Evidens BM - UPSR 2013

9
BAHASA MELAYU KBSR - TAHUN ENAM RUJUKAN BUKU TEKS HALAMAN 1 - 14 KELUARGA KREATIF TEMA 1 KEKELUARGAAN KEMAHIRAN MEMBACA DAN MEMAHAMI A Baca dengan teliti dan fahami petikan di bawah ini. Labu Sayung Mak Yang Ani Kegiatan perusahaan seni tembikar tradisional di negeri Perak telah mula dikenali sejak zaman-berzaman. Perusahaan seni tembikar tradisional ini masih hidup di beberapa tempat di daerah Kuala Kangsar dan di daerah Perak Tengah. Melalui kudrat tangan dan ketajaman ilham manusia, maka terbentuklah tembikar yang memaparkan keindahan warisan tradisi yang sebahagian besarnya disempurnakan oleh kaum wanita. Seni tembikar ialah hasil seni kraf tangan yang diperbuat daripada tanah liat yang diuli, diterap dengan pelbagai corak, diasapkan serta dibakar untuk menghasilkan satu rupa bentuk yang sungguh berseni dan unik. Mak Yang Ani telah mengusahakan perusahaan seni tembikar tradisional ini sejak turun-temurun. Tembikar yang dihasilkan oleh keluarga Mak Yang Ani lebih dikenali sebagai Labu Sayung. Labu Sayung yang dipamerkan di gerai kraf tangan Mak Yang Ani pula terdiri daripada pelbagai saiz, corak dan warna yang cantik dan menarik. Perusahaan keluarga ini terletak di Kampung Sayung, di daerah Kuala Kangsar, Perak. Malah sebut sahaja Labu Sayung, maka tergambarlah akan keindahan bentuk seni labu yang berwarna kehitaman serta berkilauan. Mengikut sejarahnya, wujudnya labu hitam ini adalah daripada buah labu tua yang telah dikeluarkan isinya dan dibersihkan sebelum dijadikan bekas untuk menyimpan air minuman oleh masyarakat Melayu ketika itu. Suatu masa dahulu, labu hitam merupakan alat penting sebagai bekas menyimpan air minuman dalam majlis kenduri. Keistimewaan air yang disimpan di dalam labu hitam ini, airnya sejuk dan dipercayai boleh menawarkan beberapa jenis penyakit seperti batuk dan demam panas. Labu Sayung juga digunakan sebagai bekas air sewaktu menziarahi tanah perkuburan. Pembuatan Labu Sayung menekankan sifat semula jadi dengan menggunakan tanah liat yang terbaik. Mak Yang Ani juga menampilkan hiasan permukaan Labu Sayung dengan motif alam sekitar seperti motif bunga padi, pucuk rebung, bunga cengkih dan juga corak geometri yang harmoni. Labu Sayung Mak Yang Ani tetap dikagumi dan diminati bukan sahaja kerana penggunaannya semata-mata tetapi kerana keindahan seninya yang unik dan menarik berasaskan nilai estetika barangan tembikar tersebut. 1 kudrat - kuasa, tenaga, kekuatan 2 ilham - petunjuk daripada Tuhan 3 tembikar - barangan daripada tanah liat 4 motif - dasar atau corak pada lukisan 5 harmoni - sesuai, sepadan, selaras 6 estetika - berkaitan keindahan, cita rasa 1.1 Aras 1 (i) - Berinteraksi dengan pihak lain berkaitan sesuatu topik. 5.1 Aras 1 (i) - Membaca perkataan, rangkai kata, ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul. LESTARI KOSA KATA BIDANG ILMU Kemahiran Hidup NILAI MURNI Kerajinan KEWARGANEGARAAN Berusaha dan Produktif Kemahiran Merujuki Kamus 1 HHP : 1.1 Aras 1 (i) dan 5.1 Aras 1 (i)

description

 

Transcript of Evidens BM - UPSR 2013

Page 1: Evidens BM - UPSR 2013

BAHASA MELAYU KBSR - TAHUN ENAM RUJUKAN BUKU TEKS HALAMAN 1 - 14

KELUARGA KREATIF

TEMA 1 KEKELUARGAAN

KEMAHIRAN MEMBACA DAN MEMAHAMI

A Baca dengan teliti dan fahami petikan di bawah ini.

Labu Sayung Mak Yang Ani Kegiatan perusahaan seni tembikar tradisional di negeri Perak telah mula dikenali sejak zaman-berzaman. Perusahaan seni tembikar tradisional ini masih hidup di beberapa tempat di daerah Kuala Kangsar dan di daerah Perak Tengah. Melalui kudrat tangan dan ketajaman ilham manusia, maka terbentuklah tembikar yang memaparkan keindahan warisan tradisi yang sebahagian besarnya disempurnakan oleh kaum wanita. Seni tembikar ialah hasil seni kraf tangan yang diperbuat daripada tanah liat yang diuli, diterap dengan pelbagai corak, diasapkan serta dibakar untuk menghasilkan satu rupa bentuk yang sungguh berseni dan unik.

Mak Yang Ani telah mengusahakan perusahaan seni tembikar tradisional ini sejak turun-temurun. Tembikar yang dihasilkan oleh keluarga Mak Yang Ani lebih dikenali sebagai Labu Sayung. Labu Sayung yang dipamerkan di gerai kraf tangan Mak Yang Ani pula terdiri daripada pelbagai saiz, corak dan warna yang cantik dan menarik.

Perusahaan keluarga ini terletak di Kampung Sayung, di daerah Kuala Kangsar, Perak. Malah sebut sahaja Labu Sayung, maka tergambarlah akan keindahan bentuk seni labu yang berwarna kehitaman serta berkilauan. Mengikut sejarahnya, wujudnya labu hitam ini adalah daripada buah labu tua yang telah dikeluarkan isinya dan dibersihkan sebelum dijadikan bekas untuk menyimpan air minuman oleh masyarakat Melayu ketika itu.

Suatu masa dahulu, labu hitam merupakan alat penting sebagai bekas menyimpan air minuman dalam majlis kenduri. Keistimewaan air yang disimpan di dalam labu hitam ini, airnya sejuk dan dipercayai boleh menawarkan beberapa jenis penyakit seperti batuk dan demam panas. Labu Sayung juga digunakan sebagai bekas air sewaktu menziarahi tanah perkuburan.

Pembuatan Labu Sayung menekankan sifat semula jadi dengan menggunakan tanah liat yang terbaik. Mak Yang Ani juga menampilkan hiasan permukaan Labu Sayung dengan motif alam sekitar seperti motif bunga padi, pucuk rebung, bunga cengkih dan juga corak geometri yang harmoni. Labu Sayung Mak Yang Ani tetap dikagumi dan diminati bukan sahaja kerana penggunaannya semata-mata tetapi kerana keindahan seninya yang unik dan menarik berasaskan nilai estetika barangan tembikar tersebut.

1 kudrat - kuasa, tenaga, kekuatan 2 ilham - petunjuk daripada Tuhan 3 tembikar - barangan daripada tanah liat

4 motif - dasar atau corak pada lukisan 5 harmoni - sesuai, sepadan, selaras 6 estetika - berkaitan keindahan, cita rasa

1.1 Aras 1 (i) - Berinteraksi dengan pihak lain berkaitan sesuatu topik. 5.1 Aras 1 (i) - Membaca perkataan, rangkai kata, ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.

LESTARI KOSA KATA

BIDANG ILMU • Kemahiran Hidup

NILAI MURNI • Kerajinan

KEWARGANEGARAAN • Berusaha dan Produktif

Kemahiran Merujuki Kamus

1

HHP : 1.1 Aras 1 (i) dan 5.1 Aras 1 (i)

Page 2: Evidens BM - UPSR 2013

BAHASA MELAYU KBSR - TAHUN ENAM RUJUKAN BUKU TEKS HALAMAN 1 - 14

B Jawab soalan-soalan yang berikut. 1

2

3

Apakah proses terakhir bagi menghasilkan barangan kraf tangan daripada tembikar?

A Diuli C Diterap B Diasap D Dibakar Gerai Kraf Tangan Tembikar Tradisional Mak Yang Ani terletak di

A Negeri Perak B Perak Tengah C Kuala Kangsar D Kampung Sayung Air minuman yang disimpan di dalam labu hitam boleh mengubati penyakit

A batuk C jantung B sawan D selesema

4

5

Apakah bahan utama yang digunakan untuk membuat Labu Sayung?

A Tanah liat B Tanah hitam C Tanah merah D Tanah gambut Rekaan corak yang biasa terdapat pada permukaan pada Labu Sayung, kecuali

A bunga padi B pucuk rebung C pokok cengkih D corak geometri

PENGUASAAN PEMBENTUKAN KATA - KATA SEERTI

C Pilih kata seerti bagi kata yang bergaris dalam ayat di bawah. 1

2

3

4

Walaupun baru berumur tiga tahun, adik Norhana petah bercakap.

Perkataan seerti bagi petah ialah

A laju C fasih B bijak D lancar Rumah nenek masih kukuh walaupun telah lama dibina.

Perkataan seerti bagi kukuh ialah

A kuat C segak B ceria D usang Wak Lamin melontar seketul batu ke arah lembu yang memasuki kebun sayurnya.

Perkataan seerti bagi melontar ialah

A merejam C menyambut B membaling D melambung Mayat seorang wanita ditemukan dalam keadaan rentung di sebuah belukar.

Perkataan seerti bagi rentung ialah

A kejur C kejang B lebam D hangus

5

6

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah ini.

Kereta mainan kawalan jauh itu sangat laris di pasaran.

Perkataan seerti bagi laris ialah

A laku B cepat C murah D untung Sup daging lembu itu dimamah oleh Nordin berkali-kali sebelum ditelannya.

Perkataan seerti bagi dimamah ialah

A digigit B digerit C ditelan D dikunyah

5.2 Aras 1 (ii) - Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca. 6.1 Aras 1 (i) – Merujuki kamus untuk mencari makna, sebutan yang betul, ejaan dan penggunaan kata yang tepat.

HHP : 5.2 Aras 1 (ii)

HHP : 6.1 Aras 1 (i)

2

Page 3: Evidens BM - UPSR 2013

BAHASA MELAYU KBSR - TAHUN ENAM RUJUKAN BUKU TEKS HALAMAN 1 - 14

PENGUASAAN PEMBENTUKAN KATA - kata hubung

D Isi tempat kosong dengan jawaban yang paling sesuai. 1

2

3

4

Liza suka makan laksa ________ adiknya suka makan kueteow goreng.

A lalu C tetapi B serta D kerana Pasukan Naza akan menentang pasukan Perak FC ________ hari tidak hujan.

A jika C kerana B hingga D sementara Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah ini.

Ikmal tekun belajar ________ memperoleh keputusan yang cemerlang.

A agar C kecuali B serta D kerana Helmi dan Loh berteduh di perhentian bas ________ hujan turun dengan lebat.

A bila C apabila B maka D manakala

5

6

7

8

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah ini.

Nani ________ Noni tidak mahu terlepas peluang menyertai pertandingan tarian itu.

A biarpun C sekalipun B ataupun D mahupun Erna melompat-lompat ________ bertepuk tangan apabila melihat kakak pulang.

A lalu C sambil B malah D dengan Keluarga Manogaran mungkin berpindah ke Johor ________ ke Melaka.

A dan C serta B atau D kerana Encik Edward Hoo menebas semak samun ________ isterinya menyapu sampah.

A apabila C manakala B walaupun D sedangkan

E

1 Makanlah sayur-sayuran kerana ia mengandungi banyak protein.

Makanlah sayur-sayuran kerana sayur-sayuran mengandungi banyak protein.

2 Rahmat tidak datang latihan hoki petang semalam kerana ianya sakit perut.

Rahmat tidak datang latihan hoki petang semalam kerana ia / dia sakit perut.

3 “Aku hendak ke Pusat Sumber Sekolah”, kata Atirah kepada Cikgu Roshidah.

“Saya hendak ke Pusat Sumber Sekolah”, kata Atirah kepada Cikgu Roshidah.

4 “Mengapakah dikau berkumpul di sini?” Wawa bertanya kepada budak-budak itu.

“Mengapakah kalian berkumpul di sini?” Wawa bertanya kepada budak-budak itu.

5 “Laksanakan perintah baginda itu dengan segera,” Raja Melaka bertitah kepada Hang Tuah.

“Laksanakan perintah beta itu dengan segera,” Raja Melaka bertitah kepada Hang Tuah.

8.1 Aras 2 (i) - Membina ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung. 9.3 Aras 3 (i) - Menentukan kesesuaian susunan maklumat dengan mengemukakan alasan.

3

HHP : 8.1 Aras 2 (i)

RANJAU BAHASA Betulkan kesalahan bahasa di bawah ini. HHP : 9.3 Aras 3 (i)

Page 4: Evidens BM - UPSR 2013

BAHASA MELAYU KBSR - TAHUN ENAM RUJUKAN BUKU TEKS HALAMAN 1 - 14

PEMBUGARAN PENGGUNAAN KATA

Soalan 1 hingga Soalan 14

Isi tempat kosong dengan jawaban yang paling sesuai. 1

2

3

4

5

6

7

Sebagai ________, Baiduri Hashim telah berjaya menghasilkan sepuluh buah novel remaja.

A penyair C penyajak B pendeta D pengarang Tuan Haji Osman Saim dipilih sebagai “________ Jaya” pada tahun ini.

A Pengail C Pemburu B Pelawat D Peladang Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah ini.

Jamal dan Radzi sedang menaikkan ________ di padang bola sepak berhampiran rumah mereka.

A guli C bola B wau D gasing Encik Ahmad Redzuan bekerja sebagai ________ di Pejabat Pos Desa Pangkalan Baharu.

A polis C posmen B jurutera D wartawan “Taklimat Pertanian Akuakultur yang disampaikan oleh ________ jelas sungguh,” kata ayah.

A dia C kalian B kita D beliau “Kakak memanggil ________?” tanya Kalla Dewi dan Shanthi kepada kakaknya.

A aku C kami B kita D saya Penemuan bekas tapak kaki ________ di kebun limau itu mengemparkan penduduk kampung.

A Si Jalak C Pak Belang B Si Comel D Sang Rangkak

8

9

10

11 12

13

14

Zaidi mendapat pulangan lumayan hasil usahanya mengerjakan beberapa bidang ________.

A dusun C sawah B kolam D lombong Mak Cik Piah mengambil ________ beras untuk diberi kepada anak-anak ayam peliharaannya.

A sesuap C selonggok B sekepal D segenggam Beberapa ________ senapang lama kepunyaan tentera Jepun dijumpai di dalam gua itu.

A kaki C bilah B laras D batang Pemuda itu sedang mengikat beberapa ________ pandan untuk dimasukkan ke dalam raga buluh.

A ruas C pohon B kuntum D rumpun Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah ini.

“Berapakah harga ________ serai ini?” tanya Mak Cik Suraya kepada penjual itu.

A seikat C serumpun B sepapan D semayang Mohan membelikan ________ cincin berlian untuk hadiah hari lahir isterinya yang ke-25 esok.

A seutas C sebilah B seuntai D sebentuk Adik mengesat warna air yang tertumpah di atas meja itu dengan ________ kain.

A secebis C sebidang B selembar D sepasang

BAHASA MELAYU TAHUN ENAM : UNIT 1 – KELUARGA KREATIF

4

Page 5: Evidens BM - UPSR 2013

BAHASA MELAYU KBSR - TAHUN ENAM RUJUKAN BUKU TEKS HALAMAN 1 - 14

KEMAHIRAN MEMINDAHKAN MAKLUMAT

Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah.

CARA-CARA MENGHIAS KAWASAN RUMAH

1 menggantung langsir 2 menyusun sofa 3 menyapu sampah

4 menyiram pokok bunga 5 mengecat pagar

KAEDAH TRILAJUR MAKLUMAT

Siapa ? / Yang Mana? Buat Apa ? Alasan / Tempat / Masa

1 Puan Mahani hendak menggantung langsir baharu yang baru siap dijahitnya.

2 Encik Sazali sedang mengemas dan menyusun sofa di ruang tamu rumahnya.

3 Philip Han sedang menyapu sampah sarap di halaman rumahnya pada hari itu.

4 Micheal Han Ai Mei sedang menyiram pokok-pokok bunga di taman mini tersebut.

5 Puan Han mengecat pintu pagar rumah mereka kerana catnya sudah mulai pudar.

3.1 Aras 2 (ii) - Menyusun dan menyampaikan maklumat dengan menggunakan laras bahasa yang sesuai. 8.2 Aras 1 (i) - Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.

HHP : 3.1 Aras 2 (ii) dan 8.2 Aras 1 (i)

PANDUAN : SUNTIKAN KOSA KATA

5

KBT (KEMAHIRAN BERFIKIR)

• Menjana idea

Page 6: Evidens BM - UPSR 2013

BAHASA MELAYU KBSR - TAHUN ENAM RUJUKAN BUKU TEKS HALAMAN 1 - 14

KEMAHIRAN MELAHIRKAN IDEA

Kamu dan keluarga kamu pergi ke sebuah pasar raya untuk membeli-belah. Ceritakan suasana di pasar raya tersebut ketika itu.

Tuliskan karangan kamu itu selengkapnya.

KERANGKA IDEA

Info mengikut keluarga – ke sebuah pasar raya – sempena “Karnival Jualan Murah”

Idea 1 promosi menarik hati – iklan digantung dan ditampal – barangan disusun kemas Idea 2 barangan dipamerkan – keselesaan para pelanggan – harus bijak membuat pilihan Idea 3 keadaan agak bising – meninjau harga barangan – potongan harga, menjimatkan Idea 4 berbaris, membuat bayaran – sibuk memilih barangan – layanan mesra jurujual

Penutup berasa amat gembira – hajat telah tercapai – ayah membelikan permainan komputer Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah dengan pilihan jawaban yang betul. 4 digantung 6 meriah 0 permainan 1 jualan 8 beratur

2 hati 9 layanan 7 potongan 5 bijak 3 iklan

SUASANA DI PASAR RAYA Pada minggu lalu, saya mengikut keluarga saya ke sebuah pasar raya untuk membeli-belah. Pasar raya itu mengadakan .....(1)..... mega sempena “Karnival Jualan Murah”. Potongan harga barangan daripada 10% hingga 70% diberi bagi barangan terpilih.

Barangan yang dipromosikan disusun dengan kemas, rapi, dan kreatif bagi menarik .....(2)..... para pelanggan. Pelbagai .....(3)..... digantung dan ditampalkan pada rak-rak tertentu. Barangan yang disusun dengan sempurna dapat memudahkan para pembeli untuk mencari dan memilih barangan yang dikehendaki.

Sebahagian barangan .....(4)..... dan sebahagiannya pula dipamerkan di dalam kotak atau rak khas. Pelbagai cara dilakukan untuk keselesaan para pelanggan. Namun begitu, para pembeli juga haruslah .....(5)..... untuk membuat penilaian.

Keadaan di pasar raya itu juga amat .....(6)..... sekali. Para pelanggan meninjau harga barangan tersebut sebelum membelinya. Membeli barangan yang mempunyai .....(7)..... harga dapat menjimatkan kos perbelanjaan sesebuah keluarga.

Para pelanggan terpaksa .....(8)..... panjang untuk membuat bayaran. Jurujual di pasar raya itu pula sibuk melayan para pelanggan untuk mendapatkan barangan yang dikehendaki. Mereka sentiasa memberi .....(9)..... mesra kepada para pelanggan.

Selepas memilih beberapa jenis barang yang dihajatkan, emak beratur untuk membuat bayaran. Saya berasa sungguh gembira kerana dapat membeli .....(10)..... komputer yang saya idam-idamkan. Ayah bersetuju membelikan permainan tersebut kerana diberi potongan harga sebanyak 30% oleh pihak pasar raya tersebut.

8.1 Aras 1 (i) - Menulis pelbagai jenis ayat. 10.2 Aras 2 (i) - Mengenal pasti dan membetulkan kesilapan penggunaan kata dan struktur ayat.

HHP : 8.1 Aras 1 (i) dan 10.2 Aras 2 (i)

6

KBT (KEMAHIRAN BERFIKIR)

• Menghubung kait

Page 7: Evidens BM - UPSR 2013

BAHASA MELAYU KBSR - TAHUN ENAM RUJUKAN BUKU TEKS HALAMAN 1 - 14

KEMAHIRAN MELAHIRKAN IDEA

Kamu dan keluarga kamu pergi bercuti dan berkelah di tepi pantai. Ceritakan suasana semasa perkelahan kamu dan keluarga kamu itu.

Tuliskan karangan kamu itu selengkapnya.

PANDUAN KERANGKA IDEA (NARATIF)

Info berkelah di pantai Teluk Batik – sungguh menyeronokkan – dapat melapangkan fikiran

Idea 1 sampai di tempat perkelahan – ombak memukul pantai – tidak sabar hendak mandi Idea 2 menukar pakaian – berlari membawa pelampung – mandi di tempat selamat, cetek Idea 3 naik ke tebing pantai – Ibu sudah menyiapkan makanan – makan berselera sekali Idea 4 pelbagai gelagat pengunjung – berenang, bermain bola – membina istana pasir

Penutup matahari hampir terbenam – berangkat pulang – perkelahan yang menyeronokkan

TELUK BATIK LOKASI PERKELAHAN YANG MENARIK Saya dan keluarga saya telah pergi berkelah ke pantai Teluk Batik, Lumut, Perak. Berkelah di kawasan pantai yang popular itu sungguh menyeronokkan. Malahan, semasa kita berkelah kita juga dapat mengungkai fikiran yang kusut. Kami sampai di destinasi perkelahan kira-kira pada pukul 9:00 pagi. Alunan ombak yang memukul pantai seolah-olah mengalu-alukan kedatangan kami. Saya dan abang tidak sabar-sabar lagi untuk melabuhkan kaki di gigi pantai. Selepas menukar pakaian, ayah mengajak kami mandi. Apa lagi, kami pun berlari ke pantai dengan membawa pelampung masing-masing. Ibu berteriak sambil mengingatkan kami supaya tidak pergi jauh dari tepi pantai. Setelah puas berenang, kami naik ke tebing pantai. Ibu sudah pun menyiapkan makanan. Wah, memang amat berselera sekali kami makan pada tengah hari itu! Kemudian, kami berjalan menyusuri pantai dengan perasaan riang dan gembira. Ketika kami mengharungi pantai, pelbagai gelagat pengunjung dapat kami lihat. Ada yang berenang, bermain bola dan menunggang skuter air. Kanak-kanak pula begitu riang membina istana pasir dan mengutip kulit-kulit karangan laut. Apabila matahari hampir terbenam, kami sekeluarga pun berangkat pulang. Saya tertidur sepanjang perjalanan tersebut. Perkelahan yang kami lalui memang menyeronokkan walaupun kami keletihan.

8.1 Aras 1 (i) - Menulis pelbagai jenis ayat. 10.2 Aras 2 (i) - Mengenal pasti dan membetulkan kesilapan penggunaan kata dan struktur ayat.

HHP : 8.1 Aras 1 (i) dan 10.2 Aras 2 (i) KBT (KEMAHIRAN BERFIKIR)

• Menghubung kait

7

Page 8: Evidens BM - UPSR 2013

BAHASA MELAYU KBSR - TAHUN ENAM RUJUKAN BUKU TEKS HALAMAN 1 - 14

KEMAHIRAN MEMAHAMI DAN MENGULAS

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjangnya jawaban kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawaban kamu dalam satu perenggan.

Yanie merupakan anak sulung dalam keluarganya. Dia seorang kakak yang baik hati dan penyayang. Dia sering membimbing dan mengasuh adik-adiknya. Yanie juga sangat rajin membantu ibu dan ayahnya di rumah. Apabila ibunya memasak, Yanie akan menjaga adiknya yang masih kecil. Adik-adiknya amat manja dengan Yanie. Dia juga ringan tulang membantu adik-adiknya menyiapkan kerja sekolah. Di sekolah, Yanie sangat disenangi oleh rakan-rakannya kerana sikapnya yang baik hati dan peramah. Bukan sahaja pintar tetapi Yanie juga seorang yang berdisiplin. Setiap hari dia membersihkan kelasnya bersama-sama rakannya. Kelas Enam Bestari sentiasa ceria dan bersih. Yanie juga sangat gemar belajar secara berkumpulan. Mereka berbincang dan menyelesaikan masalah pembelajaran bersama-sama. Yanie dan kawan-kawannya mempunyai azam yang tinggi untuk memperoleh kejayaan cemerlang dalam pelajaran. Merekalah yang bakal mengharumkan nama sekolah.

APLIKASI EMPAT LAJUR IDEA Penanda Wacana

(Murid Mesti Ingat) Kata Bantu (Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai (Ditentukan Daripada Teks)

Huraian {Idea Teks / Petikan} (Keterangan Tentang Aspek Nilai)

Antaranya ... kita mestilah bertanggungjawab terhadap anggota keluarga

Selain itu ... kita sepatutnya ringan tulang membantu ibu di rumah

Seterusnya ... kita haruslah penyayang menjaga adik-adiknya

Justeru ... kita dikehendaki berhemah tinggi menjaga kebersihan kelas

Akhir sekali ... kita amat wajar berwawasan berusaha mencapai kejayaan

Lima pengajaran untuk menjana modal insan. Antaranya, kita mestilah bertanggungjawab terhadap seluruh anggota keluarga. Selain itu, kita sepatutnya ringan tulang membantu ibu bapa kita mengemas rumah. Seterusnya, kita haruslah bersikap penyayang dengan cara menjaga adik-adik ketika ibu sedang sibuk. Justeru, kita dikehendaki berhemah tinggi seperti menjaga kebersihan kelas. Akhir sekali, kita amat wajar berwawasan seperti berusaha untuk mencipta kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

8.1 Aras 2 (i) - Membina ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung. 11.2 Aras 1 (ii) - Menyatakan pendapat mengenai penggunaan ayat yang menarik serta nilai dan pengajaran yang terdapat dalam karya yang dibaca.

HHP : 8.1 Aras 2 (i) dan 11.2 Aras 1 (ii)

8

PANDUAN MENENTUKAN ASPEK NILAI DAN HURAIAN

KBT (KEMAHIRAN BERFIKIR)

• Merumus & Menilai

Page 9: Evidens BM - UPSR 2013

BAHASA MELAYU KBSR - TAHUN ENAM RUJUKAN BUKU TEKS HALAMAN 1 - 14

KEMAHIRAN MEMAHAMI DAN MENGULAS

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawaban kamu dalam satu perenggan.

Asyraf dan keluarganya selalu bekerjasama membersihkan kawasan rumah mereka. Ayahnya memesin rumput. Ibunya pula sedang mencuci longkang dan menyapu sampah. Kakaknya biasanya mengelap tingkap sementara Asyraf mengutip botol kosong dan tin-tin kosong untuk mengelakkan pembiakan nyamuk. Bapanya pula mengumpulkan rumput yang telah dimesin dan sampah sarap untuk ditanam. Mereka berbuat demikian bagi mengelakkan pembakaran terbuka. Amalan melakukan pembakaran terbuka akan mencemarkan alam sekitar. Di samping itu, bapa Asyraf menjual surat khabar lama, botol dan tin kosong kepada pihak kilang kitar semula. Selain dapat memelihara alam sekitar, hasil jualan itu dimasukkan ke dalam tabung Asyraf dan kakaknya. Selain itu, ibunya juga menanam pelbagai jenis bunga di halaman rumah mereka. Halaman yang cantik dapat menceriakan rumah mereka. Bau bunga yang wangi akan menyegarkan udara di persekitarannya. Mereka sekeluarga amat gembira kerana rumah mereka bersih dan ceria.

Aspek Nilai (Ditentukan Daripada Teks)

Huraian {Idea Teks / Petikan} (Keterangan Tentang Aspek Nilai)

Nilai Yang Dihuraikan

Tolong-menolong membersihkan kawasan rumah / Menjaga kebersihan mencuci longkang dan menyapu sampah / Prihatin mengutip tin-tin kosong, elak nyamuk membiak / Bertanggungjawab mengelakkan pembakaran terbuka Peka menjual surat khabar lama Menjaga alam sekitar memelihara kebersihan alam sekitar / Ringan tulang menanam pelbagai jenis bunga / Jimat cermat duit jualan barangan kitar semula ditabungkan Cinta akan keindahan dapat menceriakan kawasan halaman rumah Berasa seronok rumah mereka bersih dan ceria

Lima pengajaran yang dapat dijadikan panduan. Antaranya, kita mestilah tolong-menolong untuk membersihkan kawasan rumah. Selain itu, kita sepatutnya menjaga kebersihan seperti mencuci longkang dan menyapu sampah sarap. Seterusnya, kita haruslah prihatin supaya mengelakkan pembakaran terbuka. Justeru, kita dikehendaki menjaga alam sekitar seperti memelihara kebersihannya daripada sebarang bentuk pencemaran. Akhir sekali, kita wajarlah ringan tulang bagi menceriakan kawasan rumah dengan menanam pelbagai jenis bunga.

8.1 Aras 2 (i) - Membina ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung. 11.2 Aras 1 (ii) - Menyatakan pendapat mengenai penggunaan ayat yang menarik serta nilai dan pengajaran yang terdapat dalam karya yang dibaca.

9

HHP : 8.1 Aras 2 (i) dan 11.2 Aras 1 (ii) KBT (KEMAHIRAN BERFIKIR)

• Merumus & Menilai