Demonstrasi Cara Permainan Ketinting Dan Kepentingannya Kepada Kanak-Kanak

13
DEMONSTRASI CARA PERMAINAN KETINTING DAN KEPENTINGANNYA KEPADA KANAK-KANAK

description

My girlfriend work..Cik Fathanah :)

Transcript of Demonstrasi Cara Permainan Ketinting Dan Kepentingannya Kepada Kanak-Kanak

Page 1: Demonstrasi Cara Permainan Ketinting Dan Kepentingannya Kepada Kanak-Kanak

DEMONSTRASI CARA PERMAINAN KETINTING DAN KEPENTINGANNYA KEPADA KANAK-KANAK

Page 2: Demonstrasi Cara Permainan Ketinting Dan Kepentingannya Kepada Kanak-Kanak

…KETINTING…

Page 3: Demonstrasi Cara Permainan Ketinting Dan Kepentingannya Kepada Kanak-Kanak

PENGENALAN KETINTING Merupakan jenis permainan Laman. Tujuan permainan ialah untuk mengimbang badan

ke padan/ paduk. Bilangan pemain ialah beberapa pasukan atau tiga

(3) orang seregu sepasukan. Gelanggangnya adalah permukaan yang rata. Kanak-kanak perempuan sering memainkan

permainan ini daripada kanak-kanak lelaki. Ini mungkin disebabkan permainan yang tidak begitu

lasak serta memerlukan tenaga yang banyak dan ianya memerlukan pemerhatian di gelanggang yang agak kecil sahaja.

Page 4: Demonstrasi Cara Permainan Ketinting Dan Kepentingannya Kepada Kanak-Kanak

Di kampung-kampung gelanggang di buat dengan mengoreskan garisan di atas tanah sahaja, tetapi lain keadaannya pula dengan kanak-kanak yang berada di kawasan taman perumahan atau dikawasan pekan yang tiada halaman bertanah.

Mereka akan menggunakan kapur tulis tepung atau apa sahaja yang dapat dilukiskan di atas jalan bertar.

Teng teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak terdiri dari dua hingga empat orang setiap gelanggang, tiada peraturan tetap dengan jumlah pemain bagi setiap gelanggang.

Sekiranya melebihi dari empat pemain dalam satu gelanggang, ianya akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk berteng teng.

Page 5: Demonstrasi Cara Permainan Ketinting Dan Kepentingannya Kepada Kanak-Kanak

GELANGGANG DAN GUNDU Gelanggang Teng Teng

Gelanggang teng teng hanya dilukiskan petak-petak di atas tanah sahaja. Terdapat sembilan petak-petak kosong bagi satu gelanggang. Permainan dijalankan mengikut urutan.

GunduSelain daripada gelanggang, gundu adalah juga sebagai perkakasan penting yang dimainkan bersama. Gundu atau buah ialah objek berbentuk leper sebesar separuh tapak tangan yang diperbuat daripada apa sahaja, seperti pecahan pinggan, kepingan besi atau batu yang leper.Gundu ini adalah sebagai tanda bagi para pemain untuk mengerakkan kedudukan mereka di petak-petak gelangang.

Page 6: Demonstrasi Cara Permainan Ketinting Dan Kepentingannya Kepada Kanak-Kanak

CARA BERMAIN Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi

menentukan pemain yang mana harus memulakan permainan terlebih dahulu.

Lai lai li tam plong adalah kaedah bagi menentukan pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.

Bagi memulakan permainan, pemain hendaklah mencampakkan gundu ke dalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak, begitu juga jika pemain telah berjaya melepasi pusingan pertama, kedua dan seterusnya cara mencampakkan gundu adalah sama.

Jika gundu tidak masuk ke dalam petak yang ditentukan atau terkeluar ia di anggap mati dan hilang giliran.

Page 7: Demonstrasi Cara Permainan Ketinting Dan Kepentingannya Kepada Kanak-Kanak

Pemain lain mengambil giliran pula. Pemain dikehendaki melompat kedalam

kesemua petak dengan sebelah kaki, kecuali di petak sembilan dengan kedua belah kaki.

Tetapi bagi pemain yang baru sahaja memulakan permainan dimana gundu berada di petak pertama, maka pemain hendaklah melompat terus ke petak ketiga, tanpa memijak di petak kedua.

Begitu juga dengan lompatan disetiap petak, seandainya pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih permainan.

Page 8: Demonstrasi Cara Permainan Ketinting Dan Kepentingannya Kepada Kanak-Kanak

Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, setibanya di petak kedua dan keempat, pemain hendaklah memijak dengan kaki kanan di petak kedua dan kaki kiri di petak keempat.

Setelah itu pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga pula dengan hanya sebelah kaki dan seterusnya gundu hendaklah dikutip di petak pertama lalu melompat ke petak pertama dan terus ke garisan penamat.

Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di dalamnya, samada kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira mati, giliran pemain seterusnya mengambil alih permainan.

Page 9: Demonstrasi Cara Permainan Ketinting Dan Kepentingannya Kepada Kanak-Kanak

MEMBINA RUMAH

1. Sebelum pemain membina rumah, acara “kopi O” hendaklah dilakukan terlebih dahulu.

2. Pemain hendaklah memejam mata dan berjalan memijak semua petak sambil menyebut “kopi”.

3. Jika pemain memijak di petak yang betul, pengadil pertandingan akan menyebut perkataan “kopi” dan jika pemain memijak petak yang salah atau terpijak garisan, pengadil pertandingan akan menyebut “O”.

Page 10: Demonstrasi Cara Permainan Ketinting Dan Kepentingannya Kepada Kanak-Kanak

4. Untuk mendapatkan rumah, pemain dengan berdiri membelakangkan kesemua petak di garisan permulaan dan mencampakkan ke dalam mana-mana petak gelanggang dan disitulah kedudukan rumahnya.

5. Sekiranya gundu jatuh terkena gaisan atau terkeluar maka ia dikira mati.

6. Setiap pemain hendaklah memijak dengan kedua belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan berbuat demikian.

7. Sekiranya pemain lain memijaknya atau tuan rumah lupa memijak dengan kedua belah kakinya ia dikira mati.

Page 11: Demonstrasi Cara Permainan Ketinting Dan Kepentingannya Kepada Kanak-Kanak

KEPENTINGAN KEPADA PERKEMBANGAN FIZIKAL

Kanak-kanak berasa seronok dan gembira sewaktu aktif menggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka untuk bermain.

Kanak-kanak dapat menyihatkan badan. Dapat meningkatkan kemahiran fizikal. Dapat meningkatkan kemahiran

mengimbang. Dapat menguji ketepatan mata dan tangan.

Page 12: Demonstrasi Cara Permainan Ketinting Dan Kepentingannya Kepada Kanak-Kanak

KEPENTINGAN KEPADA PERKEMBANGAN INTELEK

Dapat merangsang minda untuk merancang strategi pertandingan.

Memupuk pemikiran inovatif, kritis dan kreatif.

Meningkatkan keupayaan berfikir. Memupuk sikap bekerjasama. Menjadikan minda cergas dan cerdas. Kanak-kanak dapat menambah

pengalaman dan pengetahuan.

Page 13: Demonstrasi Cara Permainan Ketinting Dan Kepentingannya Kepada Kanak-Kanak

KEPENTINGAN KEPADA PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI Dapat merapatkan hubungan antara kawan-

kawan. Dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai

keadaan. Mendapat ramai kawan. Membina kemahiran sosial. Membina kemahiran kendiri yang positif. Bersikap terbuka dan membentuk nilai-nilai murni

dalam diri. Dapat berinteraksi dengan positif. Dapat belajar mematuhi peraturan.