Diglosia

22
DIGLOSIA

Transcript of Diglosia

Page 1: Diglosia

DIGLOSIA

Page 2: Diglosia

PENGENALAN Diglosia ialah fonomena yang berlaku apabila

terdapat lebih daripada satu kelainan bahasa dalam masyarakat.

Diperkenalkan oleh Ferguson (1959), yang menerangkan perbezaan penggunaan kelainan bahasa disebabkan oleh perbezaan situasi seperti kelas sosial, konteks dan juga jantina (Fishman, 1974: 289).

Penggunaan dua bahasa yang berlainan atau dua kelainan bahasa, yang satu tinggi, rasmi dan formal, sedangkan yang satu lagi rendah, tidak rasmi dan tidak formal dalam lingkungan yang berlainan tetapi dalam satu komuniti atau masyarakat bahasa yang sama (Penalosa, 1981)

Page 3: Diglosia

Diglossia is a phenomenon which indicates the presence of more than one variety of dialects in a particular dialect or language area, and variety here refers to the social variety, such as the high versus the low variety and the standard versus the non standard variety (Asmah, 1982: 102)

Ferguson membahagikan bahasa kepada dua jenis berdasarkan taraf, iaitu kelainan bertaraf rendah (L) dan bertaraf tinggi (H).

Page 4: Diglosia
Page 5: Diglosia

Kelainan rendah (L) ialah jenis kelainan yang digunakan dalam situasi kehidupan seharian, di rumah dan dalam suasana pekerjaan di peringkat bawahan.

Kelainan jenis tinggi ( H ) pula digunakan dalam perbincangan tentang hal-hal keagamaan, pendidikan, ekonomi, dan dalam bidang-bidang lain yang dianggap tinggi dan formal.

Dari segi pemerolehan bahasa pula, kelainan jenis rendah diperoleh secara tidak formal melalui keluarga dan kawan-kawan, manakala kelainan jenis tinggi pula diperoleh melalui pendidikan formal yang dipelajari.

Menurut Fishman (1967) diglosia ialah penyebaran lebih daripada satu kelainan bahasa dalam situasi yang berbeza.

Page 6: Diglosia

Konsep diglosia telah dikembangkan oleh Fishman (1967) dengan menyatakan bahawa diglosia berbeza dengan keadaan dwibahasa.

Keadaan dwibahasa ialah kemampuan seseorang penutur menggunakan lebih daripada satu bahasa.

Diglosia pula ialah penyebaran lebih daripada satu kelainan bahasa dalam situasi yang berbeza.

Fenomena diglosia boleh berlaku dalam masyarakat dwibahasa dan ekabahasa.

Page 7: Diglosia

Diglosia dalam masyarakat ekabahasa ditandai dengan perkataan-perkataan tertentu yang disebut berbeza antara satu situasi dengan situasi yang lain.

Perbezaan tersebut berlaku akibat adanya dialek dalam masyarakat bahasa tersebut.

Secara kesimpulannya, diglosia menerangkan fenomena bahasa yang berlaku dalam masyarakat akibat terdapatnya tatatingkat sosial iaitu ada golongan yang berstatus tinggi dan golongan yang berstatus rendah.

Page 8: Diglosia

SITUASI DIGLOSIA DI MALAYSIA Diglosia ekabahasa

W ujud apabila satu kelainan bahasa diangkat menjadi bahasa standard (H) dan kelainan-kelainan lain daripada bahasa yang sama itu dianggap bentuk substandard atau bukan standard (L).

Diglosia dwibahasa / pelbagai bahasawujud apabila bahasa Melayu standard dijadikan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi (H), dan bahasa ibunda penutur lain di Malaysia dianggap bentuk substandard atau bukan standard (L)

Page 9: Diglosia
Page 10: Diglosia

FUNGSI

Kriteria yang paling penting bagi suatu bahasa. Dalam suatu bahasa, ada dua ragam bahasa yang berbeza, iaitu ragam H (tinggi) dan L (r). Fungsi-fungsi untuk ragam bahasa H biasanya formal, sedangkan L untuk tidak formal, kekeluargaan dan penggunaan seharian.

Page 11: Diglosia

PRESTIJ

Berhubungan dengan sikap penutur. Ragam H lebih unggul dan lebih nalar. Ragam L dianggap lebih rendah, bahkan

cenderung dihilangkan. Yang dimaksudkan dengan prestij ialah rasa

bangga dengan bahasa itu sendiri pada diri penuturnya.

Page 12: Diglosia

WARISAN TRADISI TULIS-MENULIS

Menunjukkan banyaknya dokumen yang ditulis dalam ragam H berbanding L.

PEMEROLEHAN BAHASA Pemerolehan bahasa pada ragam H dan L. Ragam H digunakan untuk berbicara dengan

anak-anak dan digunakan oleh mereka sehingga ragam H dipelajari secara normal dan tanpa sedar.

Page 13: Diglosia

PEMBAKUAN/STANDARDISASI Oleh kerana prestij dll, ragam H lebih

diutamakan dalam pembakuan/standardisasi bahasa

STABILITI Kedwibahasaan memang dikehendaki agar

selalu ada dua ragam bahasa dipertahankan dalam satu masyarakat bahasa.

TATABAHASA Tentang ciri tatabahasa dapat dikatakan

banyak berlaku perbezaan sistem tatabahasa antara ragam H dan L, walaupun keduanya terdiri daripada bahasa yang sama.

Page 14: Diglosia

KOSA KATA Sebahagian besar kosa kata ragam H dan L

memang sama, tetapi dalam situasi kedwibahasaan mahupun diglosia ada kosa kata yang terdapat dalam ragam H, tetapi tidak ada dalam ragam L dan ada juga kosa kata yang bersinonim (mempunyai erti yang sama)

Contoh – tengah (L) = sedang (H)Koi (L)- semakin (H)Berjelebor (L) = ? (H)

FONOLOGI Sistem bunyi ragam H dan L membentuk

suatu struktur fonologi yang berbeza.

Page 15: Diglosia

Konsep diglosia oleh FishmanDiglosia dan BilingualismAdanya dua bentuk abhasa dalam masyarakat.Distribusi yang stabil atau tetap dari variasi-variasi

bahasa sesuai dengan fungsi sosialnya.Diglosia tanpa bilingualismDalam masyarakat bahasa, terdapat perbezaan

fungsional yang kuat dari ragam-ragam bahasa sesuai dengan H dan L.

Berlaku antarkelompok dari kekuatan yang berkuasa (H), yang bukan hanya hidup jauh dari orang-orang kebanyakan tetapi sengaja membezakan bahasa mereka .

Ditemui dalam masyarakat yang pernah dijajah.

Page 16: Diglosia

Bilingualism tanpa diglosiaDiglosia ditandai dengan distribusi fungsi sosial

yang bervariasi sesuai dengan suasana individual ataupun sosial.

Jadi, bilingualism bervariasi sesuai dengan situasi, peranan, topik, dan tujuan komunikasi.

Situasi seperti ini banyak berlaku.

Tanpa bilingualisme dan diglosiaJenis ini terdapat pada masyarakat yang tidak

berhubungan dengan dunia luar. Masyarakat jenis ini jarang dijumpai.

Page 17: Diglosia

DIGLOSIA EKABAHASA DI MALAYSIA

Diglosia ekabahasa yang terdapat dalam masyarakat Melayu di Malaysia terbahagia dua iaitu:1. Kelainan diraja (H)

a. Kelainan diraja standardb. Kelainan diraja bukan standard

2. Kelainan bukan diraja (L)a. Kelainan bukan diraja standardb. Kelainan bukan diraja bukan

standard

Page 18: Diglosia

Kelainan diraja (H)Kelainan yang digunakan dalam hubungan kebahasaanapabila sekurang-kurangnya satu pihak terdiri daripadakeluarga diraja. Kelainan diraja biasanya adalah kelainanbahasa yang halus, yakni bahasa yang digunakan

denganpenuh sopan santun dan adab tertib dalam apa keadaansekalipun.1. Kelainan diraja standard

Kelainan standard yang digunakan dalam bahasa tulisan dan komunikasi lisan di kalangan raja dalam konteks rasmi.

2. Kelainan diraja bukan standardKelainan diraja mengikut negeri. Antara satu kelainan diraja bukan standard negeri dengan negeri yang lain mempunyai perbezaan ciri-ciri tertentu

Page 19: Diglosia

Kelainan bukan diraja (L)Kelainan bukan diraja ialah kelainan bahasa yangdigunakan oleh rakyat biasa.1. Kelainan bukan diraja standard

kelainan bahasa Melayu standard yang menjadi bahasa (H) dalam diglosia di Malaysia. Kelainan ini merupakan kelainan yang menjadi bahasa pengantar dan diajarkan di sekolah-sekolah sbg mata pelajaran. Ia juga merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi serta menjadi lingua franca dalam hubungan antara kaum di Malaysia.

2. Kelainan bukan diraja bukan standardMerujuk kepada kelainan yang disebut sebagai dialek geografi atau dialek daerah bahasa Melayu di Malaysia seperti Kedah, Kelantan, Terengganu dll. Ia juga merupakan kelainan yang digunakan dalam lingkungan interaksi tidak rasmi dalam konteks hubungan kebahasaan orang Melayu di Malaysia.

Page 20: Diglosia

DIGLOSIA DWIBAHASA DI MALAYSIA J adual di bawah dapat memberikan gambaran

yang hampir tepat mengenai situasi sebenar mengenai diglosia pelbagai bahasa di Malaysia.

H HH Bahasa Melayu StandardHL Bahasa Inggeris

L LH Semua bahasa bumiputera / bukan bumiputera

LL Bahasa pijin

Page 21: Diglosia

O leh kerana bahasa Melayu telah diangkat menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, maka secara tidak langsung bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa tinggi (H).

Pada mulanya bahasa Inggeris diletakkan sebagai bahasa pertengahan (M). W alau bagaimanapun, senario kini memperlihatkan bahasa Inggeris dianggap bahasa berprestij dalam kalangan pengguna bahasa di Malaysia, dan diletakkan sebagai bahasa tinggi yang rendah (HL)

Hal ini merujuk kepada keadaan lebih rendah jika dibandingkan dengan taraf bahasa Melayu yang diangkat sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan

Page 22: Diglosia

Semua bahasa bukan bumiputera (bahasa Cina, Tamil, Punjabi, Telegu, Benggali dll) dan bahasa bumiputera (bahasa orang Asli, Kadazan, Iban, Bidayuh, Dusun dll) dianggap sebagai bahasa rendah yang lebih tinggi (LH) daripada bahasa kacukan seperti bahasa pijin.

Bahasa pijin diletakkan sebagai bahasa rendah rendah (LL) kerana sifat bahasa ini yang dikatakan sebagai bahasa campuran antara dua atau lebih bahasa dan tidak pula boleh dikategorikan kepada salah satu bahasa asal.