eksport pertanian

18
Reprint from The Malaysian Journal of Agricultural Economics 12 (1998): pp. 59 - 74 ANALISIS SYER PASARAN MALAR EKSPORT KOMODITI PERTANIAN:PENGANGGARAN SEMULA KUSAIRI MOHD. NOH DAN FATIMAH MOHD. ARSHAD 1 Key words: Constant market share, export gain/loss and trade ABSTRAK Kertas kerja ini bertujuan untuk menganggar semula kiraan syer pasaran malar (SPM) yang digunakan untuk menerangkan pertumbuhan eksport beberapa komoditi pertanian terpilih di Malaysia dengan mengambilkira cadangan dan pembaharuan yang diutarakan oleh beberapa penyelidik. Kajian telah menganggar semula kiraan SPM dan melakukan analisis sensitiviti keatasnya dan menggunakan pendekatan baru keatas penelitian pertumbuhan eksport seperti yang dicadangkan oleh Fagerberg dan Sollie. Penemuan kajian menyarankan pertama, analisis sensitivi menghasilkan kiraan SPM yang berbeza dari segi tanda angka (positif/negatif), magnitud dan agihan komposisi kesan-kesan yang telah diasingkan. Kajian juga mendapati pendekatan Fagerberg and Sollie menampilkan pola penemuan yang sama - tanda angka, magnitud dan agihan kesan-kesan yang diasingkan adalah berbeza daripada yang dihasilkan oleh kiraan kaedah Richardson. ABSTRACT This paper aims at reestimating the constant market share (CMS) analysis used in explaining the export growth of selected agricultural exports of Malaysia taking into account suggestions and improvements provided by various researchers on the technique. The study reestimates the CMS calculations and applies the sensitivity analysis and adopts the new method of analysis provided by Fagerberg and Sollie. The study suggests that the sensitivity analysis yields different results with respect to the sign (positive/negative), magnitude and distribution of the decomposed effects. The Fagerberg and Sollie method also provides 1 Pensyarah di Jabatan Ekonomi Sumber Asli dan Ekonomi Pertanian, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Pertanian Malaysia, Serdang, 43400, Selangor, Malaysia.

description

analisis kepada eksport pertanian negara

Transcript of eksport pertanian

Page 1: eksport pertanian

Reprint from The Malaysian Journal of Agricultural Economics 12 (1998): pp. 59 - 74

ANALISIS SYER PASARAN MALAR EKSPORT KOMODITIPERTANIAN:PENGANGGARAN SEMULA

KUSAIRI MOHD. NOH DAN FATIMAH MOHD. ARSHAD1

Key words: Constant market share, export gain/loss and trade

ABSTRAK

Kertas kerja ini bertujuan untuk menganggar semula kiraan syer pasaranmalar (SPM) yang digunakan untuk menerangkan pertumbuhan eksportbeberapa komoditi pertanian terpilih di Malaysia dengan mengambilkiracadangan dan pembaharuan yang diutarakan oleh beberapa penyelidik.Kajian telah menganggar semula kiraan SPM dan melakukan analisissensitiviti keatasnya dan menggunakan pendekatan baru keatas penelitianpertumbuhan eksport seperti yang dicadangkan oleh Fagerberg danSollie. Penemuan kajian menyarankan pertama, analisis sensitivimenghasilkan kiraan SPM yang berbeza dari segi tanda angka(positif/negatif), magnitud dan agihan komposisi kesan-kesan yang telahdiasingkan. Kajian juga mendapati pendekatan Fagerberg and Solliemenampilkan pola penemuan yang sama - tanda angka, magnitud danagihan kesan-kesan yang diasingkan adalah berbeza daripada yangdihasilkan oleh kiraan kaedah Richardson.

ABSTRACT

This paper aims at reestimating the constant market share (CMS)analysis used in explaining the export growth of selected agriculturalexports of Malaysia taking into account suggestions and improvementsprovided by various researchers on the technique. The study reestimatesthe CMS calculations and applies the sensitivity analysis and adopts thenew method of analysis provided by Fagerberg and Sollie. The studysuggests that the sensitivity analysis yields different results with respectto the sign (positive/negative), magnitude and distribution of thedecomposed effects. The Fagerberg and Sollie method also provides

1 Pensyarah di Jabatan Ekonomi Sumber Asli dan Ekonomi Pertanian, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti PertanianMalaysia, Serdang, 43400, Selangor, Malaysia.

Page 2: eksport pertanian

2

similar findings: the sign, magnitude and distribution of the decomposedeffects differ from those calculated using Richardson method.

Pengenalan

Kaedah mudah syer pasaran malar (SPM) adalah kaedah yang sering digunakan dalam

penyelidikan keatas prestasi eksport sesuatu negara. Kaedah ini dikatakan dapat mengenalpasti

secara umum faktor utama yang menerangkan pertambahan atau pengurangan sesuatu eksport

negara, baik dari segi kuantiti mahupun nilai wang. Secara am model ini menyarankan prestasi

eksport dapat dibahagikan kepada tiga faktor utama: kesan saiz pasaran, kesan pengagihan atau

campuran komoditi, dan daya saing pengeksport. Sehingga kini, beberapa kajian tempatan

mengenai prestasi pertumbuhan eksport negara telah dilaksanakan menggunakan kaedah ini.

Kajian ini termasuk Fatimah dan Roslan, 1989 ( eksport getah, minyak kelapa sawit, koko dan

lada hitam), Muhammad dan Habibah, 1991 (eksport getah dikalangan negara ASEAN),

Muhammad et al., 1992 (minyak kelapa sawit), Fatimah et al., 1995 (minyak kelapa sawit

mentah dan proses), Mad Nasir et al., 1995 (beberapa keluaran koko) dan Chiew et al., 1995

(bunga).

Semenjak ia diperkenalkan kaedah yang dipelopori oleh Tyszynski (1951) telah menerima

kritikan, penilaian dan juga pembaharuan daripada beberapa penulis. Sebagai contoh

Richardson (1971) telah mengutarakan beberapa isu metodologi yang perlu diperhalusi sebelum

mengaplikasi keadah SPM ini. Fagerberg dan Sollie (1987) pula telah berjaya memperbaiki

kaedah ini dengan memperkenalkan dua lagi faktor pengaruh selain tiga yang telah dibicarakan

sebelum ini.

Kertas kerja ini bertujuan untuk meneliti semula beberapa anggaran syer pasaran malar

yang dilakukan keatas eksport komoditi pertanian diatas dengan mengambilkira beberapa

Page 3: eksport pertanian

3

cadangan dan pembaharuan yang diutarakan oleh beberapa penyelidik. Penelitian semula ini

dijangka akan dapat mengenalpasti kekuatan/kelemahan dan ketepatan kaedah ini menerangkan

pertumbuhan eksport negara dibandingkan dengan pendekatan baru yang diperkenalkan.

Kertas kerja ini dilakarkan seperti berikut. Ulasan ringkas mengenai kaedah syer pasaran

malar iaitu kritikan dan pembaharuan dibincangkan dalam bahagian seterusnya. Ini dituruti oleh

perbincangan ringkas mengenai kaedah yang telah digunakan untuk kajian ini. Perenggan yang

seterusnya membicarakan penemuan kajian dan rumusan kajian mengakhiri kertas kerja ini.

Metodologi

Kaedah pertama SPM yang diperkenalkan oleh Tyszynski (1951) menghujahkan bahawa

syer eksport sesuatu negara adalah berfungsi terus kepada daya saing relatif negara tersebut.

Persamaan hujah ini dapat dirumuskan seperti berikut2

s ≡ q/Q = f (c/C) f ' ( . ) > 0 (1)

dengan s = syer eksport dunia bagi negara

q, Q = jumlah eksport negara dan dunia

c, C = ‘daya saing’ negara dan dunia

Menyusun semula persamaan ini dan membezakannya terhadap masa, Richardson (1971)

mendapati yang berikut

& & &

& &

q sQ Qs

sQ QfcC

= +

= + ′

(2)

Merujuk kepada persamaan di atas pertumbuhan eksport negara ( &q ) boleh dikaitkan dengan

kesan pertumbuhan eksport dunia (s &Q ) dan kesan persaingan (Q &s ). Kesan pertumbuhan

eksport bermaksud kesan keatas pertumbuhan eksport negara jika negara tersebut masih terus

mempertahankan syer pasaran yang sama. Kesan persaingan pula menunjukkan perubahan

2 Eksposisi ini berdasarkan Richardson (1971).

Page 4: eksport pertanian

4

eksport akibat daripada perubahan dalam persaingan relatif yang mempengaruhi perubahan syer

pasaran dunia oleh negara berkenaan.

Dalam kerangka eksport yang mengandungi pelbagai komoditi dan pelbagai destinasi

pasaran, prestasi eksport mungkin juga dipengaruhi oleh struktur eksport, walaupun darjah

persaingan negara tidak berubah. Contoh yang ketara ialah apabila sesuatu negara mengeksport

komoditi yang menampilkan kadar pertumbuhan yang tinggi ataupun menumpukan eksport

kepada pasaran yang pesat bertumbuh. Kedua-dua situasi ini akan memberi kesan kepada q.

Mengambilkira faktor komoditi dan destinasi eksport maka persamaan syer eksport bagi negara

adalah seperti berikut:

sij = qQ

ij

ij(3)

di mana subskrip i merujuk kepada komoditi tertentu dan subskrip j merujuk kepada negara

pengimport tertentu. Seterusnya jumlah pertumbuhan eksport dapat diterangkan sebagai

&q ≡≡ ∑i ∑j sij&Q ij + ∑i ∑j Q ij &sij (4)

Kesan struktur pasaran ke atas pertumbuhan eksport dapat diterbitkan daripada

persamaan ini. Mengembangkan persamaan (4) kita dapati

&q= s &Q + [ ∑ i si &Q i - s &Q ] + [∑i ∑j sij &Q ij - ∑ i si

&Q i ]

+ ∑i ∑j Q ij &sij (5)

Persamaan (5) menyatakan pertumbuhan eksport negara dipengaruhi oleh pertumbuhan

semua eksport dunia (s &Q ), perubahan penumpuan eksport negara kepada komoditi (kurungan

pertama) dan pasaran (kurungan kedua) yang bertambah pesat, dan perubahan persaingan

relatif (sebutan terakhir). Perhatikan perubahan penumpuan komoditi dan pasaran tidak bererti

Page 5: eksport pertanian

5

perubahan struktur sebenar eksport negara. Apabila sesebuah negara menumpu kepada

eksport komoditi yang bertumbuh dengan pesat maka kesan pertama akan menjadi positif.

Apabila negara menumpukan eksport kepada pasaran negara destinasi yang sedang pesat

bertumbuh kesannya adalah positif.

Kelemahan nyata kaedah ini adalah pengabaian perincian faktor yang dikategorikan

sebagai faktor “persaingan”. Secara umumnya daya saing biasanya diukur dengan meneliti

harga relatif. Bagaimanapun, selain harga relatif, persaingan relatif adalah berkaitan dengan

peningkatan mutu produk dan perkhidmatan, perubahan polisi perdagangan, dan sebagainya.

Kesemua faktor tambahan ini tidak diambil kira dalam analisis SPM.

Sehubungan dengan masalah pengertian persaingan relatif ini adalah ukuran syer pasaran

yang wajar digunakan. Dari segi pertalian langsung diantara syer dan persaingan, ukuran kuantiti

adalah lebih wajar. Tidak ada keraguan diantara peningkatan kuantiti eksport dan peningkatan

persaingan. Bagaimanapun maklumat kuantiti kadangkala sukar didapati dan bagi kes pelbagai

komoditi, agregat jumlah eksport negara lebih bermakna jika syer nilai eksport digunakan.

Kerumitan timbul dengan penggunaan syer nilai eksport kerana pengurangan syer nilai eksport

mungkin berkurangan dengan pengurangan harga relatif, yang ditafsirkan sebagai peningkatan

persaingan. Kesan komoditi, syer komoditi dalam eksport, juga mungkin disalahtafsirkan kerana

ia mungkin dipengaruhi perubahan harga komoditi. Begitu juga dengan kesan pasaran, syer

pasaran yang meningkat mungkin disebabkan oleh peningkatan harga dalam pasaran berkenaan.

Kerumitan berkaitan kesan pasaran juga timbul kerana syer pasaran mungkin dipengaruhi oleh

anjakan permintaan yang tidak berkaitan dengan harga dalam pasaran berkenaan. Ini lebih

bererti jika komoditi berkenaan adalah homogen, yakni tidak ada perbezaan komoditi mengikut

negara pengeksport.

Satu lagi kerumitan adalah berhubung istilah ‘dunia’ yang digunakan, eksport dunia (Q) dan

persaingan dunia (C). Kajian SPM adalah berkaitan persaingan dan persaingan seharusnya

Page 6: eksport pertanian

6

merujuk kepada kumpulan pengeksport tertentu. Sebagai contoh kedudukan Malaysia

berbanding negara ASEAN, negara-negara yang agak sama, adalah lebih bererti daripada

perbandingan Malaysia dengan pasaran dunia keseluruhannya. Persaingan negara-negara

ASEAN sebagai satu kelompok mungkin lebih wajar dibandingkan dengan pengeksport-

pengeksport lain dunia. Adalah jelas pemilihan atau asas kelompok komoditi dan pasaran

mempengaruhi keputusan analisis SPM.

Kajian Richardson (1971) menunjukkan pengagregatan komoditi arbitrari menghasilkan

pelbagai keputusan yang bukan sahaja berbeza tetapi bertentangan dari segi tandanya. Selain

masalah interpretasi/peristilahan kajian SPM juga mempunyai kerumitan berhubung pelaksanaan

pengiraan. Pertama adalah berkaitan turutan pengiraan. Dalam persamaan (5), kesan komoditi

dikira oleh [∑i si &Q i - s &Q ] dan kesan pasaran oleh [∑i ∑j sij &Q ij - ∑i si

&Q i]. Ini

diperolehi dengan mengembangkan persamaan (4) menggunakan tambahan ∑i si &Q i (dan s &Q ).

Persamaan (4) dapat juga dikembangkan menggunakan ∑j s j &Q j (dan s &Q ). Ini akan

menerbitkan kesan komoditi (∑j s j &Q j - s &Q ) dan kesan pasaran (∑i ∑j sij &Q ij - ∑j s j &Q j ).

Rumusan mana yang digunakan mungkin mempengaruhi keputusan yang diperolehi.

Masalah pengiraan kedua adalah berhubung keperluan menggunakan data diskret dalam

pelaksanaan SPM. Persamaan (2) adalah dalam bentuk masa selanjar manakala data yang

terdapat adalah dalam bentuk diskret. Menggunakan data diskret persamaan (2) dapat

dianggarkan seperti berikut :

∆q = [αso+(1- α) s1 ] ∆Q + [(1 - α) Qo + αQ1 ] ∆s, atau (6a)

∆q = so ∆Q + Qo ∆s + ∆s∆Q (6b)

Persamaan-persamaan diatas sudah tentu akan memberi kiraan SPM yang berbeza.

Masalah ini diistilah sebagai masalah nombor indeks. Kebiasaannya, penyelidik akan memiliki

data permerhatian untuk jangkawaktu tertentu. Dalam pengiraan SPM, penyelidik biasanya

mengambil nilai awalan bagi sesuatu pembolehubah. Identiti yang sering digunakan adalah

Page 7: eksport pertanian

7

persamaan (6b) diatas. Perhatikan nilai awalan so dan Qo yang digunakan. Mengikut

Richardson, andaian ini terbuka kepada pertikaian seterusnya, iaitu nilai s dan Q akan berubah

mengikut masa. Maka adalah lebih baik jika identiti tersebut menggunakan atau mencuba

pelbagai wajaran. Richardson mencadangkan agar satu set persamaan alternatif juga dikira

dengan mengubah nilai s dan Q dalam persamaan (6b) seperti yang berikut:

∆q = s1 ∆Q + Q1 ∆s + ∆s∆Q (6c)

Pendekatan Fagerberg dan Sollie3

Kaedah SPM telah diteliti semula oleh Fagerberg dan Sollie (1987). Mereka telah berjaya

mengemukakan pendekatan baru yang dapat mengatasi kelemahan-kelemahan yang didapati

dalam kaedah SPM sebelumnya. Selain mengatasi masalah nombor indeks seperti yang

diterangkan diatas (mereka menggunakan kaedah Laspeyres), mereka telah berjaya

memecahkan kesan ralat, yang ditakrifkan sebagai kesan persaingan, kepada dua komponen

lagi iaitu kesan ubahsuai komoditi dan ubahsuai pasaran.

Sebelum kaedah Fagerberg dan Sollie dapat dijelaskan kita perlu membincangkan

beberapa simbol yang telah digunakan oleh mereka. Menggunakan Xikl untuk mewakili eksport

komoditi i oleh negara k ke negara (pasaran) l, dan Bil mewakili jumlah import komoditi i

oleh negara l, syer negara k dalam import negara l bagi komoditi i dapat ditulis seperti berikut :

aikl = Xi

kl / Bil (7)

Ini dirujuk sebagai syer mikro negara k dalam import negara l bagi komoditi berkenaan. Jika

∑Xikl adalah jumlah semua eksport negara k ke negara l dan ∑Bi

l adalah jumlah semua import

oleh negara l, syer negara k dalam semua import negara l dapat ditulis seperti berikut :

Mkl = ∑Xikl / ∑Bi

l (8)

Ini dirujuk sebagai syer makro negara k dalam import negara l. Seterusnya syer komoditi i

dalam jumlah import negara l dapat ditulis :

bil = Bi

l / ∑Bil (9)

Perhatikan syer makro negara k dalam import negara l dapat dikira seperti berikut :

Page 8: eksport pertanian

8

Mkl = ( aikl,.......,an

kl) (bi1,.......,bn

1) ´

= aikl b1 (10)

Perubahan syer makro diantara dua tempoh (0 dan t) dapat ditulis seperti berikut :

∆Mkl = Mtkl - Mo

kl (11)

Menggunakan algebra matriks, Fagerberg dan Sollie menerbitkan persamaan umum pengiraan

SPM seperti berikut :4

∆ M kl = ∆ M akl + ∆ M b

kl + ∆ M abkl (12)

di mana

∆ M akl = ( at

kl - aot )

∆ M bkl = ao

kl (bt1 - bo

1 )

∆ M abkl = ( at

kl - aot ) (bt

1 - bo1 )

Persamaan (12) sebenarnya adalah kiraan umum SPM. ∆ M akl adalah kesan perubahan

dalam syer mikro negara ataupun mengikut istilah umum SPM ia dikenali sebagai kesan syer

pasaran. ∆ M bkl pula adalah kesan komposisi komoditi. ∆ M ab

kl adalah ralat yang dianggap

sebagai kesan persaingan. Daripada kiraan Fagerberg dan Sollie, ∆ M abkl dapat dibahagikan

kepada ukuran taburan perubahan syer mikro dan ukuran perubahan syer komoditi. Oleh itu ia

boleh dianggap sebagai mengukur sejauhmanakah sesuatu negara berjaya mengubahsuai

komposisi eksport kepada perubahan komposisi komoditi dalam pasaran. Kesan ini dipanggil

oleh Fagerberg dan Sollie sebagai kesan adaptasi komoditi.

Perbincangan di atas hanya merujuk kepada satu negara pengimport. Apabila Fagerberg

dan Sollie meluaskan perkiraan mengambil kira kes pelbagai pasaran (iaitu kes pelbagai

komoditi/ pelbagai pasaran) mereka dapat menerbitkan dua kesan tambahan iaitu kesan

komposisi pasaran dan kesan adaptasi pasaran. Bagi kes pelbagai pasaran ini kita memerlukan

takrifan berikut:

3 Bahagian ini adalah berasaskan Fageberg and Sollie (1987).4 Sila lihat Fageberg and Sollie (1987) untuk pruf bagi penerbitan persamaan ini.

Page 9: eksport pertanian

9

Mk = ∑l∑i Xikl / ∑l∑i Bi

l

Cl = ∑i Bil / ∑l∑i Bi

l

M k adalah syer jumlah import dunia yang diperolehi negara pengeksport k manakala Cl adalah

syer jumlah import dunia oleh negara pengimport l.

Fagerberg dan Sollie menunjukkan syer jumlah import dunia oleh negara pengeksport k

adalah hasil tambah syer makro (M) dan syer negara pengimport dalam jumlah import dunia:

Mk = mk c

di mana mk = (Mk - Mks) dengan s jumlah bilangan negara, c = (C1 ....Cs) seperti di atas : ∆Mk

= Mtk - Mo

k

Fagerberg dan Sollie menerbit tiga kesan daripada perubahan syer jumlah import dunia

oleh negara pengeksport :

∆Mk = ∆mmk + ∆mc

k + ∆ mmck (13)

dimana

∆Mmk = (mt

k - mok) co

∆Mck = mo

k (ct - co )

∆ Mmck = (mt

k - mok ) (ct - co )

Kesan pertama adalah perubahan syer makro dengan wajaran syer negara bagi tempoh

awal. Kesan kedua adalah perubahan syer negara dengan wajaran syer makro bagi tempoh

awal. Kesan kedua ini mengira kesan syer pasaran dunia oleh negara keatas komposisi pasaran.

Oleh itu kesan ini diberi nama kesan komposisi pasaran. Kesan ketiga adalah kesan adaptasi

pasaran, yang mengukur sejauh mana negara pengeksport mengubahsuai eksportnya mengikut

perubahan komposisi import dunia. Fagerberg dan Sollie seterusnya membahagi ∆ M mk kepada

tiga kesan :

Page 10: eksport pertanian

10

∆ M mk = ∆ M a

k + ∆ M bk + ∆ M ab

k (14)

( )( )

( )( )

M a a b c

M a b b c

M a a b b c

ak

tkl

okl

lol

ol

bk

okl

tl

ol

ol

abk

tkl

okl

tl

ol

ol

= −

= −

= − −

∑∑

Menggantikan persamaan (14) ke dalam persamaan (13) kita dapat

∆ M k = ∆ M ak + ∆ M b

k + ∆ M abk + ∆ M c

k + ∆ M mck (15)

Persamaan terakhir ini membahagikan perubahan syer jumlah import dunia bagi negara k

kepada lima kesan: ∆ M ak , kesan syer pasaran; ∆ M b

k , kesan komposisi komoditi; ∆ M ck ,

kesan komposisi pasaran; ∆ M abk , kesan adaptasi komoditi, dan; ∆ M mc

k , kesan adaptasi

pasaran.

Perhatikan kaedah Fagerberg dan Sollie dapat membahagikan perubahan syer negara

kepada lima berbanding tiga bahagian mengikut analisis SPM sebelumnya. Seterusnya kaedah

ini telah menggunakan pendekatan Laspeyres bagi semua kiraan perubahan tersebut.

Data

Kajian ini meneliti semula data dan analisis keatas beberapa eksport pertanian terpilih yang

telah dilakukan oleh penulis-penulis sebelum ini seperti kelapa sawit (Fatimah, 1995), getah

(Muhammad dan Habibah, 1993), lada hitam (Fatimah dan Roslan, 1988) koko (Mad Nasir et

al., 1995), dan bunga (Chiew et al., 1995). Fatimah menggunakan data eksport kelapa sawit

Malaysia dalam sebutan tan yang dipetik daripada Jabatan Statistik Malaysia bagi tahun 1981-

93. Import dunia keatas kelapa sawit disumberkan daripada International Trade Statistic

Yearbook terbitan United Nations. Data getah yang dikaji oleh Muhammad dan Habibah

adalah dalam sebutan tan juga yang disumberkan daripada beberapa laporan statistik MRRDB

dan IRSG dan juga International Financial Statistics. Mereka menggunakan eksport getah

negara ASEAN terpilih bagi tahun 1976, 1980, 1981, 1985, 1986 dan 1990. Mad Nasir et al.

Page 11: eksport pertanian

11

pula menggunakan data nilai eksport keluaran koko dalam sebutan US$ yang dipetik daripada

Statistik Komoditi, Kementrian Perusahaan Utama Malaysia. Nilai Import dunia keatas koko

disumberkan daripada ICCO dan daripada laporan Quaterly Bulletin of Cocoa Statistics bagi

tahun 1981 - 93. Chiew et al. pula menggunakan data nilai eksport bunga (dalam sebutan US$)

bagi tahun 1985-92 yang disumberkan daripada Statistik Perdagangan Tahunan, Jabatan

Statistik Malaysia. Nilai import dunia dipetik daripada International Floriculture Quarterly

Report. Bagi data lada hitam, Fatimah dan Roslan menggunakan data daripada Statistik

Perdagangan Tahunan, Jabatan Statistik Malaysia dan Trade Yearbook, FAO, dalam sebutan

tan metrik untuk tahun-tahun 1971-85.

Berasaskan data diatas, analisis yang dibuat adalah seperti berikut. Pertama, mengira

semula anggaran SPM ke atas eksport komoditi pertanian terpilih menggunakan kaedah

Richardson sebagaimana yang dilakukan oleh penulis-penulis asal berasaskan data yang

dilaporkan mereka. Penulis - penulis ini telah meneliti SPM bagi setiap komoditi secara

berasingan, iaitu kes satu komoditi pelbagai pasaran. Kedua, melakukan analisis sensitiviti ke

atas data tersebut - iaitu membandingkan keputusan kiraan apabila wajaran awal dan akhir

digunakan (penulis-penulis yang dirujukkan tidak melaporkan ujian ini) (persamaan 6c). Ketiga,

untuk komoditi minyak kelapa sawit dan koko yang masing-masing terdiri daripada dua dan

empat jenis keluaran, kajian telah menggabungkan keluaran-keluaran mengikut kategori iaitu

koko dan kelapa sawit dan analisis SPM kes satu komoditi pelbagai pasaran dikira keatas

komoditi ini. Keempat, untuk melihat jenis keluaran manakah dalam satu kategori barangan

yang mempengaruhi prestasi komoditi agregat, maka keluaran-keluaran koko dan minyak

kelapa sawit dikira sebagai kes pelbagai komoditi yang dieksport ke pelbagai pasaran. Cara ini

akan menghasilkan kiraan kesan komoditi keatas pertambahan/pengurangan eksport sesuatu

barangan. Ia juga bertujuan untuk memudahkan perbandingan penemuan kaedah Richardson

dengan kaedah Fagerberg dan Sollie. Kelima, menggunakan data yang sama, kajian telah

mengaplikasikan kaedah Fageberg dan Sollie keatas semua kategori komoditi yang

dikenalpasti, merangkumi kes satu komoditi/pelbagai pasaran dan kes pelbagai

komoditi/pelbagai pasaran.

Page 12: eksport pertanian

12

Keputusan dan Perbincangan

Kiraan semula SPM keatas komoditi secara berasingan (iaitu kes satu komoditi/pelbagai

pasaran) menggunakan kaedah Richardson dengan wajaran awal menampilkan keputusan yang

sama seperti yang dikira oleh penulis-penulis asal yang disebutkan tadi. Namun apabila analisis

sensitiviti diaplikasikan, nyata ia menghasilkan penemuan yang berbeza.

Perbezaan pertama yang diperhatikan adalah perbezaan tanda (positif/negatif) bagi angka

kesan-kesan yang dianggarkan. Daripada 28 kes yang dikaji (Jadual 1), hanya 12 set

persamaan yang menampilkan tanda angka yang serupa bagi semua kesan pasaran. Kes-kes ini

termasuk getah (semua jangka waktu), biji koko, koko mentega, keluaran cokelat, keluaran

koko sebagai satu komoditi dan sebagai 4 komoditi (semua untuk jangka waktu ke2), lada

hitam (jangka waktu pertama) dan bunga. Iaitu hampir separuh 28 kes yang dikaji menghasilkan

tanda angka yang konsisten apabila wajaran awal dan akhir digunakan keatas persamaan yang

dipilih (6b dan 6c).

Jika diteliti pula taburan perbezaan tanda mengikut kesan-kesan secara berasingan, nyata

kesan agihan menampakkan kes perbezaan tanda yang paling banyak iaitu sejumlah 10 kes.

Sejumlah 6 daripadanya adalah kes persamaan kelapa sawit. Persamaan-persamaan kelapa

sawit dan getah menunjukkan konsistensi daripada segi tanda angka bagi semua kes. Sebanyak

4 persamaan koko menampilkan tanda angka yang tidak konsisten. Bagi kesan persaingan pula,

6 kes kelainan tanda diperhatikan, 5 kes bagi persamaan koko dan satu daripada persamaan

kelapa sawit mentah. Untuk kesan komoditi pula (bagi kes pelbagai komoditi/pelbagai pasaran),

dua daripada 4 kes yang dianggar menunjukkan kelainan dalam tanda angka. Secara

keseluruhan, lebih daripada separuh (16 kes) daripada 28 kes yang dikaji menampilkan

kelainan dalam tanda angka kesan-kesan yang dianggarkan.

Page 13: eksport pertanian

13

Page 14: eksport pertanian

14

Kedua, keputusan kajian mencatatkan perbezaan magnitud angka kesan-kesan yang

dianggarkan. Bagi kesemua kesan-kesan, sejumlah 34 (atau 40%) daripada keseluruhan 84

kesan menunjukkan perbezaan angka kurang daripada 25%. 12 kes menampilkan perbezaan

antara 25-50%, 9 kes untuk perbezaan 50-75% dan sejumlah 29 kes untuk perbezaan lebih

daripada 75%. Daripada empat jenis kesan yang dikaji, kesan agihan merekodkan kes

perbezaan magnitud yang terbanyak, iaitu 15 kes mencatatkan perbezaan lebih daripada 75%.

Kesan pasaran tidak mencatatkan perbezaan magnitud angka yang ketara kerana 18 kes

merekodkan perbezaan yang kurang daripada 25%. Kesemua persamaan untuk kesan pasaran

bagi keluaran kelapa sawit mencatatkan perbezaan yang kecil antara 2-25%. Pola yang sama

diperhatikan untuk komoditi getah dan lada hitam. Komoditi lain walau bagaimanapun

menunjukkan perbezaan yang bercampur-campur.

Ketiga, bagi persaman-persamaan yang menghasilkan tanda angka-angka yang konsisten

bagi semua kesan, pola agihan kesan tidak menunjukkan magnitud angka yang sama.

Contohnya, bagi persamaan getah untuk jangka waktu pertama, angka kesan pasaran dibawah

kiraan wajaran awal adalah -117% berbanding dengan -109% apabila wajaran akhir

digunakan. Begitu juga diperhatikan untuk kesan agihan pasaran, persamaan berwajaran awal

mencatatkan angka 74% berbanding dengan 38% bagi persamaan berwajaran akhir. Angka

bagi kesan persaingan pula, masing-masing adalah 143% dan 171%. Pola yang sama

diperhatikan untuk kes komoditi yang lain seperti koko, lada hitam dan bunga.

Jadual 2 menyenaraikan keputusan anggaran SPM berdasarkan persamaan Fagerberg dan

Sollie bagi kes satu komoditi/pelbagai pasaran. Untuk tujuan perbandingan antara keputusan

SPM menggunakan kaedah Richardson dan Fagerberg dan Sollie, hanya keputusan kaedah

Richardson berwajaran awal sahaja akan digunakan. Ini kerana kebanyakan penyelidikan

menggunakan wajaran awal dalam anggaran mereka. Seperti penemuan analisis sensitiviti

kaedah Richardson sebelum ini, perbandingan antara kedua kaedah ini menyarankan penemuan

yang hampir serupa. Yang pertama adalah kelainan

Page 15: eksport pertanian

15

tanda angka kesan-kesan yang dianggarkan. Daripada 24 persamaan yang dianggarkan, hanya

4 persamaan yang mencatatkan tanda angka yang sama bagi ketiga-tiga kesan - kesan syer

pasaran, kesan komposisi pasaran dan kesan ubahsuai pasaran. Kes-kes ini adalah minyak

Page 16: eksport pertanian

16

kelapa sawit mentah, kedua minyak kelapa sawit sebagai satu komoditi getah, koko mentega

dan keluaran koko sebagai satu komoditi (masing-masing dalam jangka waktu ke2).

Jika diteliti setiap kesan berasingan, bilangan kes kelainan tanda bagi kesan agihan

(dibawah Richardson ) dan kesan komposisi pasaran mencatatkan bilangan yang tertinggi iaitu

sejumlah 14 kes, berbanding dengan kesan pasaran (dibawah Richardson ) atau kesan syer

pasaran (dibawah Fagerberg dan Sollie ) sejumlah 5 kes dan 11 kes untuk kesan persaingan

(dibawah Richardson ) atau ubahsuai pasaran (mengikut Fagerberg dan Sollie ). Daripada 6

persamaan Fagerberg dan Sollie yang dikira untuk kelapa sawit kes minyak kelapa sawit

mentah merekodkan kelainan tanda angka. Hanya satu daripada 4 persamaan getah

menunjukkan kelainan tanda, satu persamaan untuk biji koko dan koko liqour (masing-masing

dalam jangka waktu ke2). Bagi kesan agihan pasaran/komposisi pasaran hampir semua

komoditi menampilkan kelainan tanda. Pola yang sama diperhatikan untuk kesan

persaingan/ubahsuai pasaran.

Dalam kes persamaan yang mencatatkan tanda angka yang sama bagi ketiga kesan, wujud

perbezaan agihan kesan-kesan tersebut daripada segi magnitud angka-angka. Contohnya dalam

kes minyak kelapa sawit proses (jangka waktu ke2), kesan pasaran (kiraan Richardson) adalah

77% berbanding 85% (kiraan Fagerberg dan Sollie ), -16% untuk kesan agihan/komposisi

pasaran (kiraan Richardson ) vs -119% (kiraan Fagerberg dan Sollie ) dan kesan

persaingan/ubahsuai pasaran 39% (kiraan Richardson ) vs 86% (kiraan Fagerberg dan Sollie ).

Perkara yang sama diperhatikan dalam kes getah, tanda angka yang konsisten tetapi magnitud

angka nyata berbeza.

Jadual 3 memaparkan keputusan analisis SPM menggunakan kaedah Fagerberg dan Sollie

bagi kes pelbagai komoditi/pelbagai pasaran dan perbandingannya dengan keputusan

menggunakan kaedah Richardson . Penelitian perbandingan keputusan kedua - dua kaedah

menyarankan rumusan yang sama seperti sebelum ini. Tidak ada persamaan yang menampilkan

tanda angka yang konsisten bagi semua kesan-kesan. Kedua jika

Page 17: eksport pertanian

17

diasingkan setiap kesan, juga terdapat kelainan tanda. Begitu juga magnitud setiap kesan

dibawah kiraan Richardson dan Fagerberg dan Sollie juga berbeza dengan ketara.

Rumusan

Perbicangan diatas nyata menyarankan bahawa kaedah SPM mengikut kerangka

Richardson akan memberi penemuan yang berbeza apabila kita menggunakan wajaran yang

berbeza - iaitu awalan dan akhiran. Kelainan keputusan diperhatikan daripada beberapa aspek

seperti: tanda angka, magnitud dan agihan kesan-kesan yang telah dikenalpasti. Keputusan

SPM kiraan kaedah Richardson juga berbeza dengan keputusan kiraan kaedah Fagerberg dan

Sollie baik untuk kes satu komoditi/pelbagai pasaran dan juga kes pelbagai komoditi/pelbagai

pasaran. Kelainan diperhatikan daripada segi tanda angka, magnitud angka dan juga agihan

kesan-kesan yang dikenalpasti. Penemuan kajian ini mencadangkan bahawa sebarang penelitian

yang menggunakan kaedah SPM perlu berhati-hati ketika mengaplikasikan kerangka kaedah

Richardson mahupun Fagerberg dan Sollie. Jika penyelidik memilih kaedah Richardson, maka

beliau perlu melakukan analisis sensitiviti sebagaimana yang disarankan oleh penulis. Begitu juga

penyelidik perlu berhati-hati dalam membuat sebarang rumusan berdasarkan keputusan kajian.

Page 18: eksport pertanian

18

Rujukan

Chiew Fook Chong and Fatimah Mohd. Arshad, Marketing of Malaysia’s temperate flowers: Issues and strategies, in Mohd. Ghazali Mohayidin and Fatimah Mohd. Arshad (eds.),

Business and Economic Globalisation: Its Implications on Malaysian Economy,Serdang: Faculty of Economics and Management, Universiti Pertanian Malaysia. 1995,pp. 201-217.

Fagerberg, Jan and Gunnar Sollie, The method of constant market shares analysis reconsidered,Applied Economics, 1987(19) pp. 1571-1583.

Fatimah Mohd. Arshad and Roslan A. Ghaffar, Malaysia’s primary commodities: Constantmarket share analysis, paper in Fatimah Mohd. Arshad et al. (eds.) MalaysianAgricultural Policy: Issues and Directions, Serdang: Centre for Agricultural Policy Studies,Universiti Pertanian Malaysia, 1989, pp. 197-216.

Fatimah Mohd. Arshad, Mad Nasir Shamsudin and Mohd. Ghazali Mohayidin, Palm oilindustry: Some measures of competitiveness, in Mohd. Ghazali Mohayidin and FatimahMohd. Arshad (eds.), Business and Economic Globalisation: Its Implications onMalaysian Economy, Serdang: Faculty of Economics and Management, UniversitiPertanian Malaysia, 1995, pp.191-201.

Mad Nasir Shamsudin, Mohd. Ghazali Mohayidin and Fatimah Mohd. Arshad,Competitivenessof cocoa exports, in Mohd. Ghazali Mohayidin and Fatimah Mohd. Arshad (eds.) ,Business and Economic Globalisation: Its Implications on Malaysian Economy,Serdang: Faculty of Economics and Management, Universiti Pertanian Malaysia. 1995,pp. 173-191.

Muhammad Alias and Habibah Suleiman, The constant market share analysis:An application toNR export of major producing countries, Journal of Natural RubberResearch,1993, 8(1), 68-79.

Richardson J.D.Constant-market -share analysis of export growth, Journal of InternationalEconomics, 1971(1) pp. 227-39.

Richardson J.D. Some sensitivity tests for a “constant-market-shares”, The Review ofEconometrics and Statistics, 1971(53) pp. 300-4.

Tysznski H. World trade in manufactured commodities, 1899-1950, The Manchester School, 1951(19)pp.272-304.