elm3033.pptx

12
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MENCAPAI HASRAT RUKUNEGARA Disediakan oleh : Zanawati binti Zakaria PPG (PSV) Semester 7 2015

Transcript of elm3033.pptx

Page 1: elm3033.pptx

PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MENCAPAI HASRAT RUKUNEGARA

Disediakan oleh :Zanawati binti Zakaria

PPG (PSV) Semester 7 2015

Page 2: elm3033.pptx

Rukunegara

Page 3: elm3033.pptx

Latar belakang

• Rukun Negara diisytiharkan oleh Yang Di-Pertuan Agong ke-empat pada 31 Ogos 1970 iaitu semasa negara menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-13.

• satu doktrin untuk mencapai perpaduan kaum demi keharmonian dan kemakmuran negara Malaysia

• Doktrin Rukun Negara diperkenalkan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang memikul tanggungjawab menjalankan pemerintahan negara apabila sistem kerajaan berparlimen digantung pada 16 Mei 1969 ekoran rusuhan kaum yang lebih dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969.

Page 4: elm3033.pptx

• MAGERAN dipimpin oleh Y.A.B Tun Abdul Razak.

• Rukunegara adalah ikrar pegangan negara yang dijadikan garis panduan dalam usaha membina negara dan bangsa Malaysia.

Page 5: elm3033.pptx

• Ikrar Rukunegara adalah seperti berikut:

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

Page 6: elm3033.pptx

Prinsip-prinsip Rukunegara

1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Page 7: elm3033.pptx

Objektif Rukun Negara

Rukun Negara mempunyai objektif-objektif seperti berikut:-1. Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan

seluruh masyarakat2. Untuk memelihara cara hidup demokratik3. Untuk mencipta satu masyarakat yang adil supaya

kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama

4. Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; dan

5. Untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden

Page 8: elm3033.pptx

• Guru P. Moral haruslah memperkenalkan kelima-lima prinsip rukun negara kepada pelajar.

• Guru juga perlu bersikap adil dan sensitif terhadap pegangan agama pelajar. (Contoh: tidak menyebelahi atau mempertikaikan agama dan kepercayaan pelajar.)

Peranan guru P. Moral dalam merealisasikan Rukun Negara

Page 9: elm3033.pptx

• Guru menanamkan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. (Contoh: menyelitkan elemen sejaran dalam proses P&P)

• Guru menegaskan tentang kepentingan mematuhi undang-undang. (Contoh: menggalakkan pelajar mematuhi undang-undang bermula dari peringkat kelas, sekolah seterusnya negara)

• Guru haruskan menunjukkan contoh teladan yang baik kepada pelajar dari segi adap sopan. (Contoh: berinteraksi secara berhemah dengan pelajar)

Page 10: elm3033.pptx

• Melalui cara ini, kanak-kanak akan dilatih atau diasuh serta diserapkan nilai-nilai murni dan norma-norma masyarakat dalam proses pendidikan dan mengamalkannya dalam kehidupan mereka demi mewujudkan perpaduan di antara kaum.

Page 11: elm3033.pptx

Peranan Sekolah

• Sekolah merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas.

• Sekolah juga adalah tempat pemupukan sikap murid untuk menjadi rakyat yang menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip dalam Rukunegara. Untuk merealisasikan Rukunegara, aspek-aspek kepemimpinan, budaya sekolah, aktiviti ko-kurikulum perlu diberi perhatian dan diaktifkan secara menyeluruh.

Page 12: elm3033.pptx

Sekian, terima kasih.