edu-isl-m12-b

12
M12- Buat rujukan tambahan tentang pendekatan induktif, deduktif, elektif, tematik dan integratif dalam subjek major anda. Pendekatan Induktif Takrif Pendekatan Induktif John, M. Kierzek dan Walker Gibson (1960) “Pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu sebab / contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi.” Brian Seaton (1982) “Pelajar mengalami satu proses mental yang mana ia memerhati, mengkaji dan menganalisis sesuatu aspek sebelum membuat generalisasi.” Konsep Induktif dalam P&P 1. Mempelajari sesuatu untuk mendapatkan hukum 2. Memperkenalkan pengetahuan & memberi pengalaman. 3. Membentuk satu kesimpulan umum daripada contoh-contoh tertentu 4. Mendapatkan satu kesimpulan daripada satu urutan pemikiran. 5. Membuat justifikasi daripada yang spesifik kepada umum. 6. Merupakan kaedah penaakulan yang bertujuan mendapatkan peraturan umum daripada fakta / contoh tertentu

description

bxfbd

Transcript of edu-isl-m12-b

M12- Buat rujukan tambahan tentang pendekatan induktif, deduktif, elektif, tematik dan integratif dalam subjek major anda.

M12- Buat rujukan tambahan tentang pendekatan induktif, deduktif, elektif, tematik dan integratif dalam subjek major anda.

Pendekatan InduktifTakrif Pendekatan Induktif John, M. Kierzek dan Walker Gibson (1960)Pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu sebab / contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi. Brian Seaton (1982)Pelajar mengalami satu proses mental yang mana ia memerhati, mengkaji dan menganalisis sesuatu aspek sebelum membuat generalisasi.Konsep Induktif dalam P&P1. Mempelajari sesuatu untuk mendapatkan hukum2. Memperkenalkan pengetahuan & memberi pengalaman.3. Membentuk satu kesimpulan umum daripada contoh-contoh tertentu4. Mendapatkan satu kesimpulan daripada satu urutan pemikiran.5. Membuat justifikasi daripada yang spesifik kepada umum.6. Merupakan kaedah penaakulan yang bertujuan mendapatkan peraturan umum daripada fakta / contoh tertentuProses Pembelajaran Induktif Contoh-contoh khusus Memerhati, mengkaji, mengenal pasti, mentafsir Membuat generalisasi atau kesimpulanPrinsip Penggunaan Pendekatan Induktif1. Sebelum P&P: Guru menyediakan contoh-contoh yang relevan & sesuai untuk menerangkan sesuatu.2. Guru membimbing murid untuk membuat kesimpulan (dengan bertanya melalui Q&A)3. Guru beri peluang kepada murid untuk memerhati dan menganalisis contoh agar generalisasi dapat dibuat.4. Guru merancang aktiviti pengajaran yang berkisar daripada contoh khusus kepada kesimpulan umum.5. Jenis contoh khusus haruslah dipelbagaikan tetapi mengandungi ciri yang sama serta mudah untuk murid mengenalpasti.6. ABM disediakan untuk membantu murid mendapatkan kesimpulannya.7. Aktiviti pembelajaran induktif melibatkan penggunaan deria-deria murid, khasnya penglihatan, pendengaran, hidu dan sentuh.8. Proses P&P induktif perlu mengikut urutan yang tepat. (contoh-contoh spesifik ke umum)Contoh pendekatan induktif dalam subjek Sejarah Guru mengajar negeri-negeri yang terdapat di Malaysia Guru mengajar 13 buah negeri di Malaysia telah membentukkan sebuah Negara iaitu Malaysia.

Pendekatan deduktifMenurut Brian Seaton (1982) Pendekatan deduktif merupakan jenis pengajaran yang bermula daripada umum kepada spesifik dan pendekatan ini merujuk kepada satu pembelajaran, di mana pelajar bermula dengan hukum yang umum dan digunakan dalam kes-kes tertentu. Adalah jenis pengajaran yang bermula daripada cirri umum kepada satu bentuk yang spesifik atau khusus. Kaedah mengajar yang kompleks kerana murid perlu memperoleh kefahaman yang mendalam /mencukupi serta berupaya memilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasikan pada contoh-contoh khusus Bermula dengan melihat hokum-hukum atau mempelajari peraturan tertentu dan dari sini pembelajaran akan diteruskan dengan menganalisis hukum-hukum melalui contoh dan mengaplikasikan peraturan yang telah diberikan. Seorang guru akan mengemukakan satu konsep/ hukum/ generalisasi dengan menerangkan definisi sebelum memberikan beberapa contoh untuk memperjelas kefahaman Proses Pembelajaran deduktif Konsep/ generalisasi umum Menaakul dan mengkaji Menganalisis fakta dan membuat kesimpulan Jenis-jenis Pendekatan Deduktif

Prinsip Penggunaan Pendekatan DeduktifSesuatu masalah diperkenalkan dan ditakrifkan. Guru dan pelajar mengemukakan cara penyelesaian masalah. Dalam hal ini generalisasi yang dinyatakan perlulah eksplisit. Penyelesaian masalah langkah demi langkah Beberapa contoh digunakan untuk menerangkan generalisasi atau peraturan. Pelbagai aktiviti dijalankan untuk meningkatkan pemahaman pelajar terhadap isi pelajaran yang disampaikan. Kesimpulan dibuat berdasarkan bukti yang ada setelah memahami konsep serta contoh yang diberikan. Pemahaman generalisasi atau peraturan dinilai dengan menggunakannya dalam situasi-situasi baru yang mempunyai masalah hampir serupa.

Pendekatan Integratif Sebagai pendekatan kesepaduan / model bercantum. Digunakan dalam penggabung jalinan dan penyerapan satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain. Contohnya, penggabung jalinan mata pelajaran Sejarah dengan mata pelajaran Matematik. Hal ini demikian semasa guru mengajar kemahiran tambah, mereka akan menceritakan tentang sejarah kemahiran tambah diperkenalkan. Beberapa kemahiran dapat dikuasai oleh murid secara serentak seperti membaca, menulis, berfikir dan sebagainya. Tujuan: mewujudkan satu persekitaran yang meransangkan murid-murid untuk menggunakan kemahiran asas, memahami hubungan antara disiplin akademik yang berbeza-beza dan menghargai unsur kepelbagaian Prinsip pendekatan integratif : a) Tumpuan diberi kepada pemusatan murid.- Guru dikehendaki memberi kuasa kepada murid murid mengendalikan tugas b) Penggunaan pembelajaran aktif - Teknik yang digunakan seperti pembelajaran koperatif memberi pelajar peluang untuk mengaplikasi teori yang dipelajari kepada situasi dalam kehidupan harian c) Peranan guru sebagai fasilitator.- Guru perlu mereka bentuk aktiviti dimana murid dapat belajar sesama mereka serta dapat pengalaman pembelajaran berbentuk kendiri d) Keutamaan diberi kepada kemahiran asas (4m)-menaakul- seperti membaca, menulis dan mengira diperkukuh dalam kalangan murid e) Peluang untuk kerja berpasukan- Melalui kerja berpasukan, murid murid belajar untuk menghargai unsure kepelbagaian dan perbezaan individu f) Penggunaan teknologi dalam menyiapkan tugasan - Amat penting agar murid murid didedahkan dan diajar pelbagai kemajuan teknologi dan internet sedia ada

Pendekatan eklektifBentuk pengajaran yang menggunakan pendekatan eklektik ini adalah menggabungkan elemen-elemen daripada kedua-dua pendekatan iaitu induktif atau deduktif. Rasional amalan pendekatan induktif dan deduktif dalam sesi pengjaran dan pembelajaran ialah kerana pelajar-pelajar terdiri daripada pelbagai aras dan kebolehan. Ada pelajar yang senang atau mudah memahami isi pelajaran jika diberi contoh dahulu dan ada pula pelajar yang mudah faham jika dibuat generalisasi terlebih dahulu dan diakhiri pengajaran pada hari itu dengan mengemukakan contoh-contoh bagi menjelaskan maksud atau konsep sesuatu perkara.Jika seseorang guru memilih pendekatan deduktif, langkah-langkah pengajaran berikut boleh digunakan:1. Guru menerangkan generalisasi/hukum-hukum atau peraturan2. Guru menggunakan contoh untuk menerangkan generalisasi tersebut3. Guru mengaitkan contoh dan menjelaskan generalisasi tersebut.Sebaliknya jika guru ingin menggunakan pendekatan induktif, langkah berikut pula boleh dilaksanakan.1. Guru menggunakan banyak contoh bagi menjelaskan sesuatu konsep dengan lebih jelas.2. Berdasarkan contoh-contoh tersebut guru dan pelajar akan bersama-sama membentuk generalisasi3. Mungkin sebagai pengukuhan guru dan murid akan mengemukakan contoh dan mendorong pelajar mengaplikasikan segala pengetahuan dan kemahiran.

Pendekatan tematikTakrif pendekatan tematik Pembelajaran tematik merupakan suatu pendekatan dalam pembelajaran pembelajaran suatu proses untuk mengaitkan dan memadukan materi ajar dalam suatu mata pelajaran atau antar mata pelajaran dengan semua aspek perkembangan anak, serta kebutuhan dan tuntutan lingkungan social keluarga. ( Udin Saud dkk, 2006 )pendekatan holistik, yang mengkombinasikan aspek epistemology, social, psikologi, dan pendekatan pedagogic untuk mendidik anak, yaitu menghubungkan antara otak dan raga, antara pribadi dan pribadi, antara individu dan komunitas, dan antara domain-domain pengetahuan Wolfinger ( 1994:133 ) mengemukakan dua istilah yang secara teoritis memiliki hubungan yang sangat erat, yaitu integrated curriculum (kurikulum tematik) dan intregated learning (pembelajaran tematik). Kurikulum tematik adalah kurikulum yang menggabungkan sejumlah disiplin ilmu melalui pemaduan isi, ketrampilan, dan sikap.Tujuan pendekatan tematik Startegi lebih berpusatkan kepada pelajar. Dalam hal ini guru perlu mengambil kira minat, tahap kebolehan dan pengalaman kanak-kanak semasa merancang aktiviti. Berpandukan tema, guru dapat mencetuskan idea yang menarik untuk aktiviti yang dirancang Aktiviti yang dilaksanakan dapat melibatkan pelajar secara aktif. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dapat membina kemahiran pelajar-pelajarPrinsip-prinsip pendekatan tematik Tema yang dipilih harus sesuai dengan minat dan kebolehan serta pengalaman pelajar. Tema yang dipilih haruslah ada kaitan dengan kehidupan dan pengalaman murid. Ini kerana murid sudah ada pengalaman hidup sebenar yang ada dengan kaitan tema. Tema mempunyai sikap yang luas dan meliputi pelbagai bidang. Oleh itu guru perlu bijak memlih tema dan aktiviti yang dapat mengembangkan kemahiran kreativiti murid. Sekuen sesuatu tema amat penting agar dapat membantu murid memahami secara keseluruhan dan perkembangan antara idea. Tema harus merangkumi pelbagai bidang atau mata pelajaran lain merentasi tema sedia ada atau proses penggabungjalinan. Konsep bermain sambil belajar sangat ditekankan.

Senarai Rujukan:

Mok S.S. (2008). Psikologi Pendidikan Untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Noriati, A. Rashid, Boon, P.Y. & Sharifah, Fakhirah Syed Ahmad. (2009). Murid dan alam belajar. (Siri Pendidikan Guru). Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Noriati, A. Rashid, Boon, P.Y. & Sharifah, Fakhirah Syed Ahmad. (2012). Murid dan alam belajar. (Siri Pendidikan Guru). Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Poh S.H. (2000). Psikologi Pendidikan & Pedagogi : Murid dan Alam Belajar. Ipoh: Penerbit Multimedia Sdn. Bhd.