Ctatan Refleksi

12
23 INTERNSHIP 2015 CATATAN REFLEKSI MINGGUAN MINGGU 1 TARIKH : 12 OGOS 2015 1. Isu/perkara yang difokus : Pada hari ini, saya begitu bersemangat untuk memulakan sesi pengajaran setelah membuat perancangan awal bagi sesi pengajaran ini. Pada hari ini saya telah mengajar murid kelas 3 Etika untuk tajuk Magnet. Dalam tajuk ini saya memilih untuk memulakan pengajaran dari tajuk awal iaitu dalam standard pembelajaran 1.5.1 iaitu Jenis-jenis Magnet. Memulakan sesi pengajaran dengan set induksi secara spontan telah menarik minat murid sehingga mereka memberikan respon yang baik. Sewaktu set induksi saya merancang untuk menguji murid pengetahuan sedia ada murid tentang objek yang ditemui dalam kotak hitam. Saya memilih murid secara rawak untuk tampil ke hadapan mengambil objek berkenaan. Respon yang diterima amat baik kerana hampir kesemua murid bersunguh-sungguh menawarkan dirinya untuk tampil ke hadapan. Tetapi saya hanya memilih seorang murid yang bertuah sahaja. Terdengar keluhan di antara mereka kerana tidak terpilih. 2. Analisisi isu/Perkara yang difokus : 2.1. Kekuatan : Murid kelas 3 Etika merupakan murid yang mempunyai pencapaian aras sederhana rendah, iaitu kelas ke-5 dari 8

description

REF

Transcript of Ctatan Refleksi

Page 1: Ctatan Refleksi

23

INTERNSHIP 2015

CATATAN REFLEKSI MINGGUAN

MINGGU 1

TARIKH : 12 OGOS 2015

1. Isu/perkara yang difokus :

Pada hari ini, saya begitu bersemangat untuk memulakan sesi pengajaran

setelah membuat perancangan awal bagi sesi pengajaran ini. Pada hari ini

saya telah mengajar murid kelas 3 Etika untuk tajuk Magnet. Dalam tajuk ini

saya memilih untuk memulakan pengajaran dari tajuk awal iaitu dalam

standard pembelajaran 1.5.1 iaitu Jenis-jenis Magnet. Memulakan sesi

pengajaran dengan set induksi secara spontan telah menarik minat murid

sehingga mereka memberikan respon yang baik. Sewaktu set induksi saya

merancang untuk menguji murid pengetahuan sedia ada murid tentang objek

yang ditemui dalam kotak hitam. Saya memilih murid secara rawak untuk

tampil ke hadapan mengambil objek berkenaan. Respon yang diterima amat

baik kerana hampir kesemua murid bersunguh-sungguh menawarkan dirinya

untuk tampil ke hadapan. Tetapi saya hanya memilih seorang murid yang

bertuah sahaja. Terdengar keluhan di antara mereka kerana tidak terpilih.

2. Analisisi isu/Perkara yang difokus :

2.1.Kekuatan :

Murid kelas 3 Etika merupakan murid yang mempunyai pencapaian aras

sederhana rendah, iaitu kelas ke-5 dari 8 lapan kelas. Memulakan sesi

pengajaran dengan set induksi amat penting kerana di sini murid akan

memberi perhatian dan menunjukkan minat untuk meneruskan pembelajaran.

Set induksi yang saya jalankan ini merupakan aktiviti spontan iaitu meminta

murid mengenalpasti objek dan bentuk objek yang terdapat di dalam kotak

hitam.tersebut. Walaupun aktiviti ini dianggap ‘simple’ tetapi memberi kesan

yang positif kepada murid kerana hampir kesemua murid menunjukkan rasa

ingin tahu tentang objek tersebut. Selain itu dengan induksi seperti ini juga

dapat menguji pengetahuan sedia ada murid tentang objek yang di panggil

‘magnet’ dan bentuk magnet tersebut. Di sini saya dapat mengaitkan dengan

Page 2: Ctatan Refleksi

24

INTERNSHIP 2015

CATATAN REFLEKSI MINGGUAN

tajuk pelajaran untuk murid terus meneroka bahawa terdapat pelbagai lagi

bentuk magnet yang akan dipelajari serta mengetahui nama-nama magnet

tersebut.

2.2.Kelemahan :

Walaupun begitu, saya merasakan bahawa aktiviti set induksi ini mempunyai

sedikit kelemahan. Ini kerana saya tidak mempelbagaikan magnet yang ada

di dalam kotak hitam tersebut. Dengan mempelbagaikan jenis magnet, saya

merasakan bahawa pengetahuan sedia ada murid tentang pelbagai bentuk

magnet dapat dicungkil. Selain itu, aktiviti set induksi ini hanya memberi

peluang kepada seorang murid sahaja untuk merasai pengalaman tersebut.

Sementara murid-murid lain hanya memerhati dari jauh dan menyatakan

jawapan mereka berdasarkan pemerhatian sahaja.

3. Cadangan Penambahbaikan :

Penglibatan keseluruhan murid semasa set induk juga amat penting bagi

memastikan semua murid merasai pengalaman tersebut. Bagi sesi pengajaran

yang akan datang, saya merasakan aktiviti set induksi ini perlu diperbaiki dengan

memperbanyakkan kotak-kotak hitam yang mengandungi pelbagai objek samada

objek magnet ataupun bukan magnet. Di sini dapat memberi peluang kepada

lebih ramai murid untuk mengeluarkan pengetahuan sedia ada murid tentang

kepelbagaian bentuk magnet.

Page 3: Ctatan Refleksi

25

INTERNSHIP 2015

CATATAN REFLEKSI MINGGUAN

MINGGU 2

TARIKH : 19 OGOS 2015

1. Isu/Perkara yang difokus :

Pada pukul 1.15 petang saya bersama beberapa bahan pengajaran, sudah

bersedia untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran bersama

murid-murid 3 Etika. Pada hari ini saya telah menggunakan satu alat bantu

belajar yang telah diinovasikan untuk digunakan oleh murid bagi sesi

pengajaran di bawah tajuk Tindakan Magnet. Alat bantu belajar tersebut telah

digunakan oleh murid sewaktu aktiviti penyiasatan yang dijalankan secara

berkumpulan. Pada permulaan murid begitu gembira apabila diberitahu akan

dibekalkan dengan sarung tangan ajaib ini. Mereka bersorak apabila saya

menunjukkan sarung tangan ajaib ini. Masing-masing tidak sabar untuk

mencuba sarung tangan tersebut. Aktiviti dimulakan dengan pembahagian

kumpulan. Pembahagian kumpulan berjalan dengan lancar kerana saya

memberi amaran untuk menangguhkan aktiviti ini sekiranya mereka membuat

bising. Setiap kumpulan diberikan sarung tangan ajaib dan satu set bekas

yang mengandungi pelbagai objek. Murid dapat menjalankan aktiviti seperti

yang dirancang. Hampir kesemua murid memberikan kerjasama yang baik

sepanjang aktiviti tersebut. Murid-murid merasa amat gembiran kerana dapat

merasai pengalaman menggunakan sarung tangan ajaib bagi mencapai

objektif pembelajaran pada hari ini.

2. Analisis isu/Perkara yang difokus:

Penggunaan bahan bantu belajar seperti ‘sarung tangan ajaib’ dalam sesi

pembelajaran amat penting bagi mencapai objektif pembelajaran. Pada sesi

pembelajaran pada hari ini penggunaan bahan bantu belajar ini digunakan

supaya murid dapat mencungkil idea dalam penyiasatan yang dijalankan

secara berkumpulan. Aktiviti secara berkumpulan yang dijalankan telah dilihat

dapat membantu murid menjalakan aktiviti bagi menyelesaikan tugasan yang

saya diberikan. Ketika aktiviti dijalankan saya dapat lihat bagaimana

kerjasama yang diberikan oleh setiap ahli kumpulan dalam menyelesaikan

tugasan yang diberikan kepada mereka. Mereka juga merasa selesa dan

Page 4: Ctatan Refleksi

26

INTERNSHIP 2015

CATATAN REFLEKSI MINGGUAN

gembira kerana dapat bermain dengan sarung tangan ajaib sambil belajar.

Aktiviti seperti ini juga telah membantu meningkatkan kefahaman murid

dengan lebih cepat kerana gabungan bahan bantu belajar serta tugasan yang

diberikan membantu murid mencungkil idea mereka untuk menyelesaikan

tugasan yang diberikan dengan baik.

2.1 Kekuatan :

Penggunaan bahan bantu belajar dalam aktiviti berkumpulan memberi kesan

perluasan kognitif yang mendorong kepada sikap yang positif seperti ingin

berusaha dengan lebih gigih, di samping menggalakkan pertumbuhan kognitif

di mana cara pemikiran yang lebih baik boleh dapat dikuasai melalui

perkongsian idea antara ahli dalam kumpulan. Sepanjang pembejalaran yang

dijalankan saya dapati murid merasa sangat seronok kerana berpeluang

menggunakan sarung tangan ajaib ini. Murid merasakan mereka seolah-olah

bermain sambil belajar. Murid –murid yang agak pendiam selama ini juga

menunjukkan respon yang baik apabila turut sama-sama mencuba sarung

tangan ajaib ini. Penggunaan bahan bantu belajar seperti ini telah membantu

murid untuk memahami konsep sains dengan lebih musah dan cepat. Dalam

masa yang saya tugasan yang diberikan oleh guru dapat diselesaikan

dengan sempurna.

2.1 Kelemahan :

Walaubagaimanapun, saya dapati semasa penggunaan bahan bantu belajar

oleh murid sewaktu aktiviti kumpulan dijalankan menyebabkan kawalan kelas

agak bising. Ini kerana masing-masing mahu menunjukkan hasil dapatan

mereka sewaktu menggunakan sarung tangan ini. Pembahagian kumpulan

yang tidak sama rata dari segi jantina murid juga menyebabkan kawalan

kelas juga menjadi bising apabila ada di antara mereka yang mengusik

antara satu sama lain. Walaubagaimanapun saya sebagai seorang guru

bertindak tegas apabila terpaksa memberi amaran berulang-ulang kali

kepada mereka.

Page 5: Ctatan Refleksi

27

INTERNSHIP 2015

CATATAN REFLEKSI MINGGUAN

3. Cadangan Penambahbaikan :

Bagi melancarkan sesuatu sesi pengajaran,perancangan yang teliti perlu

diambil kira berdasarkan latar belakang murid. Berdasarkan kelemahan di

atas, saya merasakan bahawa saya perlu menentukan murid-murid di dalam

setiap kumpulan. Ini mengelakkan percantuman ‘geng’ dalam kumpulan yang

boleh menyebabkan kawalan kelas menjadi bising. Selain itu saya perlu

menambahkan bilangan sarung tangan ajaib di dalam kumpulan supaya

setiap murid tidak perlu menunggu masa yang lama untuk mencuba sarung

tangan tersebut. Pemantauan secara rawak dan berkala perlu dilakukan oleh

saya bagi mengelakkan ada di antara murid yang leka dan tidak terlibat di

dalam aktiviti tersebut.

Page 6: Ctatan Refleksi

28

INTERNSHIP 2015

CATATAN REFLEKSI MINGGUAN

MINGGU 3

TARIKH : 24 OGOS 2015

1. Isu/Perkara yang difokus :

Minggu ini merupakan minggu ke 3 saya menjalankan intership di sini. Pada

hari ini saya masih lagi mengajar tajuk Magnet iaitu Kekuatan Magnet. Dalam

tajuk ini, saya telah meminta murid untuk menjalankan penyiasatan dan

membentangkan hasil penyiasatan di hadapan kelas. Melalui penyiasatan

yang dijalankan, murid diberikan tugasan untuk menyelesaikan suatu masalah

iaitu menguji kekuatan magnet berdasarkan saiz magnet. Murid dibekalkan

dengan bahan dan peralatan yang mencukupi.Sepanjang penyiasatan

dijalankan, sesi bimbingan diberikan supaya murid apat memahami

bagaimana konsep kekuatan magnet yang perlu difahami. Ini kerana

berdasarkan pengalaman saya sebelum ini, ketika menjalankan penyiasatan

untuk tajuk ini, kebanyakkan murid, melakukan teknik yang salah bagi menguji

kekuatan magnet. Oleh itu saya telah melakukan sesi demostrasi terlebih

duhulu bagi memberi kefahaman kepada murid mengenai cara yang betul

sebelum mereka menjalankan penyiasatan.

2. Analisis isu/perkara yang difokuskan:

2.1 Kekuatan :

Dalam sesei pengajaran kali ini saya menggunakan teknik penyiasatan bagi

meningkatkan pemikiran saintifik murid yang menjadi tunjang utama dalam

pengajaran dan pembelajaran sains. Melalui aktiviti penyisatan seperti ini

dapat membantu murid menguasai kemahiran proses sains seperti

membuat pemerhatian, mengukur menggunakan nombor dan membuat

kesimpulan. Sebelum penyiasatan dijalankan, saya terlebih dahulu

menunjukkan demostrasi untuk memberi kefahaman kepada murid supaya

mendapat keputusan yang tepat untuk membentuk konsep sains yang

dipelajari pada hari ini. Di akhir penyiasatan, murid telah dapat memberi

jawapan kepada persoalan yang dikemukakan

Page 7: Ctatan Refleksi

29

INTERNSHIP 2015

CATATAN REFLEKSI MINGGUAN

2.2 Kelemahan :

Disebabkan, latar belakang murid kelas 3 Etika adalah berbeza-beza dan

ada di antara mereka yang agak pasif sepanjang pembelajaran

menyebabkan, murid tersebut tidak dapat mengikuti sepenuhnya aktiviti yang

dijalankan. Mereka seolah-olah hanya menjadi pemerhati sahaja dan

menurut sahaja keputusan yang diperolehi oleh rakan-rakan mereka.

Walaupun sesi bimbingan diberikan kepada mereka sepanjang aktiviti

dijalankan, tetapi saya sebagai manusia biasa tidak mampu memuaskan

semua permintaan murid pada hari ini. Ini bermakna tidak semua murid

boleh mengikuti aktiviti penyiasatan seperti ini dan memperolehi pencapaian

objektif pembelajaran 100%.

3. Cadangan penambahbaikan :

Perancangan awal sebelum pengajaran juga perlu mengambil kira tahap atau

aras pencapaian murid kita. Sebagai guru, kita tidak perlu ‘syok sendiri’

dengan pelbagai kaedah yang canggih dengan harapan semua murid dapat

mencapai objektif pembelajaran secara 100%. Oleh itu, apabila merancang

aktiviti penyiasatan secara berkumpulan, saya perlulah meletakkan seorang

murid yang boleh dijadikan mentor untuk membimbing rakan yang lemah dan

pasif supaya terlibat bersama-sama rakan yang lain.

Page 8: Ctatan Refleksi

30

INTERNSHIP 2015

CATATAN REFLEKSI MINGGUAN

MINGGU 4

TARIKH : 2 SEPTEMBER 2015

1. Isu/Perkara yang difokuskan :

Minggu ini merupakan minggu terakhir saya menjalankan internship bersama

murid-murid 3 Etika. Tajuk yang di beri fokus pembelajaran pada hari ini ialah

Tarikan dan Tolakan Magnet. Walaupun tajuk ini agak ‘simple’ namun,

berdasarkan pengalaman saya mengajar beberapa tahun yang lepas, masih

ada murid yang keliru dan tertukar konsep tarikan dan tolakan magnet yang

melibatkan dua kutub iaitu kutub utara dan kutub selatan. Pada pengajaran

hari ini, saya menjalankan sesi demonstrasi untuk menunjukkan bagaimana

tarikan dan tolakan magnet berlaku. Penglibatan murid semasa demonstrasi

juga dilakukan supaya murid dapat merasai pengalaman bagaimana tolakan

antara magnet berlaku. Aktiviti berpasangan seperti main peranan yang

dijalankan menggunkan mangnet juga memberi pengalaman baru kepada

murid. Selain itu simulasi dijalankan bertujuan untuk mengukuhkan ingatan

dan mengelakkan kekeliruan konsep tolakan dan tarikan magnet.

2. Analisis isu/perkara yang difokuskan:

2.1.Kekuatan

Aktiviti demonstrasi, main perana serta simulasi yang dijalankan ternyata

memberi pengalaman sebenar kepada murid untuk memahami konsep

tarikan dan tolakan magnet. Murid gembira dengan aktiviti yang dijalankan.

Suasana pembelajaran aktif dan bermakna. Murid mudah memahami konsep

perbezaan dua kutub menyebabkan tarikan magnet berlaku dan persamaan

dua kutub menyebabkan tarikan magnet.

2.2.Kelemahan.

Walaupun suasana pembelajaran aktif, kawalan kelas agak longgar semasa

aktiviti simulasi dijalankan. Ada di antara murid yang mengambil kesempatan

bergurau tanpa tujuan dan sengaja melanggar rakan-rakan sehingga

menyebabkan pergaduhan. Saya terpaksa menggunakn suara yang agak

keras untuk mendamaikan dan mengawal tingkah laku mereka. Semasa

Page 9: Ctatan Refleksi

31

INTERNSHIP 2015

CATATAN REFLEKSI MINGGUAN

demonstrasi guru dan murid dihadapan murid pula, terdapat segelintir murid

seolah-olah khayal dan bermain-main di belakang kelas.

3. Cadangan penambahbaikan :

Aktiviti kelas yang menarik dapat membantu meningkatkan kefahaman murid

terhadap tajuk yang dipelajari. Namun beberapa kelemahan semasa proses

pengajaran dan pembelajaran perlu dibaiki supaya impak keberhasilan ilmu

oleh murid menjadi lebih bermakna. Aktiviti simulasi yang dijalankan dirasakan

perlu dijalankan secara bergilir-gilir mengikut kumpulan bagi mengelakkan

kesesakan ruang di dalam kelas. Ini dapat mengawal disiplin murid dan

kawalan kelas akan lebih baik.