eseiBM

10
BMM 3033E / Pensyarah : En Amat Tarop B Sumo Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu. Mengikut bidang pendidikan pula, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang pendidikan. Ianya berkaitan dengan objektif pendidikan yang melibatkan bidang- bidang seperti pengetahuan, sikap dan psikomotor. Terdapat tiga domain dalam pendidikan iaitu domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor. Domain kognitif melibatkan pemikiran murid seperti menghafal fakta, perangkaan, teori dan kefahaman Domain kognitif membincangan tentang pengingatan semula atau pengecaman pengetahuan dan perkembangan intelek dan kemahiran. Objektif kognitif berubah-ubah daripada mengingat kembali dengan mudah bahan-bahan yang telah dipelajari sehinggala kepada menggabungkan dan mensintesiskan idea kepada bahan baru dengan cara yang asli dan kreatif. Domain kognitif menekankan aspek intelektual seperti pengetahuan, pengetahuan dan ketrampilan berfikir. Domain afektif yang melibatkan sikap dan nilai murid yang melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek perasaan dan emosi seperti minat, sikap, apresiasi dan cara menyesuaikan diri. Domain psikomotor melibatkan perkembangan kemahiran fizikal murid seperti perilaku-perilaku yang menekankan aspek ketrampilan motor seperti tulisan tangan, berenang dan mengoperasi mesin. Taksonomi Bloom disusun oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956 buat pertama kalinya. Ianya menitikberatkan aspek kognitif Sulia Binti Suhed / PPG P6.5/ Sept 2014 Halaman 1

description

assignment

Transcript of eseiBM

Page 1: eseiBM

BMM 3033E / Pensyarah : En Amat Tarop B Sumo

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), taksonomi ialah kajian tentang

prinsip, peraturan dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan

dan perbezaan sifat organisma itu. Mengikut bidang pendidikan pula, taksonomi ialah

satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang pendidikan. Ianya

berkaitan dengan objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti

pengetahuan, sikap dan psikomotor. Terdapat tiga domain dalam pendidikan iaitu

domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor.

Domain kognitif melibatkan pemikiran murid seperti menghafal fakta,

perangkaan, teori dan kefahaman Domain kognitif membincangan tentang pengingatan

semula atau pengecaman pengetahuan dan perkembangan intelek dan kemahiran.

Objektif kognitif berubah-ubah daripada mengingat kembali dengan mudah bahan-

bahan yang telah dipelajari sehinggala kepada menggabungkan dan mensintesiskan

idea kepada bahan baru dengan cara yang asli dan kreatif. Domain kognitif

menekankan aspek intelektual seperti pengetahuan, pengetahuan dan ketrampilan

berfikir.

Domain afektif yang melibatkan sikap dan nilai murid yang melibatkan perilaku-

perilaku yang menekankan aspek perasaan dan emosi seperti minat, sikap, apresiasi

dan cara menyesuaikan diri.

Domain psikomotor melibatkan perkembangan kemahiran fizikal murid seperti

perilaku-perilaku yang menekankan aspek ketrampilan motor seperti tulisan tangan,

berenang dan mengoperasi mesin.

Taksonomi Bloom disusun oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956 buat

pertama kalinya. Ianya menitikberatkan aspek kognitif yang bercorak hierarki yang

terdiri daripada tahap rendah ke tahap tinggi. Guru membuat soalan pelbagai aras

untuk menguji tahap berfikir murid pada setiap aras. Penekanan dari aspek kognitif ini

menekankan kepada fakta, teori dan hukum. Tujuannya adalah untuk membina

kebolehan, pemikiran dan pemahaman seperti mencari isi penting daripada petikan

yang dibaca. Terdapat enam peringkat dalam Taksonomi Bloom iaitu pengetahuan,

kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Tidak semua peringkat ini

dimasukkan ke dalam soalan yang dibina. Sebagai contoh bagi Tahun Satu, tidak

Sulia Binti Suhed / PPG P6.5/ Sept 2014 Halaman 1

Page 2: eseiBM

BMM 3033E / Pensyarah : En Amat Tarop B Sumo

terdapat tahap sintesis kerana tahap ini merupakan tahap tertinggi dan tidak sesuai

dengan umur murid.

Domain Krathwohl diasaskan oleh David R. Krathwohl. Berbanding dengan

Taksonomi Bloom yang lebih kepada kognitif, Domain Krathwohl ini lebih kepada

bidang yang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap. Guru harus berkebolehan

menggunakan unsur afektif bagi menimbulkan suasana pembelajaran yang baik.

Pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan dengan adanya murid yang dapat

membentuk sikap positif. Terdapat lima peringkat bagi Domain Krathwohl iaitu

penerimaan, bertindak balas, menilai,organisasi dan perwatakan.

Berdasarkan Taksonomi Bloom peringkat pengetahuan iaitu peringkat paling

rendah lebih kepada mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teori,

hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran yang lepas, biasanya ia

menggunakan kata tanya seperti apakah, bilakah, mengapakah, bagaimanakah dan

sebagainya. Tujuannya adalah bagi mengingat semula perkara-perkara yang dipelajari

tanpa sebarang perubahan. Objektif umum adalah mengetahui dan objektif khususnya

adalah melabel, menyatakan dan menulis secara eksplisit.

Peringkat kedua ialah kefahaman iaitu kebolehan memberi penjelasan atau

makna sesuatu perkara. Konsep aras kefahaman ini adalah bagi menjelaskan

maklumat dengan terperinci. Aras ini memastikan sama ada murid mampu mengubah

kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain dengan menyatakan idea-

idea utama menggunakan ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep

dan menterjemah draf. Terdapat tiga aras penting iaitu:-

1. Terjemahan isi kepada huraian seperti:- Adik Amnah berusia tujuh tahun.

2. Memberi tafsiran kepada sesuatu maklumat:-Kanak-kanak berumur tujuh tahun

biasanya mengalami proses pertumbuhan gigi kekal.

Sulia Binti Suhed / PPG P6.5/ Sept 2014 Halaman 2

Contoh:

1. Bilakah Malaysia merdeka?2. Siapakah Bapa Kemerdekaan Malaysia?3. Dimanakah ibu negara Malaysia?

Page 3: eseiBM

BMM 3033E / Pensyarah : En Amat Tarop B Sumo

3. Ekstrapolasi iaitu tafsiran lanjut berdasarkan maklumat yang digambarkan.:-

Amnah perlu bersiap sedia menemani adiknya bagi membantunya

menghilangkan keresahan akibat gigi yang patah.

Istilah yang sering digunakan pada peringkat ini ialah seperti menjelaskan,

menterjemah, merumuskan, menulis, membezakan seperti jelaskan, bezakan,

bandingkan, ringkaskan, nyatakan dan sebagainya.

Peringkat ketiga ialah aplikasi yang bertujuan menggunakan pengetahuan

abstrak bagi menyelesaikan masalah yang maujud. Peringkat ini memastikan sama ada

murid menggunakan maklumat dalam situasi yang baru termasuk menyelesaikan

masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori dan formula. Peringkat ini juga

menguji murid dari segi binaan graf daripada data dan lain-lain. Objektif umum lebih

kepada menggunakan, menyelesaikan dan menunjukkan. Objektif khusus seperti

menggunakan, menyelesaikan, mengira, menghubungkan dan mengendalikan.

Contoh soalan aplikasi ialah soalan yang menggunakan perkataan bagaimana

dan jelaskan. Peringkat ini menekankan kaedah, prinsip, hukum dan teori. Ciri soalan

ini lebih kepada penyelesaian masalah. Masalah diselesaikan dengan cara calon

sendiri dengan mengemukakan idea tersendiri menggunakan gabungan teori,

pengalaman dan pelbagai kaedah bagi menyelesaikan masalah yang mempunyai unsur

persamaan. Aras ini memerlukan murid menggunakan kemahiran berfikir dan cuba

memahami masalah seterusnya mengaitkannya dengan pengalaman sedia ada murid.

Murid akan menyelesaikannya menggunakan pendapat sendiri.Contoh soalan yang

boleh dibina ialah pada pendapat anda, sekiranya anda menjadi Perdana Menteri

Malaysia, apakah yang bakal anda lakukan untuk memajukan negara selari dengan

akhlak wargangeranya?

Peringkat keempat iaitu analisis lebih kepada mengenal pasti secara terperinci.

Maksud analisis ialah kebolehan menceritakan dan menyusun perkara-perkara yang

telah dipelajari kepada beberapa bahagian yang bertujuan menaakul sebab dan akibat.

Sesuatu yang kompleks akan dipecahkan kepada yang kecil, membezakan fakta

daripada pendapat, kaitan kenal antara bahagian tertentu dan mengenali struktur

Sulia Binti Suhed / PPG P6.5/ Sept 2014 Halaman 3

Page 4: eseiBM

BMM 3033E / Pensyarah : En Amat Tarop B Sumo

organisasi. Ciri soalan ini memerlukan murid merancang, merekacipta dan

menghasilkan sesuatu yang kreatif hasil dari penggabungan pelbagai unsur. Ini

termasuk penghasilan sesuatu rancangan, rumusan, kaedah dan prosedur atau

cadangan. Murid perlu mengaplikasi apa yang dipelajari bagi memperolehi hasil yang

baharu.

Objektif am adalah mencerakinkan, menaakul, menjelaskan, menilai logik data. Objektif

khusus seperti mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan, menjelaskan struktur

dan organisasi.

Kosa kata yang popular ialah bezakan, bandingkan, asingkan, tafsirkan bahagian,

klasifikasikan, sebab mengapa, huraian, menaakul dan mencerakinkan.

Peringkat kelima ialah sintesis dan ianya lebih kepada Sains dan Penulisan.

Peringkat ini menguji kebolehan mencantukan, menggabungkan dan mengintegrasikan

fakta atau idea yang berkaitan bertujuan membentuk sesuatu yang baru. Objektif am

lebih kepada menulis karangan, mencadangkan sesuatu pandangan dan menghasilkan

karya. Objektif spesifik seperti menggabungkan, mengubah, merekacipta, merancang

dan menulis.

Sulia Binti Suhed / PPG P6.5/ Sept 2014 Halaman 4

Contoh:

1. Berikan faktor, punca, sebab mengapa terjadi sesuatu perkara…2. Meleraikan sesuatu komunikasi kepada beberapa bahagian.

Contoh:

1. Yang manakah antara berikut tidak menerangkan ciri-ciri kriteria yang betul?

2. Yang manakah berikut merupakan kata kerja?

Contoh:

Berdasarkan tajuk “saya sebatang pen” bina ayat-ayat yang dapat menerangkan tentang pen tersebut.

Page 5: eseiBM

BMM 3033E / Pensyarah : En Amat Tarop B Sumo

Kosa kata popular seperti mereka bentuk, kumpulkan, susunkan dan gubahkan. Contoh

ialah mencadangkan seperti:- Senaraikan beberapa cara kamu boleh mengatasi

masalah itu.

Peringkat paling tinggi adalah penilaian yang menguji kebolehan calon,

membuktikan, menilaikan, mengesahkan, mengkritik dan memberi pendapat mengenai

sesuatu pernyataan dan sebagainya bertujuan membuat penilaian dan pertimbangan

berdasarkan kriteria tertentu. Objektif amnya adalah menimbang nilai, ketekalan dan

kecukupan data manakala objektif spesifik ialah menilai dan membuat pertimbangan.

Jenis soalah seperti sejauh mana, nilaikan, apakah pendapat kamu. Kosa kata popular

adalah seperti nilaikan, rumuskan, tafsirkan, kritikkan, bandingkan, ulaskan, huraikan,

buktikan.

Domain Krathwohl pada peringkat pertama terdiri daripada penerimaan. Pada

peringkat ini, ianya lebih kepada keinginan dan kesanggupan menerima seperti

memberi perhatian, mendengar ucapan dan pendapat orang lain dan menghormati

kebudayaan yang berlainan. Terdapat tiga perkara berhubung dengan peringkat ini iaitu

1. Kesedaran dari faktor estetik, rekabentuk, kecantikan dan pelbagai pendapat

dalam sesuatu perkara.

2. Kebolehan memberi perhatian kepada sesuatu rangsangan seperti

mendengar dan menghayati sajak dinamakan penerimaan perhatian terkawal.

3. Perhatian terkawal atau terpilih iaitu murid membezakan keseluruhan

keadaan kepada dua bahagian atau kepada bahagian-bahagian komponen dan

kemudian memilih satu daripada aspek tertentu dan terus memberi perhatian.

Objektif am adalah murid mendengar dengan berhati-hati, menunjukkan kesedaran

dalam kepentingan pembelajaran, menunjukkan sensitiviti dalam masalah sosial,

Sulia Binti Suhed / PPG P6.5/ Sept 2014 Halaman 5

Contoh:

1. Pada pendapat kamu, ujian apakah yang sesuai diberikan kepada murid tahun enam?

2. Pelbagai faktor perlu dipertimbangkan dalam proses penilaian program. Bandingkan.

Page 6: eseiBM

BMM 3033E / Pensyarah : En Amat Tarop B Sumo

menerima perbezaan keturunan dan kebudayaan serta mengambil bahagian dalam

aktiviti. Hasil pelajaran spesifik ialah menyoal. Memilih, menghuraikan, mengikut,

menamakan dan menggunakan.

Peringkat kedua dalam Domain Krathwohl ialah tanggapan ataupun bertindak

balas iaitu kesanggupan murid bertindak balas terhadap rangsangan, mengambil

bahagian secara aktif dalam aktiviti dan murid mengambil perhatian dan bertindak

balas. Terdapat tiga kategori iaitu:-

1. Persetujuan membalas (bersetuju dengan peraturan dan arahan yang

diberikan)

2. Kesediaan membalas (bertindakbalas dengan persetujuan yang dibuat)

3. Kepuasan (mencapai objektif).

Objektif am adalah murid melengkapkan kerja, mengambil bahagian dalam

perbincangan kecil, seronok membantu rakan dan melakukan tugas secara sukarela.

Objektif spesifik adalah murid dapat menulis isi pelajaran, menjawab soalan dan dapat

melafazkan sesuatu.

Peringkat ketiga Domain Krathwohl adalah penghargaan. Pada peringkat ini

perlakuan adalah berdasarkan konsep dan prinsip yang telah dimurnikan sehingga

menjadi kepercayaan. Perlakuan cenderung lebih konsisten walaupun dalam keadaan

berbeza jika kepercayaan itu boleh dipraktikkan. Kebolehan dalam membuat penilaian

dan memberi penghargaan terhadap sesuatu benda atau tingkah laku. Penilaian

berdasarkan nilai spesifik yang dibahagikan kepada tiga kategori:-

1. Penerimaan iaitu menerima dan melakukan arahan aktiviti

2. Pilihan iaitu usaha untuk memperoleh sesuatu nilai yang dipilih

3. Penglibatan iaitu aktif dalam aktiviti dan mematuhi peraturan.

Peringkat keempat ialah pengorganisasian yang membawa maksud membentuk

sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dimurnikan maka ianya

membolehkan beberapa nilai digunakan. Murid perlu membina beberapa hubungan dan

keutamaan di antara nilai-nilainya yang dibahagikan kepada dua kategori:-

1. Penanggapan iaitu mampu mencipta konsep abstrak

2. Organisasi iaitu menyatukan nilai-nilai berkaitan dan membentuk satu sistem.

Sulia Binti Suhed / PPG P6.5/ Sept 2014 Halaman 6

Page 7: eseiBM

BMM 3033E / Pensyarah : En Amat Tarop B Sumo

Peringkat kelima iaitu peringkat tertinggi dalam Domain Krathwohl ialah

perwatakan yang mana berlaku perubahan tingkah laku positif yang dibahagikan

kepada dua kategori iaitu:-

1. Set up iaitu mengekalkan nilai-nilai

2. Perwatakan iaitu disiplin diri

Kesimpulannya, setiap ciri-ciri aras berikut, mempunyai tahap pengujian

kemampuan murid yang berbeza. Oleh itu guru perlu menitikberatkan aras ini dalam

menggubal soalan objektif dan penilaian guru tercapai dan dapat menganalisa

kelemahan murid dan memperbaiki kaedah pengajaran dan menentukan latihan yang

sesuai bagi murid.

Sulia Binti Suhed / PPG P6.5/ Sept 2014 Halaman 7