dbp-peribahasa

5
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=melepaskan+batuk+di+tangga&d=10 Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan Yang mana betul, 1. 'harapkan pagar, pagar makan padi' atau 'harapkan pegar, pegar makan padi'. 2. 'melepaskan batuk di tangga' atau 'melepaskan batok di tangga' Peribahasa yang terakam dalam buku peribahasa ialah 'harapkan pagar, pagar makan padi' dan 'melepaskan batuk di tangga'. Peribahasa terakam dalam kepustakaan Melayu sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk peribahasa tetap dikekalkan. Lain-lain 31.01.201 2 maksud sebenar "batuk" dalam peribahasa : seperti melepaskan BATUK di tangga. batuk itu merujuk kepada apa? dan : biar mati ANAK jangan mati adat. anak merujuk kepada? Dalam Kamus Dewan batuk bermaksud mengeluarkan nafas dari paru-paru dengan keras dan bising bunyinya. Merujuk peribahasa yang dimaksudkan, ada pendapat mengatakan yang dimaksudkan sebenarnya ialah batok iaitu sejenis alat yan digunakan untuk menceduk air yang diperbuat daripada tempurung. Manakala anak yang dimaksudkan ialah anak kepada ibu bapa seperti yang difahami umum. Makna 09.07.200 9 ingin dapatkan kepastian makna peribahasa ini: melepaskan batuk di tangga.persoalannya adakah batuk dalam peribahasa ini merupakan satu alat atau perbuatan Makna peribahasa ini ialah melakukan sesuatu dgn tidak bersungguh-sungguh yang merupakan satu perbuatan. Makna 20.04.200 9 Saya ingin penjelasan berkaitan peribahasa melayu seperti di bawah: 1. Harapkan pagar, pagar makan padi atau harapkan pegar, pegar makan padi 2. Melepaskan batok di tangga atau melepaskan batuk di tangga. Yang manakah peribahasa yang betul dan apakah maksudnya, Sekian, terima kasih. Pendapat baharu tentang peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi” (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa ialah khazanah yang terakam sejak Lain-lain 10.01.201 2

description

dbp-peribahasa

Transcript of dbp-peribahasa

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=melepaskan+batuk+di+tangga&d=10SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan

Yang mana betul, 1. 'harapkan pagar, pagar makan padi' atau 'harapkan pegar, pegar makan padi'. 2. 'melepaskan batuk di tangga' atau 'melepaskan batok di tangga'Peribahasa yang terakam dalam buku peribahasa ialah 'harapkan pagar, pagar makan padi' dan 'melepaskan batuk di tangga'.Peribahasa terakam dalam kepustakaan Melayu sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk peribahasa tetap dikekalkan.Lain-lain31.01.2012

maksud sebenar "batuk" dalam peribahasa : seperti melepaskan BATUK di tangga. batuk itu merujuk kepada apa? dan : biar mati ANAK jangan mati adat. anak merujuk kepada?Dalam Kamus Dewan batuk bermaksud mengeluarkan nafas dari paru-paru dengan keras dan bising bunyinya. Merujuk peribahasa yang dimaksudkan, ada pendapat mengatakan yang dimaksudkan sebenarnya ialah batok iaitu sejenis alat yan digunakan untuk menceduk air yang diperbuat daripada tempurung. Manakala anak yang dimaksudkan ialah anak kepada ibu bapa seperti yang difahami umum.Makna09.07.2009

ingin dapatkan kepastian makna peribahasa ini: melepaskan batuk di tangga.persoalannya adakah batuk dalam peribahasa ini merupakan satu alat atau perbuatan Makna peribahasa ini ialahmelakukan sesuatu dgn tidak bersungguh-sungguh yang merupakan satu perbuatan.Makna20.04.2009

Saya ingin penjelasan berkaitan peribahasa melayu seperti di bawah: 1. Harapkan pagar, pagar makan padi atau harapkan pegar, pegar makan padi 2. Melepaskan batok di tangga atau melepaskan batuk di tangga. Yang manakah peribahasa yang betul dan apakah maksudnya, Sekian, terima kasih.Pendapat baharu tentang peribahasa Harapkan pegar, pegar makan padi (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa Melepaskan batuk di tangga. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah Melepaskan batok di tangga semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Maksud peribahasa "harapkan pagar, pagar makan padi ialah orang yang kita percayai berkhianat kepada kita, manakala "Melepaskan batuk di tangga" bermaksud membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai.Lain-lain10.01.2012

salam, saya keliru mengenai peribahasa berikut. 1. melepaskan BATUH di tangga @ melepaskan BATUK di tangga. 2. mengetuk dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih @ mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih tolong perjelaskan peribahasa yang tepat. terima kasih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu menyenaraikan peribahasa yang berikut: 1. Bagai melepaskan batuk di tangga bermaksud membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai; dan 2. Mengata dulang paku serpih, mengata orang akuyang lebih bermaksud mencela orang, tetapi diri sendiri yang lebih buruk lagi.Tatabahasa16.08.2011

Salam sejahtera.Saya mohon bertanya kerana ada kekeliruan: 1."Harapkan pagar,pagar makan padi" atau "Harapkan pegar,pegar makan padi"? 2."Melepaskan batuk di tangga" atau "Melepaskan batok ditangga"? Harap pihak Tuan dapat membantu kerana ianya amat penting dalam memastikan maklumat yang betul disampaikan kepada anak murid.Pendapat baharu tentang peribahasa Harapkan pegar, pegar makan padi (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa Melepaskan batuk di tangga. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah Melepaskan batok di tangga semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan. Wallahualam.Lain-lain12.01.2012

adakah terdapat maksud yang lain bagi perkataan "batok". Saya sebagai seorang guru Bahasa Melayu terkeliru dengan majikan saya yang memberikan perkataan batuk kepada batok untuk peribahasa melayu "Bagi melepaskan batuk di tangga" Harap selesaikan masalah ini. Terima kasihPeribahasa yang betul ialah bagai melepaskan batok di tangga bermaksud membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai. Merujuk peribahasa tersebut yang dimaksudkan "batok"ialah sejenis alat yang digunakan untuk menceduk air yang diperbuat daripada tempurung. Pada masa dahulu alat tersebutterletak di tepi tangga dan disangkut pada tiang selepas digunakan untuk membasuh kaki.Lain-lain06.11.2009

Kenalan dari Brunei. Namanya Rashid Rahman Hassan. Nama panjang: Awang Haji Abdul Rashid bin Awang Haji Damit. Untuk yang tak tau, Rashid ialah pemenang tempat kedua Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2011 dekat PICC awal tahun ni, dan dia mewakili negara Brunei. memberitahu bahawa terdapat kesilapan kita dalam menterjemah jawi-rumi. sepatutnya peribahasa yang betul adalah: harapkan pegar (burung pegar), pegar makan padi & bagai melepaskan batok (tempurung) di tangga bukan harapkan pagar, pagar makan padi & bagai melepaskan batuk di tangga.Pendapat baharu tentang peribahasa Harapkan pegar, pegar makan padi (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa Melepaskan batuk di tangga. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah Melepaskan batok di tangga semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Wallahualam.Tatabahasa06.01.2012

Apa komen DPB tentang peribahasa "Harapkan pegar, pegar makan padi" dan "melepaskan batok di tangga"?Pendapat baharu tentang peribahasa Harapkan pegar, pegar makan padi (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa Melepaskan batuk di tangga. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah Melepaskan batok di tangga semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan. Wallahualam.Lain-lain04.01.2012

Assalamualaikum saudara Disini saya ingin membuat sedikit pertanyaan berkenaan kontroversi yang hangat ketika ini iaitu berkenaan 2 peribahasa yang agak terkenal iaitu "Harapkan pagar,pagar makan padi" yang didakwa "harapkan pegar,pegar makan padi" dan "melepaskan batuk ditangga" yang didakwa "melepaskan batok ditangga". Harapkan DBP dapat memberi maklumbalas berkenaan hal ini supaya saya dapat sebarkan kepada rakan-rakan yang lain melalui blog.Penjelasan yang sejelas jelasnya..Pendapat baharu tentang peribahasa Harapkan pegar, pegar makan padi (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa Melepaskan batuk di tangga. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah Melepaskan batok di tangga semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan. Wallahualam.Lain