FPK HOTS 3

download FPK HOTS 3

of 2

description

edu paper

Transcript of FPK HOTS 3

3. AKTA PENDIDIKAN 1996(DAKWAAN) Pendidikan Khas diberi keutamaan di sekolah khas, sekolah rendah, dan sekolah menengah. Matlamat Falsafah Pendidikan khas diberikan keutamaan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.(SEBAB) Hal ini adalah untuk memberikan pendidikan yang setara kepada murid-murid yang kelainan upaya. Kanak-kanak kurang upaya juga layak mendapat pendidikan khas yang berkualiti sama seperti hak asas manusia.(BUKTI) Akta pendidikan 1996 telah memperuntukkan sekolah untuk mengadakan Program Pendidikan Khas di sekolah khas atau mana-mana sekolah rendah dan menengah. (WARAN) Bagi memantau perjalanan program pendidikan khas, kerajaan telah menubuhkan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang membolehkan murid kurang upaya terbela dari segi akademik. Mereka bertaanggungjawab untuk mengenalpasti kanak-kanak yang tidak didaftarkan ke sekolah pendidikan khas. Guru-guru juga diberikan latihan insentif khas bagi mendidik kanak-kanak khas. Ini bertujuan bagi melatih guru-guru yang berkemampuan untuk mengajar kanak-kanak OKU berpandukan kurikulum yanhg ditetapkan bagi mereka.(QUALIFIER) Kebanyakan sekolah, telah mula untuk melaksanakan program pendidikan khas di sekolah. Di Malaysia terdapat sebanyak 77 sekolah yang menawarkan pendidikan khas kepada kanak-kanak yang berkurang upaya. Bagi memastikan golongan ini tidak terpinggir daripada ilmu pendidikan dari peringkat awal, Belanjawan 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mencadangkan untuk melaksanakan Taska OKU(PEMBANGKANG) Walaupun kerajaan telah menyediakan pendidikan khas kepada murid kurang upaya tetapi ibu bapa tidak sedar dan tidak menyokong program-program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan. Sesetengah ibubapa tidak mendapat maklumat yang sahih tentang pendidikan khas yang disediakan oleh pihak kerajaan. Mereka juga tidak sedar dan mengambil inisiatif untuk mengetahui bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan.