajaran di Insititusi Pendidikan Tinggi (IPT) untuk memudahkan, meningkatkan dan memperbaiki kualiti pendidikan tinggi.

    Penganjuran seminar buat kali yang ketiga ini juga melibatkan penyertaan dalam kalangan ahli-ahli akademik dalam industri yang berpeluang membincangkan mengenai perkongsian kepakaran, siswazah dan lain-lain perkara yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran.

    Menurut Pengarah Seminar TECHSE 2014, Dr. Zailin Shah Yusoff yang merupakan pensyarah di Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan (PBMSK) berkata, antara isu-isu

    yang dibincangkan adalah memperkasakan Institusi Pengajian Tinggi untuk melahirkan graduan tenaga kerja sedia.

    “Matlamat utama seminar ini adalah untuk membawa bersama-sama ahli akademik dalam wacana tertentu yang akan memudahkan, meningkatkan dan memperbaiki kualiti pendidikan tinggi ke arah pengantarabangsaan,” katanya.

    Selain mewujudkan peluang untuk berkongsi amalan terbaik, seminar turut berkongsi maklumat melalui pameran yang berkaitan dengan bidang pembelajaran.

    Antara panel yang dijemput ialah Ahli Lembaga Pengarah UMP (Alumni), Syed Hamzah Al-Junid, Naib Presiden Kanan dan R&D Talent Development Collaborative Research in Engineering, Science and Technology (CREST), Dr. Nor Azmi Alias.

    Lain-lain adalah Koordinator program automotif dan profesor dari University of Applied Sciences Karlsruhe (HSKA), Profesor Dr. Ing. Maurice Kettner dan Pengurus Besar

    Bahagian Sumber Manusia Mercedes-Benz Malaysia Sdn. Bhd., Norlida Shariff. Turut hadir Pengarah, Pusat Inovasi & Daya Saing Akademik (CAIC) UMP, Profesor Dr. Mohd. Ridzuan Nordin.

    100 sertaiSeminar TECHSE

    Matlamat utama seminar ini adalah untuk membawa bersama-sama ahli akademik dalam wacana tertentu yang akan memudahkan, meningkatkan dan memperbaiki kualiti pendidikan tinggi ke arah pengantarabangsaan.

  • 10 CREATE

    Persidangan Antarabangsa Automotif bincang kenderaan

    teknologi hijauBagi memangkin

    perkembangan dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan automotif berteknologi hijau, Universiti Malaysia Pahang (UMP) menganjurkan Persidangan Antarabangsa Inovasi Automotif dan Kenderaan Teknologi Hijau (AIGEV) pada 26 Ogos 2014 yang lalu di Hotel Swiss Garden Resort & Spa, Kuantan, Pahang.

    Penganjuran program mendapat sokongan kerjasama daripada rakan strategik. Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua), Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan Malaysia Automotive Institute (MAI).

    Majlis perasmian disempurnakan Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Dato’ Jebasingam Issace John manakala Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Mohammad Madani Sahari turut hadir menyampaikan ucaptama dalam

    persidangan kali ini. Turut membentangkan kertas

    kerja, Profesor Dr. Ing. Maurice Kettner dari Karlsruhe University of Applied Science Jerman dan Profesor Dr. Viswanatha Sharma Korada dari Universiti Teknologi Petronas.

    Dalam ucapan perasmian, Dato’ Dr. Daing Nasir berkata, UMP mengalu-alukan kehadiran peserta dalam kalangan ahli akademik, saintis, penyelidik dan pemain industri untuk berkongsi kepakaran dalam bidang teknologi hijau dan berkaitan industri automotif masa depan.

    “Kumpulan berkepakaran ini mampu mempromosikan teknologi mesra alam yang mampu mengurangkan tahap kebergantungan terhadap penggunaan bahan api fosil. Ianya bukan suatu cabaran yang kecil memandangkan hasil penemuan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) Amerika Syarikat pada tahun 2004 mendapati 13 peratus daripada pelepasan gas rumah hijau global telah dihasilkan daripada sektor pengangkutan termasuklah

    penggunaan kenderaan di lebuh raya kita,” katanya.

    Menurut beliau, pelepasan gas rumah hijau daripada sektor ini terutamanya melibatkan bahan api fosil dibakar untuk jalan raya, keretapi, pengangkutan udara dan laut. Pergantungan terhadap bahan api fosil menghampiri 95 peratus daripada tenaga pengangkutan di dunia datang daripada bahan api berasaskan petroleum, terutamanya petrol dan diesel.

    Selain itu, pelepasan gas rumah hijau telah mencemarkan udara dan membahayakan kelestarian alam sekitar dalam tempoh jangka masa yang panjang.

    Justeru, dalam mendepani cabaran global melibatkan kerjasama antara negara ini memerlukan polisi dan insentif terhadap inovasi automotif melibatkan penggunaan tenaga hijau untuk berdepan dengan permintaan di pasaran global.

    Katanya, UMP komited dalam menjalankan penyelidikan dan pengkomersialan dalam bidang automotif dan teknologi hijau

    menerusi Pusat Kejuruteraan Automotif (AEC) berhubung rapat dengan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM).

    Malahan, UMP juga mewujudkan Pasukan Penyelidik Automotif yang memberi fokus terhadap penyelidikan ini dan pihaknya menawarkan hubungan kerjasama strategik dengan industri berkaitan.

    Sementara itu, Dato’ Jebasingam Issace berkata, pihak ECERDC memuji inisiatif UMP dalam menganjurkan persidangan yang menggalakkan pertukaran idea dan perbincangan mengenai inovasi automotif dan kenderaan tenaga hijau.

    Pengeluaran premium dan teknologi alternatif kenderaan, termasuk pembangunan vendor bersepadu merupakan antara industri yang digalakkan dalam Taman Automotif Pekan (PAP) sebagai salah satu projek utama ECERDC dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan PAP ditetapkan sebagai pusat pengeluaran automotif di bawah Dasar Automotif Nasional.

    Akademik & Antarabangsa

  • CREATE 11

    Katanya, PAP kini merupakan sebagai pangkalan serantau ASEAN untuk pemasangan kereta Volkswagen, Suzuki dan Mercedes Benz dan kini sedang diperluaskan untuk memenuhi pengeluar automotif sedia ada dan yang baharu.

    PAP adalah sebuah taman perindustrian yang matang yang telah beroperasi sejak tahun 1984 dan ianya terletak di lokasi strategik di dalam Zon Ekonomi Khas ECER (ECER SEZ) berhampiran dengan Pelabuhan Kuantan yang sedang berkembang menjadi sebuah pelabuhan laut dalam. Ianya sekaligus menjadikannya sebagai pilihan ideal untuk pemain industri automotif.

    Taman ini menawarkan 237 ekar tanah berharga kompetitif untuk pelaburan, dalam persekitaran yang sedia infrastruktur dan mesra pelabur.

    Para pelabur juga boleh memanfaatkan adanya modal

    insan mahir bagi industri berkaitan automotif di ECER, serta pakej menarik insentif fiskal dan bukan fiskal yang ditawarkan di wilayah tersebut.

    Majlis turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Profesor dato’ Dr. Mortaza Mohamed, Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM), Profesor Madya Dr. Rizalman Mamat yang juga Pengerusi Pameran Teknologi Hijau (IGE), Dekan Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP), Profesor Madya Dr. Wan Azhar Wan Yusoff dan Pengarah AEC yang merupakan Pengerusi Persidangan AIGEV, Dr. Abd. Adam Abdullah.

    Persidangan menyaksikan lebih 200 peserta dalam dan luar negara turut serta dalam persidangan. Orang ramai yang berkunjung juga berpeluang melawat pameran teknologi hijau termasuk reruai UMP Mechapro, Dewetron PreLtd dan ECERDC dan PNT Marketing.

    UMP komited dalam menjalankan penyelidikan dan pengkomersialan dalam bidang automotif dan teknologi hijau menerusi Pusat Kejuruteraan Automotif (AEC) berhubung rapat dengan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM)

  • 12 CREATE

    Kualiti dan Inovasiteras budaya kerja cemerlang warga UMPUniversiti Malaysia Pahang (UMP)

    mengiktiraf dan menghargai sumbangan khidmat bakti seramai 130 orang warganya yang cemerlang sempena penganjuran Hari Kualiti dan Inovasi pada 15 Mei 2014 yang lalu.

    Majlis diadakan sebagai satu acara tahunan sebagai galakan memupuk budaya kerja cemerlang mendasari tiga petunjuk utama iaitu kualiti, inovasi dan kreativiti.

    Majlis bertemakan `Kualiti dan Inovasi Asas Kecemerlangan’ itu menyaksikan penyampaian lapan jenis anugerah iaitu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Hadiah Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK), Hadiah Persekitaran Berkualiti (Amalan 5S), Hadiah ICT (K-Portal), Hadiah Penerbitan, Anugerah Sukan, Anugerah Kualiti Naib Canselor dan Anugerah Khas Cemerlang Penarafan 5 Bintang Malaysia Government Portals and Websites 2013’ oleh Multimedia Development Corporation Malaysia (MDec).

    Menurut Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim, tanggungjawab dalam melaksanakan agenda Pelan Strategik UMP menyaksikan segala komitmen, kesungguhan dan peranan bukanlah semata-mata terbatas kepada kumpulan pengurusan atau peringkat pelaksanaan tertentu sahaja.

    Malahan bersifat holistik kepada semua kumpulan pengurusan dan peringkat pelaksana iaitu para akademia dan birokrat, kumpulan pengurusan tertinggi, pengurusan dan profesional serta pelaksana, merentasi semua skim perkhidmatan dan gred jawatan.

    “Pemarkahan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan dalam kalangan warga kerja juga turut merangkumi aspek sumbangan kepada Bidang Keberhasilan Utama (KRA) Universiti sebagai kriteria penilaian.

    “Aspek-aspek penting yang mendasari

    kualiti dan inovasi merupakan rangkaian nilai tambah kepada kaedah operasi dan sistem penyampaian perkhidmatan oleh UMP. Maka, penterjemahan nilai kualiti dan inovasi secara berterusan di setiap Pusat Tanggungjawab akan menyumbang secara langsung kepada aras prestasi UMP,” katanya dalam Majlis Perasmian Hari Kualiti dan Inovasi 2014 yang berlangsung di Dewan Astaka UMP.

    Beliau berkata, oleh kerana persepsi umum dan pemegang taruh terhadap universiti ini telah distrukturkan dalam pelbagai bentuk standard penilaian dan pengauditan, maka keupayaan untuk menyelenggara satu sistem penyampaian yang efisien, efektif dan fasilitatif merupakan antara faktor yang kritikal untuk diberi perhatian.

    Pihaknya memberikan perhatian yang serius terhadap saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak bahawa agenda transformasi kerajaan perlu digerakkan oleh warga penjawat awam yang dinamik dan berwawasan.

    Dato’ Dr. Daing berkata, warga kerja UMP akan terus mengamalkan budaya kerja cemerlang berasaskan nilai, berfokuskan strategi dan berpandukan prestasi dalam fasa pecutan terakhir Pelan Strategik UMP 2011-2015 diikuti dengan peralihan kepada Pelan Strategik UMP 2016-2020 yang merupakan satu cabaran yang besar.

    Dalam majlis itu juga beliau melancarkan enam buah buku yang dihasilkan Jabatan Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa sebagai panduan khususnya di kalangan staf akademik iaitu Academic Staff Handbook, Basic Learning and Teaching Courses, Daftar Program Akademik, Terma Rujukan bagi Lantikan Luar, Sedekad Kegemilangan Akademik dan Antarabangsa 2002-2012 dan Pencapaian UMP 2013 – fakta dan angka.

    Bagi pertandingan KIK dimenangi Kumpulan Sirec dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA), naib johan dimenangi Kumpulan Easylib dari Jabatan Perpustakaan dan tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan Conpro dari JHEAA.

    Dalam mewujudkan persekitaran kerja berkualiti ke arah kecemerlangan budaya kerja di universiti ini menyaksikan Pertandingan Kitar Semula (3R) dimenangi Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (FKASA), tempat kedua Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi (PTMK) dan ketiga Perpustakaan. Manakala bagi kategori Pertandingan Tempat kerja Terbaik pula dimenangi Faizul Nizam Ibrahim dari Bahagian Pengurusan Akademik diikuti Suriayati Mohd Sidek dari Jabatan Pendaftar dan Mohd Raizalhilmy Mohd Rais dari JHEAA.

    12 CREATE

    Info Sekitar Kampus

  • CREATE 13

    Hadiah ICT (k-Portal) pula dimenangi Pejabat Naib Canselor untuk kategori pentadbiran dan bagi kategori akademik dimenangi Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan (PBMSK) yang masing-masing membawa pulang sijil dan hadiah RM2,000.00

    Hadiah Penerbitan bagi Karya Asli Terbaik Penerbit UMP dimenangi pasangan Profesor Madya Dr. Zularisam Ab. Wahid dan Profesor Madya Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim dengan tajuk buku “Enzymatic Membrane Reactor For Fine Chemical”.

    Manakala Anugerah Sukan dimenangi oleh Pengurus Pasukan Hoki Lelaki iaitu Hazami Che Hussain yang membawa pulang sijil penghargaan dan wang tunai RM2,000.00.

    Pada tahun ini tiada jabatan atau fakulti yang memenangi Anugerah Kualiti Naib Canselor dan hanya menganugerahkan Hadiah Harapan Anugerah Kualiti Naib Canselor kepada Jabatan Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa. Mereka membawa pulang sijil penghargaan dan wang tunai RM5,000.00.

    Sebagai menghargai warga UMP dalam mencapai penarafan 5 bintang dalam Malaysia Government Portals and Websites Assessment bagi tahun 2013, universiti menyampaikan anugerah khas kepada pegawai laman web/portal UMP, Mohd. Suhaimi Hassan yang mewakili Jawatankuasa Induk Laman Web dan Portal UMP.

    Majlis turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Profesor Dr. Mashitah Mohd. Yusof, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Profesor Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin dan Pendaftar, Haji Mustafa Ibrahim.

    Aspek-aspek penting yang mendasari kualiti dan inovasi merupakan rangkaian nilai tambah kepada kaedah operasi dan sistem penyampaian perkhidmatan oleh UMP. Maka, penterjemahan nilai kualiti dan inovasi secara berterusan di setiap Pusat Tanggungjawab akan menyumbang secara langsung kepada aras prestasi UMP.

    CREATE 13

  • 14 CREATE

    Universiti Malaysia Pahang (UMP) menganjurkan Seminar Pengajian Pahang bagi membincangkan legasi keilmuan masyarakat di negeri ini dalam pelbagai bidang seperti sejarah, agama, sosioekonomi, budaya, pendidikan, teknologi dan pembangunan sumber manusia pada 11 September 2014 yang lalu.

    Program anjuran Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan (PBMSK) ini berjaya memperkaya dan memperkukuhkan rujukan ilmiah berkaitan legasi Pahang dalam bentuk pangkalan data bagi menghasilkan resolusi untuk pelan pembangunan negeri Pahang serta mengetengahkan kemasyhuran legasi Pahang dari pelbagai aspek ke persada antarabangsa.

    Hadir menyempurnakan perasmian Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani,

    Dato’ Haji Shafik Fauzan Sharif. Hadir sama Pengerusi Majlis Bekas Wakil rakyat (MUBARAK), Tan Sri Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Rahman dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Profesor Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin.

    Dalam ucapan perasmiannya, Dato’ Haji Shafik merakamkan penghargaan terima kasih kepada pihak UMP yang berjaya

    menganjurkan seminar yang julung kali diadakan bersempena program memuliakan sambutan 40 tahun pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah pada tahun ini.

    Sementara itu, Profesor Dato’ Dr. Yuserrie yang hadir membacakan teks Naib Canselor UMP berkata, program ini dapat memberi pencerahan merangkumi pelbagai aspek dan perspektif merupakan satu pengayaan (enrichment) kepada khazanah pengetahuan dan maklumat ilmiah berkaitan pengajian Pahang sebagai satu disiplin akademik dan penyelidikan yang sangat berpotensi besar untuk terus dikembangkan.

    “UMP akan mewujudkan Kursi Pengajian Pahang tidak lama lagi bagi

    menggalakkan usaha-usaha penyelidikan berkenaan aspek sejarah, kebudayaan, ekonomi, kemasyarakatan dan politik negeri ini.

    “Pengwujudan Kursi Pengajian Pahang ini telah pun dimuktamadkan dan pelantikan penyandang pertamanya akan dibuat selepas pelancaran rasminya kelak,” katanya dalam majlis perasmian di Hotel MS Garden Hotel, Kuantan, Pahang.

    Tambah beliau, permuafakatan kita melalui dapatan daripada kupasan ilmiah isu-isu tersebut tidak akan terhenti selepas tamatnya seminar ini, malah akan diketengahkan untuk makluman dan perhatian Kerajaan Negeri Pahang serta agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

    Malahan, ianya penting bagi memastikan apa yang diwacanakan dalam seminar ini tidaklah berakhir sebagai retorik semata-mata, namun berupaya diterjemahkan kepada inisiatif-inisiatif yang menambah nilai kepada pengayaan ilmu pengetahuan dan literasi masyarakat terhadap aspek sejarah dan jati diri negeri Pahang.

    Selain itu, hasil penemuan dan buah fikiran para ilmuwan ini akan menjadi intipati penting dalam membentuk wadah pemikiran rakyat dan memberi kesedaran kepada masyarakat umum dan menjadi legasi penting yang dapat kita wariskan kepada generasi yang akan datang.

    Katanya, legasi ilmu untuk generasi masa depan ini seharusnya dibuat dalam bentuk yang teratur dan bersturuktur bagi memudahkan rujukan.

    UMP anjurSeminar Pengajian Martabatkan Warisan Legasi Negeri Pahang

    14 CREATE

    Info Sekitar Kampus

  • CREATE 15CREATE 15

    Justeru, beliau menyarankan supaya idea untuk menerbitkan Jurnal Pengajian Pahang dapat diperhalusi dan diwacanakan oleh warga seminar ini memandangkan dengan keupayaan yang dimilikinya, khususnya di PBMSK ini, UMP bersedia untuk menjadi penerbit kepada Jurnal yang dicadangkan tadi.

    Bagi Dekan PBMSK, Profesor Dr. Abd Jalil Borham berkata, bertemakan `Memartabat Jati Diri dan Warisan Pahang’ ianya mengetengahkan sejarah legasi Islam di Pahang bermula dari tarikh kedatangannya ke negeri ini sehingga melahirkan kesan dan pengaruh yang besar terhadap masyarakat Pahang.

    Tambah beliau, kedatangan Islam dan perkembangannya di Alam Melayu khususnya di Pahang serta kesannya kepada rakyat di negara tersebut adalah satu bidang kajian yang sangat penting untuk melahirkan gambaran yang tepat dalam sejarah Islam di Nusantara setelah ianya dikaburi oleh berbagai teori orentalis.

    Menurut beliau sebelum kajian lebih lanjut tentang sejarah kedatangan Islam ke alam Melayu ini adalah perlu kita lihat terhadap tahap-tahap kedatangan Islam bermula dari asal kedatangannya hinggalah kepada subjek kajian yang akan dibincangkan.

    Dalam seminar ini beliau juga turut membentangkan kertas kerja berkaitan kajiannya tentang penemuan sebuah batu nisan yang ditemui di Kampung Permatang Pasir, Pulau Tambun, Pekan yang jaraknya dengan UMP Kampus Pekan sejauh 4.5 km.

    Pada batu ini tertulis ayat-ayat al-Quran dan syair Arab di samping terdapat tarikh si mati meninggal dunia pada waktu Subuh hari Rabu 14hb. Rabi`ul Awal tahun 419 Hijrah.

    Mengikut kiraan penyelidik tarikh tersebut adalah bersamaan dengan 12 April tahun 1028 Masihi Pengesanan tarikh yang tercatat pada batu nisan ini telah dilakukan pada 6hb Ogos 1980 oleh pihak Jabatan Agama Islam Pahang dan disahkan oleh Kurator/Setiausaha Lembaga Muzium Negeri Pahang, Mohd Mokhtar Abu Bakar.

    Turut dibincangkan pada seminar ini adalah Arkeologi dan Tamadun Negeri Pahang yang disampaikan Felo Penyelidikan Utama, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Emeritus Dato’ Dr. Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman dan KDYMM Sultan sebagai Ketua Agama oleh Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dato’ Sri Dr. Zaleha Kamaruddin.

    Sebanyak 14 kertas kerja dibentang dan termasuklah bagi kluster sosioekonomi iaitu Timbalan Pengarah (Pembangunan), Jabatan Pertanian Negeri Pahang, Ab. Wasa Mohd. Nor, Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser, Ishak Mukhtar dan Pengurus Besar, Bahagian Pembangunan ECERDC, Mohd. Norlisam Mohd. Nordin.

    Kira-kira seramai 100 tetamu hadir mendengar kupasan bagi empat kluster yang terdiri daripada kluster pembangunan masyarakat dan pendidikan, sejarah dan budaya, agama dan kesultanan serta sosioekonomi.

    Kedatangan Islam dan perkembangannya di Alam Melayu khususnya di Pahang serta kesannya kepada rakyat di negara tersebut adalah satu bidang kajian yang sangat penting untuk melahirkan gambaran yang tepat dalam sejarah Islam di Nusantara setelah ianya dikaburi oleh berbagai teori orentalis.

    CREATE 15

  • 16 CREATE

    Akademik & Antarabangsa

    Persidangan Statistik kumpul pakar Matematik dan Sains

    Fakulti Sains & Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang (UMP) menganjurkan persidangan antarabangsa `The 2nd ISM International Statistical Conference 2014 with Applications in Sciences and Engineering (ISM-II) selama tiga hari bertempat di Hotel MS Garden Kuantan pada12 Ogos 2014 yang lalu.

    Dengan hasrat untuk memperluas dan mengembangkan Ilmu Sains dan Matematik, persidangan dengan tema `Empowering the Applications of Statistical and Mathematical Sciences’ ini mendapat kerjasama daripada Institut Statistik Malaysia (ISM) dan Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA).

    Majlis perasmian disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Dato’ Norol Azali Sulaiman yang hadir mewakili Menteri Besar Pahang.

    Menurut Dato’ Norol Azali, dalam usaha mencapai negara maju menjelang tahun 2020, pihak kerajaan kini bekerja keras dalam memastikan pembangunan mapan untuk berdepan dengan persaingan global.

    Justeru, bidang Matematik dan Statistik turut menyumbang dan berperanan dalam menyelesaikan permasalahan dalam aktiviti seharian.

    “Dialog secara intelektual ini mampu

    menyumbang terhadap memperkaya pengetahuan dan menjalinkan hubungan baik dengan para penyelidik dari pelbagai institusi berkaitan,” katanya semasa menyampaikan ucapan.

    Sementara itu, Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, persidangan ini berjaya mengumpulkan para penyelidik dalam bidang Sains Matematik dari dalam dan luar negara.

    “Ianya turut menyediakan landasan bagi penyelidik serta pengamal Sains dan Matematik untuk berkongsi idea dan pengalaman dalam penyelidikan masing-masing.

    “Tanpa ilmu Matematik dan Statistik, para jurutera tidak akan mampu menyediakan projek yang memerlukan mereka menguasai ilmu kejuruteraan dan menjadikan mereka sebagai jurutera yang kompeten pada masa hadapan,” katanya.

    Beliau berkata, UMP memberi tumpuan terhadap bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi dan FSTI ini mampu melahirkan tenaga pakar dalam bidang Matematik dan Statistik untuk masa hadapan.

    Tambahnya, seramai tiga orang pakar dalam bidang ini dijemput membentangkan kertas kerja iaitu Profesor Xuerong Mao dari University of Strathclyde, Glasgow, United

    Kingdom, Profesor Dr. Rahmatullah Imon dari Ball State University, Amerika Syarikat dan Profesor Thavaneswaran dari University of Manitoba, Kanada.

    Antara bidang yang turut menjadi tumpuan antaranya adalah Statistik, Statistik Gunaan, Pemodelan Persamaan Struktur, Analisis Bayes, Sains Aktuari, Perlombongan Data, Ekonometrik, Matematik Tulen, Pendidikan Matematik, Matematik Gunaan, Kewangan, Kualiti dan Produktiviti serta lain-lain bidang yang berkaitan dengan bidang keilmuan Sains Matematik.

    Persidangan pada kali ini berjaya menarik lebih 200 orang peserta dalam dan luar negara dan menariknya prosiding persidangan kali ini akan diterbitkan oleh The American Institute of Physics (AIP) dalam AIP Conference Proceedings yang diindeks dalam Institut Scientific Information (ISI), Scopus dan beberapa pangkalan data yang lain.

    Hadir sama Presiden ISM, Profesor Dr. Kamarulzaman Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Profesor Dato’ Dr. Mortaza Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Profesor Dr. Mashitah Mohd. Yusoff, Dekan FSTI, Profesor Dr. Jamil Ismail dan Pengarah Program, Dr. Roslina Zairimah Zakaria.

  • CREATE 17

    Info Sekitar kampus

    Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerima sumbangan zakat Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) sebanyak 30 ribu ringgit untuk dimanfaatkan pelajar bagi menampung perbelanjaan sepanjang pengajian mereka di universiti ini.

    UMP amat menghargai keprihatinan BIMB dalam melunaskan kewajipan sosial korporatnya dengan menyalurkan sumbangan zakat untuk dimanfaatkan oleh para asnaf dari kalangan warga mahasiswa yang memerlukan bantuan kewangan.

    Menurut Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim, dengan populasi mahasiswa yang kini melebihi 8 ribu orang di kedua-dua kampusnya iaitu di Gambang dan Pekan, cabaran untuk menguruskan kebajikan dan kesejahteraan mereka turut meningkat.

    “Komitmen pihak swasta dan korporat, sebagaimana yang dizahirkan oleh BIMB amatlah dialu-alukan oleh pihak pengurusan UMP.

    “Penyaluran sumbangan zakat ini membolehkan pengurusan keperluan asas dan kebajikan para mahasiswa UMP dapat dipantau, apatah lagi dalam menghadapi Sesi Akademik 2014/2015 yang bakal bermula pada awal September nanti,” katanya dalam Majlis Penyerahan Zakat Bank Islam yang berlangsung di Dewan Tun Fatimah di Kompleks Pentadbiran Utama UMP Kampus Gambang pada 7 Ogos 2014 yang lalu.

    Ujar beliau, tidak dapat dinafikan bahawa

    segelintir mahasiswa universiti ini yang datang dari keluarga yang berpendapatan rendah menghadapi kesukaran untuk menangani kos sara hidup yang agak tinggi di kampus.

    Katanya, kebanyakan mahasiswa ini menerima pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), namun terdapat kes-kes di mana para mahasiswa yang datang dari keluarga miskin atau berpendapatan rendah mengirim pula wang pinjaman PTPTN tersebut kepada keluarga mereka.

    Keadaan ini menyebabkan mahasiswa tersebut terpaksa mengikat perut dan berhadapan dengan masalah kewangan untuk menyara kos pengajian dan makan minum, yang seterusnya mengakibatkan sesetengah dalam kalangan mereka merasa tertekan, hilang motivasi dan rendah diri.

    Malahan, situasi ini sekiranya dibiarkan berterusan, dibimbangi akan memberi kesan negatif kepada aras pencapaian akademik mahasiswa tersebut. Justeru, atas kesedaran tersebut, maka pihak pengurusan UMP terus mencari jalan bagi membantu meringankan beban mereka dalam perimeter keupayaan sedia ada.

    Tambah beliau, pemerhatian umum yang dibuat oleh pihak pengurusan UMP mendapati bahawa sebahagian mahasiswa yang menghadapi masalah kewangan ini lazimnya tidak cenderung untuk tampil berkongsi masalah kewangan mereka. Perasaan malu,

    segan dan rendah diri yang ada menyebabkan mereka memilih untuk memendamkan masalah yang memerlukan staf kami untuk lebih proaktif mendekati dan mendampingi mereka untuk dibantu.

    Selain itu, beliau turut meminta para kaunselor, felo di Kolej Kediaman dan para pensyarah yang menjadi Penasihat Akademik untuk mengoptimumkan peranan mereka dalam konteks ini.

    Majlis penyerahan cek disampaikan Pengurus Besar (Hubungan Strategik), BIMB, Dato’ Wan Ismail Wan Yusoh. Hadir sama Pengurus Besar, Bahagian Syariah, Ustaz Haji Mohd Nazri Chik, Pengurus Kawasan Timur, Wan Rosita Wan Mohamed dan Pengurus Perniagaan Pengguna Kawasan Pahang, Dato’ Abd Manan Talib.

    Dalam ucapannya, Dato’ Wan Ismail juga menyarankan agar UMP dapat menjalinkan kerjasama strategik dengan Bank Islam dalam mewujudkan aset wakaf atau endowmen untuk dimanfaatkan bersama apatah lagi masyarakat Malaysia cenderung terhadap pemberian sumbanganan.

    Majlis turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Profesor Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin, Bendahari UMP, Zainuddin Othman, Pengurus Kanan, Komersial Pahang, Azmi Abdullah, Pengurus Cawangan Kuantan, Amirudin Mohamed Ariffin dan Pengurus Cawangan Putra Square, Mohamad Azuari Mohamed.

    UMP terima sumbangan

    30 ribuzakat Bank Islam

  • 18 CREATE

    Satu lawatan kerja rasmi ke University of Southern Queensland (USQ), Australia telah dijalankan oleh Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTeK) yang diwakili Ketua Program Pengurusan Infrastruktur, Dr. Nurhidayah Azmy pada 7 Jun 2014 yang lalu dalam rangka lawatan berkunjung melawat universiti berkenaan.

    Lawatan ini bertujuan untuk membincangkan secara terperinci akan hal-hal berkaitan program dwi-ijazah UMP bagi Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi (Pengurusan Infrastruktur) melibatkan kerjasama UMP dan USQ yang bakal ditawarkan universiti ini.

    Hadir sama dalam perbincangan ialah Pengarah Eksekutif, Pembangunan dan Antarabangsa USQ, Profesor Dr. Talal Yusaf, Pengurus Hubungan Antarabangsa (Pasaran Baharu dan Rakan Kerjasama), Louis Fernandes, Ketua Sekolah Kejuruteraan Awam dan Kajian, Fakulti Kesihatan, Kejuruteraan dan Sains), Profesor Kevin McDougall dan pensyarah USQ, Profesor Madya Dr. Karu Karunasena dan Dr. Muhammad N. Mahmood.

    “Aspek perbincangan dan pemerhatian yang dijalankan meliputi syarat kemasukan pelajar, kurikulum Program Pengurusan Infrastruktur, aspek pengajaran dan pembelajaran serta

    tinjauan kemudahan dan fasiliti untuk pelajar yang disediakan oleh pihak USQ,” katanya baru-baru ini.

    Beliau turut berpeluang melawat makmal-makmal kejuruteraan awam dan Infrastruktur serta melakukan pemantauan pengajaran di kelas bagi mengenal pasti teknologi dan kaedah yang digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    Hasil lawatan ini membolehkan pihak fakulti memahami dan mendapatkan gambaran sebenar bagaimana program Pengurusan Infrastruktur ini dijalankan di universiti itu.

    Menurut Dr. Nurhidayah, Profesor Talal telah melawat UMP pada awal tahun ini segala persiapan dan persediaan UMP dalam menawarkan program kerjasama ini telah sampai ke peringkat akhir terutamanya melibatkan perincian yuran dan struktur kurikulum.

    Kedua-duanya dijangka sedang meyiapkan rangka Memorandum Perjanjian (MoA) yang dijadualkan akan ditandatangani dalam tempoh terdekat pada tahun ini. Kerjasama ini sangat bermakna bukan sahaja dalam penawaran program dwi-ijazah malahan bakal menjalinkan lain-lain kerjasama untuk dimanfaatkan kedua-dua pihak.

    FTeK lawat USQ bincang program dwi-ijazah Program Pengurusan Infrastruktur

    Akademik & Antarabangsa

    Berita dan Foto oleh: DR. NURHIDAYAH AZMY

  • CREATE 19

    Universiti Malaysia Pahang (UMP) terus giat melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mempromosikan peluang pengajian tinggi di peringkat antarabangsa dan baru-baru ini, UMP bersama sembilan lagi institusi pengajian tinggi di Malaysia menyertai Pameran Pendidikan Ke-9 di Dedeman Hotel, Silkroad Tashkent Uzbekistan pada 9 Mei 2014 yang lalu.

    Program turut dihadiri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pendidikan Malaysia yang mengadakan lawatan rasmi ke Uzbekistan dalam meningkatkan hubungan dalam bidang pendidikan.

    Timbalan Dekan Institut Pengajian Siswazah (IPS) merangkap Ketua Pasukan Promosi Asia Tengah UMP, Dr. Ahmad Ziad Sulaiman berkata, pihaknya juga berpeluang bertemu bakal calon pelajar dalam program ceramah kerjaya dan hala tuju pendidikan di Akademik Litseyi (Lyceum) International House Tashkent yang merupakan antara pusat matrikulasi terkemuka di Uzbekistan.

    “UMP menerima maklum balas dari lebih 100 pelajar yang menyatakan hasrat untuk menyambung pengajian mereka dalam bidang kejuruteraan, perniagaan dan bahasa

    di peringkat prasiswazah dan pengajian siswazah,” katanya.

    Tambah Dr. Ahmad Ziad, penerimaan oleh bakal pelajar di Uzbekistan ini sangat memberangsangkan dan membuktikan keterampilan jenama UMP di persada antarabangsa.

    Turut menyertai delegasi UMP ke Uzbekistan ialah Timbalan Pengarah Pusat Akademik & Kerjaya German (GACC), Mohamed Rafiee Kamarudin.

    Pameran yang berlangsung selama tiga hari ini memperlihatkan kualiti pendidikan di Malaysia telah menarik minat sebilangan besar pelajar di Uzbekistan.

    Sementara itu, Dekan Institut Pengajian Siswazah (IPS), Profesor Dr. Abdullah Embong berkata, program pemasaran dan promosi antarabangsa yang dilaksanakan ini merupakan program yang telah dirancang awal pihak IPS.

    “Ianya juga adalah penunjuk prestasi utama (KPI) yang disasarkan pada tahun ini berdasarkan kepada Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dalam meningkatkan bilangan siswazah di universiti ini.

    “Penyertaan UMP dalam pameran antarabangsa ini akan merealisasikan

    hasrat universiti ini untuk menjadi sebuah universiti yang mampu menyediakan pendidikan berkualiti dan menepati pasaran antarabangsa,” katanya.

    UMP giat promosi peluang pendidikan untuk pelajar UzbekistanBerita dan Foto Oleh: DR. AHMAD ZIAD SULAIMAN

    Akademik & Antarabangsa

  • 20 CREATE

    Akademik & Antarabangsa

    Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang memberangsangkan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan kuantiti industri dalam pelbagai sektor dan setiap organisasi ini berperanan dalam memastikan persekitaran kerja yang sentiasa sihat dan selamat.

    Tempat kerja yang selamat adalah gabungan tiga komponen penting melibatkan pekerja dan majikan, persekitaran dan perlakuan. Kegagalan menggabungkan komponen-komponen yang boleh mewujudkan bahaya dan risiko, yang mengakibatkan kemalangan, kecederaan dan kematian di tempat kerja.

    Menyedari kepentingan amalan persekitaran kerja yang selamat, UMP menerusi Fakulti Pengurusan Industri (FIM) dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menganjurkan Seminar Developing and Sustaining Safety Culture in Malaysia (DSSCM 3) bertemakan Optimizing Self-Regulation Practice Towards Preventing Emerging and Re-emerging Hazards yang berlangsung di Hotel Zenith, Kuantan, Pahang pada 27 Mei 2014 yang lalu sebagai meneruskan usaha mengamalkan budaya kerja yang selamat di tempat kerja selaras dengan Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia 2015 (OSH-MP 15).

    Majlis perasmian penutup seminar

    disempurnakan Ketua Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), Dato’ Dr. Ir. Johari Basri yang mengarapkan agar seminar ini dapat dimanfaatkan dengan memberi input baharu dan pendedahan kepada peserta kepada isu-isu keselamatan dalam melaksanakan tuntutan kerja seharian.

    Menurut Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Profesor Dato’ Dr. Mortaza Mohamed, seminar ini merupakan medium terbaik dalam mempromosikan budaya kerja selamat yang menyediakan platform penglibatan intelektual yang membina selaras dengan Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia 2015 (OSH-MP 15).

    “Dalam usaha membudayakan aspek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) ini UMP menganjurkan pelbagai program di peringkat universiti sehinggalah peringkat komuniti yang mencakupi penggunaan pelbagai pendekatan.

    “UMP juga turut menggembleng tenaga dengan pengamal-pengamal OSH dari organisasi luar termasuk Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan pelbagai industri terutamanya di sekitar Pantai Timur,” katanya.

    Hadir sama dalam majlis, Profesor Dr.

    Abdullah Ibrahim yang juga merupakan pengerusi seminar DSSCM3 2014.

    Penganjuran ini adalah manifestasi komitmen UMP untuk terus menggalakkan budaya keselamatan di Malaysia dengan menyediakan platform di mana isu-isu yang berkaitan OSH boleh dibincangkan melalui penglibatan intelektual yang membina.

    Lebih menarik lagi, program ini mendapat pengiktirafan dari dua buah badan profesional iaitu Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia yang telah mengiktiraf mata CEP (Continuous Education Program) sebanyak 15 mata bagi program ini dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang telah mengiktiraf program ini sebanyak 20 mata CCD (Contractor Continuous Development).

    Tambah beliau pengiktirafan ini memberi peluang kepada pengamal-pengamal dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di industri dan bukan industri mengumpul mata untuk memenuhi keperluan prosedur pembaharuan kompetensi masing-masing.

    Topik-topik yang dibincangkan adalah komprehensif dengan mengetengahkan pelbagai isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan masa kini. Lebih 200 dalam kalangan peserta yang terdiri dalam kalangan pengamal OSH, ahli akademik, penyelidik dan perunding tersohor hadir dalam seminar ini.

    UMP pupuk budaya kerja yang selamat dalam komuniti

    Oleh: DR. NORAZURA ISMAIL

  • CREATE 21

    Penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP) sekali lagi berjaya mencipta nama di persada antarabangsa apabila menang lima pingat emas dan anugerah khas dalam Pameran Rekacipta & Produk Baharu atau dikenali sebagai ‘The Invention and New Product Exposition (INPEX) 2014 yang berlangsung di David Lawrence Convention Center, Pittsburg Amerika Syarikat baru-baru ini.

    “Kejayaan ini membanggakan universiti apabila hasil penyelidikan diiktiraf di peringkat antarabangsa,” kata Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim yang hadir mengumumkan kejayaan penyelidik dalam sidang media meraikan penyelidik UMP yang berlangsung di Dewan Bankuet Bangunan Canseleri UMP Kampus Gambang pada 24 Jun 2014 yang lalu.

    Beliau mengharapkan penyelidikan ini mendapat kerjasama baik daripada pihak industri supaya penyelidikan yang dilaksanakan memberi manfaat kepada industri dan masyarakat setempat.

    Kejayaan ini menyaksikan tiga pingat emas disumbangkan penyelidik Dr. Gurumurthy Hegde dari Fakulti Sains & Teknologi Industri (FSTI) menerusi produk ertajuk `Environmental friendly, non-hazardous biocomposite mixtures for future generation plastic displays’. Produk penghasilan device daripada plastik ini juga meraih Anugerah Khas `Best Invention of the Pacific RIM Researcher’.

    Penyelidikan ini melibatkan penyelidik lain iaitu Gan Siew Mei, Yuvaraj AR, Shoriya Aruni Abdul Manaf, Profesor V.G Chigrinov dan Profesor Dr. Mashitah Mohd. Yusoff.

    Produk penyelidikan kedua beliau yang meraih pingat emas ialah ̀ In House Fabricated

    Cost Effective Conducting Nanolayers for Photonic Devices’ yang dijalankan Dr. Gurumurthy bersama penyelidik Mehdi Qasim Zayer, Jinan Basher Ahmed, Naser Mahmoud, Sumitha Gunasegaran dan Profesor Dr. Mashitah Mohd. Yusoff.

    Kajian merupakan pembangunan peranti pencahayaan berasaskan keadaan pepejal (solid state lighting devices) yang menggunakan bahan-bahan inovatif dan aktif pada suhu yang rendah. Pendekatan sintesis dan penggunaan bahan-bahan adalah mesra alam dengan mengambil kira keberkesanan kos dan potensi untuk dipasarkan.

    Manakala produk ketiga yang juga menang pingat emas adalah `Low Cost Production of Carbon Nanospheres from Biowaste’. Penyelidikan ini turut berjaya memenangi dijalankan penyelidik Shoriya Aruni Abdul Manaf, Anuj Kumar, Zainab Ngaini, K.V Sharma dan Profesor Dr. Mashitah Mohd. Yusoff.

    Lebih membanggakan, ketiga-tiga produk ini telah dipatenkan dan mendapat kepercayaan untuk bekerjasama dengan industri iaitu Syarikat AJ-Infinite Sdn.Bhd untuk dikomersialkan.

    Selain itu, penyelidikan Dr. Gaanty Pragas A/L Maniam juga dari FSTI dengan tajuk `Renewable Green Fuel From Biowaste’ turut memenangi pingat emas. Penyelidikan dari sisa pejal kilang sawit (decanter cake) yang merupakan sumber minyak ini menghasilkan biodiesel berteknologi hijau.

    Menurut Dr. Gaanty, biodiesel yang merupakan bahan api mesra alam ini dicampur dengan diesel petroleum untuk digunakan dalam enjin diesel. Teknologi yang ditemui ini berjaya menghasilkan biodiesel pada harga yang berpatutan dengan menggunakan bahan buangan.

    Penyelidikan ini dijalankan bersama penyelidik lain iaitu Noor Hindryawati, Irma Nurfitri, Nurul Hajar Embong, Jose Rajan, Mohd. Hasbi Ab. Rahim dan Profesor Dr. Mashitah Mohd. Yusoff.

    Pingat emas turut diraih bagi projek penyelidikan bertajuk `Green Photocatalytic Reactor System (Photrecs) for Seawater Desalination’ yang dijalankan penyelidik dari Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA), Dr. Ruzinah Isha yang dijalankan bersama penyelidik Nurul Hariyah Abdul Majid, Hafizah Ramli, Dr. Mazrul Nizam Abu Seman dan Jamil Roslan.

    Bagi Dr. Ruzinah, menyedari keperluan masyarakat terhadap penggunaan air bersih, beliau menjalankan kajian tentang penghasilan air bersih daripada sumber air laut.

    Penyelidikan yang mengambil masa dua tahun ini menggunakan kaedah `Photrecs’ yang menggunakan sisa sawit bagi mengurangkan konsentrasi tahap kemasinan air laut.

    Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, kejayaan penyelidik memenangi pingat ini merupakan pengiktirafan terhadap penghasilan produk yang dicipta para penyelidik UMP. Namun, apa yang lebih penting ialah usaha-usaha ke arah pengkomersialan projek penyelidikan berkenaan perlu dilaksanakan dengan lebih giat.

    Pameran INPEX terbesar kendalian InventHelp, Ekspo Reka Cipta & Produk Baharu (INPEX) ini adalah pameran perdagangan yang mempamerkan pelbagai ciptaan, produk baharu dan inovasi yang dihadiri pereka, usahawan dan wakil industri dari seluruh dunia.

    UMP raih 5 pingat emas dan Anugerah Khas dalam INPEX Amerika Syarikat

    Penyelidikan & Inovasi

  • 22 CREATE

    Penyelidik muda menang 9 pingat, 2 anugerah khas dalam

    IYIC 2014 Seoul

    Penyelidik muda Universiti Malaysia Pahang (UMP) menang besar apabila berjaya merangkul tujuh pingat emas, dua pingat gangsa dan dua anugerah khas dalam Pertandingan International Youth Invention Contest (IYIC) yang berlangsung di Seoul, Korea Selatan pada 10 Ogos 2014 yang lalu.

    Lebih membanggakan, pelajar Nishyanthi A/P Puspakaran menang pingat emas dan dua anugerah khas iaitu ‘Best Presenter Award’ dan ‘Special Award’ melalui projek ‘Preparation Of Phenolic-Rich Functional Food Microcapsule From Orthosiphon Stamineus Leaves’.

    Menurut Nishyanthi, kajiannya memberi tumpuan kepada pembinaan kaedah inovatif untuk menghasilkan ekstrak yang kaya dengan polifenol dari tanaman Misai Kucing (Orthosiphon Stamineus) melalui kaedah pengekstrakan yang canggih dengan menggabungkan sinaran gelombang mikro dengan pelarut yang berlainan.

    “Satu teknik pemikrokapsulan telah digunakan untuk menghasilkan serbuk yang kaya dengan polifenol dan melalui kaedah ini produk berkualiti tinggi kaya dengan polifenol dapat dihasilkan dengan kos yang lebih rendah,” katanya.

    Penyelidikan melibatkan Profesor Dr. Mashitah Mohd. Yusoff, Profesor Madya Dr. Jolius Gimbun, Pang Sook Fun dan Luqman Chuah.

    Pingat emas juga dimenangi Anisah Sajidah Haji Saud melalui projek “Agarwood

    Hydro-Booster (Industrial Scale)”, Vigneswaran A/L Rajamohan pula menerusi projek “Nano Particle Boards by Using Carbon Nano Fibers as Filler to Enhance Its Thermal and Mechanical Properties” dan Mohammad Hafizuddin Hambali dengan projek “Production of Base oil From Industrial Waste Sludges (From Waste To Wealth)”

    Lain-lain penyelidik yang menerima pingat emas adalah Nur Rahimah Fitrah Mohd Sofyan menerusi penyelidikan F-Gen (Future Generation) Swiftlet, Sigithasan A/L Nagantheram dan Saravanan A/L Jayakumar. Dua pingat gangsa pula telah diraih oleh Mohd Razlan Azizan menerusi penyelidikan “Development of Instrumented Shoe Insole using Android Interface” dan Barath A/L Ponnusamy dengan penyelidikan “Table Tennis Launcher”.

    Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim berbangga dengan pencapaian pelajar yang mengharumkan nama universiti di persada antarabangsa dan kejayaan ini pastinya dapat menyuntik semangat penyelidik lain untuk terus mencipta kecemerlangan.

    Pertandingan pada kali ini disertai oleh 14 buah negara termasuk Amerika Syarikat, Mesir, Romania, Kanada dan Qatar dengan 165 projek penyelidikan yang dipertandingkan di Seoul Trade Exhibition & Convention (SETEC). Pertandingan dirasmikan oleh Profesor Dr. Lee Ju Hyung yang merupakan Pengerusi Korea University Invention Association.

    Penyelidikan & Inovasi

    Berita dan foto oleh: MUHAMMAD FERDAUS MUSA

  • CREATE 23

    UMP raih 23 pingat dan anugerah khas dalamITEX 2014

    Universiti Malaysia Pahang (UMP) melakar kejayaan manis apabila meraih pencapaian 100 peratus pada Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa 2014 (ITEX’14) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9 Mei 2014 yang lalu.

    Daripada jumlah itu, UMP telah meraih sembilan pingat emas, sebelas pingat perak dan tiga pingat gangsa. Penyumbang tiga pingat emas disumbangkan oleh Dr. Gurumurthy Hedge yang menang kesemua produk yang dipertandingkan olehnya iaitu “In-House Fabricated Cost Effective Conducting Nano Layers for Photonic Devices, Worm Displays dan Low Cost Production of Carbon Nanospheres from Biowaste”.

    Lebih membanggakan, Dr. Gurumurthy dari Fakulti Sains & Teknologi Industri (FSTI) ini juga turut meraih anugerah Khas Best Invention ITEX Award 2014 kategori Universiti melalui hasil penyelidikan “Low Cost Production Of Carbon Nanospheres From Biowaste”.

    Pingat emas turut disumbangkan penyelidik Anita Abdul Rani dari Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan (PBMSK) dengan hasil produk “Modul dan Aplikasi Mudah Alih untuk Pekerja Muslim” dan “Gaharu Quality Detector (G-sen)” oleh Dr. Saiful Nizam Tajuddin juga dari FSTI.

    Pingat emas lain dimenangi produk “Formulation of Multipurpose Grease From Waste Emulsions and Waste Red Gypsum (From Waste to Wealth)” hasil penyelidikan

    Mohd Najib Razali dari Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA).

    Penyelidikan “Multichannel Nanotubes” oleh Profesor Dr. Jose Rajan dari FSTI dan penyelidikan “A Novel Technique for Environmentally Friendly Fuel” oleh Profesor Madya Dr. Abdurahman Hamid Nour dari FKKSA serta penyelidikan “Synthesis of Photoactive liquid Crystals Using Bio-Heterogeneous Palladium Catalyst” oleh Profesor Madya Dr. Md Lutfor Rahman dari FSTI turut menyumbang pingat emas.

    Naib Canselor UMP, Profesor. Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim berbangga dengan pencapaian bergaya meraih 100 peratus dalam produk penyelidikan yang dipertandingkan pada kali ini.

    Katanya, pencapaian yang memberangsangkan ini membuktikan kebolehan penyelidik UMP dalam menghasilkan ciptaan yang bermutu tinggi dan boleh dimanfaatkan.

    Sementara itu, penyelidikan “Photocatalytic Reactor System (PHOTRECS) for Seawater Desalination” oleh Dr. Ruzinah Isha yang menang pingat perak turut berjaya memikat hati juri dengan meraih Anugerah Khas Mawhiba dari King Abdul Aziz Foundation.

    Dr. Mahyuddin Ismail dari PBMSK juga memenangi pingat perak dengan projek Pembangunan Standard Pengukuran Pematuhan Syariah bagi Pengamal Perubatan Traditional dan Komplementari. Turut sama

    memenangi ingat perak produk “One-Stop Calculation Formulae Using UMP’s Had Al-Kifayah Unique Calculator Model: KifayaCalc 1.0” oleh Dr. Mansor Sulaiman dan e-Book Penerbit UMP dengan “Menjana Pendapatan dan Membudayakan Pembelajaran Secara Online” oleh Profesor Madya Dr. Mohd Ghani Awang.

    Begitu juga produk “Water and Biodiesel As Emission Control In Diesel Engine” oleh Amir Aziz; “HPF Spanner” oleh Dr. Ahmad Razlan Yusoff; “Modular-Stack Vanadium Redox Flow Battery (V-RFB)” oleh Dr. Mohd Rusllim Mohamed; “Innovation Excellence Framework For Malaysian Higher Education: A Statistical Modelling Approach” oleh Dr. Mohd Rashid Ab Hamid; “Utilisation of local Industrial Waste for The Production of Valuable Fine Chemical” oleh Dr. Mohd Hasbi Ab. Rahim dan produk “A high Energy density transition Metal Oxide Nanowires Supercapacitor” oleh Profesor Dr. Jose Rajan.

    Pingat gangsa pula telah dimenangi melalui produk “Modeling Gold Prices Using Hybrid Of Box-Jenkins –Garch dan Comporison Of Sum of Two Correlat Ed Gamma Variables for Alouini’s Model and Mckay Distribution “ dari hasil penyelidikan Dr. Roslinazairimah binti Zakaria dan hasil penyelidikan “Nano- Tunable Optical Switch” oleh Profesor Madya Dr. Md Maksudur Rahman Khan. UMP juga turut menang pingat gangsa bagi kategori booth pameran terbaik dalam penganjuran ITEX pada tahun ini.

    Penyelidikan & Inovasi

  • 24 CREATE

    Universiti Malaysia Pahang (UMP) menganjurkan Majlis Jasa Dikenang bagi meraikan lima orang pegawainya yang bersara dari perkhidmatan universiti pada 21 Ogos 2014 yang lalu di Hotel Zenith, Kuantan.

    Mereka terdiri daripada pensyarah Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA), Prof. Madya Nordin Endut dan Prof. Dr. Abdul Ghaffar Abdul Rahman dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) yang telah bersara pilihan.

    Tiga lagi pegawai adalah Penolong Arkitek Landskap, Haji Hasnan Zakaria yang akan bersara pada 1 September diikuti Pendaftar, Haji Mustafa Ibrahim pada 11 Oktober dan pensyarah Fakulti Sains & Teknologi Industri (FSTI), Yusof Hashim yang bersara pada 19 Oktober 2014.

    Majlis dihadiri Naib Canselor UMP, Prof Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim dan pegawai utama universiti. Dalam ucapannya beliau berkata, majlis bertujuan mengabdikan

    penghargaan dan pengiktirafan kepada lima pegawai yang selama ini setia berkhidmat dan komited dengan tanggungjawab yang diberikan sepanjang berkhidmat di UMP

    “Majlis diadakan sebagai penghargaan kepada pesara yang telah memberi sumbangan dan jasa bakti dalam apa jua bentuk tanpa membezakan jawatan yang dipegang semasa

    berkhidmat,” katanya.Dalam kesederhanaannya, majlis ini

    mengandungi makna yang mendalam dan tujuan yang ikhlas. Setiap budi dan jasa yang telah disumbangkan kepada pembangunan, perkembangan dan kemajuan sesuatu organisasi itu adalah ibarat amal jariah yang sentiasa mengalir.

    Beliau berkata, UMP ingin mengabadikan penghargaan dan pengiktirafan kepada lima orang pegawai dan mantan pegawai yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang kepada universiti ini dan kehadiran warga kerja ini membuktikan bahawa jalinan silaturahim dalam kalangan kita tetap kukuh dan akan terus berkesinambungan.

    Dalam majlis ini, Haji Mustafa yang berucap mewakili pegawai yang lain merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih atas penganjuran program seperti ini.

    Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Profesor Dato’ Dr. Mortaza Mohamed, Dekan Fakulti Kejuruteraan Pembuatan, Profesor Dr. Wan Azhar Wan Yusoff dan Dekan FKKSA. Profesor Dato Dr. Rosli Mohd. Yunus.

    Info sekitar kampus

    UMP anjurMajlis Jasa Dikenang

    UMP ingin mengabadikan penghargaan dan pengiktirafan kepada lima orang pegawai dan mantan pegawai yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang kepada universiti ini dan kehadiran warga kerja ini membuktikan bahawa jalinan silaturahim dalam kalangan kita tetap kukuh dan akan terus berkesinambungan.

  • CREATE 25

    Lebih 100 orang staf Universiti Malaysia Pahang (UMP) hadir dalam Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-57 peringkat UMP yang berlangsung di Dewan Tun Fatimah UMP Kampus Gambang pada 19 Ogos 2014 yang lalu.

    Majlis dirasmikan oleh Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim yang turut dihadiri oleh Pendaftar, Haji Mustafa Ibrahim merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat UMP dan pegawai kanan universiti.

    Hadir sama Pengarah Jabatan Multimedia dan Dokumentasi Aman Palestin, Ustaz Anas Abdul Wahab yang turut menyampaikan ceremah kemerdekaan.

    Sambutan Bulan Kemerdekaan merupakan acara tahunan yang dianjurkan bagi memperingati peristiwa bersejarah negara yang jatuh pada tanggal 31 Ogos setiap tahun.

    Program sambutan bulan kemerdekaan dianjurkan bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotisme di segenap lapisan masyarakat dan bangsa Malaysia.

    Dengan bertemakan Malaysia: Disini Lahirnya Sebuah Cinta, UMP telah menyusun pelbagai program sambutan kemerdekaan di peringkat staf dan pelajar bagi memberi

    kesedaran khususnya kepada warga UMP mengenai kemerdekaan negara yang telah dikecapi sejak 75 tahun yang lalu serta memperingati usaha-usaha para pejuang kemerdekaan negara tercinta.

    Dalam ucapannya, Dato’ Dr. Daing Nasir mengharapkan agar masyarakat mengambil iktibar daripada kisah silam ini bagi membolehkan generasi hari ini dan masa depan Malaysia terus menikmati negara ini sebagai satu semaian subur yang lestari.

    “Perihal sejarah yang dikongsikan ini pastinya dapat membuka perspektif warga kerja sekalian mengenai peranan dan tanggungjawab kita di universiti ini terhadap anak-anak didik kita.

    “Sejauh manakah kesedaran patriotisme secara ilmiah ini telah diselitkan di dewan kuliah, pejabat, lapangan aktiviti dan acara rasmi sebagai satu muhasabah dan pencerahan agar warga kita terus memelihara terangnya sinar “bintang timur” ini,” katanya.

    Dalam konteks ini, beliau mengharapkan tema sambutan kemerdekaan ke-57 pada tahun ini iaitu Malaysia; Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta akan dapat dimaknakan dalam erti kata yang sebenar.

    Katanya, sekiranya dianalogikan kepada

    umur manusia, 57 tahun merupakan usia emas, dan mereka yang telah melewati angka ini telah merasai pelbagai pengalaman sepanjang hidupnya.

    “Individu yang telah melewati usia 57 tahun biasanya telah cukup arif dengan selok-belok kehidupan, yang mempengaruhi citra prinsip dan peribadinya.

    “Ianya secara umumnya telah mematangkan Malaysia sepanjang kewujudannya sebagai sebuah negara yang berdaulat. Walaupun perpaduan rakyat Malaysia diuji pada tahap maksimum dalam peristiwa hitam 13 Mei 1969, namun keupayaan untuk mengembalikan keharmonian hubungan kaum selepas detik itu merupakan satu pencapaian yang amat cemerlang,” ujar beliau lagi.

    Dalam program ini, tetamu yang hadir berpeluang mendengar ceramah umum kemerdekaan oleh Ustaz Anas dengan tema “Patriotisme dan Kemerdekaan: Perkongsian Pengalaman Semangat Juang dan Pengorbanan di Negara Palestin”.

    Beliau turut berkongsi pengalamanya sepanjang mengetuai kesemua Misi Aman Palestin iaitu 18 misi ke Gaza, Palestin, Syria, Lubnan dan Jordan.

    Info Sekitar Kampus

    Bicara Kemerdekaanhayati semangat perjuangan rakyat Palestin

  • 26 CREATE

    KFR1M....... Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan, Dato’ Sri Hassan Malek merasmikan Kafe Rakyat 1 Malaysia (KFR1M) yang pertama di Malaysia di kampus Universiti Malaysia Pahang (UMP) Gambang.

    TAFAKUR..... Staf UMP turut sama bertafakur selama seminit bagi menghormati jenazah mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 sempena istiadat penerimaan jenazah mangsa tragedi itu.

    KAYUH....... UMP Pekan turut menjadi laluan peserta Kuantan 160 Century Ride 2014.

    MERIAH....... Suasana jamuan hari raya di UMP Pekan.

  • CREATE 27

    Klik-KlikLensa

    KERJASAMA....... Naib Canselor mendengar penerangan berkaitan kerjasama antara UMP dan Kolej Komuniti Pekan dalam bidang automotif.

    GEMBIRA..... Staf UMP dan wartawan media Kuantan bergambar beramai-ramai sempena Karnival Sukan Media UMP 2014.

    Gembira....... sebahagian pelajar UMP yang menerima Baucar Buku 1 Malaysia.

    Berbakat ....... Profesor Dr. Yuserrie menyampaikan sajak pada Malam Puisi Riong Berita Harian.

    BERTUAH...... KDYTM Tengku Mahkota Pahang Tuanku Canselor UMP melayan tetamu yang hadir pada Majlis Berbuka Puasa UMP 2014.

    CANSELERI...... Pembinaan Bangunan Canseleri UMP Pekan sedang giat dijalankan.

  • 28 CREATE

    Info Sekitar Kampus

    `Ramadan Jangan Pergi, Palestin Dekat di Hati’ bincang konflik kemanusiaan penduduk Palestin

    Persatuan Wanita Universiti Malaysia Pahang (Matahari) mengambil inisiatif menganjurkan program ceramah bertajuk `Ramadan Jangan Pergi, Palestin Dekat di Hati’ bagi sama-sama menghayati konflik kemanusiaan yang sedang dihadapi penduduk Palestin pada masa ini.

    Ceramah disampaikan pensyarah Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan (PBMSK), Ustaz Ahmad Irfan Ikmal Hisham yang pernah melanjutkan pengajian sarjana dalam jurusan Islamic Jerusalem Studies di University of Aberdeen, United Kingdom.

    Penganjuran program mendapat kerjasama pihak Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PPTI) dan Pejabat Naib Canselor.

    Presiden Persatuan Matahari, Profesor Madya Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim berkata, liputan meluas media tentang konflik kemanusiaan yang semakin meruncing pada masa ini menarik perhatian pihaknya untuk sama-sama memahami situasi umat Islam yang ditindas di genting Gaza.

    “Banyak gambar terutamanya membabitkan kanak-anak yang cedera dan maut yang mana telah dimuatnaik dalam media sosial, siaran akhbar dan berita televisyen amat menyentuh hati serta naluri kewanitaan kami,” katanya semasa menyampaikan ucapan alu-aluan dalam program yang berlangsung di Dewan Bankuet UMP Kampus Gambang pada 23 Julai 2014 yang lalu.

    Menurutnya, atas dasar keprihatinan ini,

    pihak Matahari berbesar hati menyumbang sebanyak RM5,000 yang akan diserahkan untuk Tabung Kemanusiaan Palestin. Sumbangan diserahkan kepada Ketua Pejabat Naib Canselor, Abd. Rahman Haji Safie

    Beliau turut menyampaikan sumbangan kuih raya kepada ahli Matahari menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelma tidak lama lagi.

    Sementara itu, dalam ceramah yang disampaikan Ustaz Irfan, beliau mengingatkan pentingnya masyarakat untuk meningkatkan kefahaman tentang sejarah dan kedudukan geografi tanah kawasan Palestin yang kini menjadi milik orang Yahudi.

    “Kita juga boleh merujuk Surah Al-Isra’ dalam Al-Quran yang tercatat di dalamnya tercatat perihal masa hadapan yang mengaitkan bangsa Yahudi yang begitu signifikan dengan masyarakat akhir zaman,” katanya.

    Beliau menasihatkan agar semua warga universiti ini terus mendoakan keselamatan umat Islam dan memperbanyakkan membaca Doa Qunut Nazilah buat saudara kita di Gaza.

    Bagi staf Unit Audit Dalam UMP, Muhammad Akram Abdul Razak yang merupakan Ketua Biro Prihatin, PPTI berkata, banyak pencerahan yang diperoleh menerusi ceramah yang disampaikan.

    Beliau berharap pelbagai program dapat diteruskan dalam usaha membantu penduduk Palestin yang menderita sejak sekian lama.

    Program dihadiri hampir 100 orang bagi menyampaikan bantahan terhadap kekejaman yang dilakukan terhadap penduduk Palestin. Hadir sama Ketua Timbalan Pendaftar UMP, Datin Fazia Ali yang merupakan penasihat Persatuan Matahari bersama barisan jawatankuasa persatuan.

  • CREATE 29

    Kenaikan pangkat staf dan alumni UMP dalam Askar Wataniah

    Dua orang staf Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan seorang alumni UMP berjaya dinaikkan pangkat Askar Wataniah dalam Majlis Pemakaian Pangkat yang disempurnakan Pegawai Memerintah Batalion Pertama, Yang Mulia Leftenan Kolonel Tengku Dato’ Seri Kamarulzaman Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar dengan disaksikan oleh Penolong Pegawai Memerintah Batalion Pertama, Leftenan Kolonel Roslan Baharom di Kem Forever First, Batalion Pertama Rejimen 505 Askar Wataniah, Kuantan pada 13 Julai 2014 yang lalu.

    Mendahului senarai adalah pensyarah kanan di Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA), Kapten Dr. Ir. Ahmad Ziad Sulaiman bagi pemakaian pangkat dari Leftenan ke Kapten berkuat kuasa mulai 19 Disember 2013. Beliau juga merupakan Timbalan Dekan di Institut Pengajian Siswazah (IPS).

    Kapten Dr. Ir. Ahmad Ziad merupakan tulang belakang

    dalam penubuhan pasukan Askar Wataniah UMP yang bermula pada tahun 2005. Sepanjang perkhidmatan, beliau telah dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) oleh DYMM Sultan Pahang dan Pingat Kebaktian (P.K) oleh Tentera Darat Malaysia.

    Selain beliau adalah Kapten Imaduddin Abidin yang telah dinaikkan pangkat dari Leftenan ke Kapten berkuat kuasa mulai 14 Februari 2014. Beliau merupakan pensyarah di Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan (PBMSK).

    Beliau merupakan seorang pegawai yang sangat berdedikasi dan juga merupakan pegawai yang bersama-sama dengan Kapten Dr. Ir. Ahmad Ziad dalam penubuhan Askar Wataniah UMP pada tahun 2005. Sepanjang perkhidmatan, beliau telah dianugerahkan Pingat Kelakuan Terpuji (P.K.T) oleh DYMM Sultan Pahang dan Pingat Kebaktian (P.K) oleh Tentera Darat Malaysia.

    Kedu