Dr. Said - Kuantitatif
-
Upload
kartina-abu -
Category
Documents
-
view
257 -
download
0
Transcript of Dr. Said - Kuantitatif
-
8/13/2019 Dr. Said - Kuantitatif
1/43
HUBUNGAN KAEDAH PENGAJARAN GURU DAN MINAT PELAJAR
TERHADAP PENCAPAIAN MATA PELAJARAN SEJARAH DI
SEKOLAH MENENGAH
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Berteraskan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia yang dinamik serta
drastik dalam menjadikan subjek Sejarah sebagai wajib lulus
berkuatkuasa pada 2013, adalah merupakan satu pengiktirafan kepada
warisan dan khazanah negara dalam mengekalkan fakta dan maklumat
sahih kepada generasi negara di masa hadapan. Subjek Sejarah
mengupas ketamadunan sesebuah negara bangsa dan fakta warisan
budaya negara yang perlu diperlihara sebagai peninggalan wasiat warisan
bangsa yang berdaulat. Generasi hari ini adalah pemangkin pewaris masa
depan yang akan mendokong prinsip serta hala tuju negara. Selaras
dengan Fasafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang berhasrat untuk
membentuk perkembangan potensi individu secara holistik dan
bersepadu supaya dapat menghasilkan pelajar yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani, emosi dan sosialisasi (JERIS).
Justeru, memahami kepentingan mempelajari subjek Sejarah sebagai
tunggak jati diri dan Sejarah ketamadunan adalah menjadi keutamaan
dalam usaha menerapkan ilmu dan memperkasakan semangat
kenegaraan yang dipupuk melalui pembelajaran yang berterusan di
sekolah.
Hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mewajibkan mata
pelajaran Sejarah sebagai subjek wajib lulus bagi Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) menjelang 2013 ternyata satu tindakan bijak. Ketika bangsa kita
kian lupa kepada asal-usul sejarah negara, maka ada keperluan untuk
memertabatkan ilmu dalam konteks masyarakat moden dan usaha ini
adalah permulaannya.
-
8/13/2019 Dr. Said - Kuantitatif
2/43
Dalam falsafah pendidikan Sejarah seperti yang diutarakan oleh Socrates,
Ibn Khaldun, Toynbee, Hegel, Finberg, Zainal Abidin Wahid, Khoo Kay
Kim, Since history directly deals with issues of nationality, politics and
citizenship, it is very important for all students to learn this subject. This
subject could be use as an effective instrument to create national
identity, reinforce a sense of belonging and loyalty to the country and
cultivate the spirit of patriotism. Consequently, through the acquisition of
knowledge and appreciation of the countrys history, it is hoped that
pupils would be aware of the variety of social and national life and could
this understanding foster national unity as stipulated in the Malaysian
development plans (Sedutan daripada Mohamad Johdi (2000)- Thesis
PhD, Universiti Birmingham, England).
Sejarah membuktikan bangsa yang berjaya adalah bangsa yang belajar
daripada sejarah silamnya. Dalam konteks sebuah negara merdeka dan
berdaulat seperti Malaysia, kita seharusnya berbangga kerana kita
mempunyai susur galur peradaban hebat pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka sebagai sejarah agung sebuah empayar dihormati dunia suatu
ketika dahulu.
1.2 Latar Belakang
Dalam perkembangan isu peranan kepimpinan dalam pendidikan, didapati
banyak kajian dilakukan terhadap pengetua (Crowther, 1997; Sashkin &
Sashkin, 1993) berbanding peranan kepimpinan guru di dalam bilik
darjah. Menurut Banathy (1991), system change adalah segala
perubahan yang berlaku pada suatu bahagian dalam sistem organisasi
yang mempengaruhi keseluruhan organisasi dan seterusnya akan
membawa perubahan baru kepada organisasi tersebut. Apabila systemic
change ini dikaitkan dengan peranan kepimpinan guru, pengertian
peranan kepimpinan guru adalah satu unit yang akan mempengaruhi
keseluruhan keberkesanan sesebuah sekolah. Perbezaan dalam
pencapaian murid-murid dalam sekolah turut dipengaruhi oleh perbezaan
yang ketara dalam diri guru-guru yang menyumbang kepada
kecemerlangan sesebuah sekolah tersebut.
-
8/13/2019 Dr. Said - Kuantitatif
3/43
Menurut Hook dan Vass (2000), peranan kepimpinan guru yang berkesan
memerlukan guru yang memiliki kemahiran-kemahiran yang merangkumi,
boleh mengembangkan keupayaan untuk memahami dan mempunyai
visi; mempunyai kemahiran menghasilkan hubungan yang berkesan;
memahami tingkah laku dan keinginan murid-muridnya; memahami bilik
darjah adalah satu sistem; dan berkebolehan mencari penyelesaian dan
menganalisis maklumat.
Proses pengajaran dan pembelajaran secara normal berlaku di dalam bilik
darjah yang mana murid-murid yang mengikuti pengajaran merupakan
responden dan guru berperanan sebagai pemimpin. Pembelajaran yang
bermakna selalu dikaitkan dengan kualiti peranan kepimpinan guru sama
ada berjaya mendorong; bertindak sebagai perujuk; dan berkebolehan
mempengaruhi murid untuk berusaha mencapai sesuatu objektif
umpamanya objektif pembelajaran. Pelaksanannya dapat dijayakan
sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah
dengan merujuk kepada usaha yang digerakkan ke arah pencapaian hasil
pembelajaran mengikut topik yang diajar. Kejayaan guru sebagai
pemimpin akan terserlah dalam keupayaannya membuat perubahan di
dalam bilik darjah menerusi kolaborasi bersama murid-murid ke arah
pencapaian matlamat pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru
selaku pemimpin harus berkebolehan dan berupaya mengubah tingkah
laku atau sikap subordinat bagi mendorong ke arah pencapaian
matlamat.
Ditinjau dari aspek kepimpinan guru dalam menerapkan ilmu sejarah
secara bersepadu berlandaskan Falsafah Pendidikan Guru (FPG), yang
memertabatkan profesion keguruan ke arah mendokong pekerti mulia,
berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi
negara serta menyajung warisan kebudayaan negara, menjamin
perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu
padu, demokratik, progresif dan berdisiplin, menggalas peranan guru
sebagai perubahan dan kepimpinan dalam pendidikan yang bermula dari
-
8/13/2019 Dr. Said - Kuantitatif
4/43
-
8/13/2019 Dr. Said - Kuantitatif
5/43
Penekanan ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran
berpusatkan guru sering diamalkan yang mengukuhkan lagi pandangan
bahawa sejarah adalah satu mata pelajaran yang membosankan (Philips,
1992; Abdul Rahim, 1996). Menurut Hussein (1991), pembelajran
berkesan apabila pelajar dapat mengikuti, memahami, meghayati,
mengalami perubahan tingkahlaku, pemikiran dan perasaan. Proses
pelajar mendapatkan konten pelajaran penting untuk memastikan pelajar
belajar (Vanderstoep & Printich, 2003). Proses pembelajaran ialah apa
yang dilakukan pelajar itulah dipelajari, tetapi bukan apa yang dilakukan
oleh guru. Menurut Sternbeg (1984) perubahan konsep pengajaran dan
pembelajaran ialah melatih pelajar belajar dan berfikir kepada berfikir
dan belajar harus diberi penekanan yang akan membantu bukan sahaja
kepada kepada pencapaian mata pelajaran ini dalam peperiksaan tetapi
apa yang paling penting ialah nilai-nilai pengajaran yang terdapat pada
kurikulum sejarah itu.
Kurikulum sejarah bukan hanya tertumpu kepada kecemerlangan
akademik semata-mata tetapi berbentuk bercambahan yang merangkumi
penerapan nilai kalangan pelajar. Justeru, berdasarkan pemahaman dan
aspek-aspek sejarah negara, murid dibimbing untuk menganalisis dan
menilai fakta-fakta sejarah secara rasional. Natijah daripada pemahaman
dan penghayatan sejarah negara, murid dapat membina kekuatan
semangat cinta akan Negara (KPM, 2000). Pengajaran dan pembelajaran
yang dirancang secara berstruktur untuk menarik minat dan motivasi
pelajar tidak boleh bergantung kepada satu kaedah pengajaran (Hidi dan
Harackiews, 2000; Moore, 1998, Hill, 1997). Kepelbagaian kaedah yang
bersesuaian dengan cara pembelajaran pelajar dapat membimbing
pelajar kerana pelajar perlu bimbingan dalam bentuk arahan guru untuk
mendapatkan gambaran jelas tentang konten pelajaran, interaksi, dialog,
menyelesaikan masalah dan memahami idea baru serta membantu
pelajar melihat kenapa perlu berusaha, mengapa gagal memberi
perhatian dan gagal memahami konsep baru (Entwistle & Smith, 2002).
-
8/13/2019 Dr. Said - Kuantitatif
6/43
1.3 Pernyataan Masalah
Dalam kajian ini pernyataan masalah kajian yang akan dibincangkan
adalah tentang hubungan kaedah pengajaran guru dan minat pelajar
terhadap pencapaian mata pelajaran sejarah di sekolah menengah.
Menurut Blase dan Blase (1998) asas kejayaan sebuah sekolah bukannya
disebabkan oleh pemimpin pengajaran iaitu pengetua atau guru besar
sahaja tetapi adalah didorong oleh koordinasi dan kolaborasi para guru
selaku pemimpin pengajaran manakala pengetua adalah sebagai
penyelaras pentadbir.
Guru beranggapan bahawa peranan mereka hanya mengajar murid-murid
mengikut sukatan pelajaran yang disediakan dan secara teknikalnya bagi
memastikan sukatan pelajaran yang diperuntukan perlu dihabiskan
mengikut jangka masa yang ditetapkan. Sparks (2003) guru adalah agen-
agen perubahan yang penting dalam memastikan sekolah mereka
menjadi sekolah yang berkesan. Justeru, guru berperanan penting dalam
memastikan pengajaran dan pembelajaran sejarah dapat dilaksanakan
dengan berkesan kerana tindakan ini akan mendorong pencapaian
sejarah di sekolah dapat ditingkatkan.
Beberapa kajian menunjukkan dalam proses memimpin program-program
pengajaran, peranan guru sebagai peranan kepimpinan guru memerlukan
kecekapan teknik pendidikan dan kecemerlangan akademik yang boleh
dilaksanakan dalam bentuk strategi yang berkesan. Oleh kerana pelbagai
aspek pendidikan tidak statik dan seringkali berubah-ubah seperti
program pendidikan yang bertambah kompleks; peningkatan
profesionalisme dan pengkhususan guru; pengenalan teknologi
pendidikan sebagai satu sumber kaedah pengajaran dan pembelajaran;
harapan komuniti dan ibu bapa dan perubahan kurikulum. Ini semua
akan mewujudkan desakan dan tuntutan baru yang perlu diambil kira
dalam meralisasikan peranan kepimpinan guru.
Perubahan masa menuntut guru Sejarah lebih berinovasi dan kreatif
dalam mencorakkan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
-
8/13/2019 Dr. Said - Kuantitatif
7/43
Sejarah perlulah diajar dalam konteks yang menyeronokan. Kreativiti dan
elemen kreatif perlulah dimasukkan dalam kontes pengajaran dan
pembelajaran guru.
Sering kedengaran pembelajaran sejarah yang berpusatkan guru kurang
memberi kesan sebagaimana yang diharapkan. Pengajaran guru yang
bersifat indoktrinasi dan tidak kreatif, bercorak sehala, tidak mewujudkan
peluang interaksi antara guru dan pelajar. Hal ini menyebabkan proses
pengajaran dan pembelajaran sejarah begitu kaku dan membosankan
pelajar. Guru masih mengekalkan kaedah tradisi di bilik darjah. Guru
kurang mempunyai kepakaran dalam menyampaikan pedagogi terkini.
Kaedah chalk dan talk yang menekankan interaksi sehala serta teknik
hafalan terhadap sesuatu fakta telah menyebabkan sejarah dilihat
sebagai the dead man curriulum (Abdul Razaq, 2009). Sikap negatif guru
menyebabkan mereka gagal mencerna minda pelajar supaya lebih
bersifat intelektual dan ini menyebabkan pelajar kurang memberi
tumpuan semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Kita juga mendapati subjek sejarah boleh diajar oleh sesiapa sahaja
walaupun mereka bukan opsyen sejarah. Masih terdapat jumlah
peratusan yang besar dalam kalangan guru sejarah di sekolah tidak
mempunyai latihan ikhtisas dalam bidang berkenaan (Rahim Rashid,
1999). Ini menyebabkan guru yang mengajar subjek sejarah kurang
mempunyai penegtahuan daripada aspek pedagogi. Mereka tidak
mendapat pendedahan dan latihan yang mencukupi. Guru sejarah juga
jarang dipanggil berkursus untuk meningkatkan tahap profesionalisme
mereka dalam pengajaran sejarah. Mereka kurang didedahkan dengan
amalan pedagogi terkini di bilik darjah. Ketika ini ramai guru yang
mengajar sejarah tidak memahami matlamat pendidikan sejarah. Malah
ada antara mereka tidak menguasai isi kandungan yang disampaikan
yang mengakibatkan penyampaian maklumat kurang tepat. Kesemua ini
akan menjejaskan pengajaran guru dan prestasi pelajar dalam mata
pelajaran sejarah.
-
8/13/2019 Dr. Said - Kuantitatif
8/43
Memandangkan sejarah adalah mata pelajaran yang berkaitan dengan
peristiwa yang berlaku ratusan tahun dahulu maka penggunaan bahan
teks sangat penting untuk pembelajaran (Philips, 1992). Pelajar
bergantung kepada bahan teks untuk memahami kandungan sejarah dan
bahan teks yang berbentuk naratif ini membosankan pelajar (Chaffer &
Tyler, 1997 ; Hazril, 2003). Sikap negatif tehadap mata pelajaran sejarah
ini semakin kukuh akibat sejarah tidak ada kaitan dengan kehidupan
serta tidak boleh digunakan secara praktikal dalam kehidupan seharian
jika dibandingkan dengan disiplin-disiplin ilmu yang lain (Hazril, 2003).
Bagi pelajar, subjek ini lebih banyak bercerita tentang peristiwa yang
sudah lapuk dan mereka tidak Nampak apa yang harus dinilai dalam
mempelajari sejarah ini ( Hartini Husain, 2006).
Guru sebagai pemimpin pengajaran perlu berperanan sebagai master
mind dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran
sejarah untuk meningkatkan motivasi pelajar dalam subjek sejarah.
Menurut Cruickshank et.al (1995), pelajar seharusnya digalakkan untuk
mempelajari sesuatu dengan cara mereka sendiri daripada mereka hanya
menerima secara bulat-bulat pengajaran dari guru. Corak pengajaran dan
pembelajaran chalk and talk tidak mengambil kira perbezaan pelajar dari
segi kesediaan, gaya dan kadar pembelajaran menyebabkan pelajar sukar
mempelajari sejarah dan mengukuhkan lagi konsep pelajar tentang
sejarah adalah mata pelajaran yang ketinggalan zaman dan tidak selaras
dengan zaman ledakan teknologi yang canggih, moden dan semasa
(Fuen, 2006).
Penggunaan buku tekas dalam pengajaran dan pembelajaran tidak
menimbulkan suasana pembelajaran yang menarik. Penggunaan buku
teks yang nerlebihan menjadikan pengajaran bersifat seterotaip, kurang
daya kreatif dan imaginative. Guru yang terlalu bergantung kepada
penggunaan buku teks akan menyebabkan pelajar kurang berminat
terhadap pengajarannya kerana sifat buku teks itu yang statik dan tidak
bersifat interaktif namun terdapat guru yang amat bergantung kepada
buku teks. Nota-nota dipetik terus daripada buku teks. Pelajar diminta
menggariskan bahagian yang paling penting dalam buku teks. Fenomena
-
8/13/2019 Dr. Said - Kuantitatif
9/43
ini telah meimbulkan kebosanan kepada pelajar untuk terus mengikuti
pengajaran mata pelajaran sejarah. Kajian Noraizan Hamzah (2008)
menunjukkan pelajar berasa bosan semasa membaca buku teks kerana
isi kandungannya terlalu banyak fakta yang perlu dihafal.
Isu tentang mengapa pengajaran dan pembelajaran sejarah terus kurang
menarik minat telah ditimbulkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa
Perancangan Pendidikan (JPP) ke-170. (Pusat Perkembangan Kurikulum
(PPK), 2003). Sehubungan dengan itu, satu mesyuarat yang
dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia telah
diadakan pada 7 Mac 2003. Tindakan susulan PPK ialah mereka telah
menjalankan kajian ke atas 31 buah sekolah berprestasi rendah dan
sederhana sejarah SPM 2002 di Semenanjung Malaysia. Rentetan dari
penurunan prestasi sejarah dalam SPM 2003, satu mesyuarat
Jawatankuasa Sejarah yang dipengerusikan sendiri oleh Ketua Pengarah
Pendidkan Malaysia telah diadakan pada 1 April 2004 untuk mengenal
pasti masalah dan mendapatkan pandangan dari pihak IPTA dan guru
sejarah. Pemantauan telah dilakukan di sekolah berprestasi rendah ini
bagi mata pelajaran sejarah pada SPM 2003. Tujuan pemantauan ini
adalah untuk mendapatkan maklum balas mengenai persediaan guru
sejarah melaksanakan kurikulum sejarah (semakan) yang telah
didedahkan dan mengukur sejauhmana kelancaran pelaksanaan
kurikulum sejarah serta pengaplikasian pedagogi yang telah didedahkan.
Di samping itu untuk mengenal pasti punca yang menghalang minat
murid terhadap mata pelajaran sehingga sehingga menjejaskan prestasi
pelajar dalam peperiksaan dalaman sekolah dan peperiksaan awam.
1.4 Tujuan Kajian
Secara umumnya, kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat pertalian
antara kaedah pengajaran guru dan minat pelajar dalam mempengaruhi
pencapaian mata pelajaran sejarah di sekolah menengah.
-
8/13/2019 Dr. Said - Kuantitatif
10/43
1.5 Soalan kajian
Secara khusus, kajian ini akan menjawab kepada beberapa persoalan
seperti berikut :
1.5.1 Apakah perbezaan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
sejarah di sekolah menengah berdasarkan jantina dan bangsa
1.5.2 Apakah perbezaan persepsi dalam kalangan pelajar terhadap aspek
kaedah pengajaran guru
1.5.3 Adakah terdapat hubungan antara kaedah pengajaran guru dengan
pencapaian mata pelajaran sejarah
1.5.4 Apakah tahap minat pelajar dalam mata pelajaran sejarah
1.5.5 Adakah terdapat hubungan antara minat pelajar terhadap
pencapaian mata pelajaran sejarah
1.5.6 Adakah terdapat hubungan antara kaedah pengajaran guru dengan
minat pelajar terhadap pencapaian mata pelajaran sejarah.
1.6 Objektif Kajian
1.6.1 Mengenal pasti perbezaan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
sejarah di sekolah menengah berdasarkan jantina dan bangsa
1.6.2 Mengenal pasti perbezaan persepsi dalam kalangan pelajar
terhadap kaedah pengajaran guru
1.6.3 Mengenal pasti hubungan antara kaedah pengajaran guru dengan
pencapaian mata pelajaran sejarah
1.6.4 Mengenal pasti tahap minat pelajar dalam mata pelajaran sejarah
1.6.5 Mengenal pasti hubungan antara minat pelajar terhadap
pencapaian mata pelajaran sejarah
1.6.6 Mengenal pasti hubungan antara kaedah pengajaran guru dengan
minat pelajar terhadap pencapaian mata pelajar.
-
8/13/2019 Dr. Said - Kuantitatif
11/43
1.7 Hipotesis Kajian
Berdasarkan objektif dan persoalan kajian, beberapa hipotesis kajian
dinyatakan dalam bentuk pernyataan hipotesisi nol dibangunkan dan diuji
dalam kajian ini. Pernyataan hipotesis-hipotesis ini dinyatakan di bawah :
1.7.1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pencapaian pelajar dalam
mata pelajaran sejarah di sekolah menengah berdasarkan jantina dan
bangsa
1.7.2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan persepsi dalam kalangan
pelajar terhadap kaedah pengajaran guru
1.7.3 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kaedah pengajaran
guru dengan pencapaian mata pelajaran sejarah
1.7.4 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap minat
pelajar dalam mata pelajaran sejarah
1.7.5 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara minat pelajar
terhadap pencapaian mata pelajaran sejarah
1.7.6 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kaedah pengajaran
guru dengan minat pelajar terhadap pencapaian mata pelajar.
1.8 Definisi Operasional
1.8.1 Hubungan
Menurut Kamus Dewan (2008), hubungan didefinisikan sebagai
sambungan atau rangkaian. Dalam kajian ini, hubungan yang terlibat
ialah kaedah pengajaran guru dan minat pelajar terhadap pencapaian
mata pelajaran sejaran di sekolah menengah. Daripada kajian-kajian
lepas, didapati peningkatan pencapaian mata pelajaran sejarah amat
bergantung kepada kaedah pengajaran guru dan minat pelajar dalam
subjek berkenaan. Justeru, kaedah pengajaran guru dan minat pelajar
amat mempengaruhi keputusan pencapaian mata pelajaran sejarah.
-
8/13/2019 Dr. Said - Kuantitatif
12/43
1.8.2 Kaedah Pengajaran
Ada dua perkataan yang hampir-hampir sama maksudnya dengan kaedah dan ia
memang tergolong dalam kaedah juga, iaitu teknik dan pendekatan. Mok Soon
Seng (1992) mengatakan pendekatan ialah cara mendekati sesuatu mata pelajaran.
Iaitu cara bagaimana suatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Jadi ia
merupakan satu set teori yang sistematik. Kaedah pula ialah satu siri tindakan yang
sistematik dengan tujuan mecapai objektif pelajaran dalam jangka masa pendek.
Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah
penyampaian yang tersusun (Mok Soon Seng 1992).
Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah
peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur.
Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya
bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan
untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu
adalah kaedah.
Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti
pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap
langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya,
kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah,
iaitu satu jalan untuk mencapai obektif pengajaran.
Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan bahawa
kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi apa sahaja
cara tindakan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada
pelajar bagi mencapai objektif pengajaran maka itu adalah kaedah, walau pun iatidak mempunyai nama-nama khas, seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah, Atan
Long (1981) dan lain-lain.
Al-Kailany (1986) menyenarai sedikit panduan kepada guru sebelum
mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran, antaranya ialah:
1. kaedah mestilah secucuk dengan tujuan dan matlamat pelajaran
-
8/13/2019 Dr. Said - Kuantitatif
13/43
2. kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang
hendak dicapai
3. kaedah juga haruslah sesuai dang tabiat (nature) pelajaran
yang diajar
4. kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar
5. kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru
6. mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah
bekenaan
7. kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang
ada.
An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh
memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang
diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar.
Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati
pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama. Untuk mencapai hasrat iniguru haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan
ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik.
Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan
strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu,
matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas. Dalam kajian ini,
kaedah pengajaran merujuk kepada kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru
dalam pengajaran mata pelajaran Sejarah.
1.8.4 Guru
Mengikut Kamus Dewan (2008), guru bermakna orang yang mengajar,
pendidik, pengajar atau pengasuh. Dalam erti kata lain, guru juga
dikenali sebagai pengajar atau pendidik yang merupakan tenaga pengajar
dalam institusi pendidikan seperti sekolah. Peranan guru adalah
-
8/13/2019 Dr. Said - Kuantitatif
14/43
memberikan pendidikan secara formal dan berterusan kepada murid-
murid dan perlu mempunyai kelayakan dalam bidang pendidikan sama
ada daripada universiti mahupun institut perguruan yang diktiraf oleh
kerajaan Malaysia. Dalam kajian ini, guru merujuk kepada mereka yang
mengajar mata pelajaran Sejarah di sekolah menengah
1.8.5 Minat
Woolfolk (1998) mendefinisikan minat dan usaha merupakan aspek yang
dikatakan telah mempengaruhi kejayaan pembelajaran seseorang. Minat
mempunyai kaitan dengan sikap. Apabila seseorang meminati sesuatu
maka mereka akan bersikap positif terhadap perkara tersebut. Hal ini
akan menghasilkan sesuatu yang bermakna dan berkesan. Minat juga
berkaitan dengan motivasi dalaman. Kenworthy (dalam Noraini 2008)
mengatakan bahawa pembelajaran yang berkesan wujud jika ada minat
dalam kalangan pelajar dan salah satu daripada cara menimbulkan minat
pelajar ialah menerusi kaedah pengajaran dan aktiviti pembelajaran yang
menarik. Foo Siet Chooi (1988) berpendapat bahawa minat merupakan
faktor yang lebih penting dalam menentukan pencapaian akademik
pelajar berbanding faktor pengajaran guru. Hal ini demikian kerana
dengan adanya minat yang mendalam pada diri seseorang pelajar
terhadap mata pelajaran tertentu, mereka akan terdorong untuk
berusaha gigih dan giat kea rah mencapai keputusan yang cemerlang
dalam mata pelajaran tersebut.
Justeru, dalam kajian ini minat merujuk kepada minat pelajar terhadap
mata pelajaran Sejarah kerana bagi pelajar penggunaan buku teks dalam
pengajaran dan pembelajaran tidak menimbulkan suasana yang menarik.
Kajian Noraizan Hamzah (2008) menunjukkan pelajar akan berasa bosan
semasa membaca buku teks kerana isi kandungannya terlalu banyak
fakta yang perlu dihafal. Begitu juga dengan proses pengajaran dan
pembelajaran Sejarah seharusnya menjadi sesuatu yang hidup dan boleh
menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut (KPM 2003).
1.8.6 Pencapaian
-
8/13/2019 Dr. Said - Kuantitatif
15/43
Pencapaian secara umumnya bermaksud kejayaan atau kegagalan pelajar
bagi satu-satu ujian, peperiksaan dalam sekolah atau peperiksaan piawai
yang direkabentuk, ditadbir, diberi markah dan diinterprestasikan oleh
pakar-pakar dalam bidang tersebut khasnya untuk penilaian di sesebuah
Negara. Biasanya pencapaian ini dinyatakan dalam skor mentah, gred
dan pangkat untuk satu-satu subjek ataupun keseluruhan kursus (Raha,
1991). Kerlinger (1973) mentakrifkan pencapaian akademik secara
operasional melalui suatu ujian yang berasaskan penilaian guru dalam
sesuatu ujian.
Dalam kajian ini, pencapaian merujuk kepada pencapaian peperiksaan
dalaman sekolah, PMR dan SPM bagi mata pelajaran Sejarah di peringkat
sekolah menengah iaitu pelajar Tingkatan Empat hingga Tingkatan Lima
1.8.7 Sejarah
Sejarah berasal dari perkataan Greek yang bermaksud menyiasat (to
inquire). Perkataan Sejarah telah digunakan dalam penulisan ahli sejarah
Greek iaitu Herodutus. Perkataan inquire yang digunakan oleh ahli-ahli
sejarah Greek telah mengalami perubahan dan digantikan dengan istilah
histore dan seterusnya digantikan pula dengan perkataan historia.
Ringkasnya Sejarah menurut para sarjana barat merupakan kajian
terhadap peristiwa-peristiwa lampau. Sejarah mengkaji ketamadunan
sesuatu masyarakat atau negara.
Namun dalam kajian ini, sejarah merujuk kepada suatu mata pelajaran
akademik yang diambil oleh para pelajar sebagai suatu mata pelajaran
wajib di peringkat sekolah menengah dari Tingkatan Empat dan
Tingkatan Lima.
1.9 Kepentingan Kajian
-
8/13/2019 Dr. Said - Kuantitatif
16/43
Secara keseluruhannya, kajian ini diharapkan dapat memperkayakan ilmu
pengetahuan terutamanya yang berkaitan dengan bidang Sejarah. Kajian
ini juga akan dapat menjawab persoalan yang sering kali bermain di
fikiran para pendidik tentang sebab di sebalik kelemahan pencapaian para
pelajar dalam mata pelajaran Sejarah.
Dapatan kajian ini juga akan merungkaikan kepentingan peranan guru
dalam mempertingkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
Sejarah. Dapatan kajian ini akan dapat digunakan oleh para guru
terutamanya dalam mempertingkatkan keberkesanan kepimpinan
pengajaran guru dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran yang
mampu menarik minat pelajar
Kajian ini juga dapat digunakan untuk memberi kesedaran kepada para
pelajar betapa pentingnya untuk mengikis sikap dan tanggapan negatif
terhadap mata pelajaran Sejarah ini yang sering kali dikaitkan dengan
perkataan membosankan. Adalah diharapkan dengan adanya kajian ini,
maka pelajar akan menjadikan mata pelajaran ini sesuatu yang bermakna
kepada diri mereka bukan sekadar untuk lulus dalam peperiksaan tetapi
dijadikan panduan atau iktibar dalam diri mereka.
Kajian ini juga akan dapat memberikan pendedahan kepada ibu bapa
dalam mendorong anak-anak mereka , memberi sokongan dan panduan
kepada para pelajar. Kajian ini dapat membantu ibu bapa dalam
meningkatkan prestasi pelajar dalam pencapaian akademik terutamanya
dalam mata pelajaran sejarah yang telah dijadikan sebagai mata
pelajaran wajib lulus diperingkat SPM.
Kajian ini secara tidak langsung akan mendedahkan kepentingan pelbagai
pihak dalam menentukan pencapaian mata pelajaran Sejarah.
Pencapaian akademik bukan hanya tergalas di bahu para murid tetapi
juga merupakan tanggung jawab semua pihak termasuk guru, ibu bapa
dan masyarakat.
1.10 Batasan Kajian
-
8/13/2019 Dr. Said - Kuantitatif
17/43
Kajian ini bertujuan untuk meninjau dan mengenal pasti hubungan
kaedah pengajaran guru dan minat pelajar terhadap pencapaian mata
pelajara sejarah di sekolah menengah. Dengan mengambil kira beberapa
faktor seperti pengetahuan dan kemahiran penyelidik dalam
melaksanakan kajian, bebanan tugas sedia ada di pihak penyelidik dan
respoden kajian memberikan limitasi kepada kajian. Oleh itu, kajian ini
hanya akan di laksanakan di empat buah sekolah menengah di daerah
Tawau, Sabah. Lantaran itu, penemuan yang bakal diperoleh tidak
melambangkan pencapaian dalam mata pelajaran sejarah bagi seluruh
negeri Sabah.
Kajian ini merupakan satu kajian kuantitatif. Dalam pada itu, hubungan
kaedah pengajaran guru dan minat pelajar terhadap pencapaian mata
pelajaran sejarah mungkin berbeza mengikut jantina, jenis sekolah dan
bangsa. Oleh itu, kajian yang dijalankan ialah jenis tinjauan iaitu melalui
kaedah soal selidik menggunakan skala likert 5 mata yang berjumlah 40
soalan. Responden terdiri daripada pelajar Tingkatan Empat hingga
Tingkatan Lima. Ketepatan kajian ini adalah bergantung kepada kejujuran
dan keikhlasan para responden dalam menjawab soal selidik yang
diedarkan. Dalam konteks kajian, pengkaji mengandaikan bahawa semua
jawapan responden adalah benar dan jujur.
1.11 Kesimpulan
Bab ini telah menghuraikan dan menjelaskan perkara-perkara yang
menjadi asas dan hala tuju kajian ini. Latar belakang kajian ini telah
dihuraikan diikuti dengan pernyataan masalah kajian. Tujuan kajian,
hipotesis kajian dan definisi operasional, kepentingan kajian dan batasan
kajian telah dinyatakan serta dihuraikan dengan jelas dan terperinci.
Kajian amat relevan kerana kajian ini dapat mengenal pasti hubungan
kaedah pengajaran guru dan minat pelajar terhadap pencapaian mata
pelajaran sejarah yang akan menjadi panduan ke arah memertabatkan
mata pelajaran ini selaras dengan mata pelajaran lain. Hubungan kaedah
pengajaran guru dan minat pelajar terhadap pencapaian mata pelajaran
-
8/13/2019 Dr. Said - Kuantitatif
18/43
sejarah perlu diketahui dengan mendalam agar semua pihak akan
mendapat manfaat daripada kajian ini. Secara ringkasnya, mata pelajaran
sejarah adalah satu mata pelajaran yang sangat penting terutama bagi
melahirkan generasi muda yang setia kepada bangsa dan negara dan
berbangga sebagai rakyat Malaysia. Justeru, adalah diharapkan kajian ini
akan dapat memberikan maklumat kepada semua warga pendidik,
pelajar, ibu bapa dan rakyat Malaysia amnya supaya mereka dapat
memertabatkan mata pelajaran sejarah ini agar ia dapat dipupuk dalam
sanubari dan dijadikan panduan dalam menuju wawasan 2020.
-
8/13/2019 Dr. Said - Kuantitatif
19/43
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Dalam bab ini akan membincangkan mengenai penulisan atau kajian yang lalu
yang berkaitan dengan kajian ini. Menurut Gay (1996) kajian literatur
merupakan satu komponen yang sama penting dengan komponenkomponen
lain dalam satu proses penyelidikan. Tujuan kajian literatur adalah untuk
memastikan apa yang perlu dibuat dalam kajian yang akan dijalankan. Selain
itu, ia bertujuan membentuk satu kerengka teori yang membantu penyelidik
memahami metodologi yang bersesuaian dengan bidang yang dikaji (Gay,
1996; Bieger & Gerlach, 1996; Ahmad,1997).
2.2 Kaedah pengajaran Guru
Menurut Blase dan Blase (1998) asas kejayaan sesebuah sekolah bukannya
disebabkan oleh pemimpin pengajaran iaitu pengetua atau guru besar sahaja
tetapi adalah didorong oleh kordinasi dan kolaborasi para guru selaku
pemimpin pengajaran. Sparks (2003) berpendapat bahawa guru adalah agen-
agen perubahan yang penting dalam memastikan sekolah mereka menjadi
sekolah yang berkesan.
Proses pengajaran dan pembelajaran secara normal berlaku di bilik darjah yang
mana pelajar yang mengikuti pengajaran merupakan responden dan guru
berperanan sebagai pemimpin. Pembelajaran yang bermakna selalu dikaitkandengan kualiti peranan kepimpinan guru sama ada berjaya mendorong;
bertindak sebagai perujuk; dan berkebolehan mempengaruhi pelajar untuk
berusaha mencapai sesuatu objektif umpamanya objektif pembelajaran.
Kejayaan guru sebagai pemimpin akan terserlah dalam keupayaannya
membuat perubahan di dalam bilik darjah menerusi kolaborasi bersama pelajar
ke arah pencapaian matlamat pengajaran dan pembelajaran.
-
8/13/2019 Dr. Said - Kuantitatif
20/43
Menurut Kane (2001), ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh guru secara
berterusan akan meningkatkan keberkesanan pengajarannya di dalam kelas.
Glickman (1990) menegaskan bahawa peranan kepimpinan guru akan dapat
dijalankan dengan berkesan sekiranya pemimpin tersebut mempunyai tiga
kategori utama iaitu keperluan menguasai ilmu pengetahuan yang luas;
tugasan dan tanggung jawab; dan keperluan mempraktikan kemahiran dan
kepakaran. Impaknya situasi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah menjadi realistik, sistematik dan terkawal. Lashway (2002), telah
membincangkan peranan kepimpinan guru untuk menjana keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran daripada program Leading Learning Communities
yang dibangunkan oleh National Association of Elementary School Principals
(NAEPS). NAEPS telah merumuskan peranan kepimpinan guru untuk menjana
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran iaitu ; dengan mendorong pelajar
supaya mengutamakan usaha belajar; menentukan harapan pada pencapaian
yang tinggi, menyesuaikan kandungan pengajaran dan pembelajaran ke arah
piawaian yang standard, menggunakan pelbagai sumber data untuk menilai
pembelajaran; dan mengaktifkan sokongan komuniti atau pihak yang
berkepentingan stake holder untuk kejayaan sekolah
Pelaksanaan kurikulum Sejarah dalam bilik darjah sering menjadi perbincangan
di kalangan ahli akademik dan masyarakat. Proses pengajaran dan
pembelajaran Sejarah dalam bilik darjah dianggap masih bersifat konservatif,
tradisional, tidak aktif dan gagal mewujudkan suasana attractive dalam
pengajaran dan pembelajaran hingga memberi implikasi dan pengaruh negatif
kepada pelajar. Kegagalan proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah
menyebabkan matlamat pendidikan Sejarah yang digariskan tidak dapat dicapai
sepenuhnya. Justeru itu pelaksanaan kurikulum Sejarah dalam bilik darjah
memerlukan satu bentuk transformasi dan inovasi yang baru seiring dengan
perubahan dan perkembangan pendidikan di Malaysia. Kajian Rohana Zubir
(1987) mendapati ramai pelajar memberi respons tidak berminat kerana
Sejarah di anggap the dead of curriculum. Khoo Kay Kim seorang tokoh
Sejarah tanah air dalam Berita Minggu 26 Mac 1995 turut menjelaskan
kelonggaran dan kerapuhan metodologi dan gaya pengajaran guru
menyebabkan pelajar kurang berminat terhadap proses pembelajaran dalam
bilik darjah.
-
8/13/2019 Dr. Said - Kuantitatif
21/43
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, guru Sejarah perlulah lebih
kreatif semasa merancang pengajarannya. Pengajaran guru mestilah sesuai
dengan keupayaan dan kebolehan pelajar. Guru perlu melibatkan pelajar
secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajarannyanya. Pendekatan
guru menyampaikan maklumat secara total perlu dihapuskan. Pendekatan
kepada corak tradisional dan chalk and talk sudah tidak relevan dengan
kehendak pelajar hari ini. Pelajar lebih berminat jika turut dilibatkan sama
dalam pengajaran dan pembelajaran guru. Ini akan memberi impak yang lebih
berkesan ke arah mencapai matlamat pendidikan Sejarah itu sendiri.
Pembelajaran akan berlaku apabila apa yang diajar itu memberi makna kepada
pelajar (Caine & Caine 1994). Ini terbukti dalam kajian yang dilakukan oleh Jin
& Cortazzi (1998) mendapati pelajar-pelajar Inggeris menyatakan ciri-ciri guru
yang baik adalah mereka yang boleh meningkatkan minat pelajar,
menerangkan sesuatu dengan jelas, menggunakan kaedah pengajaran yang
berkesan dan memberi aktiviti pembelajaran yang menyeronokan.
Konsep pembelajaran aktif dalam pengajaran Sejarah perlulah diperkasakan.
Pengajaran dan pembelajaran bercorak student centered perlu diterapkan
dalam kelas dan diberi nafas baru. Kirschner et.al (2006) dan Mayer (2004)
menjelaskan pelajar yang terlibat dengan pembelajaran aktif lebih banyak
mengingati maklumat yang diperoleh. Contohnya guru boleh menggunakan
pembelajaran koperatif seperti yang disarankan oleh Slavin (2006). Melalui
konsep pembelajaran ini, pelajar akan terlibat secara langsung dan lebih aktif
dalam proses pembelajaran yang berbentuk hands-ondan minds-on(Arthur &
Wright, 2001; Laughlin & Hartoonian, 1995; Orlich, Harder, Callahan, & Gibson,
2001). Konsep ini dilihat mampu membawa sinar dalam kaedah pengajaran
guru di bilik darjah.
Kepentingan Sejarah dalam perkembangan pemikiran kanak-kanak banyak
dijelaskan oleh sejarahwan terkemuka dan penyelidik pendidikan sejarah di luar
negara. Di antara yang terserlah ialah Finberg (1952), Douch (1967), Stephens
(1977), Hoskins (1984), Watts & Gorsvenor (1995), Jeremy Black & MacRaild
(1997), dan McCullagh (1998). Pemaparan terkini mengenai perkembangan
pendidikan sejarah banyak dibincangkan dalam jurnal antarabangsa seperti
Teaching History oleh The Historical Association England, Welsh Historians
-
8/13/2019 Dr. Said - Kuantitatif
22/43
terbitan Wales Historians dan Journal of History Teacher diterbitkan oleh The
Association of New South Wales, Australia. Penulis dan sejarahwan di atas
merumuskan bahawa kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran
sejarah adalah menjadi hak pelajar-pelajar untuk memperolehi progress in
knowledge and understanding of history; ability to give historical explanation ;
ability to investigate and work with historical sources of different kinds; ability
to provide interpretation of the past are consistent with the evidence; ability to
locate, select and organise historical information; ability to present findings
appropriately and effectively give historical explanation; sense of the past;
awareness of how the past helped to fashion the present; enthusiasm for
exploring the past; respect for evidence; toleration of range of opinions; and,
construction approach to collaborative working (sedutan daripada Mohamad
Johdi (2000)Thesis PhD, Universiti Birmingham , England).
Aspek-aspek yang dipaparkan di atas banyak menyentuh praktikaliti pendidikan
Sejarah supaya guru dan pelajar aktif, kritis, kreatif dan inovatif. Kaedah paling
efektif ialah melalui pendekatan berorientasikan little historian berdasarkan
orientasi iaitu The students should given opportunity to use a range of
historical sources including written evidence, artifacts, pictures, photographs,
music, buildings, sites and compter-based materials. They should also be
introduced to a range of perspectives such as political, economic, technological
and scientific, social, religious, cultural and aesthetic. They should be actively
involved in historical investigation which stem from their own interests, through
asking questions, selecting and recording their own sources, organizing the
information they collect and presenting their findings ia a variety of ways such
as orally, in writing or through model-making, pictures, drama or information
technology (sedutan daripada Mohamad Johdi (2000)- Tesis PhD, Universiti
Birmingham, England)
Jelaslah bahawa pengajaran dan pembelajaran Sejarah amat bersesuaian
dengan perkembangan intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosialisasi pelajar-
pelajar seperti yang diaspirasikan dalam FPK. Selanjutnya membina dan
mengembangkan semangat patriotisme sejati, berjiwa kewarganegaraan tulen,
komited dengan pembangunan negara, dan berkhlak harmonis selaras dengan
Dasar Pembangunan negara ke arah Malaysia negara maju yang disegani
-
8/13/2019 Dr. Said - Kuantitatif
23/43
kawan dan dihormati lawan. Semua ini pula bergantung di bahu guru sejarah
sebagai pemimpin pengajaran.
2.3 Minat Pelajar
Woolfolk (1998) telah mendefinisikan minat dan usaha merupakan aspek yang
dikatakan telah mempengaruhi kejayaan pembelajaran seseorang. Ini disokong
dengan hasil kajian Abdul Halim Mohamad dan Wan Mohamad Sulong (2006)
ke atas pelajar sarjana muda Bahasa Arab di IPTA mendapati bahawa sikap
dan minat pelajar terhadap Bahasa Arab adalah penting dalam menentukan
kejayaan mereka.
Menurut Briggs dan More (1993) minat mempunyai kaitan dengan sikap.
Apabila seseorang meminati sesuatu maka ia akan bersikap positif terhadap
perkara tersebut. Hal ini akan menghasilkan sesuatu yang bermakna dan
berkesan. Namun ada kalanya minat tidak selari dengan sikap seseorang.
Seseorang murid yang berminat dengan mata pelajaran Sains, tetapi malas
untuk membuat kajian sains tidak akan berjaya menjadi seorang ahli sains.
Noraini Omar (2008) dalam kajiannya mendapati terdapat hubungan antara
sikap pelajar dengan pencapaian mereka dalam mata pelajaran Pendidikan
Islam. Ramai pengkaji telah mengemukakan teori berkaitan faktor yang
mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Antara faktor-faktor yang
berkaitan dengan pencapaian pelajar ialah minat, sikap, gaya pembelajaran,
kaedah pengajaran dan latar belakang keluarga. Di samping bahan dan alat
bantuan, aktiviti dan pengalaman pengajaran dan pembelajaran mereka.
Minat juga berkait rapat dengan motivasi dalaman. Menurut Kajian Mc Clelland
et al.(1953) motivasi pencapaian adalah keinginan (minat) berusaha untuk
berjaya dalam piawaian tertentu. Motivasi pencapaian sering diukur dengan
Thematic Apperception Test atau TAT. Ujian ini mengandungi perkara-perkara
yang membawa kecenderungan terhadap kejayaan. Dalam keadaan ini apa
yang menyebabkannya seronok bekerja adalah kerana pekerjaan itu sendiri.
Kata-kata seperti , Inilah minat saya. Memang ini kegemaran saya sejak dulu,
adalah gambaran dorongan dalaman(Abdullah Hassan, Ainon Mohd.Nor, 2007).
-
8/13/2019 Dr. Said - Kuantitatif
24/43
-
8/13/2019 Dr. Said - Kuantitatif
25/43
pengetahuan dalam konteks yang berbeza dan menggalakkan sikap yang
positif terhadap isi kandungan matapelajaran dan meningkatkan ketekalan
pengetahuan. Oleh sebab itu, pengkaji telah memilih kaedah STAD yang
merupakan salah satu kaedah dalam pendekatan koperatif. Kaedah STAD juga
berasaskan teori konstruktivisme sosial Vygotsky (1930).
Dari perspektif teori konstruktivisme sosial, interaksi sosial dapat
mempengaruhi perkembangan kognitif murid. Apabila berlaku interaksi sosial,
seseorang murid dipaksa memasuki Zon Perkembangan Proksimal yang
membantu murid untuk memproses maklumat, kemahiran menyelesaikan
masalah dan kemahiran pemikiran aras tinggi sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran sejarah. Kaedah STAD merupakan satu aktiviti bekerjasama
antara kumpulan bagi melengkapkan tugasan kumpulan dan menjawab soalan
kuiz spontan. Kuiz spontan memberi peluang murid menilai secara berperingkat
penguasaan murid dalam mata pelajaran Sejarah. Kaedah STAD ialah satu
kaedah yang mudah dikuasai oleh guru kelas tanpa memerlukan latihan yang
intensif dan lama.
Waterworth (2002) dan Simon (2002), telah mengkaji kesan kaedah STAD
terhadap guru-guru pelatih di maktab. Hasil dapatan kajian mereka
menunjukkan pencapaian murid adalah tinggi dan signifikan setelah
menggunakan kaedah STAD. Dapatan kajian tersebut juga menunjukkan lima
elemen penting yang dinyatakan oleh Johnson dan Johnson (1999) tentang ciri-
ciri kaedah STAD iaitu pergantungan positif, akauntabiliti individu, interaksi
semuka, kemahiran sosial dan aktiviti kumpulan dapat diamalkan dengan baik
oleh sampel kajian. Dapatan temubual kajian yang telah dijalankan
menjelaskan bahawa kaedah STAD dapat meningkatkan tahap kemahiran sosial
murid serta minat murid terhadap mata pelajaran.
Hasil kajian Zakaria Kassim (2003) dan Nagarajan (2006) juga mengukuhkan
kesan kaedah STAD berbanding dengan kaedah konvensional terhadap
pencapaian murid minat terhadap pelajaran. Hasil kajian mereka menjelaskan
kaedah STAD telah membantu sampel memperolehi pencapaian yang lebih
tinggi dan signifikan berbanding dengan Kumpulan Kawalan. Murid juga
menunjukkan minat yang tinggi selepas pengajaran berasaskan kaedah STAD.
-
8/13/2019 Dr. Said - Kuantitatif
26/43
-
8/13/2019 Dr. Said - Kuantitatif
27/43
Rajah 1 : Kerangka Konseptual Kajian
Sumber : Noraini (2008)
2.6. Kesimpulan
Bab ini telah memberi penjelasan lebih mendalam mengenai konsep, teori dan model
berkaitan hubungan kaedah pengajaran guru dan minat pelajar terhadap
pencapaian mata pelajaran sejarah khususnya di sekolah menengah. Daripada
tinjauan kajian yang dibuat, ternyata kaedah pengajaran guru dan minat pelajar
memainkan peranan penting ke arah meningkatkan pencapaian mata pelajaran
sejarah dalam peperiksaan awam ataupun dalaman sekolah. Dalam bab seterusnya,
kaedah kajian yang akan digunakan dalam kajian ini akan dibincangkan.
PENCAPAIAN MATA
PELAJARAN SEJARAH
KAEDAH PENGAJARAN
GURU
MINAT PELAJAR
-
8/13/2019 Dr. Said - Kuantitatif
28/43
Bab 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Bab ini akan menjelaskan dan menghuraikan rekabentuk serta tatacara kajian
dijalankan selaras dengan tujuan kajian yang telah dibincangkan dalam Bab 1.
Populasi dan persampelan yang digunakan akan turut dijelaskan secara terperinci di
samping instrumen kajian dan kajian rintis yang dijalankan untuk menentukan
kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian. Prosedur pengumpulan dan
penganalisisan data juga akan dibincangkan dalam bab ini.
3.2 Rekabentuk Kajian
Salah satu tujuan menyediakan reka bentuk penyelidikan adalah untuk mencari
jawapan kepada persoalan-persoalan penyelidikan (Kerlinger dan Lee, 2000).
Sementara itu, menurut Mohd Majid Konting (2004), rekabentuk kajian merupakan
teknik dan kaedah tertentu untuk memperolehi maklumat yang diperlukan bagi
menyelesaikan masalah. Reka bentuk kajian ini berasaskan pendekatan kuantitatif
berbentuk tinjauan. Kaedah tinjauan sesuai digunakan dalam kajian ini kerana
terdapat kelebihan yang antaranya ialah kaedah ini menggumpulkan jawapan terus
dari subjek kajian, data dapat dikutip dengan cepat dan keupayaan keputusan kajian
untuk digeneralisasikan kepada populasi dengan tepat dan berkesan (Chua Yan Piaw,
2006). Kaedah tinjauan juga berguna untuk mengukur pendapat, sikap dan tingkah
laku (Fullan dan Hagreaves, 1993). Selain itu, penggunaannya juga bertujuan
memberi perhatian terhadap penghuraian, penjelasan dan penerokaan kepada
perkara yang dikaji (Babbie, 1998).
Kajian ini mengukur hubung kaedah pengajaran guru dan minat pelajar terhadap
pencapaian mata pelajaran di sekolah menengah. Data daripada sumber primer
adalah data yang digunakan dalam kajian ini iaitu daripada soal selidik yang
-
8/13/2019 Dr. Said - Kuantitatif
29/43
dijalankan. Data-data yang diperoleh dianalisis dan diuji dengan statistik deskriptif
dan inferensi untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan dan hubungan yang
signifikan persepsi yang wujud dalam kalangan responden. Di samping itu juga, data
sekunder banyak diperoleh daripada buku-buku rujukan, jurnal pendidikan, bahan
ilmiah serta bahan-bahan capaian yang diakses daripada internet untuk membantu
pengkaji dalam penyelidikan ini.
3.3 Pemilihan Subjek Kajian3.3.1 Lokasi Kajian
Kajian ini dijalankan di empat buah sekolah menengah yang terletak dalam daerah
Tawau, Sabah.
3.3.2 Populasi Kajian
Mohd. Najib (1999) menyatakan populasi adalah daripada siapakah kita memperoleh
data. Sabitha (2005) pula menyatakan populasi adalah sekumpulan individu,
keluarga, kumpulan, organisasi, komuniti, peristiwa atau apa sahaja yang hendakdikaji oleh penyelidik. Dalam mendefinisi populasi, penyelidik akan mengenal pasti
satu set pembolehubah atau ciri-ciri. Menurut Mohd. Majid (2004), mengenal pasti
populasi penting dalam sesuatu kajian kerana aspek ini menentukan bidang masalah
yang perlu dikaji.
Dalam kajian ini, populasi pelajar di empat buah sekolah yang terlibat dalam
kajian ini adalah seramai 240 orang. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada pelajar
Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima sahaja. Pengkaji memilih sekumpulan subjek
daripada populasi sebagai responden kajian
-
8/13/2019 Dr. Said - Kuantitatif
30/43
3.3.3 Sampel Kajian
Menurut Sabitha (2005), sesuatu populasi adalah terlalu besar atau terlalu ramai
untuk dikaji. Oleh itu, hanya sebahagian sahaja dari populasi dipilih untuk dikaji yang
dirujuk sebagai sampel. Maka, sampel adalah sebahagian daripada populasi. Teknik
persampelan adalah dengan menggunakan teknik persampelan rawak mudah, di
mana semua kes atau subjek dalam populasi mempunyai kebarangkalian yang sama
untuk dipilih. Penentuan saiz sampel adalah berdasarkan jadual penentuan saiz
sampel Krejcie & Morgan (1970) dalam Sidek (2002). Menurut Azizi et al. (2007),
rumusan yang ditunjukkan dalam Jadual 3.1 di bawah boleh digunakan bagi
menentukan saiz sampel kajian.
Jadual 3.1 Rumusan Penentuan Saiz Sampel
S = NP(1-P) (N-P) +
S = saiz sampel
x2= nilai chi-gandadua pada 1 darjah kebebasan dan aras keyakinan, 0.05
(3.841)
N = saiz populasi
P = nisbah populasi (dianggarkan sebagai 0.50 untuk memberi saiz sampel
yang maksimum).
d = darjah ketepatan yang dinyatakan sebagai nisbah 0.05
Sumber : Azizi et.al., 2007
Berdasarkan kepada jadual penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan
(1970), jika saiz populasinya ialah 240 orang, maka jumlah saiz sampelnya
adalah 148 orang. Oleh itu, sebanyak 160 soal selidik telah diedarkan bagi
memastikan bahawa jumlah yang dikehendaki dalam kajian ini dipenuhi. Jadual
3.2 menunjukkan taburan sampel yang dijadikan sumber di dalam kajian ini.
-
8/13/2019 Dr. Said - Kuantitatif
31/43
Jadual 3.2 Taburan Sampel Bagi Setiap Sekolah
Bil Sekolah Jumlah
Sampel
1 Sekolah Menengah (A) 60
2 Sekolah Menengah (B) 60
3 Sekolah Menengah (C) 60
4 Sekolah Menengah (D) 60
JUMLAH 240
Pelajar-pelajar yang dipilih daripada empat buah sekolah menengah di daerah
Tawau. Pemilihan sampel yang sesuai dengan pernyataan masalah amat pentingkerana pemilihan tersebut merupakan salah satu daripada faktor-faktor yang
menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu penyelidikan (Chua Yan Piaw, 2006).
3.4 Instrumen Kajian
Penyelidikan dibuat menggunakan kaedah soal selidik sebagai alat kajian.
Menurut Mohd. Majid (2004), soal selidik merupakan alat ukur yang digunakan untuk
mendapatkan maklumat yang tepat berkaitan dengan fakta-fakta, kepercayaan,
perasaan dan sebagainya. Soal selidik lebih praktikal dan berkesan serta dapat
mencapai tujuan kajian dengan perbelanjaan yang sederhana. Soal selidik
merupakan medium utama yang digunakan terhadap responden. Sabitha (2005)
menyatakan soal selidik ialah satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan dan
merupakan satu alat yang dibentuk khusus untuk menggumpul maklumat untuk
tujuan analisis yang dapat menjawab persoalan kajian.
Penggunaan soal selidik adalah lebih praktikal untuk mendapatkan maklumat
(Chua Yan Piaw, 2006). Terdapat beberapa kelebihan dalam mempraktikkan kaedah
ini iaitu data yang dikehendaki boleh didapati secara terus daripada soal selidik, masa
menjawab yang singkat dan memudahkan responden untuk memberi jawapan. Ini
kerana semua jawapan yang dikehendaki telah tersedia dalam soal selidik dan
responden hanya perlu menanda jawapan yang difikirkan sesuai. Item-item soal
selidik direka bentuk menggunakan Skala Likert 5 Mata. Menurut Keevas (1988),
-
8/13/2019 Dr. Said - Kuantitatif
32/43
skala likert ini amat sesuai digunakan kerana ia dikatakan lebih stabil untuk
digunakan bagi mengukur persepsi dalam pelbagai situasi dan keadaan. Soal selidik
ini terbahagi kepada dua bahagian seperti jadual 3.3 di bawah:
Jadual 3.3 Taburan Soal Selidik
Bahagian Item Perkara
A (Item 1-4)
Item 1
Item 2
Item 3
Latar belakang responden
Jantina
Bangsa
Tingkatan
B (Item 1-45)
Item 1-5
Item 6-36
Item 37-45
Hubungan Kaedah Pengarajan
Guru dan Minat Pelajar Terhadap
Pencapaian Mata Pelajaran Sejarah
I Pencapaian Mata Pelajaran
Sejarah : Maklumbalas
IIKaedah Pengajaran Guru
IIIMinat Pelajar
Borang soal selidik mengandungi:
a. Bahagian A : Demografi responden.
b. Bahagian B : Hubungan Kaedah Pengajaran Guru dan Minat Pelajar
Terhadap Pencapaian Mata Pelajaran (soal selidik diubahsuai daripada Mohammad
Sultan (2000), Kamilah (2000), Abd Rahim (2000) dan Noraini (2008).
Bahagian A mengandungi 3 soalan berkaitan dengan maklumat diri responden
seperti jantina, bangsa dan tingkatan. Bahagian B pula terdiri daripada 45 soalan
yang berkaitan dengan hubungan kaedah pengajaran guru dan minat pelajar
terhadap pencapaian mata pelajaran Sejarah. Responden dikehendaki memberi
respon dengan menandakan bulat pada nombor yang berkaitan yang mewakili
pandangan mereka iaitu berpandukan kepada Skala Likert 5 Mata iaitu skor 5
Sangat setuju, skor 4 Setuju, skor 3 Kurang Setuju, skor 2 Tidak setuju dan
skor 1Sangat tidak setuju.
-
8/13/2019 Dr. Said - Kuantitatif
33/43
3.3.1 Bahagian A (Maklumat Latar Belakang Responden)
Bahagian ini mengandungi 3 item yang digunakan untuk mendapatkan
maklumat latar belakang pelajar yang terlibat sebagai responden. Maklumat latar
belakang ini terdiri daripada maklumat demografi responden iaitu jantina, bangsa
dan tingkatan.
Jadual 3.4 Maklumat Latar Belakang Responden
Bil. Item Skala
1 Jantina Lelaki
Perempuan
2 Bangsa Melayu
Bukan Melayu
3 Tingkatan Tingkatan 4
Tingkatan 5
.3.3.2 Bahagian B (Kaedah Pengajaran Guru dan Minat Pelajar dalam Pencapaian
Mata Pelajaran Sejarah)
Bahagian ini bertujuan untuk mengumpul maklumat mengenai persepsi pelajar
terhadap hubungan kaedah pengajaran guru dan minat pelajar terhadap pencapaian
mata pelajaran sejarah. Jadual 3.5 di bawah menunjukkan 40 item soalan yang telah
dibentuk dengan maklum balas item-item menggunakan skala likert 5 mata seperti
dibawah:
Skala:
5Sangat setuju
4Setuju
3Kurang Setuju
2Tidak setuju
1Sangat tidak setuju
-
8/13/2019 Dr. Said - Kuantitatif
34/43
Jadual 3.5 Pembahagian Item Soalan Mengikut Hubungan Kaedah
Pengajaran Guru dan Minat Pelajar Terhadap Pencapaian Mata Pelajaran
Sejarah.
Bil Elemen No item/SoalanJumlah
Item
Pencapaian Mata
Pelajaran Sejarah
Kaedah Pengajaran
Guru
Motivasi Guru
Dalam kajian ini, pengkaji menguna pakai dan mengadaptasi borang soal selidik yang
dibentuk oleh Mohammad Sultan (2000), Kamilah (2000), Abd Rahim (2000) dan
Noraini (2008)dalam kajian ini sebagai alat pengukuran untuk mendapatkan data.
Secara keseluruhan, soal selidik yang digunakan dalam kajian ini mengandungi 45
item soalan kesemuanya dan 3 soalan untuk demografi responden. Pengkaji telah
mengubahsuai soal selidik supaya ciri-ciri penilaian sesuai dengan keadaan sekolah
dan pelajar di Tawau , Sabah amnya.
3.5 Kajian Rintis
Kajian rintis dilakukan sebelum kajian sebenar dijalankan bertujuan untuk
menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen. Menurut Mohd Najib (2003),
kajian rintis ialah satu aktiviti yang penting bagi setiap kajian tinjauan. Selain
daripada menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen, ia juga digunakan
untuk menguji kaedah terbaik mentadbir instrumen, mengenal sampel dan
kesesuaian kaedah analisis. Sekaran (2003) turut menjelaskan bahawa kajian rintis
memastikan instrumen kajian atau item dalam soal selidik yang akan digunakan nantiadalah berseuaian dari segi kebolehpercayaan dalaman dan kesahan.
-
8/13/2019 Dr. Said - Kuantitatif
35/43
Kajian rintis adalah bertujuan untuk:
a. Mengetahui sejauh mana kesesuaian seluruh penggunaan instrumen kepadaresponden kajian. Ianya merujuk kepada penggunaan istilah, struktur, ayat, dan
penyusunan serta gubahan pada item soalan dalam soal selidik yang diedarkan
kepada responden.
b. Memastikan responden memahami setiap pernyataan dan soalan kajian yangdigunakan di dalam soal selidik yang diedarkan.
Kebolehpercayaan item soal selidik telah diuji dengan menggunakan Alfa
Cronbach. Menurut Chua Yan Piaw (2006), Alfa Cronbach merupakan koefisien atau
pekali kebolehpercayaan yang menunjukkan hubungan item-item antara satu sama
lain dan menguji kesahan dalaman soal selidik. Jika nilai Alfa Cronbach adalah di
antara 0.6 hingga 1, maka soal selidik tersebut mempunyai nilai kebolehpercayaan
yang tinggi dan itemnya boleh diterima. Nilai 0.2 hingga 0.6 pula menunjukkan soal
selidik yang diuji mempunyai kebolehpercayaan yang sederhana dan terdapat
sebilangan item yang perlu diubah. Manakala bagi nilai 0.0 hingga 0.2 pula
mempunyai kebolehpercayaan yang rendah dan semua item perlu diubah. Ini adalah
selaras dengan pandangan Sekaran (2003) bahawa Alpha Crobach yang
menghampiri nilai satu menunjukkan bahawa konsistensi kebolehpercayaan dalaman
adalah tinggi.
Kajian rintis bertujuan untuk memastikan sama ada responden memahami
dan boleh menjawab soal selidik yang digunakan. Disamping itu, kajian rintis juga
akan dapat memastikan sama ada pernyataan item yang digunakan sesuai dan
mudah difahami oleh responden. Dalam kajian ini, penyelidik telah melaksanakan
kajian rintis terhadap 40 orang pelajar di sebuah sekolah menengah SM St. Patrick,
Tawau dalam secara rawak. Responden yang dipilih adalah bukan responden
sebenar dalam kajian.
3.6 Kaedah Pengumpulan Data
Bagi mendapatkan data kajian, pengkaji telah mendapatkan kerjasama pihakguru-guru di sekolah-sekolah yang terbabit. Kerjasama daripada guru-guru yang
-
8/13/2019 Dr. Said - Kuantitatif
36/43
terbabit melibatkan kebenaran untuk mengedarkan soal selidik kepada para
responden (pelajar) kajian di sekolah masing-masing bagi mendapatkan maklum
balas yang diperlukan.
Dalam kajian ini, pengkaji telah mengedarkan soal selidik yang berkisarkan
kepada hubungan kaedah pengajaran guru dan minat pelajar terhadap pencapain
mata pelajaran sejarah di empat buah sekolah dengan kerjasama Guru Penolong
Kanan Pentadbiran dan guru mata pelajaran sejarah setiap sekolah tersebut. Kaedah
ini telah dijalankan selama satu bulan dan hasilnya memberikan pelbagai maklumat
dan data yang diperlukan dalam kajian. Urutan kajian seperti berikut digunakan
untuk memudahkan kajian dan ditunjukkan dalam Jadual 3.7 iaitu Jadual Proses
Penyempurnaan Tajuk Kajian dan Rajah 3.8 iaitu Prosedur Pelaksanaan Kajian.
Jadual 3.7 Jadual Proses Penyempurnaan Tajuk Kajian
Bulan Aktiviti
Disember
2013
1. Menghantar draf Bab 1 dan 2 kepada Penyelia.
1.Memohon surat kebenaran menjalankan Penyelidikan
dengan Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial, UMS.
2.Menghantar draf Bab 3.
3.Menjalankan kajian rintis.
1.Menghantar tiga salinan proposal untuk pembentangan
proposal.
1.Pembentangan proposal.
2.Memohon kebenaran menjalankan penyelidikan kepada
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia (Online).
3.Menghantar surat rasmi memohon kebenaran
menjalankan penyelidikan kepada Jabatan Pelajaran Negeri
Sabah.
1.Menghantar dan mengedarkan borang soal selidik
kepada responden di sekolah-sekolah yang berkenaan.
2.Mengutip kembali borang soal selidik.
-
8/13/2019 Dr. Said - Kuantitatif
37/43
-
8/13/2019 Dr. Said - Kuantitatif
38/43
i. Langkah 1 Kajian LiteraturDalam langkah ini, pengkaji mengumpul maklumat tentang semua kajian-kajian
lepas yang pernah dibuat. Kajian-kajian yang dipilih adalah berkaitan secara
langsung atau tidak langsung dengan tajuk kajian ini. Ini adalah untuk
membincangkan dengan lebih jelas lagi tentang permasalahan soalan kajian yang
dipilih dan membangunkan Bab 1, 2 dan 3 bagi kajian ini.
ii. Langkah 2 Pembentukan Soal Selidik dan Kajian RintisDalam langkah ini, penyelidik akan menyediakan soalan kaji selidik yang akan
digunakan. Soalan yang disediakan mestilah menjawab atau membantu dalam
mencapai objektif kajian ini. Kajian rintis dijalankan untuk menentukan kesahan dan
kebolehpercayaan soal selidik dan penambahbaikan soal selidik dilakukan dalam
aspek-aspek yang didapati mempunyai kelemahan.
iii. Langkah 3 Mengumpul DataSetelah selesai dengan penyediaan soalan kaji selidik, soalan akan dicetak dan
kemudiannya di edarkan kepada semua reposnden yang telah dikenalpasti.
iv. Langkah 4 Analisis DataData yang diperolehi melalui kaedah kuantitatif kemudiannya dianalisis. Data
dianalisis dengan menggunakan sistem SPSS Versi 16.0.
v. Langkah 5 Kesimpulan dan CadanganHasil dari analisis data yang telah dibuat, pelaporan akhir dalam bentuk
kesimpulan dan cadangan akan disediakan.
3.7 Penyusunan dan Pemindahan Data
Semua data yang dikumpulkan melalui kaedah soal selidik yang telah
dibincangkan sebelum ini disusun dalam susunan yang berasingan untuk tujuan
penganalisisan. Data-data tersebut dibahagikan mengikut soalan-soalan yang
ditanya. Sementara itu, bagi data yang terdapat dalam soal-selidik pula, bantuan
komputer digunakan untuk menyimpan data-data yang diperoleh dan kemudiannya
dianalisis mengikut pembahagian yang telah dibuat. Setelah semua data telah
-
8/13/2019 Dr. Said - Kuantitatif
39/43
disimpan dengan lengkap, proses analisis dengan menggunakan komputer
dimulakan.
3.8 Analisis Data
Data empirikal daripada borang soal selidik akan dianalisa dengan menggunakan
perisian Statistical Package for the Social Sciences Versi 16.0 (SPSS 16.0). Data
dianalisis mengikut kaedah deskriptif dan kaedah inferensi.
3.8.1 Kaedah Deskriptif
Menurut Azizi et al.(2007), kaedah analisis deskriptif biasanya melibatkan pengiraan
frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai. Kaedah analisis deskriptif ini pada amnyadigunakan bagi mengukur kecenderungan data. Analisis deskriptif digunakan untuk
menganalisa data empirikal daripada Bahagian A iaitu demografi responden di mana
nilai min, frekuensi dan peratus akan ditentukan menggunakan SPSS 16.0.
Jadual 3.9 Analisis Tahap Mengikut Min
Tahap Analisis Pemarkatan/ julat min
Rendah 1.00 hingga 2.00
Sederhana 2.01 hingga 3.00
Tinggi 3.01 hingga 4.00
Sumber: Tang & Abdul Ghani, 2007
Berdasarkan jadual di atas, nilai min antara 1.00 hingga 2.00 adalah tahap
rendah, manakala nilai min antara 2.01 hingga 3.00 adalah tahap sederhana dan nilai
min antara 3.01 hingga 4.00 adalah tahap tinggi (Tang dan Abdul Ghani, 2007).
3.8.2 Kaedah Inferensi
Seterusnya,analisis yang berkaitan dengan pengujian hipotesis-hipotesis kajian
dilakukan satu persatu dengan menggunakan statistik inferensi:
a) Untuk melihat pencapaian mata pelajaran Sejarah berdasarkan jantina dan bangsaperkhidmatan. Analisis ANOVA satu hala digunkan untuk melihat perbezaan tersebut.
b) Manakala Korelasi Pearson digunakan utnuk menerangkan perhubungan angkubahtidak bersandar dengan aspek-aspek pencapaian mata pelajaran Sejarah. Ujian ini
-
8/13/2019 Dr. Said - Kuantitatif
40/43
menerangkan kekuatan hubungan dan juga sama ada ia signifikan atau tidak. Aras
signifikan yang digunakan ialah apda aras keyakinan p 0.05. pekali korelasi (r)
digunakan untuk melihat nilai pengukuran kekuatan perhubungan antara dua
variabel. Nilai r ini mempunyai sela antara +1.00 dan -1.00. menurut Chua Yan Piaw
(2006), kekuatan nilai r boleh ditunjukkan seperti jadual di bawah.
Jadual 3.10: Kekuatan Nilai Pekali Korelasi
Sumber: Chuan Yan Piaw (2006: ms 167)
c) Ujian ANOVA satu hala digunakan untuk melihat perbezaan pencapaian matapelajaran Sejarah dengan jantina dan bangsa. Alat analisis ditunjukkan seperti
jadual di bawah:
Jadual 3.11 Alat Analisis Data
Bil. Pernyataan Hipotesis NolJenis
Analisis
1 HO1: Tidak terdapat perbezaan yang
signifikan pencapaian pelajar dalam mata
pelajaran sejarah di sekolah menengah
berdasarkan jantina dan bangsa
.
T-Test
2 HO2: Tidak terdapat perbezaan yang
signifikan persepsi dalam kalangan
pelajar terhadap kaedah pengajaran guru
ANOVA
sehala
Saiz Pekali Korelasi (r) Kekuatan
Korelasi
.91 hingga 1.00 atau -.91 hingga -1.00 Sangat kuat
.71 hingga .90 atau -.71 hingga -.90 Kuat
.51 hingga .70 atau -.51 hingga -.71 Sederhana
.31 hingga .50 atau -.31 hingga - .50 Lemah
.01 hingga .30 atau -.01 hingga -.30 Sangat Lemah
.00 Tiada korelasi
-
8/13/2019 Dr. Said - Kuantitatif
41/43
3 HO3: Tidak terdapat hubungan yang signifikan
antara kaedah pengajaran guru dengan pencapaian
mata pelajaran sejarah
ANOVA
sehala
4 HO4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan
terhadap tahap minat pelajar dalam mata pelajaran
sejarah
Korelasi
Pearson
5 HO5: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara
minat pelajar terhadap pencapaian mata pelajaran
sejarah
Korelasi
Pearson
6 HO6: Tidak terdapat hubungan yangsignifikan antara kaedah pengajaran guru
dengan minat pelajar terhadap
pencapaian mata pelajar.
Korelasi
Pearson
3.9 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, bab ini menjelaskan kaedah utama dalam penggumpulan
data dan kaedah analisis. Dalam bab ini juga, pengkaji telah membincang dan
menerangkan reka bentuk kajian dengan penjelasan mengenai lokasi kajian, populasi
dan persampelan, instrumen kajian, kajian rintis, prosedur pengumpulan dan
penganalisisan data. Kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik diperihalkan
sebagai bersesuaian dan cukup untuk mengumpul maklumat bagi menjawab objektif
dan persoalan kajian serta menguji hipotesis-hipotesis kajian. Hasil penganalisisandata yang telah dikumpul akan diterangkan dan diperincikan sebagai dapatan dalam
Bab 4.
-
8/13/2019 Dr. Said - Kuantitatif
42/43
-
8/13/2019 Dr. Said - Kuantitatif
43/43