Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sekolah

9
EDUP3013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA BAHAGIAN A Bincangkan bagaimana guru dapat merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di sekolah. Perbincangan perlu merangkumi aspek-aspek kepemimpinan, pengurusan, budaya sekolah, kurikulum, ko-kurikulum, disiplin dan sebaginya. Setiap sistem pendidikan di setiap negara mempunyai falsafah pendidikan yang tersendiri. Falsafah pendidikan di Malaysia dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Falsafah pendidikan ini menjadi tunjang ataupun tulang belakang kepada sistem pendidikan di Malaysia yang mampu memperkembangkan potensi individu dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dalam realisasikan falsafah pendidikan ini, guru berperanan besar dalam melaksanakan hasrat FPK. Guru merupakan role model kepada murid-murid untuk menimba ilmu. Guru merupakan golongan yang memberi kesan besar terhadap perkembangan personaliti, mental dan fizikal setiap manusia. Dalam memperkembang potensi-potensi tersebut kepada murid untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah atau luar berhadapan dengan masyarakat, guru dapat mencapai hasrat tersebut dengan melaksanakan inisiatif berdasarkan aspek-aspek seperti kepimpinan, pengurusan, budaya sekolah, kurikulum, ko-kurikulum, disiplin dan peningkat profesionalisme. KEPEMIMPINAN Guru perlu komited dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Guru mempunyai komitmen sedar bahawa pentingnya peranan yang dimainkan olehnya bagi menghasilkan prestasi yang tinggi dalam kalangan pelajar-pelajarnya. Dalam aspek kepimpinan, peranan guru 1

Transcript of Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sekolah

Page 1: Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sekolah

EDUP3013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

BAHAGIAN A

Bincangkan bagaimana guru dapat merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di

sekolah. Perbincangan perlu merangkumi aspek-aspek kepemimpinan, pengurusan,

budaya sekolah, kurikulum, ko-kurikulum, disiplin dan sebaginya.

Setiap sistem pendidikan di setiap negara mempunyai falsafah pendidikan yang

tersendiri. Falsafah pendidikan di Malaysia dikenali sebagai Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK). Falsafah pendidikan ini menjadi tunjang ataupun tulang belakang

kepada sistem pendidikan di Malaysia yang mampu memperkembangkan potensi individu

dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Dalam realisasikan falsafah pendidikan ini, guru berperanan besar dalam

melaksanakan hasrat FPK. Guru merupakan role model kepada murid-murid untuk menimba

ilmu. Guru merupakan golongan yang memberi kesan besar terhadap perkembangan

personaliti, mental dan fizikal setiap manusia. Dalam memperkembang potensi-potensi

tersebut kepada murid untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah atau luar berhadapan

dengan masyarakat, guru dapat mencapai hasrat tersebut dengan melaksanakan inisiatif

berdasarkan aspek-aspek seperti kepimpinan, pengurusan, budaya sekolah, kurikulum, ko-

kurikulum, disiplin dan peningkat profesionalisme.

KEPEMIMPINAN

Guru perlu komited dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Guru mempunyai komitmen sedar bahawa pentingnya peranan yang dimainkan olehnya

bagi menghasilkan prestasi yang tinggi dalam kalangan pelajar-pelajarnya. Dalam aspek

kepimpinan, peranan guru dalam merealisasikan FPK adalah meliputi tugas seperti menjadi

guru kelas. Dalam menjadi guru kelas, guru perlulah menjalankan penguruasn bilik darjah

seperti memilih ketua kelas mengikut suara teramai di dalam kelas, menyediakan jadual

bertugas, memastikan kedudukan kerusi dan meja di dalam kelas tersusun dengan kemas

serta bersikap amanah dalam melaporkan kes-kes seperti ketidakhadiran atau masalah

disiplin pelajar kepada penolong kanan hal ehwal murid di dalam sekolah tersebut. Bidang

tugas seterusnya adalah menjadi ketua panitia mata pelajaran. Ketua panitia mata pelajaran

bertanggungjawab untuk memperbaiki murid dalam peperiksaan mata pelajaran berkenaan.

Dalam hal ini, guru boleh mengadakan kelas tambahan bagi mencapai objektif murid-murid

dalam memahami subjek tersebut. Selain itu, guru juga boleh menjemput penceramah-

penceramah dari luar untuk memberi ceramah mengenai bidang dan kursus mereka khas

1

Page 2: Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sekolah

EDUP3013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

untuk murid yang berprestasi lemah dalam subjek tersebut. Tambahan pula, bagi guru yang

bertanggungjawab untuk menjadi guru bertugas mingguan pula, mereka harus

bertanggungjawab terhadap perkara-perkara yang membabitkan pelajar-pelajar dan sekolah

di sepanjang masa bertugas itu. Sebagai contoh, guru bertugas perlulah mengelolakan

perhimpunan harian dan menyampaikan pengumuman sekiranya diarahkan oleh pihak

sekolah. Selain itu, guru bertugas juga perlulah menulis laporan perjalanan sekolah

sepanjang masa bertugas di dalam Buku Laporan Guru Bertugas pada minggu itu dan

menyerahkannya kepada pengetua sekolah setelah selesai menyempurnakan tugas

tersebut.

PENGURUSAN

Pada era modenisasi ini, guru bukan sahaja mendidik murid-murid di dalam bilik

darjah sahaja, malah mereka juga terlibat dalam bidang pengurusan di bawah pentadbiran

sekolah seperti merekod dan mengurus termasuklah sebagai seorang perancang.

Perancangan pengajaran merupakan salah satu langkah utama seorang guru untuk

mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah. Contohnya,

guru perlunya menyiapkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) berkenaan mata pelajaran

yang diajar. RPH perlulah disediakan lebih awal dan disemak oleh pengetua, penolong

kanan atau ketua panitia. Semakan ini dilakukan bagi menentukan strategi semasa

penyampaikan isi pelajaran dengan sistematik dan teratur. Selain daripada menyiapkan

RPH, guru juga menyediakan fail-fail pengurusan seperti fail kelas, evidens murid dan juga

mengisi markah penilaian dalam pelaporan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Secara tidak langsung, guru mencapai salah satu matlamat FPK iaitu bertanggungjawab.

Aktiviti pengurusan ini bukan sahaja kepada pengurusan pengajaran malah meliputi

pengurusan kemudahan-kemudahan bilik darjah. Antaranya adalah menyusun kerusi dan

meja murid-murid serta menyediakan sudut ilmu yang menarik dan kontemporari bagi

mengambil perhatian murid untuk menimba ilmu dalam suasana yang kondusif. Pada

pengajaran abad ke-21, Kementerian telah memperkenalkan sistem peperiksaan online dan

rekod prestasi murid perlulah dimuat turun oleh guru kelas masing-masing. Hal ini untuk

memudahkan ibu bapa mengakses prestasi anak-anak mereka secara maya.

BUDAYA SEKOLAH

Dalam sebuah sistem sosial, setiap sekolah mempunyai budaya tersendiri untuk

membezakan iklim sekolah tersebut dengan sekolah yang lain. Secara umumnya, terdapat

2

Page 3: Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sekolah

EDUP3013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

sekolah yang mengamalkan ciri budaya moral. Sebagai contoh, Program Guru Penyayang

dilaksanakan bukan sahaja untuk merapatkan jurang sosial di antara guru dan murid, baik

kemesraan dan keriangan melalui pergaulan, malah dapat mewujudkan suasana harmonis

di sekolah. Program ini selaras dengan hasrat FPK dalam mewujudkan insan yang harmonis

dan berakhlak mulia. Selain itu, budaya sekolah dalam aspek fizikal juga merangkumi

keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah. Sebagai contoh, sekolah tersebut perlulah

mewujudkan sebuah persatuan yang terdiri daripada guru dan juga staf sekolah.

Jawatankuasa induk perlulah dilaksanakan bagi memudahkan pengurusan dalam persatuan

tersebut. Pada masa kelapangan, ahli-ahli dalam persatuan ini akan menanam pokok bunga

di kawasan persekitaran sekolah, melukis mural pada dinding sebagai perhiasan sekolah

dan juga menyediakan sudut info berdasarkan bidang khusus guru tersebut seperti sudut

info sains, bahasa dan sebagainya. Pada masa yang sama, perpaduan dan hubungan

sosial dapat dipupuk di antara guru-guru sekolah tersebut.

KURIKULUM

Guru berperanan sebagai pakar rujuk, pakar bidang khusus dan juga pemudahcara.

Dalam merealisasikan FPK, guru bertanggungjawab untuk mempunyai ilmu pengetahuan

yang mendalam mengenai mata pelajaran dan kurikulum yang diajar kemudian

mengaplikasikan ilmu tersebut kepada murid-muridnya. Sebagai contoh, guru harus

menyediakan alat bantu mengajar untuk menjalankan aktiviti pembelajaran sekaligus dapat

membantu murid memahami sukatan pelajaran dengan mudah. Selain itu, Kemahiran

Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang sejajar dengan KSSR perlulah diaplikasikan kepada murid

sekolah rendah. Dalam merealisasikan hasrat ini, kaedah perbincangan dapat dilakukan di

antara guru dan murid secara bersemuka manakala murid bebas untuk mengeluarkan dan

mengulas pendapat mengenai sesuatu tajuk. Dengan itu, murid dapat belajar secara aktif,

kemahiran belajar mereka berkembang serta mereka juga dapat mengukuhkan kemahiran

berkomunikasi secara berkesan.

KOKURIKULUM

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa guru berperanan sebagai pencungkil

bakat dan potensi murid. Setiap murid mempunyai bakat tersendiri. Guru merupakan agen

perubahan kerana guru yang mengenalpasti dan memperkembang potensi murid itu.

Sesetengah murid yang berbakat berasa rendah diri untuk menonjolkan bakat mereka

kerana malu dan tidak mempunyai peluang untuk mengembangkan bakat mereka. Pada

3

Page 4: Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sekolah

EDUP3013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

masa yang sama, guru dapat melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum serta

memberikan khidmat sosial bagi kepentingan muridnya. Sebagai contoh, bagi murid yang

mempunyai potensi dalam acara sukan, guru boleh melatih dan terus mengasah bakat

murid tersebut sehingga menjadi atlet. Secara tidak langsung, faktor jasmani dapat

diperkembangkan dan mencapai salah satu matlamat FPK. Begitu juga bagi murid yang

petah dan fasih berkata kerana murid ini berpotensi untuk mengikuti debat ataupun pidato.

Guru perlu membimbing dan memberi tunjuk ajar sehingga ia dapat mewakili peringkat

sekolah, negeri mahupun antarabangsa.

DISIPLIN

Setiap profesion mempunyai kod etika yang tersendiri. Bagi profesion keguruan,

semua aspek berkaitan peraturan, perabadan dan tingkah laku ditekankan bagi

meningkatkan kualiti seorang guru. Guru yang mempunyai idealisme yang tinggi terhadap

pengajaran, profesionalisme dan adab menampilkan ciri-ciri ‘role model’. Dalam konteks ini,

murid menganggap guru sebagai teladan dan mereka cenderung untuk mengikuti

perwatakan guru tersebut. Oleh itu, guru seharusnya menunjukkan perwatakan yang positif

semasa berada di dalam bilik darjah mahupun di luar kawasan sekolah. Sebagai contoh,

guru haruslah mematuhi kod etika pemakaian yang berunsurkan kesopanan dan kesusilaan.

Selain itu, guru juga haruslah melaksanakan akauntabiliti di dalam bilik darjah termasuk

mematuhi masa dan mencapai objektif pengajaran. Secara tidak langsung, murid dapat

menerapkan nilai-nilai kemanusiaan di dalam diri dan dapat membentuk modal insan yang

berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan FPK dalam membentuk

rakyat Malaysia yang berakhlak mulia.

PENINGKATAN PROFESIONALISME

Dalam konteks profesionalisme keguruan, pelbagai usaha dan cara untuk

memperkembangkan profesionalisme keguruan. Antara usaha yang perlu dilakukan untuk

mencapai tahap profesionalisme, guru perlu sentiasa peka terhadap segala perkembangan

dasar pendidikan daripada pelbagai segi. Ini bermaksud guru perlu mengetahui

perkembangan-perkembangan terkini dalam mata pelajaran yang diajar olehnya. Usaha

yang kedua ialah guru juga mesti mengamalkan kajian dan penyelidikan untuk

meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Dalam mencapai hasrat ini,

guru perlu sentiasa berfikiran kreatif untuk mencipta inovasi-inovasi dalam pengajaran dan

pembelajaran seiring dengan perubahan zaman. Sebagai contoh, guru perlulah menerapkan

4

Page 5: Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sekolah

EDUP3013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

penggunaan ICT dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, bahan bantu mengajar ini lebih

menarik dan bersesuaian dengan kecenderungan pelajar di abad ke-21 ini.

Sebagai kesimpulan, guru merupakan insan yang terpenting dalam merealisasikan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Ini kerana guru berperanan agen dominan dari

segi kepemimpinan, pengurusan, budaya sekolah, kurikulum, kokurikulum, disiplin dan

peningkatan profesionalisme. FPK juga menjadi landasan kepada sistem pendidikan

kebangsaan. Hasrat yang terkandung di dalam FPK ini terletak di bahu guru dan harus

diterapkan kepada murid-murid. Oleh itu, guru perlulah sentiasa bersedia untuk menghadapi

cabaran yang menguji profesion yang mulia ini dan sentiasa mempunyai komitmen yang

tinggi dalam memartabatkan pendidikan negara yang berkualiti.

5

Page 6: Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sekolah

EDUP3013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

RUJUKAN

Abd. Fatah Hassan (2001). Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Publication and

Distributors.

Abdullah Sani & Kumar, P (1990). Pendidikan di Malaysia. Petaling Jaya: Longman

Malaysia.

Ahmad Mahdzan Ayob & Noran Fauziah Yaakub (1992). Guru dan Perguruan. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anzalina (2011). Cara Meningkatkan Tahap Profesional Guru. Di akses pada 19 Ogos 2015.

http://anzalina74.blogspot.com/2011/07/cara-meningkatkan-tahap-profesional.html

Maran Ramping (2014). Guru Menjadi ‘Role Model’. Di akses pada 18 Ogos 2015.

http://kemayangambai.blogspot.com/2014/11/guru-menjasi-role-model.html

Meor1980 (2011). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dimuat turun pada 14 Ogos 2015.

meor1980-guruwawasan.blogspot.com/2011/11/falsafah-pendidikan-

kebangsaan.html

Merija Kadir (2015). Cara untuk Meningkatkan Profesionalisme Guru. Di akses pada 19

Ogos 2015.

http://ustazahmerija.blogspot.com/2015/01/cara-untuk-meningkatkan-

profesionalisme.html

Muhammad Hamid Al-Afendi & Nabi Ahmed Baloch (1990). Kurikulum dan Pendidikan Guru.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Omardin Ashaari (1998). Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Guru di Sekolah. Kuala

Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Robiah Sidin (1994). Pendidikan di Malaysia; Cabaran untuk Masa Depan. Kuala Lumpur:

Fajar Bakti

Ting Len Siong dan Muhamad Sidek Said (2007). Ingin Menjadi Guru. Puchong: Ilmu Media

Trade.

West-Burham, J & O’Sullivan, F (2006). Leadership and Professional Development in

Schools. London: Pitman Publishing.

6