Definisi Pendidikan Khas pku 3102

30
REKOD BORANG KOLABORASI KERJA KURSUS (PKU 3101) IPG : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN NAMA PELAJAR : ZAMERI BIN OMAR NO MATRIK : KUMPULAN : PENDIDIKAN KHAS AMBILAN FEB 2012 MATA PELAJARAN : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS(PKU 3101) PENSYARAH PEMBIMBING : TUAN HJ ABDUL HALIM BIN MUSTAFA TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN CATATAN T/TANGAN,NAMA DAN COP RASMI(JIKA ADA) 17 MAC 2012 Menerima soalan tugasan dan taklimat daripada pensyarah mata pelajaran Tugasan perlu dihantar sebelum peperiksaan 19 MAC 2012 Memahami kehendak soalan tugasan Membuat jadual kerja 20 MAC 2012 Mencari maklumat dari internet,buku dan modul Cetak maklumat dari internet Membuat nota ringkas Catatan bibliografi

Transcript of Definisi Pendidikan Khas pku 3102

Page 1: Definisi Pendidikan Khas pku 3102

REKOD BORANG KOLABORASI KERJA KURSUS

(PKU 3101)

IPG : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

SULTAN MIZAN

NAMA PELAJAR : ZAMERI BIN OMAR

NO MATRIK :

KUMPULAN : PENDIDIKAN KHAS AMBILAN FEB 2012

MATA PELAJARAN : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN

KHAS(PKU 3101)

PENSYARAH PEMBIMBING : TUAN HJ ABDUL HALIM BIN MUSTAFA

TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN

CATATAN T/TANGAN,NAMA DANCOP RASMI(JIKA ADA)

17 MAC 2012 Menerima soalan tugasan dan taklimat daripada pensyarah mata pelajaran

Tugasan perlu dihantar sebelum peperiksaan

19 MAC 2012 Memahami kehendak soalan tugasan

Membuat jadual kerja

20 MAC 2012 Mencari maklumat dari internet,buku dan modul

Cetak maklumat dari internet

Membuat nota ringkas

Catatan bibliografi

21 MAC2012 Berbincang dengan guru pendidikan khas Sk Kg Nyior untuk mendapatkan maklumat

Memberi penerangan dengan jelas

22 MAC 2012 Menyediakan draf tugasan Menyusun maklumat

Page 2: Definisi Pendidikan Khas pku 3102

Menganalisis maklumat

Menghubungkait maklumat yang releven

Membuat huraiansecara terperinci

28 MAC 2012 Pergi ke SK KG NYIUR untuk mengenal pasti seorang murid berkeperluan khas

Mencari maklumat tentang murid Autisma

Untuk kenal pasti intervensi awalan yang diperlukan

3 APRIL 2012 Semakkan tugasan Membetul ejaan

Menyusun maklumat ikut keutamaan

Memperincikan huraian

Tugasan dijilid dengan kemas

14 April 2012 Menghantar tugasan lengkap kepada pensyarah

Page 3: Definisi Pendidikan Khas pku 3102

REFLEKSI

Melalui kerja kursus ini saya dapat memahami tentang masalah pembelajaran

kanak-kanak terutama dalam aspek penguasaan bahasa dan komunikasi

mereka.Selain itu dapat menjelaskan hubungkait antara bahasa dan

komunikasi.kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan kaedah pengajaran khas

bahasa yang memerlukan tenaga pengajar memahami strategi dan kaedah yang

sesuai untuk mengajar dan mendidik kanak-kanak berkeperluan khas ini.Secara

tidak langsung ianya dapat mengajar saya dengan lebih mendalam serta terperinci

mengenai kaedah pengajaran khas Bahasa Melayu kepada kanak-kanak

berkepeluan khas.

Saya mencari maklumat yang berkaitan di dalam internet, selain itu saya juga tidak

lupa untuk membuat rujukan menggunakan modul Kaedah Pengajaran Khas Bahasa

Melayu untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut. Saya juga bersyukur

kerana mendapat kerjasama daripada semua pihak membantu dengan

menyumbangkan idea dan sokongan kepada saya.

Untuk menyiapkan tugasan ini saya terpaksa berkorban masa dan tenaga.Untuk

mendapat maklumat kanak-kanak berkeperluan khas saya terpaksa ke sekolah lain

untuk mencari maklumat.Ini kerana sekolah saya tidak ada kelas pendidikan

khas.Saya juga tidak pernah ada pengalami dengan kanak-kanak seperti ini.Sedikit

sebanyak kerja kursus ini membolehkan saya memahami masalah murid-murid

bermasalah dalam pembelajaran.

Saya telah membuat pemerhatian dan kajian terhadap Kelas PKBP di Sekolah

Kebangsaan Kampung Nyoir,23100 Paka Terengganu.Saya cuba memcari

maklumat tentang masalah pembelajaran murid-muird dalam kelas ini daripada guru

yang mengajarnya.Banyak cabaran mengajar murid kategori berkeperluan khas.Ilmu

yang saya dapat ini akan saya gunakan untuk pengajaran dan pembelajaran saya

pada masa akan datang.

Akhir sekali, proses terakhir ialah menyemak semua hasil yang disiapkan dengan

teliti sebelum membukukan kerja kursus saya ini. Saya begitu berpuas hati dengan

hasil ini kerana berjaya menyiapkannya dengan lengkap dan tepat pada masanya.

Page 4: Definisi Pendidikan Khas pku 3102

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara

langsung mahupun tidak dalam proses menyiapkan kerja kursus saya ini. Semoga

dengan bantuan anda-anda semua diberkati oleh Tuhan yang maha esa.

Page 5: Definisi Pendidikan Khas pku 3102

Definisi Pendidikan Khas

Pendidikan Khas adalah perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan

untuk idividu keperluan khas atau kurang upaya yang terdiri daripada mereka yang

mengalami kecacatan mental,bermasalahan pembelajaran,gangguan emosi dan

tingkah laku,gangguan komunikasi,hilang pendengaran,hilang penglihatan atau

darjah penglihatan yang rendah,kecacatan fizikal dan golongan pintar cergas

Pendidikan Khas juga merupakan program yang dirancang untuk memenuhi

keperluan murid-murid pelbagai keperluan khas. Pengajaran dan pembelajaran

program ini menggunakan cara serta teknik yang sesuai dengan murid-murid khas.

Pendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa, iaitu 'kanak-

kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi, tidak mencapai pertumbuhan

dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya

daripada rancangan sekolah biasa'

(Chua,1982)

Pendidikan Khas ialah subsistem dalam sistem pendidikan, yang bertanggungjawab

mengadakan peruntukkan kemudahan dan keistimewaan bagi membantu kanak-

kanak dan belia yang bersifat luarbiasa.

(Gearhart dan Weishahn,1980)

“ Kanak-kanak yang kebolehanya menyimpang daripada norma biasa, samada di

bawah purata atau di atas purata. Sehubungan dengan tu mereka memerlukan

pendidikan yang khas , kurikulum khas , alatan khas dan guru khas. Kanak-kanak

khas termasuk kanak-kanak pintar dan bermasalah pembelajaran.”

(Heward & Orlansky ,1980)

“ Kanak-kanak Khas perlu dibantu untuk mencapai potensi maksima mereka dari

segi jasmani, emosi, sosial dan interlek dengan menyediakan pendidikan yang

dirancang secara induvidu dan sistematik.”

“ Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan golongan kanak-kanakyang

telah dikenal pasti dan disahkan oleh professional klinik sebagai mengalami

Page 6: Definisi Pendidikan Khas pku 3102

kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran . kecacatan yang dialami boleh

dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan

kognitif ,sosial , komunikasi dan kemahiran perkembangan.

( Kem . Pendidikan Malaysia)

“ Pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan

khas”.

( Hallahan dan Kauffman 2006)

“ Program pengajaran khusus yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan pelajar

luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah

pengajaran khusus.

( Gargiulo 2003)

Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai

keperluan murid-murid khas. Ini termasuk pengunaan bahan-bahan khas, peralatan

khas, teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan dan

keupayaan murid.Ia bertujuan untuk MENDIDIK dan MEMBENTUK murid melalui

· perkembangan mental

· kestabilan emosi

· integrasi sosial

Page 7: Definisi Pendidikan Khas pku 3102

DEFINISI

KANAK-KANAK

PENDIDIKAN

KHAS

Pendidikan Khas ialah

subsistem dalam sistem

pendidikan, yang

bertanggungjawab

mengadakan peruntukkan

kemudahan dan keistimewaan

bagi membantu kanak-kanak

dan belia yang bersifat

luarbiasa.(Gearhart

danWeishahn,1980)

“ Program pengajaran khusus yang

direka bentuk untuk memenuhi keperluan

pelajar luar biasa. Ia mungkin

memerlukan penggunaan bahan-bahan

peralatan dan kaedah pengajaran

khusus.(Gargiulo 2003)

“ Kanak-kanak yang kebolehanya menyimpang

daripada norma biasa, samada di bawah purata atau

di atas purata. Sehubungan dengan tu mereka

memerlukan pendidikan yang khas , kurikulum khas ,

alatan khas dan guru khas. Kanak-kanak khas

termasuk kanak-kanak pintar dan bermasalah

pembelajaran.”(Heward&orlansky 1980)

Pendidikan yang disediakan

untuk memenuhi keperluan

kanak-kanak berkeperluan

khas.”(Hallahan dan kauffman

2006)

Page 8: Definisi Pendidikan Khas pku 3102

DEFINISI KANAK-KANAK

BERKEPERLUAN KHAS

(Mahmood Nazar, 2000).Kanak-kanak

berkeperluan khas dianggap kanak-kanak

yang dianggap berhadapan dengan

batasan keupayaan dengan sendirinya

bagi memperoleh keperluan biasa dan

untuk hidup bermasyarakat kerana had

fizikal dan mentalnya.

McDonnell et a (1995) mengkasifikasikan

murid berkeperluan khas kepada rencatan akal,

gangguan tingkah laku, autisme, gangguan

pembelajaran, kecacatan deria serta kecacatan

fizikal dan kesihatan yang lain. Ada juga yang

yang mempunyai gangguan yang pelbagai

seperti rencatan akal dan gangguan tingkah

laku.

(Jamila ,2005), kanak-kanak khas berbeza dalam

aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori atau

deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial

dan ciri-ciri fizikal. Oleh yang demikian kanak-

kanak khas memerlukan modifikasi atau

perubahan dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun

perkhidmatan pendidikan khas bertujuan

mengembangkan potensi diri kanak-kanak khas ke

tahap yang optimum dan tidak terabai seperti

kanak-kanak normal.

Sheila & Samsilah (2006) mengkategorikan

murid berkeperluan khas adalah kanak-kanak

yang memerlukan pendekatan pengajaran

dan pembelajaran yang berbeza daripada

murid biasa. Murid berkeperluan khas

terbahagi kepada murid bermasalah

penglihatan, bermasalah pendengaran dan

bermasalah pembelajaran.

Page 9: Definisi Pendidikan Khas pku 3102

KATEGORI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Kirk et al (1993) menjelaskan difinisi kanak-kanak berkeperluan khas sebagai

kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa dalam ciri- ciri

mentalkeupayaan-keupayaan deria dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal dalam

tingkahlaku sosial atau emosi dalam keupayaan komunikasai atau dalam pelbagai

kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai

atau perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia boleh berkembang sehingga

kemampuan yang maksimum.

Menurut Jamila (2005), kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental,

keupayaan sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri

fizikal. Oleh yang demikian kanak-kanak khas memerlukan modifikasi atau

perubahan dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas

bertujuan mengembangkan potensi diri kanak-kanak khas ke tahap yang optimum

dan tidak terabai seperti kanak-kanak normal.

McDonnell et a (1995) menglkasifikasikan murid berkeperluan khas kepada

rencatan akal, gangguan tingkah laku, autisme, gangguan pembelajaran, kecacatan

deria serta kecacatan fizikal dan kesihatan yang lain. Ada juga yang yang

mempunyai gangguan yang pelbagai seperti rencatan akal dan gangguan tingkah

laku.

Garciulo (2003) pula mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas seperti yang di

bawah;

"Individuals who differ from societal or community standards of

normalcy. These differences may be due to significant physical,

sensory, kognitif, or behavioral characteristics. Many of these children

may require educational programs customized to their unique needs."

Page 10: Definisi Pendidikan Khas pku 3102

Akta Pendidikan 1996 seksyen 312 (Farrel. 2003) menyatakan kanak-kanak itu

dikatakan memerlukan keperluan khas jika mereka mempunyai masalah dalam

aspek pembelajaran yang memerlukan peruntukan pendidikan khusus terhadap

mereka. Mereka dikatakan menghadapi masalah dalam aspek pembelajaran jika

mereka:

1. mempunyai masalah pembelajaran yang yang besar berbanding kanak-

kanak sebaya dengannya,

2. mempunyai kecacatan yang menghalangnya menggunakan kemudahan

pendidikan yang digunakan oleh kanak-kanak yang sebaya dengannya.

3. Adalah di bawah umur wajib bersekolah dan berada di kategori (2) di

atas.

Sheila & Samsilah (2006) mengkategorikan murid berkeperluan khas adalah kanak-

kanak yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza

daripada murid biasa. Murid berkeperluan khas terbahagi kepada murid bermasalah

penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran.(Maklumat

Pendidikan Khas 2003 dalam Sheila & Samsilah 2006).

Kanak-kanak berkeperluan khas dianggap kanak-kanak yang dianggap berhadapan

dengan batasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh keperluan biasa

dan untuk hidup bermasyarakat kerana had fizikal dan mentalnya (Mahmood Nazar,

2000).

Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merujuk kepada kanak-kanak yang

memerlukan perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan kanak-

kanak normal.Kanak –kanak khas didefinisikan sebagai kanak-kanak yang berbeza

daripada kanak-kanak biasa dalam aspek ciri-ciri mental,keupayaan

sanubari,keupayan komunikasi,tingkahlaku sosial ataupun ciri-ciri fizikal.Secara lebih

terperinci lagi kanak-kanak berkeperluan khas adalah seperti berikut:

Page 11: Definisi Pendidikan Khas pku 3102

KATEGORI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN

KHAS

KANAK-KANAK

BERKEPERLUAN KHAS

MASALAH

PERTUTURAN

DAN BAHASA

MASALAH

MENTAL&

TERENCAT AKAL

MASALAH

PEMBELAJARAN

MASALAH

PENGLIHATAN

MASALAH

PENDENGARAN

MASALAH EMOSI

DAN

TINGKAHLAKU

MASALAH

FIZIKAL&

KESIHATAN

PINTAR CERDAS

Page 12: Definisi Pendidikan Khas pku 3102

1.MASALAH PENDENGARAN

Murid yang menghadapi masalah pendengaran ialah murid yang pendengarannya

tidak jelas dan memerlukan alat bantuan mendengar. Murid yang mengalami

masalah ini perkembangan pertuturan dan bahasanya akan terganggu dan lambat.

Kanak-kanak tidak langsung dapat mendengar pula akan juga tidak dapat bercakap

(bisu).

• Mereka yang menghadapi kesukaran mendengar atau kekurangan pendengaran

yang jelas ( Bee H. 1995).

• Menurut International Encylopedia Volume 5 (1975) , cacat pendengaran bermakna

kehilangan atau kekurangan daya pendengaran pada satu telinga atau kedua-

keduanya kekurangan atau kehilangan daya pendengaran.

2.MASALAH PENGLIHATAN

Kanak-kanak bermasalah penglihatan dikategorikan kepada dua iaitu buta yang

langsung tidak dapat melihat dan separuh buta yang kabur penglihatan. Kanak-

kanak ini belajar melalui deria sentuhan, pendengaran, menghidu dan merasa.

Mereka menggunakan tulisan Braille untuk membaca dan tongkot untuk bergerak ke

sesuatu tempat. Dapat disimpulkan bahawa:

*Definisi masalah penglihatan dari segi pendidikan bermaksud sekumpulan kanak-

kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan

*Kaedah penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan

dengan keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan

pencapaian mereka(Barrage 1992)

Page 13: Definisi Pendidikan Khas pku 3102

3.MASALAH PEMBELAJARAN

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran ialah kanak-kanak yang tekah dikenal pasti

dan disahkan oleh pakar-pakar klinikal sebagai mengalami kecacatan yang

mengganggu proses pembelajaran. Kanak-kanak ini mengalami masalah seperti

berikut:

• lambat untuk menguasai kemahiran berkomunikasi

• lambat berkembang persepsi pendengaran dan penglihatan

• menghadapi kesukaran untuk membaca, mengeja, menulis dan mengira.

Kanak-kanak ini memerlukan perhatian dan keprihatinan yang lebih daripada

masyarakat terhadap masalah yan mereka hadapi supaya dapat menjalani

kehidupan seharian bersama orang lain.

4.PINTAR CERDAS

Mengikut Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, kanak-

kanak pintar cerdas ialah kanak-kanak yang maju atau berbakat dalam pelajaran dan

boleh menerima pelajaran lebih awal atau lebih cepat daripada pelajar normal.

Kanak-kanak ini dianggap mempunyai kebolehan luar biasa.

Kanak-kanak pintar cerdas adalah kanak-kanak yang mempunyai kemampuan yang

tinggi di dalam akademik.Mereka sering dianggap sebagai murid nakal kerana tidak

memberi perhatian di dalam kelas sedangkan mereka sebenarnya memahami dan

telah menguasai pengajaran guru.

Menurut Ross(1993),Kanak-kanak ini dikenalpasti semasa pra-sekolah,sekolah

rendah atau menengah menunjukkan bakat atau potensi yang cemerlang dalam

pencapaian akademik berbanding kanak-kanak yang seusia dengan mereka,sama

pengalaman dan persekitaran.Mereka menunjukkan prestasi tinggi dari segi

intelek,seni dan mempunyai kepimpinan luarbiasa.

Perkembangan kanak-kanak ini menunjukkan ciri-ciri luar biasa pada umur yang

sangat muda berbanding kanak-kanak biasa.Selain itu perkembangan kognitif

Page 14: Definisi Pendidikan Khas pku 3102

mereka tinggi dan dapat dikesan semenjak berumur satu dan menunjukkan

perkembangan yang dominan yang sangat meluas.Mereka mendapat maklumat

dengan menyimpan maklumat dengat cepat dan cekap mengingati semula

maklumat.Kanak-kanak ini boleh merancang,memantau dan menilai menggunakan

pemikiran ke hadapan pada umur yang masih muda berbanding kanak-kanak lain.

Perkembangan emosi kanak-kanak pintar cerdas sangat matang berbanding kanak-

kanak lain,muda kecewa dan menghindar rasa takut serta terlalu sensitif.

5.MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

Masalah bahasa ialah kelemahan lisan dan tulisan. Ia juga melibatkan kelemahan

dalam bentuk bahasa, kandungan bahasa dan pragmatik bahasa.

Komunikasi ialah proses penyampaian atau pemindahan mesej dari seorang kepada

yang lain.

Ia juga adalah proses mewujudkan kefahaman orang lain mengenai mesej yang

disampaikan

dan kedua-duanya mempunyai kefahaman yang dikongsi bersama.

Komunikasi normal biasanya bergantung kepada pertuturan dan bahasa. Pertuturan

ialah kemampuan mengeluarkan bunyi-bunyi yang difahami seperti perkataan dan

ayat. Bahasa pula merupakan apa yang orang lain nyatakan dan kemampuan

menggambarkan dalam pemikiran bentuk simbolik seperti perkataan ataupun

pergerakan yang mewakili perkataan. Masalah komunikasi mungkin berpunca

dariada masalah pertuturan, masalah bahasa ataupun keduanya sekali.

Pertuturan ialah gabungan bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan atau dihasilkan oleh

alat-alat artikulasi dan dapat diungkapkan dengan sempurna. Ia berlaku pada

peringkat penglahiran atau produktif level. Ia berlaku setelah si penutur dapat

mendengar dan memahami dengan baik apa yang diperdengarkan. Individu lebih

banyak bertutur melalui pengalaman daripada kecergasan otak

Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan pelajar menyampaikan maklumat,

pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif secara lisan dengan sebutan

dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan pada keyakinan pelajar

untuk bertutur serta penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang

sesuai. Namun begitu, murid berkeperluan khas mengalami masalah bahasa.

Page 15: Definisi Pendidikan Khas pku 3102

Masalah pertuturan yang dialami oleh kanak-kanak memberi kesan terhadap bunyi

yang dikeluarkan. Perbezaan cara kanak-kanak bercakap menjadi suatu masalah

apabila pertuturannya tidak dapat difahami oleh orang lain yang mendengar. Kanak-

kanak yang mengalami masalah pertuturan ini juga mengalami masalah lain seperti

sumbing, palsi serebrum, dyspraxia dan masalah pendengaran. Antara ciri-ciri

kecacatan ini ialah :

1. Lewat dalam kemampuan mengeluarkan bunyi da menggunakan bunyi dalam

perkataan disebabkan masalah artikulasi ataupun fonologi.

2. Mempunyai suara yang kasar.

3. Tiada bunyi yang keluar apabila kanak-kanak cuba bercakap.

4. Bunyi sengau ataupun bunyi dengungan walaupun kanak-kanak tidak menghadapi

penyakit lain.

5. Gagap iaitu kanak-kanak mengulang perkataan yang sama beberapa kali.

6.MASALAH EMOSI-HIPERAKTIF

Hiperaktif adalah istilah yang digunakan untuk kanak-kanak yang mempunyai tingkah

laku yang terlampau aktif dan mengganggu tetapi mempunyai tumpuan yang singkat.

Ia dikenali sebagai Attention –Hyperactivity Disorder (ADHD). Kanak-kanak ini tidak

boleh diminta untuk menjalankan aktiviti yang pasif sehingga 20 minit.

Menurut Marityn Friend (2005), Persatuan Psikologi Amerika(APA) mendefinisikan

ADHD sebagai kecelaruan psikologi dengan petanda-petandanya yang dapat

dikesan pada umur tujuh tahun dan dikategorikan kepada 3 iaitu;

· ADHD Kurang Tumpuan

-Mereka mungkin kerap mengelamun di dalam kelas,kerap pelupa dan kerja tidak

teratur

· ADHD Hiperaktif-impulsif

-Hiperaktif menunjukkan jumlah pergerakan yang sangat tinggi

-Impulsif iaitu melakukan sesuatu tanpa berfikir

· ADHD Gabungan

-Menunjukkan kedua-dua ciri diatas iaitu kurang tumpuan,hiperaktif dan impulsive

Ciri-ciri tingkah laku kanak-kanak ADHD adalah berbeza dan pada kebiasaannya

ADHD hiperaktif-impulsif mempunyai masalah tingkah laku yang lebih jelas daripada

ADHD impulsive. Kanak-kanak ini lebih agresif contohnya mereka kerap memulakan

Page 16: Definisi Pendidikan Khas pku 3102

sesuatu pergaduhan,kerap membuat kesalahan akibat kecuaian,gagal menyiapkan

kerja sekolah, tidak mahu mendengar apabila bercakap dengannya, sukar mengatur

tugasan,tidak suka dan enggan melakukan tugasan.

Ciri-ciri sosial kanak-kanak ini lebih tertumpu kepada penghargaan kendiri di mana

penghargaan kendiri positif atau negative bergantung kepada keadaan persekitaran

yang mereka terima dan mereka mudah menyesuaikan diri mengikut tuntutan sosial.

7.MASALAH FIZIKAL DAN KESIHATAN - PALSI SELEBRAL

‘CELEBRAL’ bermaksud OTAK. Manakala ‘PALSY’ membawa erti KURANG atau

TIDAK BERUPAYA MENGAWAL PERGERAKAN OTAK’. Definisi palsi selebral

adalah kecacatan anggota disebabkan oleh kecacatan hubungan saraf di antara

bahagian otak dengan bahagian badan semasa dilahirkan atau pada awal usia.

Kanak-kanak palsi selebral sebahagian besarnya mengalami kerosakan pada

kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kurang upayaan untuk melakukan

pergerakan otot-otot dan tegak badan. Kecacatan otak dan saraf ini lazimnya berlaku

sebelum,semasa dan di peringkat awal bayi iaitu ketika bahagian otak kanak-kanak

pesat berkembang.

Terdapat 4 kategori palsi selebral iaitu Palsi Selebral spastik, palsi selebral athetiod,

palsi selebral ataxia dan palsi serebral gabungan. Ciri-ciri fizikal pada kanak-kanak

palsi selebral spastic ialah masalah ketegangan pada otot-otot tertentu seperti

tangan dan kaki. Ketegangan otot ini akan menyebabkan pergerakan otot tersebut

menjadi terhad atau tidak berkodinasi. Contohnya jika ketegangan otot berlaku pada

kaki, pergerakan permulaan berjalan seakan tersekat-sekat dan diikuti dengan satu

lonjakan tenaga menyebabkan pergerakannya kurang terkawal.

Bagi palsio selebral athetiod pula, mereka mempunyai anggota yang lebih meliuk

dan tidak terkawal. Manakala bagi palsi serebral ataxia pula, imbangan badan

mereka adalah tidak baik di samping pergerakan badan yang tidak berkodinasi.

Palsi serebral gabungan pula adalah mereka yang mengalami lebih daripada satu

jenis palsi selebral pada satu-satu masa. Masalah yang dihadpi olehnya adalah otot-

ototnya kejang, tidak berkodinasi dan juga meliuk.

Page 17: Definisi Pendidikan Khas pku 3102

Masalah sosial yang dihadapi oleh golongan ini adalah dalam menyesuaikan diri di

dalam masyarakat. Disebabkan mereka tidak dapat bertutur dengan baik,mereka

berasa rendah diri dan ini akan menjejaskan hubungan mereka dengan persekitaran.

Sebab lain yang menyebabkan kanak-kanak ini rendah diri adalah sikap ibu bapa

yang terlalu member perhatian dan perlindungan yang melampau menyebabkan

kanak-kanak ini langsung tidak diberi peluang untuk mempelajari kemahiran asas

bagi penjagaan diri sendiri.

8. TERENCAT AKAL

Masalah terencat akal menjadi satu masalah yang serius kerana murid yang

mengalami masalah ini lambat menerima pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Punca seseorang anak itu terencat akal boleh dikaitkan dengan faktor biologi(baka)

dan persekitaran. Faktor baka banyak mempengaruhi prestasi intelek seseorang

kanak-kanak berbanding dengan faktor persekitaran.

Kanak-kanak ini mempunyai ciri-ciri fizikal yang sama seperti kanak-kanak normal

iaitu daripada segi pertumbuhan bahagian-bahagian badan walaubagaimanapun

terdapat kekurangan dalam menggunakan motor halus. Kanak-kanak ini lambat

menguasai kemahiran motor halus.Oleh itu, ibu bapa atau guru perlulah memantau

perkembangan motor halus mereka.Kanak-kanak ini sering mempamerkan

kepayahan untuk memberi tumpuan kepada proses P&P didalam kelas,sukar

menyiapkan tugasan dan mudah membuat kesalahan disebabkan kecuaian.Mereka

juga sering menunjukkan tingkahlaku yangsering mengganggu rakan.

Di dalam hubungan sosial dengan rakan-rakan,mereka kurang diterima oleh rakan

kerana tidak pandai menyesuaikan diri,kurang matang dan mempunyai masalah

dalam menguasai kiu-kiu sosial yang halus sehingga mereka kerap menyalah tafsir

aksi-aksi murid lain. Tingkah laku yang lain adalah menarik rambut,menggigit

kuku,tabiat suka mencederakan diri dan meminta ganjaran apabila diminta untuk

melakukan sesuatu contohnya jika enggan melakukan aktiviti P&P,guru akan

memberikan sesuatu yang disukai murid untuk memujuknya mengikuti aktiviti.

Page 18: Definisi Pendidikan Khas pku 3102

LANGKAH-LANGKAH DALAM PROSES PENILAIAN PENDIDIKAN KANAK-

KANAK BERKEPERLUAN KHAS

          

Secara umumnya penilaian bolehlah ditakrifkan sebagai satu kaedah atau satu sistem yang digunakan untuk membuat sesuatu perancangan baru yang lebih baik dan lebih berkesan. Ianya bermula dengan membuat pengumpulan maklumat yang bertujuan untuk membuat sesuatu keputusan. Secara keseluruhannya penilaian boleh dijalankan oleh pakar-pakar psikologi, pakar psikiatrik, guru pendidikan khas, guru-guru dan ibu bapa. Umumnya penilaian dijalankan bertujuan untuk menentukan kekuatan dan kelemahan serta keperluan seseorang pelajar. D. Stufflebeam, dalam bukunya Educational Evaluation and Decision (Pedagogi 3 Pengujian Dan Penilaian, Pemulihan, Pengayaan Dan Pendidikan Inklusif, Mok Soon Sang, Kumpulan Budiman Sdn Bhd 1997 ) membuat takrifan, penilaian itu sebagai proses menentukan, mendapatkan dan memberi maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan yang akan diambil selanjutnya. Juga dapat dikatakan bahawa penilaian itu adalah sesuatu rumusan daripada dapatan data-data yang telah dikumpul. Dengan kenyataan-kenyataan yang tepat berkenaan tahap pencapaian atau kemerosotan perubahan tingkah laku, sikap, sahsiah, harga diri seseorang atau untuk lain-lain tugasan. Dalam konteks ini pengukuran juga adalah penilaian yang dapat dinyatakan dalam bentuk kuantiti iaitu angka atau gred. Berikut adalah langkah-langkah dalam proses penilaian pendidikan kanak-kanak

berkeperluan khas;

1.Mengesan keupayaan kanak-kanak di peringkat awal.Penilaian pengesanan ini dapat membantu guru dan ibu bapa mengenal pasti ketidakupayaan yang dialami oleh anak-anak mereka. Setelah mengetahui tahap keupayaan kanak-kanak, guru dan ibu bapa bolehlah merancang dan melaksanakan tindakan yang boleh membantu kanak-kanak tersebut meningkatkan keupayaan yang sedia ada dengan aktiviti yang berkesan.

2.Kenal pasti tahap kelebihan  yang dimiliki .Penilaian pengesanan ini dapat membantu guru dan ibu bapa mengenal pasti kekuatan atau kelebihan yang dimiliki oleh kanak-kanak. Kanak-kanak terdiri daripada pelbagai kecenderungan atau kelebihan yang dimiliki contohnya jika seseorang kanak-kanak itu kelihatan lebih cenderung ke arah aktiviti sosial seperti bermain bersama kawan dan  suka berbual maka guru dan ibu bapa haruslah meningkatkan kecenderungan itu.

 3.Kumpul maklumat untuk simpanan rekod . Maklumat yang diperolehi akan digunakan untuk tujuan rujukan bimbingan dan perancangan yang sesuai untuk kanak-kanak tersebut. Maklumat ini juga boleh diserahkan kepada pihak yang berkaitan sebagai rujukan dalam proses meningkatkan keupayaan kanak-kanak. 

Page 19: Definisi Pendidikan Khas pku 3102

4.Membantu ibu bapa dan guru menyelesaikan masalah kanak-kanak .Penilaian pencapaian ini dapat mendedahkan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak. Dengan maklumat yang diperolehi dari hasil penilaian ini, guru dan ibu bapa dapat merancang tindakan susulan untuk mengurangkan masalah atau kekurangan keupayaan kanak-kanak tersebut. Masalah ini akan dapat dikurangkan sekiranya perancangan dilakukan mengikut keperluan kanak-kanak. 

PERKHIDMATAN DAN KHIDMAT SOKONGAN YANG DISEDIAKAN

BAGI KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS

Bahagian Pendidikan Khas telah menubuhkan Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas

bagi mendekatkan lagi kanak-kanak berkeperluan khas dengan kemudahan-

kemudahan yang dapat membantu mereka ke arah kualiti hidup yang lebih baik.Bagi

memenuhi keperluan murid-murid pendidikan khas dari pelbagai kategori

masalah.Pusat Perkhidmatan Khas perlu memainkan peranannya dengan baik

sebagai pusat penyebaran maklumat pendidikan khas dan khidmat kepakaran,pusat

bimbingan dan kaunseling serta sebagai pusat perantaraan bagi individu khas

dengan agensi kerajaan dan bukan kerajaan

Jabatan Pergigian Pediatrik merupakan salah satu jabatan yang memberi

perkhidmatan dan khidmat sokongan bagi kanak-kanak berkeperluan khas.Ia

merupakan jabatan yang baru beroperasi di Hospital Sungai Buloh semenjak tahun

2008. Jabatan ini berkongsi fasiliti dengan Jabatan Pembedahan Mulut &

Maksilofasial dan merupakan pusat rujukan bagi kes-kes trauma pergigian serta kes-

Page 20: Definisi Pendidikan Khas pku 3102

kes lesi oro-fasial bagi kanak-kanak berumur 0 hingga 16 tahun. Perkhidmatan pakar

pergigian pediatrik di hospital ini meliputi kawasan Lembah Klang, Daerah Gombak,

Daerah Kuala Selangor dan Daerah Sungai Besar. Pakar Perunding Kanan juga

turut memberikan khidmat konsultasi dan pembedahan oro-fasial kanak-kanak di

Hospital Likas, Hospital Ampang dan Hospital Temerloh.

Perkhidmatan Yang Disediakan;

Rawatan kecemasan seperti infeksi akut oro-fasial dan trauma pergigian. Rawatan pesakit dalam – menerima rujukan daripada disiplin-disiplin lain di

Hospital Sungai Buloh bagi kes-kes trauma oro-fasial dan perubatan serta patologi mulut.

Rawatan pesakit luar seperti konsultasi, rawatan kepakaran pergigian di bawah sedasi oral atau anesthesia setempat serta rawatan bius umum bagi kes-kes ‘severe early childhood caries’ dan patologi mulut.

Rawatan / konsultasi serta perbincangan multi-disiplin bidang kepakaran pergigian yang terdiri daripada orthodontik, restoratif, bedah mulut, periodontik dan pergigian pediatrik yang diadakan pada hari Jumaat minggu terakhir setiap bulan

Intervensi awal adalah merupakan satu sistem perkhidmatan berstruktur yang membantu mempertingkatkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak serta sokongan terhadap keluarga pada tahun-tahun awal yang kritikal bagi seseorang kanak-kanak berkeperluan khas.  Gabungan antara ibu bapa dan ahli profesional akan dapat membantu kanak-kanak, keluarga dan komuniti keseluruhannya.  Perkhidmatan intervensi awal disampaikan dalam konteks:

Mempertingkatkan perkembangan serta pendidikan kanak-kanak Mengurangkan perbelanjaan pendidikan khas, rehabilitasi dan keperluan

kesihatan Mengurangkan perasaan keseorangan, tekanan dan kekecewaan yang

mungkin dialami oleh keluarga Membantu kanak-kanak membesar dengan menjadi individu yang produktif

dan mampu berdikari

Lebih awal kanak-kanak berkeperluan khas dikesan dan dibantu dalam bentuk intervensi maka lebih awal kanak-kanak ini dan keluarga mendapat sokongan. Perkhidmatan sokongan ini akan dapat membantu kanak-kanak berkeperluan khas  ke arah kualiti hidup yang lebih baik.

Perkhidmatan PemulihanJabatan Kebajikan Masyarakat mempunyai iltizam terhadap

khidmat sokongan dalam konsep pemulihan menyeluruh berdasarkan prinsip

pendekatan pelbagai disiplin untuk Orang Kurang Upaya(OKU). Perkhidmatan ini

meliputi di institusi dan di luar institusi dan termasuk aktiviti-aktiviti yang dijalankan

Page 21: Definisi Pendidikan Khas pku 3102

oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO). Perkhidmatan di luar institusi menyediakan

pelbagai program bagi membolehkan OKU diintegrasikan sebagai ahli masyarakat,

persekitarannya dan seterusnya membolehkan mereka berdikari daripada segi

ekonomi dan sosial.

Manakala perkhidmatan di institusi pula memberikan kemudahan penjagaan,

rawatan dan latihan kepada OKU bagi menjadikan mereka sebagai ahli masyarakat

yang produktif. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, telah diwujugkan kelas-kelas

khas yang mengandungi sukatan pelajaran yang dikhaskan mengikut keperluan

meraka. Contohnya seperti Kelas Pendidikan Khas dan juga Kelas Pemulihan Khas.

Pendidikan yang mana di sediakan untuk mereka menampilkan para pendidik yang

telatih dalam pengurusan kanak-kanak berkeperluan khas ini.

Bagi Badan Bukan Kerajaan (NGO) pula, wujud pelbagai pertubuhan yang

menyediakan perkhidmatan seperti Pusat Jagaan dan Pemulihan Harian Ramah

(PJPHR) di Seksyen 10, Shah Alam, Selangor. PJPHR adalah pusat jagaan harian

dan latihan pemulihan untuk kanak-kanak kurang upaya fizikal dan mental. Di antara

program yang dijalankan di PJPHR ialah penjagaan harian, terapi multisensori,

perkembangan awal kanak-kanak, pendidikan kanak-kanak lembam, pemulihan

selepas rawatan hospital untuk kanak-kanak dan latihan pemulihan serta jagaan di

rumah. Kanak-kanak yang dihantar ke pusat itu telah disahkan oleh pakar perubatan

mempunyai masalah-masalah seperti autisme, spastik, hiperaktif, lembam, serebral

palsi, sindrom down dan terencat akal.

Public Law 94-142 (PL 94-142) telah diperkenalkan pada 29 November 1975 setelah

diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat. Sebelum ini ianya dikenali sebagai Akta

Pendidikan untuk Semua Kanak-Kanak Cacat ( Education for All Handicapped

Children Act). Pengenalan PL 94-142 adalah bertitik tolak daripada pandangan yang

menyatakan bahawa hak kanak-kanak adalah dinafikan apabila mereka diasingkan

daripada kanak-kanak yang sebaya dengannya kerana kemahiran-kemahiran yang

lebih tinggi boleh dicapai oleh kanak-kanak khas ini apabila mereka diberi peluang

untuk membuat pemerhatian dan juga melibatkan diri dengan kanak-kanak biasa

(Odom & McEvoy 1988).Undang-undang hasil perkembangan pendidikan khas di

Amerika Syarikat ini telah dapat menjamin pendidikan percuma kepada setiap

Page 22: Definisi Pendidikan Khas pku 3102

individu yang berusia antara 3 hingga 21 tahun. Kanak-kanak yang menghadapi

masalah kecacatan akan diberi peluang belajar bersama-sama dengan kanak-kanak

biasa namun kelas khas akan diwujudkan jika kanak-kanak ini tidak mampu belajar

seperti kanak-kanak biasa yang lain. Oleh itu , guru Pendidikan Khas akan

diperuntukkan di setiap sekolah bagi menjaga hak kanak-kanak yang menghadapi

masalah ini.

Penggunaan kaedah Bahan Bantu Mengajar (BBM) turut boleh membantu

mempertingkatkan tahap pendidikan dan pemahaman murid. Bersangkutan itu,

penyediaan carta-carta yang digunakan dengan kad huruf yang berwarna-warni,

akan turut menarik minat murid-murid seperti Siti Hajjar untuk terus fokus kepada

pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah. Tambahan lagi, dengan

menggunakan bahan rujukan dan ilmiah seperti buku-buku yang mempunyai

gambar-gambar yang menarik.2.Kanak-kanak bermasalah pembelajaran lembam

akan diintervensikan melalui rancangan pengajaran yang lebih berpusatkan kepada

individu bukan secara berkumpulan kerana setiap murid-murid khas mempunyai

tahap pencapaian yang berbeza. Penyediaan perancangan dan jadual yang strategik

oleh guru sebelum mengajar turut mempengaruhi isi kandungan pembelajaran murid

semasa proses P & P berlangsung.

Perkhidmatan dan khidmat sokongan yang disediakan bagi orang kurang upaya:  

Pendaftaran dan Kad Kenal Diri - Tujuan pendaftaran adalah untuk mengumpul data dan statistic bagi maksud perancangan perkhidmatan / program pemulihan, pencegahan, latihan dan pendidikan serta intervensi awal. Kad Kenal Diri adalah suatu tanda pengenalan diri yang dikeluarkan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar bagi memudahkan mereka berurusan dengan pihak-pihak yang berkenaan.

Bantuan Alat Tiruan/Otortik - Bantuan ini bertujuan membantu OKU membeli peralatan tiruan/sokongan seperti kerusi roda, kaliper, anggota tiruan dan lain-lain peralatan yang tidak mampu dibeli oleh OKU. Dengan adanya alat ini dapat membantu mereka bergerak dan meneruskan aktiviti kehidupan harian.

Geran Pelancaran - Bertujuan membantu OKU yang ada pengetahuan dan kemahiran tetapi tidak mempunyai modal (kewangan) dan peralatan bagi menjalankan projek jaya diri / perniagaan kecil / pertanian. Peruntukkan geran pelancaran berkadar maksimum RM2,700.

Elaun Pekerja Cacat (EPC) - Skim ini bertujuan menggalakkan OKU terus bekerja dan berdikari tanpa bergantung kepada ahli keluarga atau orang lain, dan sebagai penyenggaraan pendapatan untuk memenuhi keperluan asas kehidupan.

Page 23: Definisi Pendidikan Khas pku 3102

Bengkel Terlindung - Jabatan berusaha mendapatkan peluang pekerjaan di sektor awam/swasta atau menempatkan OKU di Bengkel Terlindung seperti Bengkel Daya Klang, Bengkel Daya Sg. Petani atau di 13 buah bengkel terlindung yang diuruskan oleh pertubuhan sukarela.

Latihan Kemahiran Vokasional - Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi - kursus peringkat persijilan dan mendapat pengiktirafan MLVK (Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan) ini ditawarkan kepada OKU anggota, berumur antara 18-40 tahun, berkelulusan sekurang-kurangnya PMR atau setaraf dengannya dan boleh berdikari. Kursus ditawarkan seperti komputer dan kesetiausahaan, jahitan dan rekaan fesyen, unit membuat alat tiruan, penyenggaraan komputer, pendawaian lektrik, elektronik, bengkel roti dan kek, fotografi dan kelas memandu.

Kemasukan Ke Institusi Pemulihan ( Taman Sinar Harapan) - Latihan Pemulihan diberikan kepada individu OKU kategori terencat akal sehingga ke tahap sempurna mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing. Perlindungan dan jagaan juga diberi kepada OKU yang mengalami kecacatan yang teruk. Aktiviti dijalankan ialah latihan pemulihan kehidupan harian, latihan pra vokasional, kelas akademik tidak formal, pendidikan agama/moral, sukan/rekreasi, dan aktiviti luar.

Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) - PDK satu strategi dalam pembangunan komuniti untuk golongan OKU menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri di mana memberi peluang kepada OKU menjalani pemulihan, mengecapi peluang yang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat. Aktiviti yang dijalankan ialah kemahiran motor kasar, kemahiran motor halus, perkembangan bahasa, perkembangan sosial, pengurusan diri, pra-3M, kreativiti, sukan dan rekreasi.

Perkhidmatan dan khidmat sokongan yang disediakan yang melibatkan pasukan pelbagai disiplin bagi kanak –kanak seperti berikut:

1. Perkhidmatan Audiologi – menawarkan perkhidmatan kepada kanak-kanak yang berkaitan dengan pendengaran.

2. Perkhidmatan Terapi Cara kerja – menawarkan perkhidmatan berkaitan kemahiran urus diri, kemahiran bermain, perkembangan sensori, motor halus/kasar dan postur.

3. Perkhidmatan Psikologi Klinikal – menjalankan ujian psikologi merujuk kepada pembelajaran, perkembangan  dan kesihatan mental kanak-kanak dan keluarga.

4. Perkhidmatan Terapi Pertuturan-Bahasa – menawarkan perkhidmatan bagi kanak-kanak bermasalah pertuturan, bahasa, komunikasi dan penelanan.

5. Peripatatik – melaksanakan saringan awal, mengenal pasti keperluan khidmat mengurus serta membuat rujukan kepada ahli profesional/pakar.

6. Sukarelawan JICA – Japan Cooperation International Agency (JOCV)-memindahkan pengetahuan dan teknik–teknik pengajaran dan pembelajaran kepada guru pendidikan khas dan pegawai 3PK serta membantu guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran

Page 24: Definisi Pendidikan Khas pku 3102

Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia dilaksanakan melalui Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran.Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.Program Pendidikan Khas Integrasi ini ditadbirkan sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Negeri manakala Jabatan Pendidikan Khas bertanggungjawab terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar dan pengisiannya. Kurikulum yang diguna pakai di sekolah-sekolah pendidikan khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi ialah kurikulum kebangsaan dan kurikulum alternatif. Murid Pendidikan Khas menjalankan aktiviti kokurikulum seperti murid biasa.

Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas ditubuhkan pada Tahun 1999 bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan kepakaran kepada ibu bapa dan murid-murid berkeperluan khas setempat. Pusat ini bersifat saling lengkap-melengkapi kepada agensi-agensi yang berkecimpung dalam hal-hal yang berkaitan dengan keperluan khas. Antara perkhidmatan yang disediakan:- Khidmat audiologi, Kelas bahasa isyarat, Aktiviti terapi, Kaunseling ibu bapa, Perpustakaan permainan, dan Bahan rujukan.

Ibu bapa adalah merupakan khidmat sokongan yang terpenting bagi kanak-kanak

khas. Mereka memainkan peranan penting dalam merancang dan menentukan

perkembangan pendidikan setiap kanak-kanak khas. Peranan ini adalah bertujuan

agar ibu bapa dapat bersama-sama mengetahui setiap maklumat dan membolehkan

mereka membuat keputsan bersama tentang penilaian dan perancangan yang akan

dilakukan oleh guru terhadap anak mereka. Khidmat sokongan yang pelbagai seperti

MDT (Multidisciplinary Team) adalah diberi penekanan dalam PL 94-142 ini.

Kesimpulannya, kanak-kanak berkeperluan khas dapat dimaksudkan dengan kanak-

kanak yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dan mereka memerlukan

kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza berbanding dengan kanak-

kanak biasa.

Page 25: Definisi Pendidikan Khas pku 3102

KAEDAH INTERVENSI

Kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan pengesanan pada peringkat

awal lagi bagi membolehkan mereka mengikuti suatu sistem persekolahan yang

terancang bagi mengembangkan potensi diri mereka.

Setiap kanak-kanak perlu diberi intervensi awal iaitu satu program yang

tersusun, berstruktur, dan berperingkat. Intervensi awal mendidik kanak-kanak

bekeperluan khas dari masa lahir hingga prasekolah. Selain itu juga melibatkan

kolaborasi pelbagai disiplin (Zarin, Safani & Soon 2004).

Intervensi awal ini juga memberi kesan positif pada perkembangan kanak-

kanak berkeperluan khas antaranya ia dapat member pendekatan penambahan

komunikasi. Sesetengah individu memerlukan intervensi melalui kaedah komunikasi

selain daripada bahasa lisan. Selain itu, dalam sesetengah kes, individu tersebut

tidak boleh bertutur disebabkan oleh masalah fizikal atau keupayaan kognitif. Oleh

itu, kaedah komunikasi yang tidak melibatkan pertuturan hendaklah direka dan

dilaksanakan untuknya.

Page 26: Definisi Pendidikan Khas pku 3102

Di Amerika syarikat, program intervensi dijalankan melalui kerjasama di antara

agensi seperti perkhidmatan dan bantuan teknologi, perkhidmatan jururawat sekolah,

latihan dan kaunseling ibu bapa, perkhidmatan pemakanan nutrisi, program

kebudayaan dan kesenian, terapi cara kerja dan terapi bahasa dan pertuturan.

Guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas supaya dapat melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Selain itu, kemahiran mengurus

tingkah laku akan dapat membantu guru mengawal dan membentuk tingkah laku

muridnya. Oleh itu guru perlu bijak menyusun teknik dan strategi untuk membentuk

tingkah laku positif dari murid-murid berkeperluan khas ini.

Dari aspek bahasa pula, cadangan kaedah intervensi adalah dari segi

fonologi, langkah intervensi yang boleh diambil ialah dengan menjalankan terapi

pertuturan seperti meniup belon, meniup ke dalam air dengan menggunakan straw,

menjilat lolipop menggunakan lidah, menjilat ais krim serta pernafasan iaitu dengan

menahan nafas di dalam air. Teknik ini secara tidak langsung sebagai senaman

untuk menguatkan otot mulut.

Bagi morfologi pula, intervensi yang hendak dilakukan perlu mengambil kira kecerdasan

dan masalah tingkah laku. Tujuan utama adalah untuk membantu perkembangan bahasa

kanak-kanak yang lambat adalah dengan mengubahsuai kaedah pengajaran dan

pembelajaran serta penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai. Antara kaedah

intervensi untuk morfologi adalah:

1. Kaedah skills pembinaan komunikasi iaitu satu contoh bahan komersil yang

digunakan untuk memperkayakan perkembangan pembentukan kata.

2. Kaedah ‘reformulate’. Contohnya, guru memperkenalkan murid dengan perkataan

kadang-kadang, semalam, esok dan sekarang mengikut situasi dan konteks yang

betul supaya murid boleh menceritakan sesuatu berdasarkanmasa.

3. Latihan penggunaaan imbuhan awalan dan akhiran juga diberi penekanan agar murid

dapat menggunakan penambahan imbuhan tersebut mengikut konteks ayat yang

betul. Contoh: imbuhan ‘mem’ dan ‘an’. Saya membeli makanan ... Saya membeli

makanan di kantin.

Page 27: Definisi Pendidikan Khas pku 3102

Dari segi sintaksis pula intervensi yang boleh dijalankan ialah dengan

melakukan perubahan daripada belajar secara individu kepada pembelajaran

kumpulan. Fokus pengajaran di sini guru perlulah melebihkan tumpuan kepada

aspek pembinaan perkataan, membaca dan menulis ayat yang mudah. Antara aktiviti

yang boleh dijalankan oleh guru kepada murid-murid ini adalah dengan penggunaan

perkataan di dalam permainan bahasa.

Bagi semantik pula, langkah intervensi yang perlu diambil ialah dengan

memberi penekanan kepada aspek kofnitif, linguistik, logik, persekitaran dan motivasi

kepada murid. Aktiviti yang membantu ialah mengajar perkataan di dalam pertuturan

dialek harian serta bahasa kiasan yang sering digunakan kerana perkataan tersebut

tidak ditemui di dalam kamus.

Intervensi yang boleh dijalankan untuk komponen pragmatik ialah dengan

menjalankan penilaian dan pemulihan khusus. Pemulihan yang dijalankan

merangkumi aspek tingkah laku, psikolonguistik dan interaksi sosial untuk

menggalakkan mereka berinteraksi dan berkomunikasi dengan penggunaan konteks

bahasa yang betul. Contoh: latihan komunikasi melalui aktiviti lakonan. Latihan teknik

penyoalan perlu ditekan untuk membimbing murid mengemukakan dan memahami

soalan apabila diterangkan oleh guru.

Antara kegiatan pembelajaran yang sesuai dijalankan oleh guru untuk

meningkatkan kemahiran bertutur di kalangan murid ialah mengadakan latih tubi

sebutan untuk membetulkan kesalahan penyebutan yang telah dikenal pasti.

Perbualan secara terpimpin, dialog dan soal jawab boleh dijalankan untuk memberi

peluang kepada pelajar bercakap tanpa perasaan malu, takut, dan bosan. Guru juga

boleh mempersembahkan satu daya kreatif berdasarkan skrip yang sedia ada atau

yang dicipta oleh murid sendiri. Guru dan murid boleh membincangkan berita dan

peristiwa semasa, membincang isi yang terdapat dalam satu gambar bersiri,

membincang aspek-aspek satu filem atau slaid yang telah diperlihatkan.

Kebolehan menulis memerlukan kematangan urat saraf dan urat daging yang

mengawal jari dan tangan. Ini amat penting untuk pelarasan bagi membolehkan

seseorang menulis. Kanak-kanak sewaktu berumur dua tahun telah boleh

menggunakan jari dan tangan mereka untuk menconteng dan membuat gambar

mengikut tanggapan mereka. Latihan peringkat rendah menekankan aktiviti seperti

Page 28: Definisi Pendidikan Khas pku 3102

melakukan latihan pergerakan tangan. Kemudian meggalakkan murid menguasai

gerak tangan yang bebas suapaya mereka boleh menulis dengan selesa dan

sempurna.

Dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu KBSR, kemahiran menulis

merupakan objektif untuk melihat keupayaan murid menulis perkataan dan membina

ayat, serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan. Ini termasuk

penulisan tentang pengalaman peribadi yang dilalui, bahan sastera serta bahan

berunsur ilmu. Penulisan hendaklah menggunakan ayat yang gramatis serta tanda

baca dan ejaan yang betul. Tulisan berangkai yang jelas dan cantik hendaklah

digalakkan kepada setiap murid. Hasil pembelajaran bagi kemahiran menulis ialah

keupayaan menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana, mencatat dan menyusun

maklumat, menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif dan membuat ulasan.

Latihan atau aktiviti yang boleh dilakukan untuk kemahiran menulis ini ialah

aktiviti seperti membuat corak, menekap dan membentuk huruf. Latihan menulis ini

dikenali sebagai kemahiran menulis secara mekani kemahiran ini perlu dikuasai

pada peringkat awal supaya murid dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan

mudah dibaca oleh orang lain. Ini dapat membantu murid menguasai kemahiran

selanjutnya.

RUMUSAN

Terdapat banyak kategori kanak-kanak berkeperluan khas. Berdasarkan

kajian dan pemerhatian yang dilakukan kanak-kanak berkeperluan khas

sememangnya menghadapi masalah dalam bahasa dan komunikasi disebabkan oleh

beberapa faktor seperti genetik dan persekitaran. Kekurangan yang terdapat pada

diri mereka mengakibatkan mereka susah dan lambat mempelajari bahasa dan

berkomunikasi berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain.

Bagi kanak-kanak Sindrom Down, ciri- ciri fizikal yang dihadapi tidak boleh

diubah lagi namun masalah pembelajaran yang dihadapi masih boleh dibaiki. Ciri-ciri

fizikal yang dialami disebabkan oleh faktor genetik iaitu mempunyai tiga pasang

kromosom pada pasangan kormosom ke 21. Ini memberikan ciri-ciri yang telah

Page 29: Definisi Pendidikan Khas pku 3102

dibincangkan di atas tadi seperti bertubuh pendek, kepala kecil, mata sepet dan lain-

lain lagi.

Bagi masalah lembam pula terjadi disebabkan faktor baka dan juga

persekitran. Baka yang diperoleh dari keturunan yang mempunyai masalah lembam

akan diperturunkan kepada anak-anak. Faktor persekitaran pula memberi kesan

kepada kanak-kanak menjadi lembam kerana tidak ada perhatian dan komunikasi

daripada ibu bapa menyebabkan anak kurang terdedah dengan perkataan dan

interaksi dengan orang lain.

Pendidikan yang diberikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas ini

bukanlah untuk menjadikan mereka bijak cemerlang dan dipandang tinggi oleh

masyarakat tetapi pendidikan yang diberikan adalah untuk memastikan kanak-kanak

ini boleh menguruskan diri sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada orang lain.

Pendidikan ini bukan hanya terletak di bahu guru-guru pendidikan khas malah

sepatut semua pihak perlu memberi sumbangan dan galakan kepada kanak-kanak

istimewa ini.