esei bm

7
BMM3104 Kemahiran berbahasa dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu amat penting bagi memastikan agar penguasaan dan tahap perkembangan mental murid-murid berkembang dengan baik seiring dengan peningkatan umur mereka kelak. Matlamat pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang menekankan aspek JERIS iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial harus digarap dan diasah sejak awal lagi selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang diperkenalkan pada 2012 (Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia) merupakan pelengkap dalam memastikan agar aspek berbahasa diterapkan lebih mendalam dan diaplikasi dalam kalangan murid-murid melalui kehidupan seharian. Tambahan pula, aspek kemahiran berbahasa ini merupakan medium asas yang perlu dipelajari dan diamalkan oleh murid-murid untuk berkomunikasi dan seterusnya mempertingkatkan keupayaan diri ke peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu, guru memainkan peranan penting untuk memastikan kemahiran berbahasa dapat diamalkan dan dikembangkan dalam proses pembelajaran Bahasa Melayu. Elemen kemahiran berbahasa yang terdiri daripada kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis perlu diajar secara berperingkat dan mengikut urutan. Aspek kemahiran ini memerlukan perkaitan dan kesinambungan antara satu sama lain. Kemahiran berbahasa dapat dikembangkan melalui penguasaan guru terhadap strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang diaplikasikan dalam bilik darjah secara efektif. Walau bagaimanapun, sebagai seorang guru aspek perbezaan kebolehan murid perlu dititikberatkan kerana faktor ini memberi impak yang besar terhadap objektif pembelajaran. Berdasarkan teori mentalis yang dikemukakan oleh Piaget mengatakan bahawa kebolehan berbahasa murid tidak sama antara satu sama lain. Tokoh ini 14

description

BMM 3104MINOR BM

Transcript of esei bm

BMM3104Kemahiran berbahasa dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu amat penting bagi memastikan agar penguasaan dan tahap perkembangan mental murid-murid berkembang dengan baik seiring dengan peningkatan umur mereka kelak. Matlamat pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang menekankan aspek JERIS iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial harus digarap dan diasah sejak awal lagi selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang diperkenalkan pada 2012 (Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia) merupakan pelengkap dalam memastikan agar aspek berbahasa diterapkan lebih mendalam dan diaplikasi dalam kalangan murid-murid melalui kehidupan seharian. Tambahan pula, aspek kemahiran berbahasa ini merupakan medium asas yang perlu dipelajari dan diamalkan oleh murid-murid untuk berkomunikasi dan seterusnya mempertingkatkan keupayaan diri ke peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu, guru memainkan peranan penting untuk memastikan kemahiran berbahasa dapat diamalkan dan dikembangkan dalam proses pembelajaran Bahasa Melayu.Elemen kemahiran berbahasa yang terdiri daripada kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis perlu diajar secara berperingkat dan mengikut urutan. Aspek kemahiran ini memerlukan perkaitan dan kesinambungan antara satu sama lain. Kemahiran berbahasa dapat dikembangkan melalui penguasaan guru terhadap strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang diaplikasikan dalam bilik darjah secara efektif. Walau bagaimanapun, sebagai seorang guru aspek perbezaan kebolehan murid perlu dititikberatkan kerana faktor ini memberi impak yang besar terhadap objektif pembelajaran. Berdasarkan teori mentalis yang dikemukakan oleh Piaget mengatakan bahawa kebolehan berbahasa murid tidak sama antara satu sama lain. Tokoh ini berpendapat bahawa perbezaan murid dilihat pada peringkat awal iaitu pada tahap pemikiran praoperasi iaitu pada umur dua hingga tujuh tahun (Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget, 2000). Aspek baka, sosial dan persekitaran merupakan penyumbang terhadap faktor perbezaan murid. Tegasnya, tugas guru bukanlah hanya merancang corak pengajaran mengikut keinginannya sebaliknya, guru perlu memastikan agar penyampaian isi pelajaran dapat difahami dan dikuasai oleh murid-murid yang berbeza tahap kognitifnya.Kemahiran berbahasa dapat dikembangkan melalui penguasaan strategi dan corak pengajaran mengikut tahap penguasaan murid-murid. Penguasaan guru terhadap kemampuan dan persekitaran murid-murid secara tidak lansung dapat dijadikan kaitan bagi mengembangkan idea terhadap topik pembelajaran. Strategi yang dilaksanakan ini menjadikan guru lebih bersedia dari segi pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai untuk mendekati murid-murid terhadap pemahaman mereka. Selain itu, strategi yang sesuai juga menjadikan langkah alternatif dalam memastikan agar objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai. Oleh itu, rancangan pengajaran yang dirancang oleh guru sememangnya mengambil kira aspek strategi agar teknik yang dipilih dan dirancang dapat diberi tumpuan bagi mencapai hasil pembelajaran.Aspek strategi yang sesuai dalam kemahiran berbahasa ialah strategi berasaskan guru, murid, dan bahan. Pada pendapat saya, ketiga-tiga strategi ini perlu dilaksanakan mengikut kesesuaian corak pengajaran. Walau bagaimanapun, strategi berpusatkan murid merupakan aspek utama yang harus diberi perhatian. Kementerian Pendidikan Malaysia (1997) menekankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah di Sekolah Bestari memberi fokus kepada strategi pengajaran berpusatkan murid. Tambahan pula, murid adalah satu-satunya penentu corak pencapaian objektif pengajaran dan guru berperanan sebagai pembimbing dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Strategi ini membolehkan murid berusaha untuk menyelesaikan sesuatu isi pelajaran di samping berusaha untuk mewujudkan komunikasi bersama guru dalam memastikan perlaksanaan aktiviti yang diberi menepati sasaran. Penggunaan bahan bantu mengajar merupakan satu medium untuk meransang idea dan seterusnya murid berusaha untuk meluahkan idea tersebut dalam bentuk lisan sebelum dicatat di dalam buku.Aspek kedua dalam mengembangkan kemahiran berbahasa ialah kebolehan guru dalam mengaplikasikan dan melaksanakan aspek pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran. Istilah pendekatan ditakrifkan sebagai prinsip atau pegangan teori bahasa dan psikologi yang menjadi panduan guru Bahasa Melayu dalam pengajaran (Juriah Long, 2010). (Abd Aziz Abd Talib, 2000) menyatakan pendekatan ialah satu pandangan, pendirian, pegangan atau falsafah bagi melihat, memahami dan mendekati sesuatu perkara. Kesimpulannya, pendekatan lebih menjurus kepada kebolehan guru dalam mendekati perbezaan murid-murid untuk memahami isi pelajaran mengikut langkah pengajaran.Antara pendekatan yang diperkenalkan dalam bidang pendidikan ialah pedekatan induktif, deduktif, elektik, tematik, komunikatif, konstruktivisme, masteri dan lain-lain. Pendekatan ini mempunyai langkah penggunaan, kebaikan, serta ciri yang tertentu. Pada pendapat saya, pendekatan mempunyai sifat dan kesesuaian tersendiri mengikut tahap kognitif murid-murid. Melalui aspek kemahiran berbahasa ini, pendekatan jenis komunikatif amat berkesan untuk dilaksanakan di dalam bilik darjah yang mementingkan aktiviti berinteraksi dan berkomunikasi (Kamaruddin Hj. Husin, 1999). Hal ini kerana, pendekatan komunikatif lebih mengutamakan kecekapan berkomunikasi yang meliputi kebolehan aspek kecekapan berbahasa dan kecekapan menggunakan bahasa dalam sesuatu konteks penggunaan bahasa Tambahan pula, pendekatan ini merupakan aspek kemahiran berbahasa pertama yang harus dikuasai oleh muid-murid iaitu kemahiran mendengar dan bertutur.Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan asas dalam kehidupan seorang murid. Murid pernah mengalami proses ini sejak kanak-kanak lagi. Walau bagaimanapun, penguasaan dan kecekapan berbahasa dan perbendaharaan kata tidak dikuasai sepenuhnya dan seringkali terhad oleh murid-murid dan memerlukan latihan yakni penglibatan mereka dalam aspek komunikasi yang pelbagai. Aspek komunikasi dan penggunaan kosa kata ini juga sangat berbeza mengikut situasi dan pendengar dalam komunikasi tersebut. Contohnya, penggunaan frasa dan jenis ayat berbeza sekiranya proses perbualan tersebut berlaku antara murid dengan guru, murid dengan raja, murid dengan orang tua dan murid semasa murid. Oleh itu, proses pembelajaran dapat diketengahkan dan dimantapkan apabila guru melibatkan interaksi dua hala terhadap isi pelajaran. Pemilihan topik yang melibatkan pengalaman murid menjadikan mereka lebih berani untuk menggetengahkan dan melontarkan idea terhadap topik tersebut. Tambahan pula, komunikasi yang berlaku secara spontan dan melibatkan pengalaman murid dapat memberikan kesan terhadap pemahaman, minat dan penguasaan isi yang disampaikan (Juriah Long, 2010).Kaedah pengajaran pula merupakan cara yang digunakan dalam proses pengajaran yang melibatkan beberapa susunan langkah secara berperingkat. Kaedah pengajaran ini dirancang dan dilaksanakan bagi mencapai objektif kemahiran berbahasa dan bagi menyokong pendekatan mengajar untuk menjayakan sesuatu teori berbahasa. Antara jenis penyerapan kaedah pengajaran dalam bilik darjah adalah seperti kaedah induktif, kaedah deduktif, kaedah eklektik, kaedah terus, kaedah audio-lingual dan kaedah komunikatif. Bagi pemilihan kaedah dalam kemahiran berbahasa, saya berpendapat bahawa kaedah terus lebih sesuai diajar kepada murid-murid yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua (Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad, 2012). Hal ini kerana, pembelajaran bahasa melalui cara mendengar dalam pelbagai situasi perbualan menjadikan penyerapan pemahaman kemahiran mendengar lebih mudah dipelajari. Aspek intonasi, jeda dan sebutan lebih ditekankan. Contohnya, murid dipendengarkan perbualan mudah yang mengandungi ayat-ayat yang sempurna dan seterusnya dilatih berdialog menggunakan ayat yang diberi. Oleh tu, penekanan terhadap teknik latih tubi digunakan agar murid dapat menguasai intonasi dan sebutan dengan betul.Kemahiran membaca dan menulis boleh diajar secara serentak. Hal ini kerana, apabila murid dapat menguasai kemahiran mendengar dan bertutur maka, langkah kemahiran seterusnya semestinya dapat dikuasai cuma kebolehan murid yang berbeza memerlukan masa yang sesuai meskipun penguasaanya cepat atau lambat. Sekirannya kita masih mengingati nostalgia semasa alam permulaan sekolah rendah, guru Bahasa Melayu telah menulis abjad sambil menyebutnya. Penggunaan buku teks pada awal persekolahan ini kurang digunakan, sekirannya diperlukan guru lebih menggalakkan murid untuk melihat dan cuba menyesuaikan jenis gambar sambil menyebut gambar tersebut. Hal ini jelas bahawa jika murid tersalah menyebut gambar dengan intonasi yang betul maka abjad awal yang terbentuk akan menjadi salah. Tuntasnya, kaedah terus menekankan dua aspek iaitu produktif yakni bercakap dan menulis dan aspek reseptif iaitu mendengar dan membaca. Latihan yang bermakna dan menarik dapat memberi motivasi untuk mempelajari kemahiran berbahasa bagi mengelakkan kebosanan terhadap kesalahan sebutan murid-murid.Seterusnya, pemilihan teknik merupakan langkah terakhir dalam perancangan corak pengajaran dan pembelajaran. Teknik didefinisikan sebagai cara yang khusus untuk mencapai objektif pengajaran. Kebolehan guru dalam mempelbagaikan teknik amat penting bagi memastikan pelajar lebih kreatif dan inovatif menaakul isi pelajaran untuk dicurahkan dalam aktiviti yang dilaksanakan. Teknik soal jawab merupakan medium yang mudah dilaksanakan bagi membina interaksi guru dengan murid. Secara tidak lansung, guru dapat mengesan tahap pengetahuan dan menggalakkan murid untuk berfikir. Kebolehan guru dalam menguasai teknik soal jawab menjadikan skema yang sedia ada dapat disusun dan diterjemahkan melalui pengucapan serta membina keyakinan murid dalam meluahkan idea mereka. Hal ini juga memberi peluang kepada guru untuk memperbetulkan kesalahan dari segi sebutan murid agar tidak dipengaruhi dalam kemahiran menulis kelak akibat kesalahan dalam meyebut ayat.Selain itu, teknik main peranan dan simulasi merupakan penerapan kaedah komunikatif yang berkesan untuk dilaksanakan dalam proses pembelajaran (Juriah Long, 2010). Penguasaan kedua-dua teknik ini membolehkan murid berinteraksi mengikut situasi keadaan sosial yang dirancang. Meskipun, situasi komunikasi ini berlaku secara olok-olok namun, pendedahan terhadap penggunaan bahasa dan laras bahasa yang sesuai dapat memberi gambaran terhadap perbezaan situasi tersebut. Penerapan teknik ini juga dapat ditonjolkan dengan menarik minat murid melalui penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai bagi mencerminkan situasi yang sebenar. Hal ini secara tidak lansung dapat menarik minat murid untuk menonjolkan kebolehan mereka berdasarkan pengalaman dan pemerhatian mereka untuk beraksi.Kesimpulannya, kemahiran berbahasa dalam Bahasa Melayu Sekolah Rendah sememangnya memerlukan tahap penguasaan dan kepakaran yang tinggi oleh guru-guru. Hal ini kerana, corak pengajaran pada tahap ini akan memberi kesan kepada sepanjang proses pembelajaran murid-murid sekiranya proses ini dilaksanakan bagai melepaskan batuk ditangga. Kegagalan guru dalam menekankan keempat-empat kemahiran berbahasa ini akan menyebabkan berlaku kelambatan dalam proses pembelajaran sehingga ke peringkat sekolah menengah meskipun, sasaran bagi setiap guru adalah memastikan murid dapat menguasai kemahiran ini pada peringkat sekolah rendah lagi. Oleh itu, sebagai seorang guru usaha untuk memastikan penguasaan murid terhadap kemahiran berbahasa merupakan sasaran utama dan pelbagai perbincangan sebulat suara telah dirancang dan dicadangkan oleh Persatuan Bahasa bagi mengurangkan masalah kemahiran tahap kedua iaitu membaca dan menulis terutamanya. Namun, usaha ini tidak sepatutnya digalas pada bahu guru-guru semata-mata kerana sokongan ibu bapa dan usaha gigih murid-murid akan menentukan keberkesanan dan keberhasilannya bersama kelak.

(1527 patah perkataan )18