ddvvhn

4
LAPORAN LAWATAN KE RUMAH SEJAHTERA KAMPUNG BARU SUNGAI LUI, RAUB, PAHANG Tarikh : 24.04.2013 (Rabu) Masa : 2.00 ptg – 4.00 ptg Tempat : Rumah Sejahtera Kampung Baru Sungai Lui, Raub Lawatan ke Rumah Sejahtera ini dianjurkan oleh En. S. Ganesan,GPK 1 dan dibantu oleh guru-guru sekolah dibawah nasihat Guru Besar. Lawatan ini mengambil masa 1 hari. Perkhidmatan bas telah diuruskan bagi memudahkan perjalanan lawatan berkenaan. Murid-murid seramai 12 orang telah melibatkan dirinya dalam lawatan ini. 3 orang guru telah diringi bersama. Objektif lawatan ini ialah menerapkan rasa simpati, empati, kasih sayang dan keprihatinan kepada golongan kurang bernasib baik dan terpinggir. Selain itu, lawatan ini juga dapat menanam rasa syukur kepada Tuhan atas segala nikmat yang telah dikurniakan melalui pemerhatian terhadap golongan kurang bernasib baik Tepat pada pukul 1.30 tgh, bas bertolak dari sekolah menuju ke Rumah Sejahtera, Sungai Lui. Sekitar pukul 1.45 tgh, kami sampai di Rumah Sejahtera. Pengurus Rumah Sejahtera, Mdm

description

sadfgh

Transcript of ddvvhn

LAPORAN LAWATAN KE RUMAH SEJAHTERA KAMPUNG BARU SUNGAI LUI, RAUB, PAHANG

Tarikh:24.04.2013 (Rabu)Masa:2.00 ptg 4.00 ptgTempat:Rumah Sejahtera Kampung Baru Sungai Lui, Raub

Lawatan ke Rumah Sejahtera ini dianjurkan oleh En. S. Ganesan,GPK 1 dan dibantu oleh guru-guru sekolah dibawah nasihat Guru Besar. Lawatan ini mengambil masa 1 hari. Perkhidmatan bas telah diuruskan bagi memudahkan perjalanan lawatan berkenaan. Murid-murid seramai 12 orang telah melibatkan dirinya dalam lawatan ini. 3 orang guru telah diringi bersama.

Objektif lawatan ini ialah menerapkan rasa simpati, empati, kasih sayang dan keprihatinan kepada golongan kurang bernasib baik dan terpinggir. Selain itu, lawatan ini juga dapat menanam rasa syukur kepada Tuhan atas segala nikmat yang telah dikurniakan melaluipemerhatian terhadap golongan kurang bernasib baik

Tepat pada pukul 1.30 tgh, bas bertolak dari sekolah menuju ke Rumah Sejahtera, Sungai Lui. Sekitar pukul 1.45 tgh, kami sampai di Rumah Sejahtera. Pengurus Rumah Sejahtera, Mdm Wong mengalu-alukan kedatangan kami semua. Beliau memperkenalkan warga emas yang mendiami rumah sejahtera tersebut kepada kami semua. Seramai 7 orang warga emas berumur antara 60 hingga 80 tinggal di rumah berkenaan.

Sebelum memulakan aktiviti, makanan telah dibekalkan kepada semua orang. Kami berasa gembira sewaktu makan bersama warga emas. Setelah makan, sesi perbualan telah diadakan. Warga emas berkongsi pengalaman mereka dengan kami semua. Mereka menceritakan kisah mereka serta memberi nasihat kepada kami semua.

Setelah itu, aktiviti gotong royong telah diadakan. Murid-murid bersama para guru membersihkan halaman Rumah Sejahtera. Warga emas juga turut bersama kami dalam menjalankan aktiviti gotong-royong.Aktiviti gotong-royong ditamatkan sekitar pukul 3.30 petang.

Pn. M. Umadevi selaku GPK HEM memberi goody bag kepada semua warga emas di rumah tersebut. En. S. Ganesan selaku GPK 1 memberi cenderahati kepada Pengurus Rumah Sejahtera Mdm.Wong. Murid-murid pula berjabat tangan dengan semua warga emas. Melalui pengalaman yang menarik dijangka dapat memberikan banyak faedah kepada murid-murid.

Sekitar pukul 3.45 petang, kami bertolak dari rumah sejahtera. Lawatan ini memberi pengalaman yang berharga kepada kami semua. Kita sebagai manusia harus mempunyai nilai kasih sayang. Sebagai seorang anak , kita haruslah menjalankan tanggungjawab dengan sempurna kepada ibubapa. Inilah pengajaran yang kami dapati melalui lawatan ini. Pada pukul 4.00 petang kami sampai di sekolah. Semua aktiviti telah dijalankan dengan sempurna seperti yang dirancang.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

( Cik. P. Punitha ) ( Pn. M. Umadevi ) Setiausaha lawatan, GPK Hal Ehwal Murid,SJK (T) Ladang Cheroh SJK (T) Ladang Cheroh

Disahkan oleh :

( En. L.Karunnanithy )Guru Besar,SJK (T) Ladang Cheroh

GAMBAR LAWATAN KE RUMAH SEJAHTERA KAMPUNG BARU SUNGAI LUI, RAUB, PAHANG

Guru bersama murid sekolah mengambil gambar di halaman rumah sejahtera

Situasi warga emas di rumah sejahtera

Sesi pengambaran bersama Warga emas, guru dan murid-murid sekolah

Murid menjalankan aktiviti gotong royong sekitar kawasan rumah sejahtera