Format Penulisan

1
Panduan Penulisan Abstrak Pemerolehan Matra Pragmatik Melalui Aplikasi TMK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Di Sekolah Rendah: Satu Tinjauan. Lokman Abd Wahid Jabatan Bahasa Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai 59990 Kuala Lumpur. [email protected] Catatan Tentang Pengarang Lokman Abd Wahid, pensyarah di Jabatan Bahasa Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Segala pertanyaan berhubung dengan kajian ini hendaklah ditujukan kepada Lokman Abd Wahid, Jabatan Bahasa Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, 59990 Kuala Lumpur, MALAYSIA. E-mel: [email protected] Abstrak Kajian ini memberikan fokus kepada pemerolehan struktur pragmatik dalam parameter bahasa pertama, khususnya bahasa Melayu. Struktur pragmatik ini melihat bahawa sesuatu pengucapan adalah berpunca daripada struktur dalaman sedia ada yang dikenali sebagai Ancaman Air Muka (Face Threatening Acts [FTA's]) dengan empat muka iaitu Bald On-Record (BOR), Negative Politeness (NP), Positive Politeness (PP), and Off-Record-indirect strategy (OR). Dari sudut pragmatik, setiap Ancaman Air Muka ini mempunyai tujuan. Untuk melihat struktur kompetensi pemerolehan pragmatik FTA s ini, subjek didedahkan dengan interaksi bilik darjah melalui manipulasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Dengan menggunakan tapak pembelajaran dan pakej tutorial pembelajaran, subjek telah didedahkan dengan 3 situasi bagi setiap hasil pembelajaran yang semunya berjumlah 18 situasi. Situasi ini didedahkan kepada subjek dan dalam melalui situasi yang berkenaan, subjek dilibatkan dengan perbincangan yang berhubung kait dengan situasi yang diberikan. Perbincangan sesama mereka menjurus kepada cara menjelaskan sesuatu situasi dengan cara yang mereka fikirkan sesuai. Hasil kajian ini mendapat bahawa dari segi pemerolehan matra pragmatik, BOR mendominasi kompetensi FTA s subjek, diikuti oleh kompetensi PP, NP, dan akhir sekali kompetensi OR dalam keenam- enam situasi yang didedahkan kepada subjek kajian selama lapan minggu. Kajian ini juga mendapati bahawa situasi 1 berkorelasi dengan situasi 4, dan situasi 3 berkorelasi dengan situasi 5. Kata kunci: pemerolehan, pragmatik, Face Threatening Acts (FTA s), TMK

description

penulisan

Transcript of Format Penulisan

Panduan Penulisan Abstrak

Pemerolehan Matra Pragmatik Melalui Aplikasi TMK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Di Sekolah Rendah: Satu Tinjauan.

Lokman Abd Wahid

Jabatan Bahasa Melayu,

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu,

Lembah Pantai 59990 Kuala Lumpur.

[email protected]

Catatan Tentang Pengarang

Lokman Abd Wahid, pensyarah di Jabatan Bahasa Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu.

Segala pertanyaan berhubung dengan kajian ini hendaklah ditujukan kepada Lokman Abd Wahid, Jabatan Bahasa Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, 59990 Kuala Lumpur, MALAYSIA.

E-mel: [email protected]

Abstrak

Kajian ini memberikan fokus kepada pemerolehan struktur pragmatik dalam parameter bahasa pertama, khususnya bahasa Melayu. Struktur pragmatik ini melihat bahawa sesuatu pengucapan adalah berpunca daripada struktur dalaman sedia ada yang dikenali sebagai Ancaman Air Muka (Face Threatening Acts [FTA's]) dengan empat muka iaitu Bald On-Record (BOR), Negative Politeness (NP), Positive Politeness (PP), and Off-Record-indirect strategy (OR). Dari sudut pragmatik, setiap Ancaman Air Muka ini mempunyai tujuan. Untuk melihat struktur kompetensi pemerolehan pragmatik FTAs ini, subjek didedahkan dengan interaksi bilik darjah melalui manipulasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Dengan menggunakan tapak pembelajaran dan pakej tutorial pembelajaran, subjek telah didedahkan dengan 3 situasi bagi setiap hasil pembelajaran yang semunya berjumlah 18 situasi. Situasi ini didedahkan kepada subjek dan dalam melalui situasi yang berkenaan, subjek dilibatkan dengan perbincangan yang berhubung kait dengan situasi yang diberikan. Perbincangan sesama mereka menjurus kepada cara menjelaskan sesuatu situasi dengan cara yang mereka fikirkan sesuai. Hasil kajian ini mendapat bahawa dari segi pemerolehan matra pragmatik, BOR mendominasi kompetensi FTAs subjek, diikuti oleh kompetensi PP, NP, dan akhir sekali kompetensi OR dalam keenam-enam situasi yang didedahkan kepada subjek kajian selama lapan minggu. Kajian ini juga mendapati bahawa situasi 1 berkorelasi dengan situasi 4, dan situasi 3 berkorelasi dengan situasi 5.

Kata kunci: pemerolehan, pragmatik, Face Threatening Acts (FTAs), TMK

Tajuk: Times New Roman 12

Bagi nama, jangan masukkan gelaran seperti Dr., Prof. Madya dan sebagainya. Gunakan aksara Times New Roman bersaiz 11

Langkau 1.0 antara baris

Perlu ada catatan tentang pengarang

Perlu menyatakan (1)apa yang dikaji, (2) Teori, (3) Metodologi, (4) Subjek kajian, (5) Hasil dapatan.

Abstrak tidak melebihi 250 patah perkataan

Perlu ada kata kunci dan kata kunci tidak melebihi 7