EDU 3108 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN …€¦ · Dengan ini, sumber manusia (modal insan)...
Transcript of EDU 3108 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN …€¦ · Dengan ini, sumber manusia (modal insan)...
EDU 3108
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL
GURU
Dr. MADZNIYAH BT. MD. JAAFAR
JABATAN R& I/ ILMU PENDIDIKAN
IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
TAJUK 1 (4 Jam)
KONSEP MENGAJAR
SEBAGAI SATU
PROFESION
KANDUNGAN
• Konsep Profesion dan Profesionalisme
• Ciri-ciri Guru yang Profesional
Pengenalan
Guru dalam alaf baru seharusnya profesionaldan profesionalismenya ialah kunci kepadapeningkatan kualiti (Jemaah Nazir, 2001)
Kualiti yang dimaksudkan merujuk kepadakualiti proses dan yang lebih penting lagi ialah kualitiproduk (output).
Dengan ini, sumber manusia (modal insan) perlu dibangunkan secara bersepadu melalui latihan-latihan bagi memastikan setiap individu dapatmengembangkan potensi ke tahap yang optimum.
Program-program pembangunan profesionalsudah tentu dapat mengupayakan guru demimeningkatkan kualiti pendidikan negara.
Konsep Profesion dan Profesionalisme
Profesion
• Merujuk kepada pekerjaan yang melaksanakan fungsi
sosial yang penting.
• Suatu profesion ialah suatu bidang yang mempunyai
ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan
ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan
oleh masyarakat, menikmati autonomi individu dan
kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan,
mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika
dan mempunyai organisasi tersendiri untuk
menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan
pendidikan (Lieberman,1956).
• Suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan
pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi
dan latihan yang khas (Kamus Dewan, 2005).
• Nilaitara-nilaitara suatu profesion merupakan
peraturan yang ditetapkan oleh organisasi
• Setiap ahli profesional akan mematuhinya demi
mengawal kualiti dan nilaitara perkhidmatan tersebut.
Adakah Bidang Perguruan
Suatu Profesion ?
Konsep Profesional
• Merujuk kepada ciri-ciri atau atribut yang terdapat
dalam suatu profesion.
• Mengikut Ornstein dan Levine (1993), terdapat 4
atribut dalam suatu profesion :
- menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam
- kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu
- ada kod etika untuk mengawal tingkah laku ahli
- kebenaran/persetujuan diberi kepada suatu
profesion oleh masyarakat untuk beroperasi.
Adakah Guru Seorang
Profesional ?
Adakah kita memiliki ciri-ciri ini ?
a. Asas pengetahuan mendalam
b. Komitmen untuk memenuhi keperluan
klien
c. Identiti kuat secara kolektif (komitmen
profesional)
d. Autonomi profesional
Isu Profesion Keguruan
• Guru tidak mempunyai kuasa penuh dalam membuat
keputusan untuk pelbagai aspek dalam profesion.
• Pengambilan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)
ke dalam profesion.
Ciri-ciri Guru yang Profesional
Sahsiah
•Bertakwa
•Berakhlak
•Berperibadi mulia
•Mempunyai komitmen
•Bersopan santun
•Bersikap positif
•Berkeobolehan memimpin
•Mengamal budaya ilmu
Keterampilan Ilmu
-Merancang P&P -Isi kandungan m/p
-Mengurus P&P -Pengetahuan
-Memilih strategi P&P kandungan
-Merangsang P&P -Bahan
-KemahiranTeknologi -Kaedah
-Kemahiran Generik -Teknologi
-Kemahiran Kaunseling
-Menilai P&P
M
Ciri-ciri guru yang berkesan
• Bersikap profesional
• Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori
• Kaya dengan ilmu
• Bertindak atas landasan etika dan tatasusila kerja
• Bermoral tinggi
• Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasilpengajaran
• Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa
• Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahanmurid-murid
• Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajardengan tuntutan semasa
Bersambung……
• Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi
mulia dan berwawasan sebagai pendidik unggul pada
setiap masa
• Memastikan situasi ‘guru mengajar murid belajar’
wujud dalam kelas
• Berupaya melahirkan ‘persekolahan berwatak’
supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu,
berperibadian sihat dan serba boleh
• Berupaya membina minda pelajar yang cemerlang
akademik
Bersambung …..
• Berupaya membentuk perwatakan murid denganpelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlakmulia, berketerampilan dan pandai menyesuaikan diridengan situasi tertentu)
• Taat dan setia terhadap perkhidmatannya sertamempertahankan martabat profesionnya
• Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebaspendirian dan tidak berbelah bahagi.
• Profesional dan menumpukan perhatian kepadapengajaran dan pemelajaran di sekolah
(Abdul Shukor Abdullah, 1998)
Sepuluh Tret Guru yang Berkesan – McEwan (2002)
1. Dorongan oleh misi dan passionate
2. Positif dan benar
3. Guru sebagai pemimpin
4. With-it-ness
5. Gaya
6. Kepakaran dalam motivasi
7. Keberkesanan pengajaran (Instructional effectiveness)
8. Pembelajaran kandungan (Book learning)
9. Pintar (Street smarts)
10. Celik minda (Mental life)
Rumusan
Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha
bersungguh-sungguh untuk menjadikan profesion
keguruan sebagai profesion yang unggul dan disegani
ramai. Hal ini termaktub dalam teras strategik kelima
PIPP, iaitu memartabatkan profesion keguruan. Para
guru mempunyai tanggungjawab yang besar dalam
meningkatkan aspek keprofesionalannya dengan
melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu
pengetahuan dan kemahiran selaras dengan kehendak
teras PIPP.
Aktiviti
Merujuk kepada pengalaman anda di
sekolah semasa praktikum, senaraikan
beberapa ciri guru yang baik dan lemah.
Pada pandangan anda, bagaimanakah
kelemahan-kelemahan guru tersebut dapat
diatasi?
Perbincangan
Banding beza antara ciri-ciri seorang
doktor perubagan dengan seorang guru
sekolah dari segi profesionalismenya.
Sekian, Terima Kasih