diet atkin MAJALAH.docx

2
Tidur lewat malam punca barat badan Shikin naik mendadak. Siapa sangka akibat sering tidur lewat malam ia menjadi punca utama berat badan Shikin menjadi Shikin naik mendadak. Bahkan dia juga sering dihina dan dicabar oleh rakan-rakan sekelas untuk kurus dan cantik tanpa menggunakan sebarang produk kecantikkan. Saya tidak menyangka hanya kerana waktu tidur yang tidak teratur badan saya akan menegembang sebegini rupa. Selalunya saya akan tidur seleps tamat ulangkaji dan membuat tugasan yang diberikan oleh pensyarah sehingga jam tiga pagi setiap hari. Akibat daripada itu, berat badan saya yang dahulu hanya 55 kilogram naik mendadak sehingga mencecah 80 kilogram. Diet rendah kalori Selepas setahun saya hidup dalam keadaan obesiti dan kulit wajah yang semakin teruk, saya mula memikirkan pelbagai cara untuk kembali langsing dan mendapatkan kulit wajah idaman. Pelbagai jenis diet saya cuba untuk amalkan. Pada awalnya saya cuba untuk mengamalkan diet yang rendah kalori. Walau bagaimanapun, saya menjadi tidak keruan kerana terpaksa mengehadkan pengambilan ayam dan makanan tinggi kalori yang lain. Akibat terlalu tertekan, saya meninggalkan diet tersebut dan meneruskan kehidupan seperti biasaPutus tunang Pada mulanya saya tidak menyangka hanya kerana berat badan naik mendadak dan kulit wajah yang semakin teruk, pertunangan saya diputuskan oleh pasangan. Pernah saya bertnya punca sebenar dia memutuskan hubungan kami dan dengan selamba dia memberitahu bahawa dia malu dan tidak dapat menerima keadaan diri saya sekarang.Kecewa dengan diri sendiri Selepas mendapat tahu bekas tunang mendapat pasangan kekasih yang lebih cantik, saya menjadi semakin tidak keruan. Keputusan peperiksaan semakin teruk dan pernah saya terfikir untuk bunuh diri, tetapi niat itu tidak tercapai apabila hadir seorang lelaki yang ikhlas menerima diri saya pada ketika itu. Setelah hampir 3 bulan berkenalan dengan kekasih baru, saya mula maghargai dan menyanyangi diri sendiri.Berkenalan dengan Diet Atkin Saya mula jatuh cinta dengan Diet Atkin apabila ibu saudara saya memperkenalkan diet ini melalui group di facebook. Pada awalnya saya hanya melihat gambar testimoni pengamal-pengamal diet ini. Seterusnya saya mula membaca dan mengkaji keberkesanan diet rendah karbohidrat ini. Selepas seminggu saya memulakan perjalanan diet saya secara serius kerana saya mendapat 100% sokongan daripada kekasih. Secara ringkasnya Diet Atkin merupakan diet rendah karbohidrat dan rendah sumber glukos. Oleh itu, saya langsung tidak mengambil makanan seperti nasi, mee, bihun, kuteaw, laksa, dan lain-lain. Saya juga tidak menyentuh minuman bergula sepanjang proses diet ini. Saya hanya mengamalkan air putih sebanyak tiga liter sehari dan hanya makan ayam, ikan serta sayuran hijauBersenam 4 kali seminggu

Transcript of diet atkin MAJALAH.docx

Page 1: diet atkin MAJALAH.docx

Tidur lewat malam punca barat badan Shikin naik mendadak.

Siapa sangka akibat sering tidur lewat malam ia menjadi punca utama berat badan Shikin menjadi Shikin naik mendadak. Bahkan dia juga sering dihina dan dicabar oleh rakan-rakan sekelas untuk kurus dan cantik tanpa menggunakan sebarang produk kecantikkan.

“Saya tidak menyangka hanya kerana waktu tidur yang tidak teratur badan saya akan menegembang sebegini rupa. Selalunya saya akan tidur seleps tamat ulangkaji dan membuat tugasan yang diberikan oleh pensyarah sehingga jam tiga pagi setiap hari. Akibat daripada itu, berat badan saya yang dahulu hanya 55 kilogram naik mendadak sehingga mencecah 80 kilogram.”

Diet rendah kalori

“Selepas setahun saya hidup dalam keadaan obesiti dan kulit wajah yang semakin teruk, saya mula memikirkan pelbagai cara untuk kembali langsing dan mendapatkan kulit wajah idaman. Pelbagai jenis diet saya cuba untuk amalkan. Pada awalnya saya cuba untuk mengamalkan diet yang rendah kalori. Walau bagaimanapun, saya menjadi tidak keruan kerana terpaksa mengehadkan pengambilan ayam dan makanan tinggi kalori yang lain. Akibat terlalu tertekan, saya meninggalkan diet tersebut dan meneruskan kehidupan seperti biasa”

Putus tunang

“Pada mulanya saya tidak menyangka hanya kerana berat badan naik mendadak dan kulit wajah yang semakin teruk, pertunangan saya diputuskan oleh pasangan. Pernah saya bertnya punca sebenar dia memutuskan hubungan kami dan dengan selamba dia memberitahu bahawa dia malu dan tidak dapat menerima keadaan diri saya sekarang.”

Kecewa dengan diri sendiri

“Selepas mendapat tahu bekas tunang mendapat pasangan kekasih yang lebih cantik, saya menjadi semakin tidak keruan. Keputusan peperiksaan semakin teruk dan pernah saya terfikir untuk bunuh diri, tetapi niat itu tidak tercapai apabila hadir seorang lelaki yang ikhlas menerima diri saya pada ketika itu. Setelah hampir 3 bulan berkenalan dengan kekasih baru, saya mula maghargai dan menyanyangi diri sendiri.”

Berkenalan dengan Diet Atkin

“Saya mula jatuh cinta dengan Diet Atkin apabila ibu saudara saya memperkenalkan diet ini melalui group di facebook. Pada awalnya saya hanya melihat gambar testimoni pengamal-pengamal diet ini. Seterusnya saya mula membaca dan mengkaji keberkesanan diet rendah karbohidrat ini. Selepas seminggu saya memulakan perjalanan diet saya secara serius kerana saya mendapat 100% sokongan daripada kekasih. Secara ringkasnya Diet Atkin merupakan diet rendah karbohidrat dan rendah sumber glukos. Oleh itu, saya langsung tidak mengambil makanan seperti nasi, mee, bihun, kuteaw, laksa, dan lain-lain. Saya juga tidak menyentuh minuman bergula sepanjang proses diet ini. Saya hanya mengamalkan air putih sebanyak tiga liter sehari dan hanya makan ayam, ikan serta sayuran hijau”

Page 2: diet atkin MAJALAH.docx

Bersenam 4 kali seminggu

“Oleh kerana jadual kuliah yang padat, saya hanya bersenam empat kali seminggu dengan berjoging mengelilingi Tasik Varsiti Universiti Malaya. Sekiranya terdapat masa lapang saya akan pergi ke gym berdekatan untuk melakukan senaman yang lebih berat.”

Tidak berpaling lagi

“Sokongan moral yang berterusan daripada keluarga dan kekasih menyebabkan semangat saya untuk kurus, cantik, dan sihat berkobar-kobar. Saya tidak lagi mengambil suplement kecantikkan tetapi hanya berfokus kepada diet yang saya amalkan. Pada awalnya saya tidak yakin bahawa saya boleh mendapatkan kembali berat badan saya dahulu. Tetapi oleh kerana kecekalan dan disiplin yang kuat sepanjang diet tersebut, kini saya tersenyum gembira dengan hasilnya.”

Mendapat bentuk badan idaman

“Setelah empat bulan mengamalkan Diet Atkin tanpa sebarang cheat dan senaman yang berterusan saya berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 35 kilogram iaitu daripada 80 kilogram kepada 45 kilogram. Bukan sahaja berat badan berkurangan, malahan kulit wajah saya menjadi bersih dan gebu. “

Harapan

“Kini saya bahagia dan bersyukur dengan diri sendiri. Harapan saya kepada wanita diluar sana, jangan cepat berputus asa dan sentiasalah berfikiran positif untuk mecapai berat badan ideal. Saya juga berharap agar anda semua dapat megamalkan cara hidup yang sihat”