Fokus Kajian Om.docx2

22
2.0 FOKUS KAJIAN Dalam bahagian ini pengkaji telah membincangkan mengenai masalah yang dihadapi oleh murid berkaitan dengan penolakan pecahan wajar dengan penyebut yang berlainan dengan menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional di sekolah. Pengkaji juga telah membincangkan kaedah baru yang telah pengkaji gunakan dalam kajian ini iaitu kaedah ‘Bus Mini’. Selain itu, penjelasan mengenai kritiria pemilihan fokus serta berserta tinjauan literatur juga telah pengkaji jelaskan dalam bahagian ini. 2.1 Tinjauan Masalah Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pencapaian murid dalam Tahun 4 Agathiyar dalam menolak pecahan wajar dengan penyebut yang berlainan. Murid-murid mempunyai pengetahuan asas berkaitan dengan topik pecahan yang telah mereka belajar ketika berada di Tahun 3. Murid- murid tahu menukar pecahan tidak wajar kepada pecahan 9

description

hh

Transcript of Fokus Kajian Om.docx2

Page 1: Fokus Kajian Om.docx2

2.0 FOKUS KAJIAN

Dalam bahagian ini pengkaji telah membincangkan mengenai masalah yang dihadapi

oleh murid berkaitan dengan penolakan pecahan wajar dengan penyebut yang berlainan

dengan menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional di sekolah.

Pengkaji juga telah membincangkan kaedah baru yang telah pengkaji gunakan dalam

kajian ini iaitu kaedah ‘Bus Mini’. Selain itu, penjelasan mengenai kritiria pemilihan

fokus serta berserta tinjauan literatur juga telah pengkaji jelaskan dalam bahagian ini.

2.1 Tinjauan Masalah

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pencapaian murid dalam Tahun

4 Agathiyar dalam menolak pecahan wajar dengan penyebut yang berlainan. Murid-

murid mempunyai pengetahuan asas berkaitan dengan topik pecahan yang telah mereka

belajar ketika berada di Tahun 3. Murid-murid tahu menukar pecahan tidak wajar

kepada pecahan bercampur serta menulis pecahan dalam pecahan termudah. Masalah

atau isu yang wujud di sini adalah apabila murid keliru dalam menolak pecahan wajar

yang penyebutnya berlainan sehingga 10.

9

Page 2: Fokus Kajian Om.docx2

Dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Matematik Tahun 4 ada

dinyatakan standard kandungan dan juga standard pembelajaran bagi topik pecahan.

Standard kandungan bagi bahagian penolakan dalam pecahan merupakan angka 7.3.

Standard pembelajaran pula adalah seperti berikut:

(i) Menolak sehingga pecahan wajar daripada satu pecahan wajar:

a) penyebut sama,

b) penyebut tak sama, hingga 10 dengan menggunakan pelbagai strategi.

Faktor yang menyumbang kepada kegagalan murid dalam menguasai konsep penolakan

dua pecahan wajar dengan penyebut yang berlainan adalah disebabkan pihak guru dan

murid itu sendiri. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung terdapat

guru yang terlampau bergantung dengan buku teks. Mereka menggunakan contoh-

contoh yang terdapat dalam buku teks.

Menurut Noraini Idris (2001), walaupun guru menggunakan buku teks sebagai

resos dalam kelas, guru juga boleh mengambil inisiatif lain seperti menyediakan soalan

mereka sendiri dengan mengikut tahap kemampuan murid. Melalui pengalaman

pengkaji di sekolah praktikum, pengkaji dapat gambaran yang jelas berkaitan dengan

masalah yang dihadapi oleh murid Tahun 4 dalam topik Pecahan. Enam orang murid

dipilih sebagai kumpulan sasaran berdasarkan Ujian Diagnostik dan Ujian Pra. Masalah

dalam membuat operasi penolakan terhadap dua pecahan wajar dengan penyebut yang

berlainan dapat dilihat pada murid-murid yang dipilh sebagai kumpulan sasaran. Mereka

tidak dapat menjawab soalan yang diberi dalam Ujian Diagnostik dan Ujian Pra dengan

betul.

10

Page 3: Fokus Kajian Om.docx2

Daripada pemerhatian pengkaji, murid-murid yang lain dapat menolak dua

pecahan wajar dengan betul walaupun penyebutnya tidak sama dengan menggunakan

kaedah tradisional yang diajar oleh guru dalam kelas. Kaedah ini bukan boleh dikatakan

sesuai untuk semua murid dalam satu bilik darjah. Ada juga murid yang tidak dapat

membuat pengiraan yang dalam bentuk algoritma. Kenyataan ini disokong oleh

Gayethiri Yekambaram (2011) beliau menerangkan tentang kaedah tradisional ini dalam

kajian beliau. Pengkaji telah berbincang berkiatan dengan isu ini bersama dengan guru

Matematik. Pn.Selvi dan Pn.Yamieni mengatakan bahawa sewaktu mengajar murid-

murid memberi respon terhadap apa yang diajar di mana mereka tahu cara menolakan

pecahan wajar dengan menggunakan kaedah yang diajar tetapi jika ditanyakan keesokan

harinya murid-murid tersebut tidak ingat cara menolak pecahan wajar dengan penyebut

yang berlainan menggunakan kaedah tersebut.

Rajah 2.1. Kaedah tradisional

11

Page 4: Fokus Kajian Om.docx2

Pn.Selvi juga mengatakan bahawa murid-murid dipilih oleh pengkaji sebagai

kumpulan sasaran mempunyai masalah dalam memberikan tumpuan dan tidak fokus

serta berminat untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Ada dalam

kalangan mereka membuat kerja sekolah subjek lain sewaktu sesi pengajaran dan

pembelajaran berlangsung. Daripada pemerhatian pengkaji sendiri, ada di antara mereka

yang menconteng buku dengan melukis kereta dengan pelbagai corak sewaktu guru

mengajar. Bagi mendapatkan punca-punca murid ini tidak berminat dengan Matematik,

pengkaji telah menemu bual murid yang dipilih sebagai kumpulan sasaran. Mereka telah

menyatakan bahawa Matematik sukar dipelajari berbanding dengan subjek lain.

2.2 Analisis Masalah

Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab, pengkaji cuba mencari jalan penyelesaian

terhadap masalah murid yang diperoleh daripada beberapa sumber. Dalam temu bual

yang dijalankan, murid perlu menyelesaikan soalan penolakan pecahan wajar yang

diberi dalam borang temu bual. Murid-murid tidak tahu cara menjawab soalan tersebut

dan menulis jawapan tanpa jalan kira. Pemerhatian semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran dengan menggunkan senarai semak membantu pengkaji untuk

menganalisis dan mendapatkan maklumat berkaitan dengan masalah murid. Jadual 1

menerangkan kekerapan seseorang murid yang dipilih sebagai kumpulan sasaran

melakukan kod pemerhatian yang ditentukan oleh pengkaji.

12

Page 5: Fokus Kajian Om.docx2

Jadual 1

Senarai semak sebelum kaedah ‘Bus Mini’ diperkenalkan

Bil Kod Pemerhatian Kekerapan Peratus (%)

1. Pemikiran di tempat lain/ tidak

memberi tumpuan.

4 66.67 %

2. Bersembang dengan rakan sewaktu

guru mengajar.

6 100 %

3. Membuat kerja sekolah subjek lain. 2 33.33 %

4. Mahir menggunakan Kaedah

Tradisional.

0 0%

5. Berjaya menyelesaikan soalan

tanpa bantuan guru.

0 0%

6. Mengangkat tangan untuk

menjawab soalan yang diberi.

0 0%

Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat, hanya dua orang murid daripada

enam orang murid memberi tumpuan manakala murid yang lain tidak memberi tumpuan.

Murid-murid juga ada yang bersembang dengan rakan sewaktu guru mengajar dan

membuat kerja sekolah subjek lain sewaktu guru mengajar. Tidak ada antara mereka

yang mahir dalam menggunakan kaedah tradisional dan menyelesaikan soalan yang

diberi tanpa bantuan guru, sewaktu pengajaran dan pembelajaran, enam orang yang

dipilih sebagai kumpulan sasaran tidak mengangakat tangan untuk menjawab soalan

malah bersembunyi dari pandangan guru ketika guru bertanyakan soalan.

13

Page 6: Fokus Kajian Om.docx2

Hasil daripada pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji terdapat dua orang

murid yang menconteng buku nota dengan melukis kereta sewaktu sesi pengajaran dan

pembelajaran berlangsung. Tindakan murid ini menyebabkan pengkaji memilih kaedah

‘Bus Mini’. Pengkaji telah menjalankan Ujian Diagnostik untuk mengenal pasti

kelemahan murid dalam penolakan dua pecahan wajar dengan penyebut yang berlaian

manakala Ujian Pra untuk memilih kumpulan sasaran. Keenam-enam orang murid ini

mempunyai kelemahan dalam menyelesaikan soalan yang diberi. Dalam Ujian Pra pula

markah yang mereka peroleh kurang daripada 40%.

Jadual 2

Markah Murid Dalam Ujian Pra

Murid Markah Gred

M1 30% F

M2 0% F

M3 0% F

M4 0% F

M5 0% F

M6 20% F

Enam murid memperoleh gred yang rendah dalam Ujian Pra. Kesilapan yang

dilakukan oleh murid tersebut adalah mereka menolak terus nilai pengangka dan

penyebut tanpa manyamakan penyebut terlebih dahulu. Ada di antara mereka yang

menyamakan penyebut tetapi lupa untuk mendarabkan nilai pengangka. Ada juga di

antara mereka tulis jawapan sahaja tanpa sebarang jalan pengiraan.

14

Page 7: Fokus Kajian Om.docx2

Jawapan yang mereka tulis tidak berkaitan dengan jawapan sebenar. Ada juga murid

yang meniru jawapan murid lain. Pengkaji juga menggunakan temu bual sebagai

instrumen ketika menganalisis masalah yang dihadapi oleh murid dalam penolakan dua

pecahan wajar.

Temu bual digunakan sebelum dan selepas kaedah baru diperkenalkan. Pengkaji

telah menemu bual dua orang guru Matematik berkaitan dengan masalah murid dalam

topik Pecahan. Maklumat yang telah mereka berikan sangat berguna untuk pengkaji dan

menjadi panduan kepada pengkaji untuk menjalanakn sesi intervensi. Pengkaji

menyedari bahawa murid yang telah dipih sebagai kumpulan sasaran mempunyai

masalah dalam membuat penolakan dua pecahan wajar dengan penyebut yang berlainan.

Setelah mendapatkan gambaran yang jelas terperinci tentang masalah yang murid

hadapi, pengkaji menjalankan penyelidikan tindakan dengan memperkenalkan kaedah

‘Bus Mini’ yang lebih mudah dan menyeronokkan.

Penggunaan kaedah ini bertujuan untuk meningkatkan pencapaian murid dalam

menolak pecahan wajar dengan penyebut yang berlainan serta membimbing mereka

menyelesaikan soalan berkaitan dengan penolakan pecahan wajar langkah demi langkah

dengan menggunkan ‘Bus Mini’. Murid telah melukis bus mini untuk menolak pecahan

wajar yang tidak sama penyebut. Jadual menunjukkan kesilapan yang dilakukan oleh

murid dalam menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang berlainan.

15

Page 8: Fokus Kajian Om.docx2

Rajah 2.2. Kesilapan yang dilakukan oleh murid

16

Kesilapan Penerangan

Murid menolak nilai pengangka dan penyebut.

Tidak menyemakan penyebut sebelum menolak.

Murid menyamakan penyebut tetapi lupa untuk mendarabkan nilai pengangka sebelum membuat operasi penolakan.

Tidak memberi menjawab soalan.

Murid tidak faham konsep penolakan pecahan.

Murid menolak pecahan seperti menolak nombor biasa/integer.

Page 9: Fokus Kajian Om.docx2

2.3 Kriteria Pemilihan Fokus Kajian

Terdapat beberapa kriteria yang pengkaji mengambil kira untuk menilai pemilihan fokus

kajian yang dinyatakan dalam kajian ini. Pengkaji memastikan kajian ini boleh

ditadbirkan dengan mudah. Kebolehtadbiran menilai sama ada kajian ini mudah ditadbir

dan diuruskan. Pengkaji berpendapat kajian ini telah dapat dilaksanakan dengan lancar

walaupun intervensi dijalankan sewaktu masa rehat dan waktu pulang. Kajian ini juga

telah menjadi mudah untuk dijalankan memandangkan subjek utama bagi kajian ini

adalah murid sekolah dan kajian ini hanya berfokuskan murid sekolah tersebut. Jadi

kajian yang dicadangkan dapat dilaksanakan di sekolah. Perancangan yang jelas

berkaitan dengan penetapan masa, tarikh, lokasi dan juga tempoh perlaksanaan telah

membantu kelancaran kajian ini.

Pengkaji sebenarnya tidak sabar untuk memperkenalkan kaedah ‘Bus Mini’ yang

telah pengkaji gunakan dalam kajian ini serta melihat respon murid serta pencapaian

murid selepas mengaplikasikan kaedah ‘Bus Mini’. Kaedah ini tidak memerlukan kos

yang banyak serta mudah untuk dihasilkan. Murid-murid telah tertarik dengan

pembinaan model bus yang telah digunakan dalam kajian ini. Pada sesi pertama murid

telah diberi model bus yang siap dibuat supaya mereka mengetahui langkah-langkah

yang perlu dilaksanakan dalam melukiskan bus mini. Murid telah diajar untuk melukis

bus berdasarkan prosedur. Aktiviti yang dijalankan dalam setiap sesi intervensi menarik

minat murid serta meningkatkan fokus mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran.

17

Page 10: Fokus Kajian Om.docx2

Kriteria pemilihan fokus kajian yang seterunsya adalah kepentingan. Kajian ini

sudah tentunya memberi manfaat kepada murid untuk mahirkan diri dalam penolakan

pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza. Kaedah ini bukan sahaja memberi

manfaat kepada murid malah membantu pengkaji meningkatkan profesionalisme

pengkaji dalam bidang penyelidikan serta meningkatkan keinginan pengkaji untuk

menjalankan kajian pada masa yang datang. Murid dapat menjawab soalan dengan tepat

dengan menggunkan kaedah ‘Bus Mini’ serta meningkatkan pencapaian mereka dalam

topik pecahan. Murid tidak keliru untuk menyelesaikan soalan penolakan pecahan wajar

walaupun penyebutnya tidak sama. Murid tidak menganggap bahawa topik pecahan

susah dan berminat untuk membuat soalan penolakan pecahan.

Dalam pemilihan fokus kajian kriteria yang ketiga adalah kebolehgunaan.

Konteks kebolehgunaan merujuk kepada kaedah ‘Bus Mini’ boleh digunakan untuk

soalan yang sama bentuk iaitu bagi bahagian penambahan pecahan wajar. Kaedah ini

sebenarnya boleh digunakan untuk menambah dan menolak pecahan wajar yang

mempunyai penyebut yang berlainan. Seterusnya, kaedah ini juga boleh digunakan oleh

murid tahun 5 untuk menolak pecahan wajar yang melibatkan tiga pecahan. Cuma,

penambahbaikan perlu dilakukan dalam kaedah ini supaya murid Tahun 5 dapat

menggunakan kaedah tersebut dalam penolakan tiga pecahan wajar dengan penyebut

yang berlainan. Kaedah ini fleksibal di mana murid lain juga boleh menggunakannya.

Guru-guru boleh memperkenalkan kaedah ini sewaktu sesi pengajaran dan

pembelajaran. Murid boleh menggunakan kaedah ini semasa menjawab soalan

18

Page 11: Fokus Kajian Om.docx2

penolakan pecahan wajar dalam peperiksaan dengan hanya melukis bus dan

menggunakan algoritma yang diajar.

Aspek kawalan juga menjadi kriteria pemilihan fokus kajian. Kawalan di sini

merujuk kepada kuasa yang ada pada pengkaji untuk menentukan masa, lokasi serta

jumlah kumpulan sasaran. Pengkaji mempunyai kuasa di sini dalam menentukan kaedah

yang ingin pengkaji gunakan selepas mengumpul data berkaitan dengan masalah murid.

Bagi aspek masa, pengkaji dapat menetapkan bila hendak menjalankan kajian ini. Bagi

pemilihan lokasi mungkin lokasi yang telah pengkaji gunakan adalah bilik darjah dan

juga perpustakaan sekolah. Dari aspek kumpulan sasaran pengkaji telah memilih

berdasarkan cara murid menjawab Ujian Pra dari kelas Tahun 4. Kolaborasi juga

merupakan kriteria yang penting dalam fokus kajian.

Dalam kajian ini kolaborasi sebenarnya melibatkan pihak sekolah iaitu para guru

dan juga pensyarah pembimbing pengkaji. Pengkaji telah berkolaborasi dengan

pensyarah pembimbing pengkaji berkaitan dengan kajian tindakan serta kelemahan -

kelemahan yang perlu dibaiki dalam kajian. Kolaborasi dengan guru pula merujuk

kepada kolaborasi dengan guru Matematik berkaitan dengan masalah murid dalam topik

pecahan serta kaedah yang digunakan untuk mebantu murid mahirkan diri dalam

menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pecahan. Aspek yang terakhir dalam

kriteria pemilihan fokus kajian adalah aspek kerelevenan. Ia merujuk kepada

pelaksanaan kajian terhadap sekolah dan bidang pendidikan. Kaedah yang pengkaji

gunakan dalam kajian ini telah membantu meningkatkan pencapaian murid dalam topik

pecahan yang melibatkan operasi tolak. Ia turut meningkatkan minat murid terhadap

pembelajaran topik Pecahan.

19

Page 12: Fokus Kajian Om.docx2

2.4 Tinjauan Literatur Tentang Isu Kajian

Pecahan didefinisikan sebagai sebahagian daripada sesuatu benda keseluruhan dan

ditulis dalam bentuk ab

dimana a dikenali sebagai pengangka dan b pula dikenali

sebagai penyebut. Definisi pecahan jelas dinyattelah oleh Tom Bassarear dalam bukunya

yang berjudul Mathematics for Elementary School Teachers. Dalam kajian. Dalam

kajian Charalambos Y. Charalambous and Demetra Pitta-Pantazi dari University of

Michigan, dan University of Cyprus ada dinyatakan bahawa pengajaran dan

pembelajaran bagi topik pecahan secara tradisinya bermasalah. Murid tidak didedahkan

dengan konsep pecahan. Dalam kajian mereka juga dinyatakan faktor-faktor yang

menyumbang kepada kesukaran murid dalam mempelajari topik pecahan.

Jadi, penggunaan kaedah yang sesuai dalam pengajaran topik Pecahan membantu

murid dalam menyelesaikan soalan berkaitan dengan Pecahan dengan berkesan dan

berminat untuk menyelesaikannya. Kenyataan ini disokong oleh Burn (1992) di mana

beliau mengatakan bahawa adalah penting untuk menyediakan pelbagai cara belajar

dalam topik Pecahan untuk murid. Pengkaji telah mengenal pasti masalah murid dalam

menyelesaikan penolakan dua pecahan wajar dengan penyebut yang berlainan melalui

proses analisis masalah. Menurut Kaami (1999) penambahan dan penolakan pecahan

adalah sukar bagi kanak-kanak apabila wujudnya penyebut yang berbeza. (p.86). Jadi

jelas di sini bahawa memang ada murid yang mempunyai masalah dalam membuat

penolakan dua pecahan wajar dengan penyebut yang berlainan.

20

Page 13: Fokus Kajian Om.docx2

Pengkaji Zahrif Asyraf (2014) juga membuat kajian berkaitan dengan masalah

murid dalam penambahan pecaha wajar dan mencadangkan supaya kaedah yang sama

digunakan dalam penolakan pecahan yang turut menjadi masalah dalam kalangan murid.

Pengkaji Anthony Dass (2010) menggunakan kaedah Pengajaran Koperatif Think-Pair-

Share dalam kalangan murid bagi menyelesaikan masalah murid dalam operasi

penambahan dan penolakan pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza. Manakala

Nursyafiqah bt Zulfaker, Mazlan b Ibrahim, Jabatan Matematik, IPG Kampus Dato’

Razali Ismail menjalankan kajian di mana beliau menggunakan penggunaan petak

ketingting dalam membantu murid lemah tahun 5 menambah pecahan wajar dengan

penyebut yang berbeza sehingga 10.

Pengkaji telah menggunakan kaedah ‘Bus Mini’ di mana murid menyelesaikan

soalan penolakan pecahan dengan melukis model bus mengikut langkah yang telah

diajar. Kaedah lukisan ini sebenarnya membantu murid untuk mengingat cara

penyelesaian serta menarik minat murid dalam menyelesaikannya. Menurut Gagne

(1987) gambar senang untuk dingati dibandingkan dengan perkataan. Menurut Gayethiri

Yekambaram (2011) kaedah bergambar adalah satu cara yang mudah untuk memahami

konsep penolakan pecahan wajar dengan penyebut yang berlainan. Ini disebabkan oleh

murid yang mengemari lukisan berbanding pengiraan. Seterusnya, Askey (1999) pula

menyatakan bahawa “murid menggunakan benda maujud atau melukis gambar sangat

membantu dalam memperkembangkan pemahaman operasi mereka” (p.7).

21

Page 14: Fokus Kajian Om.docx2

Dengan bantuan gambar, murid-murid dengan mudahnya dapat gambaran bahawa

bagaimana menukar penyebut berbeza kepada penyebut sepunya sebelum membuat

penolakan. Jadi sesuai juga di sini apabila pengkaji memilih kaedah ‘Bus Mini’ dalam

usaha untuk meningkatkan pencapaian dan minat murid dalam menyelesaikan soalan

penolakan dua pecahan wajar dengan penyebut yang berlainan. Selain itu, DfEE (1989)

menerangkan bahawa kaedah mengajar perlu merangsang sifat ingin tahu secara

intelektual, menyampaikan rasa cinta terhadap mata pelajaran yang diajar serta

memupuk dan mengekalkan motivasi murid.

Kaedah yang digunakan oleh pengkaji lebih kepada unsur visualisasi di mana

murid membayangkan serta melukis bus yang ditunjukkan terlebih dahulu. Visual spatial

merupakan salah satu stail pembelajaran yang diperkenalkan dalam Teori Kepelbagaian

Kecerdasan (Gardner, 1980). Melalui visualisasi murid dapat mengingat cara untuk

menolak pecahan wajar serta minat untuk menyelesaikan soalan yang berkaitan dengan

penoltelah pecahan wajar melalui penggunaan kaedah ‘Bus Mini’. Murid-murid yang

mempunyai kecerdasan logikal Matematik tidak mempunyai masalah dalam

menggunakan kaedah tradisional yang diajar oleh guru untuk menolak pecahan wajar

yang tidak sama penyebut.

22

Page 15: Fokus Kajian Om.docx2

Murid-murid yang tergolong dalam gaya pembelajaran logikal Matematik

sebenarnya berminat dengan stail pembelajaran yang berasaskan Matematik. Lukisan

‘Bus Mini’ sangat sesuai untuk murid-murid yang mempunyai gaya pembelajaran visual.

Menurut Dr.Rasbir Kaur, salah satu cara untuk meningkatkan ingatan murid adalah

menerusi bahan bantu mengajar digunakan secara visual. Kenyataan tokoh berkaitan

dengan penghasilan bahan bantu belajar mendorang pengkaji untuk mengajar murid

berkaitan dengan penggunaan kaedah ‘Bus Mini’.

23