FAKTOR KETIDAKHADIRAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT … · 2007. 4. 25. · set soal selidik yang...

26
FAKTOR KETIDAKHADIRAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KANGKAR PULAI, JOHOR BAHRU, JOHOR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM FARIZAL BINTI YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of FAKTOR KETIDAKHADIRAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT … · 2007. 4. 25. · set soal selidik yang...

Page 1: FAKTOR KETIDAKHADIRAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT … · 2007. 4. 25. · set soal selidik yang menggunakan skala likert lima mata. ... 5.2.5 Faktor Sekolah Terhadap Ketidakhadiran Pelajar

FAKTOR KETIDAKHADIRAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KANGKAR PULAI,

JOHOR BAHRU, JOHOR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM

FARIZAL BINTI YUSOFF

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: FAKTOR KETIDAKHADIRAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT … · 2007. 4. 25. · set soal selidik yang menggunakan skala likert lima mata. ... 5.2.5 Faktor Sekolah Terhadap Ketidakhadiran Pelajar
Page 3: FAKTOR KETIDAKHADIRAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT … · 2007. 4. 25. · set soal selidik yang menggunakan skala likert lima mata. ... 5.2.5 Faktor Sekolah Terhadap Ketidakhadiran Pelajar
Page 4: FAKTOR KETIDAKHADIRAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT … · 2007. 4. 25. · set soal selidik yang menggunakan skala likert lima mata. ... 5.2.5 Faktor Sekolah Terhadap Ketidakhadiran Pelajar

FAKTOR KETIDAKHADIRAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KANGKAR PULAI,

JOHOR BAHRU, JOHOR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM

FARIZAL BINTI YUSOFF

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2007

Page 5: FAKTOR KETIDAKHADIRAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT … · 2007. 4. 25. · set soal selidik yang menggunakan skala likert lima mata. ... 5.2.5 Faktor Sekolah Terhadap Ketidakhadiran Pelajar

ii

Page 6: FAKTOR KETIDAKHADIRAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT … · 2007. 4. 25. · set soal selidik yang menggunakan skala likert lima mata. ... 5.2.5 Faktor Sekolah Terhadap Ketidakhadiran Pelajar

iii

DEDIKASI

Untuk Almarhum Ayah Yang Dikenangi

Semuga RahmatNya Sentiasa Bersamamu

Untuk Ibu, Yang Tiada Galang Gantinya Di Dunia Ini.

Buat Suami Tercinta

Doronganmu Sentiasa Meniup Semangatku.

Buat Kekanda Dan Adinda-Adindaku

Pengorbanan Kalian Kusemat Kukuh Di Hati.

Buat Penyelia Yang Disanjungi

Bimbingan, Tunjuk Ajar Dan Jasamu Tidak Akan Dilupai.

Buat Teman-Teman Seperjuangan

Kejujuran Dan Keikhlasan Dalam Persahabatan Akan

Kukenangi Selamanya.

Page 7: FAKTOR KETIDAKHADIRAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT … · 2007. 4. 25. · set soal selidik yang menggunakan skala likert lima mata. ... 5.2.5 Faktor Sekolah Terhadap Ketidakhadiran Pelajar

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulilah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya dapat

jua saya menyiapkan Projek Sarjana Muda seperti mana yang diharapkan.

Setinggi penghargaan ikhlas dan sekalung budi dirakamkan kepada Dr. Yeo

Kee Jiar selaku pensyarah penyelia bagi Projek Sarjana Muda ini yang telah banyak

memberi tunjuk ajar, bimbingan dan kerjasama di sepanjang tempoh menyiapkan

kajian ini. Dengan teguran dan tunjuk ajar dari beliau dapat meningkatkan lagi

penyelidikan saya.

Ikhlas terima kasih ditujukan khas kepada rakan seperjuangan yang telah

banyak membantu dan memberi idea serta tidak jemu memberi sokongan dan

dorongan kepada saya selama ini.

Akhir sekali, ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam

memberi bantuan dan kerjasama sepanjang tempoh saya menyiapkan Projek Sarjana

Muda ini. Segala jasa dan kerjasama yang diberikan tidak akan saya lupakan.

Sekian.

Page 8: FAKTOR KETIDAKHADIRAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT … · 2007. 4. 25. · set soal selidik yang menggunakan skala likert lima mata. ... 5.2.5 Faktor Sekolah Terhadap Ketidakhadiran Pelajar

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor ketidakhadiran pelajar

dalam aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar tingkatan empat Sekolah

Menengah Kebangsaan Kangkar Pulai, Johor Bahru, Johor. Sampel kajian ini ialah

seramai seratus lima puluh dua orang. Instrumen kajian yang digunakan adalah satu

set soal selidik yang menggunakan skala likert lima mata. Data daripada soal selidik

telah dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan Statistical Package For The

Social Science (SPSS) For Window Versa 11.5. Analisis data akan menggunakan

kekerapan, peratusan dan min. Nilai alpha alat kajian ialah .82. Hasil kajian

menunjukkan bahawa sikap dan minat, keluarga, rakan dan sekolah berada pada

tahap sederhana dengan nilai min masing-masing 3.34, 2.57, 3.45 dan 3.08.

Beberapa cadangan dikemukakan bagi mengatasi masalah ketidakhadiran pelajar

dalam aktiviti kokurikulum ini.

Page 9: FAKTOR KETIDAKHADIRAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT … · 2007. 4. 25. · set soal selidik yang menggunakan skala likert lima mata. ... 5.2.5 Faktor Sekolah Terhadap Ketidakhadiran Pelajar

vi

ABSTRACT

The purpose of this research was to identify factors of absenteeism in co-

curricular activities, among form four students at Sekolah Menengah Kebangsaan

Kangkar Pulai, Johor Bahru, Johor. These factors include attitude and interest,

family, peers and school. The sample consists of one hundred and two students

where a set of questionnaire with five likert scale was used. Data collected through

questionnaires was analyzed by using Statistical Package For The Social Science

(SPSS) For Window Versa 11.5. The data was analyzed by descriptive method to

find out the frequencies, percentage and mean of the above factors. The coefficient

alpha of reliability of the questionnaire was .82. The results showed that attitude

and interest, family, peers and school are at average level with their mean value are

3.34, 2.57, 3.45 and 3.08 respectively. Based on the research findings, several

suggestions have been made to overcome the problem and further research on the

topic.

Page 10: FAKTOR KETIDAKHADIRAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT … · 2007. 4. 25. · set soal selidik yang menggunakan skala likert lima mata. ... 5.2.5 Faktor Sekolah Terhadap Ketidakhadiran Pelajar

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Skop Kajian 10

1.8 Batasan Kajian 10

1.9 Definisi Istilah 11

1.9.1 Kokurikulum 11

Page 11: FAKTOR KETIDAKHADIRAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT … · 2007. 4. 25. · set soal selidik yang menggunakan skala likert lima mata. ... 5.2.5 Faktor Sekolah Terhadap Ketidakhadiran Pelajar

viii

1.9.2 Ketidakhadiran 12

1.9.3 Dorongan 12

1.9.4 Faktor-Faktor 13

1.9.5 Penglibatan 13

1.10 Penutup 14

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Komponen Kokurikulum Dalam Pendidikan

Di Sekolah-Sekolah Di Malaysia 16

2.3 Bidang Kokurikulum Yang Ditawarkan

Di Sekolah 18

2.3.1 Badan Beruniform 18

2.3.2 Kelab dan Persatuan 19

2.3.3 Sukan dan Permainan 19

2.4 Kajian Lepas Dalam Negeri 20

2.4.1 Faktor Minat dan Sikap 21

2.4.2 Faktor Keluarga 22

2.4.3 Faktor Rakan 24

2.4.4 Faktor Sekolah 25

2.5 Kajian Lepas Di Luar Negara 30

2.5.1 Faktor Pelajar 30

2.5.2 Faktor Keluarga 32

2.5.3 Faktor Rakan 33

2.5.4 Faktor Sekolah 34

2.6 Penutup 35

Page 12: FAKTOR KETIDAKHADIRAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT … · 2007. 4. 25. · set soal selidik yang menggunakan skala likert lima mata. ... 5.2.5 Faktor Sekolah Terhadap Ketidakhadiran Pelajar

ix

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 36

3.2 Rekabentuk Kajian 37

3.3 Lokasi Kajian 38

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 38

3.5 Instrumen Kajian 40

3.6 Kajian Rintis 42

3.7 Prosedur Pengumpulan Data Kajian 43

3.8 Analisis Data 44

3.8.1 Tahap skala Min 45

3.9 Penutup 45

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 47

4.2 Analisis Bahagian A: Latar Belakang

Responden 47

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 47

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 48

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Aktiviti

Kokurikulum Yang Disertai 48

4.2.3.1 Taburan Responden Mengikut

Aktiviti Unit Beruniform 49

4.2.3.2 Taburan Responden Mengikut

Aktiviti Kelab dan Persatuan 50

4.2.3.3 Taburan Responden Mengikut

Aktiviti Sukan dan Permainan 51

4.2.4 Taburan Responden Mengikut

Pendapatan Ibu Bapa atau Penjaga 52

4.2.5 Taburan Responden Mengikut

Jarak Rumah Dari Sekolah 53

Page 13: FAKTOR KETIDAKHADIRAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT … · 2007. 4. 25. · set soal selidik yang menggunakan skala likert lima mata. ... 5.2.5 Faktor Sekolah Terhadap Ketidakhadiran Pelajar

x

4.2.6 Taburan Responden Mengikut Taraf

Pendidikan Bapa atau Penjaga 54

4.3 Analisis Bahagian B: Item Soal Selidik 55

4.3.1 Analisis Faktor Minat Dan Sikap Pelajar

Terhadap Aktiviti Kokurikulum 55

4.3.2 Analisis Faktor Keluarga Terhadap

Ketidakhadiran Pelajar Dalam Aktiviti

Kokurikulum 59

4.3.3 Analisis Faktor RakanTerhadap

Ketidakhadiran Pelajar Dalam Aktiviti

Kokurikulum 63

4.3.4 Analisis Faktor Sekolah Terhadap

Ketidakhadiran Pelajar Dalam Aktiviti

Kokurikulum 67

4.4 Kesimpulan Analisis Data 71

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 72

5.2 Perbincangan 72

5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden 73

5.2.2 Faktor Sikap dan Minat Responden Terhadap

Aktiviti Kokurikulum Di Sekolah 73

5.2.3 Faktor Keluarga Terhadap Ketidakhadiran

Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum

Di Sekolah 76

5.2.4 Faktor Rakan Terhadap Ketidakhadiran

Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum

Di Sekolah 78

5.2.5 Faktor Sekolah Terhadap Ketidakhadiran

Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum

Di Sekolah 79

Page 14: FAKTOR KETIDAKHADIRAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT … · 2007. 4. 25. · set soal selidik yang menggunakan skala likert lima mata. ... 5.2.5 Faktor Sekolah Terhadap Ketidakhadiran Pelajar

xi

5.3 Rumusan 81

5.4 Kesimpulan 83

5.5 Cadangan 84

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 87

5.7 Penutup 88

SENARAI RUJUKAN 89

LAMPIRAN 94

Page 15: FAKTOR KETIDAKHADIRAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT … · 2007. 4. 25. · set soal selidik yang menggunakan skala likert lima mata. ... 5.2.5 Faktor Sekolah Terhadap Ketidakhadiran Pelajar

xii

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK HALAMAN

2.1 Sebab Mengapa Pelajar Turut Serta Dalam

Kegiatan Kokurikulum Oleh Buser dan Long

(1974) 31

2.2 Sebab Mengapa Pelajar Tidak Turut Serta

Dalam Kegiatan Kokurikulum Oleh Buser

dan Long (1974) 32

3.1 Bahagian A: Latar Belakang Responden 41

3.2 Bahagian B: Item-item Soalan Berdasarkan

Empat Faktor 41

3.3 Markat Skala Likert Lima Mata 41

3.4 Taburan Tahap Skala Min 45

4.1 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden

Mengikut Jantina 47

4.2 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden

Mengikut Bangsa 48

4.3 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden

Mengikut Aktiviti Unit Beruniform 49

4.4 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden

Mengikut Aktiviti Kelab dan Persatuan 50

4.5 Taburan Kekerapan dan Peratusan

Responden Mengikut Aktiviti Sukan dan

Permainan 51

Page 16: FAKTOR KETIDAKHADIRAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT … · 2007. 4. 25. · set soal selidik yang menggunakan skala likert lima mata. ... 5.2.5 Faktor Sekolah Terhadap Ketidakhadiran Pelajar

xiii

4.6 Taburan Responden Mengikut Pendapatan

Ibu Bapa atau Penjaga 52

4.7 Taburan Responden Mengikut Jarak Rumah Dari 53

Sekolah

4.8 Taburan Responden Mengikut Taraf

Pendidikan Bapa atau Penjaga 54

4.9 Taburan Bilangan, Peratusan Dan Min Bagi

Faktor Minat dan Sikap Pelajar Terhadap

Aktiviti Kokurikulum Di Sekolah 56

4.10 Taburan Bilangan, Peratusan Dan Min Bagi

Faktor Keluarga Terhadap Ketidakhadiran

Pelajar DalamAktiviti Kokurikulum Di Sekolah 59

4.11 Taburan Bilangan, Peratusan Dan Min Bagi

Faktor Rakan Terhadap Ketidakhadiran

Pelajar DalamAktiviti Kokurikulum Di Sekolah 63

4.12 Taburan Bilangan, Peratusan Dan Min Bagi

Faktor Sekolah Terhadap Ketidakhadiran

Pelajar DalamAktiviti Kokurikulum Di Sekolah 67

4.13 Taburan Purata Keseluruhan Bagi Empat

Persoalan Kajian Mengikut Min 71

Page 17: FAKTOR KETIDAKHADIRAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT … · 2007. 4. 25. · set soal selidik yang menggunakan skala likert lima mata. ... 5.2.5 Faktor Sekolah Terhadap Ketidakhadiran Pelajar

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 95

B Jadual Penentuan Saiz Sampel

Berdasarkan Populasi Krejcie, R.V.

dan Morgan, D.W 101

C Surat Pengesahan Pelajar Dari Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknoligi Malaysia 102

D Surat Kebenaran Menjalankan Kajian

Dari Jabatan Pelajaran Johor 103

E Surat Kebenaran Menjalankan Kajian

Dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran

Malaysia 104

Page 18: FAKTOR KETIDAKHADIRAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT … · 2007. 4. 25. · set soal selidik yang menggunakan skala likert lima mata. ... 5.2.5 Faktor Sekolah Terhadap Ketidakhadiran Pelajar

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah

untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan

negara (Falsafah Pendidikan Negara).

Sistem pendidikan yang berorientasikan kejayaan dalam peperiksaan semata-

mata haruslah dikurangkan dengan mengambil kira perkembangan keseluruhan

setiap pelajar. Tanggapan bahawa kecemerlangan akademik akan menjadikan

seseorang pelajar itu lebih mantap jasmaninya, utuh rohaninya dan sejahtera

emosinya adalah naif dan bertentangan dengan realiti sebenar. Malah

kecemerlangan akademik semata-mata bukanlah jaminan kejayaan masa hadapan.

Page 19: FAKTOR KETIDAKHADIRAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT … · 2007. 4. 25. · set soal selidik yang menggunakan skala likert lima mata. ... 5.2.5 Faktor Sekolah Terhadap Ketidakhadiran Pelajar

2

Menurut Mohd Sofian (2002), dalam sistem pendidikan, kurikulum dan

kokurikulum merupakan dua komponen yang mempunyai hubungan yang rapat dan

saling memberi peneguhan antara satu sama lain. Sumbangan kokurikulum bukan

setakat mengisi kepentingan perseorangan semata-mata tetapi yang nyata

kecemerlangan tersebut jika digemblengkan akan memberi suatu sumbangan yang

bererti dalam pembinaan masyarakat seimbang dan negara yang makmur.

Menurut Kerr 1985 (dalam Faridah Karim ,1991, hlm. 1), kokurikulum pada

umumnya adalah segala aktiviti dan pengalaman pembelajaran yang dirancang dan

dibimbing oleh sesuatu institusi pendidikan agar sesuatu tujuan tertentu dapat

dicapai. Aktiviti-aktiviti serta pengalaman pembelajaran ini boleh dilakukan secara

perseorangan atau kelompok sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Aktiviti-

aktiviti yang dilakukan di bilik darjah, disebut kurikulum dan aktiviti yang

dilaksanakan di luar bilik darjah disebut kokurikulum.

Menurut Ramlan Abd Wahab (Dewan Masyarakat, Mei, 2002, hlm. 26),

kokurikulum menjadi wadah pembinaan jasmani, emosi dan rohani dengan

menawarkan pelbagai pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan latihan selaras

dengan konsep pendidikan dan pembangunan kemanusiaan yang bersepadu dan

menyeluruh. Bidang ini jugalah yang menawarkan peluang dan kesempatan

mengapliksikan teori-teori terbaru mengenai proses pembangunan kemanusiaan

seperti Teori Kepelbagaian Keintelektualan (Theory Of Multiple Intelligences) dan

Teori Keintelektualan Emosi (Theory Of Emotional Intelligence).

Lim Yen Yen (1991) pula menegaskan bahawa kokurikulum adalah penting

dan perlu diberi perhatian kerana kokurikulm dapat meningkatkan kesihatan fizikal,

mental, emosi dan rohani yang baik. Selain itu kokurikulum juga dapat memupuk

semangat kekitaan dan sikap toleransi antara satu sama lain.

Page 20: FAKTOR KETIDAKHADIRAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT … · 2007. 4. 25. · set soal selidik yang menggunakan skala likert lima mata. ... 5.2.5 Faktor Sekolah Terhadap Ketidakhadiran Pelajar

3

Pendapat Lim Yen Yen disokong oleh Zulzila Dzulkifli (1998) yang

berpendapat bahawa aktiviti kokurikulum dapat melahirkan insan yang seimbang

dari segi fizikal, mental, emosi dan rohani.

Di Malaysia, aktiviti kokurikulum telah lama dijalankan. Menurut Ab.

Halim (1995), aktiviti kokurikulum telah lama diperkenalkan dan dilaksanakan

dalam sistem pendidikan di negara ini. Aktiviti kokurikulum dilaksanakan di

sekolah bermula zaman penjajahan British. Contohnya Pasukan Pengakap yang

pertama di sekolah pada tahun 1909 di Singapura. Aktiviti kokurikulum terus diberi

penekanan oleh pihak Kementerian Pelajaran seperti yang terkandung di dalam surat

arahan ‘School Course Of Studies Regulations 1956’ dan pindaan tahun 1961 (Akta

Pendidikan 1961).

Dr Khasnor (dalam Rejab Arbee, Dewan Masyarakat, 2005) memperincikan

bagaimana pelajar lepasan Malay College Kuala Kangsar (MCKK) 1950-an hingga

1970-an berjaya mendominasi pelbagai jawatan tinggi baik dalam bidang politik

mahupun pentadbiran kerajaan, pasukan beruniform seperti tentera dan polis,

kehakiman dan peguam, ahli akademik, kedoktoran dan jurusan professional

lainnya seperti jurutera, arkitek dan ahli sains. Antara faktor yang membawa

kepada keadaan demikian ialah pembelajaran yang menyeluruh yang disediakan di

sekolah itu. Selain menekankan pencapaian akademik, muridnya dididik dalam

suasana penuh disiplin, berdaya saing dengan semua mereka dikehendaki

menceburkan diri dalam pelbagai kegiatan sukan dan kokurikulum lain. Penceburan

dalam pelbagai kegiatan inilah yang berjaya memupuk dan mendidik muridnya

menjadi insan berkeperibadian tinggi, penuh dengan rasa tanggungjawab dan

bersahsiah cemerlang.

Memandangkan pentingnya aktiviti kokurikulum ini yang turut memudahkan

proses sosiolisasi dikalangan pelajar, kementerian menetapkan bahawa pihak

sekolah yang gagal menjalankan kegiatan kokurikulum di sekolah masing-masing

Page 21: FAKTOR KETIDAKHADIRAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT … · 2007. 4. 25. · set soal selidik yang menggunakan skala likert lima mata. ... 5.2.5 Faktor Sekolah Terhadap Ketidakhadiran Pelajar

4

boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau

kedua-duanya (Akta Pendidikan, 1996).

Berdasarkan surat pekeliling ikhtisas Bil7/1998, Kementerian Pelajaran

menjelaskan bahawa pihak sekolah perlu meningkatkan perhatian yang sewajarnya

bagi mengimbangi antara kepentingan gerak kerja kokurikulum dengan akademik.

Pihak sekolah perlu melibatkan penyertaan yang menyeluruh aktiviti kokurikulum

kepada semua pelajar.

Selain itu penstrukturan semula di peringkat kementerian juga giat

dijalankan. Menurut Syuhada Choo Abdullah (Berita Harian, 28 Julai 2005),

peningkatan pelaksanaan kokurikulum dengan penekanan kearah aktiviti bertaraf

global akan menjadi salah satu aspek tumpuan dalam penstrukturan semula

Bahagian Sekolah yang bakal dilakukan oleh Kementerian Pelajaran.

Menjelang sesi pengajian 2006 pula, Kementerian Pelajaran

memperkenalkan langkah baru. Menurut Syuhada Choo Abdullah (Berita Harian,7

Julai 2006), Kementerian Pelajaran memperuntukkan 10 peratus markah merit

kepada pembabitan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dalam pemilihan ke institusi

pengajian tinggi awam (IPTA). Syarat baru ini melambangkan pentingnya pelajar

menceburkan diri dalam aktiviti kokurikulum di sekolah masing-masing.

Masih terdapat sesetengah sekolah yang penyertaan pelajar dan pelaksanaan

dalam aktiviti kokurikulumnya tidak memberansangkan. Ini sudah pasti akan

menggagalkan usaha murni Kementerian Pelajaran untuk mengembangkan bakat

dan minat pelajar melalui aktiviti kokurikulum.

Page 22: FAKTOR KETIDAKHADIRAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT … · 2007. 4. 25. · set soal selidik yang menggunakan skala likert lima mata. ... 5.2.5 Faktor Sekolah Terhadap Ketidakhadiran Pelajar

5

1.2 Latar Belakang Masalah

Di sekolah terdapat tiga kategori aktiviti kokurikulum yang wajib disertai

oleh pelajar-pelajar bermula dari tingkatan peralihan sehinggalah tingkatan enam.

Tiga kategori tersebut ialah badan uniform, kelab dan persatuan, dan sukan dan

permainan. Semua pelajar diwajibkan menyertai sekurang-kurangnya satu unit

beruniform, satu kelab dan persatuan dan satu unit sukan atau permainan.

Penyertaan aktiviti kokurikulum oleh pelajar dapat mengembangkan kognitif pelajar,

psikomotor, bakat dan kebolehan, dan boleh mengasah sahsiah diri yang baik seperti

ciri-ciri kepimpinan serta memupuk kemahiran bersosial di kalangan pelajar.

Hasil daripada kajian-kajian yang dijalankan banyak yang menunjukkan

bahawa aktiviti kokurikulum banyak memberi faedah kepada pelajar terutama

hubung kaitnya dengan prestasi akademik, disiplin dan pembentukan sahsiah pelajar.

Saban hari terpampan di dada akhbar tentang kejayaan pelajar yang seimbang antara

aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah. Kejayaan ini lebih bermakna apabila turut

diiktiraf oleh syarikat-syarikat berprestij yang sudi menawarkan biaya bagi mereka

melanjutkan pelajaran. Nestle turut menawarkan biasiswa kepada 10 pelajar untuk

mengikuti pengajian peringkat ijazah sarjana muda di institusi pengajian tinggi

awam dan swasta sebagai penghargaan syarikat kepada pelajar yang cemerlang

akademik dan kokurikulum. (Berita Harian, 2006).

Laporan tersebut adalah bersesuaian dengan hasil kajian yang telah

dilakukan oleh Yusof Man (1983) tentang penglibatan pelajar dalam aktiviti

kokurikulum di tiga buah sekolah di Slim river, Perak. Kajian menunjukkan bahawa

penglibatan mereka dalam kokurikulum tidak menjejaskan prestasi akademik

mereka malahan mendapat keputusan yang lebih baik selagi bijak mengimbangi

masa antara akademik dan gerak kerja luar.

Page 23: FAKTOR KETIDAKHADIRAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT … · 2007. 4. 25. · set soal selidik yang menggunakan skala likert lima mata. ... 5.2.5 Faktor Sekolah Terhadap Ketidakhadiran Pelajar

6

Kenyataan-kenyataan di atas jelas menunjukkan peri pentingnya

kokurikulum yang merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah. Namun

begitu masih terdapat kecelaruan fahaman di kalangan sesetengah pelajar dan ibu

bapa tentang pentingnya kokurikulum. Ibu bapa menganggap aktiviti kokurikulum

yang dijalankan oleh pihak sekolah tidak mempunyai kaitan langsung dengan

proses pengajaran dan pembelajaran anak-anak mereka di sekolah. Menurut Rejal

Arbee ( Berita Harian 2005), satu kelemahan yang ada di kebanyakan sekolah

sekarang ialah penekanan terhadap pencapaian A dalam semua mata pelajaran.

Maka, ibu bapa pun berlumba-lumba untuk menyediakan tuisyen kepada anak

supaya mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Inilah yang menjadi ukuran

kejayaan seseorang murid sekarang ini.

Lebih malang lagi, ada kalangan pelajar yang melibatkan diri dalam kegiatan

kokurikulum sekadar penyertaan sahaja dan tidak bersungguh-sungguh. Ini

disebabkan mereka tidak mendapat penjelasan tentang objektif kokurikulum serta

faedah yang boleh diperolehi daripada kegiatan tersebut.

Sekiranya kokurikulum dapat dilaksanakan dengan baik, aktiviti ini boleh

menjadi pelengkap kepada kurikulum dan seterusnya merealisasikan matlamat dan

objektif pembelajaran. Oleh itu kajian ini diharap dapat mengungkap permasalahan

sebenar yang menyebabkan kurangnya sambutan daripada pelajar terhadap aktiviti

kokurikulum dari sudut faktor pelajar itu sendiri, keluarga, rakan dan sekolah.

1.3 Pernyataan Masalah

Kokurikulum diwajibkan kepada semua pelajar dan tidak terkecuali pelajar-

pelajar daripada kelas-kelas peperiksaan. Aktiviti kokurikulum boleh diandaikan

sebagai landasan untuk mereka membina kehidupan pada masa hadapan. Aktiviti

Page 24: FAKTOR KETIDAKHADIRAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT … · 2007. 4. 25. · set soal selidik yang menggunakan skala likert lima mata. ... 5.2.5 Faktor Sekolah Terhadap Ketidakhadiran Pelajar

7

kokurikulum menawarkan kemahiran-kemahiran yang membolehkan para pelajar

menceburi bidang-bidang kerjaya yang diminati. Pengetahuan, kemahiran dan

pengalaman yang mengandungi unsur-unsur disiplin pasukan seragam,

keusahawanan, kepimpinan, rekreasi, kreativiti serta inovasi dan pengetahuan

alam semula jadi sekurang-kurangnya akan membantu pelajar menentukan hala tuju

kehidupan masa depannya dan memilih bidang-bidang untuk mengembangkan

potensi dirinya.

Tanggapan sebilangan masyarakat dan pelajar bahawa kegiatan kokurikulum

hanyalah sampingan kepada kurikulum semata-mata merupakan antara sebab

pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah tidak segiat aktiviti kurikulum di dalam

bilik darjah. Sesetengah ibu bapa juga beranggapan, anak-anak mereka hanya perlu

belajar dan memperolehi keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik.

Malahan hasrat ibu bapa tersebut sangat dituntut oleh pihak jabatan pelajaran

mahupun sekolah itu sendiri. Lantaran itu, penglibatan pelajar dalam kokurikulum

didapati tidak memuaskan dan ada beberapa kes mereka hanya mendaftarkan diri

sebagai ahli tanpa menghadirkan diri.

Pelajar juga tidak diberikan pendedahan sepenuhnya tentang manafaat yang

bakal diterima hasil daripada penyertaan yang aktif dalam kokurikulum. Kegagalan

pihak sekolah menyediakan prasarana yang mencukupi bagi menjalani latihan amali

aktiviti kokurikulum dan memberikan kefahaman mendalam juga menyumbang

kepada ketidakhadiran pelajar.

Penglibatan dan kehadiran pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah

Kebangsaan Kangkar Pulai, Johor dalam aktiviti kokurikulum juga didapati amat

mengecewakan. Mengikut laporan kehadiran tahunan kokurikulum, ada segelintir

pelajar yang hanya mendaftarkan diri sebagai ahli tanpa pernah menghadirkan diri.

Page 25: FAKTOR KETIDAKHADIRAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT … · 2007. 4. 25. · set soal selidik yang menggunakan skala likert lima mata. ... 5.2.5 Faktor Sekolah Terhadap Ketidakhadiran Pelajar

8

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mendapatkan maklumat tentang

ketidakhadiran pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkar

Pulai, Johor Bahru dalam kegiatan kokurikulum. Secara ringkas kajian ini bertujuan

untuk mengenal pasti:

1. Pengaruh minat dan sikap pelajar terhadap ketidakhadiran dalam

aktiviti kokurikulum.

2. Pengaruh keluarga terhadap ketidakhadiran pelajar dalam aktiviti

kokurikulum.

3. Pengaruh rakan terhadap ketidakhadiran pelajar dalam aktiviti

kokurikulum.

4. Pengaruh sekolah terhadap ketidakhadiran pelajar dalam aktiviti

kokurikulum.

1.5 Persoalan Kajian

Bagi kajian ini, beberapa persoalan telah ditimbulkan seperti berikut:

1. Apakah minat dan sikap pelajar merupakan faktor ketidakhadiran

pelajar tingkatan empat SMK Kangkar Pulai dalam aktiviti

kokurikulum yang dijalankan di sekolah.

Page 26: FAKTOR KETIDAKHADIRAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT … · 2007. 4. 25. · set soal selidik yang menggunakan skala likert lima mata. ... 5.2.5 Faktor Sekolah Terhadap Ketidakhadiran Pelajar

9

2. Apakah keluarga merupakan faktor ketidakhadiran pelajar tingkatan

empat SMK Kangkar Pulai dalam aktiviti kokurikulum yang

dijalankan di sekolah.

3. Apakah rakan merupakan faktor ketidakhadiran pelajar tingkatan

empat SMK Kangkar Pulai dalam aktiviti kokurikulum yang

dijalankan di sekolah.

4. Apakah sekolah merupakan faktor ketidakhadiran pelajar tingkatan

empat SMK Kangkar Pulai dalam aktiviti kokurikulum yang

dijalankan di sekolah.