Elemen Balasan Dalam Pembentukan Kontrak:...

7
523 Elemen Balasan Dalam Pembentukan Kontrak: Perbandingan Antara Undang-Undang Malaysia dan Inggeris Mastura binti Mohd Zain Institut Kefahaman Islam Malaysia ABSTRAK Elemen balasan merupakan salah satu elemen untuk sesuatu kontrak itu menjadi sah dan boleh dikuatkuasakan undang-undang. Sesuatu perjanjian yang dibuat tanpa balasan adalah batal. Definisi balasan (consideration) adalah harga yang dibayar oleh pihak yang menerima janji kepada pihak pembuat janji. Terdapat beberapa jenis balasan seperti balasan eksekutori, balasan, balasan tersempurna dan balasan lampau. Kertas ini cuba melihat sejauh mana perbezaan balasan dalam undang-undang Malaysia dan undang-undang Inggeris terutamanya berkenaan balasan lampau dan samada balasan perlu datang daripada penerima janji. Ini kerana terdapat perbezaan berkenaan kedua-dua perkara tersebut antara undang-undang Malaysia dan undang-undang Inggeris. Pengenalan Umumnya, terdapat beberapa elemen dalam sesebuah kontrak iaitu; tawaran, penerimaan, balasan, niat, keupayaan, ketentuan dan kerelaan. Balasan adalah sesuatu yang mempunyai nilai di sisi undang-undang dan ia menjadi asas kepada persetujuan yang dicapai. Balasan boleh dilihat seolah suatu tawaran; ataupun harga yang perlu dibayar oleh satu pihak untuk membeli suatu janji atau perbuatan pihak yang lain. Suatu janji kosong, yakni yang diberikan tanpa apa-apa balasan adalah tidak mengikat. Ia tidak diberikan sebagai sebahagian daripada kontrak.(WT Major1992: 42) Definisi klasik boleh didapati dalam kes Currie v Misa (1875) iaitu balasan yang bernilai ‘terdiri dari sama ada dalam bentuk hak, kepentingan, keuntungan atau faedah yang terakru kepada satu pihak atau apa-apa ketidaklakuan, kebencanaan, atau tanggungjawab yang diberikan, dialami atau diakujanji oleh pihak yang satu lagi’. Definisi yang lebih senang difahami adalah dinyatakan dalam Pollock on Contracts, edisi ke 13, m.s. . 133 iaitu bahawa ‘Suatu perbuatan atau ketidaklakuan oleh satu pihak, atau janjinya itu adalah merupakan harga bagi janji pihak yang satu lagi dan dengan itu janji yang diberikan untuk nilai itu adalah berkuatkuasa’. Definisi oleh Pollock ini telah diterima oleh House of Lords dalam Dunlop v Selfridge (1915). Seksyen 26 Akta Kontrak 1950 menyebut bahawa sesuatu kontrak yang dibuat tanpa balasan adalah batal kecuali termasuk dalam salah satu kategori yang terdapat dalam senarai yang dikecualikan dalam seksyen ini. Seksyen 2(d) Akta Kontrak 1950 memberi takrif balasan: Menurut kehendak pembuat janji atau siapa sahaja yang telah membuat atau telah menahan diri dari membuat sesuatu, maka perbuatan atau penahanan diri atau janji itu adalah disebut balasan untuk janji itu. Terdapat tiga jenis balasan yang boleh dikuatkuasakan iaitu:

Transcript of Elemen Balasan Dalam Pembentukan Kontrak:...

Page 1: Elemen Balasan Dalam Pembentukan Kontrak: …ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/42-Mastura.pdf · Seksyen 26 Akta Kontrak 1950 menyebut bahawa sesuatu kontrak yang dibuat tanpa

523

Elemen Balasan Dalam Pembentukan Kontrak: Perbandingan Antara Undang-Undang

Malaysia dan Inggeris

Mastura binti Mohd Zain

Institut Kefahaman Islam Malaysia

ABSTRAK

Elemen balasan merupakan salah satu elemen untuk sesuatu kontrak itu menjadi sah dan boleh

dikuatkuasakan undang-undang. Sesuatu perjanjian yang dibuat tanpa balasan adalah batal.

Definisi balasan (consideration) adalah harga yang dibayar oleh pihak yang menerima janji

kepada pihak pembuat janji. Terdapat beberapa jenis balasan seperti balasan eksekutori,

balasan, balasan tersempurna dan balasan lampau. Kertas ini cuba melihat sejauh mana

perbezaan balasan dalam undang-undang Malaysia dan undang-undang Inggeris terutamanya

berkenaan balasan lampau dan samada balasan perlu datang daripada penerima janji. Ini kerana

terdapat perbezaan berkenaan kedua-dua perkara tersebut antara undang-undang Malaysia dan

undang-undang Inggeris.

Pengenalan

Umumnya, terdapat beberapa elemen dalam sesebuah kontrak iaitu; tawaran, penerimaan,

balasan, niat, keupayaan, ketentuan dan kerelaan. Balasan adalah sesuatu yang mempunyai

nilai di sisi undang-undang dan ia menjadi asas kepada persetujuan yang dicapai.

Balasan boleh dilihat seolah suatu tawaran; ataupun harga yang perlu dibayar oleh satu pihak

untuk membeli suatu janji atau perbuatan pihak yang lain. Suatu janji kosong, yakni yang

diberikan tanpa apa-apa balasan adalah tidak mengikat. Ia tidak diberikan sebagai sebahagian

daripada kontrak.(WT Major1992: 42)

Definisi klasik boleh didapati dalam kes Currie v Misa (1875) iaitu balasan yang bernilai

‘terdiri dari sama ada dalam bentuk hak, kepentingan, keuntungan atau faedah yang terakru

kepada satu pihak atau apa-apa ketidaklakuan, kebencanaan, atau tanggungjawab yang

diberikan, dialami atau diakujanji oleh pihak yang satu lagi’.

Definisi yang lebih senang difahami adalah dinyatakan dalam Pollock on Contracts, edisi ke

13, m.s. . 133 iaitu bahawa ‘Suatu perbuatan atau ketidaklakuan oleh satu pihak, atau janjinya

itu adalah merupakan harga bagi janji pihak yang satu lagi dan dengan itu janji yang diberikan

untuk nilai itu adalah berkuatkuasa’.

Definisi oleh Pollock ini telah diterima oleh House of Lords dalam Dunlop v Selfridge (1915).

Seksyen 26 Akta Kontrak 1950 menyebut bahawa sesuatu kontrak yang dibuat tanpa balasan

adalah batal kecuali termasuk dalam salah satu kategori yang terdapat dalam senarai yang

dikecualikan dalam seksyen ini.

Seksyen 2(d) Akta Kontrak 1950 memberi takrif balasan: Menurut kehendak pembuat janji

atau siapa sahaja yang telah membuat atau telah menahan diri dari membuat sesuatu, maka

perbuatan atau penahanan diri atau janji itu adalah disebut balasan untuk janji itu.

Terdapat tiga jenis balasan yang boleh dikuatkuasakan iaitu:

Page 2: Elemen Balasan Dalam Pembentukan Kontrak: …ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/42-Mastura.pdf · Seksyen 26 Akta Kontrak 1950 menyebut bahawa sesuatu kontrak yang dibuat tanpa

524

(i) Balasan eksekutori, iaitu balasan atau janji yang belum dilaksanakan tetapi akan

dilaksanakan. Ia merupakan harga yang dijanjikan sebagai pulangan kepada janji

pihak yang satu lagi.

Contohnya, A bersetuju menjual keretanya kepada B, dan B berjanji akan

membayar RM 25,000 apabila A menghantar kereta tersebut kepadanya. Janji

kedua-dua pihak belum dilaksanakan, tetapi akan dialksanakan pada masa akan

datang.

(ii) Balasan tersempurna adalah janji atau balasan yang perlu disempurnakan terlebih

dahulu sebelum janji atau balasan pihak yang satu lagi dilaksanakan. Apabila

perbuatan yang merupakan balasan itu telah sempurna dilakukan, balasan tersebut

disifatkan sebagai tersempurna. 1

Contohnya: A berjanji akan memberikan hadiah kepada RM 200 kepada sesiapa

yang memulangkan kucingnya yang hilang. B menjumpai kucing tersebut dan

memulangkannya kepada A. Tindakan B memulangkan kucing tersebut adalah

suatu balasan tersempurna di pihak B, manakala balasan di pihak A adalah dengan

membayar wang hadiah RM 200 kepada B.

(iii) Manakala balasan lepas atau balasan lampau pula adalah balasan atau perbuatan

yang sudah dilakukan sebelum janji pihak yang satu lagi dibuat. Janji dibuat bagi

membalas perbuatan yang telah dilakukan itu.

Contohnya: A menyelamatkan B daripada dilanggar oleh sebuah kereta. B

kemudiannya berjanji akan memberikan A sebuah televisyen sebagai ganjaran.

Perbuatan A menyelamatkan B merupakan balasan lampau kerana ianya sudahpun

dilakukan sebelum B membuat janji.

Balasan Lampau

a) Undang-undang Malaysia

Seperti yang disebut tadi, balasan lepas atau balasan lampau pula adalah balasan atau perbuatan

yang sudah dilakukan sebelum janji pihak yang satu lagi dibuat. Janji dibuat bagi membalas

perbuatan yang telah dilakukan itu. Balasan lampau adalah balasan yang sah dalam undang-

undang Malaysia. Seksyen 2 (d) Akta Kontrak 1950 menyebut, menurut kehendak pembuat

janji, apabila penerima janji atau siapa sahaja yang telah membuat atau telah menahan diri dari

membuat sesuatu, maka perbuatan atau penahanan diri atau janji itu adalah disebut balasan

untuk janji itu. Seksyen 2(d) merujuk kepada perbuatan yang telah dilakukan atas kehendak

pembuat janji sebelum sesuatu janji itu dibuat. Perkataan telah dalam Seksyen 2(d)

menunjukkan bahawa walaupun sesuatu tindakan itu dilakukan sebelum sesuatu janji

diucapkan, tindakan itu boleh menjadi balasan yang sah jika ia dilakukan atas kehendak

pembuat janji. (Beatrix Vohrah, Wu Min Aun 1991: 30)

Kes: Kepong Prospecting Ltd & Ors lwn A.E. Schidmt & Majorie Schidmt [1968] 1 MLJ 170

Schidmt telah membantu menubuhkan Syarikat Kepong Prospecting Ltd dan telah dilantik

sebagai Pengarah Urusan. Selepas penubuhan syarikat, satu perjanjian telah dibuat di mana

syarikat bersetuju membayar Schidmt 1% daripada harga jualan semua bijih yang didapati

1 Pihak yang membuat tuduhan perlanggaran kontrak mesti menunjukkan yang ia telah memberi balasan:

umumnya pihak ini ialah plaintif tetapi jika defendan membuat tuntutan balas kerana perlanggaran kontrak –

iaitu jika ia menuduh plaintif melanggar kontrak – maka ia mesti membuktikan yang ia, defendan telah

memberikan balasan.

Page 3: Elemen Balasan Dalam Pembentukan Kontrak: …ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/42-Mastura.pdf · Seksyen 26 Akta Kontrak 1950 menyebut bahawa sesuatu kontrak yang dibuat tanpa

525

daripada lombong tersebut sebagai balasan kepada segala khidmat yang telah diberikan oleh

Schidmt bagi pihak dan atas nama syarikat sebelum dan selepas penubuhannya dan bagi

khidmat-khidmat yang akan datang. Tidak lama selepas itu, perselisihan berlaku dan Schidmt

membuat tuntutan berdasarkan perjanjian tersebut.

Keputusan: Tiada khidmat yang boleh diberi kepada syarikat yang belum ditubuhkan dan

syarikat tidak terikat untuk membayar khidmat yang diberi sebelum tarikh penubuhannya.

Namun begitu, bagi khidmat yang dilakukan selepas penubuhan syarikat tetapi sebelum

perjanjian dibuat boleh menjadi balasan yang sah walaupun hal itu adalah perbuatan yang telah

lepas.

Bagaimanapun, Seksyen 2(d) tidak meliputi kesemua kes balasan lampau. (Beatrix Vohrah,

Wu Min Aun 1991: 30)

Justeru terdapatnya Seksyen 26 (b) Akta Kontrak 1950. [walaupun kita dapati mahkamah telah

memberikannya maksud yang agak sempit].

Kita dapati seksyen 26 (b) Akta Kontrak tidak memberi makna ‘sukarela’ justeru Hakim

Suffian J dalam kes J.M. Wotherspoon & Co.Ltd lawan Henry Agency House [1962] MLJ 86

telah menggunakan makna yang terdapat dalam Shorter Oxford Dictionary sebagai, ‘perbuatan

yang telah dilakukan oleh seseorang secara sukarela dengan sendiri atau pilihannya, tidak

terpaksa, didesak atau cadangan oleh orang lain.’

Oleh itu, jika X menyelamatkan harta Y daripada kerosakan sementara Y tiada dan kemudian

Y berjanji untuk memberi X sesuatu kerana membantunya, janji itu akan dapat dituntut X di

bawah Seksyen 26 (b) ini.

Seksyen 26 Illustrasi (c) memberi contoh bahawa balasan lampau merupakan balasan yang sah.

Ia menyebut:

A terjumpa dompet B dan memberikannya kepada B. B kemudian berjanji untuk memberi

wang sebanyak RM 50 kepada A. Ini adalah suatu kontrak.

Apabila sesuatu perbuatan itu telah dilakukan atas kehendak pemberi janji, maka undang-

undang yang lebih sesuai adalah seksyen 2 (d) Akta Kontrak yang disebut tadi.

Samada sesuatu perbuatan itu akan dikira sebagai sukarela yang terdapat dalam seksyen 26 (b)

telah dinilai dalam kes JM Wotherspoon & Co. Ltd v Henry Agency House.

Fakta kes: Telah berlaku perbalahan antara syarikat Malaysia dan syarikat Inggeris di mana

kedua-duanya telah bertindak sebagai agen untuk pelbagai produk. Syarikat Malaysia tersebut

akan mencari pelanggan dan akan memberitahu syarikat Inggeris yang kemudiannya akan

mencari penjual.

Apabila jualan sudah dilaksanakan, syarikat Malaysia akan menerima komisen. Dalam kes ini,

syarikat Malaysia tersebut telah menguruskan seorang pembeli untuk perniagaan konfeksi dan

syarikat Inggeris telah mencari seorang penjual.

Apabila timbul masalah syarikat Inggeris tersebut telah mengambil tindakan terhadap syarikat

Malaysia atas kerugian yang terpaksa ditanggungnya akibat tidak mendapat bayaran daripada

pembeli.

Mahkamah Tinggi mendapati terdapat janji yang dibuat oleh defendan untuk memberi

pampasan kepada plaintif tetapi janji ini tidak beserta balasan justeru ia hanya akan dapat

dilaksanakan jika, mengikut perkataan dalam Seksyen 26 (b):

“Ia merupakan suatu perjanjian untuk memberi pampasan samada keseluruhan atau

sebahagiannya, seseorang yang telah melakukan sesuatu secara sukarela untuk pemberi janji”.

Persoalan dalam kes ini adalah samada syarikat Inggeris tersebut (plaintif) telah melakukan

sesuatu secara ‘sukarela’ untuk pihak defendan. Dalam kes ini, plaintif telah bertindak atas

cadangan defendan, oleh itu perbuatannya tidak boleh dikatakan sebagai ‘sukarela’.

Page 4: Elemen Balasan Dalam Pembentukan Kontrak: …ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/42-Mastura.pdf · Seksyen 26 Akta Kontrak 1950 menyebut bahawa sesuatu kontrak yang dibuat tanpa

526

Justeru, janji yang dibuat oleh syarikat defendan untuk memberi pampasan kepada plaintif

bukanlah kontrak yang boleh dikuatkuasakan di bawah seksyen 26 (b) Akta Kontrak.

Dalam kes Leong Huat Sawmill (Pte) Ltd lwn Lee Man See [1985] 1 MLJ 47, Mahkamah

Persekutuan telah menolak tuntutan responden untuk gaji tambahan di bawah perjanjian untuk

membawa keluar balak antaranya kerana; janji untuk membayar gaji tidak disokong oleh

sebarang balasan. Hujah responden bahawa janji tersebut termasuk di bawah seksyen 26 (b)

telah juga ditolak oleh Mahkamah.

b) Undang-Undang Inggeris

Menurut undang-undang Inggeris, balasan lampau tidak boleh dianggap sebagai balasan yang

sah :

Kes: Re McArdle [1951]

M dan isterinya tinggal di dalam sebuah rumah pusaka peninggalan bapa M. Selain daripada

M, abang-abang dan kakak-kakaknya juga mempunyai hak k etas rumah tersebut. Semasa ibu

M masih hidup, isteri M telah membuat pelbagai kerja baik pulih ke atas rumahtersebut yang

keseluruhannya bernilai 488 pound. Defendan (kakak-kakak dan abang-abang M) telah berjanji

secara bertulis untuk membayar pampasan kepada plaintif (isteri M).

Perjanjian tersebut adalah tidak sah memandangkan balasan daripada isteri M merupakan

balasan lampau. Bagaimanapun terdapat pengecualiandalam hal ini yakni, jika tindakan yang

dilakukan oleh penerima janji itu adalah pada asalnya atas kehendak pembuat janji, maka ia

akan menjadi balasan yang sah dan bernilai. Ini kita dapat lihat dalam kes Lampleigh lwn

Brathwait.

Kes: Lampleigh lwn Brathwait (1615)

Defendan yang telah dijatuhi hukuman mati, meminta bantuan plaintif untuk mendapatkan

pengampunan daripada raja atas kesalahan yang telah dia lakukan. Plaintif berusaha sedaya

upayanya berulang alik dari New Market ke London dengan belanjanya sendiri dan akhirnya

berjaya memperoleh pengampunan bagi defendan. Defendan kemudiannya berjanji akan

membayar 100 pound kepada plaintif tetapi gagal membayar. Plaintif menyaman defendan.

Keputusan: Walapupun janji itu dibuat berdasarkan kepada balasan lampau daripada plaintif,

tetapi kerana perbuatan itu dilakukan atas kehendak defendan, maka wujud kontrak yang sah.

Defendan terikat untuk menunaikan janjinya itu.

Kes ini membezakan antara perbuatan yang dilakukan oleh penerima janji atas kehendak

pembuat janji daripada ‘ hanya perbuatan sukarela’. Jika suatu perbuatan itu adalah atas

kehendak pembuat janji maka ia adalah kontrak yang sah dalam undang-undang Inggeris,

walaupun janji itu dibuat berdasarkan balasan yang lampau.

Lord Scarman dalam kes Pau On v Lau Yin Long [1980] telah memberikan kaedah moden di

mana sesuatu perbuatan lampau boleh dikira sebagai sah jika perbuatan itu telah dilakukan:

a) di atas kehendak penjanji (seperti kes Lampleigh v Braithwaite [1615] );

b) di atas persefahaman bahawa bayaran akan dibuat (seperti kes Re Casey’s Patents

[1892] )

Fakta kes: Pemilik sebuah paten telah berjanji untuk membayar seseorang yang telah

melakukan tugas sebagai pengurus yang dia akan diberi satu pertiga saham dalam hak

paten tersebut.

Keputusan: Perbuatan lepas pengurus tersebut boleh dianggap sebagai suatu implikasi

bahawa semasa tugasan tersebut dijalankan; ia seharusnya diberi bayaran.

Page 5: Elemen Balasan Dalam Pembentukan Kontrak: …ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/42-Mastura.pdf · Seksyen 26 Akta Kontrak 1950 menyebut bahawa sesuatu kontrak yang dibuat tanpa

527

c) bayaran tersebut akan menjadi sebuah kontrak jika ia telah dijanjikan terlebih dahulu,

maka janji yang dibuat selepas daripada perbuatan itu boleh dikuatkuasakan.

(Routledge-Cavendish Law Cards Series 2009:24)

Justeru, kita dapati undang-undang Inggeris memberi pengecualian kepada prinsip balasan

lampau jika perbuatan yang telah dilakukan oleh penerima janji adalah atas kehendak pembuat

janji, maka ia adalah kontrak yang boleh dikuatkuasakan.

Bagaimanpun, seperti yang kita lihat, undang-undang Malaysia seksyen 26 (b) Akta Kontrak

1950, mengiktiraf balasan lampau bukan hanya apabila perbuatan itu dibuat atas kehendak

pembuat janji, tetapi ia pergi lebih jauh lagi dengan mengatakan, jika perbuatan yang telah

dilakukan oleh penerima janji itu adalah dibuat secara sukarela; bukan terpaksa atau atas

desakan mahupun cadangan sesiapa; maka balasan lampau juga akan dikira sah dan boleh

dikuatkuasakan.

Balasan tidak sememestinya datang daripada penerima janji

a) Undang-Undang Malaysia

Di bawah undang-undang Malaysia, balasan tidak semestinya daripada penerima janji. Seksyen

2(d) Akta Kontrak 1950: Menurut kehendak pembuat janji, apabila penerima janji atau siapa

sahaja yang telah membuat atau telah menahan diri dari membuat sesuatu, maka perbuatan atau

penahanan diri atau janji itu adalah disebut balasan untuk janji itu.

Perkataan ‘siapa sahaja’ menunjukkan bahawa balasan bukan sahaja boleh diberi oleh

penerima janji, tetapi boleh juga diberi oleh sesiapa sahaja walaupun pihak tersebut tidak

terlibat di dalam kontrak tersebut dalam kes: Venkata Chinnaya lwn Verikatara’ma’ya (1881)

I.L.R. 4 Mad.137 di mana undnag-undangnya sama dengan seksyen 2(d) Akta Kontrak 1950.

Seorang kakak bersetuju untuk memberi bayaran anuiti berjumlah Rs653 kepada adik-adik

lelakinya yang tidak memberikan apa-apa balasan kepada janji kakak mereka itu. Pada hari

yang sama, ibu mereka telah memberikan kepada si kakak beberapa bidang tanah dan

menyatakan bahawa kakak mestilah membayar anuiti tersebut. Kakak tersebut kemudiannya

telah didakwa oleh adik-adiknya kerana dia gagal membayar.

Keputusan: Kakak tersebut mesti menunaikan janjinya walaupun balasan datang daripada ibu

mereka dan bukan daripada adik-adiknya.

b) Undang-Undang Inggeris

Orang luar yang tidak memberi balasan tidak boleh membuat tuntutan di bawah kontrak.

Sebarang tindakan kerana perlanggaran kontrak mestilah dibawa oleh pihak yang memberi

balasan.2 Mengikut undang-undang Inggeris, balasan mestilah datang daripada penerima janji

itu sendiri dan bukannya daripada orang lain. Ini berdasarkan priviti kontrak yang menyatakan

bahawa, seseorang yang tidak terlibat di dalam kontrak tidak mempunyai hak untuk mendakwa

atau menguatkuasakan kontrak tersebut.

Doktrin priviti kontrak mengatakan bahawa hanya mereka yang terlibat dalam sesuatu kontrak

sahaja yang boleh disaman. 3 Ini telah dinyatakan dalam kes:

Kes Dunlop Pneumatic Tyre Co. v Selfridge & Co. [1915]

2 Peraturan ini adalah berkaitan dengan doktrin priviti kontrak tetapi mestilah dibezakan daripadanya. 3 Terdapat satu Akta dalam undang-undang Inggeris di mana orang ketiga boleh mengambil tindakan –

[Contracts (Rights of Third Parties ) Act 1999]

Page 6: Elemen Balasan Dalam Pembentukan Kontrak: …ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/42-Mastura.pdf · Seksyen 26 Akta Kontrak 1950 menyebut bahawa sesuatu kontrak yang dibuat tanpa

528

Dew & Co di atas undangan Dunlop, telah meletakkan harga minima bagi jualan semula dalam

kontrak dengan Selfridge.

Kes diputuskan : Dunlop tidak boleh menyaman Selfridge bagi tindakan ingkar kontrak kerana

mereka bukan terlibat dalam kontrak tersebut; juga kerana mereka tidak memberi sebarang

balasan kepada Selfridge. Dalam kes ini, Lord Haldane menyatakan bahawa kedua-dua prinsip

itu adalah merupakan prinsip-prinsip yang asasi. Doktrin priviti kontrak ini dikaitkan rapat

dengan undang-undang bahawa balasan mestilah datang daripada penerima janji.

Kes: Price lwn Easton (1833)

William Price berhutang dengan John Price (plaintif) sebanyak 13 pound. William Price

bersetuju untuk bekerja dengan Easton (defendan) di mana Easton bersetuju menggunakan

wang gaji William Price bagi menjelaskan hutang William Price kepada John Price. Walaupun

William Price bekerja untuknya, Easton tidak menjelaskan hutang William Price kepada John

Price.

Keputusan: John Price tidak boleh menyaman Easton untuk mendapatkan wang gaji William

Price memandangkan ketiadaan balasan daripada John Price dan dengan itu tiada kontrak yang

boleh dikatakan mengikat mereka.

Bibliografi

Beatrix Vohrah & Wu Min Aun, 1991, The Commercial Law of Malaysia, Selangor: Longman

Malaysia Sdn Bhd.

David Oughton & John Lowry, 2000, Textbook on Consumer Law Second Edition, Oxford,

Oxford University Press.

Iwan Davies, 1992, Textbook on Commercial Law, London, Blackstone Press Limited.

John Cooke & David Oughton, 1993, The Common Law of Obligations, London, Butterworths.

J.C. Smith, 1992, The Law of Contract, London, Sweet & Maxwell Limited.

Jo Reddy & Howard Johnson, 2009, Commercial Law 2009-2010 Q & A, Great Britain,

Routledge- Cavendish.

Mohamad Shariff Abu Samah, 1994, Undang-Undang dan Perlindungan Pengguna, Kuala

Lumpur, Golden Books Centre Sdn Bhd.

Peter Gillies, 2004, Business Law, Australia, The Federation Press.

Routledge-Cavendish Law Cards Series, 2009, Contract Law sixth edition, Great Britain,

Routledge-Cavendish.

Ronald Walker & Richard Ward, 1992, English Legal System Seventh Edition, London,

Butterworths.

Robert Bradgate, Fidelma White & Steven Fennell, 1994, Commercial Law, London,

Blackstone Press Limited.

Richard Stone, 2009, Contract Law 2009-2010 Q & A , Great Britain, Routledge-Cavendish.

W T Major, 1992, Undang-Undang Kontrak, Kuala Lumpur, International Law Book Services.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, kita dapati bahawa terdapat sedikit perbezaan antara undang-undang

Malaysia dan Inggeris tentang balasan lampau. Undang-undang Malaysia mengiktiraf balasan

lampau bukan hanya setakat jika perbuatan yang telah dilakukan atas kehendak pembuat janji

sebelum sesuatu janji itu dibuat. (Seksyen 2(d)).

Malah terdapat pula Seksyen 26 (b) Akta Kontrak 1950 yang mengatakan jika perbuatan yang

telah dilakukan oleh penerima janji itu adalah dibuat secara sukarela, maka balasan lampau

adalah dikira suatu kontrak yang boleh dikuatkuasakan.

Page 7: Elemen Balasan Dalam Pembentukan Kontrak: …ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/42-Mastura.pdf · Seksyen 26 Akta Kontrak 1950 menyebut bahawa sesuatu kontrak yang dibuat tanpa

529

Walau bagaimanapun, undang-undang Inggeris mengikitiraf balasan lampau hanya jika

perbuatan yang telah dilakukan oleh penerima janji adalah atas kehendak pembuat janji sahaja.

Walaupun pendekatan moden telah menggariskan beberapa kaedah di mana perbuatan lampau

boleh dikira sebagai sah, namun ia tidak sampai ke tahap perbuatan yang dibuat secara sukarela

seperti yang terdapat dalam undang-undang Malaysia.

Di bawah undang-undang Malaysia pula, kita telah melihat bahawa balasan tidak semestinya

datang daripada penerima janji. Walau bagaimanapun, mengikut undang-undang Inggeris

balasan mestilah datang daripada penerima janji itu sendiri dan bukannya daripada orang lain.

Ini adalah berdasarkan priviti kontrak di mana seseorang yang tidak terlibat di dalam kontrak

tidak mempunyai hak untuk mendakwa atau menguatkuasakan kontrak tersebut.

Rujukan

Beatrix Vohrah & Wu Min Aun, 1991, The Commercial Law of Malaysia, Selangor: Longman

Malaysia Sdn Bhd.

David Oughton & John Lowry, 2000, Textbook on Consumer Law Second Edition, Oxford,

Oxford University Press.

Iwan Davies, 1992, Textbook on Commercial Law, London, Blackstone Press Limited.

John Cooke & David Oughton, 1993, The Common Law of Obligations, London,

Butterworths.

J.C. Smith, 1992, The Law of Contract, London, Sweet & Maxwell Limited.

Jo Reddy & Howard Johnson, 2009, Commercial Law 2009-2010 Q & A, Great Britain,

Routledge- Cavendish.

Mohamad Shariff Abu Samah, 1994, Undang-Undang dan Perlindungan Pengguna, Kuala

Lumpur, Golden Books Centre Sdn Bhd.

Peter Gillies, 2004, Business Law, Australia, The Federation Press.

Routledge-Cavendish Law Cards Series, 2009, Contract Law sixth edition, Great Britain,

Routledge-Cavendish.

Ronald Walker & Richard Ward, 1992, English Legal System Seventh Edition, London,

Butterworths.

Robert Bradgate, Fidelma White & Steven Fennell, 1994, Commercial Law, London,

Blackstone Press Limited.

Richard Stone, 2009, Contract Law 2009-2010 Q & A , Great Britain, Routledge-Cavendish.

W T Major, 1992, Undang-Undang Kontrak, Kuala Lumpur, International Law Book

Services.