curi.docx

12
Pengenalan. Permasalahan yang timbul berdasarkan kejadian yang berlaku telah mengundang berbagai perspektif dari pelbagai sudut.Memang tidak dinafikan bahawa perlakuan pemuda itu telah menyalahi etika kemanusian dan juga menyalahi undang – undang yang diamalkan dalam perlembagaan di negara ini.Perlakuan pemuda ini juga boleh dianggap telah melanggar etika moral kerana dia tidak dapat mengawal diri daripada melakukan perkara yang salah dan tidak bermoral.Hal ini juga turut melibatkan pelanggaran peraturan komuniti serta sifat keperibadian seseorang manusia. Peraturan komuniti diwujudkan adalah bagi tujuan untuk mewujudkan suasana yang harmoni dikalangan masyarakat manakala sifat keperibadian yang mulia perlu diamalkan bagi menjamin hubungan dan kesejahteraan sesama insan.Persoalan yang timbul di sini ialah wajarkah keseluruhan kesalahan itu ditunding sepenuhnya kepada pemuda itu ? Mengapakah dia berkelakuan sedemikian ? Jika ditempat atau situasi yang sama , apakah kita juga akan berkelakuan sedemikian ? Persoalan – persolan ini perlu dikupas satu persatu bagi mendapatkan jawapan dan jalan penyelesaian yang terbaik. 1.0 Hukum Mencuri Berdasarkan kejadian yang telah berlaku, ianya boleh dirujuk kepada kesalahan mencuri yang ditegah bukan sahaja dari aspek perlembagaan malahan juga dari aspek keagamaan.Jika dirujuk dari aspek agama islam , telah dinyatakan dengan jelas melalui surah Al – Maidah ayat 38 – 39 yang berbunyi : 1

Transcript of curi.docx

Page 1: curi.docx

Pengenalan.

Permasalahan yang timbul berdasarkan kejadian yang berlaku telah mengundang

berbagai perspektif dari pelbagai sudut.Memang tidak dinafikan bahawa perlakuan pemuda itu

telah menyalahi etika kemanusian dan juga menyalahi undang – undang yang diamalkan

dalam perlembagaan di negara ini.Perlakuan pemuda ini juga boleh dianggap telah melanggar

etika moral kerana dia tidak dapat mengawal diri daripada melakukan perkara yang salah dan

tidak bermoral.Hal ini juga turut melibatkan pelanggaran peraturan komuniti serta sifat

keperibadian seseorang manusia.

Peraturan komuniti diwujudkan adalah bagi tujuan untuk mewujudkan suasana yang

harmoni dikalangan masyarakat manakala sifat keperibadian yang mulia perlu diamalkan bagi

menjamin hubungan dan kesejahteraan sesama insan.Persoalan yang timbul di sini ialah

wajarkah keseluruhan kesalahan itu ditunding sepenuhnya kepada pemuda itu ? Mengapakah

dia berkelakuan sedemikian ? Jika ditempat atau situasi yang sama , apakah kita juga akan

berkelakuan sedemikian ? Persoalan – persolan ini perlu dikupas satu persatu bagi

mendapatkan jawapan dan jalan penyelesaian yang terbaik.

1.0 Hukum Mencuri

Berdasarkan kejadian yang telah berlaku, ianya boleh dirujuk kepada kesalahan mencuri yang

ditegah bukan sahaja dari aspek perlembagaan malahan juga dari aspek keagamaan.Jika dirujuk dari

aspek agama islam , telah dinyatakan dengan jelas melalui surah Al – Maidah ayat 38 – 39 yang berbunyi

:

�ع�د� �اب� م�ن� ب �ه� ع�ز�يز� ح�ك�يم� * ف�م�ن� ت �ه� و�الل �اال م�ن� الل �ك �ا ن ب �س� �م�ا ك اء$ ب �ه�م�ا ج�ز� �د�ي ي� ار�ق�ة� ف�اق�ط�ع�وا أ ار�ق� و�الس� و�الس�

ح�يم� �ه� غ�ف�ور� ر� �ن� الل �ه� إ �ي �وب� ع�ل �ت �ه� ي �ن� الل �ح� ف�إ ص�ل� �م�ه� و�أ ظ�ل

“Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai)

pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha

Perkasa lagi Maha Bijaksana. Maka barang siapa bertobat (di antara pencuri-pencuri itu)

sesudah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima

tobatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”[

1

Page 2: curi.docx

Surah ini juga menerangkan kepada kita bahawa hukuman perbuatan mencuri yang

dijelaskan adalah dengan memotong tangan sipencuri tersebut.Hukuman berbentuk sedemikian

adalah jelas menunjukkan bahawa menurut ajaran islam,kesalahan mencuri adalah amat berat

dan hukuman yang dikenakan juga amatlah berat sekali.Kesalahan mencuri ini juga

merangkumi apa sahaja yang dicuri samaada kecil atau besar nilainya.Pandangan ini juga turut

dikongsi bersama oleh ajaran agama kristian yang berpendapat bahawa kekayaan yang datang

dari cara yang tidak elok puncanya seperti mencuri , menipu , menindas dan memeras ugut

adalah dilarang sama sekali dalam ajaran kristian.Jesus berkata dalam kita Bible bahawa

“kemiskinan adalah berpunca daripada kemalasan seseorang dan sikap yang tidak ingin

berusaha”.

Bagi pengikut agama budha pula ,kelakuan mencuri ini juga ditegah sama sekali tetapi

mereka lebih mempercayai kepada kewujudan Hukum Karma.Hal ini diterangkan dalam

Samyutta Nikkaya di mana Sang Buddha bersabda seperti berikut :

“Sesuai dengan benih yang telah ditabur,

Begitulah buah yang akan dipetiknya kebaikan,

Pembuat kejahatan akan memetik kejahatan pula,

Taburlah biji-biji benih dan

Engkau pulalah yang akan merasakan buah-buah daripadanya.,

Pembuat kebaikan akan mendapatkan kebaikan ”

Hukum karma merupakan hukum sebab dan akibat dari perbuatan. Jika orang berbuat

baik, maka keadaan yang menyenangkanlah yang akan dialaminya. Sebaliknya, jika orang

berbuat jahat, maka keadaan yang tidak menyenangkanlah yang akan diterima. Keadaan yang

menyenangkan atau yang tidak menyenangkan yang merupakan akibat dari perbuatannya itu

dapat timbul atau datang dari bermacam-macam segi, misalnya datang dari dirinya sendiri, dari

alam lingkungannya, dari makhluk – makhluk halus, dari orang lain, dari pemerintah, dan

sebagainya.

Berdasarkan hujah – hujah yang menyokong kenyataan diatas , kita dapat simpulkan

bahawa kesalahan mencuri ini adalah dilarang keras serta ditegah oleh apa juga pegangan

agama di dunia ini.

2

Page 3: curi.docx

2.0 Persoalan Dan Pendapat

Kita memang tidak dapat menyangkal bahawa perbuatan pemuda itu adalah salah

walau dinilai dari sudut mana sekali pun namun sebagai seorang manusia yang mempunyai

nilai dan sikap kemanusiaan , terdapat beberapa aspek yang perlu kita teliti dan selidiki.Menurut

teori Egoisme , ( Egoisme etika individu ) “setiap orang patut bertindak untuk kepentingan saya

”.Dalam konteks pemuda ini , dia telah melakukan kesalahan mencuri ini kerana terlalu lapar

dan perlukan makanan untuk mengisi perutnya yang lapar.

Ianya baik untuk dirinya kerana dapat menghilangkan lapar tetapi mendatangkan

keburukan kepada orang lain khususnya jemaah masjid berkenaan yang mungkin berhadapan

dengan masalah kekurangan hidangan makanan.

.Di dalam ajaran islam juga ada menyatakan bahawa kelakuan mencuri adalah terletak

dalam hukum hudud namun sekiranya sipelaku mencuri kerana terlalu lapar hukuman tersebut

akan ditukarkan kepada hukuman takzir di mana ianya dijalankan mengikut budi bicara hakim

yang mengendalikan kes tersebut.Contoh riwayat yang menerangkan hal tersebut ialah:

“Orang yang terpaksa mencuri disebabkan tersangat lapar (kebuluran) atau terlalu

dahaga yang boleh membawa kepada maut tidak boleh juga dikenakan hukuman hudud,

kerana mereka yang dalam keadaan tersebut adalah termasuk dalam darurat yang diharuskan

oleh syarak melakukan perkara yang dilarang. Kes ini adalah merujuk kepada Kaedah

Fiqhiyyah yang bermaksud “Darurat (dalam keadaan yang memaksa) diharuskan melakukan

perkara yang dilarang”.(Al- Ashbah dan An – Nazha’ir).

Didalam kes yang melibatkan pemuda ini , perbuatan mencuri yang dilakukan adalah

kerana dia terlalu lapar dan perlukan makanan.Berasaskan Teori Deontologi Tindakan ,

tindakan yang dilakukan oleh pemuda ini adalah untuk mengesuaikan diri dengan keadaan

tanpa mengira atau merujuk kepada peraturan.Dia telah mencuri kerana telalu lapar tanpa

mengira bahawa perbuatannya itu adalah satu kesalahan.Jika diniai dari segi hukum

pelembagaan , sememangnya dia bersalah namum jika dilihat dari aspek kemanusiaan ,

mencuri kuih untuk mengisi perut kerana terlalu lapar ianya masih boleh di maafkan dan di beri

pengajaran dengan menggunakan pendekatan yang berhermah.

3

Page 4: curi.docx

Persoalan yang kedua ialah sekiranya kita ditempat pemuda itu , apakah kita juga akan

melakukan perbuatan yang sedemikian ? Pepatah lama ada menyebut bahawa “ Berat mata

yang memandang , berat lagi bahu yang memikul ”.Bersesuaian dengan pepatah ini , keadaan

yang mendesak iaitu kemiskinan dan ketidakupayaan telah memaksa pemuda ini berkelakuan

sedemikian.Kita mungkin masih boleh membeli dan mendapatkan makanan sekiranya perut

berbunyi kerana lapar namum masih adakah di antara kita yang sudi menghulurkan makanan

sekiranya kita meminta dalam keadaan yang tidak terurus dan badan berbau busuk ?

Kebanyakan daripada kita hari ini mengamalkan pemikiran yang bersifat Naturalis.Pemikiran

inilah yang membuatkan pemuda itu dihalau ketika cuba untuk meminta makanan pada

peringkat awalnya kerana mereka menilai pemuda ini dari sudut yang negatif iaitu orang yang

berpakaian tidak kemas , berbau busuk tidak boleh diterima untuk bergaul dalam masyarakat.

Kita juga mungkin melakukan perkara yang sama sekiranya dilayan sebegitu serta

berhadapan dengan situasi yang serupa.Kesalahan mencuri kuih tidaklah terlalu besar

kesalahannya jika kita merujuk kepada riwayat Al – Bukhari yang berbunyi :

�ك� �ى م�ن� ذ�ل �د�ن �ق�ط�ع�وا ف�يم�ا ه�و� أ � ت �ار?، و�ال �ع� د�ين ب اق�ط�ع�وا ف�ي ر�

“Potonglah tangan kerana (mencuri sesuatu senilai) seperempat dinar, dan jangan dipotong

karena (mencuri) sesuatu yang kurang dari itu

Jika kita menilai jumlah kuih yang dicuri oleh pemuda itu , ianya tidaklah semahal mana

harganya dan hukuman yang perlu dijatuhkan kepadanya perlulah dilaksanakan dengan penuh

berhikmah.Walaupun nilai barang yang dicuri tidaklah setinggi mana namun kesalahan tetap

menjadi kesalahan cuma cara kita dalam menjatuhkan hukuman perlu mengambil kira pelbagai

faktor agar hukuman yang dilaksanakan dapat menjadi ikhtibar kepada pesalah dan juga

masyarakat sekeliling.

Persoalan seterusnya yang perlu kita fikirkan ialah Wajarkah semua kesalahan ini

diletakkan pada pemuda tersebut ? Mungkin ada yang berpendapat bahawa pemuda itu hidup

susah kerana dia malas untuk bekerja dan mengubah nasibnya.Berdasarkan petikan kejadian ,

kita tahu bahawa pemuda itu telah melewati usia 50 an.Masih adakah lagi peluang pekerjaan

buat mereka yang mencapai usia sedemikian ? Masih mampukah mereka berkerja di sektor –

sektor yang memerlukan penggunaan tenaga yang banyak seperti sektor pembinaan ?Kita tidak

akan maju jika selalu hidup bermodalkan alasan namun kadang kala kita tidak boleh lari dari

4

Page 5: curi.docx

realiti hidup yang sebenar.Siapa yang boleh membantu meringankan beban hidup yang

dipikulnya kalau bukan masyarakat sekeliling.

3.0 Peranan Masyarakat

Berdasarkan kejadian yang telah berlaku , kita tidak boleh nafikan peranan masyarakat

sekeliling dalam menangani masalah ini .Rentetan kejadian yang berlaku menunjukkan bahawa

pemikiran masyarakat kita masih lagi berfikiran naturalism yang mana mengambarkan sesuatu

keadaan atau situasi akan tetap tanpa akan ada perubahan.Hal ini amat jelas dalam hal yang

melibatkan pentaksiran tingkah laku seseorang individu.Seseorang yang bersikap buruk boleh

berubah kearah yang positif jika diberi peluang dan bimbingan.Berdasarkan pengakuan yang

dibuat oleh pemuda itu , dia sudah cuba untuk meminta makanan namun dia sering di halau

kerana keadaan fizikalnya yang busuk dan tidak terurus.

Sebagai sebuah masyarakat yang berpegang kepada ajaran islam , mari kita renungi

sebuah kisah yang menceritakan akan kesudahan syurga bagi seorang pelacur yang hanya

menolong anjing yang sedang kehausan.

“Maka Allah memujinya dan memberikan ampunan kepadanya, kemudian memasukannya ke

Surga”. Sedangkan dalam sebuah riwayat dari al-Bhukari dan Muslim disebutkan: “Ketika ada

seekor anjing yang hampir saja mati karena kehausan berputar-putar mengitari sumur, tiba-tiba

ada seorang pelacur dari Bani Israil yang melihat anjing tersebut, lalu dia melepas sepatunya

dan mengambilkan air untuk anjing itu, kemudian ia memberinya minum sehingga ia diampuni

karena perbuatannya itu. ( riwayat Al – Bukhari )

Dalam kisah ini , kita dapat membuat penilaian bahawa ajaran islam amat

menyuruh pengikutnya menolong sesiapa sahaja yang berada dalam kesusahan

hatta binatang pun patut diberi pertolongan sekiranya berada dalam keadaan yang

memerlukan .Berbalik kita kepada kaitan kisah ini dengan kisah pemuda tadi ,

masyarakat setempat sanggup menolak permintaan pemuda itu yang inginkan

makanan kerana kelaparan disebabkan kerana rupanya yang buruk dan tidak

terurus.Jika mereka merenung kisah ini pasti mereka akan berfikir kembali akan

perbuatan yang telah mereka lakukan.Sedangkan seorang pelacur yang hina yang

menolong anjing yang juga binatang yang haram di sisi islam diampunkan segala

dosanya dan dijanjikan balasan syurga inikan pula kita yang berada dimartamat

5

Page 6: curi.docx

yang lebih baik dan pemuda itu adalah saudara kita sesama islam yang

memerlukan bantuan.

Kadang – kala sikap msyarakat kita yang amat susah untuk memaafkan kesalahan

yang dilakukan oleh seseorang pesalah sering kali memburukkan lagi sesuatu

situasi.Sememangnya kita akui bahawa kesalahan yang dilakukan oleh pemuda itu tetap

melanggar pelembagaan etika dan perlembagaan kemanusiaan namum ianya masih boleh

dimaafkan kerana ianya tidaklah mendatangkan mudarat yang besar kepada masyarakat

sekeliling. ALLAH SWT berfirman yang bermaksud

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas

langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, iaitu orang-orang yang

menafkahkan hartanya di waktu senang mahupun di waktu sempit, dan orang-orang yang

kebajikan.”"Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya

diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa mereka; dan siapa

lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan

perbuatan kejinya.itu sedangkan mereka mengetahuinya.

ALLAH SWT amat menyukai hambanya yang sentiasa memaafkan kesalahan orang lain

dan memberi hukuman kepada pesalah dengan cara yang berlandaskan syariat dan penuh

hikmah.Jika pemuda itu diberi peluang untuk berubah , tidak mustahil dia akan kembali

mendapat tempat di dalam masyarakat serta memperbaiki taraf hidupnya kepada yang lebih

sempurna.Selain memaafkan kesalahan orang lain , ajaran islam juga mengajar ummatnya

supaya sering berbuat baik sesama insan.Hai ini dengan jelas dinyatakan dalam Surah Lukman

yang berbunyi :

�ا �ي� ي �ن � ب �ق�م ة� أ م�ر� الص�ال�� وف� و�أ �م�ع�ر� �ال �ه� ب �ر� ع�ن� و�ان �ك �م�ن �ر� ال �ك� م�ا ع�ل�ى و�اص�ب ص�اب

� �ن� أ �ك� إ � م�ن� ذ�ل م ز� �eور� ع �eeم� (األ�

�ص�عgر� و�ال�) 17 �اس� خ�د�ك� ت �لن �م�ش� و�ال� ل ر�ض� ف�ي ت� ا األ� ح$ �ن� م�ر� �ه� إ �ح�بm ال� الل �ل� ي �ال? ك ت و�اق�ص�د�) 18 (ف�خ�ور? م�خ�

�ك� ف�ي ي �ك� م�ن� و�اغ�ض�ض� م�ش� �ن� ص�و�ت �ر� إ �ك ن� ص�و�ات� أ

� �ح�م�ير� ل�ص�و�ت� األ� )19 (ال

“ Hai anakku, dirikanlah salat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah

(mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu.

Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah). Dan janganlah

kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di

muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong

6

Page 7: curi.docx

lagi membanggakan diri. Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu.

Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai. ( Surah Lukman ) ayat 17 – 19.

Kita mungkin sering membezakan sesuatu dan meletakkan seseorang individu mengikut

kelas sosial ekonominya disebabkan pengaruh kebendaan dan meterialistik.Hal ini dengan jelas

menimpa pemuda yang malang ini.Dia menerima layanan yang buruk akibat keadaan hidupnya

yang tidak terurus dan terumbang ambing.Berbalik kepada apa yang ditekankan oleh ajaran

islam dalam menangani situasi yang dihadapi oleh pemuda ini , peranan masyarakat di sini

dengan jelas bertanggung jawab untuk memberikan bantuan seperti membawa kes ini kepada

pengetahuan pihak yang berwajib dan juga memberikan sokongan motivasi kepada pemuda

bekenaan

Jika kita tidak mampu untuk memberikan bantuan secara keawangan dan fizikal , kita

boleh melakukan dakwah secara penuh hikmah kepada pemuda ini dengan memberi bantuan

makanan sambil memberi nasihat yang berguna kepadanya.

Setelah meneliti banyak aspek positif mengikut ajaran islam , mari kita selidiki kes ini

mengikut pandangan beberapa tokoh ilmuan dalam menjatuhkan hukuman yang sepatutnya

kepada pemuda ini.Jika mengikut pandangan islam, kita sebagai masyarakat boleh memaafkan

kesalahan pemuda tadi ianya juga turut dipersetujui oleh tokoh – tokoh ilmuan barat.

McCullough, dkk (1997) mengemukakan pendapat bahawa sikap memaafkan

merupakan peringkat motivasi untuk mengubah seseorang untuk tidak membalas dendam dan

meredakan dorongan untuk memelihara kebencian terhadap pihak yang menyakiti serta

meningkatkan dorongan untuk membina hubungan dengan pihak yang menyakiti. Pemaafan

didefinisikan sebagai penggantian emosi negatif dengan positif lain yang berorientasi emosi

seperti empati, simpati, kasih sayang dan cinta (Worthington & Wade, 2001). 

Enright (dalam McCullough, dkk, 2003) mendefinisikan pemaafan sebagai sikap untuk

mengatasi hal-hal yang negatif dan penghakiman terhadap orang yang bersalah dengan tidak

menyangkal rasa sakit itu sendiri tetapi dengan rasa kasihan, iba dan cinta kepada pihak yang

menyakiti.Faturochman & Wardhati (2006),pemaafan merupakan kesediaan untuk

menanggalkan kekeliruan masa lalu yang menyakitkan, tidak lagi mencari-cari nilai dalam

amarah dan kebencian , dan menepis keinginan untuk menyakiti orang lain atau diri sendiri.

Kebanyakkan teori yang dikaji menyatakan akan kelebihan mengamalkan sikap

memaafkan seseorang yang telah melakukan kesalahan berbanding bertindak balas diatas

kelakuan buruk sipelaku.Mengikut konteks pemuda malang ini , sebagai masyarakat , dengan

jelas kita dapat merumuskan bahawa jika kita dapat memaafkan kesalahan pemuda itu , banyak

kesan – kesan positif yang akan dapat kita perolehi berbanding jika kita terus menunding jari

7

Page 8: curi.docx

terhadap kesalahan yang dilakukannya.Kita juga harus menilai sesuatu benda atau kejadian

yang berlaku dari semua aspek dan faktor sebelum menjatuhkan sebarang hukuman.Sikap

yang terburu – buru tanpa mengambil kira penjelasan dan mengapa sesuatu itu terjadi sering

kali meletakkan pesalah berada dalam keadaan yang tertekan dan tidak mustahil akan

mengulangi kesalahannya pada masa yang akan datang.

4.0 Penutup

Dalam menangani permasalahan dan kejadian yang telah berlaku ini ,kita boleh merujuk

kepada pepatah melayu lama yang berbunyi “ Menarik rambut dalam tepung , rambut jangan

putus , tepung jangan berselerakkan.”Hal ini adalah kerana setiap tindakkan yang diambil pasti

mendatangkan kesan yang besar kepada pembentukkan masyarakat serta individu yang

terlibat.Sikap dan nilai – nilai murni menjadi pemangkin penting dalam setiap keputusan yang

diambil.Kita mungkin senang untuk menilai dan menghakimi setiap kesalahan yang dilakukan

oleh orang lain tetapi kita pasti akan sukar untuk membuat tindakan yang sewajarnya sekiranya

berhadapan dengan situasi yang sama

.“ Berat mata memandang , Berat lagi bahu yang memikul ”.Bersama – sama kita

renungkan supaya kita menjadi masyarakat yang penuh nilai kemanusiaan disamping

mengamalkan etika dan prinsip moral yang tinggi.

Bibliografi

Prof Abdullah Hassan,Ariffin Said,Ainon Mohd (2006) Etika Dan Moral Dalam Kehidupan ,Kuala Lumpur,Penerbit : PST Cosaltant.

Khadijah Hashim (1999) 1001 Psikologi Nilai Dan Budaya ,Penerbit : K Publishing SDN BHD

John Gawa( 2004)Kajian Etika Moral Kehidupan.,Jakarta,penerbit : Buku Kompas

Abdul Rahman Aroff (199).Pendidikan Moral Etika Dan Amalan Moral ,Serdang Penerbit : Universiti Putra Malaysia

Khadijah Hashim (1999) Prinsip Moral,Kuala Lumpur: K Publishing SDN BHD

Gadner , R Claim , J & Lawton , D ( ed ) . ( 2000 ) Education For Values : Moral , Ethics and citizenship in contemporary teaching.London.Kogan Page.

Rajendram , (1994 ) Pendidikan Moral ( Dinamika Guru ) Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn Bhd

8

Page 9: curi.docx

.

9