Cth Proposal

5
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN 2020 LATIHAN PRAKTIKUM: PUSAT SERI MENGASIH LAGI MENYAYANGI PROPOSAL KAJIAN KES: KAJIAN MASALAH PEMBELAJARAN PELAJAR SINDROM DOWN DI PUSAT SERI MENGASIH LAGI MENYAYANGI PENYELIA AKADEMIK: PUAN NOORMA RAZALI NAMA PELAJAR NO. MATRIK FULAN BIN FULAN BP123456789 Comment [d1]: Tajuk kena tukar..mungkin boleh guna camni…… keberkesanan penggunaan flash card ke atas kanak2 sindrom down di dalam proses pembelajaran

description

contoh proposal

Transcript of Cth Proposal

Page 1: Cth Proposal

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN

2020

LATIHAN PRAKTIKUM:

PUSAT SERI MENGASIH LAGI MENYAYANGI

PROPOSAL KAJIAN KES:

KAJIAN MASALAH PEMBELAJARAN PELAJAR SINDROM DOWN

DI PUSAT SERI MENGASIH LAGI MENYAYANGI

PENYELIA AKADEMIK: PUAN NOORMA RAZALI

NAMA PELAJAR NO. MATRIK

FULAN BIN FULAN BP123456789

Comment [d1]: Tajuk kena tukar..mungkin boleh guna camni…… keberkesanan penggunaan flash card ke atas kanak2 sindrom down di dalam proses pembelajaran

Page 2: Cth Proposal

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kanak-kanak berkeperluan khas (exceptional children) terdiri daripada kanak-kanak yang

mengalami kesukaran belajar. Kanak-kanak pintar cerdas (gifted) yang mempunyai kebolehan

yang jauh lebih tinggi daripada norma juga diklasifikasikan sebagai kanak-kanak berkeperluan

khas. Kedua-dua kumpulan ini memerukan pengubahsuaian kepada kurikulum dan kaedah

mengajar supaya mereka dapat merealisasikan potensi mereka (Herward, 2003).

Pelbagai istilah telah digunakan untuk ‘kanak-kanak berkeperluan khas’ ini seperti

kanak-kanak istimewa, kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak kurang upaya, kanak-kanak cacat,

kanak-kanak abnormal, kanak-kanak bermasalah, dan kanak-kanak terbantut pertumbuhan dan

perkembangan.

Menurut Kail (2001) hampir 4% daripada populasi dunia terdiri daripada individu luar

biasa atau kanak-kanak berkeperluan khas. Terdapat kanak-kanak yang dilahirkan tanpa boleh

mendengar apa-apa bunyi, manakala ada juga yang dilahirkan tanpa mempunyai keupayaan

untuk melihat objek atau cahaya termasuk muka ibu bapa mereka sendiri. Selain itu, terdapat

juga kanak-kanak yang mengalami kesukaran memberi tumpuan atau mengalami kerencatan

mental sejak lahir. Secara umumnya, kanak-kanak berkeperluan khas berbeza daripada kanak-

kanak normal dari segi mental (pencapaian akademik), keupayaan deria (melihat dan

mendengar), keupayaan berkomunikasi (menulis dan bertutur), tingkah laku (mengawal diri)

dan emosi (bercampur gaul) dan ciri-ciri fizikal (bergerak dan menjaga diri sendiri)

Seterusnya, ramai orang yang beranggapan bahawa orang kurang upaya (OKU) adalah

terdiri daripada mereka yang mempunyai kecacatan fizikal seperti terencat akal, cacat anggota,

pekak, bisu dan buta. Tetapi tidak ramai yang mengetahui bahawa kanak-kanak yang

mengalami masalah pembelajaran adalah sebahagian daripada mereka yang dikategorikan

sebagai OKU di bawah masalah pembelajaran.

Secara amnya, terdapat enam kategori keperluan khas di Malaysia yang layak

didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapatkan kad OKU.

Kategori tersebut adalah kurang upaya pendengaran, penglihatan dan fizikal, cerebral palsi,

masalah pembelajaran dan sebagainya.

Page 3: Cth Proposal

Dalam kajian ini, masalah pembelajaran akan difokuskan kepada pelajar sindrom down.

Sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) yang bermakna itu akan dapat diketahui

sekiranya elemen penilaian dilakukan dengan betul dan teliti bagi memperoleh dan

membezakan tahap kemampuan murid seterusnya diambil tindakan selanjutnya. Ini dapat

menentukan status semasa murid seterusnya guru dapat merancang satu langkah

penambahbaikan khususnya bagi murid yang mengalami masalah yang menghalang

pembelajaran mereka kerena sesuatu objektif dan strategi pengajaran itu kadangkala tidak

bersesuaian dengan tahap kebolehan dan kesediaan murid.

Secara umumnya, sindrom down bermaksud kecacatan genetik yang disebabkan oleh

kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21. Ianya juga dinamakan sempena John

Langdon Down, doktor British yang pertama kali menggambarkannya pada tahun 1866.

Keadaan ini bercirikan oleh gabungan perbezaan besar dan kecil pada struktur badan. Sindrom

Down sering kali dikaitkan dengan kelemahan keupayaan berfikir (kognitif) dan tumbesaran

kanak-kanak dan juga perwatakan muka. Ia biasanya dapat dikesan sejak lahir lagi.

Di Malaysia, kanak-kanak warganegara Malaysia yang telah disahkan Sindrom Down

layak mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) dan pelajar memperoleh bantuan kewangan

daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kerana mengikut kelas pemulihan di bawah

seliaannya.

1.2 Permasalahan Kajian

Adakah masalah tidak mengenali nombor dan tidak boleh membaca ini menganggu kanak-

kanak dalam sesi pembelajaran di sekolah.

1.3 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan bagi mengurangkan masalah klien yang tidak dapat mengikuti sesi

pembelajaran di sekolah normal serta memberikan klien intervensi supaya dapat membantu

dalam permasalahan yang dihadapinya dan menjalani sesi pembelajaran secara normal seperti

kanak-kanak yang sebaya dengannya.

Comment [d2]: Sila rujuk cara membuat penulisan bahagian permasalahan kajian

Comment [d3]: Ini tidak tepat kerana bila kanak2 special tidak boleh jadi normal….tukar ayat

Page 4: Cth Proposal

Kepentingan seterusnya adalah kajian ini mungkin boleh dijadikan rujukan kepada

pengkaji-pengkaji lain yang mahu membantu kanak-kanak bagi meningkatkan tahap

pembelajaran mereka di dalam kelas.

1.4 Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat sama ada pelajar sindrom down yang tidak mengenali

nombor dan tidak boleh membaca dapat menjalani sesi pembelajaran dengan baik semasa sesi

pembelajaran disamping memberikan intervensi yang telah dirancang.

1.5 Kajian Lepas yang berkaitan

Menurut Amirul Hakim (2010), terdapat beberapa perbezaan yang jelas diantara kanak-kanak

normal dan juga kanak-kanak sindrom down. Perbezaan yang paling ketara adalah kanak-kanak

sindrom down mempunyai muka yang sama dalam kalangan mereka. kenyataan ini

berdasarkan paras muka kanak-kanak sindrom down adalah seakan-akan seperti orang mongol,

maka kanak-kanak sindrom down digelar mongoloid. Pangkal hidung kanak-kanak sindrom

down juga mempunyai perbezaan dengan kanak-kanak normal iaitu kemek atau leper.

Dari segi pertumbuhan, pertumbuhan kanak-kanak Sindrom Down adalah tidak begitu

ketara jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal. Saiz fizikal mereka selalunya lebih besar

dan gempal dari kanak-kanak biasa namun otot-otot mereka kelihatan lembik. Hal ini

menyebabkan mereka kurang aktif yang disebabkan oleh otot-otot mereka yang tidak kuat

seperti kanak-kanak normal yang lain (Tan, 2011).

1.6 Teori dan Kerangka Kajian

Teori yang digunakan adalah teori pembelajaran seperti teori pembelajaran sosial, teori

pelaziman klasik dan teori pelaziman.

2.0 METODOLIGI / KAEDAH KAJIAN

2.1 Reka bentuk kajian

Kajian yang dijalankan berbentuk kuanlitatif dan dijalankan selama lapan minggu.

Comment [d4]: Sekurangnya 1-2 page berkaitan dengan kajian lepas

Comment [d5]: Pilih satu teori sahaja yang paling bertepatan dengan kajian anda

Comment [d6]: Mohon betulkan perkataan dan juga untuk bahagian ini sila huraikan dengan lebih detail

Page 5: Cth Proposal

2.2 Subjek dan Lokasi Kajian

Klien adalah seorang kanak-kanak lelaki Sindrom Down yang berumur sembilan tahun yang

mengalami masalah pembelajaran di kelas Bunga Raya, Pusat Seri mengasih.

2.3 Alat Kajian

Alat kajian yang digunakan adalah borang maklumat diri pelajar, maklumat berkenaan masalah

pembelajaran, buku yang berkenaan, flash card, dan kertas A4 untuk menulis.

2.4 Tatacara Kajian

Kajian dimulakan dengan melakukan pemerhatiaan dan screening terhadap kanak-kanak di

kelas pendidikan khas tersebut dan mengenalpasti kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran

itu selama seminggu. Selepas kanak-kanak dipilih, surat persetujuan dikeluarkan dan meminta

persetujuan daripada ibu bapa klien untuk menjadikan kanak-kanak sebagai subjek kajian kes

ini. Seterunya, sesi temubual diadakan dengan ibu klien dan akhir sekali intervensi akan

dijalankan mengikut jadual atau masa yang telah ditetapkan oleh penyelia akademik dan

penyelia lapangan.

Comment [d7]: Sekiranya ada alat kajian yg u beradaptasi menggunakannya u boleh bg nama alat tersebut

Comment [d8]: Sila rujuk wasup telah saya upload contoh2 table yg perlu ada bagi kajian kes..memandangkan u ambil kajian kes maka u kena buat table berkaitan dengan pemerhatian bagi kajian yg u jalankan…..sebelum dan selepas intervensi..good luck!