Doa Duit Bantuan Sk Ulu Dong

download Doa Duit Bantuan Sk Ulu Dong

of 2

description

OK

Transcript of Doa Duit Bantuan Sk Ulu Dong

DOA SEMPENA BANTUAN WANG Ya Allah , Tuhan Penguasa Alam ,Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami untuk berada di majlis . .Sekolah Kebangsaan Ulu Dong pada hari ini.Ya Allah Ya Tuhan Kami

Sesungguhnya kami berkumpul pada hari ini kerana-Mu Ya Allah

Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu ,kami berkumpul untuk menghubungkan silaturahim,bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah meningkatkan mutu pelajaran anak-anak kami.

Ya Allah, Tuhan yang memberikan rezeki, yang telah mengurniakan kepada kami rezeki yang tidak kami pinta ini. Jadikan ia sebagai pendorong untuk kami lebih mensyukuri nikmat-Mu Ya Allah. Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan,Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas bersegera menghindari dari keburukan .

Kami memohon kekuatan dari hadhratMu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada hari ini, agar kami dapat melaksanakan segala kebajikan dan kami pohon perlindungan dengan Engkau daripada melakukan keburukan .

Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.