Domain kategori perkembangan pelajar

23
KRITERIA PEMILIHAN AKTIVITI PENDIDIKAN JASMANI Mohd Safuan Bin Abu Bakar Samad Ameerul Aswad Bin Abd Aziz Muhamad Irzham Bin Zakaria Muhammad Adhaa Bin Lamry Nur Azira Binti Azuani Siti Nasuha Binti Che Shukor

Transcript of Domain kategori perkembangan pelajar

Page 1: Domain kategori perkembangan pelajar

KRITERIA PEMILIHAN AKTIVITIPENDIDIKAN JASMANI

Mohd Safuan Bin Abu Bakar SamadAmeerul Aswad Bin Abd AzizMuhamad Irzham Bin ZakariaMuhammad Adhaa Bin Lamry

Nur Azira Binti AzuaniSiti Nasuha Binti Che Shukor

Page 2: Domain kategori perkembangan pelajar

Domain Kategori Perkembangan Pelajar

Page 3: Domain kategori perkembangan pelajar

Domain Kognitif

• Melibatkan perkembangan pemikiran pelajar.• Proses yang mengambil masa yang lama.• Aktif ketika alam persekolahan selari dengan

pertumbuhan dan perkembangan fizikal remaja.• Oleh itu domain kognitif menjadi fokus utama

dalam proses P&P.• Taksonomi Bloom membahagikan domain kognitif

kepada 6 peringkat bermula dari tahap yang mudah dicapai hingga kepada tahap yang sukar dicapai.

Page 4: Domain kategori perkembangan pelajar

Domain Kognitif

• Perkembangan domain kognitif pelajar melibatkan cara berfikir, merasa dan bertindak.

APLIKASI

PENILAIAN

SINTESIS

ANALISIS

KEFAHAMAN

PENGETAHUAN

Page 5: Domain kategori perkembangan pelajar

Domain Afektif• Melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar.• Objektifnya mempunyai hubungan dengan perasaan,

emosi, minat, sikap, penghargaan dan nilai.• Seperti Domain Kognitif, Domain Afektif boleh

dikelaskan mengikut peringkat penghayatan daripada yang paling rendah kepada yang paling tinggi.

PENILAIAN

PERWATAKAN

ORGANISASI

GERAKBALAS

PENERIMAAN

Page 6: Domain kategori perkembangan pelajar

Domain Afektif

a. PenerimaanKesediaan seseorang untuk menerima sesuatu yang

ingin disampaikan. Peringkat ini bermula dengan kesedaran penerima. Contohnya penerima sedar akan irama, lirik lagu, keadaan kehidupan. Selepas kesedaran, individu berkenaan akan menunjukkan kesediaan untuk menerima. Kemudian individu berkenaan akan mula bertindak secara terhad. Contoh objektif peringkat ini ialah murid dapat membezakan aktiviti luar bilik darjah daripada aktiviti dalam bilik darjah.

Page 7: Domain kategori perkembangan pelajar

Domain Afektifb. Gerak BalasMurid bertindak balas terhadap rangsangan yang

diterima. Tindak balas ini akhirnya akan melahirkan rasa kepuasan dalam diri murid.pada peringkat awal, gerak balas mungkin berlaku disebabkan oleh arahan orang lain. Walaubagaimanapun, selepas murid berkenaan mempunyai motif tersendiri, dia akan bertindak balas sendiri. Misalnya, menunjukkan minat terhadap aktiviti di luar bilik darjah yang menyebabkan murid berkenaan bertindak balas bagi menghasilkan kepuasan padanya, seperti membersihkan kawasan sekolah.

Page 8: Domain kategori perkembangan pelajar

Domain Afektif

c. PenilaianBermaksud seseorang itu memahami nilai sesuatu

perbuatan yang dilakukannya kepada masyarakat. Nilai ini, yang boleh dianggap sebagai motivasi luaran, akan menjadi landasan kepada setiap perlakuan yang ditunjukkan oleh individu berkenaan. Terdapat tiga jenis iaitu penerimaan semua nilai, pemilihan nilai tertentu dan komitmen.

Page 9: Domain kategori perkembangan pelajar

Domain Afektifd. OrganisasiBermaksud seseorang itu boleh menyusun semua

nilai yang diterima kepada satu sistem yang lebih praktikal. Penyusunan nilai-nilai ini terbahagi kepada dua peringkat iaitu yang pertama, mengkonsepsualisasikan nilai-nilai dan membentuk pertalian antaranya dan yang kedua menyusun nilai-nilai ini hingga menjadi satu sistem nilai. Contohnya pelajar dapat menerima peraturan sekolah dan seterusnya dapat mengawal diri mengikut peraturan tersebut.

Page 10: Domain kategori perkembangan pelajar

Domain Afektif

d. PerwatakanMematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup

mengamalkannya sebagai satu cara hidup. Pada kebiasaannya, individu berkenaan akan kekal memegang sistem nilai berkenaan. Pada peringkat ini, seseorang itu akan memperlihatkan perwatakan berlandaskan kepada nilai tertentu, misalnya dapat membuat keputusan mengikut keadaan, tanpa berasaskan perasaan atau sogokan.

Page 11: Domain kategori perkembangan pelajar

Domain Psikomotor• Psikomotor adalah kemahiran berkaitan pergerakan

anggota fizikal seseorang.• Pada peringkat prasekolah dan sekolah rendah, kanak-

kanak diasuh untuk menguasai pergerakan yang biasa dilakukan dalam kehidupan harian dan juga pergerakan baru dalam senaman.

• Di samping itu, mereka dilatih untuk menguasai kemahiran khusus yang jarang dilakukan dalam kehidupan harian misalnya, kemahiran menggelecek dalam permainan bola sepak.

• Domain Psikomotor juga mempunyai hierarki tersendiri. Simpson (1972) mengemukakan 7 peringkat objektif domain psikomotor daripada mudah kepada susah.

Page 12: Domain kategori perkembangan pelajar

Domain Psikomotor

PERGERAKAN MEKANISTIK

PERGERAKAN SUAIAN

PERGERAKAN KOMPLEKS

PERGERAKAN TERKAWAL

PERSEDIAAN

PERSEPSI

PERGERAKAN CIPTAAN

Page 13: Domain kategori perkembangan pelajar

Domain Psikomotora) PersepsiBermaksud seseorang itu mempersepsikan satu pergerakan

tertentu, seperti memerhati pergerakan “hantaran” dalam permainan bola baling. Melalui pemerhatian ini, seseorang akan dapat mengingat mekanisma pergerakan motor berkaitan dengan pergerakan yang dilihat.

b) PersediaanBermaksud seseorang itu bersedia secara mental, emosi dan

fizikal untuk melakukan sesuatu pergerakan. Misalnya melalui pemerhatian pergerakan “hantaran” dalam permainan bola baling, pelajar dapat mengingat pergerakan tersebut (persediaan mental) dan bersedia untuk melakukannya.

Page 14: Domain kategori perkembangan pelajar

Domain Psikomotor

c) Pergerakan TerkawalBermaksud seseorang itu dapat melakukan

pergerakan awal berkaitan kemahiran yang ingin dipelajari. Pergerakan ini biasanya dilakukan secara peniruan dan cuba jaya. Misalnya, pelajar meniru bagaimana pemain melakukan pergerakan “hantaran” dalam permainan bola baling.

Page 15: Domain kategori perkembangan pelajar

Domain Psikomotor

d) Pergerakan MekanistikBermaksud seseorang itu dapat melakukan sesuatu

pergerakan yang ingin dipelajari secara mahir dan yakin. Misalnya, pelajar berjaya melakukan pergerakan “hantaran” dalam permainan bola baling seperti yang diperhatikan, iaitu berjaya meniru pergerakan pemain.

Page 16: Domain kategori perkembangan pelajar

Domain Psikomotor

e) Pergerakan KompleksBermaksud seseorang itu dapat melakukan

sesuatu pergerakan yang kompleks secara cekap dan licin. Misalnya, palajar berjaya melakukan pergerakan “hantaran” dengan cekap dan licin, iaitu berjaya melakukan pergerakan ini sendiri tanpa peniruan.

Page 17: Domain kategori perkembangan pelajar

Domain Psikomotor

f) Pergerakan SuaianBermaksud seseorang itu dapat melakukan

sesuatu pergerakan secara cekap dan licin dalam sesuatu keadaan tertentu. misalnya., pelajar berjaya melakukan pergerakan “hantaran” dengan cekap dan licin semasa berhalangan.

Page 18: Domain kategori perkembangan pelajar

Domain Psikomotor

g) Pergerakan CiptaanBermaksud seseorang itu dapat melakukan sesuatu

pergerakan baru secara cekap dan licin dalam sesuatu keadaan tertentu. Misalnya, pelajar berjaya melakukan pergerakan “hantaran” cara baru dalam permainan bola baling dengan cekap dan licin semasa berhalangan.

Page 19: Domain kategori perkembangan pelajar

Domain Sosial

• Dicadangkan oleh Dettemer (1997)• Terdiri daripada 8 peringkat objektif iaitu

berhubung, berkomunikasi, melibatkan diri, berunding, bekerjasama, menghakim, memulakan, dan menukar.

Page 20: Domain kategori perkembangan pelajar

Domain Sosiala. BerhubungSeseorang itu cuba menunjukkan tingkah laku kontak mata

(eye contact) terhadap orang lain. Di sini kontak mata merupakan permulaan kepada “perkenalan” yang berakhir dengan berlakunya sesuatu komunikasi.

b. BerkomunikasiSeseorang itu cuba berkomunikasi dengan orang lain, iaitu

cuba memberi atau menerima mesej, seperti ingin bertanya tentang sesuatu. Di sini tingkah laku ingin bertanya itu menyebabkan orang kedua turut bertindak untuk berkomunikasi.

Page 21: Domain kategori perkembangan pelajar

Domain Sosialc. Melibatkan DiriSeseorang secara sukarela mengambil bahagian dalam

sesuatu aktiviti berkumpulan, seperti berbual-bual dengan beberapa orang lain. Di sini tingkah laku berbual akan menggalakkan ahli kumpulan turut mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut.

d. BerundingSeseorang itu boleh membuat perbincangan dengan ahli-

ahli kumpulan tentang sesuatu masalah yang timbul, seperti berbincang untuk membuat sesuatu keputusan.

Page 22: Domain kategori perkembangan pelajar

Domain Sosiale. BekerjasamaSeseorang itu boleh bekerjasama dengan ahli-ahli

kumpulan untuk menjayakan sesuatu projek seperti bekerjasama untuk membersihkan kawasan sekolah.

f. MenghakimSeseorang itu dapat bertindak untuk mendamaikan

sesuatu keadaan apabila terdapat perbezaan pendapat, seperti meleraikan satu pertengkaran.

Page 23: Domain kategori perkembangan pelajar

Domain Sosial

g. MemulakanSeseorang itu dapat memulakan sesuatu aktiviti

berkumpulan yang baru, walaupun terpaksa menghadapi risiko tertentu, seperti berkhemah di tepi sungai.

h. MenukarSeseorang itu berupaya menukarkan gaya hidup

ahli-ahli kumpulan kepada gaya hidup baru, seperti mencintai alam sekitar.