EDU FALSAFAH

download EDU FALSAFAH

of 1

description

ASSIGMENT

Transcript of EDU FALSAFAH

Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara-negara termaju di dunia, sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global. Di harapkan langkah mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam PdP akan dapat menaikkan prestasi negara khususnya dalam persaingan peringkat antarabangsa terutama dalam pentaksiran Programme for International Student Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2015. Satu daripada objektif pendidikan sekolah di Malaysia ialah untuk mengembang dan memantapkan pemikiran rasional, kritikal dan kreatif. Walau pun ada matlamat lain seperti menguasai ilmu dan kemahiran untuk digunakan dalam kehidupan seharian, kepentingan bagi pelajar untuk mempelajari kemahiran berfikir secara rasional, kritikal dan kreatif adalah amat penting dan harus diajar di sekolah. Untuk menegaskan selanjutnya kepentingan pengajaran kemahiran berfikir, dipernyatakan dalam kurikulum, kandungan kurikulum menjurus kepada perkembangan kemahiran berfikir untuk membolehkanpelajardapatmenilai,menerang,membeza,merumusdanmenghasilkanideaconstruktif dan berguna(PusatPerkembanganKurikulum, 1989, m.s6). Malah mantan ketuapengarahpendidikan, Datuk Matnor Daim telah menyarankan kepada guru-guru Bahasa Inggeris keperluan untuk mengajar kemahiranberfikir.Beliaumengatakan, Mereka(pelajar) harusbelajaruntukmenggunapakai ideadan perasaan yang terkandung di dalam teks yang mereka baca, dimana memerlukan kemahiran berfikir (Indramalar,1997 a). Beliaujugamenyatakan, guru harus memikul tanggungjawabuntuk membentuk pelajar sebagai pemimpin yang berfikir. Dia juga yakin bahawa apabila pelajar mempunyai kemahiran berfikir, mereka boleh menilai, memilih dan menyusun maklumat-maklumat yang mereka terima. 1.1 Pengertian KBAT KBAT melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. Kemahiran ini kebiasaan melibatkan merujuk kepada empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi, menganalisa, menilai dan mencipta.