Esemen Guru Dan Cabaran Semasa

5
PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS (PENTAKSIRAN PENGAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH) SCE 3111 NAMA: ZULHILMI BIN MUSTAPA NO KAD PENGENALAN: 910810-02-5991 KELAS: P8K NAMA SUBJEK: GURU DAN CABARAN SEMASA KOD SUBJEK: EDU 3093 NAMA PENSYARAH: DR NOR AIN TARIKH HANTAR:

description

Edu 3093

Transcript of Esemen Guru Dan Cabaran Semasa

Page 1: Esemen Guru Dan Cabaran Semasa

PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS

(PENTAKSIRAN PENGAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH)

SCE 3111

NAMA: ZULHILMI BIN MUSTAPA

NO KAD PENGENALAN: 910810-02-5991

KELAS: P8K

NAMA SUBJEK: GURU DAN CABARAN SEMASA

KOD SUBJEK: EDU 3093

NAMA PENSYARAH: DR NOR AIN

TARIKH HANTAR:

Page 2: Esemen Guru Dan Cabaran Semasa

2.0 KONSEP INOVASI DAN PERUBAHAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN YANG

DINAMIK.

Bagi memahami sejauh manakah inovasi dan perubahan berlaku di dalam dunia

pendidikan, maka pemahaman terhadap istilah inovasi, perubahan, pendidikan dan dinamik

perlu diketahui terlebih dahulu.

Kamus Dewan edisi Keempat memberikan takrifan inovasi sebagai sesuatu yg baru

diperkenalkan seperti kaedah, sistem dan adat. Menurut Universiti Teknologi di dalam laman

rasminya, inovasi bermaksud kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau

perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia

adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat

meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa

perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun

pengenalan teknologi.

Inovasi berlaku apabila munculnya kreativiti. Kreativiti boleh ditafsirkan sebagai

‘penghasilan idea’ (Yayasan Inovasi Malaysia). Kebolehan seseorang untuk menghasilkan

idea baru atau mengumpul idea adalah kebolehan kreatif. Idea baru ini boleh berupa idea

mudah atau kompleks. Apabila seorang kanak-kanak memikirkan sesuatu idea, walaupun

ianya idea nakal, kanak-kanak tersebut adalah seorang yang kreatif. Apabila seorang ahli

sains pula yang menghasilkan sesuatu idea, beliau ditakrifkan sebagai melatih kreativiti.

Oleh itu, kreativiti adalah suatu proses atau proses berfikir.

Kamus Dewan edisi Keempat pula menyatakan perubahan dapat diertikan sebagai

hal berubah, pertukaran ataupun peralihan. Pusat Rujukan Persuratan Melayu memberikan

takrifan dinamik sebagai bertenaga dan berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian

serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan. Inovasi dan perubahan sukar diberikan

taksiran yang membezakan antara kedua-dua istilah ini secara jelas kerana ianya saling

berkaitan.

Maka dapat disimpulkan bahawa inovasi dan perubahan di dalam dunia pendidikan

merupakan proses peralihan keadaan lama kepada keadaan baru menggunakan kaedah-

kaedah tertentu untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang bertenaga serta

mampu membuat penyesuaian dan kemajuan terhadap dunia pendidikan.

Banyak inovasi dan perubahan melalui penghasilan idea telah dirancang serta

dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Pembangunan kreativiti melalui

kurikulum persekolahan memerlukan model spesifik yang dapat diaplikasikan dalam semua

Page 3: Esemen Guru Dan Cabaran Semasa

disiplin ilmu. Namun inovasi dan perubahan ini perlu dilihat pada peringkat perlaksanaannya

di sekolah-sekolah dan institut-institut pengajian bagi mengenalpasti adakah inovasi dan

perubahan ini memastikan dunia pendidikan peringkat sekolah di Malaysia bersifat dinamik.

3.0 INOVASI DAN PERUBAHAN YANG DILAKSANAKAN DI SEKOLAH DALAM

MALAYSIA

Inovasi yang dilaksanakan diperingkat sekolah berlaku dalam tiga bentuk

(Kementerian Pendidikan Malaysia) iaitu daripada aspek strategi pengajaran, penggunaan

teknologi dan perkembangan persekitaran pembelajaran.

Empat strategi pengajaran inovatif yang diperkenalkan oleh pihak Kementerian

adalah pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran

berasaskan elektronik, dan pembelajaran berasaskan laman sesawang. Hasil tinjauan saya

ketika berpraktikum di sekolah, saya mendapati keempat-empat strategi ini dijalankan.

Keempat-empat strategi ini saling berhubung kait dan dilaksanakan dalam beberapa

program tertentu. Antara program yang di jalankan di sekolah bagi memenuhi kehendak dan

menepati strategi-strategi pengajaran inovatif ini adalah pelancaran program FROG VLE

dan i-TRIM. Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem pembelajaran

berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan

konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat

memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat

menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi

dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah

dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet.

Stategi pembelajaran berasaskan projek diterapkan di dalam Kurikulum Standad

Sekolah Rendah. Perkara ini dapat dilihat melalui aktiviti murid-murid menyiapkan projek

dalam matapelajaran-matapelajaran tertentu seperti Matapelajaran Dunia Sains dan

Teknologi. Antara projek yang dijalankan adalah menyediakan litar elektonik ringkas arus

terus. Murid-murid juga boleh mengakses ke dalam internet untuk mendapatkan maklumat

tambahan tentang projek yang dijalankan oleh mereka. Perkara seperti ini mewujudkan

suasana pembelajaran secara berterusan sama ada di rumah ataupun di sekolah. Ibu bapa

turut mampu melihat hasil kerja dan pembelajaran anak-anak mereka melalui penggunaan

program FROG VLE.

Page 4: Esemen Guru Dan Cabaran Semasa

Perkara ini menunjukkan bahawa dunia pendidikan di negara kita sentiasa

berkembang ke arah yang lebih baik di mana bebanan murid turut berjaya dikurangkan.

Program seperti ini menggalakkan murid untuk menunjukkan minat dalam pembelajaran

kerana strategi-strategi pengajaran inovatif ini menarik dan bersifat interaktif. Selain itu,

murid-murid juga mengalami proses pembelajaran dalam keadaan yang menyeronokkan

kerana program berpusatkan teknologi maklumat (TM) ini membantu murid menguasai isi

pelajaran sambil menggunakan peranti-peranti yang terdapat di dalam sekolah. Suasana

pembelajaran menjadi lebih aktif dan membantu melahirkan modal insan kelas pertama

dengan kaedah yang lebih cekap dan berkesan dengan proses penerokaan terhadap

pelajaran yang tiada sempadan.

Perlaksanaan program-program inovatif ini turut memperlihatkan perubahan besar

yang berlaku di sekolah-sekolah. Antaranya adalah sistem pentaksiran yang berpusatkan

TM. Guru-guru boleh menyediakan lembaran kerja menggunakan perisian tertentu

mengikut kesesuaian tugasan dan mengedarkannya kepada murid-murid melalui program

FROG. Selain itu, kemudahan di sekolah seperti capaian internet dan penggunaan komputer

turut meningkat. Suasana sekolah juga turut mengalami perubahan yang positif. Guru-guru

mula menggunakan komputer riba mereka dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Maka inovasi dan perubahan yang berlaku di dalam dunia pendidikan di Malaysioa

membantu sistem pendidikan Malaysia menjadi lebih aktif dan mampu berkembang ke tahap

yang lebih tinggi dalam melahirkan modal insan kelas pertama.

4.0 PERSEDIAAN GURU DALAM MENGHADAPI SISTEM PENDIDIKAN YANG DINAMIK

Tuntutan abad ke-21 dilandaskan kepada tuntutan Wawasan 2020 dan Wawasan

Pendidikan. Selari dengan tuntutan-tuntutan tersebut penyediaan sumber manusia berkualiti

hendaklah dihasilkan oleh sistem pendidikan kita. YAB Perdana Menteri telah menggariskan

ciri-ciri generasi yang hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf baru akan datang iaitu kaya

maklumat (termasuk sains dan teknologi), kekuatan minda (krestif dan proaktif), nilai-nilai

luhur dan murni (termasuk penyayang), semangat jati diri, jaya diri dan keusahawanan, dan

keterampilan.

Untuk menentukan kehendak ciri-ciri manusia berkualiti tersebut dapat dihasilkan, maka

para pendidik dan guru-guru pelatih, Kementerian Pendidikan Malaysia menetapkan garis

panduan supaya seorang guru perlulah dilengkapkan dengan ciri-ciri berikut.

Menguasai subjek (kandungan kurikulum)

Page 5: Esemen Guru Dan Cabaran Semasa

Mahir dan berketerampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)

Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka

Memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)

Memiliki kemahiran kaunseling

Menggunakan teknologi terkini

Dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir

Boleh bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain, dan

Memiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik.

Membentuk Masyarakat Madani

Pendidik yang profesional dapat menangani pengajaran dan pembelajaran yang dapat

membudayakan masyarakat dengan amalan akhlak dan nilai-nalai murni. Perkembangan

dan kemajuan dunia boleh mempengaruhi gaya hidup dan akhlak masyarakat kita. Usaha

mengimbangkan perkembangan dan kemajuan dunia aspek teknologi maklumat dan industri

hi-tech, dengan pembentukan rohaniah dan ketahanan diri diberikan perhatian serius. Maka

konsep masyarakat madani merupa wadah untuk membudayakan masyarakat Malaysia.

Kurikulum dalam sistem pendidikan kita sama ada secara formal atau tidak formal, mampu

menyusun dan membentuk masyarakat madani. Dalam merancang pelaksanaan konsep ini

beberapa perkara mesti diberi perhatian:

Prinsip berteraskan keimanan dan moral yang menjamin keseimbangan antara kekebasan

perseorangan dengan kestabilan dan kesejahteraan masyarakat

Mendorong perkembangan indidvidu dari segi pemikiran, budaya, sosial, ekonomi, alam

sekitar dan teknologi

Sistem sosial yang cekap dan saksama serta perlaksanaan pemerintahan mengikut undang-

undang dan bukan nafsu atau kepentingan individu

Mengamalkan akhlak terpuji dan boleh diteladani

Page 6: Esemen Guru Dan Cabaran Semasa

Usaha mewujudkan masyarakat madani diharap dapat melahirkan warga negara yang

berpegang kepada teras keimanan dan ketuhanan, mempunyai ketahanan diri, memiliki

identiti bangsa Malaysia, tahap kepimpinan yang dinamik, berpandangan jauh, kreatif dan

inovatif, citra diri yang tinggi , berdisiplin dan amalan hidup yang cemerlang.