Esei

9
PJM 3114 1.0 Esei Kementerian Pendidikan Malaysia menggangarkan berdasarkan perangkaan 2001 bahawa seramai 290,000 murid sekolah dari 4.9 juta murid berkemungkinan memiliki ciri-ciri Masalah Pembelajaran. Kanak kanak berkeperluan khas (exceptional children) terdiri daripada kanak kanak yang mengalami kesukaran belajar. Menurut Kail (2001) hampir 4% daripada populasi dunia terdiri daripada individu luar biasa atau kanak- kanak berkeperluan khas. Perlaksanaan Dasar Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah 2003 melalui perintah Pendidikan (Pendidikan Wajib) 2002 yang memberi peluang kepada semua warga Malaysia yang layak mengikut umur 6 tahun mendapat pendidikan di institusi yang disediakan oleh pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini membuktikan bahawa kanak kanak berkeperluan khas juga perlu menerima peluang pendidikan sama seperti kanak kanak normal yang lain. Punca kanak kanak berkeperluan khas dapat dibahagikan kepada tiga kategori yang utama iaitu, melalui kemalangan, keturunan (baka) atau ortopedik. Dalam esei ini faktor keturunan akan diber fokus utama. Kesan baka ke atas perkembangan adalah hasil daripada daya usaha seorang berasal dari Austria yang bernama Gregor Mendel (1857). Prinsip- prinsip kesan baka ke atas perkembangan yang dikemukakan adalah ciri- ciri yang diwarisi hasil daripada gen-gen yang diperturunkan tanpa pertukaran daripada satu generasi ke satu generasiPerkembangan manusia yang dipengaruhi oleh kesan baka adalah seperti berikut : i) Fizikal Kajian Buss dan Plomin (1985) dalam Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004) mendapati kanak-kanak yang kembar seuri mempunyai persamaan dalam tahap aktiviti, emosi dan keboleh sesuaian berbanding dengan kanak- kanak yang terdiri daripada anak-anak kembar lain uri. Kajian ini membuktikan baka mempunyai pengaruh yang besar ke atas pertumbuhan dan perkembangan individu. LOGA THASAN A/L SUNTHARA RAJU PISMP SEM 6 PJ A

description

essei pj suaian

Transcript of Esei

PJM 3114

PJM 3114

1.0 Esei Kementerian Pendidikan Malaysia menggangarkan berdasarkan perangkaan 2001 bahawa seramai 290,000 murid sekolah dari 4.9 juta murid berkemungkinan memiliki ciri-ciri Masalah Pembelajaran. Kanak kanak berkeperluan khas (exceptional children) terdiri daripada kanak kanak yang mengalami kesukaran belajar. Menurut Kail (2001) hampir 4% daripada populasi dunia terdiri daripada individu luar biasa atau kanak-kanak berkeperluan khas. Perlaksanaan Dasar Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah 2003 melalui perintah Pendidikan (Pendidikan Wajib) 2002 yang memberi peluang kepada semua warga Malaysia yang layak mengikut umur 6 tahun mendapat pendidikan di institusi yang disediakan oleh pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini membuktikan bahawa kanak kanak berkeperluan khas juga perlu menerima peluang pendidikan sama seperti kanak kanak normal yang lain.Punca kanak kanak berkeperluan khas dapat dibahagikan kepada tiga kategori yang utama iaitu, melalui kemalangan, keturunan (baka) atau ortopedik. Dalam esei ini faktor keturunan akan diber fokus utama. Kesan baka ke atas perkembangan adalah hasil daripada daya usaha seorang berasal dari Austria yang bernama Gregor Mendel (1857). Prinsip-prinsip kesan baka ke atas perkembangan yang dikemukakan adalah ciri-ciri yang diwarisi hasil daripada gen-gen yang diperturunkan tanpa pertukaran daripada satu generasi ke satu generasiPerkembangan manusia yang dipengaruhi oleh kesan baka adalah seperti berikut :i) Fizikal

Kajian Buss dan Plomin (1985) dalam Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004)

mendapati kanak-kanak yang kembar seuri mempunyai persamaan dalam tahap aktiviti, emosi dan keboleh sesuaian berbanding dengan kanak-kanak yang terdiri daripada anak-anak kembar lain uri. Kajian ini membuktikan baka mempunyai pengaruh yang besar ke atas pertumbuhan dan perkembangan individu.

ii) Mental /Kognitif(Down Syndrome dan Sindrom anak menggoloid)

Penyakit tersebut disebabkan oleh pembahagian dan percantuman sel yang

tidak sempurna semasa meiosis, Lefrancois (1999). Sindrom ini berlaku satu dalam setiap 680 kelahiran. Kebanyakan kanak-kanak sindrom down adalah terencat akal, pendek dan otot-ototnya lembik. Salah satu faktor kecacatan baka ialah umur ibu atau bapa yang terlalu tua. Oleh kerana itulah wanita yang telah melebihi umur 40 tahun tidak digalakkan hamil.

Pendidikan jasmani merupakan satu bentuk pendidikan formal (de Vries, 1995). Malah, pendidikan jasmani dilihat sebagai lebih menyeluruh berbanding dengan subjek lain. Subjek-subjek lain banyak menyentuh aspek kognitif (intelektual), sedikit ruang untuk aspek rohani (afektif) dan hampir tiada ruang untuk aspek psikomotor dan fizikal. Aspek-aspek yang dinyatakan adalah amat penting kepada golongan berkeperluan khas kerana sebahagian pelajar mengalami masalah fizikal seperti pertumbuhan otot dan deria yang tidak sempurna. Aktiviti jasmani yang disesuaikan dengan keupayaan pelajar berkeperluan khas boleh membantu golongan ini mengurangkan kelemahan dan masalah yang dihadapi (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1989). Masalah kecacatan fizikal tidak boleh dipulihkan dengan rawatan perubatan sahaja tetapi pakar perubatan telah memperkenalkan program terapi fisio yang dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan individu dengan lebih berkesan (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1998). Oleh yang demikain pengajaran pendidikan jasmani suaian untuk pelajar khas yang dirancang dengan baik dan bersesuaian akan dapat memenuhi falsafah kurikulum bersepadu yang dilaksanakan di sekolah-sekolah di Malaysia.Selain itu, faedahnya tidak terhad kepada kesihatan fizikal, tetapi juga merangkumi kesihatan psikologikal, termasuk pembentukan kognitif, sosial, afektif dan moral mereka yang mengikuti program ini. Kesempatan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti memberi peluang kepada pelajar khas untuk merasa seronok dan berguna. Sebagai tambahan, apabila seseorang pelajar itu berjaya menguasai sesuatau kemahiran, pelajar ini akan meningkatkan konsep kendiri (self-concept), penghargaan kendiri (self-esteem) dan keyakinan diri (self-confidence) (Hvozdovic, 2003). Keterangan-keterangan ini sesuai dengan definisi yang diberikan oleh Jansma dan French (1994) yang merujuk pendidikan jasmani suaian sebagai modifikasi aktiviti fizikal tradisional bagi membolehkan individu kurang upaya berpeluang untuk mengambil bahagian secara selamat, berjaya, dan mendapat kepuasan(Jansma dan French, 1994).

2.0 Patalogi (masalah bahasa)

2.1 Definisi

The National Information Center for Children and Youth with Disabilities (1996), USA telahmendefinisikanmasalahbahasasebagai kelemahandalam keupayaan untuk memahami atau menggunakan perkataan-perkataan mengikut konteks, sama ada secara verbal dan bukan verbal. Di antara ciri masalah bahasatermasuklah penggunaan perkataan dan maknanya yang kurang sesuai, tidak upayamenyampaikan idea, bentuk tatabahasa yang kurang sesuai, kurang perbendaharaankata, dan tidak upaya mengikut arahan. Masalah dalam aspek bahasa terbahagikepada dua iaitu:a) Perkembangan lambat: Melibatkan kemahiran berbahasa yang berkembang dalam kadar yang lambat tetapi dalam urutan normal bagi aspek-aspek bahasa seperti pembentukan ayat, perbualan dan pemahaman. Kebanyakkan perkembangan lambat berkaitan dengan peluang yang terhad untuk belajar.Keadaan persekitaran di rumah yang tidak menyumbang kepada perkembangan bahasa yang baik juga adalah faktor bagi perkembangan bahasa yang lambat.Pertuturan kanak-kanak dalam kategori ini adalah pertuturan kanak-kanak yang lebih kecil, dengan ayat yang pendek dan mudah serta tatabahasa yang tidak tepat. Mereka juga mengalami kesukaran mengikut arahan yang bersesuaian dengan tahap umur.b) Kecacatan berbahasa: Ia dapat dikesan sama ada dalam kemahiran yang dipelajari yang tidak berada dalam susunan yang tidak betul dan juga terdapat perbezaan yang ketara dalam perkembangan aspek bahasa. Contohnya ayat yang dituturkan oleh kanak-kanak tertentu terlalu panjang dan kompleks tetapi tidak dapat memberi makna terhadap perbualan dengan orang lain. Kanak-kanak yang mengalami kecacatan berbahasa mempunyai ciri-ciri bahasa berikut:i. Ayat-ayat yang digunakan tidak berkaitan dengan perbualan yang sedang berlangsung ataupun memberi jawapan yang tidak sesuai dengansoalan yang diberi.ii. Penggunaan tatabahasa yang tidak tepat.c. Sering terganggu percakapan sehingga terpaksa berhenti kerana tidakmengetahui perkataan yang sesuai untuk disebut.2.2 Ciri-Ciri Masalah BahasaMasalah-masalah yang dihadapi adalah seperti berikut:i. FonologiKanak-kanak dengan masalah fonologi berkemungkinan menghadapimasalah dalam bahasa lisan. Mereka kerap membuat kesalahanmenggantikan bunyi dalam perkataan seperti nama untuk mama.

ii. MorfologiKecelaruan yang melibatkan morfologi termasuklah penggunaan imbuhanyang luarbiasa,struktur ayat yang salah, dan penggunaantensesyang salah (bahasa Inggeris).iii. SintaksisMasalah yang berkaitan sintaksis (ayat) pula melibatkan kesalahan tatabahasa yangboleh memberi kesandalam menyusundan menyampaikan pendapatyangkompleks.

iv. SemantikMasalah semantik dapat dilihat melalui perkembangan perbendaharaan kata yang lemah, menggunakan makna perkataan yang tidak sesuai, dan tidak berupaya memahami makna perkataan.v. PragmatikMasalah berkaitan pragmatik melibatkan ketidakupayaan kanak-kanakmemahami atau menggunakan bahasa dalam konteks atau perbualan dalam situasi yang berbeza.LOGA THASAN A/L SUNTHARA RAJU.

REFLEKSI.Kerja kursus Projek Pendidikan Jasmani (PJ) Suaian ini adalah berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani untuk kanak kanak berkeperluan khas. Bagi memenuhi, kehendak soalan dalam tugasan ini, saya perlu menulis esei mengenai keperluan dan pelaksanaan Pendidikan Jasmani yang sesuai untuk kanak kanak berkeperluan khas yang berpunca samada dari kemalangan, keturunan atau ortopedik. Bagi menyiapkan tugasan ini, saya mencari maklumat dalam internet. Saya juga membaca beberapa artikel bagi mendapatkan maklumat tambahan. Saya juga bertanya kepada rakan rakan saya sumber maklumat tambahan. Mereka juga bantu saya dengan memeriksa draf esei saya supaya tiada kesalahan yang major.Setelah menyiapkan bahagian satu, saya dan pasangan saya iaitu Mohd Aswandi perlu merancang satu sesi pengajaran PJ dan perlu melaksanakan pengajaran tersebut. Tajuk yang kami perolehi ialah Patalogi. Ini adalah kali pertama, saya mengetahui bahawa terdapat kecacatan patalogi. Oleh kerana, bahan untuk kecacatan ini adalah amat terhad, saya bertanya kepada rakan kumpulan lain untuk mendapatkan maklumat lanjut. Setelah telah melakukan carian dalam internet untuk mendapatkan maklumat yang di perolehi. Maklumat yang diperoleh saya kongsi bersama rakan kumpulan saya supaya mendapat maklumat tambahan. Setelah itu, kami mengalami kekangan masa, kerana kami telah mula menjalani praktikum. Oleh kerana, masih terdapat satu lagi bahagian yang perlu dilaksanakan iaitu perlu menjalankan pengajaran serta merakamkan pengajaran tersebut dalam video. Sebelum itu, kami bersama kumpulan Ameera Suriayati telah mencari kanak kanak berkeperluan khas patalogi. Kami bernasib baik, kerana di sekolah kebangsaan Simpang Empat terdapat seorang kanak kanak berkeperluan khas patalogi. Setelah berjumpa dengan guru kelas murid tersebut, kami memilih tarikh yang sesuai untuk menjalankan pengajaran.

Semasa menjalankan pengajaran, saya menghadapi banyak kekangan antaranya, saya kurang memahami percakapan murid tersebut. Masalah itu dapat diatasi dengan di bantu oleh guru kelas murid tersebut. Selain itu, saya dapati aktiviti yang dirancang agak sukar dengan tahap kebolehan murid tersebut. Oleh saya berbincang dengan Mohd Aswandi untuk mengurangkan kesukaran. Aswandi juga turut mencadangkan supaya kawasan aktiviti jangan terlalu besar, ini adalah untuk mengelakkan murid tersebut sentiasa bergerak dan untuk mengelakkan murid tersebut menjadi penat.

Tambahan pula, saya juga mendapati arahan yang diberikan oleh guru, kurang difahami oleh murid tersebut. Oleh itu, saya mengunakan teori peniruan yang dipelopori oleh Albert Bandura. Saya menunjukkan cara melakukan dan meminta murid tersebut meniru pergerakan yang saya lakukan. Selain itu, saya dapati murid tersebut amat menyukai Mohd Aswandi, dan dia mahu Aswandi sentiasa berada bersamanya melakukan aktiviti. Kesempatan jni kami gunakan dengan sebaikanya, iaitu, Asawandi akan melakukan pergerakan dan murid tersebut akan meniru pergerakan tersebut.

Setelah menyiapkan sesi pengajaran, kami pergi berjumpa dengan guru kelas murid tersebut, saya dapati kelas itu, dihias dengan cantik dan terdapat pelbagai bahan bantu mengajar. Saya mengambil kesempatan ini untuk bertanya kepada guru tersebut tentang pengalaman mengajar kanak kanak berkeperluan khas. Saya amat kagum dengan dedikasi guru tersebut sanggup menahan kerenah murid murid tersebut. Saya juga mendapati, guru tersebut sentiasa mencatat kemajuan atau rangsangan yang dilakukan oleh murid. Ini adalah untuk mengetahui adakan proses pengajaran yang dilaksanakan dapat menbantu murid atau tidak.

.

Melalui tugasan ini, saya dapat mengetahui setiap kanak kanak merupakan istimewa dan tugas guru bukan sahaja mengajar malah mendidik dan menbentuk kanak kanak tersebut supaya dapat menyesuiakan diri terhadap persekitaran.

Akhir sekali, tugasan ini banyak membantu saya untuk memahami sifat sifat kanak kanak berkeperluan khas dan kesungguhan guru untuk mendidik anak anak istimewa ini. Saya berharap pengalaman dan pengetahuan yang saya peroleh dalam tugasan ini dapat membantu saya mengahadapi profesion perguruan.RUJUKAN HJH Kamaliah Muhammad, W. A. (2010). Pelaksanaan Program Pendidikan

Inklusif. Murid Autistik di Sebuah Sekolah Rendah : Satu Kajian Kes , 564 - 565.Kamarul Bahrain, H. S. (2011). Modul Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Cyberjaya:Kementerian Pelajaran Malaysia.Nor, R. M. (2005). Simptom Disleksia Kanak - Kanak Prasekolah.Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Kertas mesyuarat perancangan jangka panjang dan pendek, program Pendidikan khas, Jabatan Pendidikan Khas: Kementerian Pendidikan Malaysia. Julai. Mohamed, J. K. (2005). Pendidikan Khas untuk Kanak - Kanak Istimewa. Pahang: PTS Professional.

LOGA THASAN A/L SUNTHARA RAJU

PISMP SEM 6 PJ A