FOKUS KARANGAN SPM2009

download FOKUS KARANGAN SPM2009

of 8

Transcript of FOKUS KARANGAN SPM2009

  • 8/6/2019 FOKUS KARANGAN SPM2009

    1/8

    FOKUS: TEMA KARANGAN SPM 2009 (N)

    Rakan guru dan pelajar perlu memberi perhatian terhadap tema karangan yang belum

    dikemukakan dalam mana-mana peperiksaan SPM antara tahun 2004 hingga 2009 (J).Antara tema tersebut ialah :

    1. Pelaburan dan tabungan

    2. Perpaduan antara kaum di Malaysia

    3. Isu alam sekitar di Malaysia- tanah runtuh, hakisan tanah, banjir kilat, penebangan

    hutan secara tidak terkawal

    4. Isu kemelesetan ekonomi dunia - masalah pengangguranAtasi dengan cara bekerja sendiri/ berniaga.

    5. Memulihara warisan bangsa - bangunan bersejarah,

    permainan tradisional

    6. Kepentingan mempelajari bahasa asing seperti Bahasa Inggeris, Bahasa

    Mandarin dan sebagainya - persaingan di pasaran pekerjaan.

    7. Sistem pengangkutan - kelemahan pengangkutan awam, kemalangan jalan raya,

    kepentingan pengangkutan moden, keperluan lebuh raya.

    8. Amalan membaca - kepentingan, cara-cara menggalakkan

    9. Kesan alat komunikasi - telefon bimbit, internet

    10. Pemanasan global- kerjasama antarabangsa untuk mengatasi masalah tersebut.

  • 8/6/2019 FOKUS KARANGAN SPM2009

    2/8

    Jelaskan peranan ibu bapa dalam membentuk masyarakat penyayang.

    Pada alaf baru ini, ibu bapa memberi peranan yang penting kepada masyarakat dan

    negara. Media cetak mahupun media elektronik sering menyiarkan isu ini. Dalam

    kalangan ibu bapa dalam masyarakat ini selalu diberi perhatian oleh orang ramaiterutamanya kerajaan. Menurut Perdana Menteri Malaysia ke-5 Dato Seri Abdullah

    Bin Haji Ahmad Batawi memberitahu bahawa membentuk masyarakat penyayang

    amat penting sekali. Oleh itu, terdapat pelbagai langkah-langkah yang boleh diambil

    untuk membentuk masyarakat penyayang.

    Sehubungan dengan hal itu, ibu bapa seharusnya memberikan kasih sayang kepada

    anak-anak. Namun begitu, terdapat kalangan ibu bapa yang mengabaikan anak-anak

    mereka. Hal ini kerana, ibu bapa tersebut lebih mementingkan kemewahan hidaup

    dan kekayaan. Oleh itu, ibu bapa seharusnya meluangkan lebih banyak masa dengan

    anak-anak mereka pada alaf globalisasi ini. Di sini saya memberi contoh ibu bapa

    boleh membawa anak-anak mereka semasa cuti sekolah untuk meneratkan hubungandan mengurangan tekanan anak-anak dalam aspek pembelajaran serta ibu bapa. Jadi,

    impian ibu bapa atau negara untuk membentuk masyarakat penyayang akan tercapai

    jua.

    Sejajar dengan itu, ibu bapa sewajarnya memberi didikan agama kepada anak-anak

    semenjak kecil lagi. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

    Sebaliknya, ibu bapa mengagung-agungkan kemodenan sehingga mengabaikan anak-

    anak dalam didikan agama. Hal ini kerana, mereka beranggapan didikan agama tidak

    penting dalam arus kemajuan teknologi satelit masa kini. Oleh itu, ibu bapa

    sewajarnya menerapkan didikan agama kepada anak-anak mereka. Misalnya,

    menggalakkan anak-anak mengikut kelas kifayah supaya anak-anak akan menjadi

    insan yang berakhlak mulai. Di samping itu, mereka seharusnya memberikan

    pengajaran yang baik kepada anak-anak mereka ketika anak-anak itu masih dalam

    buaian lagi. Jelaslah, hasrat ibu bapa dalam melahirkan generasi yang berguna akan

    menjadi kenyataan pada suatu hari nanti.

    Malahan, ibubapa haruslah menyediakan semua keperluan atau kemudahan kepada

    anak mereka. Penyediaan tempat belajar yang sesuai amat penting. Begitu juga

    dengan hubungan ayah dan ibu yang mesra tanpa sebarang masalah sudah pasti akan

    memberi keselesaan kepada anak untuk menjadi manusia yang penyayang.

    Ringkasnya, sikap ibubapa yang sebegini mampu melahirkan satu generasi muda

    yang penyayang di negara ini.

    Seiring dengan itu, ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik

    kepada anak-anak. Namun demikian, terdapat kalangan ibu bapa yang berperangai

    buruk. Comtohnya, menjadi penangih dadah, pencuri, penjengah, perogol dan

    sebagainya. Hal ini jelas, mereka akan mengalami kesempatan wang dan tekanan

    emosi. Bak kata pepatah bagai acuan begitulah kuihnya. Hal ini demikian, ibu

    bapa perlu menunjukkan sikap yang baik kepada anak-anak sejak kecil lagi.

  • 8/6/2019 FOKUS KARANGAN SPM2009

    3/8

    Umpamanya, mengamalkan tabiat rajin membaca buku di hadapan anak-anak. Lama-

    kelamaan tabiat ini dalam kalangan generasi muda akan mengikut tabiat yang positif

    ini. Ringkasnya, peranan ibu bapa amatlah besar dalam melahirkan masyarakat yang

    berguna pada alaf globalisasi ini.

    Tuntasnya, semua pihak sewajarnya memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan

    dan pihak swasta. Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan yang terpenting untuk

    memupuk masyarakat penyayng. Justeru, peribahasa bagai aur dengan tebing

    hendaklah diamalkan oleh semua warganegara Malaysia terutamanya generasi muda

    sejak belakangan ini

    Semangat kejiranan kita mula menghilang.

    Huraikan kepentingan semangat ini diwujudkan semula.

    Jiran ialah seseorang yang tinggal berhampiran dengan kita dan tidak mempunyai

    hubungan keluarga tetapi menjadi tempat pertama untuk kita mengadu hal serta

    meminta bantuan apabila memerlukannya. Semangat ini memang sudah semakin

    berkurangan terutama di kawasan bandar besar dan golongan muda. Lantaran itu,

    semangat ini harus ditunaskan semula kerana memiliki banyak kelebihannya.

    Semangat ini memastikan hubungan antara kaum semakin kukuh dalam alaf

    globalisasi ini. Dalam semangat ini semua aktiviti dilakukan tanpa mengira warna

    kulit seseorang itu. Individu itu dijemput untuk menghadiri sesuatu majlis itu

    kerana individu itu ialah jiran yang hampir dengan kawasan terbabit. Jadi, sikap

    ini memang harus diwujudkan semula supaya perpaduan kaum terus dapat dijalin

    kukuh antara kita.

    Selain itu, kepentingan semangat ini ialah kita boleh meluahkan masalah atau

    meminta bantuan apabila diperlukan. Bayangkan apabila kita memerlukan sesuatu

    atau terpaksa meninggalkan rumah kosong beberapa minggu, siapakah yang sudai

    memberikan bantuan kalau bukan jiran? Sudah pasti kita akan meminta jiran kita

    kerana mereka yang lebih kita percayai setelah mengenali mereka beberapa tahun.

    Jelaslah, semangat kejiranan ini membantu kehidupan masyarakat terutama

    mereka yang sibuk dengan kerjaya masing-masing.

    Hubungan yang rapat antara jiran menyebabkan semua masalah terutama masalah

    sosial mampu dibendung. Peningkatan jenayah dan budaya tidak sihat di kawasan

    tertentu sering dikaitkan dengan kegagalan masyarakatnya untuk mengamalkan

    semangat kejiranan ini. Penjenayah lebih suka melakukan aktiviti mereka di

    kawasan yang rendah semangat jirannya kerana aktiviti mereka sukar dikesan.

    Sesungguhnya, penjenayah lebih mahir untuk mengeksploitasi kelemahan kita

    dalam memahami kepentingan kejiranan.

  • 8/6/2019 FOKUS KARANGAN SPM2009

    4/8

    Malah, jiran menjadi satu bukti kewujudan institusi masyarakat kerana jiran asas

    pembentukan masyarakat. Tanpa jiran masyarakat tidak akan wujud kerana

    masyarakat terhasil melalui hubungan rapat antara manusia yang saling berjiran.

    Sudah pasti masyarakat tidak akan dapat berfungsi dengan baik tanpa semangat

    murni ini. Oleh itu, jiran harus wujud dalam sesebuah negara seperti Malaysia

    yang berbilang bangsa.

    Kesimpulannya, semangat kejiranan ini perlu diluaskan konsepnya dan tidak

    terhad sebagai seseorang yang tinggal bersebelahan kita. Kerajaan perlulah

    mengambil inisiatif awal dengan membuat kempen yang menghuraikan peri

    pentingnya konsep ini kepada masyarakat di seluruh negara ini. Masyarakat pula

    haruslah lebih positif dan menerima jiran mereka tanpa prasangka buruk terlebih

    dahulu. Dalam kehidupan moden ini, jiranlah tempat kita bergantung hidup.

    Hargailah jiran anda.

    KES BULI

    Apakah itu kes buli? Kes buli membawa maksud masalah yang meliputi

    kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan

    sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Memang tidak

    boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli yang berlaku di sekolah semakin

    berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat

    merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa,

    kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi.

    Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam

    kalangan pelajar dan semakin serius masalahnya. Jika tidak kerana angin

    masakan pokok bergoyang. Oleh itu, setiap masalah yang berlaku tentu

    mempunyai puncanya. Terdapat beberapa punca yang telah dikenal pasti sebagai

    penyumbang kapada masalah kes buli ini.

    Antaranya ialah kekurangan penghayatan nilai-nilai agama yang ada pada pelajar

    yang sanggup melibatkan dirinya dalam kes buli. Mereka sanggup berbuat

    demikian hanya untuk mendapatkan perhatian orang lain dan menunjukkan

    kekuatannya kepada orang lain. Mereka semakin ketandusan nilai kemanusiaan.

    Selain itu, ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan prihatin

    kapada anak juga menjadi antara puncanya kes buli ini berlaku. Ibu bapa yang

    selalu sibuk mencari duit dan bersikap materialistik telah mengabaikan

    tanggungjawab mereka terhadap anak mereka.

    Di samping itu, para pelajar yang masih berumur setahun jagung dan berdarah

    setampuk pinang ini mudah terpengaruh dengan tindakan rakan sebayanya. Jika

    kawan-kawannya merupakan pembuli, pelajar tersebut juga akan terikut-ikut

    perbuatan kawannya supaya dapat diterima oleh ahli-ahli kumpulannya.

  • 8/6/2019 FOKUS KARANGAN SPM2009

    5/8

    Pengawasan yang longgar di sekolah juga menjadi puncanya kerana telah memberi

    peluang kepada pelajar yang ingin menjalankan pembulian mereka terhadap

    pelajar lain.

    Bak kata pepatah tiada penyakit yang tiada penyembuhnya.Terdapat pelbagai

    langkah drastik yang boleh dijalankan untuk membendung dan membanteraskemelut ini.Antaranya ialah pihak kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan

    juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di

    sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral,

    Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya. Dengan itu, pelajar akan

    menyedari bahawa perbuatan buli ini merupakan satu kesalahan dan pelajar juga

    didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang kesan buruk daripada perbuatan

    membuli dan cara-cara mengelakkannya daripada terbabit dalam kes buli ini.

    Selain itu, ceramah atau kempen seperti kempen anti-buli juga boleh diadakan

    secara berterusan di setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi menyedarkan para

    pelajar agar menjauhi diri daripada gejala buli. Aktiviti seperti kuiz tentang kesbuli juga boleh dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif dalam menangani masalah

    kes buli ini.

    Namun begitu, pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan bahawa pengawasan

    di setiap pelosok kawasan sekolah seperti di belakang bangunan sekolah dan kaki

    lima sekolah yang sunyi diperketat supaya tidak memberi sebarang peluang kepada

    mereka yang mempunyai keinginan untuk membuli mangsanya.

    Pihak sekolah juga boleh menggalakkan para pelajar supaya menyertai Kelab

    Pencegah Jenayah di sekolah dengan aktif. Hal ini kerana para pelajar akan

    memperoleh lebih banyak pengetahuan tentang cara-cara mencegah masalah kes

    buli sekiranya pelajar menjadi pemangsa dalam kes itu dan para pelajar juga boleh

    menyebarkan info yang diperoleh itu kepada rakan-rakan yang lain agar semua

    pelajar tahu akannya.

    Langkah yang lain ialah para pelajar juga harus pandai memilih kawan kerana

    para pelajar biasanya juga akan mudah terpengaruh dengan perbuatan kawannya.

    Contohnya, jika kawannya minat membaca buku, maka pelajar tersebut juga akan

    dipengaruhi dan membaca bersama-sama. Perkara ini sama juga jika kawan

    pelajar itu sentiasa melibatkan diri dalam kes buli di sekolah.

    Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah

    dalam usaha untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli

    itu berlaku atau menjadi mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk

    melaporkan kepada pihak sekolah dengan segera agar masalah itu dapat diatasi

    dengan secepat mungkin demi kesejahteraan sekolah.

    Manakala, pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan daripada pelajar

    juga harus berusaha mengatasi masalah itu dengan bersungguh-sungguh dan

  • 8/6/2019 FOKUS KARANGAN SPM2009

    6/8

    bukan sebaliknya dengan menutup kes itu dengan sesuka hati sahaja. Jika kes ini

    masih tidak dibicarakan, masalah kes buli akan semakin bertambah dan berleluasa

    lagi.

    Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki melibatkan diri dalam

    kes buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah yang dihadapi olehpelajar tersebut dan mendapatkan jalan keluarnya. Pihak sekolah harus

    mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelajar tersebut agar dia tidak

    mengulangi perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar

    yang lain.

    Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk

    membendung kemelut ini. Ibu bapa haruslah menampilkan teladan yang baik

    kepada anak-anak mereka supaya anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa

    mereka kerana pada tanggapan anak mereka, perbuatan ibu bapa adalah sentiasa

    betul dan patut diikuti. Janganlah ibu bapa berlakuan baik di hadapan anak-anak

    sahaja, sedangkan mereka juga sering mengejek, menghina orang dan sebagainya.Bak kata pepatah bapa borek, anak rintih, ketam mengajar anaknya berjalan

    lurus sedangkan dirinya berjalan senget.

    Tambahan pula, di samping mengejarkan kebendaan dalam kehidupan dan sibuk

    bekerja, ibu bapa juga harus sentiasa mengambil perhatian tentang keadaan anak

    mereka semasa di sekolah dan memberikan belaian kasih sayang yang sepenuhnya

    kepada mereka supaya mereka tidak berasa sunyi dan diabaikan. Ibu bapa juga

    harus memupuk anak mereka sejak kecil lagi seperti melentur buluh biarlah dari

    rebungnya agar sentiasa sudi meluahkan isi hati dan masalah yang dihadapi kepada

    mereka bagi mengatasinya bersama-sama.

    Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin

    melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal

    sebagai khayalan sahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020

    juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin semata-matanya. Hal ini kerana

    para pelajar merupakan aset negara yang penting dan akan menerajui negara ini

    pada masa depan. Bak kata peribahasa Melayu pemuda harapan bangsa, pemudi

    tiang negara. Oleh itu, semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa

    dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi

    liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. Semoga berkat daya usaha yang gigih,

    kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan

    mengangkat martabat bangsa dipersada dunia.

  • 8/6/2019 FOKUS KARANGAN SPM2009

    7/8

    Negara kita memiliki banyak rangkaian media cetak. Akhbar, majalah dan jurnal

    dikatakan menjadi sasaran utama rakyat negara ini yang memang ketandusan

    maklumat.

    Pada pendapat anda, apakah peranan-peranan yang mampu dimainkan oleh media

    cetak di negara ini.

    Media cetak sering dikaitkan dengan akhbar, majalah dan jurnal di negara ini. Negara

    kita pula memang boleh dianggap mempunyai penerbitan media cetak yang semakinmeningkat saban tahun walaupun jumlah itu boleh ditingkatkan dengan lebih drastik

    dalam tempoh mendatang ini kerana sikap masyarakat yang suka membawa dan mencari

    informasi sudah mula kelihatan. Jadi, media cetak di negara ini memiliki peranan-

    peranan besar yang mampu membentuk satu masyarakat negara yang berkualitimindanya.

    Sumbangan utama media cetak di negara ini ialah media cetak menjadi sumber maklumat

    kepada masyarakat kita. Saban hari media cetak menyiarkan pelbagai perkara yangberlaku di negara ini dan semua berita atau maklumat ini menjadikan masyarakat kita

    mengetahui semua perkara yang belaku, sedang, dan bakal terjadi di negara ini. Sikapberlumba-lumba media cetak untuk mendapatkan maklumat terkini turut menyebabkan

    masyarakat sering mendapat maklumat lebih awal mengenai sesuatu perkara.

    Selain itu, kelebihan media cetak ialah media ini mampu menghasilkan analisis beritayang lebih kritis berbanding media yang lain. Situasi ini wujud kerana ciri media cetak

    yang berlandaskan penulisan mampu menghasilkan satu penulisan kritis yang

    menyebabkan pembaca mampu melihat sesuatu peritstiwa yang berlaku itu dengan lebihmendalam. Media cetak mengupas semua isu yang berlaku daripada pelbagai sudut

    sehingga menyebabkan fenomena yang berlaku itu difahami oleh amsyarakat. Jelaslah,

    media cetak mampu menghasilkan satu generasi masyarakat yang memiliki minda yangkritis apabila membicarakan sesuatu topik.

    Malahan, media cetak turut menyiarkasn cerita-cerita yang mampu dijadikan pengajaran.Berita-berita jenayah, isu keluarga, projek pembangunan dan kejayaan individu tertentu

    sudah pasti menjadi tatapan masyarakat kita. Pembacaan mereka terhadap berita-berita

    jenis ini memberi satu pengajaran secara tersirat kepada pembaca yang seterusnya

    menyebabkan berlakunya satu perubahan diri dan minda mereka terhadap perkaratersebut. Oleh itu, pembacaan bahan media cetak memberikan pembaca satu pengajaran

    yang mampu membawa kebaikan.

    Tambahan pula, media cetak mampu menyiarkan bahan-bahan yang boleh menolong

    kehidupan seseorang. Iklan mengenai peluang kerjaya, pengumuman sesuatu peristiwa

    dan peluang perniagaan dapat membantu kehidupan seseorang. Masyarakat kita masihmenggunakan media cetak untuk mendapatkan kerja berbanding dengan sumber-sumber

    lain. Jadi, media cetak bukan sahaja memberi maklumat tetapi menyiarkan bahan-bahan

    yang boleh membantu kehidupan seseorang itu.

  • 8/6/2019 FOKUS KARANGAN SPM2009

    8/8

    Secara tuntasnya, media cetak di negara ini memang mempunyai peranan yang penting

    dalam memastikan negara terus mampu bersaing dalam era yang penuh persaingan ini.

    Ruang untuk media cetak berkembang turut wujud kerana media cetak dianggap lebihmurah berbanding jenis media yang lain. Cuma ada sedikit kebimbangan dengan

    kewujudan bahan media cetak yang lebih mengutamakan isu-isu gosip atau sensasi

    daripada berita-berita yang benar-benar berlaku di negara ini.