Definasi Ko Ku

5
KOKURIKULUM Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang. Aktiviti ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah yang dijalankan melalui pasukan pakaian seragam, persaatuan atau kelab atau sukan. Aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada murid untuk mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dipelajari di bilik darjah. BUDAYA SEKOLAH Budaya Sekolah merangkumi seluruh persekitaran diri pelajar di sekolah. Persekitaran ini bercorak fizikal dan bukan fizikal. Persekitaran yang menggalak dan menyokong dapat melahirkan kesan positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran serta penghayatan nilai-nilai murni. Satu daripada teras budaya sekolah yang positif ialah budaya ilmu. Murid perlu digalakkan supaya berminat membaca, mencari maklumat dan

description

Unit Kokurikulum

Transcript of Definasi Ko Ku

Page 1: Definasi Ko Ku

KOKURIKULUM

Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang. Aktiviti ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah yang dijalankan melalui pasukan pakaian seragam, persaatuan atau kelab atau sukan. Aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada murid untuk mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dipelajari di bilik darjah.

BUDAYA SEKOLAH

Budaya Sekolah merangkumi seluruh persekitaran diri pelajar di sekolah. Persekitaran ini bercorak fizikal dan bukan fizikal. Persekitaran yang menggalak dan menyokong dapat melahirkan kesan positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran serta penghayatan nilai-nilai murni.

Satu daripada teras budaya sekolah yang positif ialah budaya ilmu. Murid perlu digalakkan supaya berminat membaca, mencari maklumat dan membuat rujukan dan penyelidikan. Untuk itu sekolah boleh mewujudkan sudut atau taman bacaan yang selesa di sekitar kawasan sekolah.

Di samping aspek budaya ilmu, aspek perhubungan dan kemanusiaan juga perlu diberikan penekanan. Sekolah dan semua anggotanya perlu wujud sebagai keluarga yang bahagia. Ciri utama sebuah keluarga yang bahagia ialah kasih saying. Murid yang merasakan sekolah sebagai tempat yang memberikan kebahagiaan kepada mereka akan mempunyai sikap yang positif terhadap ilmu dan sekolah itu sendiri.

PERKEMBANGAN INDIVIDU SECARA MENYELURUH

KBSR digubal untuk memastikan semua matapelajaran berperanan untuk memenuhi keperluan-keperluan intelek, rohani, emosi dan jasmani. Potensi individu tidak boleh dikembangkan secara berasingan. Setiap potensi yang dikembangkan itu harus dihubungkait atau diselaraskan dengan potensi yang

Page 2: Definasi Ko Ku

lain. Misalnya, perkembangan potensi intelek, rihani dan jasmani dalam permainan tidak boleh dipisahkan dari aspek social seperti memperoleh pengetahuan untuk bermain dengan cara yang betul, cekap dan tangkas serta mempunyai semangat kerjasama, kekitaan dan berbakti kepada negara.

PENDIDIKAN YANG SAMA UNTUK SEMUA MURID

KBSR menyediakan program pendidikan yang sama dan memberi peluang yang luas untuk semua murid bagi mendapatkan kemahiran serta ilmu pengetahuan yang menyeluruh dan seimbang melalui pengalaman secara langsung. Misalnya, kandungan kurikulum yang sama diikuti oleh semua murid.

PENDIDIKAN SEUMUR HIDUP

Pendidikan merupakan suatu usaha yang berterusan. Peringkat persekolahan hanyalah bahagian awal dalam usaha ini. Oleh itu pendidikan di sekolah seharusnya menyediakan pelajar untuk pembelajaran seterusnya dalam hidup mereka. Sesuai dengan prinsip ini, pengetahuan dan kemahiran yang diberi dalam rancangan KBSR merupakan asas-asas yang diperlukan oleh semua murid sebagai keperluan untuk menghadapi kehidupan seharian dan menjadi asas kepada Pendidikan seumur hidup. Oleh itu proses pendidikan tidak seharusnya terhenti setakat alam persekolahan sahaja malah berterusan sepanjang hayat.AKTIVITI KO-KURIKULUM

Ko-kurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang dan dijalankan di luar jadual waktu persekolahan. Aktiviti ini meliputi gerak kerja pasukan berpakaian seragam, persatuan atau kelab dan sukan. Melalui kegiatan ko-kurikulum ini murid dilatih untuk sedia berkhidmat di kalangan masyarakat.

MATLAMAT KO-KURIKULUM

Page 3: Definasi Ko Ku

Aktiviti ko-kurikulum adalah untuk membolehkan murid ;

* meningkatkan minat, bakat dan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu ;

* mengisi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah ;

* memberi khidmat dan sumbangan kepada keluarga, sekolah, masyarakat dan negara ;

* meningkatkan disiplin diri ;

* meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan diri ; dan

* meningkatkan kemahiran sosial.