draf kesimpulan

3
KESIMPULAN Rakyat Malaysia tidak hanya terbatas kepada tiga kumpulan etnik yang jelas seperti Melayu, Cina dan India namun hakikatnya memiliki lebih 200 suku kaum seperti Kadazan, Melanau dan Iban. Oleh itu, segala isu yang berkaitan hubungan etnik adalah amat penting untuk difahami demi kesejahteraan hidup bersama dalam sebuah negara Malaysia. Berdasarkan perbincangan yang telah dilakukan dapatlah disimpulkan bahawa bagi memupuk semangat perpaduan dalam menghadapi pelbagai cabaran hubungan inter-intra etnik termasuk dari aspek budaya, pendidikan, ekonomi dan agama yang berbeza, rakyat Malaysia yang terbahagi kepada pelbagai etnik hendaklah mencapai persefahaman, persetujuan dan mencari sebanyak mungkin titik pertemuan bagi mencapai perpaduan (Zaliza, M. N. & Norlin,A., 2009). Rakyat Malaysia sepatutnya menjadikan sifat bertolak ansur sebagai kata kunci bagi mewujudkan semangat perpaduan yang jitu dan seterusnya mampu menggalas tanggungjawab memajukan negara ke persada nasional. Oleh itu, cabaran-cabaran seperti perbezaan agama, budaya, mahupun ekonomi perlulah segera diatasi. Perbezaan adat, budaya dan agama telah menjadikan Malaysia negara yang unik selain daripada memiliki rakyat yang terdiri daripada pelbagai etnik dan suku kaum yang berbeza. Perlembagaan negara telah memberi kebebasan untuk setiap rakyat negara ini untuk menjalankan upacara agama dan meneruskan adat dan budaya

description

she

Transcript of draf kesimpulan

Page 1: draf kesimpulan

KESIMPULAN

Rakyat Malaysia tidak hanya terbatas kepada tiga kumpulan etnik yang jelas seperti

Melayu, Cina dan India namun hakikatnya memiliki lebih 200 suku kaum seperti Kadazan,

Melanau dan Iban. Oleh itu, segala isu yang berkaitan hubungan etnik adalah amat penting untuk

difahami demi kesejahteraan hidup bersama dalam sebuah negara Malaysia.

Berdasarkan perbincangan yang telah dilakukan dapatlah disimpulkan bahawa bagi

memupuk semangat perpaduan dalam menghadapi pelbagai cabaran hubungan inter-intra etnik

termasuk dari aspek budaya, pendidikan, ekonomi dan agama yang berbeza, rakyat Malaysia

yang terbahagi kepada pelbagai etnik hendaklah mencapai persefahaman, persetujuan dan

mencari sebanyak mungkin titik pertemuan bagi mencapai perpaduan (Zaliza, M. N. &

Norlin,A., 2009). Rakyat Malaysia sepatutnya menjadikan sifat bertolak ansur sebagai kata kunci

bagi mewujudkan semangat perpaduan yang jitu dan seterusnya mampu menggalas

tanggungjawab memajukan negara ke persada nasional. Oleh itu, cabaran-cabaran seperti

perbezaan agama, budaya, mahupun ekonomi perlulah segera diatasi.

Perbezaan adat, budaya dan agama telah menjadikan Malaysia negara yang unik selain

daripada memiliki rakyat yang terdiri daripada pelbagai etnik dan suku kaum yang berbeza.

Perlembagaan negara telah memberi kebebasan untuk setiap rakyat negara ini untuk menjalankan

upacara agama dan meneruskan adat dan budaya masing-masing. Namun begitu, perbezaan adat,

agama mahupun budaya yang dimiliki ini sepatutnya tidak menjarakkan etnik-etnik di Malaysia

sebaliknya patut dijadikan faktor untuk rakyat Malaysia lebih bersatu. Sikap saling hormat-

menghormati sesama etnik adalah satu kunci bagi mengekalkan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Aspek sosial merupakan elemen penting dalam memupuk integrasi nasional dalam

kalangan etnik-etnik di Malaysia. Setiap anggota masyarakat tidak boleh bersangka buruk

terhadap sesuatu etnik kerana hal ini mampu menjadi duri dalam daging yang mampu

merosakkan keharmonian negara. Rakyat Malaysia perlu menerapkan segala nilai murni seperti

tolong-menolong sesama masyarakat supaya dapat mengeratkan lagi hubungan antara etnik yang

sama mahupun etnik yang berbeza. Amalan bergotong-royong merupakan salah satu contoh yang

mampu memupuk nilai bekerjasama dan tolong-menolong dalam masyarakat seterusnya

membentuk semangat perpaduan.

Page 2: draf kesimpulan

Melalui aspek pendidikan, nilai-nilai murni perlu diterapkan sejak dari bangku sekolah

lagi agar kanak-kanak dapat memahami kepentingan hubungan etnik yang padu dalam

pembentukan negara. Adalah tidak wajar sebagai seorang rakyat meletakkan kepentingan etnik

sebagai perkara utama dan mengenepikan kepentingan nasional yang amat memerlukan

semangat perpaduan rakyat Malaysia yang utuh. Bagi menangani masalah ini, Sekolah Wawasan

telah ditubuhkan di mana ia merupakan sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-

sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama dengan matlamat dapat

merapatkan jurang antara etnik di Malaysia (KPM, 2010). Penubuhan Sekolah Wawasan

merupakan satu langkah kerajaan bagi merapatkan jurang yang wujud antara etnik-etnik di

Malaysia.

Melihat daripada aspek ekonomi dan politik dalam kalangan etnik-etnik di Malaysia,

seharusnya sebagai rakyat Malaysia

Justeru sebagai rakyat Malaysia, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mengambil

langkah mengatasi cabaran hubungan antara etnik mahupun sesama etnik di negara kita bagi

mewujudkan semangat perpaduan yang telah menjadi asas kepada penubuhan perseketuan

(Zaliza, M. N. & Norlin,A., 2009). Nilai yang murni dalam setiap prinsip Rukun Negara harus

dijadikan sebagai teras pembangunan insan kerana nilai-nilai seperti tidak bertanggungjawab dan

berprasangka buruk mampu menjadi perosak kepada pelan pembangunan negara dan

kesejahteraan masyarakat (Sarjit S. G., & Charanjit K., 2015). Oleh itu Gagasan “1Malaysia:

Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”yang berpaksikan kepada semangat perpaduan

perlu diperjuangkan kerana ia mementingkan konsep masyarakat penyayang dan mesra rakyat

agar dapat membentuk hubungan etnik yang lebih bersepadu (Sarjit S. G., & Charanjit K., 2015).