EDU_3109....

download EDU_3109....

of 14

Transcript of EDU_3109....

  • 8/13/2019 EDU_3109....

    1/14

  • 8/13/2019 EDU_3109....

    2/14

  • 8/13/2019 EDU_3109....

    3/14

    3

  • 8/13/2019 EDU_3109....

    4/14

    4

    2.0 Pendemokrasian Pendidikan

    Pada semester ini, saya telah menjalani internship di sebuah sekolah di sekitar kawasan

    Kuala Lumpur. Sewaktu saya menjalani internship saya telah mengenalpasti satu isu dan

    cabaran yang dihadapi iaitu pendemokrasian pendidikan. Guru-guru di sekolah tersebut perlu

    menyediakan peluang pendidikan untuk semua tanpa mengira etnik, latar belakang, status

    sosioekonomi dan geografi sekaligus selaras dengan konsep asas pendemokrasian pendidikan.

    Isu ini amat penting kepada seluruh warga pendidikan khususnya peringkat akar umbi iaitu

    sekolah-sekolah. Golongan ini sebenarnya merupakan barisan hadapan di dalam menentukan

    kejayaan pelaksanaa sesuatu rancangan. Dalam konteks pendemokrasian pendidikan, guru-

    guru haruslah sentiasa memahami bahawa kewujudan mereka adalah bukan sekadar mengajar

    tetapi yang utama ialah menyediakan pelauang kepada anak didik mereka untuk menikmati

    pendidikan berkualiti tanpa mengira batas , sosioekonomi, sempadan gerografi ataupun

    perbezaan politik.

    Mengikut Kamus Dewan pendemokrasian bermakna peluang, tindakan atau proses

    manakala pendidikan bermaksud mendidik dengan ilmu pengetahuan. Pendemokrasian

    pendidikan bermaksud memberi peluang-peluang yang sama untuk semua kanak-kanak

    mendapatkan pendidikan. Pendemokrasian pendidikan itu ditegakkan atas beberapa prinsip

    antaranya setiap orang adalah berhak ke atas pendidikan. Pendidikan haruslah boleh dipelajari

    secara bebas, tanpa sebarang sekatan-sekatan yang tertentu atau setidak-tidaknya pada

    peringkat asas dan peringkat dasar. Salah satu aspek pendemokrasian pendidikan di Malaysia

    ialah memberikan peluang seluasnya kepada pelajar untuk mendapat pendidikan tanpa

    mengira kelas sosial, kaum dan juga gender.

    Pendemokrasian pendidikan merupakan salah satu strategi untuk mencapai misi

    pendidikan negara, telah mendedahkan masyarakat Malaysia kepada peluang yang luas bagi

    memperolehi pendidikan pada semua peringkat. Di Malaysia, pendemokrasian pendidikan tidak

    berlaku semasa zaman penjajahan. Anggota-anggota masyarakat tidak mempunyai peluang

    yang sama apabila sekolahsekolah dibezakan mengikut kaum, kelas atau status, kurikulum

    dan lokaliti. Yuran yang dikenakan pada ketika itu juga menyulitkan lagi penduduk miskin.

    Oleh itu orang-orang miskin atau sebahagian besar penduduk Malaysia pada ketika itu telah

    dinafikan hak untuk mendapatkan pendidikan. Sama juga pada zaman sekarang, pendidikan

    seharusnya diberikan secara percuma pada peringkat rendah bagi mengurangkan jurang antara

    bandar dan luar bandar.

  • 8/13/2019 EDU_3109....

    5/14

  • 8/13/2019 EDU_3109....

    6/14

  • 8/13/2019 EDU_3109....

    7/14

  • 8/13/2019 EDU_3109....

    8/14

  • 8/13/2019 EDU_3109....

    9/14

    9

    Guru juga perlu memberi peluang sama rata kepada semua murid untuk mengambil

    bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Aktiviti P&P perlulah dipastikan tidak mempunyai unsur

    bias kepada mana-mana murid bagi memberi peluang kepada setiap murid untuk menerokai

    aktiviti pembelajaran. Kemajuan dan kelemahan setiap murid perlu dicatat dan diambil tindakan

    dengan cara membuat penambahbaikan terhadap mutu P&P selain daripada membimbing

    murid untuk mempertingkatkan prestasi tanpa membezakan antara satu sama lain.

    Guru perlu sentiasa bertindak dalam memastikan ruang pembelajaran murid tidak

    terganggu dengan perbezaan latar belakang, kelas sosial dan kaum masing-masing dengan

    cara tidak membezakan mereka di antara satu sama lain. Contohnya, guru akan memastikan

    murid dari pelbagai latar belakang ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama semasa

    melakukan aktiviti berkumpulan. Hal ini akan memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi

    sesama sendiri secara terbuka seterusnya mewujudkan pergaulan yang tidak berkelompok dan

    tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Suasana pembelajaran yang menyeronokkan akan

    terbentuk dan ini dapat membantu guru untuk mengawal persekitaran bilik darjah dengan

    berkesan.

  • 8/13/2019 EDU_3109....

    10/14

    10

    4.0 Cadangan Penambahbaikan

    Pada masa sekarang, pelbagai idea yang boleh digunakan untuk meningkatkan mutu

    pendidikan di negara kita. Dengan kekurangnya sumber kewangan, guru seharusnya kreatif

    dalam meningkatkan mutu pendidikan negara kita dengan mereka alat ganti khususnya bagi

    menggantikan alat-alat yang tidak terdapat di sekolah masing-masing. Guru perlu memikirkan

    lebih jauh ke hadapan bagi mengatasi masalah ini. Walaupun di sekolah sudah terdapat

    pelbagai prasarana dan infrastruktur, guru juga perlu meningkatkan kualiti dengan menghadiri

    kursus mengenai ICT dan sebagainya. Ia akan membantu guru dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran seterusnya murid-murid tidak tertinggal dengan dunia yang sebra canggih ini.

    Malahan guru juga perlu sentiasa kemaskini atau selidik murid-murid yang perlu

    diberikan bantuan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) bagi mengelakkan tercicirnya murid-murid

    yang miskin. Ini dapat mengurangkan jurang antara murid-murid yang miskin dan berkebolehan.

    Bahkan dari segi Rancangan Makanan Tambahan, guru perlu peka dan sentiasa mengambil

    berat terhadap setiap murid-murid yang memerlukannya. Ini dapat mengelakkan murid-murid

    daripada kelaparan dan sebagainya. Guru perlu mengemaskini setiap bulan data mengenai

    murid-murid yang memerlukan kerana kadang-kadang murid di sesetengah sekolah tercicir

    dalam mengamil bantuan.

    Di dalam kelas juga guru perlu mencampurkan murid-murid supaya bergaul dan tidak

    berpuak-puak mengikut kaum. Selain itu juga murid-murid yang pandai juga perlu diletakkan

    sekali dengan murid-murid yang kurang pandai untuk mereka bergerak maju ke hadapan sekali

    bagi mengurangkan jurang sesama mereka. Bahkan bukan itu sahaja, saya mencadangkan

    kerajaan melalui Kementerian Pendidikan perlu memantau sekolah luar bandar dan

    pendalaman dari masa ke semasa bagi menjamin pendemokrasian Pendidikan di Malaysia

    berjalan dengan lancar. Kemudahan pendidikan diantara kawasan maju dan mundur

    seharusnya tiada jurang yang ketara. Ini merujuk terutamanya kepada mutu persekitaran

    sekolah, alat kelengkapan dan guru di kawasan-kawasan kampung, ladang-ladang, setinggan,

    pendalaman( Orang Asli) dan seterusnya.

  • 8/13/2019 EDU_3109....

    11/14

  • 8/13/2019 EDU_3109....

    12/14

  • 8/13/2019 EDU_3109....

    13/14

    13

    6.0 Rujukan

    Amir Hasan Dawi, 1999, Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Quantum Books,

    Tanjung Malim.

    Hussein Hj. Ahmad, 1993, Pendidikan dan Masyarakat, Dewan Bahasa dan Pustaka,

    Kuala Lumpur.

    Omar Mohd Hashim, 1999, Pengisian Misi Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka,

    Kuala Lumpur.

    Omar Mohd Hashim, 1993, Pendidikan- Persoalan, Penyelesaian dan Harapan, Dewan

    Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

    Suffean Hussin, 1996, Pendidikan Di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah, Dewan

    Bahasa dan Pustaka.

    Kamus Dewan, Edisi ketiga, 1996, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

  • 8/13/2019 EDU_3109....

    14/14

    14