ESEIMMEN

31
NAMA KOD DAN KURSUS HSM 3013 MALAYSIA:MELAKA HINGGA NEGERI-NEGERI MELAYU BARU 1) SETELAH PENGASASAN LANGKAH UTAMA YANG PERLU DILAKUKAN RAJA DAN PARA PEMBESAR MELAKA IALAH PENGUKUHANNYA. BINCANGKAN TUGASAN KUMPULAN DISEDIAKAN OLEH NAMA NO.MATRIX RUBAN A/L JAYE RAMAN D20131064461 MITHIRA A/P NADARAJAN D20131064471 FELISCCA LEONG D20131064455 DOREEN ANAK PASANG D20131064348 ROSLAN BIN TAFA D20131063398 NAMA PENSYARAH: DR.RABAAH BINTI ABDULLAH TARIKH SERAHAN: 21 NOVEMBER 2014 1

description

NOTE

Transcript of ESEIMMEN

Page 1: ESEIMMEN

NAMA KOD DAN KURSUS

HSM 3013

MALAYSIA:MELAKA HINGGA NEGERI-NEGERI MELAYU BARU

1) SETELAH PENGASASAN LANGKAH UTAMA YANG PERLU DILAKUKAN RAJA DAN PARA PEMBESAR MELAKA IALAH PENGUKUHANNYA. BINCANGKAN

TUGASAN KUMPULAN

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO.MATRIX

RUBAN A/L JAYE RAMAN D20131064461

MITHIRA A/P NADARAJAN D20131064471

FELISCCA LEONG D20131064455

DOREEN ANAK PASANG D20131064348

ROSLAN BIN TAFA D20131063398

NAMA PENSYARAH: DR.RABAAH BINTI ABDULLAH

TARIKH SERAHAN: 21 NOVEMBER 2014

1

Page 2: ESEIMMEN

BILANGAN KANDUNGAN

Bil Tajuk Muka surat

1 1.0 Pengenalan 1-2

2 2.0 Pengukuhan:I. Faktor Geografi

II. Faktor PemerintahanIII. Faktor EkonomiIV. Agama IslamV. Memartabatkan Dan

Mempertahankan Hak Serta Maruah Melaka

VI. Sistem Perundangan

3 3-4 4-11

11-13

13-14

14-16

3 3.0 Penutup 16

4 Bibliografi 17

1.0 Pengenalan

2

Page 3: ESEIMMEN

Banyak teori-teori dan fakta yang telah muncul dalam perbincangan mengenai pembukaan

Melaka atau siapa yang mengasas negeri Melaka. Antara sumber-sumber yang turut membuat

perbincangan mengenainya adalah seperti sumber dari Portugis, China, Belanda, Inggeris

dan Melayu itu sendiri. Kesemua sumber yang dibincangkan di bawah tajuk ini adalah

menjurus kepada siapa yang mengasas Melaka dan pewaris atau keturunan raja yang terawal

negeri Melaka tersebut.1 Sejarah pembukaan Melaka di tanah melayu merupakan suatu

peristiwa yang sangat istimewa bagi masyarakat Melayu di timur. Sejarah Malaysia

dipercayai bermula daripada pembukaan Melaka di tanah melayu. Seorang raja yang bernama

‘Parameswara’ yang sering kali disebut dalam sejarah Malaysia merupakan pengasas

kerajaan Melaka. Menurut Sejarah Melayu, Parameswara yang telah membuka negeri Melaka

merupakan seorang putera raja Palembang. Beliau berasal daripada keturunan Raja-raja

Sailendra yang memerintah kerajaan Srivijaya.

Pada tahun 1377, kerajaan Srivijaya telah ditawan oleh kerajaan Majapahit dimana

Pulau Jawa dan Sumatera telah dikuasai oleh kerajaan Majapahit. Pada ketika itu,

Parameswara telah berkahwin dengan seorang puteri raja dari Jawa Timur. Namun demikian,

Parameswara enggan tunduk di bawah kekuasaan Kerajaan Majapahit. Beliau telah

mengisytiharkan kemerdekaan secara tersendiri. Perbuatan Parameswara ini telah

menimbulkan kemarahan Kerajaan Majapahit dan menyebabkan Palembang diserang.

Parameswara terpaksa melarikan diri ke Temasik (Singapura). Pada waktu itu, Temasik

berada di bawah kuasa Raja Siam dan raja yang memerintah Temasik adalah Raja Temagi.

Parameswara telah membunuh RajaTemagi dan mengambil alih pemerintahan Temasik

selama lima tahun.

Kematian Raja Temagi telah menimbulkan kemarahan Kerajaan Ayuthya di Siam dan

telah mengutuskan bala tenteranya untuk menyerang Parameswara. Paramswara melarikan

diri ke Muar dan menetap di situ selama enam tahun. Selepas itu, Parameswara telah

berpindah ke Sungai Bertam, Melaka setelah mendapati Muar tidak sesuai untuk membina

penempatan yang baru.

Sejarah Melayu meriwayatkan Parameswara telah membuka Negeri Melaka pada

tahun 1400 dan nama Melaka itu berasal daripada nama sejenis pokok. Hal ini demikian

kerana pada suatu hari, Parameswara dan pengikut-pengikutnya sedang berehat di bawah

sebatang pokok selepas berburu. Beliau telah melihat anjing buruannya telah ditendang oleh

1Zainal Abidin Abdul Wahid, (1997). Kesultanan Melayu Melaka: Pentadbiran Kunoatau Moden. Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia. Hlm.1-2

3

Page 4: ESEIMMEN

seekor kancil (pelanduk) hingga terjatuh ke dalam sungai. Parameswara menganggap

peristiwa itu sebagai satu peristiwa yang ganjil lalu memilih tempat itu untuk dijadikan

kerajaan yang baru dan percaya bahawa negeri ini berpotensi untuk dibangunkan sebagai

sebuah kerajaan yang masyhur. Salah seorang pengikutnya telah memaklumkan kepada

Parameswara bahawa pohon yang disandar namanya adalah melaka jadi secara spontannya

Parameswara telah menamakan negeri itu ‘Melaka’. Parameswara telah mengisytiharkan

dirinya sebagai Raja Melaka dan melaksanakan pemerintahan negeri baru ini berasaskan

sistem pemerintahan kerajaan Srivijaya. Bertitik tolak dari peristiwa ini Melaka muncul

sebagai sebuah pelabuhan dan pusat persinggahan pedagang-pedagang China, India dan Arab

dan bermulanya Kesultanan Melayu dan keagungan Empayar Melaka.

Pada peringkat awal, keadaan negeri Melaka berada dalam keadaan yang tidak teratur,

masih kekurangan dan memerlukan pembaikan. Walau bagaimanapun, Parameswara dan para

pembesarnya mempunyai pengalaman dalam pemerintahan dan mentadbir negeri kerana

pernah menjadi raja di Palembang, Singapura dan Muar. Para pembesar dan orang tempatan

berusaha dengan tekun dan bersungguh-sunguh untuk membina sebuah negeri yang aman dan

makmur. Tindakan Parameswara untuk berpindah dari Muar ke Melaka dan membuat

kerajaan baru dianggap oleh O.W. Wolters sebagai satu langkah yang berani berdasarkan

suatu pertimbangan yang logik dan sistematik. Antara pertimbangan awal itu ialah sungai

yang menjadi sumber bekalan air dan jalan pengangkutan ke kawasan pedalaman, bukit di

kuala sungai sebagai kawasan strategik untuk pertahanan dan kawasan kediaman di raja, dan

daerah pedalaman yang luas untuk kegiatan pertanian.2

Usaha yang gigih, pengalaman, kemahuan tinggi, dan faktor-faktor ekologi alamiah

yang terdapat telah mendatangkan hasil yang mengkagumkan bagi kerajaan yang baru

ditubuhkan itu. Selepas empat ataupun lima tahun, Melaka yang pada mulanya merupakan

sebuah kampung nelayan yang kecil sahaja telah mengalami pertumbuhan penduduk yang

semakin ramai dan menarik perhatian pedagang-pedagang luar. Melaka telah pun menjadi

pelabuhan perdagangan yang masyhur sehingga menarik perhatian kerajaan China yang

memerintahkan dutanya, Laksamana Yin Ching untuk singgah di Melaka pada tahun tersebut.

Kesultanan Melayu Melaka telah mencapai zaman kegemilangan pada abad ke-15.

Empayar Melaka meliputi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan sebahagian timur

Sumatera termasuk Siak, Kampar, Inderagiri, Rokan, Jambi, Pulau Karimun dan Kepulauan

2 Haryati Hasan, 2014. HSM 3013 Malaysia Melaka Hingga Negeri-Negeri Melayu Baru. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

4

Page 5: ESEIMMEN

Riau-Lingga. Negeri Melaka telah menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari Timur Tengah,

India, China dan Kepulauan Melayu yang membawa pelbagai jenis barang-barang dagangan.

Terdapat banyak langkah-langkah pengukuhan yang telah diambil oleh Parameswara bagi

membentuk suatu kerajaan yang gemilang.

2.0 Langkah-Langkah Pengukuhan

i. Faktor Geografi

Kedudukan yang strategik di Selat Melaka telah menjadi tempat persinggahan bagi pedagan-

pedagang dari Timur dan Barat. Pelabuhan Melaka ini memiliki kelebihan dari segi

kedudukan di hujung angin monsun dimana terdapat peralihan angin monsun utama yang

akan membantu untuk pelayaran, iaitu Angin Monsun Timur Laut dan Angin Monsun Barat

Daya.

Walaupun pelabuhan-pelabuhan lain di pantai barat Borneo atau pantai timur

Semenanjung masing-masing bercirikan kedudukan di tengah-tengah jalan perdagangan,

tetapi kedudukan Melaka di Selat Melaka merupakan satu kelebihan kerana selat ini mesti

dilalui oleh semua pedagang yang pergi ke mana-mana destinasi. Selain itu, Melaka

mempunyai pelabuhan-pelabuhan semulajadi yang memudahkan kapal-kapal besar memasuki

pelabuhannya. Kedudukan Melaka juga berhampiran dengan pusat pengeluaran sumber asli

Asia Tenggara seperti hasil hutan, laut, galian, pertanian, dan rempah menjadikannya pusat

perdagangan entreport yang bertaraf antarabangsa. 3

Bentuk muka bumi di sekitar kawasan Melaka adalah berbukit bukau yang membantu

Melaka dari segi panduan untuk kapal dagang keluar dan masuk ke dalam pelabuhannya,

kubu pertahanan yang baik serta menjadi tempat yang strategik untuk memerhati dan

mengawasi keselamatan Selat Melaka dan kawasan darat di sekitarnya.

ii. Sistem Pemerintahan

3 Lisa Yip Shukye & Jais Abdul Hamid, (2012). Sejarah Politik Malaysia Sehingga Awal Abad ke-20. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd. (Hlm:17)

5

Page 6: ESEIMMEN

Sesebuah kerajaan yang wujud akan ada masyarakat dan pemerintah sebagai tulang

kerajaaan, dengan itu lahirnya sesuatu sistem, maka anggota masyarakat akan berupaya hidup

dengan teratur dan tersusun kerana dipandu oleh fakta, prinsip, dan peraturan hidup

bermasyarakat. Secara tidak langsung, hal ini dapat dikaitkan dengan hal ehwal pentadbiran

politik juga. Parameswara merupakan tokoh politik Melaka yang berjaya mengasaskan negeri

Melaka. Parameswara menggunakan pengalaman yang untuk menyusun sistem pemerintahan.

Sistem politik Kesultanan Melayu Melaka diterajui oleh raja dan dibantu oleh

golongan pembesar serta serba sedikit dari golongan bangsawan. Menteri yang penting sekali

kedudukannya di Melaka ialah Bendahara (gelaran seperti Paduka Raja dan Seri Maharaja).

Beliaulah yang berurusan dengan saudagar-saudagar asing serta menjadi penimbang tara

dalam pertikaian antara orang Melayu dengan orang asing dan antara sesama orang Melayu

sendiri. Apabila ketiadaan sultan, Bendahara akan mendapat hak untuk memangku tugas

sultan dengan di bantu oleh Penghulu Bendahari dan Seri Bija Diraja.4 Bendahara yang asal,

walaupun berketurunan bangsawan bukanlah keturunan raja. Namun begitu, mengikut

keluarga Bendahara telah bersemenda dengan keluarga raja Melaka dan dengan itu

memperoleh kuasa yang lebih besar, lazimnya menentukan hak menaiki takhta kerajaan. 5Antara tugas lain seorang Bendahara ialah menjadi ketua turus tentera, ketua hakim dan

ketua di balainya sendiri.

Pembesar yang kedua di Melaka ialah Penghulu Bendahari, iaitu ketua seluruh

Syahbandar dan berkuasa memungut segala hasil negeri. Tugasnya yang utama ialah

memegang harta benda dan hasil mahsul kerajaan. Beliau juga menjadi wakil menerima ufti

dari kawasan jajahan takluk Melaka dan boleh dititahkan untuk mengetuai angkatan perang

Melaka menyerang negeri asing seperti Kampar. Pembesar ketiga dalam hierarki ialah

Temenggung yang kemudiannya telah melangkau kedudukan Penghulu Bendahari dan

dianggap sebagai pengganti Bendahara. Antara tugas-tugas awam Temenggung ialah

menguruskan makanan di balai istana, menghakimkan perbicaraan yang besar sebagai

Timbalan Ketua Hakim, menangkap orang yang melakukan kesalahan, membaiki keadaan

pasar dan pekan, dan ketua perancang bandar dan jalan raya. Manakala tugas utama

Temenggung ialah menjaga keselamatan negeri Melaka dan dalam hubungan itu beliaulah

yang berkuasa atas polis serta bertindak sebagai Ketua Majistret (menurut istilah moden).

4 Muhammad Yusof Hashim, (1990). Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. (Hlm:139).5 Lisa Yip Shukye.Jais bin Abdul Hamid. (2012). Sejarah Politik Malaysia Sehingga Awal Abad Ke-20. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd. (Hlm: 20)

6

Page 7: ESEIMMEN

Temenggung Melaka biasanya dilantik daripada kalangan keluarga pembesar-pembesar

Melaka itu sendiri.

Selepas Temenggung ialah Laksamana. Dikatakan Laksamana merupakan pembesar

tentera yang setaraf dengan Bendahara. Beliau mengetuai pentadbiran tentera di samping

menjadi Panglima Pengawal Raja. Jawatan Laksamana dianggap sama dengan Panglima

Angkatan Laut disebabkan cabang tentera yang efektif pada zaman itu ialah angkatan laut.

Orang pertama yang memegang jawatan Laksamana yang dicipta pada masa Sultan Mansur

Syah ialah Hang Tuah.

Sistem Pembesar Empat Lipatan terdiri daripada kumpulan pembesar yang menjadi

pegawai tadbir Kerajaan Melaka. Dalam sistem pentadbiran ini, sultan mengetuai teraju

pemerintahan. Baginda dibantu oleh empat orang pembesar yang dikenali sebagai Pembesar

Berempat. Mereka terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan

Laksamana. Pembesar Berempat dibantu oleh Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas,

dan Pembesar Tiga Puluh Dua.

iii. Ekonomi

Kurun ke-15, Melaka telah berkembang menjadi sebuah emporium yang penting. Kegiatan

ekonomi di Melaka pada abad ke-15 dibahagikan kepada dua jenis iaitu ekonomi sara diri dan

ekonomi perdagangan. Ekonomi sara diri melibatkan kegiatan seperti bercucuk tanam

khususnya sayur-sayuran dan padi, berdusun, memungut hasil-hasil hutan, menangkap ikan,

berburu, menternak binatang serta membuat kraf tangan. Kegiatan tanam padi mula wujud di

Melaka dengan kemunculan kerajaan Melaka. Orang Melaka hanya mengeluarkan sedikit

sahaja beras bagi menampung keperluan penduduk. Oleh itu, Melaka import beras dari Siam,

Palembang dan Jawa. Sayur-sayuran ditanam untuk keperluan keluarga dan hanya akan dijual

sekiranya ada lebihan. Seterusnya kegiatan berdusun yang dijalankan oleh orang Melaka.

Mengikut Tom Pires, Sultan Iskandar serta 1 000 orang pengikutnya telah menebas hutan

untuk menanam pokok dan membuat dusun. Antara tanaman yang ditanam ialah tebu,

pisang, nanas dan lain-lain.

Kegiatan menangkap ikan dan hasil laut turut dilakukan oleh orang Melaka. Ikan

merupakan sumber protein yang khusus bagi orang Melayu. Sultan Iskandar Syah serta

7

Page 8: ESEIMMEN

pengikutnya pernah menjadi nelayan semasa berada di Muar bagi menampung keperluan

seharian. Kegiatan menangkap ikan dan memungut hasil laut juga dilakukan oleh orang laut.

Kebanyakan orang Melaka bergantung hidup dengan aktiviti penangkapan ikan. Mereka

menggunakan perahu yang diperbuat daripada kayu bulat yang ditebuk menjadi perahu.

Selain itu, penduduk Melaka juga menjalan kegiatan berburu untuk menampung kehidupan

seharian mereka. Kegiatan memburu merupakan aktiviti yang diwarisi dan kegiatan memburu

juga merupakan aktiviti raja-raja Melayu Melaka. Rakyat biasa juga melakukan kegitan

berburu jika mereka tidak terlibat dalam aktiviti perdagangan. Kegiatan berburu ini

dijalankan sebagai aktiviti sampingan untuk menambah pendapatan. Di samping itu, kegiatan

penternakan binatang secara kecil-kecilan juga merupakan sebahagaian daripada kegiatan

ekonomi sara diri penduduk di Melaka. Antara binatang ternakan ialah kambing, kerbau,

lembu ayam, itik dan sebagainya. Di Melaka telah dikatakan bahawa Bendahara Seri

Maharaja pernah membela kerbau dan binatang-binatang yang lain. Kegiatan memungut

hasil hutan juga merupakan kegiatan ekonomi sara diri yang dilakukan oleh penduduk

Melaka. Antara hasil hutan yang dikutip ialah rotan, damar dan getah jelutong. Kegiatan ini

dijalankan kerana mereka banyak bergantung hidup dengan persekitaran seperti sungai,

hutan dan tanah pertanian. Hasil pertanian ini mendapat pemintaan yang baik daripada

pedagang luar. Selain daripada aktiviti pertanian, kegiatan pertukangan kayu, besi dan kraf

tangan turut ada di Melaka. Pertukangan kayu yang telah dihasilkan seperti pembinaan

perahu, rumah dan istana. Ketukangan besi pula melibatkan penciptaan senjata. Barangan

kraf tangan seperti bubu dan tikar mengkuang turut dihasilkan daripada rotan, buluh dan

kayu.

Kegiatan ekonomi lain di Melaka yang telah menyebabkan Melaka mencapai

kegemilangan dan kemahsyuran ialah ekonomi perdagangan. Kegiatan perdagangan di

Melaka merupakan warisan dan penerusan aktiviti ekonomi masyarakat peribumi yang telah

berjalan sejak dari zaman awal Kerajaan Melayu Langkasuka dan Srivijaya iaitu dari abad

ke-7 hingga abad ke-13.6 Kegiatan ini dijalankan secara kecil-kecilan dan besar-besaran.

Perdagangan secara kecil-kecilan dilakukan oleh rakyat biasa yang berjaja di pasar-pasar dan

ada yang menggunakan perahu kecil. Bagi golongan pembesar, kegiatan perdagangan

diwakilkan kepada kiwi untuk berurus niaga bagi pihaknya.7 Aktiviti perdagangan besar-

6 Muhammad Yusoff Hashim, 1989, Kesultanan Melayu Melaka : Kajian beberapa aspek tentang Melaka pada abad ke-15 dan abad ke-16 dalam sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka,(hlm:236).7 Hal ini diterangkan dengan jelas dalam Fasal 10, Undang-undang Laut Melaka. Winstedt dan de Jong (eds), Maritime Laws,(hlm:39).

8

Page 9: ESEIMMEN

besaran melibatkan urus niaga dengan pedagang luar. Menurut kata Tom Pires, ‘sebegitu

penting serta menguntungkan hingga pada pandangan saya tiada bandingannya dalam dunia

ini’.8 Hal ini menunjukkan bahawa pada abad ke-15 dan ke-16 Melaka adalah sebuah

kerajaan yang agung sebagai pusat perdagangan. Mengikut Sejarah Melayu, Melaka digelar

oleh orang Arab sebagai “Malakat” iaitu perhimpunan segala dagang-dagang. Ini bermakna

pedagang-pedagang dari seluruh dunia melakukan aktiviti perdagangan di pelabuhan Melaka

pada abad ke-15 dan abad ke-16. Pedagang-pedagang ini terdiri daripada pelbagai bangsa.

Dari segi sejarahnya ternyata bahawa Melaka adalah sebuah negara kota dan pelabuhan yang

cukup terkenal, khasnya pada abad ke-15 dan abad ke-16.9

Dalam sistem perniagaan ekonomi di Melaka, pengunaan matawang juga adalah

penting. Melaka memang peka terhadap kemajuan ekonomi perdagangan terutama dalam

menghadapi transaksi urusan perniagaan. Urusan perniagaan mempunyai dua bentuk iaitu

melalui sistem tukar barang dan menerusi proses penjualan dan pembelian.10 Matawang yang

digunakan dalam urusan jual beli adalah diperbuat daripada ‘colains’ iaitu dalam bentuk

timah. Wang hanya mula diperkenalkan pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah.11

Pada permukaan duit tersebut terdapat nama sultan yang memerintah ketika itu. Tom Pires

mendakwa bahawa pengenalan dan penggunaan wang logam ini adalah pengaruh langsung

dari tradisi perniagaan Pasai.12 Emas dan perak juga digunakan dalam urusniaga dan bukan

sahaja untuk dijadikan barang pasaran. Pertukaran matawang berlaku apabila orang tempatan

melakukan urusan jual beli dengan Pasai. Hal ini dibuktikan apabila seratus colains dikatakan

bersamaan dengan tiga cruzades. Selain itu, penggunaan sukatan dan timbangan dalam

urusan perniagaan juga digunakan di Melaka. Sukatan dan timbangan ini biasanya diukur

dengan menggunakan unit tahil dan kati iaitu setahil sama dengan enam belas mas serta

dijalankankan mengikut ‘old custom peribumi’.13 Terdapat banyak jenis ukuran yang

8 Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya, 1983, Sejarah Malaysia, Petaling Jaya, Macminllan Publisher(M) Sdn. Bhd, (hlm:42).9 Sejarah Malaysia 1400-1641; Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1999, (hlm:181).

10 Muhammad Yusoff Hashim, 1989, Kesultanan Melayu Melaka : Kajian beberapa aspek tentang Melaka pada abad ke-15 dan abad ke-16 dalam sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, (hlm: 255).

11 Saran Singh, The Encyclopedia of the Coins of Malaysia, Singapore and Brunei 1400-1986. Kuala Lumpur: Malaysia Numismatic Society Publication 1985, (hlm 4-8).

12 Ibid, hlm 25513 Muhammad Yusoff Hashim, 1989, Kesultanan Melayu Melaka : Kajian beberapa aspek tentang Melaka pada abad ke-15 dan abad ke-16 dalam sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 254.

9

Page 10: ESEIMMEN

digunakan. Emas dan perak, bahan wangian, kapur, kelembuk, dan permata ditimbang

dengan menggunakan ukuran kati.

Kekayaan hasil mahsulnya (hasil sesebuah negeri) juga menjadi salah satu faktor yang

membawa kepada kegemilangan  Kerajaan Melayu Melaka. Faktor inilah yang menjadi daya

penarik  kepada masyarakat antarabangsa untuk   tertumpu di negeri Melaka. Hal ini

disebabkan mereka menyedari  tentang tingginya nilai  hasil mahsul yang terdapat di Melaka

ini. Antara hasil hutan  iaitu  cengal, damar, rotan dan sebagainya. Selain itu Melaka turut 

masyhur disebabkan kekayaan  hasil rempahnya. Sebagai buktinya, kira-kira pada tahun

1506, Raja Portugal telah mendapat maklumat tentang kemakmuran  perdagangan Melaka.14

Antara maklumat yang  diperolehinya itu adalah  dihantar oleh  Vasco da Gama iaitu ahli

pelayaran  barat. Malah dalam Regimento, pada tarikh 16 April 1506, Raja Portugal antara

lain telah membangkitkan tentang  hal ehwal Melaka. Antaranya mengenai  kekayaan dan

hasil mahsulnya, kebesaran negeri Melaka  raja-raja Melaka, tentang orang Islam,

perdagangan yang  berlangsung di Melaka, harga-harga barang serta  kegiatan perkapalannya.

Pegawai  kerajaan  yang menjalankan tugas dalam pentadbiran pelabuhan ialah

Shahbandar. Shahbandar bertanggungjawab untuk mengendalikan cukai pelabuhan,

menerima wakil pedagang dari luar negeri, menyediakan rumah tumpangan untuk pedagang

dari luar negeri  dan menyediakan kawasan perkampungan saudagar. Pedagang Melaka pula

hanya  dikehendaki membayar cukai  sebanyak tiga peratus  dari nilai hasil dagangannya.

Cukai harta juga dikenakan  oleh Kerajaan Melaka  ke atas setiap  hartanah atau rumah yang

telah dijual.  Malah mereka juga perlu  mendapat  keizinan sultan atau pembesar sebelum

menjual sebarang  harta mereka. Setiap hasil daripada kutipan cukai  yang dikenakan akan 

digunakan untuk  pembiayaan pertahanan Melaka dan  juga  pembiayaan ekonomi kaum 

kerabat. Peranan penghulu dan pembesar tempatan juga adalah sangat penting untuk

mempastikan suasana politik yang stabil agar kegiatan ekonomi dapat berjalan lancar.

Misalnya peranan Tun Perak sebagai Penghulu Klang yang akhirnya menjadi Bendahara

Melaka di zaman Sultan Muzaffar Shah, adalah seorang tokoh pembesar yang benar-benar

bijaksana dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya sehingga membawa kepada

kegemilangan Melaka dalam bidang ekonomi dan perdagangan.

iv. Hubungan Diplomatik

14 Sejarah Malaysia 1400-1641; Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1999, hlm 189.

10

Page 11: ESEIMMEN

Hubungan antara Melaka dan China bermula sejak awal pengasasan Melaka lagi. China akan

mengiktiraf kedudukan dan kekuasaan raja negara yang berkenaan di dalam negeri baginda

dan memberikan kemudahan-kemudahan perdaganagan yang sewajarnya. Ia juga

menentukan negara yang berkenaan tidak diserang oleh musuhnya.

Raja Iskandar Syah menyedari hakikat itu dan demi kepentingan kelangsungannya,

pada peringkat awal itu, ia perlu menjalinkan hubungan dengan china hubungan dua negara

ini berjalan dengan baik dan saling hormat-menghormati seterusnya ditandai dengan lawatan-

lawatan antara kedua-dua pihak bagi mengukuhkan lagi hubungan itu dan juga meningkatan

perdagangan dua hala. Raja Iskandar Syah memang menyambut baik tawaran persahabatan

tersebut. Dengan berbuat demikian baginda berharap negeri China akan dapat melindungi

Melaka dari musuh-musuhnya serta memartabatkan baginda dan meluaskan perdangan

Melaka. Harapan baginda tidaklah sia-sia kerana negeri China berusaha supaya Melaka tidak

diganggu oleh musuh-musuhnya terutamanya Siam yang pada ketika itu masih giat

mengambil langkah mempertegaskan keunggulannya disamping untuk membalas dendam ke

atas baginda yang telah merampas kuasa dari Gabenor di Singapura duhalu.

Selepas Yin Qing, seorang lagi Laksamana China yang beragama Islam telah dihantar

oleh Maharaja Wangsa Ming iaitu Yung Lo untuk melawat Melaka pada tahun 1405 Masishi.

Beliau ialah Laksmana Cheng Ho (atau Zeng He) telah dihantar ke “Lautan Barat “, termasuk

Melaka dengan tujuan mengeratkan lagi persahabatan antara kedua negara. Iskandar Syah

menyambut baik ketibaan rombongan Laksamana Cheng Ho itu yang dianggarkan tiba pada

tahun1406 Masihi. Laksaman Cheng Ho datang semula ke Melaka pada tahun 1409 Masihi.

Tetapu sebelum beliau sampai ke Melaka, beliau telah diperintahkan supaya singgah ke Siam

dahulu. Tujuannya ialah memberi amaran kepada Siam supaya jangan melakukan serangan

ke atas Melaka kerana Melaka adalah negara sahabat. Lebih-lebih lagi beliau telah membawa

pula watikah pengiktirafan maharaja Yung Lo ke atas Raja Iskandar Syah (Parameswara)

sebagai raja dan pemerintah Melaka yang sah dan berdaulat, barangkali sebagai barang-

barang yang pernah dilarikan oleh pihak Siam pada tahun 1407 Masihi dahulu.

Pengiktirafan ke atas Raja Iskandar Syah telah pun diberikan oleh Maharaja Yung Lo

pada tahun 1405 Masihi, sebaik-baik sahaa rombongan Melaka yang dibawa oleh Ying Qin

tiba ke negeri China. Baginda Maharaja Yung Lo telah menganugerahkan sekaki payung

berwarna kuning, pakaian kebesaran dan sebuah cop mohor (cap kempa) sebagai tanda

pengiktirafan. Bagi Iskandar Syah dan negeri Melaka sendiri sudah tentulah pengiktirafan

oleh suatu kuasa besar itu merupakan perkara.

11

Page 12: ESEIMMEN

Pada tahun 1407 pula, Parameswaa pula telah menghantar utusannya ke China dan

pada tahun 1409, Raja China telah menghantar Laksamana Cheng Ho untuk melawat Melaka

dan membawa bersama Parameswara, isteri dan anak Parameswara serta para pembesar

Melaka iaitu seramai 540 orang ke China pada tahun 1411. Maharaja China kemudiannya

telah menganugerahkan Raja Melaka sebuah kapal untuk beliau kembali ke Melaka.15

Rombongan tersebut dianggap sebagai rombongan asing terbesar melawat China pada zaman

Dinasti Ming. Maharaja Ming telah mengarahkan kerajaan tempatan menjamu tetamu asing

selama perjalanan mereka menuju ke Nanjing, ibu kota Dinasti Ming. Maharaja Ming Zhu

sendiri telah menerima kunjungan Parameswara dan rombongannya di balairung Feng Tian.

Selain diadakan jamuan yang besar, maharaja Ming telah menyampaikan berbagai

cenderamata berharga kepada tetamu dari Melaka. Parameswara juga telah dihadiahkan

berbagai cenderamata berharga dari maharaja Ming pada 1 haribulan ke-8 di balairung

Wumeng. Rombongan Parameswara telah berada di China selama 3 bulan dan mereka telah

dilayan dengan penuh penghormatan oleh Maharaja Ming.16

Pada 1413 Masihi, satu lagi rombongan yang diketuai oleh Seri Diraja seramai 165

orang dengan tujuan meluaskan perdagangan dan mengeratkan pershabatana dengan China.

Selain itu, rombongan 1413 Masihi ini adalah bertujuan untuk memberitahu Maharaja Chna

bahawa Raja Iskandar Syah telah mangkat dan putera baginda telah menaiki takhta kerajaan

Melaka menggantikan ayahandanya. Di samping itu, baginda juga memberitahu Maharaja

China bahawa baginda telah memeluk agama Islam. Namun demikian, dasar persahabatan

Melaka terhadap negeri China tidak berubah, baginda berharap maharaja China tidak

mengubah dasarnya terhadapa negeri Melaka. Maharaja China telah memberikan

pengiktirafan kepada Mahkota Iskandar Shah dan menghadiahkan baginda dengan barang-

barang berharga seperti emas, perak dan kain dewangga mahkota, ikat pinggang dan pakaian

kebesaran. Ini sebagai membalas hadiah-hadiah yang diberikan rombongan Melaka itu

kepada baginda. Dengan jaminan itu, rombongan Melaka itu berlayar kembali ke Melaka

untuk meneruskan usaha untuk membangunkan negara.

Kepesatan Melaka semasa pemerintahan Mahkota Iskandar Syah telah menimbulkan

rasa irihati yang berterusan kepada pihak Siam yang merancang usaha untuk menceroboh

Melaka. Khabar tentang niat Siam ini telah sampai ke Melaka. Berikutan itu, Mahkota

Iskandar Syah telah mengetuai rombongan untuk melawat ke China, rombongan itu bertolak

pada 1419 Masihi. Mereka telah disambut dengan baik dan meriah oleh Maharaja Yung Lo.

15 R.O. Winstedt, A History of Malaya, hal. 47 ; Victor Purcell, The Chinese in Malaya, hal. 18.16 Kong Yuanzhi, Pelayaran Zheng He dan Alam Melayu, hal. 67-68.

12

Page 13: ESEIMMEN

Dalam pertemuan ini antara kedua-duanya, baginda antara lain memberitahu maharaja itu

tentang ancaman Siam. Maharaja Yung Lo berjanji akan mengambil tindakan yang

sewajarnya terhadap negara yang mengancam hendak mencerobohi Melaka itu. Ekoran

daripada aduan itu, Maharaja Yung Lo telah memberi amaran kepada pihak Siam agar tidak

menganggu Melaka .17 Dengan itu, ancamam dari Siam menjadi reda buat sementara waktu.

Hubungan yang erat dengan negeri China diteruskan lagi oleh pengganti Mahkota Iskandar

Syah yang mangkat pada 1424 Masihi.

Pada zaman kegemilangan Melaka, corak hubungan China bertukar menjadi ubungan

diplomatik dan bukan lagi sebagai negeri lindungan. Maharaja China mula menghormati

kerajaan Melaka dan menghadiahkan Puteri Hang Li Po sebagai isteri untuk Sultan Mansur

Syah. Perkahwinan ini merupakaan titik permulaan campur tangan negeri Melaka campur di

negeri Melaka. Ia telah melahirkan suku kaum yang ada pada hari ini dikenali sebagai Baba

Melaka yang kebanyakannya beragama Islam. Dasar politik berbaik-baik dengan negara

China itu diteruskan oleh anak dan cucunya hingga tahun 1435. Sri Maharaja (Sultan

Muhammad Syah) ialah raja Melaka yang terakhir yang datang menghadap maharaja China

di Peking pada 26 Mei 1434 dan bertolak pulang ke Melaka dari Canton pada 28 April

1435.18

v. Agama Islam

Melaka menjadi pusat perkembangan agama Islam juga salah satu faktor yang menyebabkan

kegemilangannya. Hal ini dibuktikan apabila, Kedah dan Terengganu menjadi antara

kerajaan awal di Semenanjung Tanah Melayu yang menerima ajaran Islam. Kedah menerima

agama Islam di sekitar abad ke-9, iaitu dengan penemuan batu nisan di Tanjung Inggeris,

Kedah dan penemuan batu bersurat dari Kuala Berang Terengganu membuktikan agama

Islam telah bertapak di negeri tersebut pada abad ke-13 lagi. Melaka pula telah menerima

agama Islam pada abad ke 15 apabila Megat Iskandar Syah memeluk agama Islam.

Keunggulan Melaka sebagai pusat penyebaran Islam dapat membuktikan Melaka dapat

mempertahankan kegemilangannya.19 Pada abad ke 15, Melaka muncul sebagai pusat

penyebaran dan pengajian Islam. Ulama dan pendakwah dari pelbagai tempat seperti Arab

dan Pasai bertemu di Melaka untuk berdakwah .Ulama menjadi guru kepada sultan, pembesar

17 Wang Gungwu, 1968. “The First Three Ruler of Malacca”. JMBRAS, volume 41: 1 Julai, 1968, hlm.18.

18 Mohd Dahlan Mansoer, Pengantar Sejarah Nusantara Awal, hal. 7819 Abdul Aziz Zakaria,(1963).Portugis Dalam Sejarah Melaka.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

13

Page 14: ESEIMMEN

dan rakyat Melaka. Pendakwah pula berdakwah kepada rakyat jelata dan sanggup berkorban

untuk dihantar keluar untuk menyebarkan agama Islam.

Pemerintah juga memgambil berat terhadap pendakwah seperti tempat tinggal kepada

pendakwah. Pemerintah atau raja Melaka sendiri menyambut baik kedatangan agama Islam

iaitu dengan menganuti agama tersebut dan kemudian diikuti pembesar dan rakyat jelata.

Sultan Mansor Shah sanggup menghantar Tun Bija Wangsa ke Pasai untuk bertanyakan

mengenai hal-hal agama demi mendalami agama Islam. Sultan Melaka turut menyokong dan

melibatkan diri dalam berdakwah.Sultan Muzaffar Shah telah mendirikan beberapa institusi

agama seperti masjid madrasah dan surau iaitu tempat untuk mempelajari agama Islam dan

membaca kitab suci al-Quran. Melaka merupakan pusat pengajian ilmu tasawuf yang

terkenal. Ilmu tasawuf ialah ajaran untuk mengenali Tuhan serta mendekatkan diri kepada

Tuhan. Abdul Karim al-Jili merupakan ahli tasawuf yang terkanl di Melaka. Beliau

mengarang sebuah kitab iaitu Insan al-Kamil. Di istana Melaka kegiatan yang berkaitan

dengan agama Islam dijalankan seperti menterjemah kitab-kitab, menyadur kitab-kitab dan

menyimpan kitab agama Islam di perpustakaan. Antara kitab terkenal yang telah

diterjemahkan ialah Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah. Dalam

urusan pentadbiran pula, Sultan Melaka telah menerapkan nilai-nilai Islam seperti konsep

musyawarah. Kegigihan Melaka Menyebarkan Agama Islam ke Negara lain di Asia Tenggara

Tulisan Jawi juga telah disenaraikan daripada tulisan Arab dan digunakan sepenuhnya

dalam urusan rasmi, perkembangan kesusasteraan melayu, kitab-kitab agama. Penulisan dan

penterjemahan hasil karya Saduran Islam. Contohnya darul Manzun, Hikayat Muhammad Ali

Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Iskandar Dzulkarnain. Al-Quran telah menjadi

asas sistem pengaruh yang besar dalam budaya kehidupan orang Melayu.20 Agama Islam juga

mempunyai pengaruh yang besar dalam budaya kehidupan orang Melayu seperti dalam

kesenian corak ukiran di kubah masjid mimbar mihrab,menara azan, tempat berwuduk,

madrasah, batu nisan dan sebagainya. Tulisan juga terdapat dalam ukiran berbentuk bunga,

geometri, ayat al-Quran dan hadis Khat. Dari segi amalan yang dibuat kesan kegemilangan

Melaka, khatam, al-Quran, majlis kesyukuran dan kenduri arwah mula dipraktikkan.Usaha

gigih pemerintah Melaka mengembangkan agama Islam menyebabkan kedudukan Islam

semakin kukuh di Melaka. Melaka juga terkenal sebagai Serambi Makkah iaitu tempat umat

Islam belajar agama atau persinggah sebelum bertolak ke Tanah Suci Makkah untuk

20 Mustafa Mohd Isa,(1999).Kajian Teks Melayu Klasik Terpilih.Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distributors

14

Page 15: ESEIMMEN

menunaikan fardhu haji. Istana telah menjadi pusat kegiatan intelektual kerana kebanyakan

golongan yang tahu menulis dan membaca ialah kerabat diraja dan golongan bangsawan

vi. Memartabatkan Dan Mempertahankan Hak Serta Maruah Melaka

Kekuatan dalam memartabatkan dan mempertahankan maruah Melaka merupakan

antara langkah yang telah diambil oleh Melaka untuk mencapai kegemilangan. Kerajaan

Melayu awal seperti Srivijaya, Majapahit dan Melaka berjaya meluaskan kuasa kerana

mempunyai organisasi ketenteraan yang teratur dan sistematik. Kekuatan ketenteraan

menyebabkan mereka meluaskan wilayah dan meramaikan pengikut. Pasukan tentera dalam

Kesultanan Melayu Melaka diterajui oleh Raja dan dibantu oleh Laksamana, Bendahara,

Penghulu Bendahari dan Temenggung. Tentera di Melaka terdiri daripada tentera kerahan

dan tentera upahan. Tentera kerahan tidak dibayar upah dan berkhidmat atas dasar taat setia

kepada Raja. Raja dan tentera mempunyai kuasa yang besar untuk mengerah rakyat

berkhidmat sebagai tentera. Orang laut juga menjadi tentera upahan dan mereka tinggal di

pesisiran Selat Melaka. Terdapat juga tentera terlatih yang berkhidmat di istana dan rumah

pembesar. Peralatan perang yang digunakan oleh tentera Melaka ialah senjata tradisional

seperti keris, parang, badik, tombak, lembing , sumpitan dan sebagainya. Ada juga dalam

kalangan mereka yang mahir menggunakan alat-alat letupan seperti meriam besi dan tembaga

, rentaka, terkus, pemuras dan lotang. Alat-alat semboyan seperti gong, tambu dan gendang

perang digunakan dalam medan peperangan. Terdapat laporan yang menunjukkan pihak

Melaka telah menggunakan perahu atau lancaran yang diisi dengan minyak dan bahan

pembakar kayu serta dihalakan ke kapal-kapal Portugis. Tembak menembak dari daratan

menggunakan meriam oleh Melaka mendatangkan kecederaan pihak lawan. Dalam strategi

pula, dalam kajian Muhamad Yusof (2006) menyatakan bahawa Melaka telah menggunakan

strategi menggertak dan tindakan semacam perang psikologi untuk menakutkan pihak lawan

dengan menggunakan sejumlah perahu, tongkang, sampan dan sebagainya untuk

menunjukkan kekuatan. Pandangan bahawa Melaka agak terkebelakangan dari segi teknologi

tanpa memiliki merian, senapang, peluru dan sebagainya juga perlu diubah. Flor de La Mar

diketahui membawa pulang sejumlah ribuan pucuk meriam yang dirampas dari Melaka.

Menurut pandangan Muhamad Yusof (2006), teknologi pembikinan dan pengendalian tidak

rendah dibandingkan dengan teknologi Barat. Kesungguhan Melaka berjuang dan bertahan

terhadap pihak lawan menunjukkan kekuatan peperangan orang Melaka. Maklumat Giovanni

15

Page 16: ESEIMMEN

Da Empoli memperakui teknik penggunaan lancaran dan perahu berapi untuk memusnahkan

pihak Portugis.21 Pertahanan Melaka diperteguhkan di kawasan pantai dengan kayu kayan

dan juga meriam-meriam pelbagai jenis serta peti-peti berisi serbuk peluru. Misalnya, semasa

peperangan Portugis, tembakan bartalu-talu dari pantai ke laut disasarkan kepada pihak lawan

menyebabkan kebencanaan nyawa di pihak Portugis tidak kurang daripada 100 orang

terkorban atau cedera sebelum pertempuran terbuka meletus di daratan Kesultanan. Melaka

juga menggunakan gajah perang di medan peperangan bagi menjatuhkan pihak lawan. Hal ini

dibuktikan oleh Muhamad Yusof dalam bukunya Kisah Melaka 1511, iaitu menyatakan

barisan pertahanan Melaka berjuang habis-habisan termasuk menggunakan gajah perang(20

ekor).Malah Sejarah Melayu turut perakui Sultan Ahmad berjuang menggunakan gajah

perang sehingga baginda tercedera di tapak tangan.

vii. Sistem Perundangan

Sebelum kedatangan Islam ,masyarakat melayu mengamalkan undang-undang dan adat yang

dipengaruhi oleh agama Hindu. Setelah kedatangan Islam membawa perubahan yang besar

kepada Kesultanan Melayu Melaka seperti dalam perundangan. Pada zaman kesultanan

Melayu Melaka terdapat 2 buah teks undang-undang tradisional di Melaka. Undang-undang

tersebut ialah Hukum Kanun Melaka dan undang-undang Laut Melaka. Hukum Kanun

melaka merupakan buku undang-undang Melayu yang terawal sekali dalam sejarah

perundangan tanah air. Sistem undang-undang yang sedia ada membuktikan kepada dunia

bahawa betapa suatu masa dahulu Melaka adalah sebuah kerajaan yang makmur, lengkap

dengan segala peraturan-peraturan yang telah sedia ada. 22Kewujudan undang-undang ini

dapat dijadikan pemangkin kepada kekuatan politik kerajaan Melayu Melaka suatu masa

dahulu. Melaka mempunyai empayar yang luas dan mempunyai banayak jajahan takluk.

Kebanyakan negeri yang di bawah taklukan empayar Melaka seperti Johor dan Kedah banyak

menerima pengaruh daripada undang-undang Melaka. Negeri-negeri ini mengamalkan

undang-undang yang hampir sama seperti di Melaka.23

21 Mustafa Mohd Isa,(1999).Kajian Teks Melayu Klasik Terpilih.Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distributors22 Muhammad Yusof Hashim. 1990. Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm: 170

23 Mohd Jamil Mukmin. 2004. Melaka Pusat Penyebaran Islam Di Nusantara. Melaka. Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP). hlm:65

16

Page 17: ESEIMMEN

Hukum Kanun kesultanan Melaka merupakan sebuah teks undang-undang yang

dipakai di zaman kesultanan Melayu Melaka. Teks ini dapat memperlihatkan nilai kekuasaan

yang ada pada raja-raja melaka. Menurut sumber Sejarah Melayu, pada peringkat awal,

Hukum Kanun Melaka telah ditulis pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah.24

Kemudian teks ini telah dijadikan sebagai satu undang-undang yang lengkap pada zaman

pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Secara keseluruhannya, Hukum kanun Melaka

membincangkan tentang perkara yang berkaitan dengan undang-undang jenayah, muamalah

dan munakahat serta sistem dan peraturan pentadbiran negara. Penulisan Hukum Kanun

Melaka tidak dilakukan secara sistematik, di mana terdapat campur aduk antara undang-

undang Islam dan undang-undang Hindu. Namun, kebanyakannya Hukum kanun, jelas

kelihatan dalam undang-undang perkahwinan dan juga undang-undang jual beli serta

prosedurnya.

Undang-undang yang terdapat di Melaka seperti Hukum Kanun Melaka dikenali juga

dengan Undang-undang Darat Melaka atau Risalah Hukum Kanun. Hukum Kanun Melaka ini

mempunyai 44 fasal dan berkuatkuasa di seluruh Melaka serta kawasan takluk jajahannya. 25

Antara kandungannya yang terpenting ialah merangkumi tanggungjawab raja dan pembesar,

pantang larang di kalangan anggota masyarakat, perlaksanaan hukuman kesalahan jenayah

dan awam, undang-undang keluarga, permasalahan ibadat dan muamalat serta hukum

perhumaan. Undang-undang Islam yang terdapat di dalamnya secara jelas ialah undang-

undang keluarga. Dalam hal ini terdapat pencampuran antara hukum adat dan hukum syara’.

Contohnya, kesalahan jenayah membunuh sering ada pilihan antara hukum adat dengan

hukum syara’. Dalam fasal 14.2 sesiapa yang bersabit dengan pembunuhan, hakim

mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada hukum adat atau syara’ yang harus digunakan

ke atas pesalah. Dalam hukum kanun Melaka ini juga terdapat perbezaan antara kelas

bangsawan (raja), orang merdeka dan hamba ini bertentangan dengan hukum Islam.

Walaupun terdapat kepincangan, terdapat juga perundangan yang mengikut hukum syara’

antaranya ialah perwalian seseorang perempuan (Fasal 25.1), syarat sah ijab kabul dalam

perkahwinan (Fasal 25.2), hukum dan syarat saksi dalam pernikahan (Fasal 26), hukum-

hukum tentang penceraian dan perpisahan antara suami dan isteri (Fasal 27-28), hukum riba

(Fasal 30) dan hukum jual beli (Fasal 31.1 – 31.3).26 Selain itu, terdapat juga beberapa fasal

yang lain yang jelas menampakkan hukum syariah di dalamnya.

24 Fuziah Shaffie Ruslan Zainuddin. 2000. Sejarah Malaysia. Shah Alam . Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. hlm.5125 Ibid. hlm 7026 Ibid. hlm 89

17

Page 18: ESEIMMEN

Undang-undang laut Melaka merupakan satu ketetapan peraturan yang dibuat bagi

sesuatu pelayaran. Ia juga dikenali sebagai adat pelayaran Melaka. Kitab peraturan Pelayaran

dan Hukum Undang-undang Laut. Undang-undang Laut Melaka adalah sangat penting kerana

melaka sememangnya terlibat secara langsung dengan pelayaran antarabangsa yang

melibatkan pedagang asing. Dengan adanya Undang-undang laut Melaka ini, dapat

memastikan segala masalah yang berlaku di kawasan perairan dapat di atasi dengan mudah

dan berlandaskan Undang-Undang. Undang-Undang ini mengandungi tatacara jual beli di

atas kapal, peraturan pelayaran, bidang kuasa nakhoda dan tanggungjawab pegawai-pegawai

kapal. Selain itu, ia juga mengandungi hal ehwal peraturan dan sistem perkastaman, cukai

dan tanggungjawab serta bidang kuasa Syahbandar.

3.0 Penutup

Ketokohan yang unggul dan pengalaman Parameswara dan pembesar-pembesarnya, faktor-

faktor alam seperti kedudukan yang strategik terletak di kuala sungai yang berbukit, sungai

yang boleh dijadikan laluan dan jalan pengangkutan serta persekitaran tanah pamah yang

sedikit sebanyaknya boleh dijadikan kawasan pertanian. Selain daripada faktor alam, strategi

pentadbiran yang dilaksanakan oleh Parameswara juga memainkan peranan yang sangat

penting bagi kegemilangan kerajaan Melaka. Kemunculan Melaka sebagai pusat entrepot

membawa kepada aktiviti perdagangan yang sangat laris. Kewujudan bahasa melayu sebagai

bahasa ‘lingua franca’ telah memudahkan lagi dalam aktiviti perdagangan terutamanya

dengan pedagang-pedagang luar. Sistem perundangan yang sistematik, para pembesar yang

setia serta rakyat jelata yang taat telah menjamin keamanan dan keselamatan dalam negeri.

Tindakan Parameswara memeluk agama Islam menyebabkan berlakunya perluasan kuasa

Raja Iskandar Syah (Parameswara) dan mewujudkan empayar Melaka yang agung.

18

Page 19: ESEIMMEN

BIBLIOGRAFI

Zainal Abidin Abdul Wahid, (1997). Kesultanan Melayu Melaka: Pentadbiran Kunoatau

Moden. Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia. Hlm.1-2

Haryati Hasan, 2014. HSM 3013 Malaysia Melaka Hingga Negeri-Negeri Melayu Baru.

Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Lisa Yip Shukye & Jais Abdul Hamid, (2012). Sejarah Politik Malaysia Sehingga Awal Abad

ke-20. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd. (Hlm:17)

Muhammad Yusof Hashim, (1990). Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur:Dewan

19

Page 20: ESEIMMEN

Bahasa dan Pustaka. (Hlm:139).

Muhammad Yusoff Hashim, 1989, Kesultanan Melayu Melaka : Kajian beberapa aspek

tentang Melaka pada abad ke-15 dan abad ke-16 dalam sejarah Malaysia, Kuala

Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka,(hlm:236).

Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya, 1983, Sejarah Malaysia, Petaling Jaya,

Macminllan Publisher(M) Sdn. Bhd, (hlm:42).

Muhammad Yusoff Hashim, 1989, Kesultanan Melayu Melaka : Kajian beberapa aspek

tentang Melaka pada abad ke-15 dan abad ke-16 dalam sejarah Malaysia, Kuala

Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, (hlm: 255).

INTERNET

Zainal Abidin,(1990).Kerajaan Melaka Dalam Hubungan Antarabangsa.

http://kalammelayu.wordpress.com/2013/02/20/ilmu-perang-dalam-masyarakat-melayu-

bahagian-5/

Nur Fazlina Mariaty,(1996). Melaka dan Kedatangan Portugis.Selangor:Penerbit

Setiamas.http://library.perdana.org.my/Digital_Content/NLM/Batch4/DVD01/21

09/M959.5118NURSiriSejarah MelakaDanKedatanganPortugis%5BSitiZawiyahZakaria

%5D.pdf

20