Esei Fenomena Alam Sekitar

11
ESEI FENOMENA ALAM SEKITAR PENCEMARAN UDARA Konsep / Definisi Menurut Dr. Abdul Rahman Mohamed kehadiran satu atau lebih daripada bahan cemar seperti gas-gas, bau busuk, habuk, zarah, debu dan sebagainya di dalam armosfera telah mengubah kuantiti, kualiti dan sifat atmosfera tersebut dan akhirnya memberi kesan negatif sama ada kepada manusia, tumbuhan, binatang serta persekitaran fizikal sesuatu kawasan. Merupakan fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata dan terapung-apung di udara. BIL . IDEA UTAMA HURAIAN FAKTOR PENCEMARAN UDARA 1 Pembakaran hutan Berlaku apabila cuaca kering dan kemarau berpenjangan telah menyebabkan hutan terbakar sendiri Contoh: Kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia pada tahun 1998 telah menyebabkan ruang angkasa negara dipenuhi asap yang kandungannya melebihi paras Garis Panduan Kualiti Udara Kebangsaan 2 Pembakaran sampah sarap Pembakaran plastik menyebabkan pelepasan gas beracun seperti sulfur dioksida yang membahayakan kesihatan Pembakaran pokok-pokok kering untuk pembukaan kawasan pertanian menyumbang kepada kandungan partikel dan karbon dioksida 3 Asap dari kenderaan Kenderaan bermotor merupakan penyumbang terbesar pencemaran udara iaitu 40% terutamanya kenderaan yang menggunakan diesel Kenderaan berplumbum akan mengeluarkan gas karbon monoksida yang berbahaya dan beracun kepada manusia Keadaan ini berlaku apabila kenderaan melepaskan bahan hidrokarbon berupa asap hitam tebal ke udara 4 Asap dari kilang Pencemaran oleh asap dan gas yang dikeluarkan oleh serombong kilang terutamanya yang menggunakan batu arang dan petroleum sebagai bahan pembakar Pengeluaran asap yang mengandungi gas karbon dioksida amat ketara sekali di kawasan perusahaan yang menggunakan batu arang dan kawasan perindustrian lama di Eropah dan AS 1

description

Esei Fenomena Alam Sekitar

Transcript of Esei Fenomena Alam Sekitar

Page 1: Esei Fenomena Alam Sekitar

ESEI FENOMENA ALAM SEKITAR

PENCEMARAN UDARAKonsep / Definisi Menurut Dr. Abdul Rahman Mohamed – kehadiran satu atau lebih daripada bahan cemar

seperti gas-gas, bau busuk, habuk, zarah, debu dan sebagainya di dalam armosfera telah mengubah kuantiti, kualiti dan sifat atmosfera tersebut dan akhirnya memberi kesan negatif sama ada kepada manusia, tumbuhan, binatang serta persekitaran fizikal sesuatu kawasan.

Merupakan fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata dan terapung-apung di udara.

BIL.

IDEA UTAMA HURAIAN

FAKTOR PENCEMARAN UDARA

1 Pembakaran hutan Berlaku apabila cuaca kering dan kemarau berpenjangan telah menyebabkan hutan terbakar sendiri

Contoh: Kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia pada tahun 1998 telah menyebabkan ruang angkasa negara dipenuhi asap yang kandungannya melebihi paras Garis Panduan Kualiti Udara Kebangsaan

2 Pembakaran sampah sarap Pembakaran plastik menyebabkan pelepasan gas beracun seperti sulfur dioksida yang membahayakan kesihatan

Pembakaran pokok-pokok kering untuk pembukaan kawasan pertanian menyumbang kepada kandungan partikel dan karbon dioksida

3 Asap dari kenderaan Kenderaan bermotor merupakan penyumbang terbesar pencemaran udara iaitu 40% terutamanya kenderaan yang menggunakan diesel

Kenderaan berplumbum akan mengeluarkan gas karbon monoksida yang berbahaya dan beracun kepada manusia

Keadaan ini berlaku apabila kenderaan melepaskan bahan hidrokarbon berupa asap hitam tebal ke udara

4 Asap dari kilang Pencemaran oleh asap dan gas yang dikeluarkan oleh serombong kilang terutamanya yang menggunakan batu arang dan petroleum sebagai bahan pembakar

Pengeluaran asap yang mengandungi gas karbon dioksida amat ketara sekali di kawasan perusahaan yang menggunakan batu arang dan kawasan perindustrian lama di Eropah dan AS

1

Page 2: Esei Fenomena Alam Sekitar

ESEI FENOMENA ALAM SEKITAR

BIL.

IDEA UTAMA HURAIAN

KESAN PENCEMARAN UDARA

1 Menjejaskan kesihatan Gatal-gatal di kerongkong dan batuk, kesukaran bernafas, mata pedih dan berair, kulit berasa gatal, kering dan tidak selesa

2 Produktiviti pertanian terjejas

Jerebu mengurangkan kadar fotosintesis sebanyak 30%

Tumbesaran, pendebungaan dan penghasilan buah berkurangan

LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN UDARA

1 Mengadakan kitar semula Mengitar semula bahan buangan seperti kertas, plastik, tin aluminium, kaca, surat khabar, logam dan lain-lain

2 Menggunakan petrol tanpa plumbum

Kurang plumbum dan sulfur kurang bahan pencemar

3 Kurangkan bahan buangan Melalui R&D bahan buangan dijadikan produk baru

Contohnya, MARDI menggunakan hampas kelapa dan kelapa sawit menjadi bahan api (biomass) di kilang

4 Penggunaan sumber tenaga alternatif

Contoh: Tenaga suria, hidroelektrik, ombak, angin dan nuklear untuk menggantikan tenaga bahan api fosil dan petroleum

2

Page 3: Esei Fenomena Alam Sekitar

ESEI FENOMENA ALAM SEKITAR

JEREBUKonsep / Definisi Menurut Prof. Dr. Mohd. Nasir Hassan dan rakan-rakannya, JAS – partikel-pertikel (debu

halus) terampai di atmosfera dalam kepekatan tinggi. Partikel terampai ini terbentuk di dalam keadaan cuaca yang kering. Udara yang stabil menghasilkan satu lapisan kabus nipis menyelimuti ruang atmosfera sesuatu kawasan. Partikel ini boleh menyerak dan menyerapkan cahaya matahari, lantas menyebabkan keadaan sekeliling menjadi kabur dan kurang jelas.

JAS – keadaan ini dikatakan berjerebu apabila paras zarah terampai melebihi 2 kali ganda berbanding dengan normal manakala jarak pemandangan mengurang. Zarah terampai ini terhasil daripada pelbagai sumber sama ada semula jadi atau buatan manusia.

BIL.

IDEA UTAMA HURAIAN

FAKTOR JEBERU

1 Cuaca kering (el-nino) Keadaan udara yang kering dan stabil dalam tempoh yang lama mengurangkan keberangkalian turun hujan sebagai pembersih udara

Contohnya pada bulan September hingga Disember 1997, Malaysia mencatatkan rekod hari-hari tanpa hujan

Partikel-partikel terapung dan berkitar dalam udara

2 Pembakaran hutan Berlaku apabila cuaca kering dan kemarau berpanjangan telah menyebabkan hutan terbakar

Contoh: Kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia pada tahun 1998 telah menyebabkan ruang angkasa negara dipenuhi asap yang kandungannya melebihi paras Garis Panduan Kualiti Udara Kebangsaan

3 Pembakaran bahan api Stesen jana kuasa serta alat-alat pembakaran bahan api yang lain seperti relau

Mengeluarkan sulfur dioksida, nitrogen oksida dan partikel halus

4 Asap dari kenderaan Mengeluarkan bahan pencemar seperti karbon monoksida, plumbum dan hidrokarbon

Terutama minyak diesel dan petrol berplumbum5 Asap dari perindustrian Kilang simen, kilang logam, batu-bata, seramik

dan asbetos Mengeluarkan pertikel terampai seperti debu,

habuk, zarah halus merangkumi plumbum, raksa, florida dan lain-lain

3

Page 4: Esei Fenomena Alam Sekitar

ESEI FENOMENA ALAM SEKITAR

BIL.

IDEA UTAMA HURAIAN

KESAN JEBERU

1 Menjejaskan kesihatan badan (sistem pernafasan)

Dianggarkan hampir 50% partikel terampai yang bersaiz 0.01 – 0.1 mikrometer boleh menembusi sisten pernafasan didepositkan di dalam paru-paru

Terjadi kerosakan ke atas organ pernafasan bagi orang yang menghidap penyakit asma, sakit kerongkong, nemonia dan penyakit yang berkaitan dengan jantung

2 Kesihatan haiwan terganggu Sekiranya haiwan memakan tumbuh-tumbuhan yang diselaputi oleh zarah beracun

Ternakan seperti lembu, kerbau dan kambing yang memakan tumbuhan ini akan menjadi mangsa keracunan makanan

3 Hujan asid Pertikel terampai mengandungi unsur sulfur dan nitrogen yang boleh bertindak sebagai nukleus kondensasi untuk menarik wap-wap air yang ada di dalam udara bercantum dan membersar bersama-samanya turun sebagai hujan asid

Merosakkan tanaman, tumbuh-tumbuhan, meningkatkan keasidan tanah dan air sekali gus mengganggu keseimbangan dalam ekosistem seperti ekosistem akuatik, hutan dan muara

4 Produktiviti pertanian terjejas

Jerebu mengurangkan kadar fotosintesis sebanyak 30%

Tumbesaran, pendebungaan dan penghasilan buah berkurangan

LANGKAH MENGATASI JEBERU

1 Menggalakkan penanaman pokok

Mengurangkan kesan pembakaran hutan Membantu menapis zarah terampai Mewujudkan kesegaran melalui pembebasan

oksigen2 Sistem semburan air

daripada bangunan tinggi Semburan mewujudkan keadaan seperti gerimis

Berupaya menurunkan suhu 5° C selepas 20 minit disembur

Dapat menurunkan 50 – 60% partikel terampai di udara dan bahan pencemar seperti karbon monoksida dan sulfur dioksida antara 10 – 25%

3 Kitar semula bahan buangan4 Menggunakan petrol tanpa plumbum5 Kurangkan bahan buangan6 Menggunakan sumber tenaga alternatif

4

Page 5: Esei Fenomena Alam Sekitar

ESEI FENOMENA ALAM SEKITAR

PENIPISAN OZONKonsep / Definisi Ozon merupakan sejenis gas yang terbentuk daripada cantuman 3 atom oksigen iaitu O Gas ozon berwarna biru pucat, beracun dan mempunyai bau yang pedas. Ia boleh

mengakibatkan kerosakan paru-paru dan mata Lapisan ozon ialah lapisan udara yang terletak kira-kira 10 – 50 km dari bumi dan berada

dalam lapisan atmosfera Gas ozon memerangkap sinaran inframerah dari pancaran cahaya matahari, sedangkan

biasanya sinaran inframerah ini dibalikkan semula ke angkasa lepas. Ini menyebabkan lapisan udara bumi bertambah panas.

Kajian NASA menunjukkan paras lapisan ozon telah menapis kira-kira 3 – 7% Penemuan lubang besar AS di ruang angkasa benua Antartika. 97.5% gas ozon telah

hilang, sebaliknya gas yang terurai daripada bahan kimia CFC ditemui di tengah-tengah lubang itu

CF2Cl2 + cahaya ultra ungu → Cl + CF2ClCl + O3 → ClO + O2

ClO + O → Cl + O2

BIL.

IDEA UTAMA HURAIAN

FAKTOR PENIPISAN OZON

1 Pencemaran dari industri / CFC

CFC bertindak balas dengan molekul-molekul ozon di kawasan stratosfera

CFC yang mengandungi klorin apabila dibebabkan ke udara akan menyebabkan unsur-unsur kimia klorinnya bertambah dan dipecah-pecahkan oleh sinaran suria

Ia kemudian akan bertindak balas dan memusnahkan molekul ozon

Setiap satu molekul klorin dianggarkan boleh memusnahkan sehingga 100 000 molekul ozon. Proses inilah yang menghakiskan lapisan ozon

CFC-11 digunakan dalam perusahaan membuat foam (spam) dan bahan penyejuk di dalam peti sejuk serta pendingin hawa

CFC-12 digunakan sebagai bahan aerosol (penyembur) seperti tin penyembur racun serangga

CFC-113 digunakan dalam perusahaan pencuci kering dan bahan pelarut untuk mencuci komponen litar elektrik

2 Sinaran ultralembayung Sinaran matahari yang berterusan dan panas akan mengakibatkan sinaran ultralembayung mencelah masuk melalui lapisan ozon

Lama-lama lapisan ozon akan berlubang dan

5

Page 6: Esei Fenomena Alam Sekitar

ESEI FENOMENA ALAM SEKITAR

keadaan ini akan membenarkan lebih banyak sinaran ultralembayung sampai ke permukaan bumi

BIL.

IDEA UTAMA HURAIAN

FAKTOR PENIPISAN OZON

3 Penggunaan tenaga nuklear Pelanggaran yang terjadi antara proton dan neutron membebaskan tenaga yang banyak

Letupan tenaga nuklear seperti letupan reaktor dan bom boleh mencemarkan alam dan memusnahkan seluruh dunia

Letupan nuklear boleh menipuskan lapisan ozon antara 20 – 70% di samping menyebabkan kematian

4 Bahan kimia yang lain Bromin halokarbon dan nitrat oksida yang terdapat dalam baja boleh menyerang dan memusnahkan lapisan ozon

Baja nitrogen mengeluarkan nitrus oksida yang boleh menipiskan lapisan ozon sehingga 15%

5 Pembakaran bahan kimia Pembakaran petroluem, gas, arang batu, kayu, sisa binatang akan mengeluarkan nitrogen ke dalam stratosfera dan menipiskan lapisan ozon

6 Pembakaran hutan Menyebabkan berlaku pembebasan asap yang mengandungi gas karbon dioksida yang berlebihan, metana, nitrus oksida yang boleh menipiskan lapisan ozon

KESAN PENIPISAN OZON

1 Kanser kulit Sinaran ultralembayung yang mencemarkan terus ke kulit manusia adalah amat bahaya

Sinaran ultralembayung yang kuat dalam jangka masa panjang akan menyebabkan kanser kulit

2 Merosakkan mata Mata manusia peka kepada cahaya. Sinaran ultralembayung yang sampai terus ke mata menyebabkan penglihatan terjejas terutama jika terdedah dalam jangka masa panjang

Contohnya bekerja di bawah matahari terik dalam tempoh yang lama

3 Suhu bumi naik Kemusnahan lapisan ozon menyebabkan suhu di bumi naik

Menyebabkan glasier di kutub utara dan selatan mencair dan seterusnya akan menaikkan paras laut dan mengakibatkan banjir di kawasan pantai di seluruh dunia

Kenaikan paras laut sebanyak 100 cm akan menenggelamkan negara Belanda

6

Page 7: Esei Fenomena Alam Sekitar

ESEI FENOMENA ALAM SEKITAR

BIL.

IDEA UTAMA HURAIAN

KESAN PENIPISAN OZON

4 Menjejaskan sistem pelalian haiwan

Kemusnahan lapisan ozon boleh menjejaskan sistem pelalaian haiwan. Keadaan ini mengakibatkan haiwan tidak dapat mengelak daripada serangan penyakit

Manusia yang makan daging haiwan ini akan terdedah kepada jangkitan penyakit yang dibawa haiwan

5 Mengubah sifat genetik Pancaran ultralembayung boleh membunuh bakteria serta mengubah tisu-tisu manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan

Akibatnya sifat-sifat manusia dan haiwan akan cacat

Bahan radioaktif boleh merosakkan molekul di dalam sel-sel badan manusia

Manusia yang menerima dos sinaran radioaktif yang tinggi akan mengalami kerosakan pada usus, sel-sel darah dan tisu-tisu

LANGKAH MENGATASI PENIPISAN OZON

1 Mengehad penggunaan CFC Mengurangkan penggunaan CDC sama ada dalam perindustrian / kegunaan harian seperti semburan aerosol dan alat-alat penyaman udara

CFC merupakan bahan yang sukar dimusnah apabila berada di lapisan udara (contohnya CDC-12 selama 108 tahun)

Pakar sains telah mencipta HFC (hidrofluorokarbon) dan HCFC (hidroklorofluorokarbon). Bahan kimia ini mudah musnah apabila terbebas ke armosfera (2 – 10 tahun)

Menjamin kebersihan udara dan mengatasi masalah penipisan ozon

2 Mencari sumber alternatif Penyelidikan perlu dilakukan untuk mencari alternatif dalam menjalankan perindustrian

Bahan-bahan akar / punca tenaga perlu diambil daripada sumber yang bersih dan tidak membebaskan CFC contohnya tenaga solar, ombak dan hidroelektrik

Dalam industri peti sejuk dan pendingin hawa, gas helium dikenal sebagai pengganti

7

Page 8: Esei Fenomena Alam Sekitar

ESEI FENOMENA ALAM SEKITAR

Dalam industri tilam dan pembungkusan, uretana dan polisterina sebagai pengganti

KESAN RUMAH HIJAUKonsep / Definisi Proses semula jadi yang menyebabkan pemanasan bumi. Rumah hijau disebabkan oleh kandungan gas karbon dioksida yang tinggi di dalam

atmosfera. Gas ini menghalang kembali-pembalikan haba ke atmosfera. Apabila permukaan bumi dipancar oleh pancaran matahari, permukaan air / tanah yang panas akan membebaskan haba. Haba ini diserap oleh karbon dioksida dan lain-lain gas yang keluar dari bumi. Dengan ini bumi menjadi semakin panas dan membawa kesan kehidupan di bumi.

BIL.

IDEA UTAMA HURAIAN

FAKTOR KESAN RUMAH HIJAU

1 Bahan pencemar hasil aitiviti perusahaan dan kenderaan

Menyumbang kepada peningkatan gas karbon dioksida, metana, CFC, ozon lapisan rendah dan nitrus oksida

Kajian di bandar besar menunjukkan bandar Paris, Los Angeles, Chicago, New York dan London merekodkan peningkatan suhu tahunan masing-

masing antara 0.5 – 10° C

Kajian di London menunjukkan suhu 11° C berbanding dengan kawasan luar bandar yang kurang menghasilkan bahan pencemar hanya 9.6° C

2 Permukaan bandar dan struktur bangunan

Keadaan berbatu dan bersimen dan bangunan yang tinggi menyebabkan kadar penyerapan haba yang tinggi dan kurang sejat perpeluhan

Haba ini sepatutnya digunakan untuk proses sejat perpuluhan bagi menyejukkan persekitaran. Sebaliknya, haba ini diserap oleh bangunan, batu-bata dan simen pada waktu siang yang dikenali sebagai haba pendam

Pada waktu malam, haba ini dibebaskan dan menyebabkan keadaan yang begitu panas. Kepanasan ini berlaku kerana haba tersebut tidak dapat melepasi kandungan gas dioksida yang terampai di kawasan bandar tersebut (fenomena Pulau Haba Bandar)

8

Page 9: Esei Fenomena Alam Sekitar

ESEI FENOMENA ALAM SEKITAR

BIL.

IDEA UTAMA HURAIAN

FAKTOR KESAN RUMAH HIJAU

3 Penebangan hutan dan pembakaran hutan

Pembakaran hutan membebaskan gas karbon dioksida

Tumbuhan yang berfungsi menyerap gas karbon dioksida tidak dapat menjalankannya kerana aktiviti eksploitasi hutan yang terlalu kerap

Menyebabkan pancaran matahari secara terus ke bumi dan memudahkan permukaan bumi dipanaskan

Cahaya matahari diserap oleh tanah dan apabila berlaku keadaan ini tanah tersebut akan merekah dan kandungan air dalam tanah akan berkurangan

Keadaan dengan gongol memudahkan peningkatan suhu

4 Pemkabaran api fosil Hasil aktiviti perindustrian yang menggunakan arang baru sebagai bahan api / kenderaan yang menggunakan minyak diesel

Pembakaran bahan api fosil akan membebaskan bahan pencemar seperti gas metana (menyumbang 18% daripada pemanasan bumi) dan nitrus oksida (menyumbang sebanyak 6% pemanasan bumi)

5 Penggunaan bahan kimia CFC

Gas ini menyumbang sebanyak 14% pemanasan bumi. Selain memusnahkan lapisan ozon, CFC adalah gas rumah hijau yang utama

Digunakan sebagai aerosol, agen pembersih, pendingin untuk peti ais dan pendingin hawa, di dalam penyembur racun serangga dan pembuatan buih plastik

Menurut laporan pakar CHOGM (Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel) menyatakan cuaca di Kuala Lumpur akan bertambah panas

akibat penipisan ozon (naik 0.5° C ) Suhu di Kutub Utara dan Selatan diramal naik 4 –

5 °C menjelang tahun 2030. Cuaca yang panas akibat kebocoran lapisan ozon menyebabkan glasier di Kutub Utara dan Selatan cair

9

Page 10: Esei Fenomena Alam Sekitar

ESEI FENOMENA ALAM SEKITAR

BIL.

IDEA UTAMA HURAIAN

IMPLIKASI KESAN RUMAH HIJAU

1 Kenaikan suhu sejagat Gas-gas rumah hijau (karbok dioksida, metana, CFC, ozon lapisan rendah dan nitrus oksida) memerangkap haba matahari dan meningkatkan suhu bumi

Ahli-ahli sains NASA melaporkan bahawa cuaca panas dan kemarau yang melanda kawasan tengah Afrika Barat dan Padang Rumput Prairie Kanana pada tahun 1988 disebabkan kesan rumah hijau

Sejak tahun 1970, suhu bumi telah meningkat

kira-kira 0.5° C . Ahli sains meramalkan kenaikan

suhu 1.5 – 4.5° C pada pertengahan abad akan datang

Kenaikan suhu menyebabkan pelbagai penyakit seperti kanser kulit

2 Kenaikan aras laut Lanjutan daripada bumi yang semakin panas, laut mengembang dan glasier mula mencair lalu membanjiri sungai-sungai dan laut-lautan

Pertambahan air menaikkan aras laut hamput 20 cm menjelang tahun 2050

Ini akan menyebabkan berlakunya banjir di negara yang rendah / berhampiran laut seperti Bangladesh, Delta Hwang Ho di China dan Amazon di Amerika Selatan

3 Cuaca melampau Kenaikan aras laut dan suhu menyebabkan kejadian kemarau, banjir, ribut yang kerap

Jumlah hujan yang tinggi boleh menjejaskan hasil pertanian dan menimbulkan masalah dalam pengeluaran makanan dan industri

Kemarau selama 5 tahun di Amerika Barat dan Amerika Timur pada tahun 1988 dikatakan berpunca daripada kesan rumah hijau

10

Page 11: Esei Fenomena Alam Sekitar

ESEI FENOMENA ALAM SEKITAR

BIL.

IDEA UTAMA HURAIAN

LANGKAH MENGATASI KESAN RUMAH HIJAU

1 Menggunakan bahan api dengan lebih cekap

Dapat mengurangkan pengeluaran gas karbon dioksida melalui pembakaran jana kuasa elektrik

Menggunakan tenaga alternatif seperti tenaga suria, hidroelektrik, angin, ombak dan sebagainya

Contoh: Projek pembinaan Empangan Bakun yang tergendala akibat kegawatan ekonomi perlu diteruskan selepas ekonomi pulih

2 Kurangkan penebangan pokok sebaliknya menanam pokok-pokok baru

Proses fotosintesis dapat mengurangkan jumlah karbon dioksida dan menambahkan gas oksigen yang berfungsi sebagai penyejuk kawasan

Mewujudkan hutan simpanan seperti Taman Negara

3 Kurangkan penggunaan baja tiruan

Penggunaan baja kimia perlu dikurangkan sebaliknya digantikan dengan baja organik “wilfer” iaitu tahi ayam dan sisa buangan kelapa sawit

Penggunaan baja organik akan mengurangkan jumlah nitrus oksida di atmosfera

4 Menggunakan petrol tanpa plumbum

Kurangkan penggunaan petrol berplumbum dan diesel

11